Thursday, March 15, 2012

Dewan Rakyat 15 Mac 2012 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-
(a) adakah pihak Kementerian berhasrat mengkaji semula sistem pendidikan kini sama ada ia seimbang dengan perkembangan seseorang pelajar dari segi ilmu, jasmani, rohani dan akhlak; dan
(b) apakah tindakan dan perancangan baru pihak Kementerian dalam memberi penekanan untuk pemulihan akhlak mulia para pelajar. [ Soalan Tambahan : BN Bintulu, PKR Machang, DAP Kepong ]

2. Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kesemua aspek tentang skim “1Care For 1Malaysia” yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan:-
(a) nyatakan anggaran perbelanjaan tahunan dan bilangan pesakit yang akan dapat perkhidmatan dan rawatan skim ini; dan
(b) bagaimanakah tabung skim ini dapat menjana dana dan sumbangan dan adakah ia berusaha sama dengan pihak swasta. [ Soalan Tambahan : DAP Kota Melaka, BN Sri Gading, PKR Gopeng ]

3. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah perkara-perkara lain yang dilaksanakan oleh SEDA Malaysia bagi menggalakkan pembangunan tenaga boleh baharu negara selain daripada langkah Kerajaan menubuhkan Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia sejak pada 1 September 2011 bagi melaksanakan mekanisme FiT dan fungsi-fungsi lain seperti yang digariskan di bawah Akta SEDA Malaysia 2011. [ Soalan Tambahan : BN Ledang, DAP Seputeh ]

4. Tuan Wong Ho Leng [ Sibu ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan kadar penembusan internet di Sarawak. Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk menggalak penggunaan internet. Apakah langkah-langkah yang telah dilaksanakan untuk meningkatkan kelajuan sambungan wifi di Sarawak. [ Soalan Tambahan : DAP Sibu, BN Kanowit ]

5. Dato' Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah yang menghalang Kerajaan untuk membina lebuh raya 2 lorong (dual carriageway) dari Kota Kinabalu ke Sandakan. Bilakah lebuh raya dual carriageway ini akan direalisasikan. [ Tiada Soalan Tambahan ]

Soalan MP PAS disenaraikan:

6. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan sumbangan besar kepada Negara dari Kajian Kutub.

14. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan perancangan pihak Kerajaan untuk membangunkan dan memperbaiki imej Pasar Chow Kit dan kawasan di sekelilingnya.

20. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah kos yang dibelanjakan oleh Kerajaan dalam menjayakan Program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat kebangsaan yang diadakan di Parit Buntar, Perak pada 13 hingga 16 Januari 2012 yang lalu.

33. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik jenayah rogol yang berlaku di Malaysia dari tahun 2003 hingga 2011.

46. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan kedudukan terkini nasib anak-anak luar nikah di seluruh negara kerana angkanya yang semakin meningkat dan apakah jalan penyelesaiannya.

Usul 18 (1) oleh DAP Bakri mengenai Lebuhraya EDL yang akan dibuka dalam 2 minggu lagi.

c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Pengangkutan * Rang Undang-undang Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan
Raya Malaysia 2012.

d. Usul-Usul dan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua
1. Yang Berhormat Dato' Lilah bin Yasin akan mencadangkan:-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kedua Belas.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (14 Mac, 2012)

[ Perbahasan - BN Silam, Bebas Pasir Mas, BN Labuan ]

[ Rehat ]

[ Sambungan - BN Labuan, DAP Seputeh, BN Tebrau, Bebas Bayan Baru, PAS Pendang, BN Pasir Salak, PKR Lembah Pantai, BN Tangga Batu ]

2. (D.R. 44/2011) Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjukasi Industri Pembinaan 2011
[ Kementerian Kerja Raya ]

3. (D.R. 1/2012) Rang Undang-undang Pengantaraan 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

4. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ]

Tuesday, March 13, 2012

Dewan Rakyat 14 Mac 2012 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]

a. Doa

b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

1. Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sumbangan-sumbangan yang telah diusahakan selama ini oleh Kerajaan Malaysia terhadap negara Palestin. [ Soalan Tambahan : BN Libaran ]

2. Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan :-
(a) kadar faedah keseluruhan skim kepada pembeli serta pecahan yang akan diterima oleh Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan di dalam Skim Pembiayaian Khas Pembelian PPR-MTEN dan PA DBKL; dan
(b) sebab-sebab Kerajaan tidak menggunakan kaedah secara 'grant' atau pinjaman pada kadar faedah 2%. [ Soalan Tambahan : PKR Lembah Pantai, DAP Kepong ]

3. Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) apakah penyelidikan R&D yang dirancangkan dan telah dilaksanakan oleh Kementerian dalam RMK-10 bagi tujuan meningkatkan hasil pertanian petani-petani; dan
(b) langkah-langkah Kementerian untuk memulihkan Projek Burung Walit yang dianggap gagal pada peringkat pertama. [ Soalan Tambahan : BN Gelang Patah, Bebas Padang Serai ]

4. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan prestasi semasa pelaburan FELDA Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) di dalam dan luar negara serta sejauh manakah kajian mendalam yang dibuat mengenai buruk baik penyenaraian FGV di Bursa Malaysia. [ Soalan Tambahan : PAS Kubang Kerian, BN Kuala Krau ]

5. Dato' Sri Ong Tee Keat [ Pandan ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan jumlah bilangan dan nilai projek R&D (Penyelidikan dan Pembangunan) yang dipohon, dilulus dan terbengkalai setelah memperolehi kelulusannya sejak tahun 2008. Berapa jenis produk hasil R&D itu dapat dipasarkan di Malaysia dan berapa pula yang berjaya menerokai pasaran asing. [ Soalan Tambahan : BN Pandan, Bebas Pasir Mas ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
6. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan berapakah jumlah pelaburan asing (RM) dari Taiwan ke Pulau Pinang dari 2008 hingga sekarang serta senaraikan pelabur-pelabur tersebut.

16. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sejauh manakah impak pemberian Baucar Buku 1Malaysia terhadap mengurangkan beban semasa mahasiswa.

45. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengenai Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sedang di semak semula, adakah golongan pendidikan (Guru) diberi keanggotaan yang cukup dalam Jawatankuasa Semakan Semula, ini kerana kakitangan Kementerian Pelajaran mewakili separuh dari jumlah Kakitangan Awam yang ada di negara ini. Adakah Kerajaan memikirkan perlu untuk menubuhkan Suruhanjaya Di Raja untuk
menyusun semula Skim Perkhidmatan Pendidikan (Guru) yang berkecamuk itu.

47. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah royalti atau lain-lain bayaran dan namakan negeri-negeri yang menerima bayaran tersebut daripada PETRONAS pada tahun 2011.

48. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sama ada Program Meningkatkan Bekalan Daging yang dilaksanakan oleh NFC Sdn. Bhd. dikategorikan sebagai berjaya atau gagal mencapai objektifnya.

50. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan hasil menyeluruh pelaksanaan pendekatan Islam Hadhari oleh Kerajaan dan apakah hala tuju pendekatan tersebut di masa hadapan setelah diwujudkan beberapa institusi berkaitan seperti Institusi Islam Hadhari di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

51. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status terkini pembinaan Jambatan ke-2 Sultan Yahya Petra Kota Bharu.

c. Usul-Usul Dan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua

Usul 12(1) bahawa Dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.30 malam.
Usul 18(1) oleh PKR Subang mengenai Tuduhan-Tuduhan terhadap Peguam Negara mengenai kes-kes melibatkan Bekas Ketua Polis Negara.

1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Dato' Lilah bin Yasin (Jempol) dan masalah dicadangkan:-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kedua Belas.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (13 Mac, 2012)

[ Sambungan Perbahasan Titah Ucapan Diraja - Bebas Tawau, BN Kota Belud, PAS Marang, ]

[ Rehat ]

[ PAS Marang, BN Ranau, PKR Gombak, BN Ledang, DAP Ipoh Barat, BN Batang Sadong, PAS Kubang Kerian, PKR Indera Mahkota ]

2. (D.R. 44/2011) Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjukasi Industri Pembinaan 2011
[ Kementerian Kerja Raya ]

3. (D.R. 1/2012) Rang Undang-undang Pengantaraan 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

4. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ]

Monday, March 12, 2012

Dewan Rakyat 13 Mac 2012 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] a. Doa b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) setakat mana pelaksanaan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk rakyat Malaysia dan berapakah jumlah permohonan yang telah diluluskan; dan
(b) apakah tindakan pihak Kementerian dalam memastikan kelancaran pelaksanaan program ini agar tidak menimbulkan kesulitan kepada rakyat ketika membuat permohonan dan menuntut bayaran selepas kelulusan dibuat. [ Soalan Tambahan : BN Bintulu, PAS Bachok, BN Kinabatangan ]

2. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang kedudukan konsep Wasatiyyah di dalam dasar-dasar pemerintahan negara pada masa kini dan apakah pelan menyeluruh yang dirangka oleh pihak Kerajaan untuk melaksanakan konsep tersebut. [ Soalan Tambahan : PAS Marang, BN Tangga Batu ]

3. Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan langkah dan insentif dari Kementerian untuk merangsang DDI seiring dengan keistimewaan yang diberikan kepada FDI. Kedua, apakah usaha untuk meningkatkan FDI disebabkan kekurangan tenaga mahir, teknologi di tahap yang rendah, kerenah birokrasi dan SMI yang tidak matang. [ Soalan Tambahan : BN Jasin, PKR Indera Mahkota ]

4. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan penangguhan pelaksanaan dan semakan semula Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), mengapa Kerajaan dari awal tidak memanggil Cuepacs untuk berbincang berhubung pelaksanaan skim SBPA dan pendirian Kerajaan terhadap tuntutan-tuntutan Cuepacs. [ Soalan Tambahan : PKR Permatang Pauh, BN Putrajaya, PAS Pokok Sena ]

5. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah Kerajaan berhasrat untuk menggubal satu Akta Kebebasan Maklumat bagi menggalakkan penyediaan maklumat dari badan awam dan badan persendirian yang mempunyai kepentingan awam di samping memansuhkan Akta Rahsia Rasmi 1972. [ Soalan Tambahan : BN Rembau, PKR Machang ]

6. Tuan Lim Kit Siang [ Ipoh Timur ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa Entry Point Programs (EPPs) yang merupakan projek kitar semula sebelum Program Transformasi Ekonomi (ETP) seperti projek-projek Karambunai Integrated Resort dan Tanjong Agas Industrial Park dimulakan dan bagaimanakah ini memberi kesan kepada dakwaan bahawa ETP mewakili “pendekatan baru yang berani” untuk pertumbuhan ekonomi. [ Soalan Tambahan : DAP Ipoh Timur, Bebas Padang Serai ]

7. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan bagaimana pihak Kementerian memastikan aset-aset berharga negara yang terdiri daripada kelengkapan perang seperti Kapal-kapal laut, kapal selam dan kereta kebal mendapat penjagaan yang sempurna terutama dalam penjadualan penyelenggaraan oleh pihak yang bertanggungjawab dan mempunyai kepakaran. [ Soalan Tambahan : BN Maran, DAP Kepong ]

8. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah definisi yang digunakan untuk membezakan syarikat teras dan bukan teras berhubung dasar pelupusan syarikat-syarikat bukan teras oleh Khazanah dan PNB memandangkan Khazanah dan PNB adalah entiti yang terlibat dalam pelaburan. [Tiada Soalan Tambahan ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
32. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimana barangan dari Israel dikatakan boleh berada di dalam pasaran Malaysia.

33. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan masalah liputan WiFi, 3G dan telefon bimbit yang berlaku di sekitar Padang Terap dan usaha-usaha yang diambil untuk mengatasinya.

37. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jelaskan mengapa berlakunya penyelewengan akidah dan bertambahnya kes jenayah di kalangan belia hari ini adalah kerana ketidak berkesanan subjek pendidikan Islam dan Moral di sekolah yang di ajar sebagai satu pelajaran akademik, tidakkah pihak Kementerian berhasrat untuk mengkaji semula silabus subjek ini supaya unsur-unsur akidah dapat di terap melalui program amali, kem-kem ibadah dan interaksi dengan rumah-rumah ibadat (masjid dan surau) serta ulama tempatan untuk membentuk akidah dan tingkah laku pelajar yang terpuji.

54. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah jalan yang dibina semenjak mantan Menteri Kerja Raya, Dato' Seri Samy Vellu yang menghubungkan Bandar Simpang Pulai di Perak ke Kuala Berang di Terengganu akan siap sepenuhnya.

58. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan penyelarasan yang dibuat dengan Kementerian Pengajian Tinggi dalam melatih guru-guru supaya ia selari dengan keperluan di Sekolah.

60. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah tindakan Malaysia terhadap apa yang berlaku di Syria pada masa ini serta apakah peranan Malaysia di dalam OIC dalam menghadapi kemelut di negara tersebut.

66. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapa ramai gadis terlanjur dalam jagaan rumah kebajikan dan sekolah harapan di seluruh negara dan berapa ramai yang telah berjaya dipulihkan sepenuhnya dari terus terlibat dengan aktiviti zina.

72. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah ciri-ciri utama Skim Insurans Kesihatan Nasional yang telah pun banyak dibicarakan dalam media perdana dan media baru, tetapi masih tidak diperjelaskan oleh pihak Kementerian. Sejauh manakah pandangan dan konsultasi berlaku dengan rakyat dan seluruh 'stakeholders' yang lain dalam merumuskan skima ini.

c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Pengantaraan 2012

d. Usul-Usul dan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua
1. Menteri Dalam Negeri akan mencadangkan:-
“ Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga supaya selama Penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang, jalan-jalan melalui lorong-lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang ahli-ahli hendak pergi dan balik dari Dewan ini, jangan berlaku apa-apa kacau-bilau di jalan-jalan menuju ke Dewan ini, dan supaya jangan ada huru-hara di Bangunan Dewan ini dan berhampiran dengan bangunan ini, dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah menyampaikan perintah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut itu. “ - Timbalan Menteri Dalam Negeri - BN Kampar

Ususl 18(1) Oleh PKR Ampang berkenaan dengan Kebertanggungjawaban Dana RM 250 Juta oleh Kementerian Kewangan & Kementerian Pertanian & Asas Tani.

2. Yang Berhormat Dato' Lilah bin Yasin akan mencadangkan:-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kedua Belas.”

[ Perbahasan - BN Jempol (DAP Beruas, Bebas Padang Serai, Kota Belud, BN Maran, DAP Beruas, BN Kuala Krau, DAP Beruas, PKR Indera Mahkota, BN Jasin , PKR Indera Mahkota ), BN Kapit ] [ Rehat ]

[ BN Kapit, PKR Permatang Pauh ( BN Kota Belud, BN Rembau, PKR Machang, PKR Balik Pulau ), BN Jasin ( BN Pasir Salak, BN Rembau, PAS Kuala Selangor ), DAP Bandar Kuching ( BN Sri Aman, BN Kapit, PKR Gopeng ), Bebas Tawau, ]

3. (D.R. 44/2011) Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjukasi Industri Pembinaan 2011 [ Kementerian Kerja Raya ]

4. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ]

Thursday, December 22, 2011

Dewan Negara 22 Disember 2011 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan [ KLIK ]
c. Ahli Baru Mengangkat Sumpah

d. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. (D.R. 15/2011) Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 [ Kementerian Sumber Manusia ]

2. (D.R. 32/2011) Rang Undang-undang Pencen (Pindaan) 2011 [ Jabatan Perdana Menteri]

3. (D.R. 33/2011) Rang Undang-undang Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 2011 [ Jabatan Perdana Menteri ]

4. (D.R. 34/2011) Rang Undang-undang Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

5. (D.R. 35/2011) Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) (No.2) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

6. (D.R. 38/2011) Rang Undang-undang Perumahan Rakyat 1Malaysia 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

7. (D.R. 36/2011) Rang Undang-undang Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan) 2011 [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

8. (D.R. 43/2011) Rang Undang-undang Polis (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

9. (D.R. 39/2011) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010 (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

10. (D.R. 40/2011) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

12. (D.R. 41/2011) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

13. (D.R. 37/2011) Rang Undang-undang Standard Malaysia (Pindaan) 2011 [ Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ]

Wednesday, December 21, 2011

Dewan Negara 21 Disember 2011 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan [ KLIK ]

c. Perbahasan Rang Undang-Undang Bagi Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. (D.R. 24/2011) Rang Undang-undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan)2011 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. (20 Disember, 2011) [ Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ]

[ Perbahasan - Senator Dato' Dr Johari Mat, Senator Hjh Mumtaz Md Nawi, ]

2. (D.R. 46/2010) Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan)2010 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

[ Perbahasan - Senator Dr Syed Husin Ali, Senator Hjh Mumtaz Md Nawi, Senator Dato Dr Johari Mat ]

3. (D.R. 13/2011) Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad 2011 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

4. (D.R. 22/2011) Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (Pindaan) 2011
[ Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ]

5. (D.R. 21/2011) Rang Undang-undang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2011 [ Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ]

6. (D.R. 23/2011) Rang Undang-undang Perikanan (Pindaan) 2011 [ Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ]

7. (D.R. 1/2011) Rang Undang-undang Veteran 2011 [ Kementerian Pertahanan ]

8. (D.R. 26/2011) Rang Undang-undang Perkhidmatan Pos 2011 [ Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ]

9. (D.R. 15/2011) Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 [ Kementerian Sumber Manusia ]

10. (D.R. 32/2011) Rang Undang-undang Pencen (Pindaan) 2011 [ Jabatan Perdana Menteri]

11. (D.R. 33/2011) Rang Undang-undang Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 2011 [ Jabatan Perdana Menteri ]

12. (D.R. 34/2011) Rang Undang-undang Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

13. (D.R. 35/2011) Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) (No.2) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

14. (D.R. 38/2011) Rang Undang-undang Perumahan Rakyat 1Malaysia 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

15. (D.R. 36/2011) Rang Undang-undang Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan) 2011 [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

16. (D.R. 43/2011) Rang Undang-undang Polis (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

17. (D.R. 39/2011) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010 (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

18. (D.R. 40/2011) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

19. (D.R. 41/2011) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

20. (D.R. 37/2011) Rang Undang-undang Standard Malaysia (Pindaan) 2011 [ Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ]

Tuesday, December 20, 2011

Dewan Negara 20 Disember 2011 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan [ SILA KILK ]

c. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Bagi Kali Kedua dan Usul-Usul
1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:-
(a) bahawa Dewan ini meluluskan ketetapan menurut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan untuk mengungkaikan Proklamasi Darurat yang berikut:
(i) Proklamasi Darurat 1966 [P.U.(A)339A/1966] iaitu Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 14 September 1966 di Sarawak bertujuan untuk membolehkan Kerajaan menyelesaikan pertikaian politik di Sarawak;
(ii) Proklamasi Darurat 1969 [P.U.(A)145/1969] iaitu Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 15 Mei 1969 berikutan dengan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ; dan
(iii) Proklamasi Darurat 1977 [P.U.(A)358/1977] iaitu Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 8 November 1977 di Kelantan bertujuan untuk menyelesaikan pertikaian politik di negeri Kelantan;

(b) bahawa Dewan ini mengambil maklum sebab Proklamasi Darurat tersebut itu diungkaikan adalah kerana keadaan darurat yang mengancam keselamatan atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Malaysia sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan yang menghendaki Proklamasi Darurat yang tersebut itu
terus berkuat kuasa tidak lagi wujud masa kini;

(c) bahawa Dewan ini mengambil maklum kesan pengungkaian ini menurut Fasal (7) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan ialah, apa-apa ordinan yang dibuat di bawah Proklamasi Darurat yang tersebut itu dan undangundang yang dibuat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan semasa Proklamasi Darurat yang tersebut itu berkuat kuasa akan terhenti berkuat kuasa selepas habis tempoh enam bulan dari tarikh Proklamasi Darurat yang tersebut itu dibatalkan;

(d) bahawa Dewan ini mengambil maklum langkah-langkah sewajarnya perlu diambil untuk memastikan tidak timbul kesukaran atau apa-apa halangan kepada Kerajaan untuk mengawal jenayah dan perkara-perkara yang boleh menyebabkan ancaman terhadap keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam termasuklah kegiatan keganasan apabila terhentinya kuat kuasa semua ordinan yang dibuat di bawah
Proklamasi Darurat yang tersebut itu dan undang-undang yang dibuat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan semasa Proklamasi Darurat yang tersebut itu berkuat kuasa seperti yang dinyatakan dalam perenggan (c);

(e) bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa dengan terungkainya Proklamasi Darurat yang tersebut itu Kerajaan tidak lagi mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Seperti yang Dewan ini sedia maklum Fasal (5) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Parlimen, walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan Persekutuan, untuk membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara jika didapati oleh Parlimen bahawa undang-undang itu dikehendaki oleh sebab darurat itu kecuali undang-undang mengenai apa-apa perkara hukum Syarak atau adat Melayu atau mengenai apa-apa perkara undang-undang atau adat anak negeri di Negeri Sabah atau Sarawak seperti yang dinyatakan dalam Fasal (6A);

(f) bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa pengungkaian Proklamasi Darurat yang tersebut itu membuktikan bahawa Kerajaan sentiasa bersedia untuk melakukan pembaharuan dalam undang-undang negara supaya ia selaras dengan kehendak semasa dan mengukuhkan lagi usaha Kerajaan untuk memastikan negara ini sentiasa maju ke hadapan.

[ Perbahasan - Sen. Dr Syed Husin Ali, Sen. Hjh Mumtaz Md Nawi ]

2. (D.R. 42/2011) Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011[ Jabatan Perdana Menteri ]

[ Perbahasan - Rehat ]

3. (D.R. 30/2011) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2011 [ Kementerian Kewangan ]

4. (D.R. 31/2011) Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2011 [ Kementerian Kewangan ]

5. (D.R. 24/2011) Rang Undang-undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2011 [ Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ]

6. (D.R. 46/2010) Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan)2010 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

7. (D.R. 13/2011) Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad 2011 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

8. (D.R. 22/2011) Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (Pindaan) 2011
[ Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ]

9. (D.R. 21/2011) Rang Undang-undang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2011 [ Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ]

10. (D.R. 23/2011) Rang Undang-undang Perikanan (Pindaan) 2011 [ Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ]

11. (D.R. 1/2011) Rang Undang-undang Veteran 2011 [ Kementerian Pertahanan ]

12. (D.R. 26/2011) Rang Undang-undang Perkhidmatan Pos 2011 [ Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ]

13. (D.R. 15/2011) Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 [ Kementerian Sumber Manusia ]

14. (D.R. 32/2011) Rang Undang-undang Pencen (Pindaan) 2011 [ Jabatan Perdana Menteri]

15. (D.R. 33/2011) Rang Undang-undang Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 2011 [ Jabatan Perdana Menteri ]

16. (D.R. 34/2011) Rang Undang-undang Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

17. (D.R. 35/2011) Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) (No.2) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

18. (D.R. 38/2011) Rang Undang-undang Perumahan Rakyat 1Malaysia 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

19. (D.R. 36/2011) Rang Undang-undang Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan) 2011 [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

20. (D.R. 43/2011) Rang Undang-undang Polis (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

21. (D.R. 39/2011) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010 (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

22. (D.R. 40/2011) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

23. (D.R. 41/2011) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

24. (D.R. 37/2011) Rang Undang-undang Standard Malaysia (Pindaan) 2011 [ Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ]

Monday, December 19, 2011

Dewan Negara 19 Disember 2011 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan [ SILA KLIK ]

c. Perbahasan Rang Undang-Undang Bagi Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. (D.R. 29/2011) Rang Undang-undang Perbekalan 2012 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. (14 Disember, 2011) [ Kementerian Kewangan ]

2. Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:-
(a) bahawa Dewan ini meluluskan ketetapan menurut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan untuk mengungkaikan Proklamasi Darurat yang berikut:
(i) Proklamasi Darurat 1966 [P.U.(A)339A/1966] iaitu Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 14 September 1966 di Sarawak bertujuan untuk membolehkan Kerajaan menyelesaikan pertikaian politik di Sarawak;
(ii) Proklamasi Darurat 1969 [P.U.(A)145/1969] iaitu Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 15 Mei 1969 berikutan dengan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ; dan
(iii) Proklamasi Darurat 1977 [P.U.(A)358/1977] iaitu Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 8 November 1977 di Kelantan bertujuan untuk menyelesaikan pertikaian politik di negeri Kelantan;

(b) bahawa Dewan ini mengambil maklum sebab Proklamasi Darurat tersebut itu diungkaikan adalah kerana keadaan darurat yang mengancam keselamatan atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Malaysia sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan yang menghendaki Proklamasi Darurat yang tersebut itu
terus berkuat kuasa tidak lagi wujud masa kini;

(c) bahawa Dewan ini mengambil maklum kesan pengungkaian ini menurut Fasal (7) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan ialah, apa-apa ordinan yang dibuat di bawah Proklamasi Darurat yang tersebut itu dan undangundang yang dibuat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan semasa Proklamasi Darurat yang tersebut itu berkuat kuasa akan terhenti berkuat kuasa selepas habis tempoh enam bulan dari tarikh Proklamasi Darurat yang tersebut itu dibatalkan;

(d) bahawa Dewan ini mengambil maklum langkah-langkah sewajarnya perlu diambil untuk memastikan tidak timbul kesukaran atau apa-apa halangan kepada Kerajaan untuk mengawal jenayah dan perkara-perkara yang boleh menyebabkan ancaman terhadap keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam termasuklah kegiatan keganasan apabila terhentinya kuat kuasa semua ordinan yang dibuat di bawah
Proklamasi Darurat yang tersebut itu dan undang-undang yang dibuat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan semasa Proklamasi Darurat yang tersebut itu berkuat kuasa seperti yang dinyatakan dalam perenggan (c);

(e) bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa dengan terungkainya Proklamasi Darurat yang tersebut itu Kerajaan tidak lagi mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Seperti yang Dewan ini sedia maklum Fasal (5) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Parlimen, walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan Persekutuan, untuk membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara jika didapati oleh Parlimen bahawa undang-undang itu dikehendaki oleh sebab darurat itu kecuali undang-undang mengenai apa-apa perkara hukum Syarak atau adat Melayu atau mengenai apa-apa perkara undang-undang atau adat anak negeri di Negeri Sabah atau Sarawak seperti yang dinyatakan dalam Fasal (6A);

(f) bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa pengungkaian Proklamasi Darurat yang tersebut itu membuktikan bahawa Kerajaan sentiasa bersedia untuk melakukan pembaharuan dalam undang-undang negara supaya ia selaras dengan kehendak semasa dan mengukuhkan lagi usaha Kerajaan untuk memastikan negara ini sentiasa maju ke hadapan.

3. (D.R. 46/2010) Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan)2010 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

4. (D.R. 13/2011) Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad 2011 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

5. (D.R. 22/2011) Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (Pindaan) 2011
[ Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ]

6. (D.R. 21/2011) Rang Undang-undang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2011 [ Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ]

7. (D.R. 23/2011) Rang Undang-undang Perikanan (Pindaan) 2011 [ Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ]

8. (D.R. 24/2011) Rang Undang-undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2011 [ Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ]

9. (D.R. 1/2011) Rang Undang-undang Veteran 2011 [ Kementerian Pertahanan ]

10. (D.R. 26/2011) Rang Undang-undang Perkhidmatan Pos 2011 [ Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ]

11. (D.R. 15/2011) Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 [ Kementerian Sumber Manusia ]

12. (D.R. 42/2011) Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 [ Jabatan Perdana Menteri ]

13. (D.R. 31/2011) Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2011 [ Kementerian Kewangan ]

14. (D.R. 32/2011) Rang Undang-undang Pencen (Pindaan) 2011 [ Jabatan Perdana Menteri]

15. (D.R. 33/2011) Rang Undang-undang Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 2011 [ Jabatan Perdana Menteri ]

16. (D.R. 34/2011) Rang Undang-undang Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

17. (D.R. 35/2011) Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) (No.2) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

18. (D.R. 38/2011) Rang Undang-undang Perumahan Rakyat 1Malaysia 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

19. (D.R. 36/2011) Rang Undang-undang Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan) 2011 [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

20. (D.R. 43/2011) Rang Undang-undang Polis (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

21. (D.R. 39/2011) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010 (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

22. (D.R. 40/2011) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

23. (D.R. 41/2011) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

24. (D.R. 30/2011) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2011 [ Kementerian Kewangan ]

25. (D.R. 37/2011) Rang Undang-undang Standard Malaysia (Pindaan) 2011 [ Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ]

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008