Friday, October 31, 2008

Perbahasan Dewan Rakyat 30 Oktober 2008

Sesi Soalan Jawab Lisan (10.00 pagi hingga 11.30 pagi)
1. Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah tindakan pihak Kementerian dalam memastikan KLIA dapat terus menjadi hub penerbangan yang terbaik di dunia.

- Soalan Tambahan - BN Arau, DAP Ipoh Barat

2. Dato' Dr. Zainal Abidin bin Ahmad [ Hulu Selangor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan nama badan-badan bukan Kerajaan dan pusat pemulihan dadah persendirian (PPP) yang telah menerima peruntukan sebanyak RM700,000 yang telah diperuntukkan pada tahun 2008. Apakah kriteria pemberian peruntukan tersebut, terutamanya kepada PPP yang berdaya maju menjalankan program pemulihan dan yang gagal melaksanakan program pemulihan penagih setelah menerima peruntukan.

- Soalan Tambahan - BN Batu Pahat, PAS Rantau Panjang (Teks SILA KLIK)

3. Puan Norah binti Abd Rahman [ BN Tanjong Manis ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-
(a) bilangan sekolah-sekolah yang telah lengkap dengan peralatan bagi Projek 'SchoolNet'; dan
(b) bilakah kesemua 10,000 sekolah yang dicadangkan akan selesai dilaksanakan.

- Soalan Tambahan - BN Tanjong Manis, PKR Machang

4. Tuan William Leong Jee Keen [ PKR Selayang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah IPTS yang dibuka dan ditutup serta jumlah pelajar-pelajar yang terjejas akibat daripada penutupan tersebut dan jumlah pelajar yang telah menyempurnakan kursus-kursus dari 2004 hingga 2008.

- Soalan tambahan - PKR Selayang, BN Hulu Terengganu.

5. Datuk Dr Tekhee @ Tiki anak Lafe [ Mas Gading ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah OKU mengikut jenis setakat ini dan adakah Kementerian memperkenalkan program terbaru yang lebih berkesan untuk memastikan golongan ini betul-betul dapat hidup berdikari.

- Soalan Tambahan - BN Mas Gading, PAS Pendang (Tek sila klik)

6. Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ PKR Lembah Pantai ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah kriteria yang diguna Kerajaan dalam membuat keputusan menyambung kontrak PUSPAKOM untuk lima belas tahun sedangkan mutu perkhidmatan mereka begitu mengecewakan. Sejauh manakah Kerajaan membuat penilaian secara profesional dan telus.

- Soalan tambahan - PKR Lembah Pantai, BN Arau.

7. Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan mengenai pemuliharaan ikan tuna di perairan Langkawi, berapakah peruntukan dan perbelanjaan sehingga sekarang:-
(a) agensi manakah yang mengendalikan projek ini; dan
(b) berapakah hasil tangkapan dan adakah projek ini dilaksanakan di tempat-tempat lain.

- Soalan tambahan - BN Langkawi, Bebas Pasir Mas

8. Tuan Roslan bin Shaharum [ PAS Bukit Gantang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh manakah asas keadilan yang dipatuhi oleh pihak Kementerian dalam merangka proses sistem kenaikan pangkat melalui Time Based kepada guru siswazah dan bukan siswazah yang telah lama berkhidmat berbanding dengan guru-guru yang telah memenuhi syarat minima.

- Soalan tambahan - PAS Bukit Gantang (Teks sila klik), BN Kuala Krau.

9. Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah polisi Kerajaan dalam menjaga kepentingan peniaga-peniaga kecil yang terpaksa bersaing dengan hypermarket seperti TESCO dan GIANT yang kesannya menyusutkan hasil jualan mereka.

- Soalan tambahan - BN Parit, PAS Pokok Sena (Teks sila klik)

10. Tuan Muhammad bin Husain [ PAS Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah kerugian akibat kebakaran bot-bot laut dalam yang berlaku di pelabuhan Tok Bali pada akhir Jun lepas.

- Soalan tambahan - PAS Pasir Puteh , PAS Rantau Panjang (Teks sila klik)

11. Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [ Jerlun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa Hakim Ian Chin tidak dihadapkan ke sebuah tribunal atas kesalahan beliau membuat tuduhan yang tidak berasas terhadap Kerajaan terdahulu.

- Soalan tambahan - BN Jerlun, PKR Batu.

12. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilakah Kerajaan akan berikan bantuan sepenuhnya kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) tanpa apa-apa syarat.

- Soalan tambahan - PAS Tumpat (Teks sila klik)

Senarai soalan lihat Aturan Urusan Mesyuarat (AUM), SILA KLIK.

Antara soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan 27 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah kesan-kesan ekonomi yang berlaku ke atas pengusaha tadika swasta setelah Kerajaan memperkenalkan tadika 6 tahun di sekolah dan adakah Kerajaan bercadang memberikan bantuan untuk memastikan pengusaha tadika dapat terus bersaing tanpa kelas 6 tahun.

Sesi Perbahasan Usul/ Penggulungan Bajet 2009 (mulai jam 11.30 pagi)
1. Karpal Singh a/l Ram Singh, DAP Bukit Gelugor kemuka usul di bawah PM 36 (12) mahu rujuk Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan. (11.32 pagi)

2. Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (BN/ PBB Santubong) baca usul di bawah Peraturan 44 terhadap BN Pasir Salak menghina Speaker. (11.46 pagi)

- Penjelasan - BN Pasir Salak, DAP Ipoh Timur,

3. Timbalan Menteri Pertahanan, Abu Seman bin Haji Yusop (BN/ Umno Masjid Tanah) (12.13 tengahari)

- Pencelahan - BN Batu Pahat, PKR Permatang Pauh, BN Pasir Salak, PKR Padang Serai, DAP Ipoh Timur, PAS Pokok Sena (Teks sila klik), Bebas Pasir Mas, PKR Gombak, BN Ledang, BN Rembau, BN Hulu Terengganu, BN Jasin, DAP Batu Gajah, DAP Kota Melaka.

4. Timbalan Menteri Dalam Menteri, Dato' Wira Chor Chee Heung (BN/ MCA Alor Setar) (4.00 petang)

- Pencelahan - DAP Puchong, DAP Bandar Kuching, DAP Batu Gajah, PAS Kubang Kerian (Teks sila klik), BN Bintulu, DAP Teluk Intan, DAP Kepong, PAS Pokok Sena (Teks sila Klik), PKR Batu, Bebas Pasir Mas, DAP Ipoh Timur, BN Batu Pahat, PKR Padang Serai, PAS Titiwangsa (Teks sila klik). BN Pasir Salak, BN Rembau, DAP Kota Melaka.

5. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Dato' Muhyiddin bin Mohd. Yassin (BN/ Umno Pagoh) (6.24 petang)

- Pencelahan - BN Pasir Salak, PAS Kuala Selangor (Teks sila klik), PAS Pokok Sena (Teks sila klik), PAS Kubang Kerian, DAP Kepong, PKR Hulu Selangor, Bebas Pasir Mas, PKR Gombak, DAP Rasah, BN Jasin,

6. Timbalan Menteri Pelajaran II, Dato’ Razali bin Ismail (BN/ Umno Kuala Terengganu) (7.54 malam)

- Pencelahan - DAP Teluk Intan, PAS Hulu Langat (Teks sila klik), BN Hulu Terengganu, DAP Serdang, DAP Rasah, DAP Kepong, PAS Pokok Sena (Teks sila klik), PAS Titiwangsa (Teks sila klik), PAS Kubang Kerian (Teks sila klik), BN Batu Pahat,

7. Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Abdul Rahim bin Bakri (9.19 malam)

8. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Seri Ong Ka Chuan (9.27 malam)

- Pencelahan - PAS Hulu Langat (Teks sila klik), DAP Kota Melaka, PAS Titiwangsa (Teks sila klik)

9. Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Mohd. Shafie bin
Haji Apdal (9.47 malam)

- Pencelahan - PAS Titiwangsa (Teks sila klik), DAP Kota Melaka,

Mesyuarat ditamatkan pada jam 10.02 malam.

Wednesday, October 29, 2008

Perbahasan Dewan Rakyat 29 Oktober 2008

Penglibatan MP Pakatan Rakyat (PAS, PKR dan DAP) dalam Sesi Soalan Jawab Lisan
Soalan No. 1. - Datuk Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin [ Papar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan akan memberikan kepada 6,000 kontraktor kritikal yang terlibat menjayakan projek rakyat di bawah RMK-9 suntikan tambahan memandangkan harga bahan binaan dan harga minyak semakin naik sedangkan harga tender yang ditawarkan tidak lagi relevan dengan keadaan semasa.

Soalan Tambahan - MP PAS Kuala Selangor (Tek SILA KLIK)

S0alan No. 2. - Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan mengapakah terdapat masalah dalam pelaksanaan program e-tanah dalam Syarikat Precision Portal. (Teks SILA KLIK)

Soalan No. 6 - Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah-langkah Kerajaan dalam menangani masalah kekurangan saintis dan langkah-langkah menarik minat ke arah penyelidikan dan inovasi di universiti-universiti tempatan dan nyatakan sama ada langkah menghantar pensyarah tempatan ke luar negara telah menghasilkan kajian-kajian konstruktif yang boleh dibanggakan atau tidak.

Soalan No. 10 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mengatasi masalah tadika 6 tahun di sekolah yang dipenuhi oleh anak guru-guru sedangkan anak penduduk miskin tidak dapat memasuki kelas tersebut secara percuma. (Teks SILA KLIK)

Soalan tambahan - MP PAS Kuala Krai (Teks SILA KLIK)

Soalan No. 12 - Tuan Chua Tian Chang [ Batu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-(a) apakah usaha-usaha baru bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam terutamanya komuter dan LRT selepas kenaikan petrol pada 5 Jun lalu; dan(b) sama ada Kerajaan akan menyemak semula bayaran pengangkutan awam pada masa terdekat.

Soalan No. 13 - Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-(a) bagaimanakah sambutan para peneroka terhadap pelaburan dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF); dan(b) nyatakan hitung panjang nilai pelaburan setiap peneroka.

Soalan tambahan - MP PAS Pendang. (Teks SILA KLIK)

Soalan No. 15 - Tuan Razali Bin Haji Ibrahim [ Muar ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan :-(a) jumlah pelancong dan kadar peratus kenaikan sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 yang berakhir pada 31 Ogos 2008; dan(b) jumlah dana yang diperuntukkan untuk promosi dan iklan yang dilakukan di luar negara dan dalam negara sepanjang kempen TMM 2007.

Soalan tambahan - MP PKR Sungai Petani.

Soalan No. 16 - Tuan Sivarasa A/L K.Rasiah [ Subang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-(a) apakah JPN telah mengarahkan untuk TIDAK mendaftarkan nama bapa pada sijil kelahiran sekiranya anak tersebut dianggap anak luar nikah serta sebab-sebab lain. Sekiranya ya, mengapa; dan(b) berapa insiden setakat ini yang melibatkan sijil kelahiran yang tidak disahkan nama bapa.

Senarai soalan lihat Aturan Urusan Mesyuarat (AUM), SILA KLIK.

Sesi Perbahasan Usul/ Bajet 2009 (mulai jam 11.30 pagi)
Sesi Perbahasan Usul/ Bajet 2009 (mulai jam 11.30 pagi)
1. Abd. Rahman bin Bakri, BN/ Umno Sabak Bernam (11.31 pagi),
2. Tan Sri dato Dato' Abd Khalid bin Ibrahim, PKR Bandar Tun Razak (11.44 pagi)
3. Mohd Nizar bin Zakaria, BN/ Umno Parit (11. 59 pagi)
4. Abdullah Sani bin Abdul Hamid, PKR Kuala Langat (12.11 tengahari)
5. Chua Tee Yong, BN/ MCA Labis (12.22 tengahari)
6. Loke Siew Fook, DAP Rasah (12.32 tengahari)
7. Dato' Seri Dr Muhammad Leo Micheal Toyad Abdullah, BN/ PBB Mukah (12 42 tengahari)
8. Teo Nie Ching, DAP Serdang (12.51 tengahari)
9. Datuk Baharum bin Haji Mohamed, BN/ Umno Sekijang (12.58 tengahari)
10. Dr Lo' Lo' binti Hj Mohamad Ghazali, PAS Titiwangsa (2.42 petang) (Teks SILA KLIK)
11. Abit Joo, BN/ PRS Hulu Rajang (2.51 petang)
12. Fong Po Kuan, DAP Batu Gajah (3.00 petang)
13. Tan Ah Eng, BN/ MCA Gelang Patah (3.10 petang)
14. Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff, PKR Balik Pulau (3.21 petang)
15. Dato' Ismail bin Haji Abd Muttalib, BN/ Umno Maran (3.33 petang)
16. Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri, PKR Bagan Serai (3.41 petang)
17. Datuk Dr Tekhee @Tiki anak Lafe, BN/ SPDP Mas Gading (3.52 petang)

Penggulungan Bajet 2009 oleh Kerajaan
1. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, BN/ Umno Padang Rengas (4.10 petang)
- Pencelahan - DAP Kepong, Bebas Pasir Mas, PKR Permatang Pauh, DAP Ipoh Barat, PAS Kuala Selangor (Teks sila klik), PSM Sungai Siput, PKR Machang (Teks sila klik dan sini), PAS Pokok Sena (Teks sila Klik), BN Pasir Salak, PAS Kubang Kerian (Teks sila Klik), PKR Wangsa Maju, PKR Balik Pulau, DAP Ipoh Timur, PKR Subang, PKR Padang Serai.

2. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, BN/ Umno Bagan Datok (7.52 malam)
- Pencelahan - PAS Titiwangsa, PAS Rantau Panjang, PAS Pokok Sena, PAS Kuala Selangor, Bebas Pasir Mas, PAS Kota Raja, PKR Machang,

3. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Amirsham A. Aziz (8.42 malam)
- Pencelahan - PSM Sungai Siput, PKR Machang, PAS Titiwangsa, PKR Selayang, PAS Pokok Sena (Tek sila klik), DAP Bukit Bintang, DAP Batu Gajah, DAP Ipoh Timur, PAS Rantau Panjang (Teks sila klik), PAS Kota Raja (Teks sila klik), DAP Kepong,

Mesyuarat ditangguhkan pada 10.malam sehingga jam 10.00 pagi esok.

Tuesday, October 28, 2008

Dewan Rakyat - Sesi Soalan Jawab Lisan 29 Oktober 2008

Sidang Dewan Rakyat disambung kembali setelah bercuti selama dua hari iaitu 27 dan 28 Oktober 2008 kerana Sambutan Deepavali.

Hari ini (29 Oktober 2008) Dewan Rakyat akan bersidang kembali dengan agenda Sesi soalan Jawab Lisan, Perbahasan Bajet 2009 (Pihak Kerajaan menggulung peringkat Dasar bagi kementerian masing).

Sesi Soalan Jawab Lisan mulai jam 10.00 hingga 11.30 pagi.
1. Datuk Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin [ Papar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan akan memberikan kepada 6,000 kontraktor kritikal yang terlibat menjayakan projek rakyat di bawah RMK-9 suntikan tambahan memandangkan harga bahan binaan dan harga minyak semakin naik sedangkan harga tender yang ditawarkan tidak lagi relevan dengan keadaan semasa.

2. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan mengapakah terdapat masalah dalam pelaksanaan program e-tanah dalam Syarikat Precision Portal.

3. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah boleh projek bekalan air bersih untuk Rancangan Felda dan Kg. Murut yang bakal dilaksanakan oleh FELDA, diperluaskan untuk menampung sekali beberapa kampung yang berhampiran.

4. Tuan Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) berapakah jumlah anggota polis yang telah terkorban semasa menjalankan tugas; dan
(b) apakah dan bagaimana kebajikan isteri, anak dan keluarga mereka dijaga termasuk keperluan perumahan, kehidupan dan/atau persekolahan mereka dan adakah cadangan memberi tanah lot kediaman kepada anggota yang akan pencen.

5. Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [ Jerlun ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bolehkah Kementerian memberi bantuan kewangan yang secukupnya untuk warga tani membeli jentera bajak, jentuai, lori pengangkutan, pam, mesin rumput dan enjin semburan racun bagi meringankan beban yang mereka tanggung untuk mengeluarkan padi.

6. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ] minta
MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah-langkah Kerajaan dalam menangani masalah kekurangan saintis dan langkah-langkah menarik minat ke arah penyelidikan dan inovasi di universiti-universiti tempatan dan nyatakan sama ada langkah menghantar pensyarah tempatan ke luar negara telah menghasilkan kajian-kajian konstruktif yang boleh dibanggakan atau tidak.

7. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan sama ada Kementerian mempunyai perancangan untuk mewujudkan Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan di bahagian-bahagian lain selain dari bahagian Kuching di negeri Sarawak.

8. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah Kerajaan sedar bahawa guru-guru Bahasa Arab terlatih tidak mencukupi di sekolah-sekolah agama Kerajaan mahupun kolej dan jika ya, apakah usaha Kerajaan dalam mengatasinya.

9. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk menambah peruntukan untuk memperkasa dan membaik pulih surau-surau terutama yang sudah usang dan tidak mempunyai kemudahan asas yang sempurna.

10. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mengatasi masalah tadika 6 tahun di sekolah yang dipenuhi oleh anak guru-guru sedangkan anak penduduk miskin tidak dapat memasuki kelas tersebut secara percuma.

11. Datuk Haji Yusoff bin Haji Mahal [ Labuan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan apakah Kementerian akan mewujudkan sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Wilayah Persekutuan Labuan untuk kemudahan rakyat di Wilayah Persekutuan Labuan dan rakyat di kawasan sekitarnya.

12. Tuan Chua Tian Chang [ Batu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) apakah usaha-usaha baru bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam terutamanya komuter dan LRT selepas kenaikan petrol pada 5 Jun lalu; dan
(b) sama ada Kerajaan akan menyemak semula bayaran pengangkutan awam pada masa terdekat.

Antara soalan MP PAS yang disenaraikan pada hari ini adalah seperti berikut:

Soalan No. 19 - Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kos gaji dan imbuhan yang dibayar kepada pegawai JPP di Sabah, Terengganu dan Kelantan mengikut tahun dan negeri sejak ianya dilaksanakan, dari mana sumber dana tersebut diperolehi.

Untuk melihat soalan lengkap, sila lihat Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK.

Perbahasan Bajet 2009
1. Sesi Pagi antara jam 11.30 pagi hingga 1.00 tengahari - Perbahasan oleh Ahli-Ahli Dewan Rakyat.
2. Sesi petang mulai jam 2.30 hingga 5.30 petang - Penggulungan oleh Kerajaan (Peringkat Dasar Kemenmeterian)

Lihat di sini: Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2009

Dewan Rakyat bercuti 27 dan 28 Oktober 2008

Dewan Rakyat akan bercuti mulai 27 dan 28 Oktober 2008 kerana cuti Deepavali dan akan disambung semula pada 29 Oktober 2008 dengan penggulungan Perbahasan Bajet 2009 (peringkat dasar) oleh Kerajaan.

Menteri atau Timbalan Menteri akan mula menggulung bagi pihak kementerian masing-masing dijangka pada 29 Oktober 2008 mulai jam 2.30 petang selama empat hari bersidang.

Saturday, October 25, 2008

Sorotan Dewan Rakyat 20 hingga 23 Oktober 2008

Perbahasan Bajet 2009 mulai 20 hingga 23 Oktober 2008
DR 16/ 2008 - Rang Undang-Undang Perbekalan 2009

- 11. 44 pagi, 20 Okt. 2008, (Datuk Seri Abdul Ghapur bin Salleh - BN/ Umno - Kalabakan)
- 12. 18 tengahari, 20 Okt 2008 (Dr Tan Seng Giaw - DAP - Kepong)
- 12.53 tengahari, 20 Oktober 2008 (Nancy binti Haji Shukri - BN/ PBB Batang Sadong)
- 2.55 petang, 20 Okt. 2008 (Datuk Chua Soon Bui - BN/ SAPP/ Bebas - Tawau)
- 3.28 petang, 20 Okt. 2008 (Dato' Ismail Bin Kasim - BN/ Umno - Arau)
- 4.05 petang, 20 Okt. 2008 (Dr Dzulkefly Ahmad - PAS - Kuala Selangor). Teks Ucapan KLIK DI SINI.
- 4.49 petang, 20 Okt. 2008 (Dato' Tajuddin bin Abdul Rahman - BN/ Umno - Pasir Salak)
- 5.25 petang, 20 Okt. 2008 (Nurul Izzah binti Anwar - PKR - Lembah Pantai)
- 5.57 petang, 20 Okt. 2008 (Datuk Dr Makin @ Makcus Mojigoh - BN/ UPKO - Putatan)
- 6.25 petang, 20 Okt. 2008 (Hee Loy Sian - PKR - Petaling Jaya Selatan)
- 6.50 petang, 20 Okt. 2008 (Datuk Siringan bin Gubat - BN/ UPKO - Ranau)
- 7.15 malam, 20 Okt. 2008 (M. Kulasegaran - DAP - Ipoh Barat)
- 7.52 malam, 20 Okt. 2008 (Ismail bin Haji Mohamed Said - BN/ Umno - Kuala Krau)
- 8.19 malam, 20 Okt. 2008 (Mohd Firdaus bin Jaafar - PAS - Jerai). Teks ucapan KLIK DI SINI.

- 11.40 pagi, 21 Okt. 2008 (Lim Guan Eng - DAP Bagan)
- 12.32 tengahari, 21 Okt. 2008 (Datuk Yussof bin Haji Mahal, - BN/ Umno Labuan)
- 12.58 tengahari, 21 Okt. 2008 (Salahuddin Ayub - PAS Kubang Kerian). Teks Ucapan KLIK DI SINI.
- 3.02 petang, 21 Okt. 2008 (Salleh bin Kalbi - BN/ Umno Silam)
- 3.37 petang, 21 Okt. 2008 (Dr Lee Boon Chye - PKR Gopeng)
- 4.10 petang, 21 Okt. 2008 (Datuk Wira Ahmad bin Hamzah - BN/ Umno Jasin)
- 4.24 petang, 21 Okt. 2008 (Wee Choo Keong - PKR Wangsa Maju)
- 5.06 petang, 21 Okt. 2008 (Datuk Md Sirat bin Abu - BN/ Umno Bukit Katil)
- 5.28 petang, 21 Okt. 2008 (Dr Micheal Jeyakumar Devaraj - PSM Sungai Siput)
- 5.46 petang, 21 Okt. 2008 (Datuk Seri Panglima Mojilip bin Bumburing @ Wilfred - BN/ UPKO Tuaran)
- 6.20 petang, 21 Okt. 2008 (Dr Che Rosli bin Che Mat - PAS Hulu Langat). Teks Ucapan KLIK DI SINI.
- 6.50 petang, 21 Okt. 2008 (William Leong Jee Keen - PKR Selayang)
- 7.26 malam, 21 Oktober (Matulidi bin Jusoh - BN/ Umno Dungun)
- 7.50 malam, 21 Oktober 2008 (Sim Tong Him - DAP Kota Melaka)
- 8.25 malam, 21 Oktober 2008 (Datuk Sapawi bin Haji Amat Wasali @ Ahmad - BN/ Umno Sipitang)
- 8.43 malam, 21 Oktober 2008 (Mohd Nasir bin Zakaria - PAS Padang Terap). Teks Ucapan KLIK DI SINI.

- 11.31 pagi, 22 Oktober 2008 (Dr Mohd Hayati bin Othman - PAS Pendang). Teks Ucapan KLIK DI SINI.
-12.02 tengahari, 22 Oktober 2008 (Datuk Seri Tiong King Sing - BN/ SPDP Bintulu)
- 2.32 petang, 22 Oktober 2008 (Chong Eng - DAP Bukit Mertajam)
- 3.09 petang, 22 Oktober 2008 (Datuk Anifah bin Haji Aman @ Haniff Amman - BN/ Umno Kimanis)
- 3.40 petang, 22 Oktober 2008 (Johari bin Abdul - PKR Sungai Petani)
- 4.18 petang, 22 Oktober 2008 (Datuk Bung Moktar bin Radin - BN/ Umno Kinabatangan)
- 5.05 petang, 22 Oktober 2008 (Gobalakrishnan a/l Nagapan - PKR Padang Serai)
- 5.50 petang, 22 Oktober 2008 (Fong Kui Lun - DAP Bukit Bintang)
- 6.17 petang, 22 Oktober 2008 (Liang Teck Meng - BN/ Gerakan Simpang Renggam)
- 6.34 petang, 22 Oktober 2008 (Mahfuz Haji Omar - PAS Pokok Sena). Teks Ucapan KLIK DI SINI.
- 7.17 malam, 22 Oktober 2008 (Henry Sum Agong - BN/ PBB Lawas)
- 7.27 malam, 22 Oktober 2008 (Chua Tian Chang - PKR Batu)
- 8.00 malam, 22 Oktober 2008 (Datuk Paduka Abu Bakar bin Taib - BN/ Umno Langkawi)
- 8.28 malam, 22 Oktober 2008 (Datuk Enchin bin Majimbun @ Eric - SAPP/ Bebas Sepanggar)
- 11.31 pagi, 23 Oktober 2008 (Chong Chieng Jen - DAP Kuching)
- 12.05 tengahari, 23 Oktober 2008 (Datuk Seri Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis - BN/ Umno Rompin)
- 12.40 tengahari, 23 Oktober 2008 (Zulkifli bin Noordin - PKR Kulim Bandar Baru)
- 2.46 petang, 23 Oktober 2008 (Dato' Dr James Dawos Mamit - BN/ PBB Mambong)
- 3.15 petang, 23 Oktober 2008 (Ustaz Taib Azamudden bin Md Taib - PAS Baling). Teks Ucapan KLIK DI SINI.
- 3.50 petang, 23 Oktober 2008 (Raime Unggi - BN/ Umno Tenom)
- 4.10 petang, 23 Oktober 2008 (Alexander Nanta Linggi, - BN/ PBB Kapit)
- 4.27 petang, 23 Oktober 2008 (Liew Chin Tong - DAP Bukit Bendera)
- 4.57 petang, 23 Oktober 2008 (Ahmad Lai bin Bujang - BN/ PBB Sibuti)
- 5.05 petang, 23 Oktober 2008 (Ir Khalid bin Abd Samad - PAS Shah Alam). Teks Ucapan KLIK DI SINI.

Wednesday, October 22, 2008

Dewan Rakyat - 23 Oktober 2008

Dewan mula bersidang pada jam 10.00 pagi dengan sesi soal jawab lisan.

Antara soalan MP PAS hari ini adalah:
Soalan No. 17 - Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan memandangkan laporan dalam Media massa tentang isu kehilangan perisian komputer yang sepatutnya digunakan di Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu, di samping ianya tidak digunakan seperti yang dijanjikan serta kos keseluruhan yang berjumlah RM11 juta (RM8 juta telah dibayar "in-advance") tetapi kos sebenar perisian ini hanya berharga RM1.8 juta, apakah status siasatan kes ini.

Soalan No. 20 - Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan senarai persembahan-persembahan hiburan, khususnya persembahan hiburan tradisional yang didapati bercanggah dengan akidah Islam.

Soalan No. 26 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah status projek pembaikpulihan pengangkutan rel yang bernilai RM10 bilion yang diumumkan oleh Kerajaan sebelum ini dan adakah ia berdaya maju untuk dibangunkan.

Soalan No. 27 - Tuan Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang melaksanakan penstrukturan semula Dasar Ekonomi Baru(DEB) dengan memastikan pengagihan ekuiti untuk Bumiputera dari 30 peratus kepada 65 peratus.

Lihat Aturan Urusan Mesyuarat di sini.

Selepas sesi soalan Jawab lisan selesai, Perbahasan Usul atau perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2009 akan dilangsung.

Jika tidak ada apa-apa halangan siaran langsung Dewan Rakyat akan disiarkan mulai jam 10.00 pagi. Siaran langsung ini dibawa khas oleh MP PAS, dengan kerjasama Jabatan IT PAS Pusat.

Tuesday, October 21, 2008

Dewan Rakyat - 22 Oktober 2008 (Rabu)

TERKINI: Dewan Rakyat hari dilanjutkan sehingga jam 9.30 malam setelah usul yang dikemukakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Nazri Aziz selepas disokong dan diluluskan oleh semua Ahli Parlimen.

Dewan mula bersidang pada jam 10.00 pagi dengan sesi soal jawab lisan. Antara soalan MP PAS hari ini adalah:

Soalan No. 4 - Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan insentif yang diberi kepada usaha memajukan industri ubi kayu sebagai tanaman ganti tembakau khususnya di negeri Kelantan.

Soalan No. 10 - Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan mengapakah kemasukan pelajar ke tahun 3 dan 4 di Universiti Al-Azhar tidak diberikan kepada lepasan IPTS seperti Kolej Islam Sultan Ismail Putra (KIAS) sedangkan perkara ini tidak menjadi masalah pada tahun-tahun sebelumnya.

Soalan No. 12 - Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) status insiden lima tahun terakhir, punca-punca 'outbreak' dan langkah pencegahan yang sedang dilakukan bagi menangani masalah penyakit demam kepialu yang masih endemik di negara ini; dan

(b) jumlah kes dan punca 'outbreak' demam kepialu di Kampung Chuchuh Puteri, Kuala Krai, Julai 2008.

Soalan No. 20 - Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa banyak wang rakyat yang dihabiskan untuk membanteras tunjuk perasaan yang kononnya hendak diadakan pada 14 Julai 2008 lalu di perkarangan Parlimen.

Soalan 23 - Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan secara terperinci jawatan pegawai, gaji dan elaun bulanan mereka dalam syarikat-syarikat GLC dan bagaimana mekanisme pemantauan perjalanan syarikat-syarikat tersebut.

Soalan No. 24 - Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan sedar bahawa dengan kenaikan harga minyak dan harga barangan, golongan pegawai pencen/pesara adalah golongan yang paling terseksa dan menderita, apakah langkah Kerajaan untuk mengatasi perkara ini.

Lihat Aturan Urusan Mesyuarat di sini.

Selepas sesi soalan Jawab lisan selesai, Perbahasan Usul atau perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2009 akan dilangsung.

Jika tidak ada apa-apa halangan siaran langsung Dewan Rakyat akan disiarkan mulai jam 10.00 pagi. Siaran langsung ini dibawa khas oleh MP PAS, dengan kerjasama Jabatan IT PAS Pusat.

Monday, October 20, 2008

Dewan Rakyat - 21 Oktober 2008 (Selasa)

TERKINI: Sidang Dewan Rakyat hari ini akan dilanjutkan sehingga jam 9.30 malam setelah usul yang dikemukakan oleh Menteri Di jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pada jam 2.30 petang dilulus dan disokong oleh semua Ahli Parlimen.

Sidang ini dilanjutkan bagi memberi peluang kepada semua Ahli Parlimen membahaskan Bajet 2009 yang dikemukakan Menteri Kewangan lalu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 29 Ogos lalu.

Dewan mula bersidang pada jam 10.00 pagi dengan sesi soal jawab lisan. Antara soalan MP PAS hari ini adalah:
Soalan No. 4 - Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah aspek-aspek yang akan diberi penekanan dalam pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan rasional di atas pindaan tersebut.

Soalan No. 6 - Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah pro-aktif Kerajaan untuk mempertingkat dan mengemas kini standard piawaian Halal yang menjadi satu cabaran besar rakyat khususnya pengguna-pengguna Islam di negara ini.

Soalan No. 12 - Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sebab-sebab syarikat Carlsberg Brewery Malaysia Bhd yang beroperasi di Shah Alam dibenarkan mengeluarkan arak melebihi daripada keperluan rakyat bukan Islam di negara ini hingga menjadikan Malaysia
yang dipanggil negara Islam Hadhari terkenal sebagai negara pengeksport arak jenama Carlsberg yang terbesar di dunia.

Soalan No. 16 - Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kos pengeluaran minyak oleh Petronas dan jika harga jualan adalah berdasarkan kos pengeluaran dan prosesan, hantaran serta keuntungan sebanyak 100% nyatakan anggaran harga jualan petrol dan diesel di stesen-stesen minyak Petronas.

Soalan 21 -
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan memandangkan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)
membatalkan permit bas sekolah yang jangka hayatnya lebih dari 20 tahun amat membebankan pengusaha bas terutama di luar bandar yang menjalankan perusahaan yang tidak menguntungkan itu. Apakah langkah susulan Kementerian mengenai hal tersebut.

Soalan No. 28 - Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang mewujudkan suatu jabatan untuk menyelaras pentadbiran agama-agama lain (bukan Islam) terutamanya di dalam pembinaan rumah-rumah ibadat.

Lihat Aturan Urusan Mesyuarat di sini.

Selepas sesi soalan Jawab lisan selesai, Perbahasan Usul atau perbahasan Rang Undang-Undang akan dilangsung. Jika tiada halangan YB salahuddin akan mengemukakan usul berkaitan isu perlantikan Tan Sri Azmi sebagai Ketua Hakim Negara.

Selepas itu perbahasan Bajet 2009 akan disambung.

Jika tidak ada apa-apa halangan siaran langsung Dewan Rakyat akan disiarkan mulai jam 10.00 pagi. Siaran langsung ini dibawa khas oleh MP PAS, dengan kerjasama Jabatan IT PAS Pusat.

Sorotan Seminggu (13 hingga 16 Oktober 2008) Perbahasan Dewan Rakyat

13 - 16 Oktober 2008
DR 16/ 2008 - Rang Undang-Undang Perbekalan 2009
- 11. 30 pagi 13 Okt. 2008, Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim - PKR Permatang Pauh). Teks penuh KLIK DI SINI

- 12.10 petang 14 Oktober 2008, (Dr Mohd Puad bin Zarkashi - BN Batu Pahat)

- 3.30 petang 14 Oktober 2008, (Lim Kit Siang - DAP Ipoh Timur)

- 12.30 tengahari 15 Oktober 2008 (Datuk Nur Jazlan bin Mohamad - BN Pulai)

- 3.20 petang 15 Oktober 2008 (Dato' Seri Abdul Hadi Awang - PAS Marang). Teks Penuh KLIK DI SINI.

- 4.20 petang 15 Oktober 2008 (Razali bin Ibrahim - BN Umno - Muar)

- 4.50 petang 15 Oktober 2008 (Dato' Ibrahim Ali - Bebas Pasir Mas)

- 11.31 pagi 16 Oktober 2008 (Dato' Lilah bin Yasin - BN/ Umno - Jempol)

- 11.55 pagi 16 Oktober 2008 (Teresa Kok Suh Sim - DAP Seputeh)

- 12.35 tengahari 16 Oktober 2008 (Ir. Hamim bin Samuri - BN/ Umno - Ledang)

- 2.45 petang 16 Oktober 2008 (Mohamed Azmin bin Ali - PKR Gombak). Teks penuh KLIK DI SINI

- 3.20 petang 16 Oktober 2008 (Datuk Mohamad bin Haji Aziz - BN/ Umno - Sri Gading)

- 4.00 petang 16 Oktober 2008 (Saifuddin Nasution bin Ismail - PKR Machang). Teks penuh KLIK DI SINI.

- 4.39 petang 16 Oktober 2008 (Ahmad Maslan (BN/ Umno - Pontian)

- 5.00 petang 16 Oktober 2008 (Dr Mohd Hatta bin Md Ramli - PAS Gombak). Teks penuh KLIK DI SINI.

Friday, October 17, 2008

Dewan Rakyat - 20 Oktober 2008 (Isnin)

Perbahasaan Rang Undang-Undang Perbekalan 2009 (Bajet 2009) mulai jam 11.30 pagi akan diteruskan selepas sesi soal jawab hari ini.

Dewan mula bersidang pada jam 10.00 pagi dengan sesi soal jawab lisan. Antara soalan MP PAS hari ini adalah:
Soalan No. 6 - Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jangkaan pungutan dan perincian perbelanjaan hasil windfall tax yang dikenakan kepada IPP (penjana kuasa bebas) dalam usaha mengurangkan beban kos bahan api kepada rakyat.

Soalan No. 12 - Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah peruntukan untuk membina Sekolah Rendah Jenis (K) Tamil Sungai Toh Pawang, Bedong, Kedah.

Soalan 18 - Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah bentuk subsidi yang akan diberikan kepada golongan miskin atau yang berpendapatan rendah yang tidak mempunyai kereta bermotor atau bot nelayan. Adakah Kerajaan bercadang untuk memberi subsidi beras kupon sebagaimana
kupon minyak diesel kepada nelayan.

Soalan 20 - Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan bilakah harga minyak akan diturunkan semula dan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk mempastikan barangan
keperluan harian pengguna tidak terus melambung harganya terutama dalam menghadapi bulan Ramadan dan musim perayaan akan datang.

Soalan 23 - Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Jawatankuasa-jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Integriti, Perpaduan Kaum dan Hubungan Luar Negara akan dibentuk.

Soalan No. 29 - Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapakah jumlah projek perumahan yang terbengkalai di seluruh negara dan bagaimanakah Kerajaan bercadang untuk membantu mengurangkan
bebanan pembeli-pembeli yang terlibat.

Jika tidak ada apa-apa halangan siaran langsung Dewan Rakyat akan disiarkan mulai jam 10.00 pagi. Siaran langsung ini dibawa khas oleh MP PAS, dengan kerjasama Jabatan IT PAS Pusat.

Klik di sini untuk lihat Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) untuk hari ini.

Wednesday, October 15, 2008

Dewan Rakyat - 16 Oktober 2008

MPerbahasaan Rang Undang-Undang Perbekalan 2009 (Bajet 2009) mulai jam 11.30 pagi akan diteruskan selepas sesi soal jawab hari ini.

Dewan mula bersidang pada jam 10.00 pagi dengan sesi soal jawab lisan. Antara soalan MP PAS hari ini adalah:
Soalan No. 8 - Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah peruntukan perkapita tahunan bagi tahun 2007 dan 2008 Kerajaan Pusat kepada negeri Kedah dan nyatakan jumlah dan bilakah tarikh pembayarannya.

Soalan No. 10 - Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah persiapan Malaysia di dalam menghadapi pencemaran radiasi nuklear di pelabuhan dan lapangan terbang untuk melindungi rakyat dari bahaya tersebut.

Soalan No. 17 - Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kaedah pemberian milik tanah kepada pelabur-pelabur asing di Iskandar Malaysia, Johor. Terangkan kawasan-kawasan atau zon-zon pembangunan yang akan diberi secara pajakan (lease hold) selama 66 atau 99 tahun dan
kawasan pembangunan yang akan diberi secara milik kekal (free hold).

Soalan 27 - Tuan Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang telah mengeluarkan zakat perniagaannya.

Soalan 30 - Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) tindakan yang diambil bagi mengatasi masalah pelacuran dan aktiviti maksiat di Jalan Haji Taib dan Chow Kit yang sering dilaporkan oleh media; dan
(b) apakah punca Pondok Polis di Jalan Haji Taib ditutup sedangkan aktiviti maksiat, perjudian, samun dan pergaduhan sering berlaku di situ.

Soalan 31 - Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan jumlah tenaga terlatih yang sedang berkhidmat di kedutaan, konsulat serta pesuruhjaya tinggi di seluruh dunia dan adakah Kerajaan berpuas hati dengan prestasi mereka khususnya dalam memastikan nama baik negara dipelihara dari masa ke semasa.

Jika tidak ada apa-apa halangan siaran langsung Dewan Rakyat akan disiarkan mulai jam 10.00 pagi. Siaran langsung ini dibawa khas oleh MP PAS, dengan kerjasama Jabatan IT PAS Pusat.

Klik di sini untuk lihat Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) untuk hari ini.

Tuesday, October 14, 2008

Dewan Rakyat - 15 Oktober 2008

Perbahasaan Rang Undang-Undang Perbekalan 2009 (Bajet 2009) mulai jam 11.30 pagi akan diteruskan selepas sesi soal jawab.

Dewan mula bersidang pada jam 10.00 pagi dengan sesi soal jawab lisan. Antara soalan MP PAS hari ini adalah:
Soalan No. 10 - Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapa Takaful Malaysia tidak lagi memberikan keuntungan mudharabah kepada pemegang polisi Takaful kenderaan dan adakah benar pengurusan Takaful ini telah diambil alih oleh syarikat lain.

Soalan No. 12 - Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan memandangkan kebanyakan Kementerian-kementerian lain menjadikan sekolah sebagai sasaran aktiviti mereka, adakah Kementerian sedar perkara ini amat membebankan pelajar dan guru. Apakah langkah Kementerian mengatasi hal tersebut.

Soalan No. 31 - Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan sama ada Kerajaan bercadang mewajibkan syarikat-syarikat besar atau pun jabatan-jabatan Kerajaan untuk mengambil pekerja dari kalangan thalasaemia dan memasukkan kumpulan ini dalam kuota OKU.

Selepas sesi soal jawab lisan tamat, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang akan menyambung perbahasan Bajet esok mulai jam 11.30 pagi.

Jika tidak ada apa-apa halangan siaran langsung Dewan Rakyat akan disiarkan mulai jam 10.00 pagi. Siaran langsung ini dibawa khas oleh MP PAS, dengan kerjasama Jabatan IT PAS Pusat.

Klik di sini untuk lihat Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) untuk hari ini.

Monday, October 13, 2008

Dewan Rakyat - 14 Oktober 2008

Dewan Rakyat hari ini 14 Oktober dengan sesi soalan Jawab lisan selama satu setengah jam. Antara soalan yang dikemukakan oleh MP PAS ng dikeluarkan oleh Dewan Rakyat adalah seperti berikut:

Soalan No. 10 - Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana perkembangan Pembangunan Koridor Timur (ECER) sehingga kini.

Soalan No. 20 - Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan kos yang ditanggung oleh Kerajaan untuk membentuk dan pembiayaan tahunan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (Persekutuan)
dan apakah matlamat sebalik penubuhannya.

Soalan No. 25 - Tuan Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bersedia/bercadang melaksanakan penstrukturan semula nilai Ringgit Malaysia.

Soalan 29 - Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan langkah Kerajaan bagi memastikan kepentingan pemuliharaan alam sekitar di kawasankawasan perindustrian dan juga zon-zon perniagaan utama di seluruh negara dijaga.

Soalan No. 32 - Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan kes-kes campur tangan asing dalam urusan dalaman negara ini dengan menyatakan latar belakang isu yang berbangkit dan tindakan-tindakan yang diambil sama ada di peringkat diplomatik, undang-undang atau sudut-sudut yang lain.

Mulai jam 11.30 pagi - Perbahasan Rang Undang-Undang
- Menyambung semula Perbahasan atas Rang Undang-undang Rang Undang-undang Perbekalan 2009. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyambung perbahasan.

Untuk maklumat lengkap Baca Aturan Urusan Mesyuarat.

Dewan Rakyat disambung semula hari ini 13 Oktober 2008

Dewan Rakyat mulai bersidang hari ini 13 Oktober selepas berehat panjang sepanjang Ramadhan dan Hari Raya Aidil Fitri.

Pembentangan Bajet 2009 oleh Menteri Kewangan pada 29 Ogos lalu mula dibahaskan hari ini. Kemungkinan besar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memulakan ucapannya membahaskan Bajet mulai jam 11.30 pagi selepas sesi soal jawab. Klik di sini untuk lihat Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) untuk hari ini.

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008