Thursday, November 29, 2012

Dewan Rakyat 29 Nov 2012 (Khamis)


Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 42/2012) Rang Undang-undang Binatang (Pindaan) 2012 [ Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ]
2.     Menteri Kewangan akan mencadangkan:
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen (2) Seksyen 11 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.59 dan ST.60 tahun 2012 disahkan.”

3.     Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen (2) Seksyen 6, Akta Eksais 1976 supaya PerintahPerintah Duti Eksais yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.96 dan ST. 97 tahun 2012 disahkan.”

 4.     Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen (2) Seksyen 15, Akta Cukai Jualan 1972, Perintah Cukai Jualan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.98 dan ST. 99 tahun 2012 disahkan.”

Wednesday, November 28, 2012

Dewan Rakyat 28 Nov 2012 (Rabu)


Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul_usul
1. (D.R. 41/2012) Rang Undang-undang Perkhidmatan  Kewangan Islam 2012 [ Menteri Kewangan ] - – Menyambung  semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang 
kedua sekarang. ( 27 November 2012)

2. (D.R. 39/2012) Rang Undang-undang Bank Negara Malaysia (Pindaan) 2012 [ Menteri Kewangan ]

3. (D.R. 38/2012) Rang Undang-undang Reka Bentuk Perindustrian (Pindaan) 2012 [ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan  ]

[ Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan ]

5. (D.R. 42/2012) Rang Undang-undang Binatang (Pindaan) 2012 [ Menteri Pertanian dan Industri Asas 
Tani ]

6.     Menteri Kewangan akan mencadangkan:
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen (2) Seksyen 11 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.59 dan ST.60 tahun 2012 disahkan.”

7.     Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen (2) Seksyen 6, Akta Eksais 1976 supaya PerintahPerintah Duti Eksais yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.96 dan ST. 97 tahun 2012 disahkan.”

8.     Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen (2) Seksyen 15, Akta Cukai Jualan 1972, Perintah Cukai Jualan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.98 dan ST. 99 tahun 2012 disahkan.”

Monday, November 26, 2012

Dewan Rakyat 27 Nov 2012 (Selasa)


Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Dato’ Haji  Ismail  Bin  Haji  Mohamed  Said  [  Kuala  Krau  ]  minta  MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah tahap  pencapaian Kementerian dalam kempen pengosongan tangki  septik  individu  secara  berkala dan nyatakan kos rawatan yang dikenakan serta  adakah  Kementerian  berhasrat untuk mewajibkan  pengosongan  tangki  septik  secara  berkala  kepada  pemilikpemilik tangki septik individu melalui penguatkuasaan undang-undang.

2. Tuan  Sim  Tong  Him  [  Kota  Melaka   ]   minta   MENTERI   PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan tentang tindakan-tindakan  yang diambil untuk memantau  sektor  pembuatan  akibat  daripada  susut  nilai  Ringgit Malaysia di pasaran pertukaran wang antarabangsa:-
a)  dalam  kajian  Kementerian  berapakah  peratusan   kos   tambahan   perlu ditanggung oleh sektor pembuatan ini; dan
b)  apakah  usaha  Kementerian  untuk  menambah  daya  persaingan  produk Malaysia dengan produk negara lain.

3. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [  Ledang  ]  minta  MENTERI  SAINS,  TEKNOLOGI DAN  INOVASI  menyatakan   apakah  peranan  yang  dimainkan  oleh   Standard Malaysia dalam merealisasikan Malaysia sebagai pusat makanan halal.

4. Tuan  Abdullah  Sani  bin  Abdul  Hamid  [  Kuala  Langat  ]   minta   MENTERI SUMBER  MANUSIA  menyatakan  keperluan  menambah  hakim   di  mahkamah perusahaan  supaya  dapat  menyelesaikan  kes-kes  dengan  kadar  segera   danpekerja tidak terbeban.

5. Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta  MENTERI  KEMAJUAN LUAR   BANDAR    DAN    WILAYAH    menyatakan    langkah    Kerajaan    bagi mewujudkan  Mini  RTC  di  kawasan   Bandar   Tenggara   yang   terletak   dalam kawasan pentadbiran Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) yang begitu strategik  bagi  kemudahan  masyarakat  dan   penduduk   di   kawasan   Parlimen
Tenggara ini.

6. Dr. Che Rosli bin Che Mat  [  Hulu  Langat  ]  minta  MENTERI  SUMBER  ASLI DAN  ALAM   SEKITAR   menyatakan   adakah   kajian   dan   perlaksanaan   EIA terhadap sesuatu ’projek berimpak’ dipamer kepada masyarakat awam,  jika  ada, apakah langkah Kerajaan jika  masyarakat  NGO  tidak  dapat  menerima  laporan kajian tersebut.

7. Tuan  Salleh  bin  Kalbi   [   Silam   ]   minta   MENTERI   PENGAJIAN   TINGGI menyatakan menyatakan sejauh manakah  Kerajaan  memantau  penubuhan  dan pengurusan IPTS di negara ini dan adakah Kerajaan menyedari bahawa  terdapat IPTS yang menawarkan kursus-kursus yang belum mendapat pengiktirafan  MQA, jika ya, mengapakah IPTS ini dibenarkan menawarkan kursus-kursus tersebut.

8. Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah  ]  minta  MENTERI  PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan jumlah  kos  yang  dibelanjakan bagi projek  kabel  dasar  laut  "Cahaya  Malaysia"  yang  menghubungkan  antara Malaysia dengan Jepun  dan  peratus  keberkesanan  bagi  trafik  internet  setelah pelaksanaan projek ini serta kesan jangka panjang.

9. Tuan  Haji  Ahmad  Lai  bin  Bujang  [  Sibuti  ]  minta  MENTERI  KESIHATAN menyatakan bilakah pihak  Kementerian  dapat  menetapkan  jangka  masa  untuk pembinaan  Klinik  Kesihatan  Bekenu  dan   adakah   tapak   klinik   sudah   dapat dikenalpasti  dan  menawarkan  perkhidmatan  dialisis  di  kawasan   luar   bandar seluruh negeri Sarawak.

10. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj  [  Sungai  Siput  ]  minta  MENTERI  SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kandungan debu halus (kurang pada 10 micrometer) dalam setiap liter udara (dalam  mg/litre)  apabila  index  Pencemaran Udara  (Air  Pollution  Index  ataupun  API)  adalah  90,   100   dan   110.   Apakah komposisi kimia debu halus ini.

11. Dato’  Noraini  binti  Ahmad  [   Parit   Sulong   ]   minta   MENTERI   SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah Kementerian, Jabatan atau  Agensi  Kerajaan  dan pihak swasta yang telah  melaksanakan  waktu  kerja  anjal  dan  Peraturan  Kerja Separa  Masa  dan  sejauh  manakah  pelaksanaan  dasar   ini   telah   membantu pekerja wanita daripada berhenti kerja.

12. Tuan Kulasegaran a/l Murugeson [ Ipoh Barat ] minta MENTERI  PELAJARAN menyatakan :-
a) mengapa janji untuk meningkatkan sebanyak 1000 kerusi matrikulasi untuk pelajar India seperti yang  diumumkan  oleh  Perdana  Menteri  masih  tidak kesampaian; dan
b)  apabila  masuk  ke  program  matrikulasi,  adakah   ia   akan   berdasarkan kepada merit, jika tidak nyatakan sebabnya.

c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1.        Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan *  Rang Undang-undang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pindaan) 2012.

d. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan kali Kedua dan Usul-Usul
1.  Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:-
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 86(5), maka Penyata Jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat yang dibentangkan di atas Meja Mesyuarat di dalam Dewan ini sebagai Kertas Dewan Rakyat DR 4 Tahun 2012 hendaklah diterima dan dipersetujukan.”

2.  (D.R. 34/2012) Rang Undang-undang Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012 [ Menteri Dalam Negeri ] 

3. (D.R. 36/2012) Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerja  (Pindaan) 2012 [ Menteri Sumber Manusia ] 

4. (D.R. 37/2012) Rang Undang-undang Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2012 [ Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ]

5. (D.R. 40/2012) Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan 2012 [ Menteri Kewangan ]

6. (D.R. 41/2012) Rang Undang-undang Perkhidmatan  Kewangan Islam 2012 [ Menteri Kewangan ]

7. (D.R. 39/2012) Rang Undang-undang Bank Negara Malaysia (Pindaan) 2012 [ Menteri Kewangan ]

8. (D.R. 38/2012) Rang Undang-undang Reka Bentuk Perindustrian (Pindaan) 2012 [ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan  ]

9.     Menteri Kewangan akan mencadangkan:
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen (2) Seksyen 11 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.59 dan ST.60 tahun 2012 disahkan.”

10.     Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen (2) Seksyen 6, Akta Eksais 1976 supaya PerintahPerintah Duti Eksais yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.96 dan ST. 97 tahun 2012 disahkan.”

11.     Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen (2) Seksyen 15, Akta Cukai Jualan 1972, Perintah Cukai Jualan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.98 dan ST. 99 tahun 2012 disahkan.”

Friday, November 23, 2012

Dewan Rakyat 26 Nov 2012 (Isnin)


Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN  menyatakan keupayaan pegawai penguatkuasa Kementerian dalam menangani masalah bahan subsidi seperti minyak diesel dan petrol yang jelas terlibat dengan sindiket penyeludupan secara serius ke negara jiran.  

2. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ]  minta  MENTERI PENGANGKUTAN  menyatakan punca sebenar tragedi letupan kapal tangki Bunga Alphina milik MISC Berhad di Jeti Terminal Loji Petronas Methanol Labuan. Berapakah jumlah kerugian ekoran tragedi letupan yang berlaku dan berapakah jumlah mangsa yang terlibat.  

3. Datuk Wira Ir Haji Idris Bin Haji Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI KEWANGAN  menyatakan adakah Kerajaan akan melaksanakan peraturan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) keseluruhannya pada usia 60 tahun berbanding dengan usia persaraan 55 tahun yang dilaksanakan sekarang. Apakah rasional Kerajaan memperkenalkan usia pengeluaran KWSP pada 60 tahun.  

4. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH  menyatakan apakah usaha untuk menaikkan taraf jalan-jalan kampung yang sempit dan rosak yang menyebabkan kesesakan teruk terutama di musim perayaan.  
                    
5. Dato' Seri Ong Ka Chuan [ Tanjong Malim ] minta PERDANA MENTERI menyatakan  perancangan yang akan diadakan oleh Kerajaan untuk membantu pengusaha-pengusaha perkhidmatan pengangkutan awam seperti pengusaha bas sekolah dan pengusaha bas awam, terutamanya di kawasan bandar-bandar kecil dan luar bandar, yang menghadapi masalah seperti tidak mampu mengganti kenderaan mereka yang telah berusia lama dan mengalami kerugian akibat daripada kos operasi yang tinggi. Sedangkan perkhidmatan berkenaan sangat penting di kawasan luar bandar di mana ramai penduduk masih tidak memiliki pengangkutan sendiri.  

6. Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan pendirian Kerajaan terhadap cadangan pembinaan lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai (Lebuh Raya Rakyat) oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Apakah ada sebarang bentuk kerjasama sokongan atau bantuan yang akan 
diberikan oleh Kerajaan Persekutuan dalam menjayakan pembinan lebuh raya tersebut.  

7. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ]  minta  PERDANA MENTERI menyatakan adakah pihak Kerajaan berhasrat untuk mewujudkan sebuah "Bank Idea Pelan Pembangunan Malaysia" yang dikemukakan oleh seluruh rakyat Malaysia atau institusi pendidikan dengan idea-idea pembangunan 
seperti lukisan bangunan, model rumah rakyat serta reka bentuk prototaip teknologi yang boleh digunapakai oleh pihak Kerajaan untuk manfaat rakyat dan idea yang diambil akan diberikan ganjaran atau penghargaan tertinggi oleh Kerajaan Malaysia.  

8. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana pemantauan dibuat oleh pihak berkuasa agama terutama JAKIM terhadap aktiviti, program dan dakwah yang dilaksanakan oleh badan-badan NGO Islam di negara ini.  

9. Datuk Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ]  minta  MENTERI PELAJARAN  menyatakan apakah Kerajaan berhasrat untuk meletakkan Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) ke arah memantapkan lagi fungsi DBP dalam menangani masalah pencabulan Bahasa Melayu.  

10. Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ]  minta  MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sejauh manakah Dasar Sumber Air Negara dan Strategi Air Negara dalam menangani masalah bekalan air di negara ini.  

11. Datuk Wira  Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ]  minta  MENTERI KEWANGAN  menyatakan jumlah rizab antarabangsa Malaysia yang terkini mengikut jenis mata wang yang disimpan dan adakah BNM bercadang untuk mengorientasi komposisi tersebut sejajar dengan potensi perkembangan ekonomi negara-negara tertentu dan sekaligus mengukuhkan kedudukan rizab negara.  

12. Dr. Ramasamy a/l Palanisamy [ Batu Kawan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan bagaimanakah Kementerian berhasrat untuk membantu dan menghargai sumbangan bekas ahli-ahli sukan nasional yang telah berjaya mengharumkan nama negara dalam acara-acara di arena sukan antarabangsa terutamanya kepada ahli-ahli sukan yang amat memerlukan bantuan daripada Kerajaan sekarang.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
18. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ]  minta  MENTERI KEWANGAN  menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk menentukan MAS kembali untung setelah rugi sekian lama.

26. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ]  minta  PERDANA MENTERI menyatakan apakah laluan-laluan baru kereta api di Pantai Timur Semenanjung.

36. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ]  minta  MENTERI DALAM NEGERI  menyatakan statistik kes rogol dan jumlah kes yang melibatkan mangsa bawah umur yang dilaporkan di dalam 10 tahun kebelakangan ini dan berapakah jumlah kes rogol bawah umur (statutory rape) berjaya didakwa dan dihukum oleh mahkamah.

c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani * Rang Undang-undang Binatang (Pindaan) 2012

d. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan kali Kedua dan Usul-Usul
1.  (D.R. 35/2012) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2012 [ Menteri Kewangan ]

2. (D.R. 32/2012) Rang Undang-undang Pengurusan Strata 2012 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.”  ( 27 September , 2012 ) [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ] 

3.  (D.R. 34/2012) Rang Undang-undang Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012 [ Menteri Dalam Negeri ] 

4. (D.R. 36/2012) Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerja  (Pindaan) 2012 [ Menteri Sumber Manusia ] 

5. (D.R. 37/2012) Rang Undang-undang Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2012 [ Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ]

6. (D.R. 40/2012) Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan 2012 [ Menteri Kewangan ]

7. (D.R. 41/2012) Rang Undang-undang Perkhidmatan  Kewangan Islam 2012 [ Menteri Kewangan ]

8. (D.R. 39/2012) Rang Undang-undang Bank Negara Malaysia (Pindaan) 2012 [ Menteri Kewangan ]

9. (D.R. 38/2012) Rang Undang-undang Reka Bentuk Perindustrian (Pindaan) 2012 [ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan  ]

10.     Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:-
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 86(5), maka Penyata Jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat yang dibentangkan di atas Meja Mesyuarat di dalam Dewan ini sebagai Kertas Dewan Rakyat DR 4 Tahun 2012 hendaklah diterima dan dipersetujukan.”

11.     Menteri Kewangan akan mencadangkan:
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen (2) Seksyen 11 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.59 dan ST.60 tahun 2012 disahkan.”

12.     Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen (2) Seksyen 6, Akta Eksais 1976 supaya PerintahPerintah Duti Eksais yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.96 dan ST. 97 tahun 2012 disahkan.”

13.     Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen (2) Seksyen 15, Akta Cukai Jualan 1972, Perintah Cukai Jualan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.98 dan ST. 99 tahun 2012 disahkan.”

Thursday, November 22, 2012

Dewan Rakyat 22 Nov 2012 (Khamis)


Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa

Sidang Dewan ditambah Waktu dari 27 November 2012 dengan 2 hari tambahan iaitu 28 & 29 November 2012

b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan implikasi jangka panjang keputusan Mahkamah Tinggi Australia baru-baru ini mengenai label pembungkusan kotak rokok kepada firma-firma rokok di Malaysia. Adakah Malaysia akan mengambil langkah pro-aktif dalam hal ini supaya label pembungkusan kotak rokok menurut spesifikasi tertentu atau terpaksa menunggu keputusan  Framework Convention on Tobacco Control (FCTC) sebelum membuat keputusan.  [ Soalan Tambahan : BN Parit Sulong, BN Ledang ]

2. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI  menyatakan mengapakah kriteria pemilihan terhadap jawatan Profesor Gred Turus tidak mengecualikan ahli akademik yang terlibat di dalam pentadbiran supaya peluang ahli-ahli akademik yang memperuntukkan sepenuh usaha mereka kepada bidang penyelidikan tidak terjejas.  [ Soalan Tambahan : PAS PAsir Puteh, BN Maran ]

3. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ]  minta  MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI  menyatakan  apakah kajian terbaru telah dilakukan berkenaan kemungkinan berlakunya gempa bumi di Malaysia memandangkan kejadian tersebut kerap berlaku di negara jiran dan seluruh dunia kebelakangan ini.[ Soalan Tambahan : BN Ledang, DAP Kepong, DAP Batu Gajah ]
  
4. Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota ]  minta  MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah nilai penjualan NPL oleh bank-bank tempatan kepada pihak asing sebagaimana yang telah diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan apakah manfaat yang kita dapati daripada keputusan itu.  [ Soalan Tambahan : PKR Indera Mahkota, BN Tangga Batu ]
                      
5. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ]  minta  MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah langkah jangka panjang dan jangka pendek yang akan diambil oleh Kerajaan bagi memastikan Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan  (ISMP) mendapat tempat sebagai pendidik dan apakah langkah segera yang akan diambil bagi memastikan Graduan ISMP yang tamat pengajian mereka tahun ini mendapat tempat di sekolah-sekolah. [ Soalan Tambahan : BN Rembau, PAS Sik ] 

6. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ]  minta  MENTERI KESIHATAN menyatakan :-  
(a) rancangan Kementerian bagi memastikan pesakit wanita terutama pesakit puan hanya dilayan oleh petugas dan doktor sakit puan wanita; dan
(b) nisbah bilangan pegawai perubatan sakit puan dan pesakit sakit puan terkini. [ Soalan Tambahan : PAS Padang Terap, BN Parit Sulong ]

7. Datuk Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ]  minta  MENTERI KERJA RAYA menyatakan status kemajuan projek Lebuhraya Pantai Timur (LPT 2) dan nyatakan bila lebuh raya ini dapat digunakan sepenuhnya oleh pengguna.  [ Soalan Tambahan : BN Dungun, PKR Indera Mahkota ]

8. Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan mengapa wujudnya dua (2) Badan Lembaga Pengelola SJK(C) Jinjang Utara dan mengapa Kementerian meluluskan Lembaga Pengelola yang baru sedangkan Lembaga Pengelola lama masih berfungsi seperti biasa.[ Tidak Hadir ]

9. Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ]  minta  MENTERI LUAR NEGERI menyatakan :-  
(a) adakah  Non-Aligned Movement (NAM) masih lagi releven memandangkan keadaan geopolitik semasa; dan
(b) bagaimana pula dengan peranan Malaysia di dalam OIC dan bagaimana Global Movement of Moderates yang dipelopori oleh YAB Perdana Menteri boleh memainkan peranan di kedua-dua buah badan tersebut. [ Dikemukakan tanpa soalan tambahan ]


Soalan MP PAS yang disenaraikan:
12. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tentang tahap ancaman teroris kepada negara hari ini.
 
20. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI  menyatakan berapakah jumlah golongan profesional negara dan bidang kepakaran mereka yang sedang berkhidmat di luar negara.

31. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ]  minta  MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah tindakan yang diambil terhadap mereka yang menjalankan aktiviti mengemis di bawah Akta Orang Papa semenjak tahun 2000 dan dari jumlah ini beberapa peratus terdiri dari OKU. 

35. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ]  minta  MENTERI KERJA RAYA  menyatakan sama ada Tol Batu 3 dan Sungai Rasah akan dimansuhkan pada hujung tahun ini ataupun sebaliknya.

c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2012
2. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan 2012    
3. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan Islam 2012
4. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Bank Negara Malaysia (Pindaan) 2012
5. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan * Rang Undang-undang Reka Bentuk Perindustrian (Pindaan) 2012

Usul 12(1) bahawa dewan Tidak akan ditangguhkan sehingga selesai Perbahasan Bajet Kementerian Dalam Negeri dan yang berkaitan dengan bajet 2013.

d. Perbahasan Usul dan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali kedua
1. Pertimbangan  (D.R.31/2012) Rang Undang-undang Perbekalan 2013 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2013 seperti berikut:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh sembilan bilion tujuh ratus empat puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM49,749,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2013, dan bagi tujuan dan Butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013, yang dibentangkan sebagai Kertas  Perintah 9 Tahun 2012, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.”  Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (21 November, 2012) 

[ Perbahasan Peringkat Jawatankuasa - Kementerian Dalam Negeri - PKR Machang, BN Sri Gading, DAP Puchong, BN Rembau, PAS Pokok Sena, BN Kinabatangan, Bebas Padang Serai, BN Lipis ]
[ Rehat ]

[ Perbahasan- BN Lipis, PKR Balik Pualau,.... PAS Kota,... Bebas Wangsa Maju, ] [ Penggulungan -PKR Tanah Merah, Bebas Padang Serai, PKR Balik Pulau, DAP Puchong, BN Kota Belud, DAP Puchong, DAP Teluk Intan, BN Kota Belud, DAP Puchong, DAP Batu Gajah, DAP Bukit Mertajam, DAP Bukit Bendera, DAP Bukit Mertajam, PAS Pokok Sena, DAP Batu Gajah, PAS Pokok Sena, DAP Batu Gajah ]

2.  (D.R. 35/2012) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2012 [ Menteri Kewangan ] - Lulus

Dewan Ditangguhkan pada jam 5.30 petang.




Wednesday, November 21, 2012

Dewan Rakyat 21 Nov 2012 (Rabu)


Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ]  minta  MENTERI PERTAHANAN menyatakan berapakah jumlah terkini Kompeni Askar Wataniah Parlimen yang ditubuhkan serta apakah peranan yang dimainkan oleh Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah dalam membangunkan modal insan Kompeni Askar Wataniah Parlimen tersebut. [ Soalan Tambahan : BN Kuala Krau, BN Kalabakan ]

2. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ]  minta  PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bersedia meluaskan skop siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pemberian warganegara kepada pendatang asing di Sabah kepada negeri-negeri di Semenanjung.  [ Soalan Tambahan : PAS Kuala Krai, BN Ledang ]

3. Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ]  minta  MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kementerian sedar bahawa kebimbangan rakyat semakin meningkat tentang ancaman  kegiatan jenayah adalah kerana cara melakukan jenayah yang semakin ganas, berani dan kejam di tempat-tempat awam dan kediaman. Apakah langkah diambil untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap kemampuan PDRM melindungi rakyat daripada ancaman penjenayah.  [ Soalan Tambahan : BN Tebrau, PKR Machang ]

4. Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sejak Kementerian melancarkan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Nasional. Salah satu elemen utama yang diperlukan ialah pengiktirafan pembelajaran bukan formal dan tidak formal melalui Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL):-  
(a) berapakah jumlah pelajar yang telah mendapat manfaat dari APEL ini, mengikut bidang dan institusi yang memberi tauliah; dan
(b) apakah bentuk kempen yang telah dijalankan untuk meningkatkan sasaran jumlah pelajar tahunan. [ Soalan Tambahan : PKR Kuala Kedah, BN Jempol ]
                    
5. Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ]  minta  MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN  menyatakan jumlah perpustakaan desa di seluruh negara dan setakat ini, berapa jumlah perpustakaan desa yang dilengkapi dengan WiFi bagi menarik lebih ramai pengunjung.  [ Soalan Tambahan : BN Parit, PKR Indera Mahkota ]

6. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ]  minta  PERDANA MENTERI menyatakan jumlah milikan tanah oleh PERDA dan JKP di kawasan Parlimen Balik Pulau yang belum dibangunkan.  [ Soalan Tambahan : PKR Balik Pulau, BN Arau ]

7. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ]  minta MENTERI KESIHATAN  menyatakan bilakah pihak Kementerian akan menghantar seorang doktor pakar jantung ke Hospital Tawau untuk menggantikan tempat doktor yang sudah hampir setahun bersara.  [ Soalan Tambahan : BN Kalabakan, DAP Kota Kinabalu ]

8. Tuan Tan Tee Beng [ Nibong Tebal ] minta  MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR  menyatakan berapa jumlah unit geran hartanah strata di Semenanjung Malaysia yang masih lagi belum menerima geran hakmilik strata tersebut. Apakah sebabnya mereka masih lagi belum menerima geran hakmilik strata itu.  [ Soalan Tambahan : Bebas Nibong Tebal, BN Maran ]

9. Dato' Seri Haji Azmi bin Khalid [ Padang Besar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan memandangkan pasca PRU12 pada 2008 memperlihatkan kewujudan pelbagai parti yang memerintah negeri-negeri, dan ada ura-ura yang memungkinkan PRU13 diadakan pada tarikh-tarikh yang berbeza, adakah pihak Kerajaan akan mencadangkan tempoh penggal PRU yang "tetap" sebagai usaha untuk mengurangkan kos dan mengurangkan terlalu banyak berpolitik oleh partiparti yang terlibat.  [ Tidak Hadir ]

10. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :- 
(a) apakah asas dan perkiraan penilaian yang diambil untuk mewajibkan Ujian Kelayakan (Imtihan Qabul) oleh Yayasan AsSofa bagi pelajar yang akan menyambung pelajaran ke Mesir, sedangkan para pelajar tersebut telah lulus dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM); dan
(b) senaraikan kelayakan dan pemeriksa kertas bagi peperiksaan Ujian Kelayakan (Imtihan Qabul) bagi pelajar-pelajar yang ingin menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir dan berapakah jumlah calon-calon yang telah menduduki peperiksaan tersebut sejak mula dilaksanakan hingga kini. [ Soalan Tambahan : PAS Baling ]

11. Datuk Alexander Nanta Linggi [ Kapit ]  minta  MENTERI PELANCONGAN menyatakan sejauh manakah kejayaan telah dicapai di seluruh negeri Sarawak setakat masa kini, dalam usaha Kerajaan menerusi dasar-dasar dan programprogram dari Kementerian Pelancongan membantu penduduk-penduduk luar bandar mencapai pendapatan yang baik.  [ Soalan Tambahan : ]

12. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ]  minta  PERDANA MENTERI menyatakan mengikut statistik yang dikeluarkan bagi setiap 15 minit akan berlaku satu penceraian dan bagi setiap 18 minit akan lahir seorang anak luar nikah di kalangan  masyarakat Islam Malaysia. Adakah ini benar, jelaskan apakah langkah Kerajaan untuk mengatasi perkara ini .[ Soalan Tambahan : ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
20. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan  berapakah jumlah duti import dan eksais untuk kereta yang telah diperolehi bagi tahun 2011.

24. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ]  minta  MENTERI KEWANGAN menyatakan dasar pengecualian cukai ke atas kereta hybrid mesra alam, apakah akan diteruskan.

28. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ]  minta  MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR  menyatakan  sejauh manakah kajian, perancangan dalam mewujudkan insentif kepada masyarakat yang menggunakan teknologi hijau untuk kegunaan harian.

32. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ]  minta  PERDANA MENTERI menyatakan bentuk pemantauan dan kawalan yang dilakukan terhadap penyebaran mazhab-mazhab yang lain dari kefahaman akidah ahli sunnah wal jamaah.  

34. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ]  minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapakah kekerapan Kementerian, JPJ atau JKJR mengadakan taklimat atau hebahan media kepada pengguna jalanraya berkaitan Sistem Penguatkuasaan  Automatik (AES) untuk memberikan kesedaran pengguna berhubung perlaksanaan sistem ini.

39. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan peratusan OKU yang menjadi kakitangan Perkhidmatan Awam dan juga yang berkhidmat dalam sektor swasta mengikut kategori kecacatan. Bilakah pihak Kerajaan bercadang mengadakan satu garis panduan lengkap bagi pengambilan OKU bekerja dalam sektor awam.

Usul 12(1) bahawa dewan tidak akan ditangguhkan sehingga selesai perbahasan kementerian pengangkutan, kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pertahanan.

c. Perbahasan Usul dan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali kedua
1. Pertimbangan  (D.R.31/2012) Rang Undang-undang Perbekalan 2013 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2013 seperti berikut:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh sembilan bilion tujuh ratus empat puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM49,749,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2013, dan bagi tujuan dan Butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013, yang dibentangkan sebagai Kertas  Perintah 9 Tahun 2012, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.”  Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (20 November, 2012) 

[ Penggulungan - Kementerian Pengangkutan - DAP Bukit Bintang, BN Ledang, PAS Kota Raja, DAP Batu Gajah, DAP Jelutong, DAP Batu Gajah, BN Kinabatangan, PAS Shah Alam, DAP Ipoh Barat, BN Putatan, BN Kinabatangan, Bebas Tawau, PKR Lembah Pantai, BN Putatan, PAS Kota Raja, PAS Shah Alam, BN Kinabatngan, Bebas Wangsa Maju, BN Kinabatangan, DAP Taiping, PAS Pokok Sena, BN Kuala Krau, PAS Pokok Sena, DAP Jelutong, BN Kuala Krau, PAS Pokok Sena ] 

[ Rehat ] 

[ Penggulungan- DAP Kota Melaka, BN Tangga Batu, PAS Pokok Sena, BN Kinabatangan, PAS Pokok Sena, DAP Serdang, PAS Pokko Sena, PAS Shah Alam ][ Belah bahagian 1 - Setuju 78, Tak Setuju 49 ]
[ Belah Bahagian 2 - Setuju 80, Tak Setuju 49 ]

[ Perbahasan Peringkat Jawatankuasa - Kementerian Pengajian Tinggi - PAS Kubang Kerian, BN Parit Sulong, PKR Machang, BN Jempol, DAP Bukit Mertajam, Bebas Pasir Mas, BN Gelang Patah, PKR Lembah Pantai, BN Pasir Salak, PKR Balik Pulau, BN Kanowit, PAS Hulu Langat ] 

[ Penggulungan -PAS Kubang Kerian, PKR Balik Pulau, PKR Lembah Pantai, PAS Hulu Langat, PKR Indera Mahkota ]

[ Perbahasan Kem. Pertahanan -PKR Machang, BN Jasin, PKR Indera Mahkota, BN Lipis, PKR Batu, BN Kuala Krau, PAS Kuala Selangor, BN Maran, DAP Teluk Intan, BN Tangga Batu, DAP Batu Gajah, BN Silam ]

[ Penggulungan - PKR Batu, PKR Machang, DAP Teluk Intan, Pengerusi, BN Maran, DAP Teluk Intan, BN Tangga Batu, PAS Kuala Selangor, DAP Teluk Intan, DAP Batu Gajah, BN Sri Gading, PAS Kuala Selangor, DAP Teluk Intan ]

Dewan Ditangguhkan pada Jam 10.00 malam.

Tuesday, November 20, 2012

Dewan Rakyat 20 Nov 2012 (Selasa)


Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR  menyatakan apakah penemuan dan pencapaian terkini dalam penggunaan tenaga baru atau alternatif yang lebih mesra alam bagi kegunaan negara ini sebagai gantian kepada penggunaan bahan bakar fosil 
seperti petroleum, arang batu dan gas asli.  [ Soalan Tambahan : BN Tenom, PAS Rantau Panjang ]

2. Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI  menyatakan apakah perkembangan terkini mengenai status usahasama perdagangan perusahaan dan pelaburan dengan negara China terutamanya usahasama Taman Perindustrian Malaysia China di Kuantan Pahang.  [ Soalan Tambahan : PKR Indera Mahkota ]

3. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN  menyatakan berapakah jumlah persatuan belia berdaftar dan aktif dalam jangka masa lima tahun ini. Apakah ada bentuk pemantauan tertentu bagi mengelakkan persatuan belia ini terjerumus dan terpengaruh kepada aktiviti yang kurang sihat.  [ Soalan Tambahan : BN Maran, PAS Jerai ]

4. Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ]  minta  MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kecederaan akibat permainan mercun di seluruh negara sejak 3 tahun kebelakangan ini, mengikut kategori kaum. Apakah punca kegagalan agensi penguatkuasaan dalam membendung penyeludupan mercun ke negara ini.  [ Soalan Tambahan : PKR Ketereh, BN Kinabatangan ]

5. Datuk Alexander Nanta Linggi [ Kapit ]  minta  MENTERI KEWANGAN menyatakan apa kesan buruk atau sebaliknya terhadap ekonomi Malaysia akibat masalah kemelut kewangan dan kemelesetan ekonomi yang berlarutan melanda Eropah. [ Soalan Tambahan : BN Kapit, ]
                               
6. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH  menyatakan tentang projek Malaysian Institute of Aviation (MIAT) Subang:-  
(a) berapakah kos keseluruhan projek tersebut dan nama syarikat kontraktor yang telah dipilih untuk membina projek tersebut; dan
(b) adakah Kementerian telah menjalankan  'Value Management Lab' bagi memastikan projek tersebut dilaksanakan secara optima dengan siling yang ditetapkan. [ Soalan Tambahan : PAS Pokok Sena, ]

7. Datuk Siringan bin Gubat [ Ranau ]  minta  MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan Ketua Polis Daerah yang terdapat di Sabah. Nyatakan juga berapa Ketua Polis Daerah yang disandang oleh anak tempatan Sabah serta keturunan berbilang bangsa dan pangkat-pangkat yang diperolehi oleh mereka.  [ Soalan Tambahan : BN Ranau, Bebas Sepanggar ]

8. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [  Sik ]  minta  MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI  menyatakan di bawah NKEA Kerajaan mensasar perusahaan getah menyumbangan sebanyak RM 52.9 bilion kepada GNT menjelang 2020 (2010 RM 24.7 bilion), adakah ini akan tercapai 
memandangkan turun naik harga getah yang tidak terkawal dan terlalu tinggi kadarnya .  [ Soalan Tambahan : PAS Sik ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ]  minta  MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI  menyatakan perancangan pihak MADA untuk menyelesaikan masalah sawah padi yang menjadi jerlus kerana penggunaan jentera berat untuk membajak dan menuai sehingga  ada yang menjadi sawah terbiar sekarang ini. 

16. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KEWANGAN  menyatakan mengapakah perlu Jawatankuasa Khas dibentuk dalam isu royalti kepada Kelantan sedangkan perkara yang sama tidak wujud untuk Sabah, Sarawak dan Terengganu sebelum ini serta kenapa tempoh 6 bulan diperlukan. 

20. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada daftar pemilih telahpun dibersihkan daripada pengundi-pengundi yang didapati mencurigakan seperti yang beralamatkan sesebuah rumah yang mana tuan rumah sendiri tidak mengenali mereka.

27. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk mengkaji semula  Akta 355, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, berikutan banyaknya desakan daripada badan-badan bukan Kerajaan (NGOs) dan individu-individu perseorangan yang menuntut akta tersebut dikaji semula.

30. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI DALAM NEGERI  menyatakan jumlah warga asing yang telah diberi taraf  kewarnegaraan, diberi kad pengenalan (My Kad) dan telah mendaftar sebagai pemilih dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) khususnya yang menetap di 
Terengganu dan Pahang mengikut pecahan daerah.

37. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bilakah tarikh siap Perumahan Awam di Gua Musang seperti yang dijanjikan masa Pilihanraya Kecil DUN Galas Kelantan.

c.  RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Sumber Manusia * Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2012

Usul 12(1) bahawa Dewan tidak akan ditangguhkan sehingga jam 9.30 malam.

d. Perbahasan Rang Undang-Undang Bagi Bacaan Kali kedua dan Usul
1. Perdana Menteri akan mencadangkan :
BAHAWA, Israel telah melancarkan serangan ketenteraan yang dinamakan Operasi ‘Pillar of Defence’ pada 14 November 2012 ke atas Wilayah Palestin di Gaza meliputi pengeboman dan serangan udara, laut dan darat;

BAHAWA, serangan Israel ke atas Wilayah Palestin di Gaza merupakan tindakan yang mencabuli undang-undang antarabangsa, undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusiaan antarabangsa, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta merupakan jenayah perang yang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949 mengenai Perlindungan OrangOrang Awam Dalam Masa Perang ;

BAHAWA, rakyat Malaysia berpegang teguh kepada pendirian bahawa tiada alasan bagi penggunaan kekerasan yang dilakukan secara tidak seimbang, sembarangan dan melampau ke atas Wilayah Palestin di Gaza dan dengan itu menolak tindakan hukuman kolektif yang diambil ke atas rakyat Palestin di 
Gaza; dan 

BAHAWA, rakyat Malaysia berasa sangat dukacita dan kesal dengan ketidakmampuan masyarakat antarabangsa, terutamanya, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, untuk menghentikan dengan serta-merta keganasan Israel yang dilakukan ke atas Wilayah Palestin di Gaza.

DENGAN INI Dewan ini mengambil ketetapan seperti berikut :
1) Mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas Wilayah Palestin di Gaza yang mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin, termasuk golongan wanita, kanak-kanak, bayi dan warga tua dan kemusnahan harta benda dan infrastruktur serta menggesa pengunduran menyeluruh Israel dari Wilayah Palestin di Gaza dan Tebing Barat;
2) Menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat ketetapan supaya Israel menghentikan  dengan  serta-merta serangan ketenteraannya ke atas Wilayah Palestin di Gaza melalui 
gencatan senjata dan memutuskan untuk menempatkan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menguatkuasakan gencatan senjata tersebut;
3) Menggesa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya mengadakan Sesi Tergempar Khas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu  – “Uniting For Peace”  – di bawah Resolusi 377A (V) sekiranya Majlis Keselamatan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu gagal menjalankan tanggungjawabnya;
4) Menggesa pihak-pihak yang terlibat supaya menyambung semula usaha terhadap proses damai serta melaksanakan dan mematuhi pelbagai resolusi yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung isu Palestin dan konflik Arab-Israel;
5) Memutuskan Malaysia bekerjasama dengan negara anggota-anggota Pertubuhan Kerjasama Islam, Pergerakan Negara-Negara Berkecuali, Liga Arab dan negara-negara sependapat untuk mengambil tindakan yang lebih konkrit bagi mendukung prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menangani konflik yang berlaku di Timur Tengah sekarang;
6) Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin ke arah mewujudkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat;
7) Menyeru rakyat Palestin supaya bersatu-padu dengan tujuan mempertahankan hak mutlak dan menubuhkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat;
8) Merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Wilayah Palestin di Gaza dengan serta merta;
9) Menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menyiasat dan mengambil tindakan bagi maksud pendakwaan ke atas  penjenayah perang Israel yang disyaki terlibat dengan kekejaman dan keganasan ke atas rakyat Palestin; dan 
10) Mengambil keputusan untuk menyampaikan resolusi ini kepada semua Dewan Perundangan dan Parlimen yang berkenaan, khasnya Kongres Amerika Syarikat, Parlimen Britain dan Parlimen Kesatuan Eropah, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Presiden Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

[ Perbahasan- PKR Permatang Pauh, BN Arau, DAP Ipoh Timur, BN Tebrau, PAS Marang, BN Hulu Selangor, Bebas Kulim Bandar Baru, PAS Tumpat, Bebas Sepanggar ] [ Rehat ] [ Penggulungan-BN Sri Gading, Bebas Pasir Mas ]

2. Pertimbangan  (D.R.31/2012) Rang Undang-undang Perbekalan 2013 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2013 seperti berikut:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh sembilan bilion tujuh ratus empat puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM49,749,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2013, dan bagi tujuan dan Butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013, yang dibentangkan sebagai Kertas  Perintah 9 Tahun 2012, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.”  Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (6 November, 2012) 

[ Sambungan Perbahasan - Kementerian Sumber Manusia- BN Batang Sadong, BN Sri Gading, BN Lipis ] [ Penggulungan-DAP Ipoh Barat, PKR Kuala Langat (PERKESO), DAP Klang, DAP Ipoh Barat, PKR Kuala Langat ]

[ Kem.Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan -BN Sri Gading, PAS Kubang Kerian, Bebas Pasir Mas, BN Tangga Batu, BN Silam, PKR Balik Pulau, BN Lenggong, BN Tenom, PKR Tanah Merah, PKR Ketereh, DAP Bakri, BN Lipis, PKR Indera Mahkota, PKR Petaling Jaya Selatan, PKR Kelana Jaya ]

[Penggulungan- ]

[ Kem.Pengangkutan- PAS Kota Raja, BN Sekijang, PKR PJ Selatan, BN Puatatan, DAP Batu Gajah, BN Jasin, PAS Pokok Sena, Bebas Wangsa Maju ][Penggulungan-]

Monday, November 19, 2012

Dewan Rakyat 19 Nov 2012 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]

a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ]  minta  MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan berapakah bilangan Syarikat Franchise dari Malaysia yang telah dapat menembusi pasaran antarabangsa dan senaraikan syarikat-syarikat tersebut.  [ Soalan Tambahan : BN Sekijang, PKR Machang ]

2. Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ]  minta  MENTERI PENGANGKUTAN  menyatakan mengenai prosedur pemberian lesen memandu kepada pekerja warga asing  (yang mempunyai permit kerja) dan penduduk tetap serta pelajar warga asing yang menuntut di  Malaysia. Berapakah jumlah permohonan serta status kelulusan dari kategori ini serta apakah caj tambahan dikenakan kepada mereka. [ Soalan Tambahan : PKR Kuala Kedah ]

3. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ]  minta  MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah usaha Kementerian untuk memantau kualiti kerja penyelenggaraan jalan raya yang telah diswastakan di negeri Sarawak walaupun difahamkan bahawa piawaian dan spesifikasi yang ditetapkan Jabatan Kerja Raya telah dicapai tetapi sehingga kini masalah kerosakan dan kualiti jalan raya yang telah diselenggara masih amat tidak memuaskan sehingga menggugat keselamatan pengguna jalan raya.  [ Soalan Tambahan : BN Bintulu ]

4. Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ]  minta  MENTERI KESIHATAN  menyatakan sama ada Kerajaan bercadang menubuhkan skim pampasan kepada pesakit tercedera atas sebab vaksinasi, contohnya pesakit autism. Apakah kedudukan sebenar penyakit autism di Malaysia dan Program Kerajaan mencegah penyakit ini.  [ Soalan Tambahan : DAP Cheras, BN Silam ]
                         
5. Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha melaksanakan langkah konkrit bagi membendung tekanan inflasi negara dan sejauh manakah keberkesanan Kerajaan yang telah memperkenalkan NKRA Menangani Kos Sara Hidup bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat dalam menangani kenaikan kos makanan dan barangan.  [ Soalan Tambahan : BN Libaran, DAP Kepong ]

6. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah caranya seorang pekerja asing yang telah merujuk majikannya ke Mahkamah Buruh ataupun Mahkamah Perusahaan boleh mendapatkan permit kerja untuk bekerja dengan majikan lain. Mengapakah begitu payah untuk mendapatkan permit kerja sementara ini.  [ Tidak Hadir ]

7. Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ]  minta  MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI  menyatakan pelaksanaan Pelan Induk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 2012-2020 untuk mencapai sasaran sektor bagi meningkatkan sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada 41 peratus daripada 32 peratus pada masa kini.  [ Soalan Tambahan : BN Paya Besar, Bebas Pasir Mas ]

8. Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ]  minta  MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan :-  
(a) adakah Kerajaan menyedari sukarnya produk bumiputera dipasarkan di pasaraya dan hypermarket, dan jika ada pun terlalu diskriminatori seperti diletakkan di bahagian tersorok dan terpencil; dan
(b) mengapa label DNA Khinzir diguna pakai sedangkan lebih mudah difahami oleh rakyat jika dilabel terus “MENGANDUNGI BAHAN BABI” dan dicatat “TIDAK HALAL” di luar produk tersebut. [ Tidak Hadir ]

9. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ]  minta  MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-  
(a) adakah FELCRA bercadang untuk mewujudkan Skim Pinjaman Perumahan Tanpa Faedah kepada peneroka-peneroka FELCRA; dan
(b) apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh FELCRA bagi menyelesaikan isu perumahan generasi kedua FELCRA di Jempol. [ Soalan Tambahan : BN Jempol, PAS Padang Terap ]

10. Puan Nurul Izzah  Binti Anwar [ Lembah Pantai ]  minta  PERDANA MENTERI  menyatakan langkah-langkah Kerajaan yang diambil bagi mengelakkan terjejasnya harga pasaran hartanah dan lebihan hartanah yang tidak dijual dengan pengumuman projek KLIDB dan Kuala Lumpur International Financial District (KLIFD) memandangkan KLCC masih lagi mengalami 17 peratus kekosongan hartanah.  [ Soalan Tambahan : PKR Lembah Pantai ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:

12. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN  menyatakan jumlah dan nilai projek perumahan yang terbiar dan terbengkalai di kawasan Parlimen Hulu Langat, apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian untuk menghidupkan semula 
projek tersebut.


14. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah Jalan Alor Setar-Kota Putra akan disempurnakan memandangkan masih ada jalan yang seolah-olah tidak terlibat dalam penaiktarafan seperti antara Felcra Bukit Tampoi dan Pokok Sena yang amat daif.

26. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ]  minta  MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI  menyatakan jumlah dan nama syarikat serta pemiliknya yang diberi kebenaran pemegang lesen mengimport gula dan adakah Kementerian bercadang memperbanyakkan lagi syarikat pemegang lesen pengimport gula.

30. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan usaha yang diambil untuk mengatasi kekurangan sepuluh ribu guru J-QAF yang lewat dan bilakah akan dimulakan pengajaran J-QAF ke peringkat Sekolah Menengah dan apakah punca-punca sebenar berlakunya masalah ini.

33. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ]  minta  MENTERI KERJA RAYA menyatakan sama ada projek pembinaan Hospital Shah Alam berjalan mengikut jadual atau sebaliknya.  

34. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah keseluruhan kamera perangkap laju yang berada di dalam kendalian PDRM dan berapakah harga seunit kamera tersebut.  

35. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan isu kenaikkan harga barang semakin ketara pada musim perayaan. Apakah tindakan Kementerian.

37. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah Jambatan Manek Urai yang dijanjikan dalam Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai Kelantan dapat digunakan oleh pengguna-pengguna jalanraya.

44. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ]  minta  MENTERI PELAJARAN menyatakan dasar MBM + MBI telah dilaksanakan untuk menggantikan PPSMI yang belum muktamad pemansuhannya. Apakah dasar Kerajaan yang sebenarnya mengenai PPSMI, adakah muktamad ditarik balik atau ada tolak ansur yang akan atau masih berlaku.  

Usul 12 (1) bahawa Dewan tidak akan ditangguhkan sehingga jam 9.30 malam.

c. Perbahasan Usul dan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali kedua
1. Pertimbangan  (D.R.31/2012) Rang Undang-undang Perbekalan 2013 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2013 seperti berikut:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh sembilan bilion tujuh ratus empat puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM49,749,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2013, dan bagi tujuan dan Butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013, yang dibentangkan sebagai Kertas  Perintah 9 Tahun 2012, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.”  Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (6 November, 2012) 

[ Peringkat Jawatankuasa - Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan- BN Hulu Selangor, PAS Kota Raja, BN Kinabatangan, DAP Ipoh Barat, BN Sri Gading, PKR Indera Mahkota, BN Silam,...]

[ Rehat ] 

[ Penggulungan- ..., PKR Petaling Jaya Selatan, DAP Bakri ] [Penggulungan-PKR Kuala Kedah, DAP Ipoh Barat, ] 

[ Kementerian Belia & Sukan- BN Jempol, DAP Teluk Intan, BN Kinabatangan, PAS Jerai, PKR Kelana Jaya, BN Lipis, .. PAS Padang Terap, DAP Serdang] [ Penggulungan-BN Arau, BN Lipis, BN Lenggong, PAS Padang Terap ]

[ Kementerian Sumber Manusia - DAP Ipoh Barat, PKR Kuala Langat, BN Jasin ]

Dewan ditangguhkan pada jam 9.30 malam.

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008