Sunday, October 30, 2011

Dewan Rakyat 31 Okt 2011 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan

1. Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan usaha yang dilakukan :-
(a) untuk menarik pelaburan semula pelaburan asing di negara ini bersesuaian dengan sentimen pasaran Malaysia yang amat baik ketika ini; dan
(b) untuk menarik lebih banyak perniagaan peruncitan asing memasuki Malaysia seperti mana percambahan industri peruncitan di Hong Kong. [ Soalan Tambahan : BN Silam, DAP Bukit Bintang ]

2. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah pemaju yang gagal membentuk Badan Pengurusan Bersama (JMB) dalam tempoh yang diperuntukkan undang-undang dan apakah tindakan undang-undang yang telah diambil terhadap mereka. [ Soalan Tambahan : PAS Kota Raja, BN Maran ]

3. Dato' Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kenapakah masih ada Guru-guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di Sabah yang masih belum diambil bekerja secara tetap walaupun Kementerian sudah berjanji. [ Soalan Tambahan : BN Kota Belud, DAP Bukit Mertajam ]

4. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan terhadap mereka yang dikategorikan sebagai golongan 'expatriate' yang masih bekerja di luar negara. Nyatakan berapakah jumlah yang masih berada di luar negara dan jumlah mereka yang telah berjaya dibawa pulang ke tanah air untuk meneruskan kerjaya mereka di negara ini. [ Soalan Tambahan : PAS Kubang Kerian, BN Kalabakan ]

5. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah yang sedang dan akan dilaksanakan oleh Syarikat Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd atau Rapid KL bagi menambah baik operasi perkhidmatan basnya dari aspek kelewatan, kurang kerap di banyak laluan, keselesaan pengguna seperti bas yang tanpa penghawa dingin di samping isu keselamatan penumpang yang ada kalanya diabaikan. [ Soalan Tambahan : BN Rembau, PKR Indera Mahkota ]

6. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada benar statistik kenaikan pangkat unit beruniform JPJ Sabah dari gred 27 kepada gred 32 tidak memberi keutamaan kepada mereka yang berasal dari Sabah walaupun mereka jauh lebih layak. Sekiranya benar, kenapa berlaku demikian. [ Soalan Tambahan : PKR Kuantan, BN Ledang ]

7. Dato' Seri Haji Azmi bin Khalid [ Padang Besar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bilakah masalah "padi angin" akan dapat diselesaikan dan berikan dengan terperinci apakah tahap R&D yang sedang dilakukan oleh MARDI, atau
sekira ianya berpunca dari tidak prihatin pembekal benih, apakah tindakan yang telah diambil ke atas mereka. [ Tidak Hadir ]

8. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kedudukan terkini tentang prestasi pelbagai GLCs yang telah pun mengalami program transformasi dan khususnya apakah faktor-faktor kekangan yang masih memerangkap pelbagai GLCs yang sehingga kini gagal di baik pulih atau di 'turn-around'kan. [ Soalan Tambahan : PAS Kuala Selangor, BN Tangga Batu ]

9. Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan bilakah Kementerian dapat menyediakan peruntukkan bagi memulakan pemasangan paip air bersih ke semua 13 kampung-kampung di Pulau Bruit sedangkan paip air utama telahpun siap disediakan. [ Soalan Tambahan : BN Tanjong Manis, Bn Bintulu ]

10. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan :-
(a) apakah kesan positif dari hubungan diplomatik Malaysia dengan negara-negara Komunis; dan
(b) nyatakan jumlah dan nama negara-negara Komunis yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia. [ Soalan Tambahan : PAS Pokok Sena, BN Dungun ]

11. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan :-
(a) jumlah kehadiran pelancong mengikut negara dan berapakah pendapatan negara yang diperolehi melaluinya; dan
(b) usaha promosi dan masalah yang dihadapi oleh sektor pelancongan domestik, dan apakah produk popular mengikut kategori. [ Dikemukakan tanpa soalan tambahan ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
16. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak Kerajaan terhadap semua salah laku dan penyelewengan dalam Laporan Ketua Audit Negara yang masih terus berulang setiap tahun walaupun telah mendapat teguran, berapa ketirisan perbelanjaan negara sejak tahun 2008 hingga 2011.

22. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan statistik jumlah subsidi bahan petroleum yang diberikan setiap tahun dari 2005 hingga 2010 kepada syarikat minyak asing dan PETRONAS, pembekal bahan petroleum di stesen
(dealer) dan pengguna. Adakah pihak Kerajaan berhasrat untuk mengurangkan subsidi ini terutama kepada syarikat asing.

32. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan menyenaraikan program-program bantuan Yayasan Taqwa dan nilai peruntukan yang disalurkan sepanjang tempoh 2010 hingga Ogos 2011 dan nyatakan kekerapan program di Parlimen Jerai.

33. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah pihak Kerajaan akan membentangkan pindaan Rang Undang-undang ISA sebagaimana yang dijanjikan oleh Perdana Menteri pada tahun 2009. Apa status
terkini pindaan tersebut.

34. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah anggaran kos keseluruhan biometrik seandainya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menggunakan kaedah tersebut dalam PRU13 nanti.

36. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan tidak bercadang untuk menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun sebagaimana berlaku di kebanyakan negara di dunia seperti Thailand dan Sri Lanka. Jika tidak, kenapa.

37. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan di bawah PPSMI Kerajaan memberi bayaran BISP untuk guru yang mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sebelum PPSMI dimansuhkan. Guru-guru tidak lagi mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris tetapi bayaran ini masih diteruskan. Adakah Kementerian sedar soal ini.

38. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kerajaan mempunyai kuota mengenai pengambilan pekerja tempatan dan pekerja asing, di mana kuotanya adalah untuk setiap 1 pekerja tempatan, majikan dibenarkan mengambil 2 pekerja asing.

Usul 12(1) bahawa Dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 11.00 malam.

Usul 18(1) oleh DAP Bukit Gelugor berkenaan usul pada 24 oktober 2011.

c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul
1. (D.R.29/2011) Rang Undang-undang Perbekalan 2012 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”
(24 Oktober, 2011) DAN
Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh satu bilion dua ratus empat puluh lapan juta sembilan ratus ribu ringgit (RM51,248,900,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2012, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 9 Tahun 2011, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (24 Oktober, 2011)

[ Penggulungan Dasar ]

[ Kementerian Pengajian Tinggi - BN Pasir Gudang - DAP Kepong, BN Kota Belud, PAS Pendang, PAS Jerai, PKR Balik Pulau ]

[ Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri - BN Jeli - BN Pasir Salak, DAP Seputeh ] [ Rehat ] [ Bersambung - DAP Seputeh, PKR Indera Mahkota, DAP Taiping, PKR Kuantan ]

[ Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi - BN Petrajaya - PKR Balik Pulau, PKR Kuantan, PKr Batu, PKR Kuantan, PKR Batu, PKR Kuantan ]

[ Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar - BN Betong - PKR Sungai Petani, PKR Batu, BN Simpang Renggam, BN Arau, BN Silam, BN Bintulu, DAP Kota Melaka, BN Bintulu, DAP Kota Melaka, BN Labuan ]

[ Kementerian Pelancongan - BN Raub - PKR Sungai Petani, PKR Tanah Merah, PKR Indera Mahkota ]

[ Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani - BN Tanjong Karang - PKR Kuala Kedah, PKR Indera Mahkota, BN Padang Besar, PKR Kuala Kedah, PKR Batu, PKR Kuala Kedah, PKR Batu, PKR Kuala Kedah, PKR Ampang, PKR Balik Pulau, PKR Ampang, PKR Balik Pulau, PKR Kuala Kedah ]

[ Kementerian Pertahanan - BN Mersing - PKR Sungai Petani ]

[ Kementerian Kerja Raya - BN Tampin - PKR Teluk Kemang, DAP Puchong ]

[ Kementerian Kesihatan - BN Papar - DAP Kota Melaka, BN Kapit, BN Langkawi, BN Hulu Rajang, BN Tenggara, BN Ranau, BN Kanowit, Hulu Rajang, PKR Indera Mahkota ]

[ Kementerian Belia dan Sukan - BN Kemaman - BN Sri Gading, DAP Bakri, PAS Pendang, DAP Rasah, BN Lenggong, PKR Indera Mahkota, PKR Balik Pulau, DAP Rasah, BN Kota Belud, PKR Batu ]

[ Kementerian Sumber Manusia - BN Segamat - PKR Kuala Langat, PKR Balik Pulau, PKR Batu, BN Arau, PKR Kuala Langat, PAS Kota Raja, PKR Balik Pulau, BN Arau, PAS Kota Raja, PKR Kuala Langat, PKR Balik Pulau, PAS Kota Raja, PKR Kuala Langat, DAP Teluk Intan, PKR Balik Pulau, BN Kota Belud, PKR Kuala Langat, PKR Balik Pulau, PKR Kuala Langat ]

Usul 26(1) (p) oleh YB PKR Batu mengenai tuduhan mengenai jemputan kepada peniju Israel.

[ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan - BN Bera -PKR Balik Pulau, PKR Indera Mahkota, PKR Balik Pulau, BN Kapit, PKR Indera Mahkota, BN Sibuti, PKR Kuala Langat ]

Dewan ditangguhkan pada jam 11.00 malam.

[ Kementerian Pengangkutan ]

[ Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ]

[ Kementerian Luar Negeri ]

Saturday, October 22, 2011

Dewan Rakyat 24 Oktober 2011 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarata [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

1. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan :-
(a) apakah perancangan Kementerian bagi mengekalkan warisan kampung-kampung melayu lama, meningkatkan infrastruktur, warisan sejarah dan tradisi komuniti; dan
(b) apakah perlindungan undang-undang bagi memelihara agar kewujudan kampung-kampung melayu berkekalan. [ Soalan Tambahan : BN Jempol, PAS Tumpat ]

2. Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan rasional pengeluaran siri ketiga duit syiling dan siri keempat wang kertas baru Malaysia, kosnya masing-masing, siapa pembekal dan di mana ia diperbuat. [ Soalan Tambahan : DAP Segambut, BN Labuan ]

3. Tuan Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan :-
(a) jumlah ciptaan yang telah dihasilkan semenjak Kementerian ditubuhkan; dan
(b) berapakah jumlah ciptaan yang memberikan impak secara langsung terutamanya kepada golongan petani, penternak dan nelayan. [ Soalan Tambahan : BN Dungun, PKR Machang ]

4. Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah kesan yang dialami oleh negara kita akibat keputusan Kerajaan Amerika Syarikat mengehadkan kadar siling hutang negara mereka terutama apabila menstrukturkan semula sebagai langkah pemotongan Belanjawan. [ Soalan Tambahan : PKR Indera Mahkota, BN Arau ]

5. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dan bakal diambil dalam usaha mempertingkatkan lagi hubungan pelancongan antara rakyat negara ini dan rakyat Negara China. [ Soalan Tambahan : BN Sri Gading, Bebas Pasir Mas ]

6. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah usaha-usaha Kementerian yang lebih berkesan akan dilakukan bagi membantu perkara pengusaha IKS memasarkan produk mereka, memandangkan ruang pasaran yang amat terhad dan hampir tidak mendapat tempat terutama di pasaraya-pasaraya besar. [ Soalan Tambahan : PAS Baling, BN Kinabatangan ]

7. Tuan Hasbi bin Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan bilakah Kerajaan akan membina Jalan Meritam/ Telahak/ Buangabai/ Pengkalan Rejab Fasa 3 (fasa terakhir) setelah fasa 1 & 2 yang dijangka siap penghujung tahun 2011 untuk memastikan objektif asal jalan sebagai kemudahan asas untuk rakyat di sepanjang Sungai Limbang dan membuka kawasan pembangunan tanah jelapang padi. [ Tidak Hadir ]

8. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-
(a) jumlah kontraktor Bumiputera Kelas F yang mendapat peluang kerja dalam projek Jambatan Kedua Pulau Pinang; dan
(b) nilai projek yang diperolehi oleh kontraktor Bumiputera tersebut. [ Soalan Tambahan : PKR Machang ]

9. Dato' Seri Mohd. Radzi bin Sheikh Ahmad [ Kangar ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kementerian mempunyai perancangan khusus bagi membantu negeri Perlis dalam projek pemuliharaan, pembangunan dan pembersihan Sungai Perlis dalam bandar Kangar bagi tujuan mewujudkan sebatang sungai yang bersih dan menarik sebagai tempat rekreasi penduduk tempatan serta tarikan pelancong ke negeri Perlis. [ Tidak Hadir ]

10. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) bilangan graduan kursus diploma kejururawatan yang mengambil peperiksaan Lembaga Kejururawatan untuk mendapatkan pendaftaran; dan
(b) bilangan yang berjaya dalam peperiksaan tersebut, untuk tiap tahun dari 2007 hingga ke 2010, dengan memberi pecahan universiti atau kolej mereka. [ Tidak Hadir ]

11. Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status terkini pembinaan Pusat Aeroangkasa Antarabangsa Malaysia (MIAC) yang melibatkan kawasan seluas 480 hektar di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dan berapakah kos pembangunan projek tersebut. [ Tanpa Soalan Tambahan ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
12. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang menerima pinjaman PTPTN yang diterima menjadi guru di sekolah Kerajaan pada tahun 2010.

18. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pemantauan dibuat terhadap keberkesanan pasukan tentera yang berkawal di sepanjang sempadan Malaysia - Thailand berbanding dengan pasukan polis, apa tindakan mengatasi masalah penyeludupan dan masalah sosial melalui sempadan yang semakin berleluasa.

39. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah tindakan penyelesaian kepada krisis pertukaran dan pemindahan bekas Ketua Pengarah JKR, Datuk Seri Judin Abd. Karim ke jawatan Ketua Eksekutif CIDB yang diambil oleh Jabatan Perkhidmatan Awam mengikut standard dan piawaian mengikut perintah am perkhidmatan awam.

41. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan rasional kenapa Anggota Polis Diraja Malaysia tidak di carum dengan caruman Perkeso.

Usul 18 (1) bahawa dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 10.30 malam

c. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. (D.R.29/2011) Rang Undang-undang Perbekalan 2012 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (17 Oktober, 2011) DAN

Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh satu bilion dua ratus empat puluh lapan juta sembilan ratus ribu ringgit (RM51,248,900,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2012, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 9 Tahun 2011, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (20 Oktober, 2011)

Penggulungan Peringkat Dasar -

[ Kementerian Pelajaran - Timb. Perdana Menteri / Menteri Pelajaran - BN Pagoh - DAP Serdang, BN Hulu Terengganu, DAP Ipoh Barat, Bebas Pasir Mas, BN Sri Gading, PAS Padang Terap, DAP Teluk Intan, DAP Ipoh Barat, PAS Padang Terap, Bebas Kulim Bandar Baru, DAP Ipoh Timur, BN Pasir Salak, DAP Ipoh Timur, PKR Machang, PKR Gombak, DAP Serdang, PKR Lembah Pantai, Bebas Pasir Mas, PKR Permatang Pauh, BN Lenggong, PKR Gombak, Bebas Pasir Mas, BN Hulu Terengganu, PKR Lembah Pantai ] [ Rehat ]

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Menteri Undang-Undang - BN Padang Rengas - PAS Rantau Panjang, DAP Batu Gajah, PAS Padang Terap, Bebas Pasir Mas, PAS Kubang Kerian, DAP Bukit Gelugor, DAP Batu Gajah, Bebas Pasir Mas, PAS Kuala Selangor, DAP Puchong, DAP Serdang, DAP Puchong ]

[ Menteri Di JPM (Ugama - BN Senator) - Bebas Pasir Mas, Bebas Kulim Bandar Baru, Bebas Pasir Mas, BN Sri Gading, BN Jempol, BN Sri Gading, PAS Baling, PAS Kota Raja, PAS Parit Buntar, PAS Padang Terap, PAS Baling, Bebas Pasir Mas, PAS Rantau Panjang, PAS Kota Raja, PKR Ampang, Bebas Kulim Bandar Baru, PAS Kuala Selangor ]

[ Menteri Di JPM (KPI - BN Senator) - PAS Parit Buntar]

[ Menteri Di JPM (NKRE BN Tasek Gelugor) - DAP Beruas, PKR Indera Mahkota, Bebas Pasir Mas, Bebas Wangsa Maju, PAS Kuala Selangor, DAP Jelutong, BN Padang Besar, PAS Shah Alam, PKR Indera Mahkota, PAS Shah Alam, DAP Batu Gajah, BN Langkawi, BN Kota Belud, PKR Kuala Kedah ]

[ Menteri Di JPM ( Felda & SPAD - BN Pontian - ]

[ Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi - ]

[ Kementerian Dalam Negeri - BN Sembrong - DAP Bukit Bendera, DAP Rasah, DAP Bakri, PKR Sungai Petani, DAP Batu Gajah, PKR Indera Mahkota, DAP Teluk Intan, PKR Balik Pulau, BN Kinabatangan, PKR Balik Pulau, DAP Batu Gajah, PAS Bukit Gantang, BN Kota Belud, PKR Balik Pulau ]

[ Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan - BN Senator - BN Lenggong, DAP Bakri ]

[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air - BN Miri - BN Padang Besar, DAP Batu Gajah, BN Kota Belud, PKR Sungai Petani, PKR Balik Pulau, DAP Jelutong, PAS Bukit Gantang ]

[ Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah - BN Selangau - BN Lenggong ]

Dewan Tamat Jam 10.38 malam & Bersidang semula pada 31 Oktober 2011, Hari Isnin, Jam 10.00 pagi.

Thursday, October 20, 2011

Dewan Rakyat 20 Oktober 2011 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
1. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) adakah pihak Kementerian berhasrat untuk memberi atau meneruskan bantuan Khas Elaun Saraan Hidup kepada para nelayan yang mana akan ditamatkan pada tahun 2012 akan datang; dan
(b) berapakah jumlah peruntukan yang telah dikeluarkan oleh pihak Kerajaan dalam melaksanakan Program Bantuan Elaun Saraan Hidup kepada para nelayan semenjak ianya dilaksanakan. [ Soalan tambahan: BN Bintulu, BN Arau ]

2. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah yang telah dikeluarkan surat pekeliling bagi memastikan semua bangunan Kerajaan menggunakan suhu penghawa dingin di bawah 24 Celcius bagi menjimatkan tenaga. [ Soalan tambahan: PAS Parit Buntar, BN Ledang ]

3. Datuk Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berkenaan harga untuk tol lebuhraya Senai-Desaru yang dilihat agak keterlaluan dan mahal serta rasional penggunaan satu laluan yang menyukarkan pengguna terutama ketika waktu-waktu puncak dan musim perayaan. [ Soalan tambahan: BN Pengerang, BN Tebrau ]

4. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berikutan kemerosotan ekonomi negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat bagaimanakah kesannya ke atas ekonomi Malaysia terutama eksport negara dan sejauh manakah ianya berjaya dipulihkan.
[ Soalan tambahan: DAP Bukit Bintang, PKR Indera Mahkota ]

5. Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sejauh mana "Program Kitar Semula" yang dilancarkan oleh Kementerian telah berjaya menarik penyertaan rakyat negara ini dan nyatakan nama program yang dijalankan dan di mana. [ Soalan tambahan: BN Sekijang, PKR Petaling Jaya Selatan ]

6. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan tentang arahan yang tidak jelas dan kertas soalan yang dikemukakan dalam dua bahasa dalam peperiksaan kebangsaan (UPSR, SRP dan SPM) menyebabkan Guru Besar/Pengetua membuat tafsiran sendiri. Di kebanyakan sekolah di luar bandar, proses P&P di peringkat sekolah dijalankan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu. Nyatakan pendirian Kementerian dalam perkara tersebut. [ Soalan tambahan: PAS Sik, BN Lipis ]

7. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah projek Bahau Bypass hendak dilaksanakan dan berapakah implikasi kewangan.
[ Soalan tambahan: BN Jempol ]

8. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah pelaburan yang diperolehi oleh ECER pada separuh pertama 2011 dan apakah prestasinya berbanding dengan koridor-koridor lain. [ Soalan tambahan: PAS Tumpat, BN Kinabatangan ]

9. Datuk Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kesan pelaksanaan Transformasi Pendidikan Nasional kepada Pembangunan Modal Insan Negara. [ Soalan tambahan: BN Kuala Nerus ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
12. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah Kementerian sedar bahawa kos perubatan di negara ini semakin meningkat yang mendorong rakyat termasuk warga emas) mengambil insuran tambahan yang tentunya membebankan rakyat. Apakah langkah-langkah Kementerian bagi meringankan beban ini. Apakah Kementerian mempunyai pandangan bahawa kesihatan adalah juga satu bentuk keperluan asasi (basic need) terutamanya bagi rakyat yang kurang mampu.

20. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan pencapaian KADA dalam mengeluarkan padi dan beras bagi menampung keperluan makanan negara.

22. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sejauh manakah kuasa yang ada kepada Pesuruhjaya Bangunan (COB) untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak pemaju.

32. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah "Dana Khas" dari wang Royalti Petroleum Terengganu yang telah dibayar kepada Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010 dan 2011.

33. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah kos jangkaan terbaru pembinaan projek bangunan 100 tingkat (Menara Warisan Merdeka) oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) serta kemajuan cadangan pelaksanaan projek tersebut.

c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
(Pindaan) 2011.

c. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. (D.R.29/2011) Rang Undang-undang Perbekalan 2012 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (17 Oktober, 2011) DAN

Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh satu bilion dua ratus empat puluh lapan juta sembilan ratus ribu ringgit (RM51,248,900,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2012, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 9 Tahun 2011, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (19 Oktober, 2011)

[ Perbahasan -BN Limbang, BN Keningau, DAP Seputeh, PAS Pendang, BN Maran (PAS Kuala Terengganu) ]

[ Rehat ]

[ Perbahasan - BN Maran, Bebas Bandar Kulim Baru, DAP Seremban, BN Kapit, BN Setiu, PK Ampang, BN Kapit, DAP Beruas, PKR Petaling Jaya Selatan, PKR Ketereh, DAP Segambut, BN Batu Sapi, PKR Kelana Jaya, PKR Tanah Merah ]

2. (D.R. 30/2011) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2011 [ Kementerian Kewangan ]

3. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ]

4. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960, mengambil ketetapan bersetuju supaya Malaysia membuat sumbangan Dana Tambahan Keenam Belas kepada Persatuan Pembangunan Antarabangsa (IDA 16) sebanyak USD119,275 (RM368,208).”

Wednesday, October 19, 2011

Dewan Rakyat 19 Oktober 2011 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Tuan Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) berapakah jumlah nelayan dalam negeri dan mengikut kategori; dan
(b) apakah sumbangan pihak Kementerian kepada nelayan pantai di bawah 10 batu nautika supaya pendapatan mereka melebihi garis pendapatan mudah miskin. [ Soalan Tambahan : BN Dungun, ]

2. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan masalah yang dihadapi dalam menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu menjadi Lapangan Terbang Antarabangsa. [ Soalan Tambahan : PAS Kota Bharu, ]

3. Tuan Masir Anak Kujat [ Sri Aman ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kementerian akan mengkaji pemberian elaun khas kepada bekas anggota polis/anggota Sarawak Renjer semasa darurat di Semenanjung seperti di tahun 1950'an. [ Soalan Tambahan : BN Sri Aman, ]

4. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan mengkaji kesesuaian menyatakan langkah-langkah serta peruntukan yang terdapat di dalam SOCSO disebabkan ianya telah terlalu lama dan tidak bersesuaian dengan kehendak semasa. [ Soalan Tambahan : PKR Kuala Langat, ]

5. Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang mewajibkan pihak bank menyediakan perjanjian pinjaman kepada pelanggan-pelanggannya dalam Dwi Bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk mengelakkan mereka rasa tertipu. [ Soalan Tambahan : BN Hulu Langat, ]

6. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan berhasrat menaikkan elaun siak masjid selari dengan kenaikan elaun imam dan bilal baru-baru ini. [ Soalan Tambahan : PAS Jerai, ]

7. Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk mempromosikan Program Malaysia “My Second Home” di luar negara. [ Soalan Tambahan : BN Parit, ]

8. Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan masalah-masalah yang dihadapi oleh kontraktor disebabkan kelewatan atau tidak dibayar Kerajaan atau majikan swasta dan langkah-langkah yang diambil untuk menyelesaikan masalah ini. [ Soalan Tambahan : PKR Selayang, ]

9. Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan jumlah pengusaha kedai runcit yang menyertai Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) di Sabah, terutama di Parlimen Tenom sejak diperkenalkan Januari tahun ini. [ Soalan Tambahan : BN Tenom, ]

10. Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik kanak-kanak dan warga emas yang diabaikan oleh keluarga mereka mengikut bangsa dan tahun dari 2005 sehingga kini, senaraikan pusat jagaan kanak-kanak dan warga emas yang berdaftar dan tidak berdaftar mengikut negeri. [ Soalan Tambahan : DAP Segambut, ]

11. Datuk Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan polisi dan strategi Kerajaan bagi meningkatkan peluang ekonomi dan pendapatan rakyat di luar bandar selaras dengan Gagasan 1MALAYSIA dan Negara berpendapat tinggi menjelang Tahun 2020. [ Soalan Tambahan : BN Kanowit, ]

12. Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sama ada Kerajaan akan mencadangkan agar projek pembinaan fly-over di Jalan Song / Jalan Tun Jugah, Kuching akan dijalankan oleh kontraktor berkenaan dengan 24 jam sehari dan juga pada hari cuti rasmi supaya projek tersebut akan dipercepatkan. [ Soalan Tambahan : DAP Bandar Kuching, ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
18. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah anggota Polis Diraja Malaysia PDRM yang dikerah serta jumlah keseluruhan perbelanjaan yang ditanggung Kerajaan bagi berdepan dengan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011.

30. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-
(a) jumlah sekolah rendah dan menengah yang dapat dibina sepanjang 2008 hingga 2011; dan
(b) jumlah sekolah Vokasional yang telah beroperasi dan sedang dalam pembinaan.

44. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk menentukan harga getah dalam keadaan sentiasa stabil.

c. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. (D.R.29/2011) Rang Undang-undang Perbekalan 2012 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (17 Oktober, 2011) DAN

Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh satu bilion dua ratus empat puluh lapan juta sembilan ratus ribu ringgit (RM51,248,900,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2012, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 9 Tahun 2011, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (18 Oktober, 2011)

[ Perbahasan - DAP Kota Melaka ( PKR Gopeng), BN Tebrau, PKR Gopeng, BN Tenom ( Bn Kinabatangan, BN Kota Belud), Bebas Padang Serai (BN Kota Belud)]

[ Rehat ]


[ Perbahasan - Bebas Padang Serai (DAP Jelutong, PKR Balik Pulau, DAP Jelutong), BN Kuala Nerus, PAS Kota Raja ( BN Sri Gading, Bebas Padang Serai, BN Kota Belud), BN Kanowit, DAP Serdang, BN Mas Gading, Bebas Bagai Serai, BN Tuaran, PAS Shah Alam ( PAS Pendang, PAS Kuala Krai ), BN Kuala Krau, BN Langkawi, PAS Kuala Krai, PKR Teluk Kemang, BN Dungun, PAS Hulu Langat, BN Bukit Katil ]

2. (D.R. 30/2011) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2011 [ Kementerian Kewangan ]

3. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ]

4. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960, mengambil ketetapan bersetuju supaya Malaysia membuat sumbangan Dana Tambahan Keenam Belas kepada Persatuan Pembangunan Antarabangsa (IDA 16) sebanyak USD119,275 (RM368,208).”

Tuesday, October 18, 2011

Dewan Rakyat 18 Oktober 2011 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Dato' Mohd Jidin bin Shafee [ Setiu ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan langkah-langkah Kementerian dalam memastikan wartawan tempatan yang membuat liputan di kawasan konflik atau perang dilindungi dan apakah usaha Kementerian dalam menjalinkan hubungan dengan agensi-agensi media berkaitan dalam menangani isu itu. [ Soalan Tambahan : BN Setiu, DAP Ipoh Barat ]

2. Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan bilangan program yang sedia dan akan dilaksanakan untuk memperbaiki sistem pengangkutan di Kuala Lumpur termasuk kawasan Kepong. Apakah masalah yang dihadapi dan syor untuk mengatasinya. [ Soalan Tambahan : DAP Kepong, BN Lenggong ]

3. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan perkembangan cadangan pembinaan lebuh raya empat lorong Kota Kinabalu-Papar-Beaufort-Sipitang, memandangkan jalannya perlu dinaik taraf dan sering mengundang banyak kemalangan. [ Soalan Tambahan : BN Sepitang, DAP Kota Kinabalu, BN Putatan ]

4. Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-
(a) bilangan lesen pengilang ( manufacturing licence ) yang dikeluarkan oleh Kementerian sehingga bulan Ogos tahun ini dan nyatakan semua syarat dan keperluan untuk mendapatkan lesen ini; dan
(b) asas pertimbangan untuk mengecualikan syarat dan keperluan untuk lesen ini. [ Soalan Tambahan : DAP Kota Melaka, ]

5. Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan :-
(a) langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah banjir berpunca daripada Tapak Projek Pembinaan Kompleks 7 Briged Kem Skudai;dan
(b) bilakah Projek Pemulihan berkaitan akan bermula selepas lawatan PAC. [ Soalan Tambahan : BN Galang Patah ]

6. Tuan Chua Tian Chang [ Batu ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan :-
(a) sama ada Kerajaan akan membubarkan Majlis Perundingan Media (MPM) setelah mendapat bantahan keras daripada kalangan anggota media; dan
(b) bagaimana pihak Kementerian melantik anggota-anggota MPM dan mengapakah tidak merangkumi media portal online dan MPM. [ Soalan Tambahan : PKR Batu, BN Ledang ]

7. Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Bank Negara Malaysia (BNM) memikirkan kaedah terbaik untuk mengguna pakai emas sebagai alternatif mata wang dan menggalakkan simpanan mengambil kira masyarakat antarabangsa menganggap komoditi ini sebagai ’safe heaven’. [ Soalan Tambahan : BN Jasin, PKR Indera Mahkota ]

8. Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sama ada beliau bersedia menjadikan semua sekolah-sekolah bantuan modal di ladang kepunyaan GLC (Government Link Companies) seperti Sime Darby Berhad sekolah bantuan penuh Kerajaan. Kalau tidak, kenapa. [ Soalan Tambahan : DAP Beruas, BN Silam ]

9. Datuk Siringan bin Gubat [ Ranau ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan perkembangan terkini projek Komuniti Kolej di Ranau. Adakah tapak sudah tersedia dan bilakah pelaksananannya dapat dimulakan. [ Soalan Tambahan : BN Ranau, DAP Taiping ]

10. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan setakat manakah tahap perancangan dan perlaksanaan yang telah dibuat oleh Suruhanjaya Kesaksamaan Peluang (Equal Opportunity Commission) untuk merealisasikan objektif penubuhan suruhanjaya tersebut. [ Soalan Tambahan : PKR Telok Kemang, Bebas Pasir Mas ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
32. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah wang ehsan yang telah dibelanjakan untuk negeri Kelantan. Nyatakan bentuk agihan wang ehsan tersebut dan adakah Kerajaan negeri dirundingkan dalam perbelanjaan wang ehsan ini.

40. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah kesediaan pihak Kerajaan untuk tidak mengadakan Pilihan Raya Umum ke 13 sebelum usaha membersih senarai pemilih dilakukan dan melaksanakan ke semua lapan tuntutan NGO dan parti politik ke arah pilihan raya yang lebih bebas, telus dan adil.

42. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah fungsi Majlis Perundingan Islam yang ditubuhkan oleh Kerajaan dan untuk tiga tahun yang lepas berapa kalikah mesyuarat telah dijalankan dan apakah hasil daripada mesyuarat-mesyuarat tersebut.

Usul 12(1) bahawa dewan tidak akan ditangguhkan sehingga 9.30 malam

c. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. (D.R.29/2011) Rang Undang-undang Perbekalan 2012 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (17 Oktober, 2011) DAN

Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh satu bilion dua ratus empat puluh lapan juta sembilan ratus ribu ringgit (RM51,248,900,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2012, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 9 Tahun 2011, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (11 Oktober, 2011)

[ Perbahasan - BN Hulu Terengganu (PKR Sungai Petani), DAP Telok Intan (BN Tuaran, PKR Sungai Petani, PKR Kapar, PKR Sungai Petani, BN Sepang, BN Lenggong, BN Putrajaya), BN Johor Bharu, PAS Parit Buntar ] [ Rehat ]

[ Perbahasan - PAS Parit Buntar (PKR Balik Pulua, PKR Indera Mahkota, BN Hulu Langit, Bebas Kulim Bandar Baru, BN Pasir Salak, Bebas Kulim Bandar Baru, BN Pasir Salak), BN Sri Aman, PKR Batu (PKR Balik Pulau, ) BN Lipis ( BN Kinabatangan, BN Sri Gading, DAP Batu Gajah), PSM Sungai Siput, Bebas Wangsa Maju, , BN Batang Sadong ( BN Ledang ), PKR Kuantan ( BN Kota Belud, BN Lenggong, BN Kota Belud), BN Tenggara, PAS Padang Terap ( BN Lenggong, BN Kota Belud, BN Padang Besar, PAS Bukit Gantang), BN Sipitang, DAP Puchong ( PKR Indera Mahkota, PAS Kota Bharu ), BN Paya Besar ( BN Arau, DAP Seputeh, BN Arau, PKR Gopeng, BN Kota Belud, BN Arau), DAP Kota Melaka]

Dewan ditangguhkan pada jam 9.30 malam.

Saturday, October 15, 2011

Dewan Rakyat 17 Oktober 2011 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

1. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bersetujukah Kementerian dengan adanya Rukun Tetangga (RT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) maka perpaduan kaum dan keselamatan sesebuah tempat tersebut dapat ditingkatkan. Apakah langkah Kementerian dalam menggalakkan penubuhan skim tersebut di kampung-kampung tradisional yang telah mempunyai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) memandangkan faedah yang terdapat dalam SRS amat besar. [ Soalan Tambahan : BN Maran, PAS Bachok ]

2. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah-langkah yang diambil dalam memastikan pembekalan bahan-bahan makanan ke hospital-hospital Kerajaan oleh pembekal adalah halal, bersih dan berkualiti. [ Soalan Tambahan : PAS Hulu Langat, BN Bukit Katil ]

3. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan air kencing secara percuma untuk mengesan individu yang menyalahgunakan dadah dan adakah sebarang kajian untuk pihak Kementerian menyediakan "kit pemeriksaan air kencing" untuk kegunaan ibu bapa di rumah bagi pengesanan penyalahgunaan dadah lebih awal. [ Soalan Tambahan : BN Sibuti, DAP Batu Kawan ]

4. Tuan Charles Anthony A/L R.Santiago [ Klang ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan tujuan Kerajaan untuk melantik syarikat PR antarabangsa untuk promosi tenaga nuklear dan adakah ini bermaksud bahawa Kerajaan akan meneruskan projek pembinaan loji nuklear. [ Soalan Tambahan : DAP Klang, BN Ladang ]

5. Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [ Pasir Salak ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan perbandingan di antara pelaburan dalam negeri (domestic investment) dengan 'Foreign Direct Investment' (FDI) dalam tempoh
setahun yang lalu.[ Soalan Tambahan : BN Pasir Salak, PKR Gombak ]

6. Tuan Sivarasa A/L K.Rasiah [ Subang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sama ada tindakan Ratu Queen Elizabeth II memakai baju kuning semasa Perdana Menteri menghadapnya di Istana Buckingham pada 14 Julai 2011 akan menjejaskan hubungan antara Malaysia dengan United Kingdom. [ Soalan Tambahan : PKR Subang, BN Sri Gading ]

7. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah syarat atau spesifikasi kelayakan kepada sesebuah daerah untuk didirikan Pusat Pemulihan Komuniti (PDK) dan bagaimanakah prestasi aktiviti yang dijalankan oleh PDK sama ada ianya berkesan untuk membantu pemulihan golongan ini. [ Tidak Hadir ]

8. Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Kementerian akan meluluskan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2)
yang baru untuk tidak membina jejantas bergerak (aero bridge) bagi penumpang kapal terbang kos rendah. Apakah Kementerian akan membenarkan Malaysian Airport Holding Berhad untuk meningkatkan kutipan yuran sekiranya ia tidak menjaga kepentingan penumpang kapal terbang kos rendah. [ Soalan Tambahan : DAP Seputeh ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
10. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah jambatan ke 2 Sultan Yahya Petra di Kota Bharu dapat digunakan pada bulan Ogos 2012.

12. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan di bawah NKRA Kementerian Pelajaran, (SAPS) Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah telah diperkenalkan , di bawah sistem yang berasaskan online ini guru-guru dikehendaki mengisi markah pencapaian murid untuk setiap kali peperiksaan diadakan ( 3 kali setahun). Pengenalan sistem ini tidak menarik balik sistem analisis yang telah ada di sekolah. Adakah Kementerian sedar sistem ini amat membebankan guru-guru yang sebenarnya telah pun terbeban itu.

14. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-
(a) kebenaran dakwaan peminjam PTPTN yang mengatakan bahawa, pinjaman PTPTN perlu diselesaikan dahulu sebelum pinjaman baru dikeluarkan bagi peminjam yang bertukar kursus pengajian; dan
(b) adakah mekanisma lain yang dicadangkan bagi memudahkan peminjam.

28. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan ekoran kajian oleh Merdeka Centre pada Ogos 2011 bahawa Perdana Menteri sekarang kurang popular kerana isu inflasi dan BERSIH.

37. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan langkah berjagajaga yang diambil bagi menjaga alam sekitar khususnya pencemaran udara dalam menghadapi pertambahan mendadak kenderaan motor di jalan raya sekarang.

Usul 18(1) bahawa dewan tidak akan ditangguhkan sehingga jam 8.30 malam
Usul 21(1) bahawa dewan tidak lagi menerima laporan dari ketua audit negara

c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R.29/2011) Rang Undang-undang Perbekalan 2012 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”
(13 Oktober, 2011) DAN

Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh satu bilion dua ratus empat puluh lapan juta sembilan ratus ribu ringgit (RM51,248,900,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2012, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 9 Tahun 2011, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (13 Oktober, 2011)

[ Perbahasan - PKR Sungai Petani, BN Kalabakan ( BN Kinabatangan ), DAP Ipoh Timur ,]

[ Rehat ]

[ Perbahasan - BN Hulu Rajang, PAS Rantau Panjang (PAS Kuala Selangor, PKR Indera Mahkota ), BN Kota Belud ( PKR Kuala Langat, PAS Kubang Kerian ), PKR Selayang (PKR Indera Mahkota ), BN Simpang Ranggam (BN Labuan, PKR Batu), DAP Bukit Mertajam ( DAP Ipoh Barat, BN Kota Belud ), BN Lenggong, PAS Bukit Gantang ( BN Lenggong, PKR Sungai Petani, BN Lenggong, BN Kota Belud, BN Lenggong, BN Kota Belud, PAS Baling), BN Sibuti ( BN Kota Belud), PKR Kuala Kedah ( BN Kota Belud, BN Lipis, BN Kinabatangan ), BN Tanjong Piai, DAP Bakri, BN Hulu Terengganu, ]

2. (D.R. 30/2011) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2011 [ Kementerian Kewangan ]

3. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ]

4. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960, mengambil ketetapan bersetuju supaya Malaysia membuat sumbangan Dana Tambahan Keenam Belas kepada Persatuan Pembangunan Antarabangsa (IDA
16) sebanyak USD119,275 (RM368,208).”

Thursday, October 13, 2011

Dewan Rakyat 13 Oktober 2011 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang mengenakan denda lebih tinggi bagi menangani masalah pengiklan yang tidak bertanggungjawab dan terus menampal iklan haram di sekitar kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). [ Soalan Tambahan : BN Tenggara, DAP Kepong ]

2. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sejauh manakah Kerajaan serius untuk melaksanakan kaedah "food stamps" bagi menangani keperitan hidup golongan berpendapatan rendah dan apakah caranya ia dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan tanpa ketirisan dan disalah guna sebagai langkah jangka dekat. [ Soalan Tambahan : PAS Kuala Selangor, BN Sri Gading ]

3. Tan Sri Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn [ Alor Gajah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci rancangan PRASARANA untuk membina MRT bawah tanah di sekitar Jalan Sultan, serta kenapa Kerajaan tidak boleh membuat jaminan bahawa selepas MRT dibina penghuni-penghuni asal boleh mengambil balik pemilikan tanah tersebut dan apa tindakan akan diambil oleh Kerajaan sekiranya itu berlaku. [ Soalan Tambahan : BN Alor Gajah, DAP Bukit Bintang, PKR Lembah Pantai ]

4. Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan tujuan PTPTN memutuskan untuk menawarkan pembiayaan pendidikan kaedah ujrah dan mengapakah red tape di dalam permohonan pertukaran pinjaman tersebut. Nyatakan tunggakan pinjaman oleh peminjam sehingga kini. [ Soalan Tambahan : DAP Batu Gajah, BN Kalabakan ]

5. Dato' Sri Haji Zulhasnan bin Rafique [ Setiawangsa ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkah Kerajaan bagi meningkatkan kesedaran di kalangan generasi muda untuk memelihara tahap kesejahteraan ibu bapa dan warga emas bagi memastikan golongan yang mewakili lebih daripada 500,000 orang rakyat negara ini akan terus terbela. [ Soalan Tambahan : BN Setiawangsa, PKR Ampang ]

6. Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) nyatakan jenis-jenis pakar perubatan, kemudahan, peralatan dan bekalan di mana hospital-hospital dan penjagaan kesihatan Sabah yang telah ketinggalan zaman selama 10 hingga 15 tahun berbanding Semenanjung Malaysia, seperti mana yang diumumkan Pengarah Kesihatan semasa lawatannya ke Sabah baru-baru ini; dan
(b) apakah pelan-pelan segera untuk memperbaiki hospital-hospital dan pemeliharaan kesihatan di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. [ Soalan Tambahan : Bebas Tawau, BN Tuaran ]

7. Datuk Dr Tekhee @ Tiki anak Lafe [ Mas Gading ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah terkini graduan dari pelbagai jurusan pengajian di bawah Kolej Komuniti di seluruh negara dan jumlah dan peratusan yang sudah bekerja sama ada dengan orang lain atau bekerja sendiri. [ Soalan Tambahan : BN Mas Gading, DAP Beruas ]

8. Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah rancangan Kerajaan Persekutuan untuk mengatasi masalah bas sekolah yang usang yang melebihi 30 tahun akan dikuatkuasakan dan apakah dasar-dasar Kerajaan Persekutuan supaya keselamatan pengguna tidak terjejas. [ Soalan Tambahan : DAP Tanjong, BN Maran ]

9. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jumlah jalan raya di kawasan luar bandar yang telah dinaik taraf, jalan luar bandar yang baru dibina dan jumlah jalan raya luar bandar yang akan dibina di seluruh negara. [ Dikemuka tanpa soalan tambahan ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
10. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah usaha dan bentuk bantuan kaedah untuk mengurus sisa pepejal dan menambahkan kecekapan PBT terutama di Rantau Panjang dan Pasir Mas selaras dengan kedudukan di pintu masuk utama negara.

18. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) berapa orangkah yang diberikan tauliah mengajar agama Islam di Wilayah Persekutuan dalam tempoh 3 tahun lepas; dan
(b) berapa orang telah didakwa kerana mengajar tanpa tauliah semenjak Kaedah-kaedah Pentadbiran Undang-undang Islam (Tauliah Mengajar Agama Islam) 2006 dikuatkuasakan.

39. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bentuk-bentuk projek yang bakal dibangunkan di sekitar pelabuhan perikanan Tok Bali bagi membolehkan hasil laut yang didaratkan diproses untuk dipasarkan pada harga yang lebih tinggi.

Usul Peraturan mesyuarat 23(1i) oleh DAP Bandar Kuching

c. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. (D.R.29/2011) Rang Undang-undang Perbekalan 2012 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (11 Oktober, 2011) DAN

Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh satu bilion dua ratus empat puluh lapan juta sembilan ratus ribu ringgit (RM51,248,900,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2012, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 9 Tahun 2011, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (12 Oktober, 2011)

[ Perbahasan - BN Silam (BN Maran), DAP Kota Kinabalu, BN Tangga Batu ( BN Kinabatangan, PKR Kuala Kedah, PAS Shah Alam, PAS Pokok Sena, BN Jempol, PAS Kota Raja ), DAP Klang ]

[ Rehat ]

[ Perbahasan - DAP Klang, BN Sekijang (BN Arau, BN Tenggara, BN Arau, BN Jempol, PAS Pokok Sena, BN Padang Besar, BN Arau, BN Jasin, Bebas Kulim Bandar Bharu, PKR Kuala Langat, Bebas Kulim Bandar Bharu, PKR Kuala Langat, PAS Shah Alam, PKR Kuala Langat, BN Kinabatangan, PKR Kuala Langat, PAS Shah Alam), PAS Pokok Sena ( PKR Balik Pulau, BN Kinabatangan, PKR Balik Pulau, PAS Shah Alam), BN Ranau, DAP Batu Gajah (DAP Teluk Intan, PKR Balik Pulau), BN Sabak Bernam, PKR Sungai Petani (PKR Kuala Langat, PKR Balik Pulau)]

2. (D.R. 30/2011) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2011 [ Kementerian Kewangan ]

3. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ]

4. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960, mengambil ketetapan bersetuju supaya Malaysia membuat sumbangan Dana Tambahan Keenam Belas kepada Persatuan Pembangunan Antarabangsa (IDA 16) sebanyak USD119,275 (RM368,208).”

Wednesday, October 12, 2011

Dewan Rakyat 12 Oktober 2011 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan implikasi terhadap imej Malaysia akibat diisytiharkan perjanjian di antara Malaysia dan Australia tidak sah berhubung dengan pendatang asing yang memohon perlindungan. [ Soalan Tambahan : BN Batang Sading, PAS Tumpat ]

2. Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan berkenaan dengan kes jurukamera BERNAMA TV, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor yang mati ditembak terkena peluru sesat di Somalia baru-baru ini, apakah tidak terdapat sebarang garis panduan atau arahan keselamatan yang wajib dipatuhi seperti memakai baju kalis peluru bagi petugas-petugas sukarelawan kemanusiaan yang bertugas di negara-negara yang bergolak. [ Soalan Tambahan : DAP Seremban, Bebas Pasir Mas]

3. Tuan Kamalanathan a/l Panchanathan [ Hulu Selangor ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah tindakan dan strategi baru yang akan diselami oleh Kementerian khasnya Jabatan Keselamatan Jalan Raya untuk mengurangkan bilangan kemalangan maut semasa musim perayaan. [ Soalan Tambahan : BN Hulu Selangor, PKR Lembah Pantai]

4. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah aduan-aduan yang sering dikemukakan oleh pembeli rumah terhadap pemaju perumahan dan sejauh manakah undang-undang berkesan untuk memastikan pemaju tidak melambatkan pemohonan mendapatkan sijil kelayakan (CF atau CCC -Certificate of compliance and completion). [ Soalan Tambahan : PAS Kota Raja, BN Kuala Krau]

5. Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan impak terhadap pertumbuhan ekonomi negara dan keyakinan pelabur asing ekoran penurunan penarafan kredit AAA untuk Amerika Syarikat kepada AA+ untuk kali pertama sejak negara itu memperolehinya pada tahun 1917. [ Soalan Tambahan : BN Jasin, PKR Machang]

6. Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan :-
(a) pencapaian kejayaan Program Latihan Khdimat Negara (PLKN) dalam memberi kesedaran awal kepada remaja, adakah mereka yang menyertai PLKN masih terlibat dalam jenayah; dan
(b) jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh Kementerian sejak awal penubuhan hingga 2011. [ Soalan Tambahan : BN Kapit, PKR Tanah Merah]

7. Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-
(a) apakah pelan komprehensif jangka pendek dan jangka panjang Kementerian dalam menangani kesan perubahan iklim dunia; dan
(b) apakah terdapat sebarang pemantauan dilakukan terhadap setiap agensi Kerajaan agar arahan menetapkan suhu penyaman udara kepada 24 darjah celcius benar-benar dipraktik. [ Soalan Tambahan : BN Silam]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
36. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-
(a) sama ada Kerajaan telah memutuskan gaji minima bagi pekerja di sektor swasta di pelbagai sektor pekerjaan; dan
(b) berapakah gaji minima yang diputuskan mengikut sektor pekerjaan.

40. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-
(a) berapakah sekolah di Parlimen Padang Terap yang binaannya dibuat secara gotong-royong (kerjasama masyarakat tempatan) ; dan
(b) tindakan Kementerian terhadap binaan sekolah yang dibina secara gotong-royong yang sudah uzur.

43. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah benar Kerajaan meluluskan kuota mengenai pengambilan pekerja asing dan pekerja tempatan iaitu dengan nisbah 1:2 serta apakah rasionalnya, apakah usaha untuk melindungi pekerja tempatan.

Usul 12 (1) bahawa dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.30 malam.

c. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. (D.R.29/2011) Rang Undang-undang Perbekalan 2012 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (11 Oktober, 2011) DAN

Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh satu bilion dua ratus empat puluh lapan juta sembilan ratus ribu ringgit (RM51,248,900,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2012, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 9 Tahun 2011, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (11 Oktober, 2011)

[ Perbahasan - BN Batang Sadong (PKR Kuala Langat, PKR Balik Pulau), PAS Marang, BN Kinabatangan ( PKR Balik Pulau, BN Tangga Batu, PAS Baling, BN Lenggong, PKR Kuala Kedah, Bebas Kulim Bandar Baru, BN Lenggong, BN Arau ), Bebas Bayan Baru ( Bebas Bandar Baru Kulim )]

[ Rehat ]

[ Sambungan Perbahasan - Bebas Bayan Baru ( BN Lenggong, Bebas Kulim Bandar Baru ), BN Arau, DAP Ipoh Barat, BN Padang Besar, PKR Indera Mahkota (PAS Kuala Selangor, PAS Shah Alam), BN Jempol, PAS Jerai, BN Labuan, DAP Sibu, BN SArikei, PKR Kuala Langat ( BN Arau, BN Sri Gading, BN Arau), BN Silam]

Dewan di tangguhkan pada jam 7.30 malam...

2. (D.R. 30/2011) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2011 [ Kementerian Kewangan ]

3. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ]

4. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960, mengambil ketetapan bersetuju supaya Malaysia membuat sumbangan Dana Tambahan Keenam Belas kepada Persatuan Pembangunan Antarabangsa (IDA 16) sebanyak USD119,275 (RM368,208).”

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008