Thursday, October 29, 2009

Dewan Rakyat, 29 Oktober 2009 (Khamis)

Doa
A.PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah jaminan Kementerian yang Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) alternatif mempunyai ciri-ciri keselamatan terbaik serta memenuhi standard antarabangsa. [ Soalan tambahan: BN Paya Besar, DAP Ipoh Barat ]

2. Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perkembangan terkini untuk mewujudkan "Suruhanjaya Pengangkutan" SPAD dan apakah langkah-langkah diambil untuk menyelaraskan dasar-dasar pengangkutan awam bersama dengan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan. [ Soalan tambahan: DAP Tanjong, BN Putatan ]

3. Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-
(a) cadangan pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Kg. Paris, Kinabatangan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kg. Entiliben, Kinabatangan; dan
(b) sejauh mana pelaksanaan penyediaan bekalan kemudahan komputer di sekolah-sekolah luar bandar di negeri Sabah terutamanya di daerah Kinabatangan.
[ Soalan tambahan: BN Kinabatangan, DAP Bukit Mertajam ]

4. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan kesediaan Kerajaan untuk membentang rang undang-undang "Anti-Trust Law" bagi mengelakkan monopoli dalam
amalan liberalisasi dan diregulasi yang menjadi dasar Kerajaan BN hari ini. [ Soalan tambahan: PAS Kuala Selangor (10.35 pagi), PKR Indera Mahkota (10.38 pagi) ]

5. Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah pihak Kerajaan bercadang untuk menubuhkan asrama di 222 kawasan Parlimen di mana asrama-asrama ini mampu melahirkan golongan pelajar yang bersatu dan bergerak seiring visi
gagasan 1Malaysia dengan mengetepikan perbezaan yang berdasarkan kepada bangsa dan agama. [ Soalan tambahan: BN Silam, PKR Balik Pulau (10.46 pagi) ]

6. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan mengapa Kerajaan sanggup berbelanja ratusan bilion ringgit untuk bantu Korporat besar tetapi amat sedikit membantu petani luar bandar yang rugi ribuan ringgit setiap tahun kerana hasil pertanian dan buah-buahan mereka yang tidak dapat dipasarkan dan sampai bila keadaan ini akan dibiarkan berterusan. [ Tidak hadir ]

7. Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah negara mengalami krisis Sarjana yang serius sehingga membantut usaha untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi. [ Soalan tambahan: BN Tenom, PAS Kubang Kerian (10.58 pagi) ]

8. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah kriteria dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Bank Negara untuk menyetujui dan mengesahkan serta meluluskan pelantikan Ahli Lembaga Pengarah sesebuah bank yang
terletak di bawah BAFIA. [ Soalan tambahan: PAS Pokok Sena (11.03 pagi) ]

9. Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-
(a) bilakah Kementerian akan melaksanakan program bekalan air dan elektrik luar bandar bagi kawasan-kawasan lain di negeri Sarawak; dan
(b) berapakah peruntukkan bagi kawasan Tanjung Manis tersebut.
[ Soalan tambahan: BN Tanjong Manis, BN Selangau ]

10. Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan mengapakah Kementerian tidak mempunyai rancangan untuk menganjurkan pameran lukisan bertaraf 'Biennial’ sedangkan hampir
kesemua negara Asia seperti Korea Selatan, Thailand dan Indonesia sudah berjaya menganjurkannya. [ Soalan tambahan: PKR Tanah Merah (11.26 pagi) ]

11. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan adakah Kementerian bercadang menggalakkan pelaksanaan program jualan terus dari kilang bagi membolehkan orang ramai mendapatkan barangan pada harga yang lebih murah. [ Soalan tambahan: BN Lipis ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:

12. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah langkah Kementerian dalam mengatasi kekurangan skim bantuan tanaman semula getah untuk menampung kos penyelenggaraan akibat kenaikan harga baja dan racun.

Soalan No. 29 - Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh mana dan apakah hasil siasatan Polis berikutan laporan polis Ahli Parlimen Klang dan beberapa orang yang lain pada 3 September lalu di Balai Polis Petaling Jaya ke atas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berikutan tunjuk perasaan
memijak kepada lembu di Shah Alam.

Soalan No. 33 - Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah perbelanjaan PDRM untuk mengawal keselamatan ketika setiap kali pilihan raya kecil di Permatang Pasir, Penanti, Bukit Selambau, Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang berlangsung.


B. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Usul di Bawah Peraturan Mesyuarat 18 oleh MP PAS Marang.

2. (D.R. 32/2009) Rang Undang-undang Perbekalan 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undangundang ini dibacakan kali yang kedua sekarang (28 Oktober 2009)”. DAN

Usul dibuat oleh YAB. Menteri Kewangan dan Masalah dicadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud
Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (28 Oktober 2009)

[ Perbahasan - BN Putatan - Pencelahan - PAS Parit Buntar (11.40 pagi), BN Tuaran ]

[ Perbahasan - BN Sri Gading ]

[ 2.30 petang, Perbahasan - PAS Bachok (2.33 petang), BN Batang Sadong (2.43 petang),
Bebas Sepanggar (3.06 petang) - Pencelahan - BN Silam

[ Perbahasan - BN Tuaran - Pencelahan - PKR Balik Pulau (4.06 petang), DAP Beruas

[ DAP Ipoh Timur (4.28 petang) ] - Pencelahan - DAP Ipoh Barat, DAP Beruas, BN Putatan, DAP Bakri ]

Perbahasan Dewan Rakyat ditangguhkan sehingga Jam 10.00 pagi, 2 November 2009.

3. (D.R. 30/2008) Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua
sekarang (22 Oktober 2009)”. - (Perdana Menteri)

4. (D.R. 24/2009) Rang Undang-undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009. - (Kementerian Kewangan)

Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK

Wednesday, October 28, 2009

Dewan Rakyat, 28 Oktober 2009 (Rabu)

Doa
A. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Dato' Seri Haji Azmi bin Khalid [ Padang Besar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sama ada beliau sedar atau tidak bahawa Agro Bank masih memberi keutamaan kepada soal 'collateral' (cagaran) dalam mempertimbangkan permohonan pinjaman projek-projek kecil dan sederhana pertanian di kawasankawasan luar bandar. [ Soalan tambahan: BN Padang Besar, PAS Rantau Panjang (10.13 pagi) ]

2. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan penjelasan mengenai bantuan yang telah diberikan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap sekolah agama di bawah Kerajaan Negeri selaras dengan tumpuan yang diletakkan dalam salah satu NKRA Kerajaan. [ Soalan tambahan: PAS Bachok (10.22 pagi), BN Kuala Krau ]

3. Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah kejayaan ekonomi orang-orang Melayu pada ketika ini, sejak Dasar Ekonomi Baru dihapuskan. [ Soalan tambahan: BN Jerantut, BN Sri Gading ]

4. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kejayaan rampasan dadah dan lain-lain bahan yang salah di sisi undang-undang secara besar-besaran yang telah berjaya oleh pihak PDRM mengikut negeri sejak 2008 hingga kini. [ Soalan tambahan: PAS Titiwangsa (10.54 pagi), BN Parit Sulong ]

5. Dato' Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apa rasional Kementerian bercadang untuk memberhentikan perkhidmatan jet pejuang MIG-29N buatan Rusia. Adakah Kementerian bercadang untuk menggantikannya dan jika ya, jenis apakah yang hendak dibeli. [ Soalan tambahan: BN Kota Belud, DAP Kepong ]

6. Tuan Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) adakah Kerajaan bercadang membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan simpanan mereka bagi tujuan mengerjakan ibadah haji bagi diri mereka dan keluarga terdekat; dan
(b) adakah Kerajaan bercadang untuk memansuhkan Seksyen 167 Akta Insurans dan Peraturan 6 Peraturan KWSP 2001 yang banyak menimbulkan masalah dan disalahgunakan oleh penama.
[ Soalan tambahan: PKR Kulim Bandar Baru (11.18 pagi), BN Maran ]

B. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R. 32/2009) Rang Undang-undang Perbekalan 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undangundang ini dibacakan kali yang kedua sekarang (27 Oktober 2009)”. DAN

Usul dibuat oleh YAB. Menteri Kewangan dan Masalah dicadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (27 Oktober 2009)

[ Perbahasan - BN Ledang - Pencelahan - DAP Bukit Mertajam, PAS Pendang (11.52 pagi), PAS Kota Raja (12.02 tengahari), PKR Kuala Langat (12.11 tengahari), BN Pasir Salak, BN Putatan, DAP PJ Utara, Bebas Pasir Mas ]

[ Perbahasan - DAP PJ Utara ]

[ Sesi Petang - Perbahasan - DAP PJ Utara - Pencelahan - PAS Kuala Selangor (2.43, 3.15 petang), BN Kota Belud, PKR Indera Mahkota (2.58 petang), BN Pasir Salak, PKR Padang Serai ]

[ Perbahasan - BN Arau - Pencelahan - PAS Kuala Selangor (3.52 petang), BN Kinabatangan, BN Sekijang, PAS Rantau Panjang (4.15 petang) ]

[ Perbahasan - Bebas Pasir Mas

[ Perbahasan - BN Putatan - Pencelahan - PAS Parit Buntar (5.21 petang), DAP Batu Gajah

2. (D.R. 30/2008) Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua
sekarang (22 Oktober 2009)”. - (Perdana Menteri)

3. (D.R. 24/2009) Rang Undang-undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009. - (Kementerian Kewangan)

Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK

Tuesday, October 27, 2009

Dewan Rakyat 27 Oktober 2009 (Selasa)

Doa
A. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN
1. Datuk Md.Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan berapakah bilangan usahawan Bumiputera yang tidak mampu bersaing dengan usahawan lain dalam pelbagai bidang perniagaan hingga menjadi muflis. Apakah usaha terbaru Kerajaan dalam membantu usahawan Bumiputera dalam bidang perniagaan kecil, sederhana dan berskala besar supaya usahawan Bumiputera dapat ditingkatkan kemampuannya. [ Soalan tambahan: BN Bukit Katil ]

2. Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan prestasi projek 10 tan padi yang telah dirancang dan apakah masalah utama yang pihak Kementerian hadapi serta bilakah perancangan Kementerian untuk mencapai tahap sara diri tanaman padi tanpa perlu mengimport dari negara luar. [ Soalan tambahan: PKR Kuala Kedah (10.19 pagi), BN Arau ]

3. Dato' Dr. Abdullah bin Md. Zin [ Besut ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan setiap kali musim perayaan angka kemalangan jalan raya sangat menggerunkan. Apakah punca-punca berlakunya kemalangan tersebut dan langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi masalah ini. [ Soalan tambahan: BN Besut, PAS Bachok (10.38 pagi) ]

4. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berapakah peruntukan yang diberikan kepada bidang Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di Bahagian Perkembangan Kokurikulum, Kementerian. [ Soalan tambahan: PAS Marang (10.44 pagi), BN Jempol ]

5. Datuk Seri Panglima Mojilip bin Bumburing @ Wilfred [ Tuaran ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan mengenai projek yang akan dilaksanakan untuk menaikkan jalan luar bandar di kawasan Tuaran tahun depan. [ Tidak hadir ]

6. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kedudukan sektor-sektor pekerja asing yang dibekukan dan dibuka semula dari segi jumlah pekerja asing sedia ada, telah habis tempoh dan dihantar balik ke negara asal dan permohonan yang masih diproses. [ Soalan tambahan: DAP Bukit Bintang, BN Sekijang ]

7. Datuk Tiong Thai King [ Lanang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan negara kita akan mengambil bahagian dalam Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China :-
(a) jumlah acara sukan yang disertai oleh negara kita; dan
(b) bagaimana para atlet boleh mencapai prestasi yang baik dalam setiap acara [ Tidak hadir ]

8. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan usaha dan polisi Kerajaan dalam mengatasi masalah penyinaran serta komitmen Kerajaan semasa UN Climate Change Conference pada 7-18 Disember ini. [ Soalan tambahan: PKR Kelana Jaya (11.05 pagi) ]

9. Datuk Siringan bin Gubat [ Ranau ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan tindakan yang sedang dilakukan untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang semakin teruk apabila melintasi Pekan Ranau setiap tamu mingguan dan tamu bulanan. [ Soalan tambahan: BN Ranau ]

10. Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sama ada Kementerian bersetuju untuk menambah jumlah subjek maksima yang boleh diambil oleh penuntut-penuntut di peringkat peperiksaan SPM daripada 10 ke 12 subjek. [ Tidak hadir ]

11. Tuan William @ Nyallau Anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk membenarkan bank beroperasi di pekan Lubok Antu memandangkan jarak Bandar Sri Aman yang ada bank adalah sangat jauh iaitu lebih
kurang 80 km. [ Soalan tambahan: BN Lubok Antu, DAP Bandar Kuching ]

12. Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah bajet yang dibelanjakan sejak kempen pasang tali pinggang keledar untuk penumpang belakang dilancarkan :-
(a) nyatakan senarai jenis perbelanjaan yang telah dilakukan; dan
(b) kenapa penguatkuasaan masih tidak dijalankan sungguhpun pemasangan percuma telah diberikan kepada jenis kenderaan tertentu.
[ Soalan tambahan: DAP Bakri, BN Kanowit ]

Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan:

Soalan No. 20 - Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dijalankan untuk menyelaras program-program pelancongan antara negeri-negeri.

Soalan No. 37 - Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan secara terperinci faktor-faktor penyebab jumlah kematian nahas jalan raya dalam Ops Sikap yang diadakan ketika sambutan Aidilfitri 2009 baru-baru ini.


B. PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri Kewangan akan mencadangan * Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2009


C. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R. 32/2009) Rang Undang-undang Perbekalan 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undangundang ini dibacakan kali yang kedua sekarang (26
Oktober 2009)”. DAN

Usul dibuat oleh YAB. Menteri Kewangan dan Masalah dicadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (26 Oktober 2009)

[ Perbahasan - PAS Marang (11.34 pagi) - Pencelahan - PAS Pengkalan Chepa (11.40 pagi), PKR Machang (11.47 pagi) , PAS Kubang Kerian (11.52 pagi), PAS Rantau Panjang (12.00 tengahari), PKR Indera Mahkota (12.23 tengahari), DAP Taiping (12.44 tengahari) ]

[ Sesi Petang - Perbahasan - PAS Marang (2.32 petang)

[ Perbahasan - BN Jasin - Pencelahan - BN Tangga Batu, BN Hulu Terengganu, BN Kuala Krau, BN Kinabatangan, BN Arau, BN Padang Besar, BN Putatan, BN Kota Belud, PKR Indera Mahkota (3.31 petang), PAS Kubang Kerian (3.45 petang), PKR Kuala Langat (3.49 petang), BN Kapit, PKR Kuantan (4.00 petang), PKR Gopeng (4.02 petang) ]

[ Perbahasan - PKR Machang (4.35 petang) KLIK di sini - Pencelahan - DAP Batu Gajah (4.41 petang), BN Kota Belud, PAS Shah Alam (5.00 petang)

Perbahasan Dewan Rakyat ditangguhkan sehingga Jam 10.00 pagi esok, 28 Oktober 2009.

2. (D.R. 30/2008) Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua
sekarang (22 Oktober 2009)”. - (Perdana Menteri)

3. (D.R. 24/2009) Rang Undang-undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009. - (Kementerian Kewangan)

Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK

Monday, October 26, 2009

Dewan Rakyat 26 Oktober 2009 (Isnin)

Doa

A. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sejauh mana hubungan baik kekal, mesra dan akrab antara Malaysia dan Indonesia. [ Soalan tambahan: BN Sri Gading, PKR Machang (10.18 pagi) KLIK di sini]

2. Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah pelaburan Kerajaan dalam projek Pasukan F1 1Malaysia secara langsung dan secara tidak langsung dan apakah hasil daripada projek ini yang menguntungkan Kerajaan dari segi kewangan dalam masa 5 tahun yang akan datang. [ Soalan tambahan: DAP Segambut, BN Kinabatangan, BN Kota Belud ]

3. Datuk Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah institusi pengajian tinggi swasta yang telah mendapat kelulusan Lembaga Akreditasi Negara dan kaedah pemantauan yang dilaksanakan oleh Kementerian. [ Soalan tambahan: BN Pengerang, PAS Bachok (10.46 pagi) KLIK di sini ]

4. Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) jumlah dan status jeti penumpang di seluruh negara khususnya ke destinasi pelancongan utama; dan
(b) bilakah jeti baru di Kuala Kedah akan dibina bagi memastikan pelancong yang ke Langkawi lebih selesa.
[ Soalan tambahan: PKR Kuala Kedah (10.49 pagi), BN Arau ]

5. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan :-
(a) secara terperinci jumlah kehadiran pelancong mengikut negara ke Malaysia dan berapakah pendapatan yang diperoleh melaluinya dan apakah kesan kepada sektor ini akibat wabak H1N1; dan
(b) usaha menggalakkan pelancongan domestik dalam negara ini dan apakah cadangan Kementerian bagi meningkatkan fungsi dan peranan Majlis Pelancongan Komuniti yang telah dibentuk Kementerian.
[ Soalan tambahan: BN Lenggong, DAP Bukit Bintang, DAP Batu Gajah ]

6. Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan langkah Kementerian untuk mengatasi masalah kekurangan pekerja yang dihadapi oleh industri pembuatan di negara kita yang disebabkan oleh pembekuan kemasukan pekerja asing. [ Soalan tambahan: DAP Seputeh, BN Maran ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
10. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bidang tugas perkeranian yang dijalankan oleh guru kelas atau guru tingkatan , adakah Kementerian bercadang mewujudkan jawatan kerani bagi menjalankan tugas perkeranian guru kelas bagi meringankan bebanan tugas guru.

Soalan No. 19 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah Kementerian mempunyai perancangan bagi mewujudkan Bank Qardul Hasan untuk mengembangkan khidmat pembiayaan mikro Islam khususnya bagi membantu peniaga kecil Bumiputera.

Soalan No. 25 - Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah perbelanjaan di bawah peruntukan dana khas dari wang royalti petroleum Terengganu yang digunakan oleh Kementerian-kementerian, Agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-Kerajaan Negeri dari tahun 2000 hingga tahun 2009. Bilakah jumlah kewangan tersebut akan dibayar balik kepada Kerajaan Negeri Terengganu.

Soalan No. 35 - Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan adakah Task Force 2010 di bawah Kementerian masih relevan dan adakah terdapat cadangan untuk membubarkannya.

Soalan No. 41 - Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah YAB. Perdana Menteri sedar, bahawa Malaysia ketinggalan sekurang-kurangnya 30 tahun dengan negara jiran, Indonesia dalam soal pelaksanaan demokrasi pilihan raya.

B. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL
1. (D.R. 32/2009) Rang Undang-undang Perbekalan 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undangundang ini dibacakan kali yang kedua sekarang (23 Oktober 2009)”. DAN
Usul dibuat oleh YAB. Menteri Kewangan dan Masalah dicadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (23 Oktober 2009)

[ Perbahasan - PKR Permatang Pauh (11.32 pagi) KLIK di sini - Pencelahan - DAP Bagan, PAS Kuala Selangor (12.24 tengahari), PKR Machang (12.45 tengahari), BN Kalabakan, PKR lembah Pantai (12.51 tangahari), PAS Kota Raja (12.56 tengahari), BN Pasir Salak ] KLIK di sini

[ Sesi Petang - Perbahasan - BN Kinabatangan - Pencelahan - BN Sri Gading, BN Tangga Batu, BN Sekijang, BN Bintulu, BN Limbang, BN Arau, BN Putatan, BN Pasir Salak, DAP Batu Gajah, PAS Pengkalan Chepa (3.24 petang), PAS Sik (3.26 petang) KLIK di sini, PAS Pokok Sena (3.38 petang) KLIK di sini, PKR Indera Mahkota (3.41 petang), BN Sri Gading, BN Tuaran ]

[ Perbahasan - DAP Bagan KLIK di sini - Pencelahan - PAS Kota Bharu (4.30 petang), PAS Rantau Panjang (4.50 petang), BN Tanjung Karang, PKR Indera Mahkota (5.00 petang)

[ Perbahasan - PAS Marang (5.23 petang) KLIK di sini

Perbahasan Dewan Rakyat ditangguhkan sehingga Jam 10.00 pagi esok, 27 Oktober 2009.

2. (D.R. 30/2008) Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua
sekarang (22 Oktober 2009)”. - (Perdana Menteri)

3. (D.R. 24/2009) Rang Undang-undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009. - (Kementerian Kewangan)

Aturan Urusan Mesyuarat, sila klik

Friday, October 23, 2009

Dewan Rakyat, 23 Oktober 2009 (Jumaat)

Doa
A. Aturan Mesyuarat dan Usul-Usul

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan [ BN Pekan ] akan mencadangkan (D.R. 32/2009) Rang Undang-undang Perbekalan 2010 Bacaan Kali Yang Kedua DAN

YAB. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut.”

Teks Ucapan, sila klik dan lampiran, sila klik

Speaker: Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 dan Usul-Usul ditangguhkan pada jam 10 pagi 26 Oktober 2010.

Thursday, October 22, 2009

Dewan Rakyat, 22 Oktober 2009 (Khamis)

Doa
A. Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan
1. Tan Sri Dato' Seri Ong Ka Ting [ Kulai ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan adakah MITI sedang berusaha untuk menarik pelaburan asing yang boleh membantu negara kita menjadi sebuah negara yang merupakan "outsourcing center" dalam bidang penggunaan IT, sebagai contoh dalam proses pemprosesan data dan "data entry" selain daripada tertumpu kepada sektor perkilangan konvensional. [ Soalan tambahan: BN Kulai, DAP Kepong ]

2. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah status kemajuan perluasan perkhidmatan (roll out) Jaringan Internet Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) yang dijalankan oleh Telekom Malaysia dan apa pula status peranan Jalur Lebar Nasional Sdn.
Bhd. dalam projek ini. [ Soalan tambahan: PKR Machang, BN Tenggara ]

3. Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah rasionalnya kita memiliki kapal selam ini dan adakah kapal selam yang kita peroleh ini sama taraf dengan apa yang dimiliki oleh negara jiran kita di Singapura. [ Soalan tambahan: BN Jerantut, DAP Taiping, BN Sekijang ]

4. Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan berdasarkan kemungkinan penggunaan sumber tenaga nuklear di Malaysia sebagai sumber baru dalam penjanaan elektrik menjelang 2025:-
(a) sudahkah Kerajaan meneliti sebab-sebab berlakunya krisis pengurangan sumber tenaga asli termasuk pengurusan sumber tenaga yang tidak efisien; dan

(b) apakah langkah-langkah persediaan yang telah diambil oleh Kementerian untuk memastikan negara bersedia dalam penggunaan tenaga nuklear. [ Soalan tambahan: PKR Lembah Pantai, BN Tuaran ]

5. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kementerian bercadang mengkaji semula hadiah dan insentif untuk penerima Anugerah Sasterawan Negara bagi mengangkat martabat sastera negara. [Soalan tambahan: BN Ledang, DAP Bukit Mertajam ]

6. Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sebab-sebab terperinci mengapa 4 syarikat diberi status monopoli merangkul kontrak pemasangan lampu di jalan dan bangunan semua jabatan serta badan berkanun Kerajaan dan apakah nilai kontrak yang telah diberi. [ Soalan tambahan: DAP Taiping, DAP Bukit Mertajam ]

7. Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan mengapa nelayan-nelayan tidak dibenarkan mengupah pekerja-pekerja asing. Apakah langkah-langkah Kementerian untuk membantu meningkatkan pembangunan industri perikanan. [ Soalan tambahan: BN Tebrau ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No. 12. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan status perkembangan tanaman alternatif seperti kenaf.

Soalan No. 31 - Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah pihak Kementerian telah membuat kajian yang mendalam terhadap penggunaan RON95 di terutamanya kesan terhadap enjin kenderaan.

Soalan No. 32 - Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah konkrit yang telah dilaksanakan bagi memenuhi peruntukan Akta SPK. Apakah Kerajaan bersedia membentangkan Kertas Putih untuk menjelaskan pelaksanaan terkini dan kedudukan peruntukan akta tersebut.

Soalan No. 34 - Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah jumlah indeks jenayah bagi seluruh negara mengikut negeri-negeri sejak tahun 2005 hingga kini.

B. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL
1. (D.R.22/2009) Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang (21 Oktober 2009)”. - (Perdana Menteri)

[ Perbahasan - BN Hulu Terengganu, PAS Pokok Sena, PAS Pendang ] KLIK di sini

[ Penggulungan (Timbalan Menteri - BN Sandakan) - Pencelahan - BN Kuala Krau, DAP Kepong, PAS Kubang Kerian, BN Kanowit, BN Jasin ]

[ Peringkat Jawatankuasa - Tiada perbahasan ]

2. (D.R. 30/2008) Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. - (Perdana Menteri)

[ Timbalan Menteri (BN Sandakan) - Perbahasan - DAP Bukit Gelugor (12.38) (Rehat)

[ Sesi Petang - Perbahasan - BN Batang Sadong (Pencelahan: BN Kuala Krau), PAS Kubang Kerian (2.39 petang) KLIK di sini, PKR Permatang Pauh KLIK di sini, Bebas Pasir Mas, Bebas Tawau, BN Tenggara, PAS Kuala Selangor KLIK di sini (BN Kota Belud, PAS Titiwangsa, PKR Balik Pulau), BN Ledang, DAP Ipoh Barat ]

Speaker: Untuk Makluman, Rang Undang-Undang Etika hakim ini akan ditangguhkan perbahasan sehingga selesai Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 dan Usul-Usul pada 14 Disember 2009.

Perbahasan Dewan Rakyat ditangguhkan sehingga Jam 4.00 petang esok, 23 Oktober 2009.

Aturan Urusan Mesyuarat, Sila klik

Wednesday, October 21, 2009

Dewan Rakyat, 21 Oktober 2009 (Rabu)

Doa
A. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk menaik taraf status golongan petani agar mereka dapat diketengahkan seperti petani-petani di negara-negara maju yang lain. [ Soalan tambahan: BN Batang Sadong, PKR Bagan Serai (10.12 pagi) ]

2. Tuan Sivarasa A/L K.Rasiah [ Subang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah seterusnya untuk memastikan bahawa SUHAKAM tidak diturunkan statusnya kepada status "B" oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB sebab tidak mematuhi "Prinsip-prinsip Paris". [ Soalan tambahan: PKR Subang (10.25 pagi), BN Arau]

3. Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik permohonan kewarganegaraan Malaysia (Malaysian citizenship) yang lulus dan gagal dalam jangka masa 10 tahun yang lalu bagi permohonan daripada kanak-kanak yang lahir di bumi Malaysia dan daripada orang perseorangan terutamanya rakyat asing. Apakah prosedur atau syarat-syarat yang diguna pakai di bawah Article 14 Perlembagaan Persekutuan dalam hal yang berkaitan. [ Soalan tambahan: BN Kanowit, DAP Batu Gajah (10.41 pagi) ]

4. Tuan Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada penyakit demam denggi tersebar luas di Malaysia. Sekiranya ya, nyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk menangani peningkatan kes-kes demam denggi. [ Soalan tambahan: DAP Bukit Gelugor, BN Mambong ]

5. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa banyak kuota Haji untuk rakyat Malaysia yang diperuntukkan oleh Kerajaan Arab Saudi pada tahun ini. [ Soalan tambahan: BN Kalabakan, PAS Bachok (11.02 pagi) ]

6. Dato' Ibrahim bin Ali [ Pasir Mas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci apakah Kerajaan Kelantan memberi kerjasama sepenuhnya terhadap pelaksanaan projek ECER dan beri contoh-contoh kerjasama yang diberi dan kerjasama yang tidak diberi secara khusus. [ Soalan tambahan: Bebas Pasir Mas, PKR Machang (11.11 pagi) ]

7. Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn [ Alor Gajah ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan beberapa negara Asia seperti Thailand, Korea, China telah berjaya menjadikan ramai pemuda pemudi sebagai johan sukan olahraga, tenis dan golf. Apa langkah-langkah telah diambil oleh Kerajaan untuk memberi insentif kepada pelajar Malaysia untuk mengambil bahagian dalam program-program latihan supaya mereka juga boleh muncul sebagai johan dalam bidang sukan. [ Soalan tambahan: BN Alor Gajah, DAP Ipoh Timur ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
10. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) senaraikan perancangan pembangunan serta projek mega yang dirancang bagi DUN Trong, Parlimen Bukit Gantang di sepanjang RMK-9; dan
(b) apakah tahap pelaksanaan projek-projek tersebut.

Soalan No. 16 - Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan baru-baru ini perarakan membantah pemindahan kuil daripada Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam. Di antara mereka telah bertindak memijak-mijak kepala lembu sebagai menghina agama lain. Berapa ramai yang telah ditangkap dan didakwa.

Soalan No 19 - Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah sebabnya Menteri bertemu dan melayani sekumpulan orang dari Seksyen 23, Shah Alam selepas mereka itu mengarak dan memijak-mijak kepala lembu yang jelas menghina agama lain yang dilarang oleh Islam seperti yang disebut dalam Surah Al-An'am.

Soalan No. 23 - Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah siasatan laporan polis dengan nombor laporan 347/02 di Balai Polis Dang Wangi pada 4 Januari 2002 dan laporan polis oleh Dato' Ong Jyh Jong dengan nombor laporan 12532/05 di Balai Polis Dang Wangi pada 4 Mei 2005 berhubung skandal
urus niaga melibatkan MAS.

Soalan No. 36 - Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan peratus sumbangan negeri Sarawak, Sabah, Terengganu dan Kelantan kepada pengeluaran Petroleum negara antara tahun 2005 hingga 2008 serta jumlahnya dalam Ringgit Malaysia.

B. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1.(D.R.29/2008) Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undangundang ini dibacakan kali yang kedua sekarang (20 Oktober 2009)”. - (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan )

[ Menteri Menggulung (BN Bera) ]

- Celahan - PKR Indera Mahkota (11.36 pagi), PAS Kuala Selangor (11.43 pagi), BN Jempol, PKR Kuala Kedah (12.03 tengahari), PAS Titiwangsa (12.11 tengahari), PAS Kuala Selangor (12.13 tengahari), PAS Titiwangsa (12.50 tengahari), PAS Shah Alam (12.53 tengahari)

2. (D.R.21/2009) Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. - (Perdana Menteri)

- Perbahasan - BN Mambong, DAP Ipoh Barat, PAS Rantau Panjang (12.29 tengahari), BN Tenom, PAS Padang Terap (12.23 tengahari), BN Sri Gading, PAS Titiwangsa (12.40 tengahari), BN Maran, PAS Padang Terap (12.48 tengahari), PAS Jerai (12.56 tengahari), PAS Pengkalan Chepa (12.58 tengahari), BN Sekijang.

[ 2.30 petang, Perbahasan - PAS Shah Alam (2.35 petang) - Celahan - BN Sekijang, DAP Batu Gajah, BN Putatan, PAS Kuala Selangor (2.58 petang) ]

- BN Sri Aman - Celahan - BN Putatan.

- PAS Pokok Sena (3.06 petang), PAS Kubang Kerian (3.25 petang) - Celahan - PAS Pokok Sena (3.41 petang)

- PKR Kuala Langat (3.43 petang), BN Silam

- PKR Gombak (3.55 petang) - Celahan - BN Kota Labuan.

- DAP Bakri, BN Sandakan - Celahan - PAS Rantau Panjang (4.23 petang)

- PKR Gombak (4.27 petang) - Celahan - PAS Shah Alam (4.28 petang), BN Sri Aman, PAS Pokok Sena (4.29 petang), DAP Ipoh Barat, PKR Machang (4.37 petang)

3. (D.R.22/2009) Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. - (Perdana Menteri)

Perbahasan - PKR Sungai Petani (4.46 petang)

- BN Tangga Batu - Celahan - BN Limbang, BN Kinabatangan

- PAS Tumpat (5.09 petang)

- BN Kanowit, PKR Machang (5.23 petang)

Sidang di tangguhkan jam 5.30 petang

4. (D.R. 30/2008) Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. - (Perdana Menteri)

5. (D.R. 24/2009) Rang Undang-undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009. - (Kementerian Kewangan)

6. (D.R. 25/2009) Rang Undang-undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009. - (Kementerian Kewangan)

Aturan dan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK

Tuesday, October 20, 2009

Dewan Rakyat 20 Oktober 2009 (Selasa)

Doa
A. Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan
1. Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah rasionalnya Kerajaan menunggu sehingga tahun 2012 untuk mengembalikan semula pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa ibunda. [Soalan tambahan: BN Hulu Terengganu, PKR Gombak] KLIK di sini.

2. Tuan Lim Kit Siang [ Ipoh Timur ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sebab tempoh perkhidmatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan dilanjutkan walhal sebahagian besar masyarakat awam membantah perlanjutan ini kerana peningkatan kadar jenayah yang luar biasa dan tidak memberi laluan untuk pegawai lain yang berwibawa untuk memegang jawatan tersebut. [Soalan tambahan: DAP Ipoh Timur (10.20), BN Sri Gading] KLIK di sini.

3. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kemajuan usaha dilakukan untuk menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebagai hab udara serantau. [ Soalan tambahan: BN Sipitang, PKR Machang ] KLIK di sini.

4. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk mengatasi masalah pengangkutan awam ke kawasan-kawasan perumahan di bawah pentadbiran majlismajlis
perbandaran tempatan. [ Soalan tambahan: PAS Kota Raja (10.43), BN Tenggara ] KLIK di sini.

5. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan mekanisme kawalan pemberian subsidi gula serta pandangan
mengenai pembukaan sektor industri gula bagi meningkatkan persaingan dalam penawaran gula kepada pasaran tempatan. [ Soalan tambahan: BN Rembau, DAP Bukit Mertajam ]

6. Tuan Sivarasa A/L K.Rasiah [ Subang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah status implementasi cadangan daripada proses penilaian Universal Periodic Review (UPR) di Majlis Hak Asasi PBB pada Februari 2009, terutamanya berkenaan:-
(a) komitmen Malaysia untuk menerima lawatan rasmi daripada UN Working Group on Arbitrary Detention ; dan
(b) cadangan berkenaan dengan ratifikasi undang-undang hak asasi manusia antarabangsa yang utama, termasuk ICCPR, ICESCR dan CAT. [ Soalan tambahan: PKR Subang, Bebas Pasir Mas ]

7. Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan status kajian mengenai penjanaan tenaga elektrik dengan menggunakan kuasa nuklear. Adakah Malaysia mempunyai tenaga mahir yang mencukupi untuk menyelenggarakan dan memelihara pusat nuklear ini. [ Soalan tambahan: BN Simpang Renggam, PAS Hulu Langat ] KLIK di sini.

8. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kerajaan menyediakan peruntukan geran untuk pengurusan sungai di Kelantan secara bersepadu bagi membolehkan sungai-sungai di Kelantan dimanfaatkan sebagai sumber air mentah (kualiti dan kuantiti mencapai tahap yang dikehendaki) untuk proses air minuman dan pertanian, sumber tenaga hidro dan mengurangkan masalah kemungkinan
berlakunya banjir. [ Soalan tambahan: PAS Pasir Puteh, BN Kinabatangan ] KLIK di sini.

[ Sesi Pertanyaan Jawab Lisan tamat ]

Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan :
Soalan No. 16 - Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan kriteria artis-artis luar negara yang dibenarkan untuk mengadakan konsert di Malaysia.

Soalan No 20 - Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) nisbah bilangan Ahli Farmasi berdaftar berbanding penduduk Malaysia ; dan
(b) adakah Kerajaan sudah bersedia mewujudkan 'dispensing separation’ atau pengasingan antara klinik dan farmasi.

Soalan No. 22 - Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah pemantauan dijalankan terhadap pusat penyembelihan yang tidak mendapat sijil Halal dan nyatakan jumlah pusat penyembelihan yang berstatus Halal.

Soalan 30 - Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah royalti yang telah diperuntukkan kepada Kerajaan Terengganu sejak 1995 hingga kini dan pecahan mengikut telaga-telaga yang dikira berada dalam perairan Terengganu.

A2. PENJELASAN USUL 18 oleh PAS Pokok Sena mengenai bagi Dewan yang mulia membincangkan isu PKFZ. KLIK di sini.

B. PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri Kewangan mencadangkan Rang Undang-undang Perbekalan 2010.
2. Menteri Kewangan mencadangkan Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009.
3. Menteri Kewangan mencadangkan Rang Undang-undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan
(Pindaan) 2009.
4. Menteri di Jabatan Perdana Menteri mencadangkan Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009.
5. Menteri di Jabatan Perdana Menteri mencadangkan Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009.

C. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL (Bacaan Kali Yang Kedua) - menyambung Perbahasan

1. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undangundang ini dibacakan kali yang kedua sekarang (19 Oktober 2009) - (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)

- Menteri Menggulung (11.49) - [ Pencelahan - PAS Rantau Panjang, BN , PKR Padang Serai (12.00, 12.54), DAP Bruas, PAS Pengkalan Chepa, PAS Sik (12.32), BN Kanowit, PAS Padang Terap (12.38), BN Maran, PKR Machang (12.44), PAS Kota Raja (12.49), ]

2. (D.R.29/2008) Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 - (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)
[ 2.30 petang, Perbahasan - Bebas Pasir Mas, BN Kuala Krau, PKR Indera Mahkota (3.17); PAS Sik, BN Ledang, PAS Kuala Selangor, BN Sekijang, PAS Padang Terap, BN Hulu Terengganu, PAS Tumpat (4.30) ]

[ Menteri Menggulung (BN Bera) - ]

3. (D.R. 30/2008) Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008 - (Perdana Menteri)

4. (D.R. 24/2009) Rang Undang-undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009 - (Kementerian Kewangan)

5. (D.R. 25/2009) Rang Undang-undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009 - (Kementerian Kewangan)

6. (D.R. 30/2009) Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2009 -
(Kementerian Kewangan)

7. (D.R. 31/2009) Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009 - (Kementerian Kewangan)

Aturan Urusan Mesyuarat, Sila Klik

Friday, October 16, 2009

Sidang Dewan Rakyat bermula 19 Oktober 2009 hingga 15 Disember 2009

Mesyuarat ketiga, Penggal kedua, Dewan Rakyat ke 12 kan bermula 19 Oktober 2009 (Isnin) hingga 15 Disember 2009

A. Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan (19 Oktober 2009)

1. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) sejauh manakah penerimaan rakyat jelata ke atas seruan "Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia - one people"; dan
(b) jenis program-program yang difikirkan berkesan yang boleh dirangka bagi mencapai hasrat di atas.
- Soalan Tambahan - BN Putatan, PAS Marang (10.27 pagi) KLIK di sini.

2. Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan pendirian Malaysia dan kesan-kesan Mesyuarat G20 di Pittsburgh, Amerika Syarikat. Adakah ia akan memulihkan kemerosotan ekonomi dan bagaimana Malaysia boleh menyahutnya.
- Soalan Tambahan - DAP Kepong (10.33 pagi), BN Arau.

3. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) sejauh manakah usaha Kementerian dalam mengharungi isu kekurangan kakitangan perubatan di Malaysia termasuk pegawai perubatan, jururawat dan doktor pakar ; dan
(b) berapakah klinik kesihatan dan hospital di seluruh Negara khasnya negeri Sarawak yang mengalami kekurangan kakitangan perubatan.
- Soalan Tambahan - BN Bintulu, PKR Machang (10.46 pagi) KLIK di sini.

4. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah berkesan bagi mengembalikan keyakinan awam terhadap imej negatif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara berikutan keraguan umum terhadap perilaku
penyiasatan dan pendakwaan terpilih.
- Soalan Tambahan - PKR Permatang Pauh (10.56 pagi), BN Sri Gading.

5. Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan kedudukan BERNAMA TV dari segi peranan medianya dan tanggungan hutangnya yang besar sehingga menjejaskan operasi harian stesen tv ini.
- Soalan Tambahan - BN Tenggara, PAS Pokok Sena (11.11 pagi) KLIK di sini.

6. Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan anggota awam mengikut pecahan kaum dan jantina. Apakah usaha mengurangkan bilangan jumlah yang dipecat dan diambil tindakan dan apakah perubahan yang boleh dilakukan untuk memecat mereka yang kurang prestasi serta bolehkah pekerja kontrak diambil tanpa peroleh kebenaran JPA.
- Soalan Tambahan - DAP Bagan (11.49 pagi), BN Sekijang.

7. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah gejala sosial telah dapat diatasi hasil daripada Program Kejiranan Lestari terutama di kawasan berisiko seperti Johor, Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.
- Soalan Tambahan - BN Lipis, DAP Bukit Mertajam (11.31 pagi).

Soalan-soalan MP PAS yang telah disenaraikan:
8. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah Kerajaan sudah berjaya pula dalam hasratnya untuk membeli kembali saham Bernas yang dimiliki oleh syarikat negara asing itu.

12. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan punca dan implikasi akibat dari kelewatan keputusan antara Malaysia dan Indonesia mengenai isu pembekuan amah dan kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Soalan No. 27 - Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-
(a) bilakah Kementerian berhasrat untuk mengumumkan Polisi Tenaga Baru dengan mengambil kira tenaga nuklear sebagai satu pilihan; dan
(b) perkembangan terbaru status tenaga yang boleh diperbaharui dapat dimanfaatkan secara ekonomi dalam negara kita.

Soalan No. 32 - Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah ringgit Malaysia yang diperuntukkan kepada HDC sewaktu pengambilalihan pengendalian urusan persijilan halal dari JAKIM tempoh hari.

B. PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri Kewangan mencadangkan * Rang Undang-undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan LuarPesisir Labuan 2009.
2. Menteri Kewangan mencadangkan * Rang Undang-undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan)2009.
3. Menteri Kewangan mencadangkan * Rang Undang-undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
4. Menteri Kewangan mencadangkan * Rang Undang-undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar PesisirLabuan (Pindaan) 2009.
5. Menteri Kewangan mencadangkan * Rang Undang-undang Yayasan Labuan 2009.
6. Menteri Kewangan* Rang Undang-undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian
Laibiliti Terhad Labuan 2009.

C. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL (Bacaan Kali Yang Kedua)

1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan InsuransDeposit Malaysia (Pindaan) 2009.
(Kementerian Kewangan) - BN Senator.
- Perbahasan - PKR Machang (12.01 tengahari) KLIK di sini, PAS Tumpat (12.13 tengahari) KLIK di sini, Bebas Pasir Mas.

- Menteri menjawab - BN Senator.

- Celahan - PKR Machang (12.28 tengahari), Bebas Pasir Mas, PAS Kuala Selangor (12.34 tengahari), PKR Indera Mahkota (12.36 tengahari), PAS Rantau Panjang (12.40 tengahari), PKR Machang (12.43 tengahari).

2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan
Getah (Pindaan) 2009 (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) - BN Semporna.
- Perbahasan - BN Kinabatangan, PAS Kubang Kerian (3.01 petang), BN Kuala Krau, Bebas Pasir Mas.
- PAS Tumpat (3.30 petang) - celahan - PAS Pengkalan Chepa (3.35 petang).
- BN Silam - celahan - PKR Balik Pulau.
- PAS Terap (3.58 petang) - celahan - PAS Pendang (4.03 petang), PAS Jerai (4.05 petang).
- BN Jempol - celahan - PKR Balik Pulau.
- PKR Kuala Kedah (4.16 petang).
- BN Kota Belud.
- DAP Bakri.
- BN Tangga Batu - celahan - PKR Padang Serai (4.57 petang).
- PAS Kota Raja (5.05 petang).
- Bn Lipis - celahan - BN Maran.

3. (D.R.29/2008) Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan )

4. (D.R. 30/2008) Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. (Perdana Menteri)

Aturan Urusan mesyuarat, SILA KLIK

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008