Wednesday, December 19, 2012

Dewan Negara 19 Dis 2012 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad  minta  MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan:-  
(a) sejauh manakah arahan Menteri bagi kualiti perkhidmatan syarikat-syarikat telekomunikasi (Ministerial Direction on Quality of Service, Direction No.1 of 2002) di bawah Seksyen 55 dan 104(2), Communications and Multimedia Act 1988 (Act 588)telah pun dipatuhi oleh syarikat-syarikat telekom dan adakah Kementerian telah menyediakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) daripada segi mutu perkhidmatan syarikat telekomunikasi; dan
(b) sejauh manakah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah bertindak terhadap syarikat telekom yang mendapat aduan mengenai panggilan yang tiba-tiba terputus (dropped calls) disebabkan masalah teknikal dan adakah Kementerian telah mengenakan denda terhadap syarikatsyarikat tersebut yang gagal memberi perkhidmatan yang memuaskan.

2. Tuan Khoo Soo Seang  minta  MENTERI PELAJARAN  menyatakan bagaimana Kementerian boleh memastikan calon-calon latihan perguruan adalah mereka yang betul-betul berjiwa guru dan bukan mereka yang hanya berkelayakan tinggi tetapi egocentric.  

3. Datuk Chiw Tiang Chai  minta  PERDANA MENTERI  menyatakan adakah Kerajaan bercadang memperkenalkan Akta Patriotik dan Kesejahteraan Kaum dalam usaha membendung sebarang anasir negatif menyusup masuk ke negara ini dan meracuni pemikiran rakyat, termasuk cubaan menyalurkan dana daripada luar kepada golongan berkepentingan.    

4. Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah kes kemalangan jalan raya pergi dan balik ke tempat kerja yang menyebabkan  kematian dan kecederaan kekal sepanjang tahun 2008, 2009, 2010, 2011 dan sehingga 31 Oktober 2012. Dan apakah langkah-langkah yang diambil untuk membasmi kemalangan ini.  

5. Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal  minta  MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah Kementerian bercadang untuk mewujudkan satu sistem untuk memberi latihan kepada guru-guru sekolah dalam menerapkan  'soft skills' kepada mereka di samping mengajar pelajaran-pelajaran seperti biasa.  

6. Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah projek PR1MA akan dibangunkan segera di Wilayah Persekutuan Labuan untuk keperluan golongan  sederhana memandangkan penduduk Labuan semakin bertambah setiap tahun.  

7. Dato' Nalla K. S.  minta  MENTERI KEWANGAN  menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan di dalam memastikan kesemua rakyat termasuk kaum India diberi peluang dalam memiliki dan mengambil bahagian di dalam Skim Rumah Pertama Ku secara adil dan saksama. 

8. Datuk Raja  Ropiaah binti Raja Abdullah  minta  MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk membendung gejala gangsterism dan bully oleh pelajar-pelajar sama ada di dalam kawasan sekolah mahupun di luar kawasan sekolah serta apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengembalikan keyakinan dan kepercayaan rakyat bahawa kualiti pembelajaran yang diberikan di sekolahsekolah kerajaan adalah yang terbaik dengan disiplin yang tinggi dan tenaga pengajar yang komited berbanding dengan sekolah-sekolah swasta.  

9. To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan setakat manakah pencapaian Kementerian untuk membangunkan prasarana luar bandar melalui NKRA Infrastruktur Asas Luar Bandar bagi tempoh 2010 hingga 2012.  

10. Datuk Chin Su Phin  minta  MENTERI PENGANGKUTAN  menyatakan bilakah Kementerian akan menubuhkan sebuah syarikat penerbangan baru dalam usaha memperbaiki laluan masuk ke kedua-dua buah negeri ini melalui udara seterusnya memberi kebaikan kepada rakyat Sabah dan Sarawak.  

11. Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop  minta  PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan berpandangan supaya Institusi Parlimen perlu diberi kuasa 'eksklusif' bagi menghalang sebarang aktiviti menghina kepercayaan dan agama yang dianuti oleh penganut lain.  

12. Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kenapa operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu tergendala selama 2 hari baru-baru ini. Berapakah jumlah kerugian yang dialami oleh semua sektor yang terlibat dan apakah langkah-langkah pencegahan yang akan dikuatkuasakan.  

13. Puan Chew Lee Giok  minta  MENTERI PELAJARAN  menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk membendung masalah kehamilan di kalangan gadis muda yang masih bersekolah.  

14. Tuan Baharudin bin Abu Bakar minta MENTERI KEWANGAN menyatakan isu pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerap dijadikan isu politik berbanding usaha untuk memberi penerangan kepada rakyat tentang kenapa ia perlu dilaksanakan serta kebaikan-kebaikannya. Apakah langkah-langkah yang akan dan telah diambil oleh Kementerian dalam menangani isu ini.  

15. Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud  minta  MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR  menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil dalam menangani dampak akibat perubahan cuaca ke atas kualiti air.

Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 40/2012) Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan 2012 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.”  ( 18 Disember, 2012 ) [ Menteri Kewangan ]
2. (D.R. 41/2012) Rang Undang-undang Perkhidmatan  Kewangan Islam 2012 [ Menteri Kewangan ]
3. (D.R. 39/2012) Rang Undang-undang Bank Negara Malaysia (Pindaan) 2012 [ Menteri Kewangan ]
4.  (D.R. 38/2012) Rang Undang-undang Reka Bentuk Perindustrian (Pindaan) 2012 [ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan  ]
5. (D.R. 43/2012) Rang Undang-undang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pindaan)2012 [ Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan ]
6. (D.R. 42/2012) Rang Undang-undang Binatang (Pindaan) 2012 [ Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ]
7. (D.R. 32/2012) Rang Undang-undang Pengurusan Strata 2012  [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

Wednesday, December 12, 2012

Dewan Negara 12 Dis 2012


Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop  minta  MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah bentuk pemantauan yang diambil oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terhadap mana-mana syarikat yang melanggar Akta Syarikat 1965 terutamanya yang melibatkan keselamatan negara seperti isu SUARAM yang jelas menerima dana asing dalam menjalankan aktivitinya sebagai sebuah NGO yang tidak berdaftar dan berselindung di sebalik pendaftaran Suara Inisiatif Sdn. Bhd. (SISB).   

2. Dato' Abdul Rahim bin Abdul Rahman  minta  MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan perancangan Kerajaan bagi memastikan negara dapat melahirkan ahli sukan yang berkualiti dan bertaraf  dunia memandangkan peranan sukan di dalam pembinaan semangat nasionalisme dan perpaduan rakyat.    

3. Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin  minta  PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan masih mengekalkan Dasar Pandang Ke Timur yang diperkenalkan pada tahun 1982, jika ya, apakah langkah-langkah yang diambil untuk memenuhi matlamat tersebut.   

4. Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad  minta  MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah tindakan yang akan diambil oleh Kementerian untuk mengatasi masalah Terminal Feri Jabatan Laut Kuala  Perlis yang sering mengalami masalah feri untuk berlabuh disebabkan dasar laut cetek akibat pemendapan lumpur.   

5. Dato' Boon Som a/l Inong minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah rakyat Malaysia yang bertugas di luar negara mengikut sektor serta sejauh manakah kejayaan usaha untuk menarik rakyat Malaysia yang bertugas di luar negara kembali berkhidmat dan menyumbangkan khidmat mereka di 
negara ini.    

6. Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh manakah pemantauan yang dilakukan oleh pihak Kementerian terhadap guruguru yang bermasalah di sekolah-sekolah seperti gangguan mental dan LGBT kerana ia memberi kesan yang negatif kepada generasi Malaysia akan  datang.  

7. Datuk Raja  Ropiaah binti Raja Abdullah  minta  MENTERI KEWANGAN menyatakan tentang sistem yang diguna pakai sekarang dalam penawaran Central Contract dan mencadangkan supaya Kerajaan mengkaji semula sistem  Central Contract yang dilaksanakan sekarang untuk menentukan harga yang kompetitif dan terbaik sekali dapat diperoleh oleh Kerajaan yang pada jangka panjangnya boleh menjimatkan perbelanjaan negara dengan mendapat kualiti yang tinggi dan harga terbaik sekali.   

8. Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah terdapat pembelian komponen yang sudah tidak digunakan lagi atau outdated bagi tujuan kawalan trafik udara.   

9. Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah faktor-faktor yang diambil kira oleh Kementerian dalam usaha menurunkan harga kenderaan dari segi duti eksais dan cukai-cukai lain supaya benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.  

10. Datuk Kadzim M. Yahya  minta  PERDANA MENTERI menyatakan apakah Petronas bercadang untuk membina lagi Pusat Latihan Teknikal separa mahir bagi memastikan lebih ramai anak-anak tempatan Sabah menceburi bidang petroleum dan gas memandangkan kegiatan menggali minyak dan gas giat dijalankan di perairan Sabah dan Sarawak.   

11. Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah  minta  MENTERI BELIA DAN SUKAN  menyatakan kenapa gejala rasuah bola sepak masih berlaku di negara ini walaupun langkah-langkah tegas telah diperkenalkan. Apakah pasukan khas yang dibentuk yang terdiri daripada PDRM, SPRM dan FAM masih lagi berfungsi dan memantau keadaan.   

12. Tuan Subramaniam a/l Veruthasalam  minta  MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Bank Negara sedang memantau tindakan sesetengah syarikat insurans yang memaksa pembeli insurans pihak ketiga juga membeli insurans kemalangan peribadi.   

13. Dato' Nalla K. S.  minta  MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan bilangan atau peratusan kaum India yang telah memohon bantuan pinjaman industri kecil dan sederhana (IKS) melalui SME Corp. dan berapa yang telah diluluskan.   

14. Dato' Lim Nget Yoon  minta  MENTERI PENGANGKUTAN  menyatakan tindakan diambil oleh Kementerian untuk menangani masalah orang ramai membuang sampah daripada kenderaan-kenderaan dalam  perjalanan. Pembuangan sampah daripada kenderaan boleh membawa  maut kepada penunggang motosikal dan basikal.   

15. Tuan Khoo Soo Seang  minta  MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR  menyatakan bilangan bangunan yang sudah siap dibina dan diduduki tetapi masih belum lagi mendapat   strata title   di negeri Johor. Apakah tempoh paling lama yang belum dapat   strata title  serta sebabsebabnya dan tindakan susulan yang diambil untuk menjaga kepentingan para pemilik unit. 

Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 31/2012) Rang Undang-undang Perbekalan 2013 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.”  (  11 Disember, 2012 ) [ Menteri Kewangan ] 

2. (D.R. 35/2012) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2012 [ Menteri Kewangan ]

3. (D.R. 40/2012) Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan 2012 [ Menteri Kewangan ]

4. (D.R. 41/2012) Rang Undang-undang Perkhidmatan  Kewangan Islam 2012 [ Menteri Kewangan ]

5. (D.R. 39/2012) Rang Undang-undang Bank Negara Malaysia (Pindaan) 2012 [ Menteri Kewangan ]

6. (D.R. 37/2012) Rang Undang-undang Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2012 Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.”  ( 4 Disember, 2012 ) [ Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ]

7. (D.R. 32/2012) Rang Undang-undang Pengurusan Strata 2012  [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ] 

8. (D.R. 38/2012) Rang Undang-undang Reka Bentuk Perindustrian (Pindaan) 2012 [ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan  ]

9. (D.R. 43/2012) Rang Undang-undang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pindaan)2012 [ Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan ]

10. (D.R. 42/2012) Rang Undang-undang Binatang (Pindaan) 2012 [ Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ]

Tuesday, December 11, 2012

Dewan Negara 11 Dis 2012 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Puan Norliza binti Abdul Rahim minta MENTERI KESIHATAN menyatakan dengan penambahan 'in patient' di hospital-hospital Kerajaan, apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk memastikan bilangan katil mencukupi dan memenuhi syarat World Health Organization Standard.

2. Datuk Chiw Tiang Chai minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah mekanisme bakal diguna-pakai di bawah Pelan Pembangunan (PPM) dalam usaha memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama oleh semua peringkat masyarakat berbilang kaum.

3. Tuan Baharudin bin Abu Bakar minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan kebanjiran iklan-iklan pinjaman berlesen, khidmat urut dan sebagainya yang dilekatkan di merata tempat, sedikit sebanyak mencacatkan usaha pihak DBKL untuk
menjadikan Kuala Lumpur setaraf dengan Bandaraya lain di dunia. Sejauh mana usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak DBKL untuk mengatasi masalah ini memandangkan tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab ini masih berleluasa.

4. Dr. Ariffin bin S.M. Omar minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauhmanakah Transformasi Pendidikan Nasional 2013-2025 telah memberi perhatian kepada kepentingan sekolah agama rakyat di negara ini terutama dalam menyediakan prasarana dan silibus yang bersesuaian dengan aliran sekolah arus perdana.

5. Datuk Pau Chiong Ung minta PERDANA MENTERI menyatakan:-
(a) adakah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengakui soal selidik terdekat yang menamakan pemandu teksi Kuala Lumpur sebagai pemandu paling teruk di dunia dan apakah tindakan SPAD untuk mengubah keadaan tersebut; dan
(b) adakah masalah tabiat pemandu teksi yang teruk tersebut disebabkan oleh kesusahan permohonan lesen pemilikan teksi peribadi, masalah kesesakan lalu-lintas, keadaan jalan yang tidak memuaskan serta tarif yang rendah menyebabkan pendapatan pemandu teksi tidak mencukupi.

6. Datuk Chin Su Phin minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian dalam usaha mengindah dan mencantikkan Pulau Gaya seterusnya menjadikan pulau ini salah sebuah pulau pelancongan terkemuka di Sabah.

7. Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan strategi bagi meningkatkan kebolehpasaran graduangraduan dengan nilai-nilai kreatif, inovatif dan keusahawanan. Bila dan bagaimanakah strategi ini dapat dilaksanakan.

8. To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah Kerajaan bersetuju dengan penubuhan Pusat Mediasi Islam untuk menyelesaikan kes pertikaian membabitkan orang Islam secara efektif, cepat dan murah sebagaimana yang dicadangkan oleh Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM).

9. Dato' Lim Nget Yoon minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan langkah-langkah diambil oleh pihak Kementerian untuk mengelakkan kemalangan kenderaan berlaku akibat daripada haiwan seperti lembu memasuki kawasanlebuh raya.

10. Dato' Boon Som a/l Inong minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah produk kesihatan dan kecantikan keluaran syarikat tempatan dan luar negara yang telah dirampas kerana dikenal pasti mengandungi racun serta membahayakan kesihatan pengguna, serta langkah-langkah bagi mencegah
kebanjiran produk sedemikian di negara ini dan langkah-langkah bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya produk sedemikian.

11. Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan akan menaikkan jumlah pelepasan cukai ke atas pembelian buku-buku yang pada masa ini berjumlah hanya RM1000 setahun bagi menggalakkan budaya membaca di kalangan masyarakat Malaysia.

12. Dato' Syed Ibrahim bin Kader minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian menangani permasalahan parkir untuk motosikal di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur sangat terhad berbanding dengan jumlah motosikal yang sentiasa meningkat. Ini telah menyebabkan berlaku banyak masalah seperti pengguna motosikal akan sewenang-wenangnya meletakkan motosikal di merata tempat termasuk di tempat letak kereta yang mana ia mengganggu pengguna kenderaan lain dan pejalan kaki. Selain itu jarak di antara parkir motor juga agak jauh dan tahap keselamatan terhadap motosikal di parkir agak rendah.

13. Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan minta MENTERI KEWANGAN menyatakan status dan cadangan penswastaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan kesannya terhadap organisasi tersebut yang jika dinilai, merupakan satu-satunya organisasi yang masih menggunakan perkataan 'Melayu' pada jenamanya.

14. Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud minta MENTERI KESIHATAN menyatakan keupayaan Malaysia dalam hal pembuatan ubat-ubat generik.

15. Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa jumlah jaminan yang dikeluarkan oleh Danajamin Nasional Berhad (Danajamin) kepada syarikat-syarikat mengikut sektor perniagaan yang telah mendapat kemudahan tersebut sejak tiga tahun lalu. Nyatakan apakah Danajamin mampu memberi impak besar ke atas perkembangan pasaran tempatan. Jika ya, apakah Kerajaan mempunyai strategi ke arah memperkemas dana berkenaan selari dengan tuntutan semasa negara melalui Model Baru Ekonomi (MBE) negara.

16. Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimanakah kontraktor dan usahawan kecil Bumiputera dapat memanfaatkan pembangunan Projek RAPID Pengerang Johor (Refineries and Petroleum Industries Integrated District) yang bakal menjadi kawasan baru industri minyak dan gas di Johor serta garis panduan yang jelas mengenai jumlah pakej kerja yang bakal diberikan dan bagaimanakah cara pelaksanaan bidaan atau tawaran yang akan dibuat.

17. Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop minta MENTERI PELAJARAN menyatakan langkah-langkah Kementerian memperkasakan subjek Sejarah dalam usaha menjadikan ia salah satu subjek teras di peringkat sekolah rendah dan menengah.

18. Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah sebenarnya isu dan faktor yang telah menyebabkan penangguhan perlaksanaan GST (Goods & Services Tax) di Malaysia yang telah dirancang sejak tahun 1992 lagi dan apakah benar GST akan menurunkan dalam jangka masa panjang Tingkat Harga Umum barangan di Malaysia. Jika benar mengapakah Kementerian Kewangan teragak-agak untuk melaksanakan GST di Malaysia.

Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 31/2012) Rang Undang-undang Perbekalan 2013 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.”  ( 10 Disember, 2012 ) [ Menteri Kewangan ] 

2. (D.R. 35/2012) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2012 [ Menteri Kewangan ]

3. (D.R. 40/2012) Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan 2012 [ Menteri Kewangan ]

4. (D.R. 41/2012) Rang Undang-undang Perkhidmatan  Kewangan Islam 2012 [ Menteri Kewangan ]

5. (D.R. 39/2012) Rang Undang-undang Bank Negara Malaysia (Pindaan) 2012 [ Menteri Kewangan ]

6. (D.R. 37/2012) Rang Undang-undang Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2012 Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.”  ( 4 Disember, 2012 ) [ Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ]

7. (D.R. 32/2012) Rang Undang-undang Pengurusan Strata 2012  [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ] 

8. (D.R. 38/2012) Rang Undang-undang Reka Bentuk Perindustrian (Pindaan) 2012 [ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan  ]

9. (D.R. 43/2012) Rang Undang-undang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pindaan)2012 [ Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan ]

10. (D.R. 42/2012) Rang Undang-undang Binatang (Pindaan) 2012 [ Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ]

Monday, December 10, 2012

Dewan Negara 10 Dis 2012 (Isnin)


Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimana Kementerian melihat isu semangat kejiranan dan kaitannya dengan Gagasan 1Malaysia dalam usaha melahirkan masyarakat berbilang kaum yang dapat hidup dalam satu komuniti secara harmoni dan saling bantu-membantu.   

2. Dato' Lim Nget Yoon  minta  MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN  menyatakan apakah tindakan yang diambil terhadap orangorang yang tidak tinggal di rumah-rumah yang diperoleh melalui Projek Perumahan Rakyat (PPR) tetapi menyewakannya kepada orang lain.   

3. Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan:-   
(a) apakah kedudukan digital Malaysia jika dibandingkan dengan negara-negara yang lain iaitu seperti yang telah dilaporkan oleh Economist Intelligence Unit (EIU) Digital Economic Ranking; dan 
(b) apakah strategi-strategi yang akan diambil bagi Malaysia mencapai status ekonomi digital yang maju  pada tahun 2020 dan apakah program-program atau projek-projek utama yang akan dilaksanakan.  

4. Puan Hajah Rohani binti Abdullah minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah Kerajaan khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi menangani isu lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) di kalangan umat Islam di negara ini.  

5. Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan:-   
(a) status penubuhan Parlimen Belia dan bentuk program yang dirancang dan apakah yang Kerajaan ingin capai dengan penubuhan Parlimen Belia ini; dan 
(b) bagaimanakah keanggotaan Parlimen Belia dipilih dan bagaimana jangka masa perkhidmatan setiap ahli yang dipilih/dilantik.     

6. Dato' Nalla K. S.  minta  MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI  menyatakan apakah langkah-langkah Kementerian dalam memastikan industri getah terus menjana pendapatan negara daripada segi penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang baru bagi memastikan industri getah negara terus stabil di pasaran dunia.   

7. Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg  minta MENTERI PELAJARAN menyatakan para pelajar dan generasi muda hari ini perlu disuntik pengetahuan dan kesedaran mengenai betapa pentingnya pemuliharaan hutan dan alam semula jadi demi kehidupan manusia dan haiwan untuk jangka masa panjang. Apakah pendekatan pihak Kementerian dalam menitikberatkan pendidikan dalam hal tersebut.   

8. To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah-langkah Kerajaan bagi mengatasi  masalah kesesakan tempat letak kereta di hospital-hospital Kerajaan khususnya seperti Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang, Hospital Serdang,  Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Hospital Sungai Buluh dan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.   

9. Dato' Dr. Johari bin Mat  minta  MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan:-   
(a) statistik kolej swasta (IPTS) yang ditutup sejak 3 tahun lalu; dan 
(b) usaha-usaha pemantauan terhadap Program Jarak Jauh (PJJ) yang ditawarkan di IPTA dan IPTS.  

10. Dato' Syed Ibrahim bin Kader  minta  PERDANA MENTERI  menyatakan terdapat ramai mualaf yang tidak menukar kad pengenalan (selepas memeluk Islam) kepada kad pengenalan menggunakan nama Islam. Keadaan ini menimbulkan pelbagai masalah dalam pelbagai urusan. Apakah tindakan Kementerian bagi mengatasi masalah ini.  

11. Puan Chew Lee Giok minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan jumlah dana yang dikutip setiap tahun di bawah rancangan perkhidmatan penyediaan sejagat  Universal Services Provision (USP). Sejauh mana kejayaan rancangan ini sejak diperlaksanakan lebih 10 
tahun yang lalu.   

12. Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sejauh mana jumlah petani dan pekebun kecil yang dibelenggu oleh hutang dan apakah langkah yang diambil bagi mengatasi masalah hutang tersebut termasuk menyediakan kemudahan-kemudahan kredit sesuai dengan kemampuan mereka.   

13. Tuan Baharudin bin Abu Bakar  minta  PERDANA MENTERI  menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk menangguhkan  hukuman mati kepada pesalah membabitkan pengedaran dadah dan kaitannya dengan usaha Kerajaan untuk menyelamatkan ramai rakyat Malaysia yang berdepan dengan hukuman mati di luar negara.   

14. Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin  minta  MENTERI KESIHATAN menyatakan sehingga kini berapa ramai rakyat Malaysia yang menghadapi masalah dan sakit mental mengikut status mereka dan apakah langkahlangkah yang diambil oleh Kementerian untuk mengatasi masalah ini.   

15. Puan Hajah Khairiah binti Mohamed  minta  MENTERI KERJA RAYA menyatakan purata masa yang diambil oleh pemandu kenderaan daripada Kuala Lumpur ke Kota Bharu melalui Jalan Bentong-Gua Musang pada waktu biasa dan pada musim perayaan. 

Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 31/2012) Rang Undang-undang Perbekalan 2013 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.”  ( 56Disember, 2012 ) [ Menteri Kewangan ] 

2. (D.R. 35/2012) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2012 [ Menteri Kewangan ]

3. (D.R. 40/2012) Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan 2012 [ Menteri Kewangan ]

4. (D.R. 41/2012) Rang Undang-undang Perkhidmatan  Kewangan Islam 2012 [ Menteri Kewangan ]

5. (D.R. 39/2012) Rang Undang-undang Bank Negara Malaysia (Pindaan) 2012 [ Menteri Kewangan ]

6. (D.R. 37/2012) Rang Undang-undang Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2012 Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.”  ( 4 Disember, 2012 ) [ Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ]

7. (D.R. 32/2012) Rang Undang-undang Pengurusan Strata 2012  [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ] 

8. (D.R. 38/2012) Rang Undang-undang Reka Bentuk Perindustrian (Pindaan) 2012 [ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan  ]

9. (D.R. 43/2012) Rang Undang-undang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pindaan)2012 [ Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan ]

10. (D.R. 42/2012) Rang Undang-undang Binatang (Pindaan) 2012 [ Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ]

Thursday, December 6, 2012

Dewan Negara 6 Dis 2012 (Khamis)


Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Puan Roslin binti Haji Abdul Rahman  minta  MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN  menyatakan sejauh manakah Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia di bawah Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (CMCF) dapat mengawal penyedia perkhidmatan televisyen, radio, pemilik laman web, penulis blog dan apa saja yang terpapar di media elektronik supaya dapat menjaga batasan bahan yang disiarkan.   

2. Tuan Khoo Soo Seang  minta  MENTERI KEWANGAN  menyatakan faktor-faktor yang menyebabkan International Monetary Fund (IMF) meramalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.4 peratus tahun ini dan 4.7 peratus tahun 2013 walaupun di peringkat dunia cuma 3.3 peratus tahun ini dan 3.6 peratus tahun 2013 sahaja.   

3. Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin  minta  MENTERI SUMBER MANUSIA  menyatakan sejauh manakah perkembangan Program Latihan Kemahiran Komprehensif kepada penghuni penjara seluruh Malaysia dan adakah semua penjara di Malaysia diikhtiraf sebagai Pusat Sistem Latihan Dual Nasional (SDLN).   

4. Datuk Chiw Tiang Chai  minta  MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bagaimana Kementerian melihat Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang diiktiraf sebagai tunggak ketiga dalam sistem pembangunan sumber manusia mampu membantu Malaysia mencapai matlamat menjadi sebuah negara maju.     

5. Tuan Subramaniam a/l Veruthasalam  minta  MENTERI SUMBER MANUSIA  menyatakan apakah status perjanjian membawa masuk pekerja rumah asing dari Indonesia, kerana walaupun sudah kerap kali mengumumkan penghantaran pekerja rumah Indonesia akan berterusan, jumlah pekerja rumah yang tiba masih sangat berkurangan.   

6. Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan mekanisme bakal diguna pakai bagi membangunkan produk halal berimpak tinggi untuk tujuan eksport.   

7. Dato' Boon Som a/l Inong  minta  MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam berkahwin dengan warga asing di negara ini serta punca mereka berbuat demikian.   

8. Datuk Paul Kong Sing Chu minta  MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah kes Tibi yang dikesan di negeri Sabah pada tahun 2005, 2010, 2011 dan 2012. Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mengelakkan penyakit ini daripada terus merebak. 

9. Tuan Baharudin bin Abu Bakar  minta  MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan penjelasan daripada pihak Kementerian tentang persediaan yang telah dilakukan untuk menghadapi ancaman banjir yang dijangka berlaku lebih awal tahun ini.  

10. Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad  minta  MENTERI KEWANGAN menyatakan :-   
(a) apakah tindakan-tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan supaya teguran-teguran mengenai isu yang sama oleh Ketua Audit Negara tidak lagi berulang dilakukan oleh Kementerian, Jabatan, Kerajaan Negeri, Badan-Badan Berkanun dan Syarikat Berkaitan Kerajaan; dan 
(b) apakah pandangan-pandangan daripada Kerajaan terhadap saranan Ketua Audit Negara agar Kerajaan menimbang semula sistem perolehan  (procurement system) supaya pemantauan juga dibuat oleh Jabatan Akauntan Negara dan tidak hanya bergantung sematamata kepada kawalan dalaman  (internal control) Kementerian atau Jabatan tanpa pantauan daripada pihak luar bagi memastikan dana awam dibelanjakan dengan telus.  

11. Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan  minta  MENTERI LUAR NEGERI  menyatakan kejayaan misi bantuan kemanusiaan bagi mengurangkan penderitaan penduduk suku Rohingya di Rakhine, Myanmar.  

12. Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg  minta MENTERI PELAJARAN menyatakan terdapat kira-kira 50,000 individu “Sindrom Down” di seluruh negara ketika ini dan ia mungkin akan meningkat. Adakah pihak Kementerian mempunyai cadangan untuk menubuhkan “Sekolah Khas” bagi perkembangan golongan tersebut pada masa hadapan.   

13. Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar  minta  PERDANA MENTERI menyatakan apakah alasan yang menyebabkan pelajar tajaan Kerajaan di luar negara tidak mahu pulang untuk berkhidmat di Malaysia selepas tamat pengajian. Apakah usaha-usaha yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan untuk menarik mereka pulang bekerja di negara kita. Apakah ianya berkesan. Jika ya, berapa ramai mereka yang telah menyambut usaha berkenaan.   

14. Puan Norliza binti Abdul Rahim  minta  MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah peratusan "Non Performing Loan (NPL)" bagi pinjaman perumahan bagi tahun 2009 hingga Jun 2012.   

15. Dato' Muhammad Olian b Abdullah  minta  MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah persepsi hospital swasta dan syarikat insurans perlindungan perubatan ini mengaut keuntungan yang berlebihan, 
sehingga ianya membebankan pesakit serta keluarga mereka akan berterusan. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian dalam memastikan khasnya pihak hospital swasta tidak mengenakan bayaran perubatan dan rawatan ini dikenakan sesuka hati.  

Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 31/2012) Rang Undang-undang Perbekalan 2013 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.”  ( 5 Disember, 2012 ) [ Menteri Kewangan ] 

2. (D.R. 37/2012) Rang Undang-undang Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2012 Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.”  ( 4 Disember, 2012 ) [ Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ]

3. (D.R. 40/2012) Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan 2012 [ Menteri Kewangan ]

4. (D.R. 41/2012) Rang Undang-undang Perkhidmatan  Kewangan Islam 2012 [ Menteri Kewangan ]

5. (D.R. 32/2012) Rang Undang-undang Pengurusan Strata 2012  [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ] 

6. (D.R. 35/2012) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2012 [ Menteri Kewangan ]

7. (D.R. 39/2012) Rang Undang-undang Bank Negara Malaysia (Pindaan) 2012 [ Menteri Kewangan ]

8. (D.R. 38/2012) Rang Undang-undang Reka Bentuk Perindustrian (Pindaan) 2012 [ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan  ]

9. (D.R. 43/2012) Rang Undang-undang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pindaan)2012 [ Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan ]

10. (D.R. 42/2012) Rang Undang-undang Binatang (Pindaan) 2012 [ Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ]

Wednesday, December 5, 2012

Dewan Negara 5 Dis 2012 (Rabu)


Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan Ketua-ketua Jabatan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pegawai-pegawai yang terlibat di dalam amalan rasuah seperti yang telah dilaporkan SPRM bahawa daripada tahun 2009 sehingga Julai 2011, hanya 380 (37%) daripada 1026 kes telah diambil tindakan oleh Ketua Jabatan dan pada tahun ini kadar tindakan hanya 5% daripada 126 kes yang dilaporkan.  

2. Dato' Lim Nget Yoon  minta  MENTERI PELAJARAN  menyatakan bilangan guru dibawa dari luar negeri untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Kerajaan. Berapakah jumlah gaji dibayar kepada guru-guru ini dalam sebulan.  

3. Datuk Kadzim M. Yahya minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI  menyatakan mengenai apakah penemuan yang telah diperoleh hasil daripada penerokaan kita ke angkasa lepas melalui Datuk Dr. Sheikh Muzaffar yang dibekalkan dengan berbagai spesimen tumbuhan dan makanan.  

4. Dr. Syed Husin Ali  minta  MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sebab sebenar sesuatu perkataan Bahasa Melayu tidak digunakan dan diganti dengan perkataan atau istilah bahasa asing dan 
apakah Kementerian tidak berhasrat untuk mempertahankan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di UKM apabila ia membuka pintu untuk pelajar asing di peringkat Sarjana Muda kelak.  

5. Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah  minta  MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN  menyatakan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai di dalam menganjurkan Minggu 
Malaysia di London baru-baru ini. Apakah Kementerian merancang untuk mengadakan program yang sama di Amerika Syarikat, terutamanya di New York.  

6. Tuan Chiew Lian Keng  minta  MENTERI DALAM NEGERI menyatakan  berapakah penjara yang sedang beroperasi, serta memberi jumlah banduan yang menjalani hukuman  dalam penjarapenjara tersebut. Kementerian juga diminta untuk menyatakan penjara yang telah penuh.  

7. Dr. S. Ramakrishnan  minta  MENTERI KEWANGAN  menyatakan bahawa pengguna kad kredit kena bayar yuran caj termasuk yuran pendahuluan wang tunai dan caj bayaran lewat yang tinggi. Semua ini 
menjadi satu beban besar dan pengguna terperangkap dalam hutang yang susah nak keluar. Adakah kerajaan mengambil tindakan untuk mengurangkan caj dan yuran kad kredit ini memandangkan keuntungan besar oleh bank yang mengeluarkan kad kredit.  

8. Dato' Boon Som a/l Inong  minta  MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN  menyatakan berapa banyakkah kes Skim Cepat Kaya yang dikesan di negara ini, bilangan mangsa yang terlibat, punca mereka terlibat serta langkahlangkah yang diambil oleh Kementerian untuk mencegah kewujudan Skim Cepat Kaya yang baru serta memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai bahaya skim berkenaan.  

9. Datuk Maijol bin Mahap  minta  PERDANA MENTERI  menyatakan butiran berapakah orang  Kadazandusun dan Murut yang sekarang bertugas mengikut pangkat dan skil gaji  di setiap Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan.  

10. Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar  minta  MENTERI PENGANGKUTAN  menyatakan berapakah kos terkini pembinaan Lapangan Terbang KLIA2 dan bilakah KLIA2 akan beroperasi. Bagaimana pula dengan landasan kapal terbang ketiga KLIA.  

11. Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal  minta  MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKATmenyatakan apakah peruntukan RM25 juta untuk pemeriksaan percuma Mammogram memadai serta apakah langkah-langkah Kementerian untuk mendekati wanita-wanita untuk mengambil bahagian dalam menjamin tahap kesihatan warga kaum hawa di seluruh pelosok negara.   

12. Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit  minta  MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH  menyatakan apakah ada mekanisme rayuan dan semakan semula dasar mengenai pelajar 
tajaan MARA 2012 Lepasan SPM bagi skim pelajar cemerlang bidang kritikal  - perubatan yang mendapat tempat di universiti terkemuka Timur Tengah yang terpaksa menolak tawaran tempat melanjutkan pelajaran di sana kerana kos dan bayaran balik yang tinggi  jika dibandingkan mereka melanjutkan pelajaran di IPTS dalam negara agar mereka ini dibantu dan beban bayaran balik mereka ini lebih rendah.  

13. Puan Norliza binti Abdul Rahim  minta  MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh  'Security Commision' untuk mengelakkan berlakunya 'insider trading'. 

14. To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin  minta  MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH  menyatakan sejauh manakah kerjasama antara RISDA dan FELCRA Berhad mampu membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil seluruh negara khususnya pengeluaran getah dan kelapa sawit.  

15. Datuk Raja  Ropiaah binti Raja Abdullah  minta  MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan dalam proses untuk mencapai negara maju 2020, Kerajaan diminta untuk menyediakan infrastruktur dan kemudahan serta manfaat-manfaat yang bersesuaian untuk rakyat warga emas supaya mereka terus dapat memberi sumbangan dan khidmat kepada negara Malaysia tercinta. Manfaat termasuklah pengangkutan awam seperti (kereta api/bas percuma) potongan harga di restoran dan di tempat membeli-belah/medical percuma dan lain-lain. Bolehkah satu senior citizen kad di sediakan untuk 60 tahun ke atas dengan berbagai kemudahan percuma dan insentif diberi.


Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 31/2012) Rang Undang-undang Perbekalan 2013 [ Menteri Kewangan ] 

2. (D.R. 37/2012) Rang Undang-undang Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2012 Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.”  ( 4 Disember, 2012 ) [ Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ]

3. (D.R. 40/2012) Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan 2012 [ Menteri Kewangan ]

4. (D.R. 41/2012) Rang Undang-undang Perkhidmatan  Kewangan Islam 2012 [ Menteri Kewangan ]

5. (D.R. 32/2012) Rang Undang-undang Pengurusan Strata 2012  [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ] 

6. (D.R. 35/2012) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2012 [ Menteri Kewangan ]

7. (D.R. 39/2012) Rang Undang-undang Bank Negara Malaysia (Pindaan) 2012 [ Menteri Kewangan ]

8. (D.R. 38/2012) Rang Undang-undang Reka Bentuk Perindustrian (Pindaan) 2012 [ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan  ]

9. (D.R. 43/2012) Rang Undang-undang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pindaan)2012 [ Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan ]

10. (D.R. 42/2012) Rang Undang-undang Binatang (Pindaan) 2012 [ Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ]

Tuesday, December 4, 2012

Dewan Negara 4 Dis 2012 (Selasa)


Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan  minta  MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN  menyatakan dasar serta garis panduan baru yang bakal diperkenalkan bersesuaian dengan hasrat Kementerian untuk mengawal kenaikan harga rumah terutamanya di bandar-bandar besar.   

2. Tuan Subramaniam a/l Veruthasalam  minta  PERDANA MENTERI menyatakan apakah sistem permit syarikat teksi yang wujud sekarang akan ditukar kepada permit individu atau syarikat koperasi pemandu 
untuk mengelakkan monopoli dan penyalahgunaan serta menjamin kebajikan pemandu teksi.
   
3. Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sejauh manakah langkah Kerajaan Negeri Selangor meneruskan hasrat menstrukturkan semula perkhidmatan air di negeri tersebut seperti terkandung dalam Akta Perkhidmatan Bekalan Air 2006 (WSIA) yang bakal memberi impak kepada lebih 2 juta penduduk di Selangor dan Lembah Klang.   

4. Datuk Pau Chiong Ung  minta  MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan:-   
(a) semenjak pemberian Komputer Riba 1Malaysia dilancarkan, berapakah jumlah buah komputer riba yang telah pun diagihkan dan berapakah perbelanjaan yang terlibat; dan 
(b) adakah kerja-kerja susulan dijalankan bagi mengenal pasti pemberian komputer riba tersebut betul-betul memanfaatkan penerimanya dan peratus kerosakan komputer serta adakah projek ini akan diteruskan. 

5. Puan Hajah Noriah binti Mahat  minta  PERDANA MENTERI menyatakan jumlah individu yang dibebaskan daripada muflis atau bankrap sejak 5 tahun lalu dan sejauh manakah iklan yang diadakan oleh Jabatan Insolvensi  di televisyen dan media massa lain berjaya membantu dan mendidik orang ramai menyelesaikan masalah kebankrapan mereka melalui Jabatan Insolvensi.  

6. Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI  menyatakan Institusi Pengajian Tinggi Awam mahupun Swasta yang mendapat kelulusan tetapi gagal mendapatkan sijil akreditasi dalam tempoh yang ditetapkan dan nyatakan program pengajian yang berkaitan.   

7. Datuk Raja  Ropiaah binti Raja Abdullah  minta  MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN  menyatakan dalam Bajet 2013, diumumkan 57 buah Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) dibuka di Sabah dan Sarawak. Oleh kerana jarak satu kampung ke satu kampung adalah jauh, adalah perlu produk-produk KR1M ini sampai ke kampung pendalaman supaya barang-barang kos lebih murah dapat dinikmati oleh penduduk luar bandar dan penduduk yang tiada kemudahan pasar raya yang harganya lebih berpatutan. Bolehkah pihak berkenaan melantik kedaikedai runcit kampung sebagai agen produk-produk KR1M supaya lebih banyak lagi KRIM ini beroperasi dan manfaatnya boleh dirasai oleh rakyat yang betul-betul susah dan kurang kemampuan.   

8. To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin  minta  PERDANA MENTERI  menyatakan jumlah penjawat awam masa kini serta nyatakan jumlah penjawat awam perkhidmatan kontrak, sambilan dan sementara serta nyatakan langkah-langkah Kerajaan untuk menetapkan penjawat awam ini ke jawatan tetap bagi menjamin masa depan mereka.   

9. Dr. Syed Husin Ali  minta  MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH  menyatakan adakah Kementerian berhasrat untuk memberi dana kepada aktivis yang menjalankan projek mikro hidro elektrik di pedalaman Sabah dan Sarawak. 

10. Puan Hajah Rohani binti Abdullah  minta  PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah jemaah haji Malaysia tahun ini mendapat tarikh jadual penerbangan untuk menunaikan fardhu haji yang agak lewat berbanding dengan tahun sebelumnya. 

11. Datuk Paul Kong Sing Chu  minta  MENTERI PELANCONGAN menyatakan prestasi terkini Program Homestay di bawah Kementerian. 

12. Datuk Hj Saat bin Hj Abu minta MENTERI KEWANGAN menyatakan SPNB mengkaji semula harga penjualan rumah-rumah yang diluluskan kepada pemohon-pemohon kerana dahulu rumah yang bersaiz 850 kaki persegi berharga RM60,000 dan sekarang rumah bersaiz 1000 kaki persegi hanya RM55,000 dengan menaik taraf kegunaan ADEX kepada jenis genting dan kualiti rumah yang bagus dan baik terus memberi peluang kontraktor kelas F dengan memberi kerja, seperti setiap kontraktor kelas F diberi buat kerja 5 buah rumah dan bukan lantikan dari syarikat-syarikat besar.   

13. Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-   
(a) jumlah tol yang dikutip oleh setiap  'concessioner' lebuh raya di tahun 2011 dan 2010; dan 
(b) bilakah 'concession' ini akan tamat setiap 'concessioner'.
  
14. Datuk Paul Kong Sing Chu  minta  MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN  menyatakan apakah usaha-usaha Kementerian dalam menggalakkan amalan 3R, mengapa tarikh penguatkuasaan pengasingan sisa di peringkat punca secara mandatori asyik ditangguhkan seolah-olah Kementerian tidak serius terhadap inisiatif ini dan lebih cenderung untuk membina insinerator dalam pengurusan sisa pepejal.   

15. Dato' Muhammad Olian b Abdullah  minta  MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH  menyatakan kesediaan pihak Kerajaan untuk menjadikan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sebagai Badan Berkanun Persekutuan bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian dalam membangunkan masyarakat Orang Asli.  

Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 33/2012) Rang Undang-undang Hakmilik Strata (Pindaan) 2012 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.”  ( 3 Disember, 2012 ) [ Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ]

2. (D.R. 34/2012) Rang Undang-undang Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012 [ Menteri Dalam Negeri ] 

3. (D.R. 36/2012) Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerja  (Pindaan) 2012 [ Menteri Sumber Manusia ] 

4. (D.R. 37/2012) Rang Undang-undang Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2012 [ Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ]

5. (D.R. 40/2012) Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan 2012 [ Menteri Kewangan ]

6. (D.R. 41/2012) Rang Undang-undang Perkhidmatan  Kewangan Islam 2012 [ Menteri Kewangan ]

7. (D.R. 32/2012) Rang Undang-undang Pengurusan Strata 2012  [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ] 

8. (D.R. 31/2012) Rang Undang-undang Perbekalan 2013 [ Menteri Kewangan ] 

9. (D.R. 35/2012) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2012 [ Menteri Kewangan ]

10. (D.R. 39/2012) Rang Undang-undang Bank Negara Malaysia (Pindaan) 2012 [ Menteri Kewangan ]

11. (D.R. 38/2012) Rang Undang-undang Reka Bentuk Perindustrian (Pindaan) 2012 [ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan  ]

12. (D.R. 43/2012) Rang Undang-undang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pindaan)2012 [ Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan ]

13. (D.R. 42/2012) Rang Undang-undang Binatang (Pindaan) 2012 [ Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ]

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008