Tuesday, November 30, 2010

Dewan Rakyat 30 November 2010 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan bagi jawab lisan

1. Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah status perkembangan projek pemindahan bekalan air mentah dari Pahang ke Lembah Klang. [ Soalan tambahan: BN Kuala Krau, DAP Bukit Bintang ]

2. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sejauhmanakah usaha dibuat sekarang untuk menyelesaikan masalah khidmat pengawal keselamatan perumahan persendirian yang digunakan untuk menjaga keselamatan perumahan di taman-taman, bagaimanakah syarat-syaratnya untuk diluluskan oleh Pihak Kerajaan Tempatan. [ Soalan tambahan: PAS Parit Buntar, BN Hulu Selangor]

3. Datuk Md.Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan Kerajaan untuk meningkatkan pemahaman dan dakwah di kalangan masyarakat untuk menghormati anutan agama semua kaum di negara ini. Sejauh manakah tindakan setengah ahli masyarakat yang tidak menghormati tempat ibadat orang Islam telah menjejaskan keharmonian hidup masyarakat Malaysia. [ Soalan tambahan: BN Bukit Katil, PAS Bachok]

4. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan jumlah rancangan televisyen berunsurkan hantu dan tahyul yang disiarkan RTM, TV3, NTV7, 8TV, TV9 dan ASTRO sepanjang musim perayaan Aidilfitri tahun ini dan apakah rasionalnya Kementerian membenarkan rancangan. [ Soalan tambahan: PAS Jerai, BN Silam]

5. Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan bahawa Kementerian telah memperkenalkan satu pakej bagi penggunaan elektrik yang jumlahnya bawah RM20 ia diberi percuma dan minta Kerajaan mengkaji semula pakej ini di mana adalah wajar diskaun juga diberikan kepada mereka yang banyak menggunakan elektrik dan ini selari dengan apa yang pihak Kerajaan perkenalkan untuk memberi diskaun pada penggunaan tol di lebuh raya. [ Soalan tambahan: BN Paya Besar, ]

6. Tuan Manickavasagam a/l Sundaram [ Kapar ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah kilang-kilang industri yang telah memberhentikan operasi masing-masing di Malaysia dan berpindah ke negara lain dari tahun 2003 hingga 2010 serta sebab-sebabnya, secara terperinci. [ Soalan tambahan: Tak Hadir ]

7. Datuk Siringan bin Gubat [ Ranau ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada benar golongan muda merupakan yang terbanyak menjadi muflis melalui penggunaan kad kredit. Jika benar berapa bilangannya dalam tempoh 5 tahun yang lalu dan apakah tindakan yang sudah diambil oleh Kerajaan untuk membantu mereka. [ Soalan tambahan: BN Ranau, PKR Indera Mahkota]

8. Tuan Wong Ho Leng [ Sibu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan nisbah doktor, doktor gigi dan ortodontis berbanding penduduk di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri. Apakah tindakan yang akan diambil bagi memastikan profesional tersebut adalah mencukupi di bandar raya/bandar terlibat. [ Soalan tambahan: DAP Sibu, PKR Sungai Petani]

9. Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah perkembangan pembinaan Jalan Raya dari Long Luping ke Ba' Kelalan oleh Pasukan Tentera di bawah "projek Jiwa Murni". [ Soalan tambahan: BN Lawas, BN Sibuti]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan senarai nama pegawai dan bilangan mereka yang terlepas peluang kenaikan pangkat sejak tahun 2005 hingga 2010 hasil dari dasar kerajaan yang sering menyambung kontrak Pegawai Tertinggi di Kementerian Pelajaran Malaysia.

16. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah syarat-syarat untuk peneroka mengeluarkan simpanan mereka di dalam Tabung Skim Penanaman Semula FELDA dan berapa jumlah kos penanaman semula kelapa sawit yang digunakan dari tabung tersebut.

24. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) perincian implikasi kewangan subsidi diesel yang telah dikeluarkan kepada nelayan mengikut negeri dan tahun sejak ianya diperkenalkan; dan
(b) langkah-langkah untuk memastikan pengeluaran subsidi diesel ini tidak disalah gunakan oleh pihak tertentu.

28. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kerajaan serius untuk mengkaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan bila pindaan yang dihebohkan itu akan dibentangkan di Dewan Rakyat.

38. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) atas peruntukan dan undang-undang mana PDRM menyenarai hitam pemilik kenderaan yang dikaitkan dengan kesalahan trafik; dan
(b) syarikat mana yang mendapat kontrak membekal alat pengesan had laju yang digunakan oleh Polis Trafik.

40. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan rancangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam menaikkan taraf Pasar Chow Kit dan Pasar Pudu yang dalam keadaan daif, kotor dan tertinggal dari arus pembangunan serta rancangan pengurusan sampah DBKL dan Alam Flora di Titiwangsa dan Kuala Lumpur keseluruhannya yang masih di tahap yang sangat tidak memuaskan terutama pengurusan sampah di pasar-pasar seperti Pasar Chow Kit.

44. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana Model Baru Ekonomi (MBE) dapat menjamin hak-hak bumiputera tercapai dan apakah kedudukannya berbanding Dasar Ekonomi Baru (DEB). Nyatakan butiran jaminan tersebut.

Usul 14(1) oleh Menteri Pelancongan - BN Raub - menjelaskan isu-isu berkenaan kos-kos misi pelancongan dan perkara-perkara berkaitan.

Usul 14(1i) oleh DAP Batu Gajah - minta penjelasan dari speaker berkenaan kedatangan Menteri Pelancongan.

C. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Kewangan mencadangkan * Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2010 - Timbalan Menteri Kewangan - BN Senator

BN Padang Rengas - menyambung mesyuarat sehingga selesai Jawatankuasa bagi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air dan Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan dan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, 1 Disember 2010.

D. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2011 (D.R. 36/2010) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2011 seperti berikut:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh satu bilion satu ratus lapan puluh satu juta lapan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM51,181,894,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2011, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 14 Tahun 2010, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (30 November, 2010)

1.1. Perbahasan Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B29 (Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air – RM135,834,000); Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P29 (Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air – RM1,199,229,100)

1.1.1. Usul Di Bawah Peraturan Mesyuarat 66 (9):
YB Dr Dzulkefly bin Ahmad [ KUALA SELANGOR ] akan mencadangkan: “Bahawa perbelanjaan diluluskan dengan syarat dikurangkan sebanyak RM10.00 bagi Maksud Bekalan 29 - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Kod 10000 Emolumen iaitu dengan memotong gaji Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sebanyak RM10.00”.

[ Perbahasan - DAP Klang, BN Jasin (BN Lenggong, BN Tenggara, BN Lenggong, BN Jempol), BN Hulu Selangor][ Menteri - BN Miri - PAS Kuala Selangor, PKR Balik Pulau, DAP Klang, PAS Kuala Selangor, PAS Shah Alam]

Belah Bahagi - setuju 47, tidak setuju 58

1.1.2. [ Perbahasan - PKR Permatang Pauh] [Rehat]

[ Sambungan Perbahasan - PKR Permatang Pauh (PKR Kuala Kedah, BN Hulu Selangor), BN Lipis, DAP Petaling Jaya Utara, BN Putatan (BN Kinabatangan, PKR Sungai Petani), PKR Gombak, BN Tenggara, PAS Kuala Krai, BN Paya Besar, DAP Batu Gajah (PAS Kuala Krai), BN Simpang Renggang, PAS Padang Terap, BN Kapit]

[ Penggulungan Menteri - Pencelahan - BN Tangga Batu, PAS Kuala Krai, Bebas Tawau, BN Labuan, DAP Kepong, BN Tuaran, BN Putatan] [Lulus]

1.2. Perbahasan Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B47 (Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan – RM1,649,270.000); Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P47 (Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)

1.2.1. Usul Di Bawah Peraturan Mesyuarat 66 (9):
YB Dato' Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan: “Bahawa perbelanjaan diluluskan dengan syarat dikurangkan sebanyak RM10.00 bagi Maksud Bekalan 47 - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan - Kod 10000 Emolumen iaitu dengan memotong gaji Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebanyak RM10.00”. ( Celahan - PAS Kuala Krai )

[ Perbahasan - DAP Jelutong, PAS Kubang Kerian (PKR Kuala Kedah), BN Jempol(BN Kinabatangan, PAS Pokok Sena), BN Ledang (BN Sekijang, BN Kota Belud, BN Kinabatangan)]

[ Menteri (BN Jelubu) menggulung - PAS Pokok Sena, PAS Kota Bharu, PAS Pokok Sena, PKR Gombak, PAS Pokok Sena, PKR Gombak, DAP Jelutong] Usul Tidak Disetujukan.

[ Perbahasan - BN Tenom, PKR Machang, Bebas Wangsa Maju, BN Sri Aman, DAP Kota Melaka (DAP Rasah, DAP Serdang), BN Lipis, PAS Parit Buntar, BN Maran, PKR Tanah Merah, BN Kapit, DAP Bakri, BN Paya Besar, DAP Jelutong]

[ Penggulungan - Timbalan Menteri - BN Julau - BN Kapit, DAP Kota Melaka, DAP Jelutong, BN Lipis, BN Tenom, BN Limbang] [diluluskan]

Majlis ditangguhkan jam 9.01 malam dan bersambung esok, Rabu, 1 disember 2010, jam 10.00 pagi.

Friday, November 26, 2010

DEwan Rakyat 29 November 2010 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan bagi jawab lisan

1. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kadar dan jumlah terkini bagi kemasukan aliran modal ke Malaysia dan ke manakah haluan dan jenis aset yang dilaburkan oleh aliran modal ini. [ Soalan Tambahan : BN Rembau, PAS Kuala Selangor]

2. Tuan Kulasegaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) mengapa majoriti masyarakat Malaysia masih belum menggunakan pengangkutan awam; dan
(b) adakah pengangkutan awam di negara ini akan menjamin keselamatan orang awam, mengambil kira kebajikan masyarakat dan efisiensi. [ Soalan Tambahan : Tidak Hadir]

3. Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan :-
(a) mengapakah Kementerian tidak mengehadkan kemasukan iklan-iklan dari negara luar yang dengan terang-terangnya gagal menerapkan elemen pengajaran serta tidak mengikut norma dan nilai kehidupan masyarakat Malaysia; dan
(b) apakah Kementerian masih menetapkan bahawa setiap iklan yang disiarkan mesti mempunyai Sijil Made in Malaysia (MIM). Nyatakan juga sejauh manakah pemantauan dibuat ke atas kandungan iklan-iklan yang disiarkan. [ Soalan Tambahan : BN Silam, PKR Kuala Langat]

4. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tindakan yang diambil terhadap syarikat insurans yang enggan memberikan perlindungan "third party" kepada kenderaan bermotor berusia 10 tahun ke atas dan nyatakan sejauh manakah langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
[ Soalan Tambahan : PAS Kubang Kerian, BN Tuaran, BN Sri Gading]

5. Dato' Mohd Jidin bin Shafee [ Setiu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah “saman ekor” yang belum selesai mengikut negeri sehingga kini dan berapakah jumlah pendakwaan yang telah dibuat oleh pihak berkenaan terhadap kes ini.
[ Soalan Tambahan : BN Setiu, PAS Pokok Sena]

6. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan program yang telah dan akan dijalankan oleh Jabatan Belia dan Sukan bagi menangani masalah pengangguran dan gejala sosial di dalam kawasan Machang. [ Soalan Tambahan : PKR Machang, BN Bintulu]

7. Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI PEGANGKUTAN menyatakan :-
(a) langkah-langkah yang lebih berkesan untuk memastikan keselamatan penumpang kereta; dan
(b) adakah pihak Kementerian mempunyai rancangan untuk memaksakan pemilik kereta membelikan Insurans Perlindungan Liabiliti Penumpang supaya keselamatan penumpang dilindungi. [ Soalan Tambahan : BN Gelang Patah, DAP Kepong]

8. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-
(a) berapakah jumlah jaminan yang diberikan kepada pinjaman yang diambil oleh syarikat milik kerajaan [GLC] yang berbentuk pinjaman langsung atau pengeluaran bon-bon dari 2005 hingga 2009 ; dan
(b) baki tertunggak dan perlu dijelaskan dari sekarang hingga tahun 2020. [ Soalan Tambahan : PKR Telok Kemang]

9. Tuan Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan tindakan Kerajaan mengatasi masalah kekurangan tempat letak kereta seperti di bandar-bandar besar sehingga menyebabkan ramai pemilik kenderaan di saman oleh pihak berkuasa tempatan. [ Soalan Tambahan : BN Dungun, ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
18. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan penyambungan Kontrak Pegawai Tinggi Kementerian Pelajaran telah berlaku secara berterusan, adakah Kementerian sedar bahawa dasar ini menimbulkan kekecewaan di kalangan pegawai pelapis yang seharusnya menjawat jawatan-jawatan Pegawai Tertinggi yang terhad itu. Apakah langkah diambil oleh KPM untuk mengatasi kekecewaan pegawai pelapis yang terlepas peluang untuk dinaikkan pangkat itu.

22. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah ada halangan pelaksanaan undang-undang Islam di Malaysia dalam perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan British semasa perundingan untuk mencapai kemerdekaan pada tahun I957 dan apakah syarat-syarat kemerdekaan yang telah dipersetujui ketika itu.

30. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status cadangan pindaan kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan siapakah ahli-ahli jawatan kuasa yang dilantik untuk merangka pindaan tersebut.

34. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan status kedudukan Keramat Mall yang masih tidak berfungsi sehingga kini, berapa kos senggaraan bulanan dan berapa sebenarnya kerugian yang ditanggung DBKL kerana terus membiarkan Keramat Mall tidak beroperasi.

35. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan tentang langkah-langkah konkrit yang bakal diambil oleh Kerajaan bagi menjana pelaburan swasta USD410 bilion dalam 10 tahun bagi menggerakkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) memandang penurunan FDI negara sebanyak 81 peratus dalam World Investment Report (WIR) dan kejatuhan Malaysia sebanyak 2 tangga dalam “Global Competitive Report” (World Economic Forum).

39. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah rasional Kerajaan membenarkan FBI mengadakan persidangan di negara ini pada 19 hingga 22 Julai 2010, apakah syarikat yang menjadi penganjur, jumlah perbelanjaan dan setakat mana PDRM terlibat di dalam persidangan ini.

40. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah pemberian bonus hari raya sebanyak RM500 seorang kepada semua penjawat awam persekutuan baru-baru ini termasuk dalam Bajet 2010 dan berapakah jumlah sebenar keseluruhan yang diberi.

C. Rang Undang-Undang dan Usul-Usul

Usul PAS Kubang Kerian mengenai isu Peperangan Semenanjung Korea dibincangkan dalam dewan.

Usul Menteri menyambungkan sidang dewan sehingga tamat perbahasan kementerian pengangkutan.

1. Pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2011 (D.R. 36/2010) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2011 seperti berikut:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh satu bilion satu ratus lapan puluh satu juta lapan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM51,181,894,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2011, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 14 Tahun 2010, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (29 November, 2010)

1.1. Perbahasan Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B25 (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan – RM1,010,575,000); Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P25 (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan – RM36,600,000)

[ Penggulungan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (Timbalan Menteri - BN Gerik ) - Pencelahan BN Ledang, BN Kinabatangan, BN Rembau, PAS Pokok Sena, DAP Kepong, PKR Indera Mahkota]

1.2. Perbahasan Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B27 (Kementerian Kerja Raya – RM1,690,700,000); Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P27 (Kementerian Kerja Raya – RM2,415,006,400)

1.2.1. YB Khalid Abdul Samad akan mencadangkan: "Bahawa perbelanjaan diluluskan dengan syarat dikurangkan sebanyak RM10.00 bagi Maksud Bekalan 27 - Kementerian Kerja Raya Kod 10000 Emolumen iaitu dengan memotong gaji Menteri Kerja Raya sebanyak RM10.00”.

[ Perbahasan - DAP Kepong (PAS Pendang, PAS Tumpat), PKR Machang (DAP Jelutong)][Rehat]

[ Sambungan Perbahasan - PKR Machang, BN Kibatangan, BN Ledang][ Penggulungan Menteri Kerja Raya - BN Tampin - Pencelahan -PAS Shah Alam]

Usul Tidak disetujukan dengan suara mejoriti.

1.2.2. [ Perbahasan - BN Jempol, PKR Permatang Pauh, BN Batang Sadong (BN Batang Sadong), DAP Batu Gajah (PKR Machang, BN Padang Besar, BN Ledang, BN Padang Besar), BN Sekijang (BN Ledang, BN Padang Besar, BN Sri Gading), PAS Kuala Terengganu, BN Bintulu, DAP Ipoh Barat (BN Sri Gading), BN Johor Bahru, PKR Sungai Petani, BN Labuan]

[ Penggulungan - Timbalan menteri (BN Stampin) - Pencelahan - BN Jempol, BN Ledang, BN Maran, PKR Machang, BN Batang Sadong, DAP Puchong, BN Putatan, BN Padang Besar, BN Sekijang, PAS Pokok Sena, BN Sekijang, BN Padang Besar, BN Limbang, DAP Batu Gajah, DAP Ipoh Barat] (Lulus)

1.3. Perbahasan Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B28 (Kementerian Pengangkutan – RM1,065,362,000); Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P28 (Kementerian Pengangkutan – RM4,007,001,500)

1.3.1 - YB Salahuddin Haji ayub akan mencadangkan: "Bahawa perbelanjaan diluluskan dengan syarat dikurangkan sebanyak RM10.00 bagi Maksud Bekalan 27 - Kementerian Pengangkutan Kod 10000 Emolumen iaitu dengan memotong gaji Menteri Pengangkutan sebanyak RM10.00”.

[ Perbahasan - PKR Sg Petani, PAS Tumpat, BN Ledang, BN Putatan] [ Timbalan Menteri menggulung - BN Kudat - PKR Sungai Petani, PAS Pokok Sena]

Usul Tidak Di Setujukan.

1.3.2. [ Perbahasan - PKR Machang, PAS Pokok Sena, BN Tenom, DAP Ipoh Barat (DAP Batu Gajah), BN Rembau (BN Ledang), DAP Kota Kinabalu, BN Jasin, DAP Bakri, BN Lawas, BN Kuala Krau (BN Lipis, PKR Balik Pulau) ]

[ Penggulungan Timbalan Menteri (BN Kudat) - Pencelahan - PAS Pokok Sena, PKR Balik Pulau, DAP Ipoh Barat, DAP Batu Gajah, DAP Ipoh Barat, DAP Rasah, DAP Ipoh Barat, DAP Kota Melaka, BN Tangga Batu, BN Jasin, DAP Bakri]

Usul Disetujukan.

Dewan ditangguhkan pada jam 8.50 malam dan bersambung esok, Selasa, 10.00 pagi.

2. (D.R. 28/2010) Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (14 Oktober 2010) [ Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

3. (D.R. 32/2010) Rang Undang-Undang Bank Simpanan Nasional (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan ]

Thursday, November 25, 2010

Dewan Rakyat 25 November 2010 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang menerbitkan saham amanah khusus untuk peneroka dan generasi kedua FELDA bagi meningkat penyertaan masyarakat FELDA dalam bidang ekonomi selain saham koperasi FELDA 2 yang telah dilancarkan. [ Soalan tambahan: BN Tenggara, PAS Tumpat ]

2. Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah pencapaian Malaysia mengenai pelepasan karbon 40 peratus yang telah dicadangkan di Copenhagen tahun lalu dan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk mencapai matlamat tersebut. [ Soalan tambahan: Tidak Hadir ]

3. Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) apakah rancangan Kementerian untuk menambah penangkapan/stok ikan di perairan Malaysia; dan
(b) berapakah jumlah import dan eksport barangan laut bagi 3 tahun kebelakangan ini dan dari negara-negara manakah kita mengimport dan mengeksport barangan laut tersebut.
[ Soalan tambahan: BN Langkawi, DAP Ipoh Barat ]

4. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah langkah-langah konkrit yang Kementerian perlu lakukan bagi mengelakkan fenomena ‘property bubble’ khususnya di lokasi-lokasi ‘hotspot’ sementara berlaku adil dan mesra kepada pembeli rumah pertama yang ‘genuine’.
[ Soalan tambahan: PAS Kuala Selangor, PAS Shah Alam, BN Sr Gading ]

5. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) berapa banyakkah projek-projek persekutuan di negeri Sabah dan Sarawak yang masih tergendala; dan
(b) apakah sebab-sebab utama projek-projek ini tergendala dan apakah rancangan Kerajaan untuk menentukan projekprojek ini diteruskan untuk dinikmati oleh rakyat.
[ Soalan tambahan: BN Kalabakan, PKR Kuala Langat ]

6. Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah kes keganasan rumah tangga yang melibatkan penggunaan ICT (contohnya ancaman melalui mesej pesanan ringkas, emel ancaman penyebaran foto-foto lucah dan meninjau emel-emel peribadi) dari tahun 2008 hingga 2010. [ Soalan tambahan: PKR Tanah Merah ]

7. Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan rancangan jangka panjang dan kajian menyeluruh Kementerian dalam menangani banjir kilat yang kerap berlaku di Parlimen Parit Sulong serta berapakah jumlah peruntukan yang disediakan untuk menangani masalah ini. [ Soalan tambahan:BN Parit Sulong, DAP Bukit Mertajam ]

8. Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah Kerajaan akan melancarkan projek untuk membina "fly-over" di simpang Jalan Song dan Jalan Tun Jugah, Kuching, Sarawak. Apakah kos projek tersebut dan adakah pelantikan kontraktor projek itu melalui proses "public tender". [ Soalan tambahan: DAP Bandar Kuching]

9. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa masih terdapat banyak agensi Kerajaan tidak menyenaraikan bentuk bantuan di dalam portal E-kasih bagi memudahkan pemohon untuk mencari maklumat mengenai bantuan yang disediakan oleh agensi-agensi Kerajaan. [ Soalan tambahan: BN Sibuti, DAP Kepong]

10. Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah perancangan yang dibuat untuk mengatasi masalah kesesakan jalan raya di Jalan Ampang menuju ke Jalan Bukit Belacan. [Tidak Hadir]

11. Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilangan jawatan guru bahasa ibunda yang masih belum diisi di SK dan SMK mengikut negeri dan apakah langkah diambil untuk menunaikan janji kepada rakyat. [ Soalan tambahan: BN Tebrau, PAS Baling ]

12. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan janji-janji yang diberi pada penduduk kawasan Sungai Balui di Belaga yang telah dipindah ke Sungai Asap supaya Empangan Bakun dapat dibina. Adakah janji memberi rumah percuma dan 5 ekar tanah pertanian sekeluarga ditunaikan. [ Soalan tambahan: PSM Sungai Siput, BN Kanowit]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
20. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah badan yang bertanggungjawab serta prosedur dalam meluluskan filem iklan Hari Raya Aidilfitri yang disiarkan oleh TV3 pada tahun ini.

24. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan cadangan mewujudkan saluran TV Islam di negara ini.

26. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah Seksyen Syariah Jabatan Peguam Negara telah mencapai visi dan misinya dan berapa banyakkah Rang Undang-Undang yang telah disemak oleh seksyen ini dan disahkan sebagai 'syariah compliance' sesuai dengan matlamat penubuhannya.

33. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan susulan yang akan dibuat ke atas keluhan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa ada pihak ketiga yang sering campur tangan di dalam memberi arahan terhadap siasatan pihak PDRM.

35. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah status terkini cadangan pembinaan Empangan Lebir dan Empangan Nengiri dalam usaha Kerajaan mengawal banjir di Kelantan.

36. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah Polisi Kerajaan Barisan Nasional mengenai “industri arak” (merangkumi perkilangan, pemasaran, penjualan, penglibatan orang Islam dan lain-lain) secara keseluruhannya di negara ini.

C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Menyambung semula pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2011 (D.R. 36/2010) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2011 seperti berikut:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh satu bilion satu ratus lapan puluh satu juta lapan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM51,181,894,000)dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2011, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 14 Tahun 2010, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (25 November, 2010)

1.1. Perbahasan Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B24 (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri – RM540,440,000); Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P24 (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri – RM665,340,000)

[ Perbahasan - DAP Bakri, BN Silam, DAP Beruas, BN Ledang (BN Kinabatangan),PAS Bachok, BN Jempol, PSM Sungai Siput, PKR Machang, Bebas Tawau, DAP Kota Melaka, PKR Gombak, PKR Sungai Petani][Rehat]

[ Sambungan Perbahasan - PKR Permatang Pauh]

[ Penggulungan Menteri -BN Jeli - PKR Indera Mahkota, PKR Machang, PKR Indera Mahkota, BN Jasin, BN Pasir Salak, PKR Indera Mahkota, BN Pasir Salak, BN Jasin, PKR Gombak, BN Jasin, PKR Gombak, DAP Bandar Kuching, DAP Beruas, DAP Kota Melaka, PKR Indera Mahkota]

Lulus dengan perkataan setuju

1.2. Perbahasan Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B25 (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan – RM1,010,575,000); Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P25 (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan – RM36,600,000)

[ Perbahasan - BN Hulu Selangor, PKR Machang, BN Labuan, BN Kapit, PAS Pokok Sena, BN Ledang, DAP Kepong, BN Rembau (BN Kota Belud), PKR Indera Mahkota, BN Kanowit, BN Kota Belud (BN Maran, BN Limbang)]

Jawapan Menteri pada hari Isnin 29 November dan majlis ditangguhkan jam 5.32 petang.

Wednesday, November 24, 2010

Dewan Rakyat 24 November 2010 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan bagi jawab lisan

1. Datuk Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah NKRA dan GTP sudah dilaksanakan. Sila jelaskan apa masalah atau rintangan yang dihadapi dalam usaha untuk melaksanakannya. [ Soalan tambahan: BN Kapit, DAP Bukit Mertajam ]

2. Puan Teo Nie Ching [ Serdang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada Kementerian berniat untuk meminda undang-undang untuk memberi kuasa yang lebih besar kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB) ataupun Jawatankuasa Pengurusan (Management Committee) untuk memungut bayaran 'maintenance' yang di hutang. [ Soalan tambahan: DAP Serdang, BN Putatan ]

3. Datuk Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah yang diambil berkenaan isu pendatang asing yang sudah semakin membanjiri negara ini sehingga meningkatkan pelbagai masalah seperti jenayah dan sosial serta apakah Kerajaan mengamalkan dasar kesamarataan di dalam perkhidmatan antara penduduk tempatan dan pendatang asing. [ Soalan tambahan: BN Pengerang, Bebas Tawau, ]

4. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan berapakah bilangan Pekebun Kecil Getah dan Kelapa Sawit di seluruh negara dan berapakah nilai hasil yang disumbangkan kepada KDNK berbanding sektor ladang. [ Soalan tambahan: PAS Kota Bharu, ]

5. Tuan Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang memperluaskan program Satu Parlimen Satu Koperasi Pemborong Barang Kawalan di semua kawasan Parlimen bagi memastikan barang kawalan mampu diedarkan di seluruh negara.
[ Soalan tambahan: BN Dungun, PKR Kuala Langat ]

6. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan sedar bahawa, berdasarkan 2009 Global Corruption Barometer Survey oleh Transparency International, persepsi rakyat Malaysia terhadap rasuah parti politik cukup teruk sedangkan menurut Laporan Tahunan 2009 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, hanya 15 ahli parti politik menghadapi pendakwaan. [ Soalan tambahan: PKR Kuantan, BN Sri Gading ]

7. Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah perundangan-perundangan yang boleh digunakan terhadap penyalahgunaan Bahasa Melayu seperti penggunaan bahasa rojak oleh penyampai-penyampai radio, iklan-iklan di radio atau televisyen atau di papan-papan tanda. [ Soalan tambahan: BN Kuala Krau, PKR Machang ]

8. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan butir-butir lengkap bagi bilangan pergerakan perlepasan dan pendaratan (takeoff & touch-down movements) serta trafik penumpang yang tercatat di lapangan-lapangan terbang di KLIA, LCCT Sepang, Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu dalam tempoh 2007 hingga sekarang. Apakah rancangan naik-taraf bagi kesemua lapangan terbang tersebut dalam Rancangan Malaysia Ke-10.

9. Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan rancangan Kementerian untuk meningkatkan jumlah pelancongan di Negeri Sarawak untuk beberapa tahun terdekat ini. Adakah Kerajaan mengambil tindakan pro-aktif dalam membangunkan potensi Tasik Bakun sebagai pusat tumpuan pelancong dan jika ya apakah rancangan-rancangan itu.

10. Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah pesakit yang dijangkiti Leptospirosis dan Meliodosis serta kadar kematian setiap tahun mulai 2006 sehingga kini.

11. Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah Jambatan Sungai Pendaruan (the missing link) di Lebuh Raya Pan Borneo dilaksanakan.

12. Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapa pihak kastam mula mengutip cukai jualan atas botol plastik air minuman mineral daripada pengilang-pengilang air minuman mineral di Sarawak walaupun cukai jualan itu tidak dikenakan atas pengilang-pengilang di Semenanjung Malaysia.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
22. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berapakah bilangan projek berserta kos yang dilaksanakan oleh JKR secara runding terus dalam RMK-9 dan nyatakan projek-projek tersebut yang telah melebihi siling projek dan peruntukan asal.

28. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan konsep “1Malaysia” meskipun masih dalam tahap “work in progress” seperti yang didakwa beliau kerana telah mencetuskan pelbagai pertentangan fahaman seperti yang diutarakan oleh Perkasa dan mantan PM Tun Mahathir.

32. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan bagi memastikan iklan-iklan khususnya di media elektronik tidak menyiarkan elemen-elemen syirik sebagaimana yang berlaku dalam iklan Hari Raya yang disiarkan oleh TV3 baru-baru ini.

40. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan peruntukan sebenar untuk Pembangunan Semula Kg. Baru dalam Rancangan Malaysia ke 10 yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam sesi Parlimen yang lalu.

41. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sejauh mana kejayaan mengawal harga barang keperluan harian, khususnya harga barang kawalan, semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

42. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah peserta yang dipilih untuk menyertai projek AZAM TANI dan nyatakan peruntukan yang diluluskan untuk perlaksanaan projek mengikut negeri-negeri.

C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2011 (D.R. 36/2010) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2011 seperti berikut:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh satu bilion satu ratus lapan puluh satu juta lapan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM51,181,894,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2011, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 14 Tahun 2010, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (24 November, 2010)

1.1. Perbahasan Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B22 (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah – RM4,425,054,000); Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P22 (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah – RM7,931,121,000)

[ Penggulungan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (BN Kuala Pilah) - BN Kalabakan, PAS Shah Alam, PKR Indera Mahkota, PKR Padang Serai, PKR Balik Pulau, BN Kapit, BN Hulu Terengganu, DAP Beruas, PAS Padang Terap, ] [ REHAT ] - Peruntukan diluluskan.

1.2. Perbahasan Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B23 (Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar – RM916,924,000); Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P23 (Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar – RM1,413,471,300)

[ Perbahasan - BN Ledang, PAS Kubang Kerian, BN Batang Sadong, PAS Pokok Sena,, BN Putatan, PKR Indera Mahkota, BN Pasir Salak, PAS Kota Raja,, BN Parit Sulong, , Bebas Tawau, BN Gelang Patah, BN Bukit Katil, PAS Hulu Langat, BN Sri Gading, BN Paya Besar, , BN Sabak Bernam, BN Ledang, BN Sekijang, DAP Kota Melaka, BN Lenggong, BN Langkaw ]

[ Penggulungan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (BN Pensiangan ) - Pencelahan - BN Jempol, BN Putatan, PKR Indera Mahkota, PAS Kota Raja, ]

1.3. Perbahasan Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B24 (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri – RM540,440,000); Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P24 (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri – RM665,340,000)

[ Perbahasan - BN Jasin (DAP Jelutong), BN Pasir Salak, PKR Indera Mahkota, BN Parit, DAP Bandar Kuching, ]

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 7.30 malam kepada 10.00 pagi 25 November 2010

2. (D.R. 28/2010) Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (14 Oktober 2010) [ Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

3. (D.R. 32/2010) Rang Undang-Undang Bank Simpanan Nasional (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan ]

Tuesday, November 23, 2010

Dewan Rakyat 23 November 2010 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan bagi jawab lisan

1. Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status perlaksanaan projek pembesaran rangkaian LRT di Lembah Kelang. Sila jelaskan manfaat dari segi pulangan ekonomi dan kepentingan orang ramai. [ Soalan tambahan: BN Pulai, PKR Lembah Pantai ]

2. Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan status penggunaan Bantuan Segera Ahli Parlimen, Skim Bantuan Persekutuan bagi kawasan Parlimen Bakri antara tahun 2008 hingga 2010:-
(a) pihak manakah yang dimandatkan oleh Kementerian untuk mengendalikan peruntukan kebajikan segera ini; dan
(b) berikan senarai nama yang telah menerima bantuan kebajikan segera ini dalam tempoh 2008-2010. [ Soalan tambahan: DAP Bakri, BN Lipis ]

3. Datuk Ir. Ong Tee Keat [ Pandan ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sebabnya setakat kini hasil padi dari sesuatu kawasan, umpamanya Chui Chak dan Sekinchan, masih tidak boleh dipasarkan di luar sempadan negeri yang berkenaan. Tidakkah amalan itu mengehadkan pemasaran hasil padi kaum petani yang berkenaan dan justeru menjejaskan rezeki mereka. [ Soalan tambahan: BN Pandan, ]

4. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan kenapa mutakhir ini banyak berlaku kes hubungan seks rambang, kandungan luar nikah dan kes pembuangan bayi. Apakah faktor banyak berlakunya kes-kes ini dan apakah langkah Kerajaan untuk mengatasi perkara ini. Tidakkah Kerajaan ingin mengkaji pendekatan cara Islam untuk mengatasi perkara ini.
[ Soalan tambahan: PAS Sik ]

5. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan :-
(a) langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan bagi menangani masalah gadis-gadis yang dijadikan "Drug Mule"; dan
(b)apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak Kerajaan bagi menyelamatkan nyawa rakyat negara ini, yang telah dijatuhkan hukuman mati mandatori seperti dalam kes Leong Vui Kong dan Christina Anak Lukas Niju. [ Soalan tambahan: BN Putatan,

6. Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta PERDANA MENTERI menyatakan keputusan daripada siasatan yang dijalankan oleh SPRM mengenai skandal Perlombongan Pasir Selangor yang melibatkan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. dan apa tindakan yang telah diambil terhadap mereka yang terlibat. [ Soalan tambahan: Bebas Wangsa Maju, BN Rembau ]

7. Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian untuk mempromosi hasil sastera tanah air melalui dunia siber kerana sehingga kini belum wujud laman web atau portal lengkap dengan maklumat mengenai sastera Malaysia yang boleh dirujuk pengkaji, pengarang dan peminat sastera dari luar negara. [ Soalan tambahan: BN Silam, PAS Baling ]

8. Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah penambahbaikan yang perlu Kerajaan lakukan dari segi persekitaran politik, pendidikan, kesihatan, kualiti kehidupan dan daya saing ekonomi demi melonjakkan status Malaysia dari tangga ke-37 berbanding Singapura (20), Chile (30) dan Costa Rica (35) dari senarai 100 negara terbaik di dunia yang disiarkan oleh Majalah Newsweek baru-baru ini. [ Soalan tambahan: PKR PJ Selatan, ]

9. Datuk Md.Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pelaburan yang dibuat oleh Khazanah Nasional. Senaraikan projek-projek yang telah dilabur sama ada di dalam atau di luar negara sepanjang tahun 2008 dan 2009 serta nyatakan jumlah pelaburan setiap projek. Nyatakan projek-projek yang Khazanah Nasional telah mulakan pelaksanaannya sepanjang tahun 2008, 2009 dan 2010 tetapi terpaksa ditangguhkan atas apa-apa jua sebab. [ Soalan tambahan: BN Bukit Katil ]

10. Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan Kerajaan melaporkan akan mengambil 3,000 anggota sukarelawan polis simpanan bagi mengurang jenayah di tempat-tempat tertentu di seluruh negara:- (a) di jabatan manakah mereka ini akan ditempatkan; dan
(b) berapakah kos yang terlibat jika kesemua mereka diambil berkhidmat dengan PDRM nanti.

11. Tuan Masir Anak Kujat [ Sri Aman ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan status terkini mengenai cadangan Kerajaan untuk membina pra-sekolah di kawasan luar bandar selepas pelancaran rasmi pra-sekolah di Kampung Sapak Pantu, Sri Aman pada pertengahan tahun ini.

12. Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan rasional untuk membenarkan Pos Malaysia menaikkan kadar setem untuk surat biasa dari RM 0.30 ke RM 0.60.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan adakah Kerajaan mengenakan sepenuhnya sekatan hubungan dengan Iran sebagaimana yang diputuskan oleh PBB.

22. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilakah rundingan untuk mengembalikan Royalti Petroleum kepada Kerajaan Negeri Terengganu oleh Petronas akan dimuktamadkan dan nyatakan jumlah yang sepatutnya dibayar dari tahun 2000 hingga September 2010.

30. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) mengapa Kerajaan tidak memanfaatkan pengalaman bekas Presiden dan CEO Petronas, Tan Sri Hassan Merican untuk kepentingan negara sehingga beliau diambil berperanan dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) Singapura; dan
(b) sama ada Kerajaan menganggap ini juga sebagai ‘brain drain’

32. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa jumlah peruntukan zakat yang telah diagihkan kepada rakyat Kedah dari agensi pusat mengikut pecahan setiap daerah di negeri ini.

34. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci dan praktikal bagaimana konsep 1Malaysia tidak bercanggah dengan peruntukan-peruntukan yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan.

36. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) tindakan yang diambil oleh Kerajaan berkenaan Sembilan Statutory Declarations telah dibuat oleh pegawai dan anggota Polis berhubung kaitan pegawai tertentu dengan kumpulan kongsi gelap dan disiarkan dalam beberapa laman blog; dan
(b) apakah Kerajaan tidak berminat untuk menyiasat sama ada tuduhan-tuduhan yang amat berat tersebut sama ada betul atau salah.

C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2011 (D.R. 36/2010) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2011 seperti berikut:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh satu bilion satu ratus lapan puluh satu juta lapan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM51,181,894,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2011, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 14 Tahun 2010, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (23 November, 2010)

1.1. Perbahasan Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B21 (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani – RM2,772,289,000); Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P21 (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani – RM607,960,000)

[ Perbahasan - BN Tenom, PAS Pokok Sena, BN Sri Gading, PAS Kubang Kerian, BN Parit Sulong, DAP Batu Gajah, BN Jempol, Bebas Sepanggar, PAS Pendang ] [ REHAT ]

[ Perbahasan - PAS Pendang, BN Kinabatangan, BN Lenggong, PSM Sg Siput, BN Ranau, ]

[ Penggulungan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (BN Tanjong Karang) - Pencelahan - DAP Beruas, BN Batang Sadong, PAS Shah Alam, PAS Kuala Krai, DAP Batu Gajah, PAS Kuala Selangor ]

1.2. Perbahasan Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B22 (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah – RM4,425,054,000); Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P22 (Kementerian Luar Bandar dan Wilayah – RM7,931,121,000)

[ Perbahasan - DAP Sibu, BN Kinabatangan, PAS Kuala Krai, BN Rembau, BN Sr Gading (BN Bintulu, DAP Bukit Gelugor), PSM Sg Siput, BN Paya Besar, PAS Padang Terap, BN Parit Sulong, BN Kapit, PAS Jerai, BN Lipis, PAS Kuala Selangor, BN Batang Sadong, BN Hulu Rajang, BN Tenom ]

Majlis mesyuarat ditangguhkan pada jam 7.30 malam kepada 10.00 pagi 24 November 2010.

1.3. Perbahasan Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B23 (Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar – RM916,924,000); Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P23 (Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar – RM1,413,471,300)

2. (D.R. 28/2010) Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (14 Oktober 2010) [ Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

3. (D.R. 32/2010) Rang Undang-Undang Bank Simpanan Nasional (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan ]

Saturday, November 20, 2010

Dewan Rakyat 22 November 2010 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Tuan Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang memperkenalkan garis panduan rawatan alternatif atau komplimentari serta memantau dan mewujudkan garis panduan berkaitan pengiklanan serta amalan kaedah rawatan alternatif atau komplementari supaya masyarakat umum dapat dipandu dan memilih kaedah rawatan yang benar-benar terbaik. [ Soalan Tambahan : BN Dungun, ]

2. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk menubuhkan Parlimen Mahasiswa (Student Parliament/Youth Parliament) seperti mana yang dilaksanakan di UK sebagai bukti keterbukaan Kerajaan mengiktiraf suara mahasiswa sebagai suara ketiga dalam menjadi rakan pembangunan negara dan juga menggalakkan mahasiswa terlibat secara progresif dan positif dalam politik negara.[ Soalan Tambahan : PAS Padang Terap, ]

3. Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) sebagai agensi penyelidikan, sejauh manakah kejayaan MARDI sejak ianya ditubuhkan; dan
(b) berapa jumlah pegawai dan kakitangan yang terdapat di MARDI dan berapakah yang mempunyai kelulusan Sarjana dan Phd dan adakah MARDI mempunyai data dan 'Botanical Garden' untuk semua jenis pokok dan buah-buahan yang terdapat di seluruh Malaysia. [ Soalan Tambahan : BN Langkawi, ]

4. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan akan meneruskan siasatan dan pendakwaan ke atas tokoh-tokoh UMNO dan MCA lain yang terlibat dalam skandal PKFZ selepas pendakwaan ke atas mantan Menteri Pengangkutan, Dr. Tun Ling Liong Sik. [ Soalan Tambahan : Tidak Hadir ]

5. Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) sama ada Kerajaan akan mempertimbangkan pembinaan sebuah Pusat Latihan RELA di Tanjung Manis sekiranya Kerajaan Negeri Sarawak/Tanjung Manis Halal Hab memperuntukkan tanah bagi tujuan tersebut secara percuma; dan
(b) sekiranya tidak, bilakah dijangkakan sebuah Pusat Latihan RELA akan dibina di negeri ini. [ Soalan Tambahan : BN Tanjong Manis, ]

6. Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :
(a) setakat 31hb Disember 2009, berapa banyak lagi kes-kes tertunggak di Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan; dan
(b) apakah langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi masalah kes-kes tertunggak tersebut. [ Soalan Tambahan : DAP Seremban, ]

7. Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapakah peruntukan pembangunan perumahan PPRT bagi sebuah rumah mengikut negeri dan sama ada ianya dapat disesuaikan mengikut kos sebenar dan keperluan bagi negeri-negeri terbabit. [ Soalan Tambahan : BN Parit, DAP Ipoh Barat ]

8. Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan Menteri pada satu jawapan pada 9 Disember 2009 menyebut akan 'membestarikan' kesemua 10,000 buah sekolah di seluruh negara:-
(a) nyatakan dengan terperinci apa yang dimaksudkan dengan 'membestarikan'; dan
(b) sejak diumumkan berapakah sekolah yang telah dibestarikan dan jika ada masalah, apakah sebab-sebab utama proses ini menjadi lambat. [ Soalan Tambahan : PKR Sungai Petani, ]

9. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kerajaan bersetuju membina Kompleks Pasar Ramadan yang lengkap, selamat dan bersih agar boleh digunakan bersama sebagai tapak pasar malam dan pasar tani. [ Soalan Tambahan : BN Jempol, ]

10. Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimanakah keputusan cadangan pihak Kerajaan untuk mengapung dan memperdagangkan mata wang ringgit Malaysia di peringkat antarabangsa dapat membawa faedah kepada negara. [ Soalan Tambahan : PKR Indera Mahkota, ]

11. Tuan Ding Kuong Hiing [ Sarikei ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah dan senarai sekolah-sekolah yang dijangka akan menerima peruntukan RM300,000/- untuk mengadakan kelas pra-sekolah KPM di kawasan Parlimen Sarikei pada tahun 2012. Nyatakan juga jumlah peruntukan dan sekolah-sekolah di Sarawak yang menerima peruntukan tersebut. [ Soalan Tambahan : ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
12. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan adakah Kerajaan bercadang memperkenalkan industri pertanian baru seperti sarang burung layang-layang (walit) bagi menggantikan industri tembakau dan kenaf yang kini kelihatan semakin malap.

16. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang usaha dan langkah diambil untuk mengukuhkan Institusi Mahkamah Syariah dan cabaran yang dihadapinya.

18. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah perbelanjaan yang dibuat untuk membuka restoran di Arab Saudi oleh FELDA dan apakah progres projek tersebut dan berapa keuntungan/kerugian daripada pelaburan ini.

20. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah cadangan rangkaian baru laluan kereta api Pantai Timur Semenanjung akan dilaksanakan.

22. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan menjalankan siasatan terhadap dakwaan bekas KPN Tan Sri Musa Hassan yang menyatakan ada campur tangan pihak ketiga yang memberi arahan kepada PDRM.

34. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah benar bahawa pada 21 Oktober 2003, Pentadbiran di bawah Tun Dr Mahathir telah menawarkan kontrak membina Landasan Berkembar Elektrik Ipoh- Padang Besar dan Seremban-JB kepada syarikat MMC-Gamuda dengan harga RM14.448 bilion melalui kaedah ‘Swiss Challenge’. Mengapakah setelah projek ini dibatalkan oleh Pentadbiran Tun Abdullah Badawi pada 17 Disember 2003, harga yang ditawarkan kepada tawaran MMC-Gamuda apabila projek diteruskan kembali pada 13 Disember 2007 untuk pakej Ipoh-Padang Besar sahaja adalah pada harga RM12.485 bilion.

C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Usul 18 oleh DAP Bukit Gelugor dan PAS Kubang Kerian ditolak

2. Menyambung semula pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2011 (D.R. 36/2010) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2011 seperti berikut:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh satu bilion satu ratus lapan puluh satu juta lapan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM51,181,894,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2011, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 14 Tahun 2010, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (22 November, 2010)

2.1. Perbahasan Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B13 (Kementerian Luar Negeri – RM579,843,000) dan Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P13 (Kementerian Luar Negeri – RM102,931,000)

[ Perbahasan - DAP Ipoh Timur, BN Jempol, PAS Marang, BN Kinbatangan (BN Pasir Salak), PKR Machang (BN Pasir Salak), BN Hulu Selangor, DAP Ipoh Barat, BN Putatan, Bebas Tawau ] [ REHAT ]

[ Perbahasan - PAS Kubang Kerian (PKR Gombak, BN Sri Gading), DAP Batu Kawan, BN Kota Belud (BN Kinabatangan, PKR Balik Pulau), PKR Balik Pulau, DAP Seremban ]

[ Penggulungan oleh Timbalan Menteri Luar Negeri (Senator) - Pencelahan - DAP Ipoh Timur, DAP Ipoh Barat, PKR Balik Pulau, ] [ Pengundian diluluskan ]

2.2. Perbahasan Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B20 (Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi – RM1,188,239,000); Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P20 (Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi – RM100,845,000)

[ Perbahasan - BN Jasin, PKR Machang, BN Sri Gading, BN Tenom, DAP Beruas, BN Silam, Bebas Tawau, BN Hulu Selangor ]

[ Penggulungan oleh Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (BN Larut) - Pencelahan - BN Jasin, PKR Machang, PAS Kuala Krai, PAS Pasir Puteh, PKR Indera Mahkota, DAP Beruas ] [ Peruntukan diluluskan ]

2.3 Perbahasan Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B21 (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani – RM2,772,289,000); Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P21 (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani – RM607,960,000)

[ Perbahasan - BN Tenom, ]

Mesyuarat ditamatkan pada jam 7.30 malam kepada 10.00 pagi 23 November 2010.

Thursday, November 11, 2010

Dewan Rakyat 11 November 2010 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan bagi jawab lisan

1. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah Kementerian berpuas hati dengan berita atau laporan yang dibuat oleh akhbar, majalah yang ada kalanya menyalahi undang-undang negara. Apakah kaedah yang digunakan Kementerian dalam memantau agar setiap akhbar, majalah atau media mengikut peraturan yang ditetapkan Kementerian mengikut undangundang.[ Soalan Tambahan : BN Lenggong, PKR Kuala Langat, DAP Ipoh Timur]

2. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 akan dipinda supaya kuasa pengurusan keseluruhannya terletak pada Pihak Berkuasa Tempatan (PKT) dan bukannya menerusi pelantikan secara Rundingan Terus (Direct Negotiation) antara Kerajaan Pusat dengan konsortium-konsortium tertentu.[ Tidak Hadir ]

3. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan berapakah jumlah pelarian luar negara yang masih berada dalam negara kita, apakah penyelesaiannya untuk jangka masa pendek dan panjang. Apakah bentuk kerjasama yang diberikan oleh negaranegara seperti Kemboja, Vietnam, Filipina, Thailand dan sebagainya.[ Soalan Tambahan : BN Ledang, DAP Ipoh Barat]

4. Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) berapakah perisytiharan darurat yang masih berkuat-kuasa; dan
(b) apakah syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan untuk memansuhkan Perisytiharan dan Ordinan-ordinan Darurat.[ Soalan Tambahan : PKR Lembah Pantai, DAP Kepong]

5. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan ejen-ejen cepat kaya yang berselindung di sebalik Perniagaan Berbilang Tingkat (MLM) telah menular di kawasan luar bandar/kampung. Situasi ini akan menyebabkan ramai masyarakat luar bandar yang tertipu dengan skim-skim tersebut. Apakah langkahlangkah segera pihak Kementerian dalam menangani isu tersebut dan kaedah segera menerangkan kepada pengguna/masyarakat terhadap bahaya Skim Cepat Kaya serta tindakan tegas yang akan dikenakan kepada mereka yang terlibat.[ Soalan Tambahan : BN Maran, PKR Selayang]

6. Tuan Gobalakrishan a/l Nagapan [Padang Serai] minta PERDANA MENTERI menyatakan sebab-sebab Laporan Tahunan Hak Asasi Manusia tidak dibahaskan dalam Parlimen.[Tidak Hadir]

7. Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sejauh manakah langkah-langkah telah diambil untuk menyelaraskan program agensi-agensi FELDA, RISDA dan FELCRA.[ Soalan Tambahan : BN Hulu Terengganu, PAS Baling]

8. Tuan Kulasegaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan persetujuan mengenai:-
(a) komitmen yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Nazri Aziz di Kampala, pada bulan Mei yang menyatakan bahawa Malaysia akan menjadi ahli Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Jika ya, bilakah ianya akan dilaksanakan; dan (b) Jika tidak, kenapa.[ Soalan Tambahan : DAP Ipoh Barat, DAP Bukit Mertajam]

9. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan usaha dan tindakan yang dilakukan untuk memantau pusat pelupusan sampah sebagai usaha menangani pembiakan nyamuk aedes yang ketara di seluruh negara.[ Soalan Tambahan : BN Sepitang, DAP Taiping]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
10. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah kerajaan merancang untuk mengurangkan cukai dan duti eksais kenderaan import (CBU).

12. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah jenis-jenis kesalahan yang membolehkan murid dibuang sekolah dan dalam 5 tahun kebelakangan ini berapa ramai murid yang dibuang sekolah dan sebab-sebabnya. Nyatakan usaha spesifik yang diambil Kerajaan untuk mendidik muridmurid yang telah dibuang sekolah ini.

14. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan :-
(a) adakah Kerajaan berhasrat mengkaji mewujudkan penapisan internet sebagaimana China dan Iran bagi mengekang web porno dan ganas. Jika ya, bila dan jika tidak mengapa; dan
(b) sekiranya tidak apakah langkah-langkah drastik bagi mengekang penularan budaya ganas dan seks bebas melalui Blackberry dan net book.

16. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah peserta terpilih untuk menyertai Program Teman 1 Azam mengikut negeri, kategori projek dan bantuan seperti yang dikenalpasti oleh Kementerian.

20. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan keputusan jangka panjang yang diambil dalam menangani status Peperiksaan UPSR dan PMR dalam menjaga masa depan anak-anak.

22. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimanakah dasar-dasar yang hanya boleh dinikmati oleh Bumiputera yang kaya, seperti potongan harga untuk rumah mewah, boleh memanfaatkan Bumiputera yang miskin.

34. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan setelah Kerajaan Pusat mengakui wujudnya pengeluaran hasil petroleum dalam kawasan Kelantan dengan pemberian wang ehsan, apakah program yang dirancang bagi membolehkan rakyat Kelantan menyertai industri berkaitan petroleum.

38. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah usaha-usaha Kerajaan dalam memastikan harga getah asli dan minyak kelapa sawit stabil di pasaran antarabangsa.

39. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah cadangan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kota Bharu akan dibina.

40. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah Kerajaan sedar pekebun-pekebun kecil di Daerah Baling yang diambil alih oleh FELCRA telah tidak dapat memajukan semula tanah-tanah mereka kerana kedudukan persempadanan dan perenggan tanah-tanah mereka telah terhakis.

41. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah individu yang berumur antara 25 hingga 45 tahun yang diisytiharkan muflis dari tahun 1995 hingga September 2010 di seluruh negara dan nyatakan sebab-sebabnya dan apakah usaha yang diambil untuk menangani isu tersebut.

C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Menyambung Pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2011 (D.R. 36/2010) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2011 seperti berikut:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh satu bilion satu ratus lapan puluh satu juta lapan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM51,181,894,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2011, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 14 Tahun 2010, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (11 November, 2010)

1.1. Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B10-B12 (Kementerian Kewangan – RM28,703,649,200)dan Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P10-P70 (Kementerian Kewangan - RM2,493,911,900) adalah seperti berikut:-

1.1.1 Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B10 (Perbendaharaan – RM2,420,106,000); Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P10 (Perbendaharaan – RM493,911,900)
1.1.2. Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B11 (Perkhidmatan Am Perkhidmatan – RM22,034,743,100);
1.1.3. Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B12 (Peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun – RM4,248,800,100);
1.1.4. Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P70 (Simpanan Luar Jangka – RM2,000,000,000)

[ Perbahasan: DAP Petaling Jaya Utara, BN Jempol, Bebas Sepanggar( BN Putatan), BN Lipis (PAS Pokok Sena), DAP Bukit Mertajam, BN Sekijang (PAS Pokok Sena), PAS Pendang (PAS Pokok Sena), BN Rembau, Bebas Wangsa Maju, BN Batang Sadong] [Rehat]

[ Sambungan Perbahasan: BN Batang Sadong, BN Kinabatangan (PAS Baling), PKR Indera Mahkota, BN Jasin (BN Parit Sulong), PAS Kubang Kerian, BN Parit Sulong, DAP Rasah (PAS Shah Alam), BN Pasir Salak, BN Balik Pulau, ]

[ Jawapan Timbalan Menteri Kewangan - BN Senator : Celahan - DAP Batu Gajah, DAP Petaling Jaya Utara, PAS Kuala Selangor, DAP Batu Gajah, BN Rembau, BN Kota Belud, DAP Petaling Jaya Utara, BN Rembau, DAP Bakri, PAS Kuala Selangor, DAP Petaling Jaya Utara, BN Pasir Salak, PKR Batu, PAS Kuala Selangor, DAP Kepong, BN Kota Belud, Bebas Wangsa Maju, BN Tangga Batu, Bebas Wangsa Maju, DAP Rasah, PAS Kuala Selangor, DAP Petaling Jaya Utara, PAS Kuala Selangor, DAP Rasah]

Jadual Perbekalan di luluskan.

Mesyuarat Dewan tamat jam 5.30 petang dan bersambung pada 22 November 2010, jam 10.00 pagi.

1.2. Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B13 (Kementerian Luar Negeri – RM579,843,000) dan Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P13 (Kementerian Luar Negeri – RM102,931,000)

6. (D.R. 28/2010) Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (14 Oktober 2010) [ Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

7. (D.R. 32/2010) Rang Undang-Undang Bank Simpanan Nasional (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan ]

8. (D.R. 31/2010) Rang Undang-undang Fi (Jabatan Meteorologi Malaysia) (Pengesahan) 2010. [ Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi]

Wednesday, November 10, 2010

Dewan Rakyat 10 November 2010 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan bagi jawab lisan

1. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perancangan Kerajaan bagi meningkatkan pendapatan rakyat yang berada di bawah garis kemiskinan. [ Soalan Tambahan : BN Jempol, DAP Ipoh Barat]

2. Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan berapakah kes tuntutan yang difailkan di Tribunal Tuntutan Pengguna di Ipoh bagi tahun 2009 dan 2010, jumlah kes dibatalkan, jumlah kes award tidak dapat diserahkan dan kes penalti ingkar patuh award. Nyatakan sebab dan jenis kes tuntutan tersebut.[ Soalan Tambahan : DAP Batu Gajah, BN Tangga Batu]

3. Dato' Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sama ada Kerajaan berhasrat mengkaji sukatan mata pelajaran dan juga keberkesanan sistem pengajaran sedia ada berhubung aspek pendidikan reproduktif di sekolah menengah.[ Soalan Tambahan : BN Kota Belud, DAP Bukit Mertajam]

4. Tuan Loke Siew Fook [ Rasah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan secara terperinci jumlah kes tangkapan mengenai kesalahan pengedaran dadah yang melibatkan warganegara asing mengikut negara asal masing-masing pada tahun 2008, 2009 dan 2010 serta jumlah kes yang telah dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman pada tahun-tahun tersebut.[ Soalan Tambahan : DAP Rasah, BN Rompin, DAP Ipoh Barat, BN Sri Gading]

5. Tuan Hasbi bin Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-
(a) mengapakah pembinaan Jalan Meritam-Telahak Fasa 1 yang sedang dibina mengambil masa yang terlalu lambat (projek sakit) sehingga 60 peratus 'behind schedule' sedangkan projek ini adalah projek PRE (Projek Rangsangan Ekonomi); dan
(b) mengapakah sesetengah projek elektrik luar bandar di kawasan Limbang terlalu lambat hendak bermula sedangkan ia sudah diluluskan di bawah projek NKRA.[ Soalan Tambahan : BN Limbang, BN Putatan, BN Kalabakan]

6. Tuan Kulasegaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) adakah Kerajaan menyedari bahawa kebanyakan Government-Linked Companies dan Government-Linked Investment Companies berada dalam keadaan kemunduran; dan
(b) senaraikan bilangan pengarah ke pekerja bawahan di setiap GLCs dan GLICs mengikut kaum.[ Soalan Tambahan : DAP Ipoh Barat, BN Jasin]

7. Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah panggilan yang diterima melalui talian NUR 15999 dan nyatakan kes-kes yang dirujukkan termasuk kes buang bayi.[ Soalan Tambahan : BN Sabak Bernam, PAS Kota Raja]

8. Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :
(a) apakah langkah-langkah untuk mengatasi aktiviti pemalsuan kad kredit yang berleluasa; dan
(b) berapakah jumlah tangkapan dan nilai pemalsuan untuk 2008 hingga kini.[ Soalan Tambahan : Bebas Bagan Serai]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
10. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan dalam jawapan pertanyaan RT11 dalam sidang Parlimen lalu; Menteri menjelaskan masih banyak kekosongan untuk Jawatan Anggota Kumpulan Sokongan di sekolah-sekolah. Di negeri Kedah sahaja terdapat 426 kekosongan jawatan dalam berbagai kategori belum diisi. Adakah kekosongan ini telah diisi atau bilakah semua kekosongan ini akan diisi.

16. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah pihak Kerajaan mempunyai mekanisme untuk mengukur jumlah kenderaan yang seharusnya berada di atas jalan raya bagi mengelakkan kesesakan, kemalangan dan malapetaka lain.

22. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah pelaburan FELDA di luar negara kini , di negara mana dan jumlah pelaburan serta kadar dan nilai keuntungan yang diperoleh daripada pelaburan tersebut.

30. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan langkah yang diambil bagi menangkis dakwaan bahawa air mentah yang dialir dari Sungai Klau, Pahang ke Selangor tercemar dengan sianida hasil proses ektraksi emas di Lombong Emas, Raub.

32. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) sejauh mana dan apakah bentuk kerjasama pihak Polis Malaysia dengan agensi perisikan Amerika Syarikat khususnya FBI; dan
(b) apakah status pusat latihan memerangi pengganas di Malaysia dan berapakah peruntukan dan kakitangan dari Malaysia dan Amerika Syarikat.

36. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan bercadang memberi Gelaran Khas untuk para suami kepada penerima Anugerah Darjah Kebesaran Datuk seperti mana para Isteri diberikan Gelaran Datin.

BN Padang Rengas mengusulkan perkara 12(1) Mesyuarat hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.30 malam dan bersambung esok pada jam 10.00 pagi

C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Menyambung semula Pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2011 (D.R. 36/2010) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2011 seperti berikut:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh satu bilion satu ratus lapan puluh satu juta lapan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM51,181,894,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2011, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 14 Tahun 2010, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (10 November, 2010)

1.1. Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B1-9, B40 (JPM – RM7,329,247,000) dan Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P6-P7 (JPM – RM10,807,642,900)

1. Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B 1 (Parlimen – RM78,050,000)
2. Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B2 (Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja – RM1,806,000)
3. Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B3 (Jabatan Audit – RM136,894,000)
4. Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B4 (Suruhanjaya Pilihanraya – RM45,000,000)
5. Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B5 (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam - RM50,630,000) 6. Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B6 (JPM – RM5,076,773,000); Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P6 (JPM – RM10,779,257,900)
7. Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B7 (Jabatan Perkhidmatan Awam – RM1,853,938,000); Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P7 (JPA – RM28,385,000)
8. Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B8 (Jabatan Peguam Negara – RM178,256,00)
9. Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B9 (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia – RM202,280,000)
10. Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B40 (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran – RM18,000,000)

[ Perbahasan ] - (DAP Bukit Gelugor, BN Putatan, PAS Kuala Selangor(PKR Balik Pulau)BN Johor Bharu (BN Sri Gading), PKR Balik Pulau(BN Lenggong, DAP Jelutong), BN Labuan,Bebas Kulim Bandar Baru (DAP Bandar Kuching, BN Parit Sulong, PAS Kuala Selangor, BN Sri Gading, BN Kinabatangan)) (Kekecohan) [Rehat]

DAP Ipoh Timur, Bebas Kulim Bandar Baru

[ Jawapan Menteri - BN Padang Rengas] - Pencelahan - (DAP Ipoh Barat, DAP Bukit Gelugor, BN Batang Sadong, PAS Pokok Sena, DAP Bandar Kuching, Bebas Kulim Bandar Baru, PAS Kota Raja, BN Kalabakan, DAP Bukit Mertajam, Bebas Kulim Bandar Baru)]

[ Jawapan Menteri - (PAS Pokok Sena, DAP Bukit Gelugor, Bebas Wangsa Maju, PAS Pokok Sena, DAP Bukit Bendera, DAP Puchong, DAP Bandar Kuching, PAS Kuala Selangor, BN Ledang, DAP Bukit Mertajam, DAP Bukit Bendera, DAP Batu Gajah, BN Kinabatangan, DAP Bukit Mertajam, DAP Bukit Bendera, PAS Pokok Sena, DAP Bakri, Bebas Wangsa Maju, DAP Batu Gajah, PAS Pokok Sena, DAP Batu Gajah)]

[ Jawapan Menteri - Menteri KPI - BN Senator - Pencelahan - (DAP Bukit Bendera, PKR Batu, DAP Bukit Bendera, PAS Kuala Selangor, BN Pasir Salak, PKR Indera Mahkota, DAP Bukit Bendera, PAS Kuala Selangor)]

[ Jawapan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ] - Pencelahan - (BN Parit Sulong, BN Lenggong, BN Tuaran, BN Padang Besar, PAS Kota Raja, BN Ledang, PAS Kota Raja, BN Jempol, BN Hulu Selangor, BN Maran, BN Hulu Selangor, BN Kapit, BN Padang Besar, BN Jasin, BN Padang Besar, PKR Indera Mahkota, DAP Bandar Kuching, DAP Bakri, DAP Bandar Kuching, BN Jasin, BN Ledang)]

Semua Bil diluluskan dengan perkataan setuju secara mejoriti oleh ahli dewan

BN Padang Rengas mengusulkan 12(1) bagi menamatkan persidangan hari ini dan disambung pada esok hari, jam 10.00 pagi, hari khamis 10 November 2010

1.2 Bagi Perbelanjaan Kementerian Kewangan bagi Bekalan Kepala B10-B12 (RM28,703,649,200) dan bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P10-P70 (RM2,493,911,900)

2. (D.R. 28/2010) Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (14 Oktober 2010) [ Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

3. (D.R. 32/2010) Rang Undang-Undang Bank Simpanan Nasional (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan ]

4. (D.R. 31/2010) Rang Undang-undang Fi (Jabatan Meteorologi Malaysia) (Pengesahan) 2010. [ Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi]

Tuesday, November 9, 2010

Dewan Rakyat 9 November 2010 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa

- Mengangkat Sumpah [ Anggota Batu Sapi ]

B. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Mohd Jidin bin Shafee [ Setiu ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan berapa ramai anggota tentera baru diambil dalam tempoh dua tahun lalu berbanding sebelumnya dan nyatakan jumlah mereka mengikut pecahan kaum serta nyatakan punca kepada masalah kekurangan kaum tertentu dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). [ Soalan tambahan: BN Setiu, DAP Bukit Gelugor ]

2. Tuan Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bersedia untuk meminda kesemua undang-undang yang memperuntukkan hukuman mati dengan alternatif hukuman penjara seumur hidup selaras dengan keadaan di India di mana hukuman mati adalah dirizabkan hanya untuk kes-kes yang jarang berlaku. [ Soalan tambahan: DAP Bukit Gelugor, BN Putatan ]

3. Datuk Dr. Muhammad Leo Michael Toyad [ Mukah ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapakah peruntukan pembinaan bekalan air luar bandar pada tahun 2008, 2009, dan 2010 di negeri Sarawak. [ Soalan tambahan: Tidak Hadir ]

4. Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah rancangan Kerajaan untuk memastikan Malaysia mempunyai bekalan beras dan makanan lain yang mencukupi memenuhi keperluan pasaran tempatan supaya tanah air kita tidak perlu mengimport beras dan makanan sebanyak RM13.5 billion setiap tahun dari negara asing. [ Soalan tambahan: Tidak Hadir ]

5. Tengku Razaleigh Hamzah [ Gua Musang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan dalam memastikan agar Perlembagaan Negara benar-benar terjamin keluhurannya serta bebas daripada sebarang cubaan memperlekehkannya kesan percaturan politik yang semakin tempang. [ Soalan tambahan: BN Kinabatangan, PAS Pokok Sena ]

6. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapa jumlah kenderaan berdaftar di negara ini yang berjumlah 10 tahun ke atas dan apakah langkah pengawalan keselamatan yang diambil bagi memastikan kenderaan kenderaan dari kategori tersebut masih selamat. [ Soalan tambahan: PAS Kubang Kerian, BN Kalabakan ]

7. Datuk Seri Utama Shahrir Bin Ab. Samad [ Johor Bahru ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah hasil kajian Jawatankuasa Khas Kementerian terhadap Bangunan Sultan Iskandar (CIQ Johor Bahru) dari segi aspek mesra pengguna kemudahan itu dan apakah cadangan baru untuk meningkatkan tahap kemesraan itu. [ Soalan tambahan: BN Johor Bahru ]

8. Tuan Kulasegaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-
(a) sejauh manakah pelaburan modal asing di Malaysia menggalakkan atau memberi perlindungan kepada pertumbuhan pelaburan global; dan
(b) apakah progress pelaburan daripada pelabur tempatan. [ Soalan tambahan: DAP Ipoh Barat, BN Rembau ]

9. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) bilakah hasil statistik bancian penduduk akan siap; dan
(b) adakah JKKK dan ketua kampung diwajibkan menyenaraikan semua penduduk di bawah seliaan mereka. [ Soalan tambahan: BN Putatan, PKR Indera Mahkota, PKR Balik Pulau ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
10. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah pelaburan untuk ternakan ikan (air tawar dan laut) serta jumlah pengeluaran yang dapat dihasilkan mengikut negeri-negeri di seluruh negara.

12. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan dengan dasar terbuka yang dilakukan kerajaan membolehkan warga asing memiliki komoditi seperti rumah dan tanah di Negara ini dapat memberi keyakinan dan jaminan hak-hak rakyat Negara ini tidak terlepas ke tangan asing.

20. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah hukumnya mengendalikan jenazah dalam insiden kematian AJK UMNO Tanjong Karang, Datuk Abd Aziz (mantan wakil rakyat Permatang) dan Naib Wanita UMNO Tanjong Karang, Siti Rohana yang diklasifikasikan oleh pihak polis sebagai membunuh dan bunuh diri.

24. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) apakah Kerajaan akan mengemukakan kaedah yang lebih serius bagi mengekang penghinaan terhadap kesucian Islam yang berterusan; dan
(b) apakah Kerajaan bersedia untuk meminda Perkara 3 (1)Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan status Islam dipinda dari ‘agama Persekutuan’ (religion of the Federation) kepada ‘agama rasmi’ (official religion).

28. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan masalah persempadanan laut antara negeri yang terlalu dekat contohnya Kuala Bagan Tiang di perairan Perak dan Sungai Bakau di Perairan Pulau Pinang, bolehkah dibuat persefahaman antara dua kawasan tangkapan nelayan ini untuk mengelak didakwa atas menceroboh sempadan.

34. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan menurut Buku Panduan Malaysia ke 10 dan jawapan Menteri Pelajaran kepada soalan saya (No.14, 21-06-2010) Program Permata Negara akan diletakan di bawah KPM berkuat kuasa tahun 2011, sejauh mana langkah telah diambil untuk memenuhi matlamat ini. Mohon senaraikan pusat-pusat dan cawangan Program Permata Negara yang telah beroperasi setakat ini.

42. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) insiden penyakit demam denggi dan jumlah kematian mengikut negeri sehingga Ogos 2010; dan
(b) sama ada Kementerian serius untuk menggunakan kaedah nyamuk yang diubah genetiknya bagi menyaingi nyamuk aedes biasa.

C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan usul-Usul
1. Usul 12 - Menteri JPM (BN Padang Rengas) mencadangkan supaya Persidangan hari ini ditangguhkan sehingga jam 7.30 malam.

2. Perturan Mesyuarat oleh YB DAP Ipoh Barat

3. Pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2011 (D.R. 36/2010) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2011 seperti berikut:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh satu bilion satu ratus lapan puluh satu juta lapan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM51,181,894,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2011, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 14 Tahun 2010, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (9 November, 2010)

[ Usul oleh Timbalan Menteri Kewangan (Senator) membentangkan Anggaran Perbelanjaan Mengurus (Bekalan) dan Pembangunan 2011 ]

1. Jabatan Perdana Menteri - Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B1-9, B40 (JPM – RM7,329,247,000); Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P6-7 (JPM – RM10,807,642,900)

1.1. Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B8 (Jabatan Peguam Negara – RM178,256,00)

Usul dibawah PM 66 (9) - YB Lim Kit Siang [ Ipoh Timur ] mencadangkan
: "Bahawa perbelanjaan diluluskan dengan syarat dikurangkan sebanyak RM10.00 daripada maksud Bekalan 8 - Jabatan Peguam Negara - Kod 10000 Emolumen iaitu dengan memotong gaji Peguam Negara sebanyak RM10,00."

Perbahasan - [ PKR Permatang Pauh, PAS Shah Alam, ] - [ Menteri Di JPM (BN Padang Rengas) - Pencelahan - DAP Ipoh Timur, DAP Bukit Gelugor ]

Undian Belah Bahagi - Bersetuju = 50, Tidak Bersetuju = 85, Usul tidak disetujukan.

1.2. Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B9 (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia – RM202,280,000)

Usul dibawah PM 66 (9) - YB Lim Kit Siang [ Ipoh Timur ] mencadangkan: "Bahawa perbelanjaan diluluskan dengan syarat dikurangkan sebanyak RM10.00 daripada maksud Bekaln 9 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia - Kod 10000 Emolumen iaitu dengan memotong gaji Ketua Pesuruhjaya sebanyak RM10,00." [ REHAT ]

Perbahasan - [ PAS Kubang Kerian, DAP Puchong, BN Kinabatangan, BN Kota Belud ] - Menteri Di JPM (BN Padang Rengas) - Pencelahan - DAP Ipoh Timur, PSM Sg Siput, PAS Pokok Sena, PAS Kubang Kerian, DAP Puchong, ]

Keputusan: Lebih suara tidak bersetuju, Usul Tidak disetujukan.

1.3. Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B1-9, B40 (JPM – RM7,329,247,000) dan Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P6-P7 (JPM – RM10,807,642,900)

1. Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B 1 (Parlimen – RM78,050,000)
2. Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B2 (Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja – RM1,806,000)
3. Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B3 (Jabatan Audit – RM136,894,000)
4. Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B4 (Suruhanjaya Pilihanraya – RM45,000,000)
5. Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B5 (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam - RM50,630,000)
6. Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B6 (JPM – RM5,076,773,000); Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P6 (JPM – RM10,779,257,900)
7. Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B7 (Jabatan Perkhidmatan Awam – RM1,853,938,000); Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P7 (JPA – RM28,385,000)
8. Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B8 (Jabatan Peguam Negara – RM178,256,00)
9. Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B9 (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia – RM202,280,000)
10. Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B40 (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran – RM18,000,000)

[ Perbahasan - PAS Pokok Sena, PAS Bachok, BN Kinabatangan, DAP Bukit Mertajam, BN Rembau, BN Tenom, PKR Machang, Bebas Wangsa Maju (BN Putatan, DAP Rasah), Bebas Tawau, BN Lenggong, DAP Batu Gajah (BN Kota Belud), BN Ledang (PKR Indera Mahkota, BN Jasin, DAP Batu Gajah) ]

[ Perbahasan - PAS Kubang Kerian (BN Putatan, BN Kapit), BN Jasin, PKR Batu, DAP Bandar Kuching (BN Batang Sadong, BN Ledang) ]

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 7.30 malam kepada 10.00 pagi 10 November 2010.

4. (D.R. 28/2010) Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (14 Oktober 2010) [ Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

5. (D.R. 32/2010) Rang Undang-Undang Bank Simpanan Nasional (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan ]

6. (D.R. 31/2010) Rang Undang-undang Fi (Jabatan Meteorologi Malaysia) (Pengesahan) 2010. [ Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi]

Saturday, November 6, 2010

Dewan Rakyat 8 November 2010 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan bagi jawab lisan

1. Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan syarikat-syarikat milik Khazanah Nasional yang mencatatkan keuntungan dan kerugian bagi tempoh 2006 hingga 2009 serta nyatakan syarikat milik Khazanah Nasional yang telah dijual sehingga 2010. [ Soalan Tambahan : BN Sabak Bernam, DAP Kepong]

2. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan :-
(a) bilangan bas dan jumlah perbelanjaan tahunan dalam mengendali Bas Nadi Putra; dan
(b) keberkesanan sistem Bas Nadi Putra sebagai pengangkutan awam dalam membantu warga kerja dan pengunjung sekitar Putrajaya.[ Soalan Tambahan : PAS Hulu Langat, BN Rembau]

3. Dato' Sri Ir. Mohd Zin bin Mohamed [ Sepang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan berapa peratus dari kalangan graduan tempatan yang masih belum mendapat pekerjaan selepas 1 hingga 5 tahun menamatkan pengajian dan apakah punca-punca utama mereka masih gagal mendapatkan pekerjaan sedangkan ada syarikat tempatan yang kini menggaji graduan luar negara untuk bekerja dengan mereka.[ Soalan Tambahan : BN Sepang, PKR Gombak]

4. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilakah Kerajaan akan mengemukakan Laporan Berkala Ketiga dan Keempat CEDAW yang digabungkan kepada Jawatankuasa CEDAW, memandangkan laporan tersebut seharusnya dihantar pada tahun 2008.[ Soalan Tambahan : Tidak Hadir]

5. Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah pegawai kerajaan yang telah menerima hukuman tatatertib atas sebab isu perkauman di Malaysia semasa menjalankan tugas yang diamanahkan oleh rakyat.[ Soalan Tambahan : BN Tanjong Piai, DAP Ipoh Timur]

6. Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) berapakah IMM 13 telah dikeluarkan di Sabah dan ditujukan kepada warga negara-negara mana sejak tahun 2000 hingga sekarang; dan
(b) apakah tujuan pengeluaran yang dimaksudkan dan apa pula hak yang ada pada pemegang IMM 13 itu.[ Soalan Tambahan : Bebas Tawau, BN Kalabakan]

7. Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan statistik pesakit jiwa yang terdapat di unit jiwa hospitalhospital Kerajaan mengikut jantina dan tahap umur serta apakah bentuk pengisian yang dijalankan Kementerian dalam usaha untuk memulihkan jati diri pesakit berkenaan. Berapa ramaikah yang berjaya dipulihkan dan mampu menjalani kehidupan seperti biasa setelah dibenarkan keluar.[ Soalan Tambahan : BN Silam, BN Tangga Batu]

8. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah niat untuk memperkenalkan Mahkamah Perlembagaan bagi menyelesaikan pandangan pelbagai terhadap Perlembagaan Persekutuan dan bagi mengukuhkan lagi kefahaman ke
perlembagaan.[ Soalan Tambahan : PAS Parit Buntar, DAP Ipoh Barat]

9. Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan operasi dan keupayaan dua kapal selam negara iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak sejak tiba di negara pada September tahun 2009 dan Julai tahun 2010 lalu.[ Tidak Hadir ]

10. Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan anggaran kerugian Kerajaan pada masa 2 tahun yang akan datang setelah PERODUA memberhentikan eksportnya ke negara UK dan apakah tindakan susulan Kerajaan dalam isu ini.[ Soalan Tambahan : DAP Segambut]

11. Datuk Md.Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan dan menyenaraikan garis panduan "Green Product Index". Apakah kriteria yang digunakan yang akan menentukan sesuatu produk itu sebagai produk teknologi hijau dan apakah galakan yang diberikan kepada pengeluar produk teknologi hijau ini.

12. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan hasil latihan kemahiran dan peluang pekerjaan terhadap lepasan sekolah sehingga kini.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-
(a) kesan terhadap pihak-pihak yang berkepentingan seperti guru, pembekal buku dan peralatan pengajaran serta kakitangan Lembaga Peperiksaan sekiranya peperiksaan
UPSR dan PMR dimansuhkan; dan
(b) sama ada Kementerian bersedia menerima cadangan dalam memorandum daripada beberapa persatuan seperti PIBG SBP serta wakil-wakil Persatuan Murid Tua SBP yang
menolak pemansuhan peperiksaan tersebut.

16. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah kerajaan bersedia untuk mengizinkan mahasiswa berpolitik dan adakah satu kajian khusus diadakan mengenai perkara itu.

18. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah remaja/rakyat yang terlibat dengan ketagihan menghidu gam dan kenapa penjualan gam ini tidak diharamkan.

20. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah hasil dan kesan setelah 22 kali Ops Sikap diadakan, adakah terdapat perubahan sikap di kalangan pemandu di negara kita di mana cara pemanduan mereka pada ketika bukan musim perayaan berbanding semasa musim perayaan.

22. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan berapakah kos pembinaan Taman Kebudayaan di Kota Bharu dan bilakah ia akan disiapkan.

26. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan tentang perbezaan skim gaji doktor pakar di Kementerian seperti di Hospital Universiti berbanding dengan skim gaji doktor pakar di bawah Kementerian Kesihatan, sedangkan mereka mempunyai kepakaran yang sama dalam perkhidmatan serta terlibat dalam kajian dan pengajaran.

MP DAP Batu Gajah mengusul 36(6), (12), (10c) terhadap BN Padang Rengas berkenaan kenyataan DAP Ipoh Timur dengan berniat jahat dan sangkaan buruk (Celahan - Ipoh Barat, Ipoh Timur, Segambut)

mengusul 36(9) berkenaan perangai ahli dewan.

Padang Rengas mengusulkan 12(1) bahawa persidangan dewan ini tidak ditangguhkan sehingga selesai penggulungan kementerian dan jawapan kepada ucapan dasar serta ditangguhkan kepada jam 10.00 pagi

C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 36/2010) Rang Undang-undang Perbekalan 2011 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (15 Oktober 2010) DAN Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-

“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh satu bilion satu ratus lapan puluh satu juta lapan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM51,181,894,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2011, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 14 Tahun 2010, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (3 November, 2010)

Sambungan Penggulungan Bajet 2010 oleh Kementerian:

[ Kementerian Belia & Sukan - (Menteri - BN Kemaman) - Pencelahan - 0 ]

[ Kementerian Dalam Negeri - (Menteri - BN Sembrong) - Pencelahan - DAP Ipoh Barat, DAP Kepong, DAP Ipoh Barat, DAP Rasah, BN Sri Gading, BN Pasir Salak, PAS Shah Alam, DAP Ipoh Timur, BN Kota Belud, DAP Bukit Gelugor, DAP Puchong, PAS Jerai, DAP Rasah, BN Kinabatangan, DAP Puchong] [Rehat]

[ Sambungan Penggulungan - Kementerian Dalam Negeri ] - Pencelahan - BN Hulu Terengganu, DAP Batu Gajah, DAP Beruas, PKR Balik Pulau, BN Rompin, PAS Kota Raja, BN Rembau, PAS Kubang Kerian, BN Sri Gading

[ Kementerian Wilayah, Pembangunan & Kesejahteraan Bandar - (Menteri - BN Senator) - Pencelahan - DAP Ipoh Barat, BN Sri Gading, DAP Bukit Bintang, BN Bintulu, DAP Batu Gajah, BN Bintulu, DAP bukit Bintang, BN Bintulu, PKR Indera Mahkota, PAS Kota Raja, PKR Batu, Bebas Wangsa Maju, PKR Batu]

[ Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan - (Menteri - BN Alor Setar) - Pencelahan - BN Kinabatangan, PAS Kota Raja, BN Sri Gading, PKR Indera Mahkota, PKR Balik Pulau, BN Tebrau, PKR Balik Pulau, BN Jasin, PKR Indera Mahkota, BN Tuaran, BN Jempol, PAS Kota Raja, BN Maran, BN Simpang Renggam, PAS Kota Raja, BN Jasin, DAP Beruas, PAS Kota Raja, PAS Hulu Langat, DAP Beruas, BN Padang Besar, DAP Jelutong, BN Labuan]

[ Kementerian Kewangan - (Menteri Kewangan 2 - BN Tambun ) - Pencelahan - DAP Jelutong, PAS Kuala Selangor, DAP Kepong, PAS Kuala Selangor, BN Pasir Salak, DAP Kepong, BN Pasir Salak, DAP Jelutong, PAS Kuala Selangor]

Mesyuarat ditangguhkan jam 07.11 malam dan bersambung esok jam 10.00 pagi.

2. (D.R. 28/2010) Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (14 Oktober 2010) [ Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

3. (D.R. 32/2010) Rang Undang-Undang Bank Simpanan Nasional (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan ]

4. (D.R. 31/2010) Rang Undang-undang Fi (Jabatan Meteorologi Malaysia) (Pengesahan) 2010. [ Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi]

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008