TV MPPAS

Prompt: If you cannot view program, please download and install play engine Internet Explorer Download Now

Rakaman

Friday, November 20, 2009

Dewan Rakyat, 23 November 2009 (Isnin)

Doa
A. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah usaha-usaha Kerajaan dalam meningkatkan penggunaan teknologi terkini di pintu-pintu masuk sempadan negara kita terutamanya dalam meningkatkan keupayaan mesin pengimbas (scanner) kerana pemasangan mesin pengimbas teknologi terkini di pintu keluar masuk negara bukan sahaja dapat meningkatkan tahap keselamatan tetapi juga menambah hasil pendapatan negara.

2. Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan penaiktarafan "Terminal Bas Plaza Rakyat" di Puduraya telah diambil alih oleh syarikat "Global Upline Sdn. Bhd." (GUSB) (rujuk jawapan bertulis 19 Februari 2009). Apakah perancangan seterusnya bagi memastikan projek ini tidak terbengkalai dan tidak menjejaskan kelancaran perkhidmatan bas dan bilakah projek ini akan dijangka siap sepenuhnya.

3. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapa ramai wanita yang berjaya dalam perniagaan di Malaysia ini supaya boleh menjadi model kepada wanita lain.

4. Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan dengan terperinci 6 kes yang didakwa, disabitkan atau dihukum di Amerika Syarikat untuk menghantar peralatan dan teknologi tentera ke Iran yang membabitkan Malaysia dan alasan Malaysia menjadi sebuah pusat bagi aktiviti sedemikian.

5. Dato' Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah penguat kuasa penjara di seluruh negara dan apakah Kerajaan peka dengan keperluan mereka berbanding pelbagai faedah dan insentif yang diberikan kepada pasukan polis dan anggota tentera.

6. Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(a) bilakah Jabatan Kanak-kanak akan ditubuhkan; dan
(b) apakah langkah-langkah perlindungan kanak-kanak dalam sistem Mahkamah Sivil.

7. Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sejak tahun 2006, sejauh manakah kejayaan pihak Kementerian untuk membangunkan sekurang-kurangnya 10,000 orang usahawan Industri Asas Tani di bawah Rancangan Malaysia Ke 9 dan juga bagaimanakah sambutan para belia Sabah terutamanya dari kawasan luar bandar ke atas pihak Kementerian ini.

8. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan walaupun tidak seperti dadah, rokok dan barang kawalan lain, kayu balak merupakan ketulan besar yang beratnya bertan-tan dan kena dibawa dengan jentera besar, bising dan menggunakan jalan yang luas. Oleh itu ianya mudah dikesan. Mengapa jumlah pembalakan haram masih tidak dapat dikurangkan atau dihapuskan.

9. Dato' Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kenapa kedai-kedai dibenarkan mengenakan caj kad kredit "extra" kepada pembeli yang menggunakan kad kredit.

10. Dr. Ramasamy a/l Palanisamy [ Batu Kawan ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan mengapakah Kerajaan Malaysia enggan mengutuk Kerajaan Sri Lanka terhadap masalah pembunuhan dan pelarian etnik Tamil selepas perang di mana pada masa kini lebih 300,000 pelarian berada di kem-kem tahanan tanpa makanan, pakaian, perubatan dan kemudahan asas yang mencukupi

11. Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah Kementerian sedar pengajaran di kebanyakan universiti tempatan di dalam Bahasa Inggeris termasuk dalam Pengajian Melayu dan Agama Islam, hampir melumpuhkan kewibawaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Apakah tindakan Kementerian untuk mengatasi masalah tersebut.

12. Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan kerumitan sebenar yang berlaku dalam pemasaran makanan utama seperti beras, gula dan minyak yang sering kali menghadapi kekurangan bekalan. Adakah Kerajaan merancang untuk membebas pengimportan dan pemasaran bahan makanan ini dan berapa bilangan kuantiti yang diimport dari luar negara setiap tahun.

Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No. 20. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan peratus sumbangan negeri Sarawak, Sabah, Terengganu dan Kelantan kepada pengeluaran petroleum negara antara 2005 hingga 2008 serta jumlahnya dalam Ringgit Malaysia.

Soalan No. 21. Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status Balai Polis Pendang yang terbengkalai sejak 2002 dan apakah tindakan terhadap syarikat pembinaan terbabit yang gagal meneruskan pembinaan tersebut.

Soalan No. 23. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah kedudukan perkhidmatan jalur-lebar di negara ini, setelah Malaysia melancarkan projek mega MSC, berbanding negara-negara yang jauh lebih lewat membuat pelaburan dalam teknologi ICT.

Soalan No. 24. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) sejauh manakah kejayaan Kementerian dalam menangani serangan Influenza A H1N1; dan
(b) apakah strategi dalam mengatasi serangan virus mutasi baru.

Soalan No. 26. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan khususnya SPRM ke atas dakwaan yang dibuat oleh Tun Mahathir Mohamad yang menyatakan masih terdapat anggota Kabinet Kerajaan Malaysia yang terlibat dengan amalan politik wang dan rasuah.

Soalan No. 31. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah kadar kemalangan kereta api di Malaysia berbanding dengan negara-negara lain di dunia.

Soalan No. 34. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada berlaku pertindanan antara projek di bawah peruntukkan pembangunan dari Bajet 2009 dengan peruntukkan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi pertama dan kedua.

Soalan No. 39. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bersedia menimbang untuk melantik Bekas-bekas Hakim Mahkamah Tinggi sebagai Pengerusi/Ahli SPR.

Soalan No. 40. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah ada tindakan selanjutnya boleh diambil oleh pekerja terhadap majikan selepas daripada keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Perusahaan terhadap pembuangan kerjanya secara tidak sah.

B. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Menyambung semula pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 (D.R. 32/2009) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2010 seperti berikut :

“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut.” - Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (23 November 2009)

Atursan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK

Thursday, November 19, 2009

Dewan Rakyat, 19 November 2009 (Khamis)

Doa
A. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Dato' Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah Kerajaan akan menarik balik keputusan mengharamkan syarikat rokok dari menaja (iklan jenama berdasar gaya hidup dan bukannya rokok itu sendiri) aktiviti sukan terutamanya sukan bola sepak. Orang ramai mengetahui prestasi pasukan negara telah jatuh dengan begitu teruk sekali kerana kekurangan dana penajaan. [ Soalan tambahan: BN Kota Belud, PAS Rantau Panjang ]

2. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan kerangka persiapan terhadap pekerja sekiranya kegawatan ekonomi berterusan dan apakah tindakan segera dalam membantu pekerja. [ Soalan tambahan: PKR Kuala Langat, BN Maran ]

3. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan langkah-langkah pro-aktif yang boleh dimainkan oleh Kedutaan Malaysia di seluruh dunia bagi memperjelaskan pendirian negara berhubung isu semasa, ekonomi, sosial dan budaya, keselamatan serta politik antarabangsa. [ Soalan tambahan: BN Lipis, PAS Tumpat ]

4. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kenapa peruntukan Jabatan Keselamatan Jalan Raya yang ditubuhkan pada tahun 2004 tidak ditambah, malah dipotong memandangkan pencapaiannya yang begitu cemerlang dan telah berjaya menurunkan kematian kemalangan jalan raya sebanyak 40 peratus. Berikan sebab. [ Soalan tambahan: PKR Kuantan ]

5. Tuan Matulidi bin Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan tindakan Kerajaan terhadap laman web yang menghasut dan menghina Islam di Internet sehingga menimbulkan keresahan dan kemarahan rakyat. [ Soalan tambahan: BN Dungun, PAS Pokok Sena ]

6. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pengeluaran kelengkapan pertahanan (defence equipments) di rantau ini dan senaraikan syarikat-syarikat tempatan yang berpotensi untuk menjayakan matlamat tersebut. [ Soalan tambahan: PKR Machang, BN Arau ]

7. Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sejauh mana langkah-langkah yang telah diambil dalam usaha memasukkan seluruh daerah Hulu Terengganu ke dalam wilayah KETENGAH. [ Soalan tambahan: BN Hulu Terengganu, PKR Machang ]

8. Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada Kerajaan Persekutuan akan mengkaji semula Akta Bangunan Pengurusan Harta Bersama supaya bangunan berstrata dielakkan menjadi "urban slum" dan bagaimana COB, JMB dan MC dapat diperkasakan. [ Tidak hadir ]

9. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan keberkesanan penyediaan Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) yang bertujuan merapatkan jurang digital antara penduduk desa dan bandar dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di negara ini. [ Soalan tambahan: BN Ledang, DAP Bukit Mertajam ]

10. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah rasionalnya pihak Kerajaan membuat keputusan untuk membuat pembelian kereta BMW dan Mercedes dan seterusnya menggantikan Proton Perdana V6 kepada hakim-hakim. [ Soalan tambahan: PAS Pasir Puteh, DAP Ipoh Barat ]

Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No. 15 - Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan tentang kemajuan siasatan yang dijalankan oleh jawatankuasa siasatan yang ditubuhkan di peringkat IBU PEJABAT JKR tentang insiden keruntuhan bumbung stadium utama Kuala Terengganu, stadium tertutup dan kolam akuatik Kuala Terengganu.

Soalan No. 27 - Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah urusan persempadanan semula kawasan pilihan raya terakhir dijalankan dan bilakah persempadanan semula kawasan pilihan raya yang baru akan dimulakan.

Soalan No. 36 - Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan dalam pembekalan benih getah kepada Projek Tanaman Semula RISDA, badan ini memberikan kepada nurseri swasta. Dalam hal ini banyak berlaku penipuan klon yang hanya disedari bila getah tersebut mula ditoreh. Mengapa hal ini berlaku dan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk mengatasi perkara ini dan mengapakah Kerajaan tidak boleh mengenakan 'Surcaj' kepada nurseri terlibat.

B. PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan mencadangkan Rang undang-undang Perlindungan Data Peribadi 2009

C. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Penjelasan Usul 18 oleh DAP Ipoh Timur dan PKR Permatang Pauh.

2. Perbahasan Bajet 2010 (Peringkat Jawatankuasa)

Menyambung semula pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2010(D.R. 32/2009) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2010 seperti berikut :

“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut.” - Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (19 November 2009)

2.1 [ Perbahasan - Bagi Kepala B13/P13 Kementerian Luar Negeri - DAP Kepong, BN Lipis, Bebas Pasir Mas, BN Kota Belud, PKR PJ Selatan, BN Maran, PAS Tumpat (12.31 tengahari), BN Sri Gading, DAP Ipoh Barat, ] Mesyuarat Rehat dan ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang.

[ Sesi petang - Perbahasan - DAP Bakri, PKR Ampang, PKR Sungai Petani, PKR Indera Mahkota, PAS Parit Buntar (3.19 petang), BN Arau, DAP Serdang, BN Labuan, PKR Batu, PAS Kuala Selangor, PKR Klim Bandar Baru, PKR Balik Pulau ]

[ Penggulungan oleh Timbalan Menteri Luar Negeri (Senator) - Celahan - DAP Kepong, PAS Parit Buntar, PKR Balik Pulau, PKR Kulim Bandar Baru, BN Jasin, PKR Padang Serai, DAP Serdang, DAP Bakri, PAS Tumpat ]

Pengundian - Bersetuju=37 undi, Tidak bersetuju=21 undi. Lebih suara bersetuju. Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

Majlis mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.43 petang sehingga 10.00 pagi Isnin 23 November 2009.

Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK

Tuesday, November 17, 2009

Dewan Rakyat, 18 November 2009 (Rabu)

Doa
A. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilangan usahawan yang dapat dilahirkan dan projek perniagaan yang dapat dibangunkan menerusi Projek Usahawan Bumiputera Dalam Bidang Peruncitan (Prosper) termasuk Skim Prosper Siswazah oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) sehingga 30 September 2009. [ Soalan tambahan: BN Sekijang ]

2. Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah kemampuan simpanan bekalan yang ada dalam penjanaan elektrik, usaha yang dijalankan bagi meningkatkan kecekapan tenaga elektrik bagi Kerajaan
bagi bangunan Kerajaan, industri-industri berintensif dan juga peringkat isi rumah serta apakah keperluan untuk mempunyai kabel bagi Empangan Bakun di bawah dasar laut. [ Soalan tambahan: DAP Bukit Bendera ]

3. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana Mahkamah Syariah benar-benar bebas dan berintegriti dalam menjatuhkan sebarang bentuk hukuman dan keputusan tanpa sebarang campur tangan. [ Soalan tambahan: BN Sri Gading, PKR Permatang Pauh ]

4. Dr. Hiew King Cheu [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan di manakah dan bilakah jambatan Beaufort Kedua yang merentasi Sungai Padas boleh disiapkan dan adakah jambatan lama akan dibaiki. [ Soalan tambahan: DAP Kota Kinabalu ]

5. Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan mempunyai profil yang komprehensif bagi semua kawasan Parlimen terutama dari segi status ekonomi, kemudahan asas, kemiskinan, kesihatan, pelajaran. Nyatakan kawasankawasan Parlimen yang masih jauh ketinggalan dalam pelbagai segi keperluan asas dan pembangunan yang penting untuk meningkatkan tahap kehidupan rakyat di kawasan itu. [ Soalan tambahan: BN Kanowit, PAS Kuala Selangor ]

6. Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan mengikut prosedur, berapa lama sesuatu laporan perubatan itu sepatutnya dibekalkan kepada pemohon kerana di Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan permohonan untuk mendapatkan laporan perubatan akan mengambil masa yang lama yang kadang kala
sehingga 6 bulan. [ Soalan tambahan: DAP Seremban, BN Arau ]

7. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-
(a) apakah Kementerian sedar bahawa cara mendapatkan buku teks pada awal musim persekolahan dipersulitkan, di mana ibu bapa terpaksa bergegas dari satu pembekal kepada pembekal lain kerana pada banyak keadaan pembekal yang dilantik tidak dapat membekalkan buku secara penuh seperti yang diperlukan; dan
(b) jika sedar, apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian untuk meringankan kesulitan ibu bapa. [ Soalan tambahan: BN Kalabakan, DAP Kepong ]

8. Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan mengikut peratus pencapaian untuk setiap bidang yang diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia ke-9. Berapa jumlah peruntukan RMK-9 bagi Sabah yang telah dibelanjakan termasuk pelaksanaan stimulus pakej yang dijanjikan. [ Soalan tambahan: Bebas Sepanggar, PKR Balik Pulau ]

9. Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-
(a) bilakah Kementerian akan mula melaksanakan Projek Agropolitan di Pulau Bruit untuk membasmi kemiskinan tegar yang telah sekian lama dipersetujui dengan Kerajaan
Negeri Sarawak; dan
(b) berapakah peruntukkan untuk tujuan tersebut. [ Tidak Hadir - Cuti ]

10. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak mengamalkan prinsip tender terbuka dan sebaliknya ia akan dikerah untuk menjanakan projek-projek pembangunan di Iskandar Malaysia secara usaha sama dengan Malaysian Resources Corp. Bhd. (MBCB). Apakah
jaminan pulangan kepada para pencarum KWSP. [ Soalan tambahan: DAP Jelutong, BN Jempol ]

Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No. 18 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mekanisme perlindungan untuk institusi kewangan Islam tempatan apabila bank Islam mega diwujudkan oleh Kerajaan.

Soalan No.23 - Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan peranan yang dimainkan oleh Kerajaan dalam membentuk suasana dan pendekatan menyeru rakyat memahami prinsip Islam dan pelbagai agama yang lain.

Soalan No. 29 - Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan jumlah keseluruhan kos penyelenggaraan helikopter jenis Nuri yang digunakan oleh TUDM bagi tempoh 2006 hingga 2009.

Soalan No. 30 - Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan :-
(a) pengesahan YB Menteri mengadakan perjumpaan dengan Menteri Pertahanan Israel dan bila, di mana, berapa lama dan kenapa; dan
(b) apakah perkara yang dibincangkan dan adakah mendapat restu Kabinet Malaysia untuk pertemuan tersebut.

B. PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri Kewangan mencadangkan Rang undang-undang Agensi Pelaporan Kredit 2009

C. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Usul 18 (1) oleh DAP Ipoh Barat.

2. Menyambung semula pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2010(D.R. 32/2009) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2010 seperti berikut :

“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang
dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut.” - Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (18 November 2009)

2. Perbahasan Bajet 2010 (Peringkat Jawatankuasa)
2.1 [Perbahasan Bagi kepala B10-12/ P10 dan P70 Kementerian Kewangan - PKR Permatang Pauh, Bebas Pasir Mas, BN Johor Bahru, DAP PJ Utara, BN Ledang, PAS Kuala Selangor ] Mesyuarat rehat ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang.

[ Sesi Petang - Perbahasan - PAS Kuala Selangor, BN Jasin, PKR Machang, BN Parit Sulong, PAS Tumpat, BN Jempol, PKR Indera Mahkota, BN Langkawi, DAP Bukit Mertajam, BN Kanowit, PAS Rantau Panjang, BN Limbang, PKR Wangsa Maju, BN Batang Sadong, DAP Batu Gajah ]

[ Penggulungan oleh Timbalan Menteri Kewangan (Senator) - Celahan - DAP PJ Utara, BN Johor Bahru, PKR Kuantan, PKR Machang, PKR Indera Mahkota, PKR Wangsa Maju, BN Arau, DAP Klang, DAP Jelutong, PKR Kulim Bandar Baru, PKR Batu ]

Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK

Dewan Rakyat, 17 November 2009 (Selasa)

Doa
A. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN
1. Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah tindakan yang telah diambil pihak Kementerian setakat ini untuk menambah baik infrastruktur sektor penerbangan terutamanya di Lahad Datu, memandangkan selain perkembangan pelancongan yang bertambah pesat, projek pembesaran ini juga penting untuk menyokong aktiviti Projek Kelompok Perindustrian Kelapa Sawit (POIC) dan akuakultur. [ Soalan tambahan: BN Silam, BN Kalabakan ]

2. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-
(a) berapa banyak dana yang diperuntukkan bagi Skim Jaminan Modal Kerja (WCGS) yang diurus oleh SME Bank; dan
(b) siapakah yang mendapat manfaat dari skim ini dan bagaimana kaedah pembayaran balik. [ Soalan tambahan: PAS Hulu Langat (10.15 pagi), Bebas Pasir Mas ]

3. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan jumlah pelancong asing yang sudah berkunjung ke negara ini setakat ini. [ Soalan tambahan: BN Sipitang, DAP Kota Kinabalu ]

4. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan peratusan kemajuan projek pembangunan koridor utara (NCER) yang telah diumumkan beberapa tahun dahulu dan menyenaraikan projek-projek yang telah dilaksanakan di bawah NCER. [ Soalan tambahan: PAS Jerai (10.29 pagi), PAS Pokok Sena (10.33 pagi) ]

5. Dato' Dr. Abdullah bin Md. Zin [ Besut ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh manakah usaha-usaha telah diambil bagi memantapkan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) supaya ianya mempunyai daya saing yang tinggi bagi melahirkan modal insan setelah ianya diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). [ Soalan tambahan: BN Besut, PKR Machang (10.45 pagi) ]

6. Tuan Kulasegaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kerajaan berniat untuk mewajibkan semua penganggur untuk mendaftar diri mereka dengan Kementerian. Jika benar apakah statistik pengangguran boleh diperoleh untuk membuat perancangan bagi dasar Kerajaan. [ Soalan tambahan: DAP Ipoh Barat, ]

7. Datuk Ir. Edmund Chong Ket Wah [ Batu Sapi ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan Hospital Duchess of Kent yang mempunyai bangunan baru 6 tingkat tersebut terdapat 1,000 kesan kerosakan seperti yang dilaporkan oleh pengerusi Lembaga Pelawat-pelawat pada masa lawatan mereka pada bulan Jun 2009. Berapakah di antara 1,000 kesan kerosakan tersebut telah diperbaiki dan bilakah kesemua kerosakan tersebut akan diperbaiki.

8. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah benar bilangan penumpang AirAsia dijangkakan mencecah 10 hingga 15 juta penumpang menjelang 2015 sekiranya benar apakah tindakan Kerajaan untuk membina / membesar terminal di LCCT bagi menampung bilangan penumpang itu dan berapakah belanja projek ini dan bilakah dimulakan secara agresif. [ Soalan tambahan: PAS Pengkalan Chepa (11.08 pagi), BN Pasri Salak ]

9. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-
(a) apakah perancangan Kementerian menyediakan peluangpeluang peningkatan sumber pendapatan rakyat-rakyat termiskin; dan
(b) berapakah banyak ruang perniagaan yang disediakan untuk rakyat termiskin berniaga. [ Soalan tambahan:

10. Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan senarai terkini data-data yang lengkap berkaitan dengan kegagalan dan kejayaan usaha yang telah dilaksanakan menerusi program pembasmian rakyat termiskin di seluruh negara dari tahun 2005 sehingga kini. [ Soalan tambahan: PKR Ketereh ]

Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan:

12. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan kenapakah penamatan bekas Panglima Angkatan Tentera baru-baru ini tidak mengikut tatacara persaraan yang biasa dilakukan apabila seseorang Panglima Angkatan Tentera secara bersara. Kenapakah pelantikan Panglima Angkatan Tentera yang baru dibuat secara tergesa-gesa.

Soalan No. 14 - Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah projek lebuh raya Kuala Krai ke Kota Bharu akan diteruskan memandangkan sehingga kini tiada aktiviti fizikal dilaksanakan sedangkan pelaksanaannya adalah di bawah peruntukan RMK9. Kelewatan pelaksanaan projek ini banyak memberi kesan kepada kesesakan lalu lintas terutamanya di musim perayaan dan mungkin juga kesan kepada keselamatan jalan raya.

Soalan No. 19 - Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bagi simpanan gas di Blok PM 301, bilakah pengeluaran akan bermula dan ke manakah gas-gas ini akan didaratkan.

Soalan No. 20 - Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan statistik jumlah pesakit atau rakyat Malaysia yang menderita akibat ketagihan arak.

Soalan No. 21 - Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kes tangkapan, sabit kesalahan dan bentuk hukuman bagi kesalahan minum arak sejak tahun 2000. Dan sejauh manakah pemantauan dibuat terhadap premis menjual arak termasuk kelab malam.

Soalan No. 25 - Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapakah wang royalti petroleum yang dijanjikan untuk dibayar balik kepada Kerajaan Negeri Terengganu oleh PETRONAS pada bulan September 2008 masih belum dibayar. Sila nyatakan jumlah yang sepatutnya dibayar dari tahun 2000 hingga tahun 2009.

Soalan No. 27 - Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah dasar dan strategi terkini Negara-negara OIC bagi menyelesaikan konflik di Selatan Filipina.


B. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Menyambung Semula Pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 (D.R. 32/2009) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2010 seperti berikut :

“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang
dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut.” - Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (17 November 2009)

2. Perbahasan Bajet 2010 (Peringkat Jawatankuasa)
2.1 [ Perbahasan Bagi Kepala B1 - B9 dan P6 dan P7 Jabatan Perdana Menteri - PKR Sungai Petani. Celahan - DAP Batu Gajah, BN Batang Sadong. Bebas Sepanggar, BN Lipis, PAS Shah Alam (12.15 tengahari), PSM Sungai Siput, BN Kinabatangan, DAP Bandar Kuching.

[ Sesi petang mulai jam 2.30 petang - Menteri Jabatan Perdana Menteri menggulung (Jabatan Peguam Negara) - BN Padang Rengas - Celahan - DAP Ipoh Timur, PKR Machang (2.46 petang), PKR Balik Pulau (2.51 petang), PAS Kubang Kerian (2.55 petang), PKR Machang (3.00 petang), PAS Kuala Selangor (3.16 petang), DAP Ipoh Barat, PAS Shah Alam (3.39 petang), PKR Permatang Pauh (3.55 petang).

- Menteri Jabatan Perdana Menteri menggulung (Jabatan Perkhidmatan Awam)- BN Senator - Celahan - DAP Ipoh Barat, DAP Beruas, PKR PJ Utara.

- Menteri Jabatan Perdana Menteri menggulung - BN Bukit Gelugor - Celahan - PAS Kuala Krai (5.12 petang), PAS Shah Alam (5.15 petang), DAP Bukit Mertajam, BN Parit Sulong, BN Kanowit, BN Lenggong, PKR Kuantan, Bn Kinabatangan, PAS Kuala Selangor (6.03 petang), PSM Sungai Siput, DAP Klang.

- Menteri Jabatan Perdana Menteri menggulung (Hal Ehwal Islam) - BN Senator - Celahan - BN Ledang, PKR Indera Mahkota (6.32 petang), BN Kudat, PKR Indera Mahkota.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.50 petang hingga 10.00 pagi Rabu, 18 November 2009

Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK

Friday, November 13, 2009

Dewan Rakyat, 16 November 2009 (Isnin)

Doa
A. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah jumlah penglibatan kaum-kaum dalam sektor pertanian di seluruh negara mengikut bidang seperti pertanian, penternakan dan sebagainya mengikut pecahan negeri-negeri dan berapakah jumlah keperluan pemakanan negara yang masih diimport. [ Soalan tambahan: BN Maran, DAP Bukit Mertajam ]

2. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada Kerajaan bersetuju melaksanakan pembinaan hospital baru Kuala Krai secara 'build-operate-transfer' oleh syarikat swasta bagi menyegerakan penyiapannya dalam tempoh RMK-9. [ Soalan tambahan: PAS Kuala Krai ]

3. Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bilangan graduan menganggur yang berdaftar dengan Job Clearing System (JCS), Kementerian sehingga 30 September 2009 mengikut IPTA dan bidang utama.
[ Soalan tambahan: BN Sekijang, PKR Kuala Langat ]

4. Dato' Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah perkembangan Projek Intergrated Transport Information System (ITIS) dalam mempertingkatkan keberkesanan pengurusan kemudahan rangkaian jalan raya dan nyatakan peratusan kejayaannya. Mungkinkah sistem ini boleh diimplementasikan
di bandar-bandar besar di negeri-negeri lain. [ Soalan tambahan: Tidak Hadir ]

5. Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk meningkatkan ceiling penjualan saham ASB kepada ramai Bumiputera yang berminat dan mampu atau dimansuhkan terus ceiling seperti mana yang dinikmati oleh pelabur kaya Amanah Saham 1Malaysia. [ Soalan tambahan: BN Jasin, PKR Indera Mahkota ]

6. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan senarai kampung-kampung Orang Asli di mana projek-projek pertanian telah dilaksanakan dan menyenaraikan projek-projek yang telah diserah balik kepada masyarakat Orang Asli untuk diuruskan oleh mereka sendiri. [ Tidak Hadir ]

7. Datuk Richard Riot anak Jaem [ Serian ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi memastikan hubungan negara kita dengan negara-negara jiran sentiasa baik. [ Soalan tambahan: BN Serian, DAP Ipoh Barat ]

8. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan mengapakah tindakan tegas tidak diambil ke atas dua ahli akademik UiTM yang dikesani terlibat dalam kesalahan plagiarisme atau memplagiat penerbitan buku panduan untuk pelajar universiti tersebut. [ Soalan tambahan: PAS Kuala Selangor, DAP Bukit Gelugor ]

9. Dato' Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah pelaksanaan dasar pembelian kereta terpakai yang telah berusia 15 tahun bagi tujuan pelupusan dan sehingga kini, berapa ramai pemilik kenderaan yang menyertai skim ini dengan jumlah kenderaannya sekali. [ Soalan tambahan: BN Kuala Nerus, PAS Pendang ]

10. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi mewujudkan satu Konsortium menggabungkan FELDA, RISDA dan FELCRA. [ Soalan tambahan: PAS Kota Bharu, BN Jempol ]

11. Tuan Matulidi bin Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan maksud cadangan pembiayaan secara Public Financial Initiative atau PFI bagi pembinaan Hospital Daerah Dungun yang dianggarkan sebanyak RM180 juta dan dijangka menyediakan 128 buah katil dan nyatakan bilakah ianya akan dimulakan. [ Soalan tambahan: BN Dungun ]

12. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sebab Kerajaan hanya memberikan diskaun 20 peratus kepada pengguna lebuh raya yang menggunakan Smart Tag dan Touch N Go dan jumlah transaksinya melebihi 80 kali sebulan. [ Tidak hadir ]

13. Tuan Hasbi Bin Habobollah [ Limbang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan dapatkah kerajaan membina sebuah sekolah Menengah Kebangsaan yang baru untuk menggantikan SMK limbang yang sudah berusia 47 tahun dan dalam keadaan yang sangat daif dengan murid sekolah yang berjumlah melebihi 1000 orang. [Soalan tambahan: BN Limbang ]

14. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejak bilakah Jabatan Kastam Kelantan digunakan untuk tujuan taksiran dan kutipan cukai bagi pengeluaran gas dan minyak di kawasan Joint Development Area (JDA) melibatkan Malaysia - Thailand dan Malaysia - Vietnam Commercial Area Agreement (CAA) dan kenapakah sebelum ini Jabatan Kastam Terengganu digunakan sedangkan Kota Bharu adalah lebih dekat bagi kawasan-kawasan itu. [ Soalan tambahan: PAS Shah Alam ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:

Soalan No. 26 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan perancangan Kementerian dalam meneruskan projek pembesaran Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap.

Soalan No. 28 - Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) statistik kadar jenayah tahun 2009 berbanding tahun 2008; dan
(b) sejauh manakah pasukan keselamatan berjaya mengatasi masalah jenayah yang berleluasa.

Soalan No. 29 - Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah Jambatan Sultan Yahya Kedua akan siap dan adakah jambatan itu kini dipendekkan.

B. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 (D.R. 32/2009) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2010 seperti berikut :

“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut.” - Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (16 November 2009)

1. [ Perbahasan usul Potong Gaji Menteri Di JPM (BN Tasek Gelugor) -

YB Tuan Chong chieng Jen [ DAP Bandar Kuching ] akan mencadangkan "Bahawa perbelanjaan diluluskan dengan syarat dikurang sebanyak RM10.00 daripada perkara Maksud Bekalan/Pembangunan 6 - Jabatan Perdana Menteri Kod 10000 Emolumen iaitu dengan memotong gaji Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, sebanyak RM10.00."

[ Perbahasan - BN Jempol, DAP Batu Gajah, BN Sri Gading, PKR Batu, BN Kinabatangan, PAS Kuala Selangor, BN Ledang, Bebas Pasir Mas, DAP Bukit Mertajam, BN Arau, BN Tasek Gelugor ]

2. Perbahasan Bajet 2010 (Peringkat Jawatankuasa)
2.1 [ Perbahasan Bagi Kepala B1 - B9 dan P6 dan P7 Jabatan Perdana Menteri - PKR Permatang Pauh, ] (Mesyuarat rehat sehingga jam 2.30 petang).

[ Sesi petang mulai jam 2.30 petang - PKR Permatang Pauh, BN Ledang, Bebas Pasir Mas ( 3.14 petang), BN Silam, DAP Ipoh Timur (3.44 petang), PAS Kubang Kerian (4.02 petang), BN Sri Gading, PAS Marang (4.20 petang), BN Johor Bahru, PKR Machang (4.47 petang), BN Simpang Renggam, DAP Ipoh Barat, BN Labuan, DAP Batu Gajah, BN Parit Sulong, PKR Batu (5.38 petang), BN Limbang, PAS Pokok Sena (5.48 petang), BN Kuala Krau, DAP Kepong ] Mesyuarat ditangguhkan pada jam6.30 petang.

Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK.

Thursday, November 12, 2009

Dewan Rakyat, 12 November 2009 (Khamis)

Doa
A. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sasaran jumlah rumah-rumah yang sepatutnya dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan dengan menyatakan jenis-jenis rumah tersebut dan pencapaian setakat ini dengan memberikan angka-angka berasingan bagi rumah yang di bina oleh Kerajaan dan pihak swasta untuk tahun 2008. [ Soalan tambahan: BN Parit Sulong, PAS Sik (10.10 pagi) ]

2. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-
(a) jumlah projek lebuh raya yang telah dilaksanakan tetapi tergendala beberapa lama; dan
(b) apakah tindakan segera Kerajaan untuk menyiapkan projekprojek tersebut. [ Tidak Hadir ]

3. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah subsidi minyak yang ditanggung oleh Kerajaan setakat ini bagi tahun 2009 dan jangkaan jumlah bagi tahun hadapan sekiranya mekanisme subsidi sedia ada dikekalkan. [ Soalan tambahan: BN Rembau, PKR Machang (10.19 pagi) ]

4. Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) berapakah jumlah kematian akibat jangkitan H1N1 / selesema babi sehingga September 2009; dan
(b) kenapakah Kementerian lambat bertindak untuk hadapi masalah ini jika dibandingkan dengan jangkitan-jangkitan lain sebelum ini, sebagai contoh Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS), yang jumlah kematiannya amat kecil. [ Tidak Hadir ]

5. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah perkembangan dalam memastikan kewujudan sekolah wawasan sesuai dengan matlamat 1Malaysia. [ Soalan tambahan: BN Sri Gading ]

6. Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan :-
(a) perkembangan terbaru tahap pembangunan dan pencapaian Multimedia Super Corridor (MSC) di Cyberjaya serta sumbangannya terhadap kemajuan teknologi kepada negara yang dapat di manfaat oleh rakyat; dan
(b) keseluruhan kos perbelanjaan oleh Kerajaan dalam mewujudkan MSC termasuk perincian bayaran khidmat pakar kepada firma McKinsey. [ Soalan tambahan: PKR Pantai Dalam (10.38 pagi) ]

7. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-
(a) strategi atau langkah mengatasi masalah bencana alam seperti masalah banjir atau bencana di luar jangkaan terutama di kawasan berisiko tinggi; dan
(b) apakah cadangan dan perancangan Kementerian mengatasi masalah banjir di daerah kecil Lenggong. [ Soalan tambahan: BN Lenggong, DAP Beruas ]

8. Tuan Manikavasagam A/L Sundaram [ Kapar ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan :-
(a) apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk memastikan lebih ramai belia terutamanya belia dari masyarakat India untuk mengambil bahagian dalam
program-program Kementerian; dan
(b) berikan pecahan mengikut kaum bagi tahun 2006-2009 peserta yang mengambil bahagian dalam program anjuran Kementerian dan jumlah perbelanjaan. [ Soalan tambahan: PKR Kapar ]

9. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bagaimanakah Kementerian boleh membantu mempercepatkan kenaikan taraf sekolah-sekolah di luar bandar agar pelajar-pelajar di luar bandar dapat menikmati kemudahan yang sama taraf dengan pelajar di dalam bandar. [ Soalan tambahan: BN Batang Sadong, Bebas Pasir Mas ]

10. Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah keseluruhan perbelanjaan yang sudah dikeluarkan Kerajaan berbanding kemajuan projek Wilayah Pembangunan Pantai Timur (ECER). [ Soalan tambahan: PKR Tanah Merah, BN Tenggara ]

11. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah wang palsu yang dapat dirampas sepanjang tahun 2009 dan apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi mengatasi masalah pemalsuan Ringgit Malaysia. [ Soalan tambahan: BN Ledang ]

Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan:
12. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) berapakah jumlah baja padi yang diberikan kepada petani di negeri Kelantan; dan
(b) apakah syarat-syarat bagi seorang petani mendapat bantuan baja padi.

Soalan No. 18 - Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah perbelanjaan di bawah peruntukan dana khas dari wang royalti petroleum Terengganu yang digunakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dari tempoh tahun 2000 sehingga tahun 2009. Bilakah jumlah kewangan tersebut akan
dibayar balik kepada Kerajaan Negeri Terengganu.

Soalan No. 22 - Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan rompakan bersenjata yang melibatkan wang dan barang-barang berharga seperti emas yang diurus syarikat pengawal keselamatan sepanjang tahun 2008 hingga kini.

Soalan No. 30 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah penghasilan "National Energy Policy" Kerajaan dapat menyelesaikan isu-isu seperti ketelusan mekanisme/formula "pass-through" di dalam perjanjian pembelian tenaga, isu pembekalan gas bagi menjana tenaga dan sumber tenaga alternatif.

Soalan No. 32 - Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta PERDANA MENTERI menyatakan projek persekutuan yang dijalankan di kawasan Parlimen Sik bagi tahun 2008-2009 dan senaraikan juga projek Peruntukan Khas RM500 ribu yang telah di buat di kawasan Parlimen Sik.

B. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R. 32/2009) Rang Undang-undang Perbekalan 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undangundang ini dibacakan kali yang kedua sekarang (11 November 2009)”. DAN

Usul dibuat oleh YAB. Menteri Kewangan dan Masalah dicadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (11 November 2009)

19. [ Menteri Sumber Manusia menggulung - BN Segamat. Celahan - DAP Ipoh Barat, DAP Batu Gajah, PKR Balik Pulau (11.42 pagi), PKR Kuala Langat (11.44 pagi), DAP Ipoh Barat, BN Kinabatangan, PAS Kuala Selangor (11.57 pagi), Bebas Pasir Mas, BN Arau, BN Kinabatangan, PAS Rantau Panjang (12.10 pagi), PAS Kuala Selangor (12.13 tengahari), BN Arau, DAP Ipoh Barat, PKR Kuala Langat (12.25 tengahari), DAP Ipoh Barat.

20. [ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menggulung - BN Bera. Celahan - DAP Taiping.

Sesi petang - Celahan - PAS Rantau Panjang (2.35 petang), BN Arau, DAP Segambut, BN Arau, PAS Kota Raja (2.46 petang), PAS Pokok Sena (2.53 petang), (2.53 petang), PAS Rantau Panjang, PAS Kuala Selangor (2.54 petang), BN Batang Sadong, PAS Titiwangsa (3.24 petang), Bebas Pasir Mas, PAS Pendang (3.30 petang), DAP Beruas, PKR Kuantan (3.56 petang), BN Batang Sadong, BN Arau, Bebas Pasir Mas, PKR Kuantan (4.52 petang), PAS Kuala Selangor (4.55 petang), PAS Rantau Panjang (5.04 petang), DAP Kota Melaka.

21. [ Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menggulung - BN Senator. - Celahan - PKR Kuantan, DAP Batu Gajah, DAP Bukit Mertajam, PKR Kuantan (5.52, 6.10 petang).

22. [ Menteri Luar Negeri menggulung - BN Kampar - Celahan - PKR Balik Pulau (6.24 petang), PKR Wangsa Maju.

23. [ Menteri Pelancongan menggulung - BN Raub - Celahan -

Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK

Wednesday, November 11, 2009

Dewan Rakyat, 11 November 2009 (Rabu)

Doa
A. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah langkah-langkah telah diambil bagi memastikan sistem pertahanan negara sentiasa dikemas kini serta status pembelian helikopter bagi menggantikan helikopter NURI dan sistem lama yang lain. [ Soalan tambahan: BN Parit, DAP Kepong ]

2. Tuan Chua Tian Chang [ Batu ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan :-
(a) berapakah jumlah yang dibelanjakan oleh Kerajaan atau GLC bagi melancarkan dan mempromosikan konsep 1 Malaysia ; dan
(b) nyatakan jumlah dan punca peruntukan Kerajaan dalam program ini. [ Soalan tambahan: Tidak Hadir ]

3. Dato' Seri Ong Ka Chuan [ Tanjong Malim ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sama ada Kementerian bersedia untuk menggunakan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif bagi menggantikan penggunaan minyak dan gas. [ Soalan tambahan: BN Tanjong Malim, BN Ranau, DAP Beruas ]

4. Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya semasa Ops-Sikap untuk hari perayaan setiap tahun mulai 2005-2009. [ Soalan tambahan: DAP Gopeng,

5. Datuk Dr Tekhee @ Tiki anak Lafe [ Mas Gading ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah OKU mental mengikut negeri setakat ini dan adakah Kementerian bekerjasama dengan Kementerian kesihatan serta NGO bagi memperkenalkan program yang lebih berkesan untuk memastikan golongan malang ini betul-betul dapat hidup berdikari dalam masyarakat kerana kita masih melihat ada yang merayau di merata tempat termasuk dalam Bandaraya Kuala Lumpur. [ Soalan tambahan: BN Mas Gading, DAP Batu Gajah ]

6. Tuan Charles Anthony A/L R. Santiago [ Klang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan rancangan Kerajaan bagi mengatasi kemelesetan ekonomi kalau bentuk pemulihan ekonomi dunia bertukar daripada U ke W seperti yang di ramalkan oleh ahli-ahli ekonomi. [ Soalan tambahan: DAP Klang ]

7. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah bentuk program dan aktiviti yang bermatlamatkan penyatuan dan perpaduan kaum di samping sambutan Hari-hari Perayaan Kaum yang diraikan tiap-tiap tahun. Kenapa dan apakah faktor-faktor penyebab yang seolah-olah usaha di atas gagal menyatukan semua kaum di negara ini. [ Soalan tambahan: BN Maran ]

8. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-
(a) adakah benar kontraktor-kontraktor perkhidmatan bangunan Kerajaan diwajibkan dan dikehendaki menghantar semua pekerja mereka menghadiri kursus kemahiran di NIOSH untuk melayakkan mereka terlibat dalam tender tersebut; dan
(b) jika benar kenapa peraturan ini diwajibkan dan berapakah yuran menghadiri kursus dikenakan bagi setiap pekerja, bagi memperoleh sijil kehadiran.
[ Soalan tambahan: PAS Bukit Gantang ]

10. Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan dengan perincian berdasarkan kaum dan jantina:-
(a) jumlah permohonan Bantuan Kebajikan yang diterima di kawasan Parlimen Seremban (P:128) dari 1 Januari 2008 sehingga 31 Jun 2009 bagi warga emas, orang kurang upaya dan ibu tunggal; dan
(b) peratusan permohonan yang diluluskan dan yang tidak diluluskan serta alasannya.

11. Datuk Tiong Thai King [ Lanang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-
(a) keberkesanan sekolah bestari sejak pelaksanaannya; dan
(b) bilangan sekolah bestari yang telah mencapai matlamat yang ditetapkan.

12. Dr. Hiew King Cheu [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada terdapat kemungkinan untuk meningkatkan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk pelbagai Majlis Perbandaran dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di Sabah dan jika diluluskan, apakah peningkatannya.

Soalan-Soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No. 14 - Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah KPI Kementerian di dalam menangani masalah sampah pepejal dan apakah Kementerian bercadang untuk menggubal apa-apa akta baru bagi menangani masalah pelupusan sampah pepejal yang semakin meruncing di kawasan-kawasan bandar.

Soalan No. 27 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah tindakan yang telah diambil terhadap umat Islam yang terlibat di dalam perjudian lumba kuda dari 2004-2008 di negeri Pulau Pinang, Perak dan Kuala Lumpur.

Soalan No. 28 - Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah kedudukan Keramat Mall yang masih tidak digunakan serta apakah penambahbaikan yang dibuat DBKL untuk memenuhi permintaan peniaga-peniaga bagi disesuaikan dengan keperluan perniagaan mereka dan tempat parkir yang sangat kurang yang boleh menyebabkan kesesakan di jalan-jalan berhampiran dan berapakah kos asal dan kos tambahan.

Soalan No. 38 - Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah orang-orang Islam yang terlibat sebagai Pengarah syarikat berkaitan arak dan judi di dalam negara Malaysia.

B. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R. 32/2009) Rang Undang-undang Perbekalan 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang (9 November 2009)". DAN

Usul dibuat oleh YAB. Menteri Kewangan dan Masalah dicadangkan:-
"Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau ("P") dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut." - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (10 November 2009)

15. [ Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menggulung - Celahan - PAS Rantau Panjang.

16. [ Menteri Wilayah Persekutuan (Senator) menggulung - Celahan - PAS Titiwangsa, PKR Wangsa Maju, BN Tangga Batu, DAP Klang, ] Mesyuarat berhenti rehat dan disambung pada jam 2.30 petang.

[ Sesi petang - Menteri Wilayah Persekutuan (Senator) menggulung - Celahan - PKR Lembah Pantai (2.38 petang), BN Kinabatangan, PAS Titiwangsa (3.19 petang), DAP Bukit Bintang, PKR Wangsa Maju (3.35 petang).

16. [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggulung - BN Beaufort - Celahan - DAP Rasah, PKR PJ Selatan, DAP Kota Melaka.

17. [ Menteri Pertahanan menggulung - BN Bagan Datoh - Celahan - PKR Machang (5.06 petang), PAS Parit Buntar (5.16 petang), PKR Machang (5.17, 5.46 petang), Bebas Pasir Mas, BN Setiu.

17. [ Menteri Pelajaran menggulung - BN Pagoh- Celahan - PKR Balik Pulau (6.04 petang), PAS Sik (6.05 petang), Bebas Pasir Mas, BN Kulai, BN Ledang ]

18. [ Menteri Kesihatan (BN Bentong) menggulung - Celahan - BN Sri Gading, PKR Machang, PAS Kuala Krai, DAP Bukit Mertajam, BN Kapit,

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 malam

Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua)

Perbahasan rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 15 Disember 2009

6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]

5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]

4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]

3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]

2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]

1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008