Wednesday, June 9, 2010

Dewan Rakyat 9 Jun 2010 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan

1. Dato' Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah Kerajaan telah bersedia dan mempunyai keupayaan untuk menangani tumpahan minyak berskala besar seperti yang berlaku di USA baru-baru ini. Kalau ya, nyatakan butirannya. [ Soalan tambahan: BN Kota Belud, PKR Lembah Pantai ]

2. Tuan Lim Kit Siang [ Ipoh Timur ] minta PERDANA MENTERI menyatakan progress Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam mengapuskan "rasuah raksasa" yang melibatkan pemimpin-pemimpin politik dan Kerajaan tertinggi khasnya sebab mengapa tiada "ikan yu" yang terlibat dalam skandal PKFZ yang ditahan. [ Soalan tambahan: DAP Ipoh Timur, BN Arau

3. Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah kerajaan bercadang mengkaji semula Dasar Warga Tua Negara 1995 dan Pelan Tindakan Warga Tua Negara 1998 untuk mewujudkan dasar dan pelan lebih mantap kepada warga tua. [ Soalan tambahan: BN Kuala Krau, PKR Indera Mahkota, ]

4. Tuan Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :
(a) adakah Kerajaan bercadang mengkaji undang-undang berkaitan dengan keperluan mengadakan pilihan raya kecil memandangkan kos yang tinggi dan melahirkan suasana politik yang tidak berkesudahan; dan
(b) adakah Kerajaan bercadang untuk mengkaji supaya suatu kerusi yang kosong itu diambil alih oleh parti yang memenanginya dalam sesuatu pilihan raya umum. [ Soalan tambahan: Bebas Kulim Bandar Baru, DAP Kota Melaka ]

5. Datuk Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan anggaran rakyat Malaysia (Sarawakian) yang belum mendapat dokumen pengenalan diri (sijil lahir dan kad pengenalan). Berapakah jumlah permohonan yang telah diproses sejak Unit Khas Bergerak (UKB) ditubuhkan di Sarawak dan apakah faktor-faktor yang menyebabkan masalah ini tidak dapat diselesaikan. [ Soalan tambahan: BN Kanowit, Bebas Sepanggar, ]

6. Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) sama ada kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 4 peratus seperti yang dicadangkan, akan dinaikkan dalam 10 tahun yang akan datang; dan
(b) mengapa GST patut dilaksanakan, jika ianya akan mengurangkan hasil kutipan Kerajaan seperti yang dijelaskan oleh Kementerian sebelum ini. [ Soalan tambahan: DAP Petaling Jaya Utara, BN Rembau ]

7. Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan sebanyak manakah peruntukan oleh Kerajaan untuk mempertingkatkan kemahiran dan disiplin belia dan beliawanis di seluruh negara bagi tahun 2010. [ Soalan tambahan: BN Jerantut, PAS Bachok ]

8. Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sejak beberapa bulan yang lalu penduduk-penduduk Teluk Intan mengalami banyak masalah mengenai kutipan sampah, longkang tersumbat, rumput tidak dipotong, pembocoran bumbung pasar, bekalan elektrik yang sering tergendala dan pada keseluruhannya keadaan alam sekitar dan tempat awam tidak bersih. Apakah tindakan Kementerian untuk mengatasi masalah ini. [ Soalan tambahan: DAP Telok Intan ]

9. Datuk Haji Abdul Wahab Bin Haji Dolah [ Igan ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan masalah kawasan skim pertanian yang tidak mendapat peruntukan untuk penyelengaraan infrastruktur pertanian sedia ada seperti ban, parit dan pintu air. [ Soalan tambahan: BN Igan, BN Jempol, PAS Pendang ]

10. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) sama ada Labuan kini sudah menjadi pusat serantau bagi kegiatan pengambilan wang (funds and deposits collection) tanpa tauliah yang menyalahi Labuan Financial Services and Securities Act (LFSSA) 2010; dan
(b) apakah tindakan yang telah diambil ke atas Saradunia Investments (L) Ltd; Saradunia Capital Sdn Bhd; Royal Pacific Investment (Labuan) Ltd; Asia Bancorp (L) Ltd; Asia Bancorp Bhd; Nur Cahaya Ilham Consultant dan Matrik Unggul Sdn Bhd yang telah disiasat oleh Labuan FSA bersabit akta tersebut. [ Soalan tambahan: DAP Jelutong]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
24. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan perancangan Kementerian untuk meningkatkan kedudukan universiti tempatan dalam ranking antarabangsa sehingga kembali mencapai taraf antara 100 universiti terbaik di dunia.

30. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan isu yang berkaitan kerugian Sime Darby bernilai RM1.6 bilion yang membabitkan projek minyak, gas, pembinaan kapal MQQ serta Projek Hidroelektrik Bakun. Apa penyelesaian Kerajaan dan tindakan supaya isu yang seumpamanya tidak terus berlarutan dalam negara.

34. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah pihak Kerajaan mempunyai maklumat mengenai tahap pencemaran di perairan Laut China Selatan kerana penduduk di sekitar Tok Bali melaporkan kematian anak-anak ikan yang berleluasa di sekitar kawasan itu baru-baru ini.

46. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah asas kiraan utama Kerajaan untuk memansuhkan Skim Perlindungan Insurans Motor Pihak Ketiga.

54. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah peranan dan bidang kuasa pihak Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL).

60. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kenapakah dalam kes kerugian RM1.62 bilion oleh Sime Darby, hanya CEOnya sahaja yang diarah dan diambil tindakan. Apakah yang terjadi kepada Ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi.

C. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang
kedua sekarang”. (8 Jun, 2010) (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

[ Pergulungan oleh Menteri - Celahan DAP Kota Melaka, BN Sri Gading, BN Arau, DAP Taiping, BN Bintulu, PAS Kubang Kerian, PAS Parit Buntar, PAS Pendang, DAP Bandar Kuching, BN Kinabatangan, PKR Indera Mahkota ]

2. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan) Bacaan Kali Kedua dalam Parlimen, Disokong BN Petrajaya

[ Perbahasan : BN Ledang, PAS Shah Alam, PAS Kuala Krai, PAS Tumpat ]
[ Penggulungan oleh Timbalan Menteri Kewangan (Senator) ]

Bacaan Kali Ketiga - Diluluskan

3. (D.R. 19/2010) Rang Undang-undang Pelindungan Pengguna (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

[ Perbahasan: BN Ledang, PKR Indera Mahkota, BN Jempol, Bebas Pasir Mas, BN Tenggara, DAP Batu Gajah, BN Lipis, DAP Kota Melaka, BN Batang Sadong, PAS Kubang Kerian,

[ Perbahasan RUU ini akan disambung pada 30 Jun 2010 selepas Penggulungan Kementerian mengenai RMK 10 ]

Ucapan Penangguhan 1: YB Puan Fong Po Kuan (Batu Gajah) - Pembacaan Jangka TNB sekali dalam dua bulan untuk pengguna biasa merugikan Konsumer - YB Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (BN Sungai Besar).

Ucapan Penangguhan 2: YB Tuan Er Teck Hwa (Bakri) - Penetapan Kawasan Penangkapan Ikan untuk Nelayan Pesisir Pantai - YB Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (BN Kubang Pasu).

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.00 petang kepada 10.00 pagi 10 Jun 2010.

4. (D.R. 18/2010) Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

5. (D.R. 16/2010) Rang Undang-undang Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

6. (D.R. 21/2010) Rang Undang-undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

7. (D.R. 20/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (Pindaan) 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

8. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 (Menteri Kewangan)

9. Perdana Menteri akan mencadangkan :-
“ Bahawa Dewan ini, menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian
sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan dalam menghadapi persekitaran global yang begitu mencabar;

merestui usaha Kerajaan untuk terus melaksanakan Misi Nasional dengan disokong oleh Model Baru Ekonomi sebagai rangka dasar pembangunan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020;

meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang akan dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik, program dan peruntukan yang diperlukan untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020 seperti dibentangkan dalam Kertas Perintah CMD.3 Tahun 2010;

Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu padu dengan semangat “1Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” dan mempunyai iltizam yang teguh bagi melaksanakan tanggungjawab yang murni untuk menjayakan pelan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing, demi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia.”

Tuesday, June 8, 2010

Dewan Rakyat, 8 Jun 2010 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk menarik lebih ramai pelajar mengikuti pelajaran aliran vokasional supaya bilangan bertambah melebihi 10 peratus setanding negara-negara Eropah yang mampu menarik 50 peratus mengikuti aliran tersebut.
[ Soalan tambahan: BN Parit Sulong, PAS Hulu Langat, BN Batang Sadong ]

2. Tuan Sivarasa A/L K.Rasiah [ Subang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan memandangkan majoriti isi rumah yang berpendapatan rendah melibatkan ibu tunggal atau wanita yang tidak mampu atau ada peluang kerja, apakah rancangan Kerajaan untuk memastikan peningkatan yang bermakna dalam kadar penglibatan wanita dalam tenaga buruh yang tidak berubah besar dari 1980 (44.1%) sehingga sekarang (45.7% di tahun 2008). [ Soalan tambahan: PKR Subang, BN Jempol]

3. Datuk Ir. Edmund Chong Ket Wah [ Batu Sapi ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan peratusan projek jalan raya yang telah diselesaikan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan di Sabah dan berapakah projek-projek yang akan dibawa ke hadapan. [ Soalan tambahan: BN Batu Sapi, BN Kinabatangan, PKR Gombak]

4. Tuan Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sebab Ketua Hakim Negara mengarahkan berkuatkuasa 1 Julai 2010 bagi Mahkamah-mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi untuk bersidang pada jam 8.30 pagi dan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan untuk bersidang pada jam 9.00 pagi setiap hari. [ Soalan tambahan: DAP Bukit Gelugor, DAP Ipoh Barat]

5. Datuk Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan :-
(a) bilakah Kompleks Sukan, Air dan Udara di kawasan Parlimen Pengerang akan memulakan operasi dan kemudahan asas yang akan ditawarkan; dan
(b) bilakah IKBN yang dibina di Bandar Penawar akan beroperasi dan akan dirasmikan.
[ Soalan tambahan: BN Pengerang]

6. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Kerajaan dalam menggalakkan buruh asing hadir ke negara ini sebagai penoreh getah. [ Soalan tambahan: PAS Kota Bharu, BN Sri Gading]

7. Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) adakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia untuk memberikan imbuhan kepada orang ramai yang memberi maklumat terhadap sebarang aktiviti
penyelewengan rasuah di negara ini; dan
(b) berapakah jumlah kes tangkapan yang dikesan antara tahun 2005 hingga 2010. [ Soalan tambahan : BN Libaran, DAP Ipoh Timur]

8. Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Arkib Negara Malaysia (National Archives) untuk menyakinkan orang ramai mengenai tahap keselamatan kepada dokumen-dokumen berharga yang disimpan di Arkib Negara Malaysia bagi mengelakkan orang ramai mendepositnya di luar negara. [ Soalan tambahan : DAP Seremban, PKR Machang ]

9. Dato' Mohd Jidin bin Shafee [ Setiu ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah pelaburan yang diperolehi Malaysia sepanjang tahun ini dan kesannya terhadap pertumbuhan ekonomi negara. [Soalan tambahan : BN Setiu, Bebas Bayan Baru]

10. Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sam ada Kerajaan akan memaksa pembayaran bil IWK (Indah Water Konsortium) dengan memasukkan ke dalam bil air pelanggan dan jika bil IWK tidak dibayar bekalan air akan dipotong. [Soalan tambahan : DAP Beruas ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
36. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai Benjy Azean Irdawaty yang telah ditahan di bawah Akta Dadah Merbahaya Seksyen 39B. Difahamkan dua kali pihak polis ke rumahnya dan mendapat banyak bahan bukti, beliau kemudiannya dibawa ke satu Pusat Pemulihan Dadah. Apakah tindakan Kementerian mengenai perkara tersebut.

38. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan pendirian Kerajaan berhubung agensi-agensi Kerajaan yang melibatkan kepentingan umat Islam di Malaysia melabur dalam syarikat arak dan judi.

57. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah bidang kuasa Kerajaan Pusat melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dalam urusan yang melibatkan Agama Islam negeri yang diketuai oleh KDYMM Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri.

58. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jenis bantuan perumahan untuk golongan daif dan adakah pihak Kementerian menjalankan usaha ini dengan kerjasama Kerajaan-Kerajaan Negeri.

61. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah tindakan dan langkah-langkah Kerajaan untuk menggerakkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dengan Iran.

62. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan kesan yang dihadapi oleh Malaysia setelah Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Vienna yang mengundi tidak menyokong resolusi berkaitan isu nuklear Iran di Mesyuarat Lembaga Gabenor Agensi Tenaga Atom Antarabangsa di Austria baru-baru ini.

C. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

[ Perbahasan : BN Ledang, Bebas Pasir Mas, DAP Bukit Bintang, BN Jempol, PAS Titiwangsa, PAS Padang Terap (Sesi 2.30 Petang), BN Jasin, DAP Kota Melaka, BN Kinabantangan, PAS Parit Buntar, BN Batang Sadong, PAS Kubang Kerian, BN Tangga Batu, PKR Indera Mahkota, BN Silam, DAP Bandar Kuching, PAS Pokok Sena, DAP Telok Intan ]

Respon Menteri [ Celahan BN Sekijang, PKR Gopeng, BN Ledang, PAS Titiwangsa, Bebas Pasir Mas, BN Jempol, PAS Titiwangsa, PAS Padang Terap, BN Jasin, DAP Kota Melaka ]

Ucapan Penangguhan: YB Tuan John a/l Fernandes (DAP Seremban) - Tapak Pelupusan Sampah Majlis Perbandaran Nilai, Paja, NS.

Ucapan Penangguhan: YB Tian Chua Tian Chang (PKR Batu) - Skandal Kapal Selam Scorpene berterusan sehingga kini dan kontrak diberikan kepada Boustead DCNS dan DCN tidak telus.

Majlis mesyuarat ditamatkan pada jam 6.00 petang sehingga 10.00 pagi 9 Jun 2010.

2. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

3. (D.R. 18/2010) Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

4. (D.R. 19/2010) Rang Undang-undang Pelindungan Pengguna (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

5. (D.R. 16/2010) Rang Undang-undang Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

6. (D.R. 21/2010) Rang Undang-undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

7. (D.R. 20/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (Pindaan) 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

8. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 (Menteri Kewangan)

9. Perdana Menteri akan mencadangkan :-
“ Bahawa Dewan ini, menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian
sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan dalam menghadapi persekitaran global yang begitu mencabar;
merestui usaha Kerajaan untuk terus melaksanakan Misi Nasional dengan disokong oleh Model Baru Ekonomi sebagai rangka dasar pembangunan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020;
meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang akan dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik, program dan peruntukan yang diperlukan untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020 seperti dibentangkan dalam Kertas Perintah CMD.3 Tahun 2010;
Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu padu dengan semangat “1Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” dan mempunyai iltizam yang teguh bagi melaksanakan tanggungjawab yang murni untuk menjayakan pelan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing, demi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia.”

Monday, June 7, 2010

Dewan Rakyat 7 Jun 2010 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul [ KLIK ]
A. Doa
B. Mengangkat Sumpah dan Pemasyhuran oleh Tuan Yang Dipertua
C. Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan

1. Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah pencapaian NKRA sejauh ini sejak ianya diperkenalkan YAB Perdana Menteri dan apakah tahap pencapaian kakitangan Kerajaan dalam mendukung NKRA ini. [ Soalan tambahan: BN Arau, DAP Kepong, PAS Kubang Kerian ]

2. Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan kos loji nuklear yang bakal diwujudkan pada 2021. Di manakah lokasi loji dan impaknya kepada kawasan sekitar. Apakah langkah keselamatan dan kaedah pembersihan sisa-sisa nuklear yang bakal dipraktikkan. [ Soalan tambahan: DAP Bagan, BN Putatan ]

3. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-
(a) adakah pihak Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai kaedah tertentu bagi menghalang warganegara asing daripada memasuki Malaysia semula setelah dihantar pulang ke negara asal mereka apabila didapati berkelakuan salah; dan
(b) berapa jumlah warganegara asing yang telah dihantar pulang ke negara asal mereka dan berapakah jumlah yang berjaya ditangkap semula setakat ini sejak 2005.
[ Soalan tambahan: BN Bintulu, PKR Gombak ]

4. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan kesahan keputusan Kerajaan Persekutuan untuk menyerahkan padang minyak Blok L dan M kepada Brunei dan mengapa isu kedaulatan wilayah perairan negara tersebut tidak dirujukkan kepada Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. [ Soalan tambahan: PKR Permatang Pauh ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
6. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) apakah benar bahawa PETRONAS telah menghentikan jualan gas kepada Republik Islam Iran pada awal tahun ini; dan
(b) kalau benar apakah tujuan dagangan tersebut ditamatkan dan berapakah nilai dagangan yang tidak diperolehi oleh PETRONAS akibat dari penamatan tersebut.

8. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah usaha yang telah dijalankan oleh Malaysia sebagai negara jiran dan anggota ASEAN dalam meredakan pergolakan 'Baju Merah' di Thailand.

14. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh mana penyertaan masyarakat Islam di Malaysia terhadap sukuk-sukuk yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dari tahun 2005 hingga 2010.

31. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan kenapakah tiada universiti di dalam negara berada di dalam kedudukan 200 universiti terkemuka dunia pada kajian tahun lepas. Apakah kriteria di dalam analisa yang diambil kira di dalam kajian tersebut dan kenapa terjadi demikian.

39. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan senarai jalanjalan kampung di Parlimen Padang Terap yang termasuk dalam program Transformasi Kerajaan (GTP) di bawah aktiviti pembangunan prasarana luar bandar bagi tahun 2010 dan nyatakan berapa anggaran peruntukan yang disediakan untuk Padang Terap.

40. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah ada perancangan yang spesifik dalam bentuk dasar-dasar yang praktikal bagi memastikan sektor pertanian (yang dilihat sebagai sektor yang paling tidak produktif berbanding dengan sektor-sektor lain) supaya tidak tercicir dan terus berdaya saing apabila terlaksana sepenuhnya Model Ekonomi Baru.

41. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah ada perpindahan dasar luar negara terhadap Republik Islam Iran.

44. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan produk-produk IKS yang dikeluarkan oleh penduduk negeri Kelantan yang dapat dipasarkan di peringkat antarabangsa.

51. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sebab mengapa judi bola sepak dunia ingin dibenarkan oleh Kerajaan.

D. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010.
2. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (Pindaan) 2010.

E. Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. Perdana Menteri akan mencadangkan :-
BAHAWA, Tentera Rejim Zionis di bawah arahan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, telah menyerang tanpa alasan dalam perairan antarabangsa konvoi kapal Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza pada 31 Mei 2010, yang telah mengakibatkan banyak kematian dan kecederaan kepada ahli kumpulan konvoi bantuan kemanusiaan tersebut;

BAHAWA, serangan Rejim Zionis ke atas kapal misi bantuan kemanusiaan tersebut merupakan tindakan yang mencabuli undang-undang antarabangsa termasuk undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu;

BAHAWA, sentimen yang sama telahpun disuarakan melalui Kenyataan Bersama Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN – Majlis Kerjasama Negaranegara Teluk (GCC) di Singapura pada 1 Jun 2010 yang menyuarakan kutukan keras terhadap tindakan Rejim Zionis Israel ini;

BAHAWA, rakyat Malaysia berpegang teguh kepada pendirian bahawa tiada alasan bagi penggunaan kekerasan yang melampau ke atas kapal misi bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza tersebut; dan

BAHAWA, rakyat Malaysia sangat kecewa dengan ketidakmampuan masyarakat antarabangsa, terutamanya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk membuat bantahan keras terhadap tindakan ganas Rejim Zionis itu.

DENGAN INI DEWAN mengambil ketetapan seperti berikut:
(1) Mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Rejim Zionis di bawah arahan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, ke atas kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang telah mengakibatkan kehilangan banyak nyawa dan kecederaan kepada orang awam;
(2) Merakamkan rasa kecewa tidak terhingga tindakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di atas kenyataan yang begitu lemah terhadap serangan ganas Rejim Zionis ke atas kapal misi bantuan tersebut;
(3) Memutuskan untuk mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk mencela Israel dan bukannya membuat kenyataan lemah semata-mata;
(4) Memutuskan bagi Malaysia untuk bekerjasama dengan negaranegara Anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Liga Arab dan negara-negara sependapat untuk mendukung prinsip undangundang antarabangsa termasuk undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam menangani krisis kemanusiaan di Gaza;
(5) Menggesa negara-negara sependapat untuk mengemukakan usul kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi merujuk situasi akibat serangan Tentera Rejim Zionis Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC);
(6) Menggesa negara-negara sependapat untuk mengemukakan usul kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi mendapatkan Advisory Opinion Mahkamah
Keadilan Antarabangsa (ICJ);
(7) Memohon supaya negara Turki mempertimbangkan untuk mengambil tindakan di bawah peruntukan Statut Rome, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC);
(8) Menyeru supaya satu siasatan bebas yang penuh (fully independent) dibuat terhadap serangan Tentera Rejim Zionis dan bukannya setakat siasatan yang tidak berpihak (impartial) semata-mata;
(9) Menyokong sepenuhnya desakan masyarakat antarabangsa, terutamanya Majlis Hak Asasi Manusia melalui Resolusi yang telah diterima pada 2 Jun 2010, supaya siasatan yang berakauntabiliti dan bebas sepenuhnya dibuat mengenai serangan ini;
(10) Menuntut Israel supaya tidak menghalang sebarang konvoi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin, khususnya di Gaza, selaras dengan Resolusi 1860 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu;
(11) Mengalu-alukan tindakan negara Mesir membuka sempadan Rafah tanpa syarat bagi memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan tanpa sebarang halangan;
(12) Merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya terus menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Wilayah Palestin di Gaza tanpa menghirau dan gentar kepada ancaman Rejim Zionis;
(13) Merakamkan penghargaan kepada negara-negara Jordan, Turki, Ireland, Filipina dan juga negara-negara lain yang terlibat dalam usaha-usaha membebaskan rakyat Malaysia yang telah ditahan oleh Rejim Zionis;
(14) Menyeru rakyat Palestin supaya bersatu dengan tujuan mempertahankan hak mutlak mereka bagi menubuhkan negara Palestin yang bebas, merdeka dan berdaulat; dan
(15) Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin ke arah pembentukan negara Palestin yang bebas, merdeka dan berdaulat.

[ Perbahasan: BN Pekan, BN Pagoh, PKR Permatang Pauh, BN Bentong, DAP Bagan, BN Segamat, PAS Marang (Rehat) ],

[ Sesi Petang - Perbahasan: PAS Marang, Bebas Kulim Bandar Baru, BN Petrajaya, PKR Gombak, BN Serian, DAP Bukit Bendera, BN Bintulu, PAS Bachok, BN Simpang Renggam, Bebas Pasir Mas, BN Putatan, BN Selangau, PSM Sungai Siput (celahan Pokok Sena). BN Sandakan, BN Kinabatangan, DAP Batu Kawan,

[ Perbahasan: PAS Tumpat, PKR Machang, PAS Pokok Sena, PAS Kuala Krai, PAS Rantau Panjang, PKR Balik Pulau, ]

[ Penggulungan: Menteri Luar Negeri (BN Kimanis) - Pencelahan - PAS Pokok Sena, PAS Kuala Selangor,

[ Ucapan Penangguhan 1: Dato' Seri Anwar Ibrahim (PKR Permatang Pauh) - Penyerahan Medan Minyak Blok L dan M kepada Brunei dan pencabulan terhadap Kedaulatan Negara ] [ YB Menteri Luar Negeri (BN Kimanis) ]

[ Ucapan Penangguhan 2: YB Tuan Sim Tong Him (DAP Kota Melaka) - Pencemaran yang serius di Kampung Bukit Beruang Kuala Sungai Baru, Melaka ] [ YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ]

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.30 petang kepada 10.00 pagi 8 Jun 2010.

2. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

3. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan)2010. (Menteri Kewangan)

4. (D.R. 18/2010) Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

5. (D.R. 19/2010) Rang Undang-undang Pelindungan Pengguna (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

6. (D.R. 16/2010) Rang Undang-undang Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

7. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 (Menteri Kewangan)

8. Perdana Menteri akan mencadangkan :-
“ Bahawa Dewan ini, menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian
sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan dalam menghadapi persekitaran global yang begitu mencabar;

merestui usaha Kerajaan untuk terus melaksanakan Misi Nasional dengan disokong oleh Model Baru Ekonomi sebagai rangka dasar pembangunan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020;

meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang akan dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik, program dan peruntukan yang diperlukan untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020 seperti dibentangkan dalam Kertas Perintah CMD.3 Tahun 2010;

Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu padu dengan semangat “1Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” dan mempunyai iltizam yang teguh bagi melaksanakan tanggungjawab yang murni untuk menjayakan pelan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing, demi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia.”

Thursday, May 6, 2010

Dewan Negara 6 Mei 2010 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan

1. Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) adakah Program Rakan Cop yang dilaksanakan memberi kesan terhadap pengurangan kadar jenayah di negara ini. Berapa peratus pengurangan jenayah melalui program ini
berbanding keahlian Rakan Cop; dan
(b) berapa bilangan pondok polis kecil (pondok bit) yang telah dibina oleh Kerajaan bagi melaksanakan Sistem Salleh. Berapa jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan bagi pelaksanaan sistem ini.

2. Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah pihak Kementerian telah menjalankan kajian sejauh mana isu "brain-drain" di negara ini telah mengakibatkan kekurangan tenaga profesional dalam bidang-bidang tertentu dan apakah strategi Kementerian dalam menangani isu ini memandangkan ia adalah elemen yang penting dalam kejayaan Model Ekonomi Baru.

3. Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta PERDANA MENTERI menyatakan syarat-syarat dan kriteria pelantikan ahli-ahli jawatankuasa kariah masjid-masjid di Wilayah Persekutuan. Sejauh manakah pandangan dan pendapat ahli-ahli kariah diambil kira dalam pelantikan jawatankuasa kariah sesuatu masjid itu.

4. Dato' Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan :-
(a) statistik rakyat Malaysia yang ditahan di penjara luar negara tanpa sebarang pertuduhan; dan
(b) apakah tindakan yang diambil oleh pihak Kementerian dalam memastikan kes seperti "Pak Omar" yang dipenjara di penjara Laos tidak berlaku lagi.

5. Datuk Chandrasekar Suppiah minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan 'roadmap' dan 'timeline' yang dirancang untuk memperkasa teknologi hijau dan mengharmonikan kesejahteraan alam di Malaysia dan apakah kedudukan negara dalam 'green index' dunia dan sejauh manakah janji Perdana Menteri mengenai hal ini telah dilaksanakan.

6. Datuk Akbar bin Ali minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) langkah-langkah yang akan diambil untuk memulihkan kredibiliti Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM) dan data yang dihasilkan seperti GDP, inflasi dan perdagangan luar negeri kerana ia tidak mengumumkan sendiri data-data tersebut sebagaimana yang diamalkan oleh agensi perangkaan tersohor seperti ABS, Australia;StatCan, Canada;LBS, USA dan NSO, UK; dan
(b) apakah persediaan yang telah dan akan dibuat oleh Kerajaan untuk menyusun ‘Green GDP’ selaras dengan usaha untuk berganjak ke arah ‘Green Economy’.

7. Tuan Ng Fook Heng minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kejohanan bola sepak dunia akan bermula tidak lama lagi. Apakah Kerajaan berhasrat mengeluarkan lesen pertaruhan untuk menggelakkan perjudian haram.

8. Datuk Paul Kong Sing Chu minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah langkah-langkah dan tindakan yang diambil oleh Kementerian untuk menyelesaikan masalah kekurangan tenaga elektrik yang kronik di Sabah.

9. Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian demi menggalakkan integrasi kebudayaan berbilang kaum di tanah air agar muncul sebagai kebudayaan Malaysia yang unik.

10. Tuan Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah inisiatif baru Kerajaan bagi menggalakkan penyertaan belia dalam aktiviti interaksi sosial masyarakat yang positif serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

11. Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pembaharuan program Jabatan Perpaduan Negara sesuai dengan Gagasan 1Malaysia. Tidakkah program rukun tetangga masih lagi ditakuk lama.

12. Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) sejak perlaksanaan SUBUR (Subsidi Beras Untuk Rakyat), berapakah jumlah subsidi telahpun diberikan; dan
(b) berapakah orang telahpun mendapat manfaat daripada rancangan tersebut.

C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:-
“Bahawa mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 70 (1), Majlis Dewan Negara memutuskan iaitu Ahli-ahli yang berikut hendaklah dilantik menjadi Ahli-ahli Jawatankuasa Pemilih bagi tempoh Penggal Ketiga Parlimen Kedua Belas. Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan adalah seperti berikut:-
1) YB. Tan Sri Abu Zahar bin Dato' Nika Ujang (Pengerusi)(Tuan Yang-Dipertua Dewan Negara)
2) YB. Sen. Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
3) YB. Sen. Dato’ Palanivel a/l K. Govindasamy
4) YB. Sen. Datuk Maijol Mahap
5) YB. Sen. Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi
[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

2. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

3. (D.R. 4/2010) Rang Undang-undang Perdagangan Strategik 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

4. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)

5. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)

6. (D.R. 5/2010) Rang Undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

7. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

Wednesday, May 5, 2010

Dewan Negara 5 Mei 2010 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datin Paduka Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Dato' Seri Onn minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilakah Kerajaan akan melaksanakan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) dan apakah usaha-usaha terkini yang dilakukan bagi memastikan pelaksanaan GST akan diterima oleh masyarakat di negara ini.

2. Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-
(a) baru-baru ini beberapa buah syarikat pelaburan asing telahpun berundur daripada pasaran Malaysia akibat susah mendapatkan tenaga manusia yang sesuai. Berapakah jumlah syarikat yang telahpun berundur dalam tahun 2008 dan 2009; dan
(b) bagaimanakah keadaan sebenar pelaburan asing di Malaysia pada tahun 2008 dan 2009.

3. Datuk Maijol bin Mahap minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimanakah Kerajaan boleh menanamkan semangat di kalangan rakyat bahawa "penerimaan" (acceptance) dan bukan "tahan sabar" (tolerance) adalah resepi yang baik terhadap perpaduan di Malaysia yang mempunyai pelbagai budaya dan keturunan.

4. Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah tunggakkan hutang lapangan terbang Air Asia kepada Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) sehingga akhir 2009 dan nyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh MAHB untuk mengutip hutang berkenaan.

5. Dato' Musa bin Haji Sheikh Fadzir minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah usaha-usaha pihak Kementerian untuk memartabatkan lagi profesion perguruan di mana sudah menjadi lumrah bidang tersebut apabila seseorang guru terpaksa melalui pelbagai dugaan, kesusahan, keperitan mahu pun pengorbanan.

6. Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan bentuk-bentuk dan nilai-nilai bantuan yang telah diberikan kepada pengusaha-pengusaha rumah tumpangan 'inap desa' (homestay) yang ada di negara ini.

7. Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah-langkah Kementerian bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai isu-isu alam sekitar terutamanya di kalangan pelajar sekolah, pelajar pusat pengajian tinggi serta peranan syarikat korporat dalam memupuk kesedaran ini sebagai sebahagian dari CSR mereka.

8. Dato' Wong Siong Hwee minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan pelan tindakan jangka pendek yang telah dijalankan oleh Kerajaan untuk menarik pelancong asing datang berkunjung ke Malaysia dan menjadikan negara sebagai destinasi pelancongan pilihan utama di kalangan negaranegara di Asia Tenggara terutama dalam penarafan antarabangsa.

9. Dato' Azian bin Osman minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan kesan AFTA terhadap peniaga-peniaga di Malaysia.

10. Dato' Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan setelah Kerajaan memperuntukkan berjuta-juta ringgit bagi tujuan meningkatkan taraf kehidupan Orang Asli namun sehingga kini masih terdapat banyak kawasan Orang Asli yang tidak ada infrastruktur yang sempurna untuk
meningkatkan infrastruktur kesihatan mereka. Justeru dapatkah pihak Kementerian pastikan peruntukan yang diluluskan oleh Kerajaan, khas kepada Orang Asli, diselaraskan mengikut keutamaan kepada kawasankawasan Orang Asli yang terlalu daif dan mundur seperti di penempatan Orang Asli Kuala Koh di Gua Musang, Kelantan.

11. Dato' Haji Idris bin Haji Buang minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah program-program atau garis panduan yang telah dirangkakan oleh Kementerian bagi memastikan pelajar-pelajar perempuan yang didapati terlibat dalam gejala-gejala yang tidak bermoral seperti membuang bayi dan sebagainya mendapat kaunseling yang secukup-cukupnya agar mereka mendapat keinsafan dan tidak mengulangi perbuatan tersebut lagi.

12. Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan bagaimanakah penubuhan Briged Bertindak Jalur Lebar seperti yang diumumkan baru-baru ini akan membantu Kerajaan dalam mencapai matlamat 50 peratus penembusan jalur lebar sebelum hujung tahun ini dan nyatakan sasaran peratusan penembusan di kawasan luar bandar.

C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang (4 Mei 2010)”. (Menteri Pengangkutan)

2. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

3. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

4. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

5. (D.R. 4/2010) Rang Undang-undang Perdagangan Strategik 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

6. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)

7. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)

8. (D.R. 5/2010) Rang Undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

9. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

Tuesday, May 4, 2010

Dewan Negara 4 Mei 2010 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan

1. Dato' Zaitun binti Mat minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan kenapa penyelenggaraan jalan-jalan raya Persekutuan di banyak kawasan kurang memuaskan seperti jalan berlubang, longkang tidak dicuci dan rumput-rumput tidak dipotong dengan baik serta tidak setanding dengan jalan-jalan bertol yang diuruskan oleh konsesi seperti PLUS dan sebagainya.
[ Soalan tambahan: Sen Mumtaz, Sen Dr Malasingam ]

2. Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan sejauh manakah agensi-agensi Kerajaan dan swasta telah melaksanakan R&D di Malaysia bagi menggelakkan percakapan (voice) dan SMS sistem komunikasi telefon mudah alih (hand phone/mobile phone) yang sedang digunakan di Malaysia iaitu Global System for Mobile Communication (GSM) mudah dipintas (intercepted/cracked) cuma dengan menggunakan software yang boleh dibeli dengan mudah melalui Internet. [ Soalan tambahan: Sen Mohd Khalid Ahmad, Datuk Akbar bin Ali ]

3. Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan berapa ramaikah pencari kerja yang telah mendapat pekerjaan hasil inisiatif 'Pusat Job Malaysia' (JMC) yang ditubuhkan Kerajaan sejak Januari 2009 sehingga 31 Mac 2010 dan berapa ramai lagikah yang belum mendapat pekerjaan. [ Soalan tambahan: Sen Mohd Yusof Husin,

4. Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sistem penilaian yang digunakan bagi menilai keupayaan sebenar tahap pencapaian kemahiran insaniah pelajar IPT dan bagaimana untuk memastikan penilaian dan penaksiran Program Kemahiran Insaniah boleh dilakukan secara realistik. [ Soalan tambahan: Sen Datuk Hjh Azizah, Sen Datuk Abd Rashid b Ngah ]

5. Tan Sri Amirsham bin A. Aziz minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sejauh manakah usaha Kementerian menangani 'root cause' masalah banjir yang disebabkan oleh pembangunan hartanah yang tidak teratur dan juga pembuangan sisa pepejal daripada kawasan perusahaan di sepanjang aliran sungai, dan adakah pihak-pihak bertanggungjawab telah diheret di mahkamah dan dijatuhi hukuman sewajarnya.
[ Soalan tambahan:

6. Tuan Muhammad Olian b Abdullah minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan bilangan serta peratusan Orang Asli yang sedang memegang jawatan di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dalam skim jawatan berikut:-
(a) kumpulan sokongan rendah, kumpulan sokongan dan kumpulan profesional; dan
(b) adakah ada perancangan dibuat supaya pada masa hadapan dengan keutamaan diberi kepada masyarakat Orang Asli yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.

7. Dato' Azian bin Osman minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan langkah-langkah Kementerian dalam memastikan keberkesanan inisiatif jalur lebar negara dapat dinikmati oleh rakyat dan tidak hanya menguntungkan syarikat-syarikat pembekal jalur lebar memandangkan banyak maklum balas telah diterima berkenaan kualiti jalur lebar yang disediakan pada waktu ini tidak berpadanan dengan harga yang dibayar.

8. Tuan Haji Shamsudin bin Mehat minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk meningkatkan kadar nisbah jururawat kepada penduduk negara yang pada masa ini adalah 1:640 penduduk jika dibandingkan dengan nisbah negara maju iaitu 1:200 penduduk. Adakah Kementerian mempunyai sasaran nisbah yang ingin dicapai dalam 5 tahun yang akan datang.

9. Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan tentang usaha untuk mewujudkan projek berimpak tinggi di dalam bidang perikanan setakat ini dan berapa buah projek yang telah dilaksanakan, di mana dan berapa peruntukan yang telah dibelanjakan melalui EPU.

10. Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan tindakan Kerajaan kepada kedai serbaneka 24 jam yang didapati menjual arak secara bebas dan meluas kepada orang awam dan tambahan pula pekerjanya adalah terdiri daripada orang Islam.

11. Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk memberi kuasa yang terhad kepada guru-guru sekolah untuk mengenakan hukuman rotan kepada murid agar menegakkan disiplin sekolah sambil memberi perlindungan undangundang kepada para pendidik yang diberi kuasa untuk menjalankan hukuman tersebut.

12. Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan :-
(a) siapakah yang memegang atau memiliki Hak Penyiaran Eksklusif kepada filem-filem arahan dan lakonan Allahyarham Seniman Agong Tan Sri P. Ramlee; dan
(b) apakah usaha-usaha yang telah dibuat oleh Kementerian untuk memelihara dan menjaga kepentingan (pengarahpengarah dan pelakon-pelakon) filem-filem klasik melayu yang sering ditayangkan oleh stesen-stesen tv negara ini.

C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 2/2010) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 (Menteri Kewangan)

2. (D.R. 3/2010) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2010 (Menteri Kewangan)

3. (D.R. 36/2009) Rang Undang-undang Agensi Pelaporan Kredit 2009 (Menteri Kewangan)

4. (D.R. 35/2009) Rang Undang-undang Perlindungan Data Peribadi 2009 (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)

5. (D.R. 1/2010) Rang Undang-undang Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2010 (Menteri Pelajaran)

6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010
(Menteri Pelancongan)

7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)

8. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)

9. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)

10. (D.R. 4/2010) Rang Undang-undang Perdagangan Strategik 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

11. (D.R. 5/2010) Rang Undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

12. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

13. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

14. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan
(Pindaan) 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

15. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

Monday, May 3, 2010

Dewan Negara 3 Mei 2010 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul [ KLIK ]
A. Doa
B. Mengangkat Sumpah
C. Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan

1. Dato' Haji Abdul Rashid bin Ngah minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah yang dimaksudkan dengan transformasi pendidikan yang sedang dilaksanakan sekarang dan adakah transformasi ini memerlukan kajian semula ke atas dasar dan falsafah pendidikan negara.

2. Dr. Malasingam a/l Muthukumaru minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah sistem pelupusan sistem pepejal yang diguna pakai sekarang menepati piawaian antarabangsa dan nyatakan jumlah tapak pelupusan sampah yang masih beroperasi di negeri Perak dan tempoh operasi yang diluluskan.

3. Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada benar atau tidak dua orang bekas tentera Zionis Israel diberikan tanggungjawab membina sistem komunikasi bernilai RM42 juta untuk PDRM. Jika benar, apakah implikasinya dari segi keselamatan negara.

4. Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-

(a) apakah kriteria yang diguna pakai oleh Kementerian dalam memberi permit atau AP kepada pengimport binatang ternakan seperti lembu dan kambing; dan

(b) masa kini berapakah jumlah syarikat yang telah diberikan AP tersebut mengikut pecahan negeri dan bilangan serta jenis binatang ternakan yang dibenarkan untuk satu-satu tempoh masa.

5. Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta MENTERI KESIHATAN menyatakan setakat manakah kejayaan Pelan Strategik Kebangsaan mengenai HIV/AIDS (National Strategic Plan on HIV/AIDS) bagi tempoh 2006 hingga 2010 dan nyatakan adakah Kerajaan bercadang meneruskannya atau memperkenalkan pendekatan lain.

6. Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik PATI dan juga pekerja asing berpermit, mengikut negeri-negeri di Malaysia serta pendekatan yang dijalankan oleh Kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing, di samping mengatasi keperluan tenaga kerja di beberapa sektor khusus seperti restoran, dobi, pasar mini dan sebagainya.

7. Datuk Hajah Wan Hazani binti Wan Mohd Nor minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah target untuk menjadi Malaysia sebuah negara maju tahun 2020 boleh dicapai dan berapa negerikah di Malaysia yang telah mencapai taraf negeri maju.

8. Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sekiranya keghairahan untuk memperbaiki kedudukan dalam 'ranking syndrome' itu tidak menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di IPTA dan nyatakan kesannya terhadap moral pensyarah-pensyarah di IPTA.

9. Tan Sri Datuk Dr. Jins bin Shamsudin minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah statistik kes jenayah di negara ini yang melibatkan pelajar-pelajar antarabangsa dan apakah tindakan Kerajaan ke atas pelajar yang terlibat dengan jenayah.

10. Tuan Ahmad bin Hussin minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan adakah Kementerian akan menggalakkan pengilang-pengilang padi komersial yang berskala besar seperti BERNAS dan lain-lain supaya menggunakan sekam padi untuk menjana tenaga elektrik dan juga bagi menyahut seruan Kerajaan supaya kilang-kilang menjana tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui.

11. Dato' Wong Siong Hwee minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Kerajaan untuk menarik para lepasan graduan yang tidak mendapat peluang pekerjaan menceburkan diri dalam sektor pertanian yang dilaungkan oleh Kerajaan iaitu pertanian adalah perniagaan.

12. Dato' Haji Kamarudin bin Haji Ambok minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilangan jalan persekutuan dan negeri yang mengalami kesesakan yang teruk terutamanya ketika hujung minggu dan musim perayaan serta apakah perancangan komprehensif Kementerian untuk mengatasi masalah kesesakan ini untuk jangka masa sederhana dan panjang.

D. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-usul
1. Yang Berhormat Dato’ Azian bin Osman akan mencadangkan:-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku,Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Ketiga Parlimen Yang Kedua Belas.” Menyambung semula Perbahasan Atas Masalah (29 April 2010)

2. (D.R. 2/2010) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 (Menteri Kewangan)

3. (D.R. 3/2010) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2010(Menteri Kewangan)

4. (D.R. 4/2010) Rang Undang-undang Perdagangan Strategik 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

5. (D.R. 35/2009) Rang Undang-undang Perlindungan Data Peribadi 2009 (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)

6. (D.R. 36/2009) Rang Undang-undang Agensi Pelaporan Kredit 2009 (Menteri Kewangan)

7. (D.R. 5/2010) Rang Undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

8.(D.R. 1/2010) Rang Undang-undang Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2010 (Menteri Pelajaran)

9.(D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)

10. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)

11.(D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

12. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

13.(D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

14. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)

15. (D.R. 9/2010)Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010
(Menteri Pengangkutan)

16.(D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008