Wednesday, November 30, 2011

Dewan Rakyat 30 November 2011 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Datuk Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah mutu sebenar dan juga persepsi orang awam terhadap mutu pelajaran kita di Malaysia yang sering dipertikaikan oleh ibu bapa. [ Soalan Tambahan : BN Kanowit, PKR Machang ]

2. Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-
(a) apakah status cadangan skim asas perlindungan kecederaan dan kematian bagi pihak ketiga oleh Bank Negara Malaysia dan Majlis Peguam Malaysia; dan
(b) adakah Kerajaan setuju untuk meminda Akta Undang-undang Sivil 1956 (Akta 67) untuk mengambil kira dan meningkatkan 'award' untuk kecederaan dan kematian. [ Soalan Tambahan : DAP Teluk Intan, BN Jasin ]

3. Datuk Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan kadar kebergantungan negara kepada tenaga buruh asing berbanding dengan kesediaan dan kesanggupan rakyat tempatan di dalam sektor-sektor pekerjaan bagi menangani masalah pengangguran dan seterusnya membasmi kemiskinan. [ Soalan Tambahan : BN Kuala Nerus, PKR Kuala Langat ]

4. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan peranan Pusat Genom Negara yang beroperasi di Bangi, Selangor. [ Soalan Tambahan : PAS Hulu Langat, BN Putatan ]

5. Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah kaedah digunakan TNB untuk mengesan bahawa seorang pengguna rumah kediaman atau kilang telah melakukan pencurian tenaga dan bagaimana TNB mengawal pegawainya tidak salah guna kuasa memutuskan bekalan kepada pengguna. [ Soalan Tambahan : BN Tebaru, DAP Kepong, DAP Ipoh Barat ]

6. Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah galakan dan insentif yang diberikan kepada pengusaha-pengusaha industri herba dan apakah peranan Kementerian untuk meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa. [ Soalan Tambahan : Bebas Bayan Baru, BN Kapit ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan individu atau syarikat yang diberikan permit mengimport beras dan nyatakan apakah Kerajaan berhasrat menambah bilangan pemegang permit tersebut bagi mengelakkan pemonopolian yang boleh mengakibatkan harga beras menjadi terlalu tinggi.

20. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan:-
(a) perancangan pembinaan sekolah-sekolah menengah dan rendah yang baru bagi Parlimen Padang Terap bagi tempoh sepuluh (10) tahun akan datang; dan
(b) adakah ada perancangan bagi pembinaan sekolah menengah di sebelah Mukim Kurong Hitam dan sebuah Sekolah Menengah Sains di Parlimen Padang Terap.

24. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kerugian dan punca-punca yang dialami oleh Hospital Prince Court (milik penuh Petronas) sejak mula beroperasi serta langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi kerugian ini.

26. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah kos yang dibelanjakan oleh Kerajaan terhadap projek PERMATA NEGARA serta semua program yang dianjurkan melibatkan isteri Perdana Menteri sejak tahun 2008 hingga 2011.

32. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan pendirian Kerajaan Malaysia kepada kebangkitan dunia Arab dan rakyatnya yang menolak kepimpinan pemimpin mereka.

33. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah perancangan Kementerian selepas proses pendaftaran dan pemutihan. Apakah mekanisme KDN untuk mengusir pendatang asing ini khususnya di kawasan ladang dan luar bandar serta sempadan negara.

35. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah pendaftaran pemilih secara automatik akan dilaksanakan.

38. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan jumlah pemimpin dan pengikut gerakan perjuangan bersenjata menentang penjajah British sebelum 31 Ogos 1957 yang tidak berfahaman komunis.

Usul 12(1) bahawa dewan tidak akan ditangguhkan sehingga selesai diputuskan Rang Undang-Undang mengikut aturan urusan mesyuarat dari Nombor 1 hingga 6.

Usul 18(1) mengenai Akta Darurat yang masih belum dimansuhkan oleh DAP Bukit Gelugor.

c. Perbahasan usul dan Rang Undang-Undang Bagi Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 38/2011) Rang Undang-undang Perumahan Rakyat 1Malaysia 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

[ Perbahasan - PKR Machang ( PKR Indera Mahkota, BN Jasin, BN Rompin), BN Arau (Bebas Padang Serai, BN Kinabatangan, Bebas Padang Serai, BN Ledang), Bebas Pasir Mas, ] [ Rehat ]

[ BN Tenggara, PAS Kota Raja, BN Ledang, PKR Balik Pulau, BN Tangga Batu, PKR Indera Mahkota, BN Jasin ]

[ Penggulungan - BN Padang Rengas - PAS Shah Alam, DAP Bakri ] - Lulus

[ Dalam Jawatankuasa - DAP Kepong, PAS Tumpat, PKR Kuala Langat, DAP Kepong, PKR Indera Mahkota, PKR Balik Pulau, DAP Kepong, PAS Tumpat, PAS Shah Alam, PKR Balik Pulau, Bebas Wangsa Maju ] - Lulus

2. (D.R. 36/2011) Rang Undang-undang Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan) 2011 [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

[ Perbahasan - PKR Permatang Pauh, BN Jasin, DAP Ipoh Barat, PAS Kota Raja, DAP Batu Gajah, PKR Balik Pulau, PAS Kuala Selangor, PKR Petaling Jaya Selatan, DAP Kota Melaka ]

[ Penggulungan - BN Alor Setar - DAP Batu Gajah, PAS Kuala Selangor, PKR Balik Pulau, DAP Teluk Intan, PKR Balik Pulau, BN Jasin, PKR Balik Pulau, BN Tangga Batu, BN Jasin, PKR Batu, DAP Kota Melaka, DAP Batu Gajah, PKR Balik Pulau, PKR Petaling Jaya Selatan ] - Lulus

[ Dalam Jawatankuasa - PAS Tumpat, DAP Batu Gajah ]

3. (D.R. 43/2011) Rang Undang-undang Polis (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

[ Perbahaan - BN Kota Belud, PAS Tumpat, Bebas Pasir Mas, PKR Batu, DAP Batu Gajah ]

[ Penggulungan - BN Padang Rengas - Bebas Padang Serai, PAS Tumpat, PKR Batu ]

4. (D.R. 39/2011) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010 (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

[ Perbahasan - DAP Teluk Intan, PKR Balik Pulau ]

[ Penggulungan - BN Sandakan ] - Lulus

[ Dalam Jawatnkuasa - PKR Balik Pulau, DAP Teluk Intan, Bebas Kulim Bandar Baru ] - Lulus

Usul 12(1) bahawa dewan ini ditangguhkan sekarang.

Dewan ditangguhkan pada jam 10.50 malam.

Dibahas pada esok hari :-

Usul 86(5) bahawa dewan membahas kan :-

10. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi akan mencadangkan:-
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 86 (5) dan keputusan Usul yang diluluskan oleh Dewan ini pada 3 Oktober 2011, maka Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dibentangkan di atas Meja Mesyuarat di dalam Dewan ini sebagai Kertas Dewan No. DR. 3 Tahun 2011 hendaklah diterima dan dipersetujukan.”

Monday, November 28, 2011

Dewan Rakyat 29 November 2011 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi Jawab lisan
1. Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan langkah Kerajaan bagi memberi peluang kepada syarikat tempatan untuk mengambil bahagian dalam mengukuhkan pelaburan serantau
sejajar dengan matlamat pertubuhan ASEAN untuk menubuhkan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) menjelang 2015. [ Soalan tambahan: BN Tenggara, PAS Bachok ]

2. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menyambung Projek Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dari Jabor, Kemaman ke Gemuroh, sampai ke sempadan Kelantan di Besut, Terengganu. [ Soalan tambahan: PAS Kuala Terengganu, ]

3. Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan selain daripada mewujudkan Skim Rumah Pertamaku, adakah Kementerian bercadang untuk mewujudkan satu akta dalam mengawal kenaikan harga rumah khususnya di bandar-bandar agar ianya tidak dieksploitasi dan bagi membolehkan rakyat untuk memiliki rumah idaman mereka pada usia yang muda.
[ Soalan tambahan:

4. Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kedudukan jumlah pinjaman KWSP kepada institusi dan apakah cadangan pihak kerajaan untuk memastikan pelaburan tersebut menguntungkan dan membawa manfaat kepada penabung.
[ Soalan tambahan:

5. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kesediaan Kerajaan bagi merombak Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan bagi menampung lebih ramai guru Mandarin di sekolah-sekolah aliran Jenis Kebangsaan Cina di seluruh negara.
[ Soalan tambahan:

6. Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan perkembangan kemajuan industri pertanian organik. Apakah bentuk
bantuan dan insentif kepada pengusaha yang terlibat dalam bidang ini
[ Soalan tambahan:

7. Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:-
(a) dalam pembinaan KLIA 2, berapa kos pembinaannya; dan
(b) dari jumlah tersebut, berapakah anggaran kos bagi komponen 'labour' dan jumlah kos 'labour' yang dibayar kepada pekerja asing dan apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan untuk mengurangkan penggantungan terhadap pekerja dari luar negara.
[ Soalan tambahan:

8. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan:-
(a) jumlah pelajar yang memohon melalui UPU dan jumlah pelajar yang dapat diterima masuk IPTA dan IPTS sesi 2011/2012; dan
(b) universiti-universiti yang mengurus sendiri pengambilan pelajar dan jumlah pelajar yang dapat diambil sesi 2011/2012.
[ Soalan tambahan:

9. Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkah Kerajaan dalam menangani masalah golongan warga tua yang dilupakan atau yang diabaikan oleh ahli keluarga yang semakin serius pada masa kini. [ Soalan tambahan:

10. Tuan Wong Ho Leng [ Sibu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sama ada Jambatan Rajang (Lanang) akan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan. Nyatakan syarat-syarat pengambilalihan jambatan tersebut dan sama ada pengutipan tol jambatan akan dibatalkan. [ Soalan tambahan:

11. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-
(a) usaha Kerajaan dalam menangani masalah brain drain di negara ini; dan
(b) apakah halangan dan kekangan utama yang dihadapi oleh negara kita untuk menarik minat rakyat negara ini yang telah berkhidmat di luar negara, untuk kembali berkhidmat di negara ini (misalnya faktor gaji dan lainlain).

12. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Akta Halal yang dijanjikan Kerajaan akan di bentang dan dibahaskan di Parlimen memandangkan kebelakangan ini usaha kawalan halal dipertikaikan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang boleh membangkit sensitiviti umat Islam.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan menyenaraikan firma-firma peguam yang terlibat di dalam pengendalian dokumentasi perbankan Islam serta perincian pemilikan umat Islam/bukan Islam firma tersebut.

16. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah mengikut bidang kepakaran, tenaga pakar dan golongan-golongan ikhtisas rakyat Malaysia yang berkhidmat di luar negara serta nyatakan sebab-sebab kenapa mereka keberatan untuk pulang berkhidmat di negara sendiri dan lebih selesa di negara asing.

18. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan menyenaraikan kadar sewa gerai-gerai dan tapaktapak niaga di R&R yang terdapat di sepanjang lebuh raya seluruh negara dan apakah Kerajaan tidak berhasrat mengawalnya kerana mengakibatkan harga barangan menjadi terlalu tinggi serta membebankan pengguna.

24. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan:-
(a) langkah-langkah Kementerian untuk mempromosikan Kuala Krai sebagai lokasi sarang burung walit yang terkemuka di negara ini; dan
(b) nyatakan kawasan lain yang menjadi tumpuan industri ini.

30. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan tarikh siap pembinaan Jambatan Manek Urai Kuala Krai.

34. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan akan meneruskan lagi amalan memberi kontrak kepada syarikat asing untuk mengendalikan publisiti untuk Kerajaan.

40. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa kos tambahan yang dianggarkan Kerajaan jika sistem biometrik untuk pengesahan pengundi hendak dilaksanakan dan berapa kos tambahan sekiranya dakwat kekal yang digunakan. Apakah nama syarikat-syarikat yang telah ditender, untuk mendapat kontrak pembekalan mesin atau peralatan biometrik ini nanti.

c. Perbahasan Usul dan Rang Undang-Undang Bagi Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 42/2011) Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (24 November, 2011) [ Perdana Menteri ]

[ Perbahasan - PKR Permatang Pauh, BN Kota Belud ] [ Rehat ] [ DAP Bagan, PAS Marang (PKR Gombak), Bebas Pasir Mas, BN Hulu Selangor ] [ Penggulungan Menteri Di JPM - Pindaan Peringkat Jawatankuasa ] [ Lulus ]

2. (D.R. 31/2011) Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2011 [ Kementerian Kewangan ]

[ Perbahasan - PKR Indera Mahkota, Bebas Pasir Mas, PKR Kuala Kedah ] [ Penggulungan Timbalan Menteri Kewangan (Senator) - ]

3. (D.R. 32/2011) Rang Undang-undang Pencen (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

4. (D.R. 33/2011) Rang Undang-undang Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

5. (D.R. 34/2011) Rang Undang-undang Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

6. (D.R. 35/2011) Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) (No.2) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.50 petang

7. (D.R. 38/2011) Rang Undang-undang Perumahan Rakyat 1Malaysia 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

8. (D.R. 36/2011) Rang Undang-undang Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan) 2011 [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

9. (D.R. 30/2011) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2011 [ Kementerian Kewangan ]

10. (D.R. 43/2011) Rang Undang-undang Polis (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

11. (D.R. 39/2011) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010 (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

12. (D.R. 40/2011) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

13. (D.R. 41/2011) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

14. (D.R. 37/2011) Rang Undang-undang Standard Malaysia (Pindaan) 2011 [ Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ]

15. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ]

16. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960, mengambil ketetapan bersetuju supaya Malaysia membuat sumbangan Dana Tambahan Keenam Belas kepada Persatuan Pembangunan Antarabangsa (IDA 16) sebanyak USD119,275 (RM368,208).”

17. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61), mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham.”

18. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini, mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil ST.52 dan ST.53 tahun 2011 disahkan.”

Thursday, November 24, 2011

Dewan Rakyat 24 November 2011 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah langkah-langkah perlu yang sentiasa diambil bagi memastikan naskhah sejarah dan kebudayaan negara kekal tulen dan terpelihara dari sebarang anasir yang cuba merosak dan memesongkannya. [ Soalan tambahan: Bn Sri Gading, PKR Indera Mahkota, BN Kalabakan ]

2. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah dan kadar elaun yang diberi kepada anggota JPAM semasa mereka di dalam tugas dan jumlah serta jenis insurans yang dilindungi terhadap mereka, serta bentuk latihan yang diperoleh sebelum mereka menjalankan tugas. [ Soalan tambahan: PAS Pendang,

3. Tuan Ding Kuong Hiing [ Sarikei ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan usaha dan apakah rancangan Kementerian menaik taraf jalan dari Bukit Huang-Sekumang ke Tg. Manis sejauh 15 kilometer sehingga sekarang sedangkan ianya akan dilaksanakan dalam rolling plan kedua, RMKe-10 seperti yang dinyatakan dalam sidang Dewan Rakyat.
[ Soalan tambahan:

4. Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan berapa dan apakah perjanjian-perjanjian antarabangsa (treaties) yang Malaysia telah memasuki setakat ini. [ Soalan tambahan: DAP Teluk Intan, BN Dungun, PAS Tumpat ]

5. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah status bagi langkah melarang pembelian gula bersubsidi oleh semua pihak industri termasuk kecil dan sederhana, terutama kepada syarikat makanan dan minuman berskala besar dan hasil penjimatan yang telah dicapai melalui langkah tersebut setakat ini. [ Soalan tambahan: Tidak Hadir ]

6. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah jumlah peminjam PTPTN yang telah di senarai hitamkan.
[ Soalan tambahan: PAS Pokok Sena, BN Kinabatangan, Bebas Pasi Mas ]

7. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan pendekatan jangka panjang dilaksanakan untuk penyelenggara jalan-jalan raya di bawah seliaan JKR di seluruh negara, untuk menentukan ia sentiasa dalam keadaan baik.
[ Soalan tambahan: BN Sipitang, DAP Kota Kinabalu, BN Bintulu ]

8. Tuan Manickavasagam a/l Sundaram [ Kapar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan berapakah purata pendapatan yang diperoleh oleh setiap pekerja ladang negara pada tahun 2008 sehingga kini dan nyatakan jumlah pembayaran yang perlu dibuat oleh pekerja ladang bagi membeli unit rumah yang disediakan oleh pihak ladang berkenaan.
[ Soalan tambahan: BN Kapar ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
16. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah hutang terkini Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat.

18. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan penyelesaian terhadap peserta Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) yang mendiami perumahan KEDA Pong Selatan dan Kg Bagan :-
(a) harga rumah sebenar yang perlu dibayar; dan
(b) hak milik yang sah selepas pembayaran selesai dibuat oleh peserta.

20. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah Malaysia masih berdepan dengan cabaran 'keselamatan makanan' (food security). Apakah Kementerian masih berperang dengan pendekatan 'mengimport beras adalah lebih murah, dari segi kos, berbanding menanam padi sendiri'. Sekiranya jawapan adalah positif, bukankah pendekatan ini mempunyai risikonya yang tersendiri.

24. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah sebenar pekerja asing yang berdaftar dan yang tidak berdaftar di negara ini. Nyatakan apakah tindakan Kementerian untuk mengatasi masalah pekerja asing yang semakin bertambah ini.

38. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah kriteria sebenar yang diguna pakai untuk pemberian netbook 1Malaysia kepada pelajar-pelajar di Daerah Yan semasa lawatan rasmi Perdana Menteri ke Kedah 28 Julai lalu sehingga menimbulkan rungutan ibu bapa yang pada mulanya terpilih untuk menerimanya.

40. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah belanja yang telah ditanggung oleh Kerajaan untuk semua majlis keraian Perdana Menteri dan isteri sejak tahun 2008 sehingga 2011 termasuk elaun pakaian, elaun 'make up' dan elaun perabot rumah setiap tahun secara terperinci dalam setiap perkara tersebut.

Usul Berkenaan Kekotoran air di Kelantan oleh Bebas Pasir Mas.

c. Perbahasan Usul dan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali Kedua
1. Perdana Menteri akan mencadangkan:-
(a) bahawa Dewan ini meluluskan ketetapan menurut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan untuk mengungkaikan Proklamasi Darurat yang berikut:
(i) Proklamasi Darurat 1966 [P.U.(A)339A/1966] iaitu Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 14 September 1966 di Sarawak bertujuan untuk membolehkan Kerajaan menyelesaikan pertikaian politik di Sarawak;
(ii) Proklamasi Darurat 1969 [P.U.(A)145/1969] iaitu Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 15 Mei 1969 berikutan dengan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ; dan
(iii) Proklamasi Darurat 1977 [P.U.(A)358/1977] iaitu Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 8 November 1977 di Kelantan bertujuan untuk menyelesaikan pertikaian politik di negeri Kelantan;

(b) bahawa Dewan ini mengambil maklum sebab Proklamasi Darurat tersebut itu diungkaikan adalah kerana keadaan darurat yang mengancam keselamatan atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Malaysia sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan yang menghendaki Proklamasi Darurat yang tersebut itu terus berkuat kuasa tidak lagi wujud masa kini;

(c) bahawa Dewan ini mengambil maklum kesan pengungkaian ini menurut Fasal (7) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan ialah, apa-apa ordinan yang dibuat di bawah Proklamasi Darurat yang tersebut itu dan undang-undang yang dibuat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan semasa Proklamasi Darurat yang tersebut itu berkuat kuasa akan terhenti berkuat kuasa selepas habis tempoh enam bulan dari tarikh Proklamasi Darurat yang tersebut itu dibatalkan;

(d) bahawa Dewan ini mengambil maklum langkah-langkah sewajarnya perlu diambil untuk memastikan tidak timbul kesukaran atau apa-apa halangan kepada Kerajaan untuk mengawal jenayah dan perkara-perkara yang boleh menyebabkan ancaman terhadap keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam termasuklah kegiatan keganasan apabila terhentinya kuat kuasa semua ordinan yang dibuat di bawah Proklamasi darurat yang tersebut itu dan undang-undang yang dibuat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan semasa Proklamasi Darurat yang tersebut itu berkuat kuasa seperti yang dinyatakan dalam perenggan (c);

(e) bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa dengan terungkainya Proklamasi Darurat yang tersebut itu Kerajaan tidak lagi mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Seperti yang Dewan ini sedia maklum Fasal (5) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Parlimen, walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan Persekutuan, untuk membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara jika didapati oleh Parlimen bahawa undang-undang itu dikehendaki oleh sebab darurat itu kecuali undang-undang mengenai apa-apa perkara hukum Syarak atau adat Melayu atau mengenai apa-apa perkara undang-undang atau adat anak negeri di Negeri Sabah atau Sarawak seperti yang dinyatakan dalam Fasal (6A);

(f) bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa pengungkaian Proklamasi Darurat yang tersebut itu membuktikan bahawa Kerajaan sentiasa bersedia untuk melakukan pembaharuan dalam undang-undang negara supaya ia selaras dengan kehendak semasa dan mengukuhkan lagi usaha Kerajaan untuk memastikan negara ini sentiasa maju ke hadapan.

[ Pembentangan - YAB Perdana Menteri - YB Pekan ] [ Perbahasan - PKR Permatang Pauh, BN Tangga Batu, DAP Ipoh Timur ] [ Rehat] [ BN Kota Belud, Bebas Pasir Mas, PAS Kubang Kerian, BN Hulu Selangor ] [ Penggulungan oleh Menteri Di JPM

2. (D.R. 42/2011) Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 [ Perdana Menteri ]

[ Perbahasan akan ditangguhkan pada Selasa, 29 Nov 2011 ]

Mesyuarat ditamatkan pada jam

3. (D.R. 31/2011) Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2011 [ Kementerian Kewangan ]

4. (D.R. 32/2011) Rang Undang-undang Pencen (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

5. (D.R. 33/2011) Rang Undang-undang Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

6. (D.R. 34/2011) Rang Undang-undang Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

7. (D.R. 35/2011) Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) (No.2) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

8. (D.R. 38/2011) Rang Undang-undang Perumahan Rakyat 1Malaysia 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

9. (D.R. 36/2011) Rang Undang-undang Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan) 2011 [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

10. (D.R. 30/2011) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2011 [ Kementerian Kewangan ]

11. (D.R. 43/2011) Rang Undang-undang Polis (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

12. (D.R. 39/2011) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010 (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

13. (D.R. 40/2011) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

14. (D.R. 41/2011) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

15. (D.R. 37/2011) Rang Undang-undang Standard Malaysia (Pindaan) 2011 [ Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ]

16. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ]

17. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960, mengambil ketetapan bersetuju supaya Malaysia membuat sumbangan Dana Tambahan Keenam Belas kepada Persatuan Pembangunan Antarabangsa (IDA 16) sebanyak USD119,275 (RM368,208).”

18. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61), mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham.”

Wednesday, November 23, 2011

Dewan Rakyat 23 November 2011 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan:-
(a) bilakah Kementerian Pelajaran Malaysia akan menukarkan status sekolah vokasional kepada kolej vokasional sebagai sebahagian usaha memantapkan lagi sistem pendidikan negara; dan
(b) apakah sambutan pelajar-pelajar terhadap penukaran status ini terutama kepada penganugerahan sijil kemahiran yang merupakan lulusan setaraf diploma atau diploma lanjutan.
[ Soalan tambahan: BN Parit Sulong, DAP Kepong ]

2. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah prestasi kewangan bagi semua projek dalam rancangan Entry Point Projects (EPP) di bawah payung ETP setakat ini. Sila berikan bukti terkini secara kuantitatif.
[ Soalan tambahan: Tidak Hadir ]

3. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-
(a) apakah usaha Kerajaan untuk memperkasakan JAKIM termasuk menambah bilangan pegawai-pegawai; dan
(b) adakah Kerajaan akan menubuhkan jabatan-jabatan JAKIM di negeri-negeri seluruh negara bagi meningkatkan Syiar Islam dan mengatasi cabaran-cabaran semasa.
[ Soalan tambahan: Tidak Hadir ]

4. Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kedudukan penghijrahan cerdik pandai Malaysia dan pencapaian Talent Corporation dalam menarik rakyat Malaysia yang berkebolehan balik ke Malaysia. Berapa banyak yang dibelanjakan oleh Talent ke atas Projek Brain Gain yang dilancarkan oleh Kerajaan pada tahun 2006.
[ Soalan tambahan: DAP Cheras, BN Putatan ]

5. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan dalam usaha menyerapkan Guru-guru sandaran ke perkhidmatan tetap apakah ada kriteria atau syarat khusus yang mesti dipenuhi.
[ Soalan tambahan: Tidak Hadir ]

6. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah tindakan Kerajaan bagi mengekang kadar inflasi yang telah meningkat ke kadar tertinggi sepanjang 25 bulan yang lalu pada bulan Mei 2011 yang mencecah kadar 3.3 peratus. Apakah tindakan Kerajaan untuk membendung kenaikan harga barangan pengguna.
[ Soalan tambahan: Tidak Hadir ]

7. Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah fahaman Wahabi meresap ke dalam masyarakat kita dan apakah langkah-langkah yang diambil untuk mencegahnya. [ Soalan tambahan: BN Hulu Terengganu, PAS Bachok ]

8. Tuan Kulasegaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apa yang dilakukan untuk membantu pertubuhan kebudayaan kaum India dan seni moden kaum India dan nyatakan jumlah bantuan kewangan yang diberikan kepada pertubuhan kaum India dari tahun 1957 sehingga sekarang. (Senaraikan mengikut amaun untuk setiap tahun). [ Soalan tambahan: DAP Ipoh Barat, BN Sri Gading ]

9. Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah pelaburan awam dan swasta yang diluluskan bagi tahun 2010 dan 2011 dan menyatakan impak ke atas kejayaan projek ETP yang memerlukan pelaburan sektor swasta berjumlah RM115 bilion setahun. [ Soalan tambahan: BN Jasin, PKR Machang, PAS Kuala Selangor ]

10. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan:-
(a) perkembangan projek Fish Protech yang dijalankan di Naka, Kedah dan berapakah kos yang terlibat; dan
(b) bilakah rakyat khususnya tempatan akan mendapat manfaat dari projek ini.
[ Soalan tambahan: PAS Padang Terap, BN Maran ]

11. Datin Linda Tsen Thau Lin [ Batu Sapi ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah keputusan muktamad Kerajaan dalam menggunakan Bahasa Inggeris untuk mengajar mata pelajaran Matematik dan Sains. [ Soalan tambahan: BN Tangga Batu, PAS Sik, BN Arau ]

12. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah hutang negara yang tertunggak hingga kini, berapa jumlah hutang termasuk bon yang perlu Kerajaan langsaikan hingga akhir tahun 2011 serta daripada ini berapa yang perlu dijadualkan semula pembayarannya. [ Soalan tambahan: Tidak Hadir ]

13. Tan Sri Datuk Seri Dr Fong Chan Onn [ Alor Gajah ] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau, Air menyatakan apa tindakan telah diambil oleh Kementerian untuk menyelesaikan dakwaan kecurian elektrik TNB terhadap pengguna-pengguna yang mana mereka mengadu bahawa penalti yang dikenakan adalah tidak berpatutan, disamping itu apa tindakan akan diambil oleh kementerian untuk menjamin keadilan. [ Dikemukakan tanpa soalan Tambahan ]

Usul 12 (1) - Perbahasan ditangguhkan sehingga selesai perbahasan peringkat Jawatankuasa.

Usul 18 (1) oleh PAS Pokok Sena mengenai penahanan 13 Orang di bawah ISA.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
16. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara jelas keperluan ceramah-ceramah bermotifkan politik yang menyeru kepada penyatuan UMNO dan PAS dalam kursus penghayatan nilai-nilai Islam kepada imam-imam dan pegawai masjid seluruh negara pada 24 hingga 26 Julai lalu.

32. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah penumpang keretapi di laluan Tumpat-Kuala Lumpur pada tahun 2007, 2008, 2009 dan 2010.

34. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan terkini urusan Persempadanan Semula Bahagian Parlimen dan negeri.

36. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan susulan Kementerian terhadap Akhbar Star yang menyiarkan iklan yang menyinggung perasaan umat Islam pada bulan Ramadhan yang lalu. Adakah sekadar amaran dan tiada tindakan susulan terhadap akhbar ini.

38. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan masalah penyalahgunaan dadah di sekolah-sekolah Kerajaan, sekolah agama Kerajaan negeri dan sekolah swasta secara perbandingan.

39. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan jumlah rakyat Malaysia yang meninggal dunia di dalam misi bertugas di bawah panji PBB di luar negara dan juga misi bantuan mengikuti program anjuran NGO negara ini di luar negara sehingga kini mengikut negara mereka dihantar beroperasi.

40. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan dasar dan asas pertimbangan kelulusan untuk mendapatkan Rumah Mesra Rakyat, dan sehingga kini (2011) berapa buah telah diluluskan dalam kawasan Parlimen Baling mengikut pecahan Dewan Undangan Negeri (Bayu, Kupang, Kuala Ketil).

c. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. Menyambung semula pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 (D.R.29/2011) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2012 seperti berikut:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh satu bilion dua ratus empat puluh lapan juta sembilan ratus ribu ringgit (RM51,248,900,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2012, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 9 Tahun 2011, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (22 November, 2011).

[ Perbahasan Bagi kepala Bekalan/ Pembangunan B60/P60 Kementerian Pertahanan - BN Sri Gading, BN Arau, PKR Machang, PAS Pokok Sena, BN Jasin, DAP Bakri, BN Pasir Salak,, Bebas Pasir Mas, BN Kinabatangan ] [ REHAT ]

[ Sambungan - DAP Petaling Jaya Utara, BN Rembau, PAS Padang Terap, BN Lenggong, PKR Lembah Pantai, BN Labuan, PKR Indera Mahkota, BN Limbang, Bebas Tawau, BN Jempol, DAP Kota Melaka, BN Lipis ]

[ Penggulungan - Timbalan Menteri Pertahanan (BN Mersing) - PAS Pokok Sena, PAS Sik, PAS Pokok Sena, BN Jasin, PKR Machang, PAS Pokok Sena, BN Lenggong, DAP Batu Gajah, PKR Lembah Pantai ]

[ Perbahasan Bagi kepala Bekalan/ Pembangunan B62/P62 Kementerian Dalam Negeri - Perbahasan - BN Labuan, PAS Kubang Kerian, BN Sri Gading, Bebas Pasir Mas, BN Tuaran, DAP Kepong, BN Kinabatangan, PKR Subang, BN Batang Sadong, BN Pengerang, DAP Bukit Mertajam, PAS Tumpat, BN Kapit, BN Tangga Batu, PKR Sungai Petani, DAP Batu Gajah, Bebas Tawau, BN Lipis, BN Kota Belud, BN Paya Besar, DAP Ipoh Barat, PKR Kuala Langat, PAS kuala Krai, PSM Sungai Siput, BN Hulu Selangor, DAP Seremban, PKR Indera Mahkota, DAP Teluk Intan, PKR Petaling Jaya Selatan, DAP Bakri, DAP Bukit Bendera ]

[ Penggulungan -Timbalan Menteri - BN Masjid Tanah - DAP Ipoh Barat, PAS Kubang Kerian, BN Kinabatangan, BN Sri Gading, DAP Batu Gajah, Bebas Kulim Bandar Baru ]

Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 - Lulus

Agenda Esok :-

1. Perdana Menteri akan mencadangkan:-
(a) bahawa Dewan ini meluluskan ketetapan menurut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan untuk mengungkaikan Proklamasi Darurat yang berikut:
(i) Proklamasi Darurat 1966 [P.U.(A)339A/1966] iaitu Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 14 September 1966 di Sarawak bertujuan untuk membolehkan Kerajaan menyelesaikan pertikaian politik di Sarawak;
(ii) Proklamasi Darurat 1969 [P.U.(A)145/1969] iaitu Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 15 Mei 1969 berikutan dengan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ; dan
(iii) Proklamasi Darurat 1977 [P.U.(A)358/1977] iaitu Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 8 November 1977 di Kelantan bertujuan untuk menyelesaikan pertikaian politik di negeri Kelantan;

(b) bahawa Dewan ini mengambil maklum sebab Proklamasi Darurat tersebut itu diungkaikan adalah kerana keadaan darurat yang mengancam keselamatan atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Malaysia sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan yang menghendaki Proklamasi Darurat yang tersebut itu terus berkuat kuasa tidak lagi wujud masa kini;

(c) bahawa Dewan ini mengambil maklum kesan pengungkaian ini menurut Fasal (7) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan ialah, apa-apa ordinan yang dibuat di bawah Proklamasi Darurat yang tersebut itu dan undang-undang yang dibuat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan semasa Proklamasi Darurat yang tersebut itu berkuat kuasa akan terhenti berkuat kuasa selepas habis tempoh enam bulan dari tarikh Proklamasi Darurat yang tersebut itu dibatalkan;

(d) bahawa Dewan ini mengambil maklum langkah-langkah sewajarnya perlu diambil untuk memastikan tidak timbul kesukaran atau apa-apa halangan kepada Kerajaan untuk mengawal jenayah dan perkara-perkara yang boleh menyebabkan ancaman terhadap keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam termasuklah kegiatan keganasan apabila terhentinya kuat kuasa semua ordinan yang dibuat di bawah Proklamasi darurat yang tersebut itu dan undang-undang yang dibuat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan semasa Proklamasi Darurat yang tersebut itu berkuat kuasa seperti yang dinyatakan dalam perenggan (c);

(e) bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa dengan terungkainya Proklamasi Darurat yang tersebut itu Kerajaan tidak lagi mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Seperti yang Dewan ini sedia maklum Fasal (5) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Parlimen, walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan Persekutuan, untuk membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara jika didapati oleh Parlimen bahawa undang-undang itu dikehendaki oleh sebab darurat itu kecuali undang-undang mengenai apa-apa perkara hukum Syarak atau adat Melayu atau mengenai apa-apa perkara undang-undang atau adat anak negeri di Negeri Sabah atau Sarawak seperti yang dinyatakan dalam Fasal (6A);

(f) bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa pengungkaian Proklamasi Darurat yang tersebut itu membuktikan bahawa Kerajaan sentiasa bersedia untuk melakukan pembaharuan dalam undang-undang negara supaya ia selaras dengan kehendak semasa dan mengukuhkan lagi usaha Kerajaan untuk memastikan negara ini sentiasa maju ke hadapan.

2. (D.R. 42/2011) Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 [ Perdana Menteri ]

Dewan ditangguhkan pada jam 10.37 malam.

Tuesday, November 22, 2011

Dewan Rakyat 22 November 2011 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah perancangan terhadap penstrukturan dan keperluan kenaikan cukai ke atas nilai prabayar sebanyak 6% kepada pengguna. Adakah dengan kenaikan cukai ini akan menjadi sebuah mekanisme membebankan lagi rakyat dan mempolitikkan lagi isu yang sedia ada di negara ini. [ Soalan tambahan: BN Parit, PKR Machang, BN Kota Belud ]

2. Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan tentang projek pembinaan jalan raya persisiran pantai di Melaka:-
(a) setakat ini berapa fasa atau peratusan projek tersebut sudah siap dibina; dan
(b) untuk menyelesaikan kesesakan lalu lintas, bilakah bahagian jalan dari Taman Melaka Raya menyambung Padang Temu dapat dibina. [ Soalan tambahan: DAP Kota Melaka, BN Jasin ]

3. Dato' Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah projek-projek Dasar Jaminan Makanan yang telah dilakukan dan yang akan dibuat oleh Kementerian di negeri Sabah. Berapakah bajet yang diperuntukkan. [ Soalan tambahan: BN Kota Belud, PKR Gombak ]

4. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan SAPS telah menentukan grading markah yang seragam untuk sekolah-sekolah di seluruh negara:-
(a) berikutan sekolah di luar bandar memiliki segala kelemahan dari segi guru, peralatan dan kemudahan asas, adakah adil mereka diberi penilaian yang sama; dan
(b) berikutan kemudahan online juga amat terhad dan terhalang, adakah Kementerian sedar keadaan ini amat membebankan tugas guru. [ Soalan tambahan: PAS Sik, BN Kalabakan ]

5. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-
(a) sama ada pihak Kerajaan bersedia untuk meminda undang-undang negara bagi memastikan rakyat Malaysia yang mencapai umur 21 tahun didaftar secara automatik sebagai pemilih; dan
(b) jumlah pengundi baru yang didaftarkan sejak tahun 2000, menurut pecahan negeri dan kaum dan jumlah perbelanjaan yang dibelanjakan bagi urusan pendaftaran pemilih setiap tahun.
[ Soalan tambahan: BN Putatan, PKR Gopeng ]

6. Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah Kementerian sudah melaksanakan ke semua projek pilihan raya yang ingin menyediakan wifi percuma di setiap kampung seperti yang dijanjikan pada kawasan yang berlakunya Pilihan Raya Kecil. [ Soalan tambahan: PKR Tanah Merah, BN Kinabatangan ]

7. Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-
(a) sejauh manakah Talent Corporation berjaya menarik profesional di dalam bidang tertentu untuk balik berkhidmat di Malaysia; dan
(b) apakah ciri-ciri profesionalisme yang dikehendaki/ dimiliki sehingga Kerajaan sanggup memberi begitu banyak insentif kepada mereka berbanding dengan profesional yang sedia ada di Malaysia. [ Soalan tambahan: BN Langkawi, DAP Batu Gajah ]

8. Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan butiran perbelanjaan RM2.2 bilion oleh Kementerian dalam menaik taraf kawasan Muda Agriculture Development Authority (MADA) selama 10 tahun ini. [ Soalan tambahan:Tidak Hadir ]

9. Dato' Mohd Jidin bin Shafee [ Setiu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah rumah yang dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mengikut pecahan negeri sepanjang tahun 2008 hingga 2011 dan berapakah modal yang dikeluarkan SPNB bagi tujuan tersebut. [ Soalan tambahan: BN Setiu, DAP Ipoh Barat ]

Peraturan Mesyuarat 12 (1) masa mesyuarat dilanjutkan sehingga 10.30 malam ini.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah benar pihak PETRONAS di bawah pengurusan terkini lebih menumpukan kepada pelaburan domestik dan mengurangkan pelaburan luar negara. Sekiranya benar, berikan alasannya dan kesannya terhadap tenaga kerja profesional dalam PETRONAS.

18. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan jumlah kos pembikinan dan penyiaran bagi slot filem iklan yang bertujuan untuk menghasut rakyat supaya jangan menyertai dan menimbulkan kebencian terhadap rakyat yang menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 yang disiarkan oleh RTM.

28. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah ahli keluarga YAB Perdana Menteri yang bersama dalam rombongan-entourage beliau ke Kazakhstan atas urusan pra-pertunangan yang berlaku serentak dengan lawatan rasmi ke negara tersebut serta untuk menghadiri Persidangan WIEF.

30. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan menjelaskan apakah punca AirAsia ingin mengalihkan ibu pejabat (HQ) mereka ke Jakarta dan kenapakah ia dibatalkan kemudiannya.

37. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bilakah pembinaan rumah awam yang dijanjikan dalam Pilihan raya Kecil Galas, Gua Musang 4 November 2010 akan dimulakan.

38. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh manakah siasatan dibuat terhadap aduan bahawa pihak polis menambak gas pemedih mata dam meriam air ke dalam perkarangan Hospital Tung Shin ketika berlangsung perhimpunan aman BERSIH pada 9 Julai lalu.

40. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah penduduk sementara, penduduk tetap, pengundi yang tidak diketahui status warganegaranya dan jumlah pemilih yang nama bertindih yang berdaftar dalam senarai SPR di Terengganu sehingga September 2011.

c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011
2. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Polis (Pindaan) 2011
3. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010 (Pindaan) 2011
4. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2011
5. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2011
6. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi * Rang Undang-undang Standard Malaysia (Pindaan) 2011

d. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. Menyambung semula pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 (D.R.29/2011) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2012 seperti berikut:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh satu bilion dua ratus empat puluh lapan juta sembilan ratus ribu ringgit (RM51,248,900,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2012, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 9 Tahun 2011, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (21 November, 2011).

[ Perbahasan bagi Kepala Bekalan/ Pembangunan B47/ P47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan - PAS Bachok, BN Batang Sadong, PAS Baling, BN Lipis, DAP Kota Melaka, BN Kuala Krau, BN Kinabatangan, Bebas Kulim Bandar Baru, BN Silam, BN Kinabatangan ] [ Rehat ] [ BN Tenom, DAP Bakri, Bebas Bagan Serai, BN Hulu Selangor ]

[ Penggulungan - Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (BN Julau) - PKR Balik Pulau, BN Simpang Renggam, BN Ledang, PKR Indera Mahkota, BN Tangga Batu, BN Kota Belud, PKR Balik Pulau, BN Arau, PAS Baling, PAS Pokok Sena, DAP Kota Melaka, Bebas Kulim Bandar Baru, DAP Bakri, Bebas Pasir Mas ]

[ Perbahasan bagi Kepala Bekalan/ Pembangunan B48/ P48 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - BN Parit Sulong, DAP Bukit Mertajam, PSM Sungai Siput, BN Kapit, PKR Lembah Pantai, BN Tangga Batu, PAS Pendang, BN Jempol, DAP Batu Gajah, Bebas Kulim bandar Baru, PKR Ampang, PKR PJ Selatan ]

[ Penggulungan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - DAP Batu Gajah, PAS Kota Bharu, PAS Pokok Sena, PKR Ampang, PKR Indera Mahkota, PAS Kota Bharu ] [ LULUS ]

[ Perbahasan bagi Kepala Bekalan/ Pembangunan B 49/ P49 Kementerian Pengajian Tinggi - BN Ledang, DAP Rasah, BN Hulu Selangor, PKR Indera Mahkota, BN Arau, Bebas Kulim Bandar Baru, BN Lipis, PAS Padang Terap, DAP Serdang, BN Sri Gading ]

[ Penggulungan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi (BN Temerloh) - BN Ledang, PKR Balik Pulau, ]

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 malam.

2. (D.R. 30/2011) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2011 [ Kementerian Kewangan ]

3. (D.R. 31/2011) Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2011 [ Kementerian Kewangan ]

4. (D.R. 38/2011) Rang Undang-undang Perumahan Rakyat 1Malaysia 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

5. (D.R. 32/2011) Rang Undang-undang Pencen (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

6. (D.R. 33/2011) Rang Undang-undang Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

7. (D.R. 34/2011) Rang Undang-undang Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

8. (D.R. 35/2011) Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) (No.2) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

9. (D.R. 36/2011) Rang Undang-undang Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan) 2011 [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

10. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ]

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960, mengambil ketetapan bersetuju supaya Malaysia membuat sumbangan Dana Tambahan Keenam Belas kepada Persatuan Pembangunan Antarabangsa (IDA 16) sebanyak USD119,275 (RM368,208).”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61), mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham.”

Saturday, November 19, 2011

Dewan Rakyat 21 Nov 2011 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan

1. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk meminda polisi pemberian pinjaman pendidikan melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional bagi mencakupi pelbagai kursus-kursus ijazah
profesional bertaraf dunia yang diduduki di institusi pengajian tinggi tempatan, sepertimana yang dikeluarkan oleh Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) atau Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW). [ Soalan tambahan: BN Rembau, PKR Machang ]

2. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan apakah langkah yang diambil oleh DBKL untuk melaksanakan perbelanjaan berhemat dan berjimat-cermat dalam Bajet Tahunannya
memandangkan terdapat peruntukan dibelanjakan untuk projek-projek tidak perlu dan tidak urgensi. [ Soalan tambahan: DAP Bukit Bintang ]

3. Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk membekalkan pakaian dan kelengkapan secukupnya kepada anggota RELA kerana tugas yang dijalankan cukup mencabar pada hari ini.
[ Soalan tambahan:

4. Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan senarai penama-penama mereka yang telah menerima bantuan Tabung Ekonomi Kumpulan Usahaniaga (TEKUN) di Selangor dan Wilayah Persekutuan serta langkah yang diambil bagi memastikan penama tersebut tidak menerima bantuan yang lain seperti zakat dan program kebajikan masyarakat. [ Soalan tambahan:

5. Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah Kementerian memantau kandungan berita yang disiarkan oleh program berita di TV2 edisi Mandarin dan Tamil memandangkan kandungan berita yang disiarkan didapati berbeza dengan berita arus perdana. [ Soalan tambahan:

6. Dato' Ibrahim bin Ali [ Pasir Mas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah kejayaan TERAJU yang diletak di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Bumiputera bagi menentukan pemilikan Ekuiti Bumiputera dalam sektor utama dapat mencapai 30 peratus
menjelang 2020. Apakah TERAJU diberi kuasa eksekutif seperti mana PEMANDU bagi memastikan TERAJU benar-benar berkesan dalam menjalankan tugasan dan peranannya.
[ Soalan tambahan:

7. Tuan Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah bilangan pelajar-pelajar sarjana dan Doktor Falsafah yang ditawarkan yuran pengajian secara percuma dan apakah bidang pengkhususan pengajian yang ditawarkan.
[ Soalan tambahan:

8. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kriteria menjadi ahli lembaga pengawasan syariah di Bank Negara dan bank-bank lain yang rata-ratanya terdiri dari ahli-ahli akademik. Adakah cadangan Kerajaan untuk melantik lebih ramai orang yang mahir di dalam perbankan Islam dari kalangan pentadbir, peguam, peguam syarie, akauntan dan mereka yang terlibat dalam kerja lapangan.
[ Soalan tambahan:

9. Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan doktor Kerajaan yang meletak jawatan mulai tahun 2008 hingga Ogos 2011 dan apakah faktor-faktor mereka berbuat demikian.
[ Soalan tambahan:

10. Dr. Ramasamy a/l Palanisamy [ Batu Kawan ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah pendirian Kementerian di atas cadangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengenal pasti sebidang tanah berukuran 8 ekar di Taman Chai Leng,Perai, Pulau Pinang bagi mendirikan sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina yang baru. [ Soalan tambahan:

11. Datuk Ir Haji Idris Bin Haji Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah sebarang peruntukan undangundang yang mengehadkan jualan atau pemilikan bahan-bahan kimia seperti asid berbahaya di kedai-kedai runcit dan hardware store yang menjadi trend masa kini sebagai senjata untuk menganiaya mangsa.

12. Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bila dua orang Pakar Bedah Kardiotorasik yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Penempatan Pegawai Kontrak pada 7 Jun 2011 akan mula bertugas di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak di Kota Samarahan, Sarawak.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
18. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan perlaksanaan SAPS adalah tidak diselaraskan dengan Jabatan Pelajaran Negeri. Dalam sistem Grading pelajar cemerlang misalnya NKRA meletakan 80% sebagai minima untuk pelajar layak dapat Grade A. Di negeri Kedah misalnya Jabatan Negeri menentukan 75% sebagai grade minima untuk pelajar mendapat pangkat A. Apakah langkah susulan pihak Kementerian mengenai hal tersebut.

22. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-
(a) jumlah orang yang telah diberi status penduduk tetap (PR) di Malaysia bagi tempoh 1957-1960, 1961-1970, 1971-1980, 1981-1990, 1991-2000, 2001-2010 dan pada
tahun 2011 di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak; dan
(b) daripada bilangan ini untuk tempoh yang dinyatakan, berapakah jumlah yang diberi PR adalah terdiri mereka yang berada di Malaysia sebelum atau pada Ogos 1957, kerana mereka telah berkahwin dengan warganegara Malaysia, kerana mereka adalah profesional yang mempunyai 'skill' yang diperlukan oleh negara Malaysia dan ahli sukan dan alasan lain.

24. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bagaimana pengeluaran dua kad pengenalan baru kepada seorang warga negara pada asalnya hanya mempunyai satu kad pengenalan lama boleh berlaku.

28. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah Wang Dana Khas dari Royalti Petroleum Terengganu yang digunakan untuk membina dan menyiapkan Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu dan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan bilakah ianya akan dibayar balik kepada Kerajaan Negeri Terengganu.

30. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan prosedur asas dan kriteria utama dalam proses memberikan taraf kerakyatan kepada rakyat asing. Nyatakan sejak merdeka hingga sekarang, berapakah jumlah warga asing yang telah diberikan status kerakyatan di negara ini.

32. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan:-
(a) jumlah kes jenayah yang melibatkan anggota tentera lainlain pangkat bermula Januari 2010 sehingga Jun 2011; dan
(b) apakah tindakan pihak Kementerian bagi mengurangkan kes jenayah di kalangan anggota tentera.

35. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah Kementerian sedar dengan siapnya laluan baru Kulim-Gerik dan Pantai Timur menyebabkan bandar Baling dan Pengkalan Hulu 'mati' dan sebahagian pengusaha kedai makan kedai dan kedai-kedai barang hilang pendapatan, ada yang terpaksa ditutup termasuk sebahagian kedai di kompleks bebas cukai sempadan Pengkalan Hulu-Betong Thailand. Apakah langkah Kementerian bagi membantu para peniaga yang terlibat.

c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Perdana Menteri * Rang Undang-undang Perumahan Rakyat 1Malaysia 2011.

d. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. Menyambung semula pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 (D.R.29/2011) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2012 seperti berikut:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh satu bilion dua ratus empat puluh lapan juta sembilan ratus ribu ringgit (RM51,248,900,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2012, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 9 Tahun 2011, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (17 November, 2011)

[ Perbahasan bagi Kepala Bekalan/ Pembangunan B45/P45 Kementerian Belia dan Sukan - BN Sri Gading, PAS Jerai, ]

[ Timbalan Menteri Belia dan Sukan Menggulung ] [ Rehat ]

[ Timbalan Menteri Belia dan Sukan (BN Muar) menggulung - Bn Sri Gading, BN Kota Belud, DAP Batu Gajah, BN Lenggong, ]

[ Perbahasan bagi Kepala Bekalan/ Pembangunan B46/P46 Kementerian Sumber Manusia -
BN Hulu Selangor, DAP Klang, BN Jasin, PKR Kuala Langat, Bebas Pasir Mas, DAP Ipoh Barat, BN Kota Belud, PAS Pasir Puteh, BN Kapit, Bebas Sepanggar, BN Tangga Batu, PKR Indera Mahkota, Bebas Kulim Bandar Baru, PAS Padang Terap, DAP Bukit Mertajam ]

[ Penggulungan oleh Menteri Sumber Manusia (BN Segamat) -DAP Ipoh Barat, BN Hulu Selangor, DAP Bukit Mertajam, PAS Baling, Bebas Kulim Bandar Baru, PAS Bachok, PKR Kuala Langat, DAP Ipoh Barat, ]

Mesyuarat tamat jam 8.00 malam

[ Perbahasan bagi Kepala Bekalan/ Pembangunan B47/P47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan - ]


2. (D.R. 30/2011) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2011 [ Kementerian Kewangan ]

3. (D.R. 31/2011) Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2011 [ Kementerian Kewangan ]

4. (D.R. 32/2011) Rang Undang-undang Pencen (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

5. (D.R. 33/2011) Rang Undang-undang Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

6. (D.R. 34/2011) Rang Undang-undang Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

7. (D.R. 35/2011) Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) (No.2) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

8. (D.R. 36/2011) Rang Undang-undang Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan) 2011 [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

9. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ]

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960, mengambil ketetapan bersetuju supaya Malaysia membuat sumbangan Dana Tambahan Keenam Belas kepada Persatuan Pembangunan Antarabangsa (IDA 16) sebanyak USD119,275 (RM368,208).”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61), mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham.”

Thursday, November 17, 2011

Dewan Rakyat 17 Nov 2011 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Ir Haji Idris Bin Haji Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah tahap keselamatan data dan maklumat terutamanya bagi pengguna-pengguna telefon Blackberry (BBMessenger) serta nyatakan agensi manakah yang mengawasinya. [ Soalan Tambahan : BN Tangga Batu, DAP Ipoh Barat ]

2. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejak pengisytiharan pelepasan cukai 300 barangan keperluan peribadi, berapakah jumlah barangan dan kos pelepasan cukai yang telah diberikan serta jenis barangan yang terlibat di dalam pelepasan cukai ini. [ Soalan Tambahan : PAS Pendang, BN Putatan ]

3. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan mengapakah penggunaan Parabola masih tidak dibenarkan sedangkan pada zaman IT sekarang apa juga maklumat dan program berbentuk hiburan sudah tiada sempadan lagi. [ Soalan Tambahan : BN Kalabakan, PAS Kubang Kerian ]

4. Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jumlah peruntukan untuk elaun dan bilangan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dari tahun 2005 hingga 2011. [ Soalan Tambahan : DAP Bukit Bendera, BN Kapit ]

5. Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan usaha terbaru untuk merombak pelbagai skim subsidi yang diperkenalkan oleh Kerajaan agar ianya menepati golongan sasar dan lebih cost efficient. [ Soalan Tambahan : BN Jasin, PKR Indera Mahkota ]

6. Tuan Sivarasa A/L K.Rasiah [ Subang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan memandangkan keputusan terbaru daripada Mahkamah Tertinggi Australia berkaitan dengan perjanjian menghantar 4000 pelarian kepada Malaysia, adakah Kerajaan bercadang untuk menandatangani Konvensyen Antarabangsa Pelarian 1951. [ Tidak Hadir ]

7. Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah matlamat, visi, misi dan objektif Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tercapai dan berapa peratus keberkesanannya. Adakah sistem di semua Pusat Latihan Khidmat Negara seragam di mana masih ada pelatih yang terkecuali. Adakah dalam jangka masa 3 bulan mencukupi bagi pelatih-pelatih kita mengikuti latihan berbanding dengan negara jiran kita (SINGAPURA)
yang dilatih selama 2 tahun. [ Soalan Tambahan : BN Parit, DAP Batu Gajah, Bebas Pasir Mas ]

8. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kadar dan jumlah bayaran elaun kepada doktor pelatih yang bertugas 'on call' semenjak skim imbuhan ini dilaksanakan dan apakah rasionalnya langkah Kementerian membatalkan tugas 'on call' kepada kerja mengikut syif untuk doktor pelatih. [ Soalan Tambahan : PAS Kota Raja ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
18. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan akan mempertimbangkan kenaikan bayaran royalti kepada negeri-negeri yang menghasilkan minyak dan gas.

28. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan:-
(a) apakah sebenarnya sistem ujrah yang dicadangkan bagi PTPTN dan adakah ia masih berdasarkan baki semasa; dan
(b) adakah semua peminjam akan ditawarkan sistem ini secara automatik.

30. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah fungsi pasukan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dalam membantu pihak berkuasa menjalankan tugas. Ini kerana banyak laporan fungsi pasukan ini kurang berkesan dan banyak menimbulkan masalah.

37. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengapa Kementerian dan PDRM telah menangani perhimpunan aman Bersih 2.0 sebegitu buruk sekali meskipun YAB Perdana Menteri pada tahap awal lagi, menunjukkan komitmen untuk menunaikan agenda reformasi dan penambahbaikan sistem pilihan raya Bersih 2.0.

c. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. Menyambung semula pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 (D.R.29/2011) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2012 seperti berikut:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh satu bilion dua ratus empat puluh lapan juta sembilan ratus ribu ringgit (RM51,248,900,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2012, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 9 Tahun 2011, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (16 November, 2011)

[ Perbahasan bagi Kepala Bekalan/ Pembangunan B43/ P43 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan - ]

[ Perbahasan - BN Simpang Renggam, Bebas Pasir Mas, BN Arau, PAS Kota Raja, BN Ledang, PKR Balik Pulau, BN Sri Gading, PKR Indera Mahkota, BN Kapit, BN Jempol, Bebas Padang Serai ] [ Rehat ]

[ Penggulungan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - DAP Kota Melaka, PKR PJ Selatan, PKR Kuala Kedah, BN Kinabatangan, Bebas Kulim Bandar Baru ] [ Lulus]

[ Perbahasan bagi Kepala Bekalan/ Pembangunan B45/ P45 Kementerian Belia dan Sukan - BN Hulu Selangor, DAP Batu Gajah, BN Kinabatangan, DAP Rasah, BN Lenggong, PKR Lembah Pantai, BN Arau ]

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.40 petang

[ Perbahasan bagi Kepala Bekalan/ Pembangunan B46/ P46 Kementerian Sumber Manusia - ]

2. (D.R. 30/2011) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2011 [ Kementerian Kewangan ]

3. (D.R. 31/2011) Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2011 [ Kementerian Kewangan ]

4. (D.R. 32/2011) Rang Undang-undang Pencen (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

5. (D.R. 33/2011) Rang Undang-undang Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

6. (D.R. 34/2011) Rang Undang-undang Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

7. (D.R. 35/2011) Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) (No.2) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

8. (D.R. 36/2011) Rang Undang-undang Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan) 2011 [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

9. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ]

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960, mengambil ketetapan bersetuju supaya Malaysia membuat sumbangan Dana Tambahan Keenam Belas kepada Persatuan Pembangunan Antarabangsa (IDA 16) sebanyak USD119,275 (RM368,208).”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61), mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham.”

Wednesday, November 16, 2011

Dewan Rakyat 16 Nov 2011 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Tuan Hasbi bin Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan akan memulakan kaedah mengecop pasport sekali untuk sebulan sahaja apabila melalui sempadan dengan negara Brunei Darussallam bagi rakyat Malaysia di Limbang seperti yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri di Limbang pada bulan April yang lalu. [ Soalan Tambahan : BN Limbang ]

2. Tuan Manickavasagam a/l Sundaram [ Kapar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan peratusan pemilikan ekuiti ekonomi kaum India serta sebab-sebab peratusan tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara walaupun Kerajaan bercadang menaikkannya ke tahap 3 peratus. [ Soalan Tambahan : PKR Kapar, BN Hulu Selangor, DAP Ipoh Barat ]

3. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan matlamat 1Malaysia adalah mengekal dan meningkatkan perpaduan kepelbagaian bangsa di negara ini. Dalam situasi semasa, adakah pihak Kementerian melihat keperluan konsep 1Malaysia ini diperluaskan maksud dan pelaksanaannya kepada usaha-usaha menerapkan semangat cintakan tanah air dan menghayati keamanan serta jasa pejuang kemerdekaan terdahulu. Daripada sudut manakah ketujuh-tujuh Bidang Keberkesanan Utama (NKRA) menyumbang ke arah matlamat 1Malaysia. [ Soalan Tambahan : BN Maran, PKR Kuala Langat, BN Arau ]

4. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah perkara-perkara yang telah dilakukan oleh Kerajaan Malaysia selepas terpilih sebagai Ahli Majlis Hak Asasi Manusia (Human Rights Council) sehingga sekarang. [ Soalan Tambahan : PKR Balik Pulau, BN Sri Gading ]

5. Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilakah Kementerian akan mendirikan sebuah Kolej Komuniti di kawasan Parlimen Lawas memandangkan tidak ada sebuah pun IPTA yang terdapat di kawasan paling utara di Sarawak. [ Soalan Tambahan : BN Lawas, BN Arau ]

6. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah faktor dan sebab sebenar untuk mewajibkan kembali pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. [ Soalan Tambahan : PAS Pengkalan Chepa, Bebas Pasir Mas ]

7. Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan:-
(a) langkah-langkah yang dijalankan oleh Kementerian bagi memastikan kaum belia menyahut seruan Kerajaan dalam mendaftarkan diri sebagai pemilih berdaftar di Suruhanjaya Pilihanraya (SPR); dan
(b) langkah serta inisiatif untuk melahirkan atlit muda yang berkaliber dan cemerlang dalam bidang sukan di mata dunia. [ Tidak Hadir ]

8. Dr. Hiew King Cheu [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bila dan bagaimana kekurangan 2,000 doktor di Sabah dapat diatasi dan bilakah Queen Elizabeth Hospital (QEH) dapat disiapkan dengan sempurna. [ Soalan Tambahan : DAP Kota Kinabalu, BN Ranau ]

9. Datuk Haji Yusoff bin Haji Mahal [ Labuan ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menempatkan agensi-agensi di bawahnya seperti SME Corp. di Labuan bagi membantu membangunkan usahawan Bumiputera dalam Industri Kecil & Sederhana (IKS) di Labuan. [ Soalan Tambahan : BN Labuan ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang telah didaftarkan dalam Program Pemutihan 6P baru-baru ini mengikut negara asal mereka dan bagaimanakah sejumlah yang begitu besar dapat memasuki Malaysia tanpa dikesan dan apakah langkah-langkah Kementerian seterusnya untuk memastikan jumlah PATI tidak meningkat lagi.

24. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah rasionalnya RTM dan stesen tv yang lain membenarkan slot bagi perutusan Aidil Fitri oleh isteri YAB. Perdana Menteri baru-baru ini.

26. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah lebih berkesan dicadangkan supaya pengagihan zakat kepada para asnaf dilakukan sebaik mungkin bagi mengatasi mereka yang berhak daripada mendapatkan bantuan pihak lain menyebabkan mereka terdedah kepada tekanan dan penyelewengan aqidah.

32. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-
(a) sama ada benar berita yang menyebut isteri YAB. Perdana Menteri menjadi penama dalam borang import Kastam bagi sebentuk cincin berlian bernilai RM24 juta; dan
(b) jika tidak, siapa yang dikesan oleh pihak Kastam DiRaja membawa masuk barangan tersebut.

34. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengapa warga China keturunan Uighur yang ingin mendapatkan status pelarian dihantar balik ke China.

c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan * Rang Undang-undang Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan) 2011.

Usul 12(1) bahawa dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 10.30 malam.

d. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. Menyambung semula pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 (D.R.29/2011) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2012 seperti berikut:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh satu bilion dua ratus empat puluh lapan juta sembilan ratus ribu ringgit (RM51,248,900,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2012, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 9 Tahun 2011, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (15 November, 2011)

[ Perbahasan Bagi Kepala Bekalan/Pembangunan B41/ P41 Kementerian Pelajaran - ]

[ Perbahasan - BN Paya Besar, PKR Kuala Kedah, BN Lipis, BN Arau, BN Kuala Krau, BN Limbang, BN Kanowit, BN Dungun (Bersambung) ] [ Rehat ]



[ Perbahasan - PAS Sik, DAP Serdang, DAP Bakri, Bebas Pasir Mas,
BN Kota Belud, PKR Sungai Petani, BN Kinabatangan, PAS Pasir Puteh, BN Sibuti, Bebas Tawau, BN Jempol, PKR Ketereh, PKR Indera Mahkota, PAS Padang Terap, BN Tebrau, BN Putatan ]

[ Penggulungan - DAP Ipoh Barat, DAP Batu Gajah, DAP Bukit Mertajam, DAP Ipoh Barat, PKR Indera Mahkota, 36(12) oleh DAP Ipoh Barat, PKR Indera Mahkota, BN Hulu Terengganu, PAS Pokok Sena, BN Kapit, PAS Sik, DAP Ipoh Barat, BN Hulu Terengganu, PAS Sik, Bebas Tawau, DAP Bukit Mertajam, DAP Kepong, PKR Petaling Jaya Selatan, PKR Kuala Kedah, DAP Bukit Mertajam, BN Padang Besar, BN Lenggong, Bebas Kulim Bandar Baru, BN Kota Belud, Bebas Pasir Mas, DAP Bukit Mertajam, DAP Rasah, PAS Kubang Kerian, BN Kota Belud, Bebas Bagan Serai, DAP Batu Gajah, DAP Bakri, DAP Serdang ]

[ Perbahasan Bagi Kepala Bekalan/Pembangunan B42/ P42 Kementerian Kesihatan - ]

[ Perbahasan - BN Kuala Krau, DAP Kepong, BN Ledang, PKR Gopeng, BN Sri Aman, PAS Kuala Krai (DAP Bukit Mertajam, DAP Petaling Jaya Utara, PKR Gopeng), BN Kota Belud, DAP Ipoh Barat, BN Kapit, PSM Sungai Siput, BN Jasin, PAS Pendang, BN Paya Besar, PAS Jerai ]

[ Penggulungan - DAP Bukit Mertajam, PAS Kuala Krai, DAP Kepong, PKR Gopeng, BN Kota Belud, PAS Pendang,PKR Gopeng, DAP Bukit Mertajam, DAP Batu Gajah, PAS Kuala Krai, DAP Serdang, BN Kota Belud, PAS Kuala Krai, DAP Serdang, PAS Shah Alam, PKR Gopeng, DAP Ipoh Barat, PAS Kuala Krai, BN Silam, PAS Kuala Krai, BN Kota Belud, ]

Mesyuarat tamat jam 10.30 malam

[ Perbahasan Bagi Kepala Bekalan/Pembangunan B43/ P43 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan - ]

[ Perbahasan Bagi Kepala Bekalan/Pembangunan B45/ P45 Kementerian Belia dan Sukan - ]

2. (D.R. 30/2011) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2011 [ Kementerian Kewangan ]

3. (D.R. 31/2011) Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2011 [ Kementerian Kewangan ]

4. (D.R. 32/2011) Rang Undang-undang Pencen (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

5. (D.R. 33/2011) Rang Undang-undang Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

6. (D.R. 34/2011) Rang Undang-undang Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

7. (D.R. 35/2011) Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) (No.2) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

8. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ]

5. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960, mengambil ketetapan bersetuju supaya Malaysia membuat sumbangan Dana Tambahan Keenam Belas kepada Persatuan Pembangunan Antarabangsa (IDA 16) sebanyak USD119,275 (RM368,208).”

6. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61), mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham.”

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008