Wednesday, June 30, 2010

Dewan Rakyat 30 Jun 2010 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan usaha-usaha Kerajaan untuk mengeratkan lagi orang ramai dengan pasukan Polis DiRaja Malaysia, dan bagaimanakah usaha dapat dilakukan supaya orang ramai mempunyai rasa hormat terhadap khidmat Polis DiRaja Malaysia sehingga imej Polis akhirnya dapat ditingkatkan lagi. [ Soalan tambahan: BN Paya Besar ]

2. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk memantapkan sistem perbankan Islam di Malaysia yang masih lagi dibayangi oleh sistem konvensional di mana 80 peratus masih lagi wujud sebagai subsidiari kepada perbankan konvensional. [ Soalan tambahan: PAS Padang Terap, ]

3. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status terkini dalam perancangan strategik memperluaskan sistem LRT di Lembah Klang. [ Soalan Tambahan : BN Lipis ]

4. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sejauh manakah usaha Kementerian untuk mengembalikan autonomi mahasiswa di kampuskampus dengan mengadakan 'sudut-sudut pidato' tercapai. [ Soalan Tambahan : PAS Pengkalan Chepa ]

5. Datuk Seri Panglima Mojilip bin Bumburing @ Wilfred [ Tuaran ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sama ada Kerajaan bersedia untuk membeli tenaga yang dijana melalui kaedah biomas memandangkan kos penjanaan dengan kaedah ini agak tinggi. [ Soalan Tambahan : BN Tuaran, PAS Hulu Langat ]

6. Tuan Loke Siew Fook [ Rasah ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan secara terperinci apakah sektor-sektor atau industri yang dikecualikan daripada tertakluk kepada Akta Persaingan 2010 yang diluluskan oleh Parlimen baru-baru ini. [ Soalan Tambahan : DAP Rasah, BN Lipis]

7. Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah kutipan saman yang gagal dikutip oleh Kerajaan sehingga bulan April 2010. [ Soalan Tambahan : BN Hulu Terengganu, BN Sri Gading]

8. Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sama ada Jabatan Maritim sedar dengan pemilik kapal-kapal nelayan yang teramai sekali di Sabah yang menghadapi masalah pekerja-pekerja asing yang "lompat-melompat kerja" menyebabkan pemilik kapal-kapal tersebut sentiasa kekurangan pekerjapekerja asing. Bolehkah jabatan ini menguatkuasakan skim pekerja-pekerja asing dikongsi antara pemilik-pemilik kapal nelayan dengan pemberian notis kepada jabatan ini supaya mengatasi masalah-masalah mereka, padahal ramai pemilik kapal nelayan telah didakwa di mahkamah semasa penguatkuasaan dijalankan. [ Soalan Tambahan : Bebas Tawau, BN Putatan]

9. Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada Kementerian dapat mempertimbangkan pemberian alat-alat pencegah api bagi keseluruhan kawasan Parlimen Tanjong Manis. [ Soalan Tambahan : BN Tanjong Manis]

10. Tuan Manikavasagam A/L Sundaram [ Kapar ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan :
(a) jumlah pelajar yang telah diambil memasuki IKBN mengikut jurusan bagi tahun 2000-2010; dan
(b) berikan pecahan mengikut kaum bagi tahun 2000-2010. [ Tidak Hadir ]

11. Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah ada langkah-langkah bimbingan daripada Kementerian sendiri terhadap petani kecil-kecilan berhubung Peraturan 3P iaitu Pengedaran, Pembungkusan dan Pelabelan produk pertanian yang lebih berkualiti dan berdaya saing. [ Soalan Tambahan : BN Tenom, Bebas Pasir Mas]

12. Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah nilai dan masa yang diperlukan untuk membina bangunan baru Hospital Queen Elizabeth yang diisytiharkan tidak selamat untuk diduduki dan akan dirobohkan pada tahun 2008. Berapa nilai harga pembelian Sabah Medical Centre (SMC) sebenarnya dan bagaimana dengan perkhidmatan SMC yang masih menggunakan bangunan tersebut. [ Soalan Tambahan : Bebas Sepanggar]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejauh manakah pemantauan dibuat terhadap perjalanan institusi latihan memandu bagi memastikan pemandu yang mendapat lesen benar-benar cekap dan berhemah bagi menurunkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini.

22. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan kenapa dan bilakah Kerajaan mahu membenarkan rakyat Taiwan ke Malaysia tanpa memerlukan visa.

46. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan punca-punca kerugian besar yang ditanggung oleh Pos Malaysia dan Syarikat Sime Darby seperti yang diumumkan barubaru ini.

52. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sebab-sebab utama kerugian 'cost over-run' yang ditanggung oleh Sime Darby sebanyak RM1.5 bilion dalam projekprojek mega pengendalian konglomerat termasuk QP Project, MOQ Project dan Projek Hidroelektrik Bakun. Apakah langkah-langkah proaktif yang telah dikenal pasti supaya episod ini tidak berulang supaya Kumpulan Ketua Eksekutifnya (GCE) konglomerat dan GLCs seperti ini tidak dikambinghitamkan setiap kali 'tragedi' ini berlaku.

53. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI berapakah aduan melalui sms dan tol free kenderaan perdagangan yang diterima melanggar peraturan yang diterima sepanjang tahun lepas hingga kini dan apakah ini dapat mengheret pelaku kesalahan kemuka pengadilan dan apakah ini dapat menyelesaikan masalah pesalah di jalan raya ini terutama kenderaan berat ini.

C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Usul dibuat oleh Perdana Menteri dan masalah dicadangkan :-
“ Bahawa Dewan ini, menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian
sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan dalam menghadapi persekitaran global yang begitu mencabar;

merestui usaha Kerajaan untuk terus melaksanakan Misi Nasional dengan disokong oleh Model Baru Ekonomi sebagai rangka dasar pembangunan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020;

meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang akan dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik, program dan peruntukan yang diperlukan untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020 seperti dibentangkan dalam Kertas Perintah CMD.3 Tahun 2010;

Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu padu dengan semangat “1Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” dan mempunyai iltizam yang teguh bagi melaksanakan tanggungjawab yang murni untuk menjayakan pelan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing, demi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (28 Jun, 2010)

BN Padang Rengas mengusulkan 12 (1) sehingga selesai ucapan penggulungan RMK10 oleh Jabatan Perdana Menteri

[ Penggulungan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (BN Padang Rengas) - Celahan - PAS Pokok Sena, DAP Ipoh Timur, Bebas Pasir Mas, BN Sri Gading, DAP Kota Melaka, BN Rembau, DAP Batu Gajah, PAS Pokok Sena, DAP Kota Melaka, BN Sri Gading, DAP Teluk Intan, PAS Pokok Sena, PAS Shah Alam, DAP Teluk Intan, PAS Pokok Sena, PKR Padang Serai, PAS Kota Raja, PKR Padang Serai, PAS Kubang Kerian, PAS Titiwangsa ]

( Peraturan Mesyuarat 35 & 37 oleh Speaker) [ Celahan - BN Putatan, DAP Bukit Mertajam, DAP Petaling Jaya Utara, Bebas Pasir Mas ] [ Rehat ]

[ Sambungan Penggulungan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (BN Padang Rengas) - Celahan - DAP Petaling Jaya Utara, DAP Batu Gajah, BN Rembau, DAP Bukit Mertajam, Bebas Wangsa Maju, DAP Puchong, DAP Bukit Gelugor, PKR Padang Serai, DAP Puchong, DAP Bukit Gelogor, DAP Puchong, DAP Teluk Intan, Bebas Pasir Mas ]

[ Penggulungan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (BN Senator) - Celahan - BN Labuan, PAS Parit Buntar, BN Labuan, BN Arau, BN Tangga Batu, BN Sri Gading, PKR Indera Mahkota, PAS Pendang, BN Kalabakan, PKR Indera Mahkotan, BN Labuan, PAS Parit Buntar ]

[ Penggulungan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (BN Senator) - Celahan - DAP Klang, PAS Pokok Sena, PAS Kuala Selangor, DAP Klang, DAP Petaling Jaya Utara, BN Padang Besar, BN Pasir Salak, PAS Kuala Selangor ]

[ Penggulungan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (BN Tasik Gelugor) - Celahan - BN Pasir Salak, PAS Kuala Selangor, DAP Petaling Jaya, DAP Beruas, BN Pasir Salak, PAS Kuala Selangor, PKR Indera Mahkota, BN Jasin, DAP Klang ]

RMK 10 di luluskan

Timbalan Menteri Perlancongan mengusulkan 16 (3) bagi Menangguhkan Mesyuarat Hari ini ke Esok hari jam 10.00 Pagi

Ucapan Penangguhan :-

DAP Seputeh - YB Puan Teresa Koh Suh Sim - Tajuk : Pavilion Malaysia di Expo Shanghai Gagal Menonjolkan Imej Malaysia - Jawapan : Timbalan Menteri Perlancongan : BN Mambong

DAP Serdang - YB Puan Teo Nie Ching - Tajuk : Kegiatan 'Along' yang Kian Berleluasa - Jawapan : Timbalan Menteri Dalam Negeri : BN Kampar

Sidang Dewan Tamat jam 6.41 Petang

Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua
2. (D.R. 19/2010) Rang Undang-undang Pelindungan Pengguna (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. (9 Jun, 2010) (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

3. (D.R. 21/2010) Rang Undang-undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010 - (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

4. (D.R. 20/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (Pindaan) 2010 - (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

5. (D.R. 16/2010) Rang Undang-undang Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 - (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

6. (D.R. 18/2010) Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2010. - (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

7. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 - (Menteri Kewangan)

Monday, June 28, 2010

Dewan Rakyat 29 Jun 2010 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-
(a) cadangan Kementerian untuk mewujudkan kolej komuniti di daerah Kinabatangan; dan
(b) cadangan untuk menaik taraf Politeknik Kota Kinabalu ke tahap universiti.

2. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) sama ada Kerajaan akan menubuhkan satu lembaga khas bagi memulihkan industri penanaman kelapa dan memelihara kepentingan pekebun kecil kelapa akibat saingan import dari negara jiran; dan
(b) jumlah import kelapa 2009 berbanding hasil tempatan.

3. Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan nilai rampasan barangan yang telah diseludup masuk ke negara sehingga suku pertama tahun 2010 dan nyatakan apakah status barangan yang dirampas. [ Soalan Tambahan : BN Parit, Bebas Pasir Mas ]

4. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) statistik penduduk Orang Asli berdasarkan suku kaum yang memeluk Islam; dan
(b) sejauh manakah keberkesanannya tindakan agensi berkaitan memberikan kefahaman Islam kepada penduduk Orang Asli yang memeluk Islam. [ Tidak hadir ]

5. Tan Sri Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn [ Alor Gajah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kelayakan serta prosedur dalam pemprosesan status kedudukan tetap bagi pendatang asing di Malaysia serta statistik bagi jumlah pendatang yang sudah memohon dan sedang menunggu untuk status penduduk tetap. [ Soalan Tambahan : BN Alor Gajah, DAP Teluk Intan]

6. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan status pembinaan Hospital Pendang yang telah pun pernah dijanjikan oleh bekas Perdana Menteri di dalam ucapan bajet sekitar 2006 lalu, apakah punca kelewatan tersebut dan perancangan terhadap tapak tanah tersebut sekarang ini. [ Soalan Tambahan : PAS Pendang, DAP Kota Kinabalu]

7. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan maklum balas Kedai Harga Patut yang diperkenalkan dikawasan luar bandar. [ Soalan Tambahan : BN Sipitang, PAS Padang Terap]

8. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk melakukan perancangan semula bandar mengikut konsep 'urbanisation' yang telah pun diterapkan di negara
seperti Thailand, Singapura, Vietnam, Sri Lanka dan Indonesia. [ Soalan Tambahan : PKR Balik Pulau, ]

9. Tuan Ding Kuong Hiing [ Sarikei ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan bagi penambahbaikan fizikal sekolah-sekolah di negeri Sarawak dalam RMK-9. Nyatakan juga bilakah dan jumlah peruntukan yang diberikan untuk menambah bangunan baru dan membaiki bangunan lama di Sekolah Menengah Kerajaan Bandar di Sarikei berikutan pertambahan jumlah pelajar dan sesi waktu persekolahan. [ Soalan Tambahan : BN Serikei, DAP Bukit Mertajam]

10. Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah graduan menganggur di Malaysia, peratusan mengikut jantina, kumpulan pendapatan keluarga rendah dan jumlah peminjam PTPTN, sebab-sebab mereka tidak dapat diambil bekerja (unemployable) dan cadangan untuk mengatasi masalah ini. [ Soalan Tambahan : PKR Selayang, BN Tangga Batu ]

11. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-
(a) bagi mencapai status negara maju menjelang 2020, adakah pihak Kementerian berpuas hati dengan pembinaan rumahrumah yang tidak teratur di Pulau Gaya, Tanjung Aru dan Likas. Sekiranya tidak, apakah tindakan yang diambil; dan
(b) jenis bantuan yang diberikan oleh pihak Kementerian kepada Kerajaan negeri bagi maksud di atas. [ Soalan Tambahan : BN Putatan, ]

12. Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah cukai yang dikutip oleh Malaysia Airport Berhad daripada MAS dan Air Asia pada tahun 2005, 2006, 2007, 2008 dan 2009. Sila nyatakan jumlah cukai lapangan terbang oleh MAS, Air Asia dan syarikat penerbangan lain setakat Mac 2010.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
32. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah hasil perbincangan yang diperoleh daripada pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat pada bulan April yang lalu.

34. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah maksud Kerajaan ketika membuat tawaran semasa berkempen kepada penduduk Rejang Park dengan bayaran cek RM5 juta pada hari Isnin kalau mereka memenangkan calon BN, Robert Lau pada hari Ahad dalam Pilihan Raya Kecil Sibu itu.

36. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapa Kerajaan tidak mempraktikkan slogan 1Malaysia yang rata-rata rakyat tidak bersetuju pengeluaran lesen judi bola sepak dunia dan mahukan lesen tersebut ditarik balik.

38. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah Kerajaan sedar atas kecuaian Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah menguruskan pendaftaran para pelajar Tahfiz Al-Quran di Ma'ahad Syubra menyebabkan para pelajar tersebut tidak dapat menduduki peperiksaan yang baru lalu. Jika sedar, apakah tindakan selanjutnya.

46. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk memberikan kebebasan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menguatkuasakan proses pendakwaan terhadap kes-kes rasuah.

54. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sebab penahanan 4 orang mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semasa Pilihanraya Kecil Hulu Selangor.

C. Perbahasan Usul-Usul
1. Usul 18 (1) dari DAP Bukit Bintang berkenaan kedudukan Penjara Pudu merupakan tapak bersejarah melebihi 105 tahun dibincangkan dalam dewan - usul ditolak oleh speaker

Usul 12 (1) dari BN Cameron Highland berkenaan waktu mesyuarat tidak ditangguhkan sehingga 7.30 malam

2. Usul dibuat oleh Perdana Menteri dan masalah dicadangkan :-
“ Bahawa Dewan ini, menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan dalam menghadapi persekitaran global yang begitu mencabar;

merestui usaha Kerajaan untuk terus melaksanakan Misi Nasional dengan disokong oleh Model Baru Ekonomi sebagai rangka dasar pembangunan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020;

meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang akan dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik, program dan peruntukan yang diperlukan untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020 seperti dibentangkan dalam Kertas Perintah CMD.3 Tahun 2010;

Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu padu dengan semangat “1Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” dan mempunyai iltizam yang teguh bagi melaksanakan tanggungjawab yang murni untuk menjayakan pelan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing, demi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (28 Jun, 2010)

Sambungan Penggulungan RMK10 :-

[ BN Bera - Menteri perdagangan dalam Negeri dan Hal ehwal Pengguna ( Celahan - BN Sri Gading, Bebas Tawau, DAP Kota Melaka, PKR Indera Mahkota, DAP Kota Melaka) ]

[ Penggulungan Timbalan Menteri Pengangkutan ( BN Kudat) -Celahan - BN Langkawi, BN Sri Gading, BN Arau, PAS Kuala Selangor, DAP Ipoh Timur, DAP Petaling Jaya Utara, BN Kinabatangan, BN Pasir Salak, BN Kinabantangan, PAS Kuala Terengganu, BN Kinabantangan, DAP Rasah, BN Johor Bahru) ] { Rehat }

[ Penggulungan - Menteri Belia & Sukan ( BN Kemaman) - Celahan - Bn Lenggong, PAS Jerai, PKR Indera Mahkota, PKR Padang Serai, BN Rembau, BN Tangga Batu, BN Jempol, DAP Batu Gajah, PKR Padang Serai, BN Lenggong, DAP Bakri, DAP Batu Gajah, BN Tangga Batu, DAP Beruas, BN Langkawi, DAP Kota Melaka) ]

[ Penggulungan - Timbalan Menteri Luar Negeri ( BN Serian) - Celahan - BN Putatan, PAS Kubang Kerian, PAS Tumpat, DAP Ipoh Timur, PKR Batu, PAS Kubang Kerian, BN Kinabatangan, PAS Shah Alam, BN Kinabatangan, PKR Balik Pulau, BN Kinabatangan, BN Kota Belud, PKR Balik Pulau, PAS Shah Alam, PAS Kubang Kerian, BN Kota Belud, PKR Batu, BN Kinabatangan, PAS Tumpat, PKR Indera Mahkota, BN Sri Gading, PAS Tumpat, PAS Pokok Sena, BN Jempol, PAS Shah Alam, PAS Pokok Sena, BN Kota Belud, BN Batang Sadong)]

[ Penggulungan - Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar ( Senator ) - Celahan - PAS Titiwangsa, BN Pasir Salak, PKR Sungai Petani, PAS Titiwangsa, PKR Batu, )]

[ Penggulungan - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (BN Alor Setar ) - Celahan - DAP Kota Melaka, PAS Pokok Sena, DAP Bakri, PAS Hulu Langat, PKR Indera Mahkota, PAS Kota Raja, PKR PJ Selatan, DAP Rasah, PAS Jerai, ]

[ Penggulungan - Menteri Kewangan II (BN Tambun) - Celahan -BN Pulai, PKR Indera Mahkota, DAP Rasah, Bebas Wangsa Maju, DAP Bandar Kuching, PAS Pokok Sena, BN Arau, PAS Kuala Selangor, DAP Klang, Bebas Wangsa Maju, BN Jasin, PAS Pokok Sena, PAS Kuala Selangor, BN Jasin, DAP Bakri, DAP Kepong, PAS Kuala Selangor, ]

Ucapan Penangguhan 1: YB Puan Chong Eng (DAP Bukit Mertajam) - Isu Mak Nyah - YB Menteri Kesihatan.

Ucapan Penangguhan 2: YB Puan Teresa Kok Suh Sim (DAP Seputeh) - Kepadatan Pembangunan Projek Kuala Lumpur yang terlampau tinggi khususnya di Kuchai Entreprenrur's Park - YB Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Mesyuarat ditangguhkan jam 9.00 malam kepada 10.00 pagi 30 Jun 2010

3. (D.R. 19/2010) Rang Undang-undang Pelindungan Pengguna (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. (9 Jun, 2010)(Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

Sunday, June 27, 2010

Dewan Rakyat 28 Jun 2010 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan

1. Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan mengapakah mutu selenggaraan jalan raya Persekutuan kurang memuaskan, khususnya jalan dari Kuala Selangor ke Sabak Bernam seperti di Sekinchan yang didapati jalannya pecah di tengah jalan serta merbahaya kepada pengguna khususnya penunggang motosikal.
[ Soalan tambahan: BN Sabak Brnam, PKR Gombak ]

2. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan gerabak wanita di seluruh perkhidmatan kereta api. [ Soalan tambahan: PAS Tumpat, BN Parit Sulong ]

3. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-
(a) kedudukan Projek PIA dan PIAS; dan
(b) perancangan Kementerian untuk mewujudkan Jabatan Pembangunan Luar Bandar di setiap negeri dan daerah. [ Soalan tambahan: BN Lenggong, PAS Bachok ]

4. Tuan Tan Tee Beng [ Nibong Tebal ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apa yang dimaksudkan dengan keberkesanan Maritim di Wilayah Utara. Berapa banyak bot laju dan jumlah pegawai yang bekerja di sana dan berapa pantas mereka akan bertindak untuk membantu nelayan yang memerlukan bantuan. [ Tidak Hadir ]

5. Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan status negara dalam pencapaian "Education For All" (EFA) seperti yang ditetapkan UNESCO menjelang 2015. Adakah wujud bantuan dan program kerjasama dalam bidang pendidikan antara Malaysia dan negara-negara kurang maju di bawah EFA. Jika ada, berapa ramai pelajar luar negara yang telah dijemput untuk mengikuti latihan di negara ini.
[ Soalan tambahan: BN Tenggara, PKR Ampang ]

6. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah pendekatan bijak yang diambil oleh Kerajaan untuk menyelesaikan isu-isu tertunggak yang masih tidak selesai khususnya dengan negara-negara ASEAN seperti Indonesia, Singapura dan Filipina. [ Soalan tambahan: PAS Kubang Kerian, ]

7. Tuan Kamalanathan a/l Panchanathan [ Hulu Selangor ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sama ada Kementerian boleh memulakan satu rancangan Penerokaan 1Malaysia untuk mengambil kesempatan tanah yang luas di Hulu Selangor dan menggalakkan lagi usaha petani untuk menaikkan taraf ekonomi mereka dan sehaluan dengan dasar ekonomi negara yang mementingkan pembangunan bidang pertanian sebagai perniagaan yang menguntungkan. [ Soalan tambahan: BN Hulu Selangor,

8. Tuan Kulasegaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan mengapakah 2 subjek tambahan tidak diberikan kedudukan yang sama seperti subjek yang lain di bawah formula SPM 10+2 manakala subjek lain dipertimbangkan untuk biasiswa JPA dan untuk tujuan rasmi yang lain. [ Soalan tambahan: DAP Ipoh Barat, BN Jempol ]

9. Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah jumlah kerugian yang dialami oleh industri pertanian negara akibat daripada penangkapan ikan secara haram daripada kapal-kapal nelayan asing yang tidak berdaftar dan apakah bentuk pencegahan dalam mengawal pulau-pulau yang diwartakan di bawah Jabatan Taman Laut Malaysia. [ Soalan tambahan: BN Jasin, PKR Indera Mahkota ]

10. Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan setakat mana kejayaan "5th Fuel Renewable Energy Policy" (selain dari minyak, gas, arang batu dan hidro) yang menetapkan sasaran sehingga 10% menjelang 2010.
[ Soalan tambahan: PKR Gopeng, ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
12. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah punca yang menyebabkan MRSM Bentong tidak selamat digunakan.

19. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan tentang kekosongan guru di Sabah dan Sarawak telah lama berlaku. Guru-guru yang dilatih di Semenanjung juga kurang berminat dan enggan bertugas di sana. Adakah Kementerian Pelajaran mempunyai perancangan untuk membina Institut Pendidikan Guru di kawasan
pedalaman Sabah dan Sarawak, jika ada bila dan jika tidak, mengapa.

23. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk mengkaji semula cadangan untuk mewajibkan pengambilan Sijil Halal dari JAKIM dan JAIN sahaja dan berapakah jumlah pelanggan Sijil Halal di Malaysia sehingga bulan Mei 2010.

47. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berjaya dalam pengurusan air kumbahan dan sistem sanitari di negara ini dan adakah Kerajaan bercadang untuk menamakan manamana PBT yang boleh dijadikan model untuk menjadi ikutan PBT-PBT lain.

49. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan tindakan-tindakan yang diambil oleh Kerajaan dalam menyuarakan isu-isu umat Islam di peringkat antarabangsa.

51. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan berapakah kos yang ditanggung untuk membiayai pusat media setiap kali pilihanraya kecil diadakan.

55. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah ada usaha-usaha lain yang berkesan bagi mempertingkatkan lagi prestasi dan integriti pihak keselamatan khususnya anggota Polis yang buat masa kini peranannya seringkali dipertikaikan oleh anggota masyarakat umum.

56. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah ancaman terhadap gelombang kedua H1N1 terhadap rakyat negara ini dan apakah segala perancangan yang dibuat telah memuaskan hati semua pihak dan apakah tindakan lanjut agar wabak ini tidak berulang dan kerjasama dengan WHO di dalam menghadapi gelombang ini.

60. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan hasil siasatan terhadap kes Aminul Rashid dan keskes yang ada persamaan dengannya seperti yang melibatkan Norizan Salleh.

61. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah dalil dan nas syara' yang diguna pakai terhadap larangan politik di masjid-masjid dan apakah pengertian dan definisi politik yang diguna pakai Kerajaan. Apakah politik bukan daripada ajaran Islam.

C. Perbahasan Usul-Usul
1. a. Penjelasan Usul 18 oleh YB Salahuddin Ayub [ Kubang Kerian ] mengenai Penglibatan JI yang melibatkan Tokoh-Tokoh Agama dan politik Negara. Bagaimanapun usul tersebut ditolak dalam Kamar Yang Dipertua Dewan Rakyat.
b. Penjelasan Usul 18 oleh DAP Bakri.

2. Usul dibuat oleh Perdana Menteri dan masalah dicadangkan :-
“ Bahawa Dewan ini, menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian
sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan dalam menghadapi persekitaran global yang begitu mencabar;

merestui usaha Kerajaan untuk terus melaksanakan Misi Nasional dengan disokong oleh Model Baru Ekonomi sebagai rangka dasar pembangunan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020;

meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang akan dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik, program dan peruntukan yang diperlukan untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020 seperti dibentangkan dalam Kertas Perintah CMD.3 Tahun 2010;

Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu padu dengan semangat “1Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” dan mempunyai iltizam yang teguh bagi melaksanakan tanggungjawab yang murni untuk menjayakan pelan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing, demi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (24 Jun, 2010)

[ Penggulungan oleh Menteri Kerjaraya (BN Tampin): -( Celahan - DAP Batu Gajah, ]

[ Penggulungan oleh Menteri Kesihatan (BN Bentong) - Celahan - DAP Taiping, PAS Titiwangsa, DAP Cheras, PKR Sg. Petani, PKR Gopeng, PAS Rantau Panjang, PAS Shah Alam ) ] [ Rehat ]

[ Penggulungan oleh Menteri Kesihatan (BN Bentong) ] [ Penggulungan oleh Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga (Senator) - Celahan - DAP Batu Gajah, PAS Titiwangsa, DAP Bukit Mertajam, BN Kinabatangan, PKR Kuantan ]

[ Penggulungan oleh Menteri Sumber Manusia (BN Segamat) ]

Ucapan Penangguhan 1:

2. (D.R. 19/2010) Rang Undang-undang Pelindungan Pengguna (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. (9 Jun, 2010) (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

Thursday, June 24, 2010

Dewan Rakyat 24 Jun 2010 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan jawab lisan


1. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan :
(a) sejauh manakah pihak Kementerian memastikan sumber guru yang disediakan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dapat memberikan didikan yang berkualiti supaya dapat memenuhi kehendak pasaran; dan
(b) sejauh manakah pihak Kementerian mengambil langkah untuk menggalakkan kaum-kaum bukan Bumiputera untuk belajar di IKBN dan IKTBN. [ Soalan Tambahan : BN Bintulu, PAS Kubang Kerian ]

2. Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan :-
(a) adakah Kerajaan berhasrat menimbangkan agar anggota tentera yang berkhidmat lebih dari 10 tahun tetapi kurang dari 21 tahun dipertimbangkan skim pencen kepada mereka; dan
(b) adakah Kerajaan berhasrat menyerap mereka yang berhenti selepas berkhidmat 10 tahun ke dalam perkhidmatan beruniform yang lain seperti polis, bomba dan lain-lain. [ Soalan Tambahan : PKR Sungai Petani, BN Jasin]

3. Dato' Seri Haji Azmi bin Khalid [ Padang Besar ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kerajaan sedar bahawa walaupun Syarikat Alam Flora yang telah menandatangani perjanjian konsesi pelupusan sisa pepejal bagi beberapa buah negeri di Semenanjung, masih mengizinkan penggunaan lori-lori sampah usang yang bukan sahaja jelik dipandang, bahkan ada yang membocorkan cecair licik, serta busuk ketika dalam perjalanan. Apakah langkah susulan Kementerian bagi mengatasi masalah tersebut. [ Soalan Tambahan : BN Padang Besar, DAP Kepong]

4. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan sumbangan besar yang diperolehi Malaysia dari pameran “21st International Invention, Innovation and Technology Exhibition; 14 - 16 Mei” baru-baru ini dalam usaha membantu penyelidik tempatan memasarkan R & D mereka. [ Soalan Tambahan : PAS Hulu Langat, BN Tangga Batu]

5. Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan proses pelantikan dan komposisi keahlian Suruhanjaya Khas Cukai Pendapatan dan adakah pesuruhjayanya yang dilantik berkecuali dan bukan bekas anggota LHDN. [ Soalan Tambahan : BN Pulai, PKR Indera Mahkota]

6. Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan mengenai bidang kuasa JPJ dalam menguatkuasa Akta Pengangkutan Jalan yang melibatkan kenderaan perdagangan. Serta berapakah jumlah tangkapan dan jenis kesalahan kenderaan ini sejak tahun 2008 yang lalu. [ Soalan Tambahan : PKR Kuala Kedah, BN Lenggong]

7. Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah benar kelulusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hanya ditumpukan kepada kursus-kursus kritikal sahaja seperti perubatan, farmasi, kejuruteraan dan sains asasi. [ Soalan Tambahan : BN Tenom, PAS Pokok Sena]

8. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kawalan mata wang asing yang melibatkan urus niaga harian di sempadan. Apakah Kerajaan akan mengkaji peraturan urus niaga yang melebihi RM10 ribu mesti mendapat kelulusan Bank Negara kerana ia membebankan peniaga tempatan seperti peniaga ikan, sayur, buah-buahan dan hasil kayu di sempadan. [ Soalan Tambahan : PAS Rantau Panjang ]

9. Dato' Mohd Jidin bin Shafee [ Setiu ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan nisbah guru lelaki dan wanita di sekolah pada masa ini dan apakah langkah yang diambil bagi menangani masalah ini dan apakah masalah yang dihadapi oleh pihak Kementerian mengenai guru-guru di kawasan pedalaman. [ Soalan Tambahan : BN Setiu, DAP Taiping]


Soalan MP PAS yang disenaraikan:
18. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah Kementerian sedar bahawa ia bertangungjawab mengekang persaingan sihat sekali gus mengamalkan 'oligopoly' dan berlawanan dengan Akta Persaingan, ketika menetapkan kontraktor panel tertentu sahaja yang berhak membida projek-projek Kementerian Kewangan.

26. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan mengapa dalam pilihan raya kecil kerajaan begitu prihatin menyelesaikan masalah rakyat, janji pilihan raya kecil segera dipenuhi. Bila lagi Kerajaan akan memenuhi janji PRU-12 (Parlimen Sik) Mac 2008 untuk membina jalan raya Persekutuan dari Teloi Timur ke Padang Tui, Batu 5 yang amat diperlukan oleh penduduk yang terlibat.

28. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan adakah Kerajaan akan menuntut kembali wang komisyen yang dibayar oleh syarikat Perancis dalam pembelian kapal selam Scorpene sebagaimana yang berjaya dilakukan oleh Kementerian Pertahanan Taiwan dalam kes yang sama.

34. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) model kontrak pembinaan projek Bakun yang dianugerahkan kepada Sime Darby melalui pegangannya dalam Sime Engineering. Adakah ia dibuat secara "Turnkey"; dan
(b) apakah kos lebihan yang ditanggung oleh Sime Darby.

50. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk mengambil tindakan kepada PERKASA atau GERTAK kerana sering membangkitkan isu-isu sensitif perkauman yang boleh menggugat keselamatan dan
keamanan negara.

52. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah butiran perjanjian yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia dengan Syarikat APCO World Wide Inc. dan sejauh manakah perjanjian tersebut dapat melindungi maklumat strategik dan rahsia sulit negara daripada terbocor kepada negara asing.

C. Perbahasan Usul-Usul
1. Usul dibuat oleh Perdana Menteri dan masalah dicadangkan :-
“ Bahawa Dewan ini, menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian
sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan dalam menghadapi persekitaran global yang begitu mencabar;

merestui usaha Kerajaan untuk terus melaksanakan Misi Nasional dengan disokong oleh Model Baru Ekonomi sebagai rangka dasar pembangunan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020;

meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang akan dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik, program dan peruntukan yang diperlukan untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020 seperti dibentangkan dalam Kertas Perintah CMD.3 Tahun 2010;

Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu padu dengan semangat “1Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” dan mempunyai iltizam yang teguh bagi melaksanakan tanggungjawab yang murni untuk menjayakan pelan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing, demi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (23 Jun, 2010)

Sambungan Penggulungan Kementerian dalam RMK 10 :-

DAP Bandar Kuching mengusulkan 36 (12) menyatakan berkenaan dengan jawapan lisan oleh Perdana Menteri berkenaan pengumuman berkenaan jumlah peruntukkan kewangan ketika pilihan raya kecil sibu. ( Celahan : DAP Batu Gajah )

[BN Baram ( Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) (Celahan: BN Kinabatangan, DAP Taiping, Bebas Pasir Mas, DAP Taiping, BN Tebrau, BN Jempol, DAP Kepong, PKR Balik Pulau, DAP Klang, PKR Indera Mahkota, PAS Kuala Selangor, BN Kota Belud)]

[BN Kota Merudu ( Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) (Celahan : DAP Batu Gajah) Bersambung] [Rehat]

[ Sambungan Penggulungan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ] ( Celahan : PKR Lembah Pantai, BN Arau, DAP Batu Gajah, DAP Bakri)

[ BN Betong ( Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar) (Celahan : PAS Parit Buntar, BN Lenggong, PAS Parit Buntar, PAS Rantau Panjang, DAP Kota Melaka, PAS Parit Buntar) ]

[ BN Mambong (Timbalan Menteri Pelancongan) ( Celahan : DAP Kota Melaka, DAP Batu Gajah) ]

[ BN Tanjong Karang (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) ( Celahan : DAP Batu Gajah, DAP Bakri, DAP Batu Gajah, BN Arau, PAS Pokok Sena, PAS Rantau Panjang, BN Arau)]

[ BN Bagan Datok ( Menteri Pertahanan) ( Celahan : PKR Gombak, PAS Tumpat, PKR Gombak, PKR Batu, PAS Tumpat, PKR Gombak, BN Tanjong Karang) ]

[ BN Tampin ( Menteri Kerja Raya) ( Celahan : DAP Batu Gajah) ]
[ Bersambung Isnin, 28 Jun 2010 )

Ucapan Penangguhan

[ DAP Bakri :- Tajuk - Kuasa Menteri Membuat Peraturan Dalam Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) ( Dijawab oleh YB Timbalan Menteri Dalam Negeri BN Tanah Merah) ]

2. (D.R. 19/2010) Rang Undang-undang Pelindungan Pengguna (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. (9 Jun, 2010) (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

Wednesday, June 23, 2010

Dewan Rakyat 23 Jun 2010 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.

1. Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan berapa jumlah pelancong yang datang ke Malaysia dalam 6 bulan terakhir ini. Apakah trend kedatangan jika dibandingkan dengan setahun sebelum itu dan apakah sebab-sebabnya. Justeru itu apakah langkah seterusnya yang dicadang oleh pihak Kementerian.

2. Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-
(a) kedudukan projek Hospital Shah Alam yang tidak dapat disiapkan dalam masa yang ditentukan atas sebab subkontraktor yang tidak dibayar selama 3 bulan; dan
(b) sebab kontraktor utama Sunshine Fleet tidak dibatalkan kontrak mereka atas masalah kewangan dan amalan pengkontrakan "Ali-Baba". [ Soalan Tambahan : DAP Petaling Jaya Utara, BN Bukit Katil ]

3. Dato' Seri Ong Ka Chuan [ Tanjong Malim ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan pencapaian semasa inisiatif penggalakan pembangunan industri tenaga hijau negara hasil dari penyediaan jumlah peruntukan yang besar untuk tahun 2010. Nyatakan juga kategori industri tenaga hijau yang menjadi tarikan pelaburan asing di Malaysia berdasarkan jumlah pelaburan yang telah dibuat. [ Soalan Tambahan: BN Tanjong Malim, DAP Kepong, ]

4. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan langkah Kerajaan untuk membudayakan ilmu pengetahuan ke dalam masyarakat umum selaras dengan usaha untuk melahirkan mentaliti masyarakat dan infrastruktur Negara Kelas Pertama. [ Soalan Tambahan: DAP Bukit Bintang, BN Arau ]

5. Datuk Dr Tekhee @ Tiki anak Lafe [ Mas Gading ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kementerian untuk membasmikan kemiskinan luar bandar, khasnya yang tinggal di
pedalaman Sabah dan Sarawak. [ Soalan Tambahan: BN Mas Gading, Bebas Sepanggar ]

6. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah cadangan supaya pekerja kontrak tidak layak ke Mahkamah Industri dan kebaikan terhadap pekerja. [ Soalan Tambahan : PKR Kuala Langat, Bebas Pasir Mas ]

7. Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sasaran dan keberkesanan penubuhan Nasional G-Ekonomi dalam melonjakkan pencapaian usahawan Melayu dan bumiputera agar mampu bersaing dan muncul sebagai pemain ekonomi utama global. [ Soalan Tambahan: BN Parit Sulong, PKR Indera Mahkota ]

8. Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan perincian belanja Projek Little India di Brickfields dan kriteria pemilihan yang diguna pakai dalam memutuskan projek tersebut dianugerahkan kepada syarikat MRCB secara runding terus. [ Soalan Tambahan: PKR Lembah Pantai ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:

12. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [Sik] minta MENTERI PERLAJARAN menyatakan mengapa Kementerian Pelajaran telah memberhentikan pengambilan guru-guru J-QAF mulai tahun 2010 ini. Sila jelaskan kedudukan sebenar guru-guru ini di sekolah-sekolah di negara kita.

20. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah status dan hasil kajian mengenai struktur tol bagi projek jalan bertol dan apakah langkah-langkah alternatif bagi projek jalan bertol.

24. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah MBE tidak memasukkan dalamnya usaha-usaha untuk melaksanakan gaji minima (minimum wages) bagi meningkatkan taraf hidup pekerja di negara ini.

36. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah iktibar-iktibar kegagalan-kejayaan yang telah dipelajari dari gelombang penswastaan pertama supaya gelombang penswastaan kedua dapat dijayakan sebagai sebahagian dasar Model Baru Ekonomi yang antara lainnya mahukan pelaburan pihak swasta memacu pertumbuhan KDNK negara.

39. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah janji-janji untuk membina kemudahan-kemudahan asas di satu-satu bahagian pilihan raya semasa kempen Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil tidak merupakan suatu penyogokan yang boleh diambil tindakan di bawah Perkara 10 (a), (c), (d), (e), (f), (g), dan (h) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5).

40. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah kawalan yang lebih berkesan diambil bagi memastikan sebarang bentuk penyiaran atau penulisan mengenai Islam dapat dikawal daripada penyelewengan fakta dan asas hukum. Dan apakah tindakan terhadap penulisan yang disiarkan akhbar tempatan baru-baru ini menghina kedua ibu-bapa baginda Rasulullah S.A.W.

41. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah cukai dosa (sin tax) hasil perniagaan perjudian dan arak. Apakah halangan Kerajaan untuk mengasingkan punca pendapatan halal dan haram negara.

43. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah sebab-sebab utama yang mendorong Kerajaan memberikan lesen judi semasa kejohonan bola sepak Piala Dunia 2010 kepada Kumpulan Berjaya.

46. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan "salient terms" seperti Kadar Pulangan Dalaman/Internal Rate of Return, Jumlah "Lease Payment" yang perlu dibayar kepada Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB), peratusan kenaikan tarif air bagi pemberian hak eksklusif kepada Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) kontrak operasi dan selenggara air Negeri Selangor selama 30 tahun sekiranya PAAB dan SPAN bersetuju SPLASH mengambil alih aset-aset air di Negeri Selangor.

C. Perbahasan Usul-usul
1. Usul dibuat oleh Perdana Menteri dan masalah dicadangkan :-
“ Bahawa Dewan ini, menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian
sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan dalam menghadapi persekitaran global yang begitu mencabar;

merestui usaha Kerajaan untuk terus melaksanakan Misi Nasional dengan disokong oleh Model Baru Ekonomi sebagai rangka dasar pembangunan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020;

meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang akan dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik, program dan peruntukan yang diperlukan untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020 seperti dibentangkan dalam Kertas Perintah CMD.3 Tahun 2010;

Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu padu dengan semangat “1Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” dan mempunyai iltizam yang teguh bagi melaksanakan tanggungjawab yang murni untuk menjayakan pelan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing, demi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (22 Jun, 2010)

Menteri mengusulkan 12 (1) mesyuarat tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 7.30 malam

Sesi Penggulungan Menteri-Menteri mengikut Kementerian :-

Sesi Penggulungan : [ BN Pagoh (Menteri Pelajaran) (Celahan : DAP Kepong, BN Kinabatangan, PKR Balik Pulau, BN Arau, PAS Sik, PKR Ampang, BN Lipis, DAP Bukit Mertajam, Bebas Pasir Mas, DAP Ipoh Barat, DAP Kepong, PKR Balik Pulau, DAP Ipoh Barat, DAP Bukit Mertajam, DAP Serdang, DAP Bagan, DAP Ipoh Barat, DAP Bukit Mertajam, DAP Bakri, BN Kota Belud) ]

[ Penggulungan RMK 10: BN Penampang (Menteri Perlandangan & Komoditi) {Rehat} Sambung oleh BN Penampang ( Celahan BN Sekijang, BN Jasin ) ]

[ Penggulungan RMK 10: BN Masjid Tanah ( Timbalan Menteri Dalam Negeri ) (Celahan : DAP Batu Gajah, DAP Bandar Kuching, DAP Batu Gajah, PKR Gombak, PAS Pokok Sena, BN Tuaran, PAS Pokok Sena ) ]

BN Ranau Mengusul 37 (2) meneruskan sidang

Sambung [ Penggulungan RMK 10: BN Masjid Tanah ( Timbalan Menteri Dalam Negeri ) (Celahan - PKR Balik Pulau, DAP Ipoh Timur, BN Sri Gading, PAS Pasir Puteh, PAS Kubang Kerian, PAS Kuala Selangor, BN Kota Belud, PAS Baling, BN Kinabatangan, DAP Bukit Gelugor)

PAS Kuala Krai mengusulkan 36 (12) - Menteri tidak menjawab soalan kerana alasan isu baru.

( Celahan - PKR Balik Pulau, BN Putatan ) [Point Of Order 36 (12) oleh DAP Bukit Gelugor]
( Celahan - DAP Puchong, PKR Gombak, DAP Ipoh Timur, PAS Pokok Sena, PKR Padang Serai, Bn Tuaran)

[ Penggulungan RMK 10 : BN Julau ( Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan) ( Celahan : DAP Bukit Bintang, BN Sri Gading, PAS Titiwangsa, PAS Kubang Kerian, PAS Pokok Sena ) ]

[ Penggulungan RMK 10 : Bn Miri (Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air )
( Celahan : BN Putatan, BN Kota Belud, DAP Kota Kinabalu, PKR Lembah Pantai, BN Batu Sapi, PKR Batu, DAP Kota Belud, BN Putatan, BN Kota Belud, PKR Lembah Pantai, BN Tenom, PKR Gopeng, DAP Klang, PKR Batu, BN Simpang Renggam, DAP Kota Melaka, [ Point Of Order 36 (12) PKR Gopeng, PKR Batu] PKR Gopeng, DAP Klang, PKR Indera Mahkota) ]

[ Penggulungan RMK 10 : BN Semporna (Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah) (Celahan : BN Sekijang, BN Putatan, BN Maran, BN Tenggara, BN Hulu Rajang, BN Tenggara, BN Hulu Rajang, PAS Kuala Krai, BN Lenggong, PAS Kuala Krai, PAS Pokok Sena) ]

[ Penggulungan RMK 10 : BN Pasir Gudang (Menteri Pengajian Tinggi) ( Celahan : DAP Batu Gajah)

[ Penggulungan RMK 10 : BN Baram ( Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri) (Celahan: DAP Kota Melaka ] [ Bersambung ]

Timbalan Menteri Kewangan mengusulkan 16 (3) Menangguhkan sesi penggulungan Menteri dan disambung esok.

Ucapan-Ucapan Penangguhan:
1. YB Tuan Hj. Salahuddin Hj Ayub (MP PAS Kubang Kerian) - Tajuk :- MBMMBI [ Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris ] Pelaksanaan Dasar yang Tidak Seimbang. [ Jawapan Menteri : Timbalan Menteri Pelajaran :- BN Batu Pahat]

2. YB Tuan Sim Tong Him (MP DAP Kota Melaka) - Tajuk :- Projek Pembinaan Jambatan bagi Menghubungkan Telok Gong di Melaka dengan Dumai di Sumatera. [ Jawapan Menteri : YAB Perdana Menteri ]

Tamat jam 8.00 malam.

2. (D.R. 19/2010) Rang Undang-undang Pelindungan Pengguna (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. (9 Jun, 2010) (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

Tuesday, June 22, 2010

Dewan Rakyat 22 Jun 2010 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Ir Haji Idris Bin Haji Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah kesudahan Program Angkasawan Negara dan apakah kesinambungannya. Adakah Agensi Angkasa Negara bekerjasama rapat untuk memajukan program ini melalui platform ASEAN +3.

2. Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilakah peruntukan RM25 juta untuk pemeliharaan warisan UNESCO bakal disalurkan kepada Kerajaan Negeri demi merangka perancangan warisan khas sebagaimana diperlukan oleh UNESCO. Apakah inisiatif Kementerian dalam mempromosikan George Town sebagai tapak warisan UNESCO berbanding Melaka. [ Soalan Tambahan : DAP Bagan ]

3. Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah pendekatan untuk mengadakan 'playing field' yang sama bagi pelajar-pelajar luar bandar mencapai kecemerlangan. [ Tidak Hadir ]

4. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkahlangkah yang sedang diambil untuk menandingi keperluan dan masalahmasalah yang akan daripada timbul akibat jumlah peratusan orang tua di
Malaysia akan meningkat dalam masa 10 tahun akan datang. [ Soalan Tambahan : DAP Beruas, BN Lipis ]

5. Datuk Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah yang diharapkan dan diminta oleh Kerajaan negara Amerika Syarikat (USA) dari Malaysia dalam konteks peranan sebuah negara yang berlokasi di rantau ini dan nyatakan apa yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak, USA dan Malaysia, dalam perbincangan di antara Presiden USA dan Perdana Menteri semasa lawatan rasmi beliau ke sana baru-baru ini. [ Tidak Hadir ]

6. Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah ada kawalan harga terhadap penjualan drinking water dan air mineral di kafe, kopitiam dan restoran dan apakah Kementerian menyedari ada pengguna yang dikenakan sebanyak 60 sen bagi segelas air suam. [ Soalan Tambahan : DAP Batu Gajah, BN Silam ]

7. Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan didapati tugas Pegawai Penjara setiap hari menghadapi risiko lebih 38,000 pesalah, disamping itu tugas dan tanggungjawab mereka diperkembangkan lagi untuk melaksanakan parol dan program kemasyarakatan. Bilakah mereka boleh dipertimbangkan kenaikan gaji yang setimpal dengan risiko tersebut. [ Soalan Tambahan : BN Kuala Krau, DAP Serdang ]

8. Tuan Charles Anthony A/L R.Santiago [ Klang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan pandangan Kerajaan mengenai pelancaran gaji minima di Malaysia selepas mendapat maklum balas melalui blog dan kajian Kementerian dalam usaha mengukur tanggapan awam. Sehingga ini berapa perundingan telah dilakukan dengan stakeholders. [ Soalan Tambahan : DAP Klang, PAS Kuala Selangor ]

9. Tuan Ding Kuong Hiing [ Sarikei ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan penyelesaian dan peruntukan oleh Kementerian bagi sesebuah sekolah yang menghadapi masalah kewangan untuk membina kelas dan dapur untuk wajib mengadakan kelas prasekolah oleh Kementerian pada tahun 2012 nanti. [ Tidak Hadir ]

10. Tuan Tan Tee Beng [ Nibong Tebal ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) mengapa Kementerian memberi diskaun untuk cukai lapangan terbang kepada AirAsia yang masih berhutang sedangkan syarikat-syarikat lain tidak mendapat kelebihan sebegitu; dan
(b) bolehkah Kementerian meminta AirAsia mengurangkan cukai lapangan terbang mereka memandangkan mereka telah mendapat untung dari penumpang dan juga diskaun itu. [ Soalan Tambahan : Bebas Nibong Tebal, BN Tangga Batu ]

11. Datuk Siringan bin Gubat [ Ranau ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapakah bilangan jalan luar bandar yang tersenarai di bawah NKRA Kementerian dalam Kawasan P.179 Ranau yang seharusnya dimulakan dalam tahun 2010. [ Soalan Tambahan : BN Ranau ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
42. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi menyediakan pemegang-pemegang AP mengimport kereta menjelang penamatan pemberian AP pada 2015.

43. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah bentuk mekanisme pemantauan yang dibuat bagi memastikan ketelusan dan keberkesanan perbelanjaan ke atas peruntukan RM1 juta yang diberi dan dibuat oleh Ahli-ahli Parlimen serta nyatakan agensi Kerajaan manakah yang menguruskan rekod-rekod perbelanjaan peruntukan tersebut.

44. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan Pelan Tindakan Kerajaan untuk mengurangkan kebanjiran pendatang asing yang semakin menjadi-jadi di mana mereka berniaga tanpa lesen atau dilindungi warga tempatan dan persatuan peniaga, bekerja di sektor-sektor 'barisan hadapan' yang mengurangkan peluang pekerjaan warga tempatan, menguasai kampungkampung dan penempatan orang tempatan serta melakukan gangguan dan jenayah di Kampung Pandan, Kampung Dato' Keramat dan Kampung Baru (Chow Kit, Jalan Raja Alang dan Jalan Raja Bot).

47. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah orang yang ditahan di bawah ISA hingga kini dan kategori kesalahan mereka menyebabkan mereka ditahan serta jumlah lama masa mereka ditahan hingga kini serta rasional masa tersebut.

C. Perbahasan Usul-Usul

Usul menyambung Perbahasan RMK10 sehingga selesai pada jam 7.30 malam oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri

1. Usul dibuat oleh Perdana Menteri dan masalah dicadangkan :-
“ Bahawa Dewan ini, menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian
sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan dalam menghadapi persekitaran global yang begitu mencabar;

merestui usaha Kerajaan untuk terus melaksanakan Misi Nasional dengan disokong oleh Model Baru Ekonomi sebagai rangka dasar pembangunan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020;

meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang akan dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik, program dan peruntukan yang diperlukan untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020 seperti dibentangkan dalam Kertas Perintah CMD.3 Tahun 2010;

Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu padu dengan semangat “1Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” dan mempunyai iltizam yang teguh bagi melaksanakan tanggungjawab yang murni untuk menjayakan pelan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing, demi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (21 Jun, 2010)

[Perbahasan : BN Dungun] [ Perbahasan : PAS Titiwangsa ] [ Perbahasan : BN Tangga Batu ( Celahan : DAP Kota Melaka) ] [ Perbahasan : DAP Segambut ( Celahan : BN Kinabatangan ) ] [ Perbahasan : BN Johor Bahru ] [ Perbahaan : PKR Tanah Merah ] [ Perbahasan : BN Paya Besar ] [ Perbahasan : PAS Shah Alam ( Celahan : PKR Padang Serai) ] [ Rehat ]

[ Perbahasan : DAP Kota Melaka ] [ Perbahasan : BN Padang Besar ] [ Perbahasan : PKR Bandar Tun Razak ] [ Perbahasan : BN Hulu Rajang ] [ Perbahasan : BN Igan ] [ Perbahasan : DAP Batu Gajah ] [ Perbahasan : BN Rembau ( Celahan : BN Kinabatangan, DAP Batu Gajah, BN Rompin, Bebas Pasir Mas ) ] [ Perbahasan : PAS Pendang ] [ Perbahasan : BN Skijang ] [ Perbahasan : DAP Puchong] [ Perbahasan : BN Tenggara] [ Perbahasan : Bebas Nibong Tebal ] [ Perbahasan : BN Tuaran ] [ Perbahasan : PAS Jerai ] [ Perbahasan : BN Maran ] [ Perbahasan : DAP Petaling Jaya Utara ] [ Perbahasan : BN Pulai] [ Perbahasan : DAP Bukit Mertajam ] [ Perbahasan : BN Parit ] [ Perbahasan : PAS Kota Raja] [ Perbahasan : BN Arau ] [ Perbahasan : PKR Ketereh ] [ Perbahasan : BN Lanang ] [ Perbahasan : PAS Pasir Puteh ] [ Perbahasan : BN Setiu ] [ Perbahasan : PKR Balik Pulau ] [ Perbahasan : BN Batu Sapi] [ Perbahasan : DAP Bandar Kuching ]

Timbalan Menteri Pelajaran mengusulkan 16 (3) Menangguhkan perbahasan RMK 10

Perbahasan RMK 10 Tamat dan Disambung esok dengan Jawapan daripada pihak Kementerian bermula dari Kementerian Pelajaran

Ucapan Penangguhan DAP Bukit Mertajam - Tajuk : Isu SRJK(C) Beng Teik kepada Menteri Pelajaran dan Kementerian-nya.

Jawapan Menteri Pelajaran - BN Ayer Hitam

Tamat Jam 7.51 malam

2. (D.R. 19/2010) Rang Undang-undang Pelindungan Pengguna (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. (9 Jun, 2010) (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

Monday, June 21, 2010

Dewan Rakyat 21 Jun 2010 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan

1. Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang memberikan pelepasan cukai pendapatan kepada isteri yang bekerja dan menanggung suami yang tidak bekerja sebagaimana pelepasan cukai yang diberikan kepada suami yang menanggung isteri yang tidak bekerja. [ Soalan tambahan: BN Tenggara, ]

2. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) sejauh mana usaha Kerajaan setakat ini melaksanakan Subsidi Beras untuk Rakyat (SUBUR); dan
(b) berapa ribu tan beras Nasional dikeluarkan sebulan dan adakah benar-benar sampai kepada sasaran serta adakah Kerajaan mengesan penyelewengan beras 15 peratus yang diluluskan oleh Kerajaan dijadikan beras 5 peratus. [ Soalan tambahan: PAS Padang Terap, BN Jempol ]

3. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) jumlah pekerja asing berdaftar di dalam negara mengikut pecahan negara serta bidang kerja dalam tempoh 2005 hingga 2010; dan
(b) jumlah pekerja asing tanpa izin (PATI) bagi tempoh 2005 hingga 2010 mengikut pecahan negara dan bidang kerja. [ Soalan tambahan: BN Sri Gading, DAP Bagan ]

4. Dato' Rashid bin Din [ Merbok ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh manakah Kementerian bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk menangani masalah penyakit SCOLIOSIS (spine taking a S-shape sideway) di kalangan penuntut sekolah yang disebabkan oleh faktor kekerapan membawa beg sekolah yang berat. [ Soalan tambahan: PKR Merbok, BN Silam ]

5. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-
(a) pendekatan dan perancangan yang dilaksanakan bagi menyediakan tenaga kerja mahir di kalangan belia menerusi Pusat Giat Mara; dan
(b) bilakah projek Pusat Giat Mara di Pekan Mesapol, Sipitang akan dilaksanakan.
[ Soalan tambahan: BN Sipitang, PAS Pendang ]

6. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan dari 48,353 hektar tanah yang diberikan oleh Kerajaan Terengganu kepada FELDA, berapa hektar yang telah dimajukan tetapi tidak dimasukkan peserta dan berapa hektar yang masih belum dimajukan dan berapakah jumlah premium tanah yang masih belum dibayar oleh FELDA kepada Kerajaan Negeri. [ Soalan tambahan: PAS Kuala Terengganu, BN Putatan ]

7. Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah pembinaan Muzium Polis Bukit Kepong, Muar, Johor akan dibina.
[ Soalan tambahan: BN Sekijang ]

8. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan butiran lanjut langkah UDA untuk membangunkan semula tanah tapak bekas Penjara Pudu di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan bagaimanakah agihan lot-lot perniagaan dibuat.
[ Soalan tambahan: DAP Bukit Bintang, PAS Kuala Selangor ]

9. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan :-
(a) program dan pendekatan baru yang Kementerian lakukan sehingga kini dalam menyelesaikan masalah sosial generasi belia di negara ini; dan
(b) bagaimana usaha terbaru Kementerian bagi memastikan generasi belia menyertai organisasi belia. [ Soalan tambahan: BN Lenggong, DAP Serdang ]

10. Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) apakah langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi lambakan kenderaan lama yang tidak dapat memperbaharui cukai jalan, akibat keengganan pihak insurans melindunginya; dan
(b) adakah Kerajaan bercadang mewujudkan kembali insurans kelas ketiga bagi mengatasi masalah ini. [ Soalan tambahan: ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan dalam masa setahun terdapat lebih 3 juta murid mendaftar untuk memasuki sekolah rendah. Dari jumlah itu berapa orang murid yang berada di Pra Sekolah di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran dan berapa orang murid berada di Pra Sekolah di bawah anjuran Permata.

16. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah aliran masuk wang asing berbanding dengan pelaburan sepanjang penganjuran F1 di Malaysia.

26. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) sama ada pihak berkuasa agama dirujuk sebelum meluluskan permohonan lesen judi sukan bagi mengelakkan judi haram; dan
(b) anggaran hasil setahun daripada aktiviti perjudian sukan ini.

34. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang notis pemindahan penghuni Kuarters Kerajaan sekitar Jalan Peel dan Jalan Cocharane yang dibuat tergesagesa pada bulan Mei yang lalu serta apakah pembangunan yang akan dibuat di kawasan hartanah tersebut, syarikat mana yang akan membangunkan, berapa kos tanah satu kaki persegi, adakah proses tawaran melalui tender terbuka dan status proses jual beli serta langkahlangkah diambil supaya kakitangan Kerajaan tersebut dipindahkan sementara sekitar kawasan kuarters seperti PPR Laksamana atau PPR Perkasa yang berdekatan.

46. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah peratus orang Islam yang menyempurnakan solat 5 kali sehari semalam di Malaysia kini.

48. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status perbicaraan kes demonstrasi kepala lembu yang berlaku di Shah Alam pada tahun 2009 lalu.

50. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan panel khas jawatankuasa antara agama yang diwar-warkan baru-baru ini, apakah statusnya hari ini.

51. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pendirian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam keputusan Kerajaan mewujudkan lesen judi bagi sukan bola sepak di Malaysia.

56. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bersetuju dengan cadangan Konvensyen Usahawan Melayu 2010 supaya MARA diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

57. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kenapakah pengenalan sistem pilihan raya bagi pemilihan ketua murid dan pengawas di peringkat sekolah menengah dihentikan, walhal ianya penting sebagai satu bentuk pendidikan jati diri yang baik bagi melahirkan warganegara yang peka kepada nilai-nilai demokrasi.

C. Perbahasan Usul-Usul
1. Usul dibuat oleh Perdana Menteri dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian
sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan dalam menghadapi persekitaran global yang begitu mencabar;

merestui usaha Kerajaan untuk terus melaksanakan Misi Nasional dengan disokong oleh Model Baru Ekonomi sebagai rangka dasar pembangunan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020;

meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang akan dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik, program dan peruntukan yang diperlukan untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020 seperti dibentangkan dalam Kertas Perintah CMD.3 Tahun 2010;

Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu padu dengan semangat “1Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” dan mempunyai iltizam yang teguh bagi melaksanakan tanggungjawab yang murni untuk menjayakan pelan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing, demi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (17 Jun, 2010)

[ Perbahasan: PAS Baling ( Celahan - BN Sri Gading ] [Perbahasan : BN Lenggong ] [ Perbahasan: DAP Bagan ] [ Perbahasan: Bebas Wangsa Maju (Celahan - PAS Shah Alam, PAS Titiwangsa) ] [ Perbahasan: BN Simpang Renggam - Bersambung ] [ Rehat ]

[ Perbahasan: BN Simpang Renggam ] [ Perbahasan: DAP Seremban ] [ BN Bagan Datok Usul No. 12 (1) [ Perbahasan: BN Parit Sulong (Celahan - BN Arau ) ] [ Perbahasan: PKR Ampang ] [ Perbahasan: BN Silam ( Celahan - BN Putatan, BN Lipis) ] [ Perbahasan: DAP Kepong ]
[ Perbahasan: BN Sri Aman ]

[ Perbahasan : PAS Parit Buntar ( Celahan - BN Pasir Salak ) ] [ Perbahasan: DAP Bukit Gelugor ] [ Perbahasan : BN Tebrau ] [ Perbahasan: Bebas Sepanggar ] [ Perbahasan: BN L:ipis ] [ Perbahasan: DAP Ipoh Timur ] [ Perbahasan: BN Lubok Antu ] [ Perbahasan: BN Bukit Katil ] [ Perbahasan: PKR Sg Petani ] [ Perbahasan: BN Kuala Krau ] [ Perbahasan: PAS Kuala Krai ] [ Perbahasan: BN Gelang Patah ] [ Perbahasan: PKR Selayang ]

[ Ucapan Penangguhan 1: YB Tuan Chua TianChang (PKR Batu) - Kembalikan Kebebasan Media serta merta - YB Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ]

[ Ucapan Penanguhhan 2: YB Fong Kui Lun (DAP Bukit Bintang) - Pelabur-pelabur kecewa Kerajaan tidak prihatin aduan mereka mengenai penipuan Skim STG Corner ]

Mesyuarat tamat jam 7.30 malam ditangguh sehingga 10.00 pagi 22 Jun 2010.

2. (D.R. 19/2010) Rang Undang-undang Pelindungan Pengguna (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. (9 Jun, 2010) (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

Thursday, June 17, 2010

Dewan Rakyat 17 Jun 2010 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan

1. Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan :- (a) jumlah anggota pertahanan negara yang bertugas di luar negara di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB); dan
(b) bagaimanakah pengalaman dan pendedahan di luar negara ini dapat diguna pakai untuk kebajikan dan kemajuan bidang pertahanan negara. [ Soalan tambahan: BN Jasin, PAS Tumpat, ]

2. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan berapakah perbelanjaan yang diperuntukkan oleh Kerajaan dalam menyambut Hari Belia Negara 2010 di Putrajaya. Sila senaraikan kesan-kesan positif yang dihasilkan daripada sambutan itu. [ Soalan tambahan: PAS Kota Bharu, BN Sri Gading ] [ Siaran tergendala ]

3. Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah kebebasan sebaran am di Malaysia masih amat terhad seperti yang ditonjolkan dalam satu kajian global oleh Freedom House di Amerika Syarikat dengan "Press Freedom Ranking" 141 dalam ulasan "Malaysia Press Still Not Free".
[ Soalan tambahan: BN Tebrau, ]

4. Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapakah peratusan pelajar-pelajar MRSM yang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Perincikan jumlahnya mengikut negeri.
[ Soalan tambahan: PKR Ketereh, BN Hulu Terengganu ]

5. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-
(a) bilakah Projek Bahau By Pass hendak dilaksanakan; dan
(b) apakah perancangan Kerajaan untuk mengatasi kesesakan di bandar Bahau.
[ Soalan tambahan: BN Jempol,

6. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan kenapa sehingga kini Kerajaan masih lagi tidak mengumumkan apakah 'pricing mechanisme' yang diguna pakai bagi menetapkan harga petrol di stesen-stesen minyak di seluruh negara.
[ Soalan tambahan: PKR Kuala Langat, BN Rembau ]

7. Datuk Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah terdapat garis panduan yang dibuat terhadap penayangan filem dari luar termasuk filem yang bertentangan dengan budaya kita. [ Soalan tambahan: BN Kuala Nerus]

8. Tuan Wong Ho Leng [ Sibu ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan rancangan Kerajaan Persekutuan untuk menghentikan atau mengurangkan masalah "brain drain" sama ada pelajar atau tenaga kerja mahir dan tidak mahir di Sibu. [ Soalan tambahan:

9. Tuan Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah langkah yang telah diambil oleh Kerajaan bagi memastikan IPT bergerak seiring dan memenuhi dasar Model Baru Ekonomi (MBE) untuk menjadikan negara berpendapatan tinggi dan juga menjadi IPT sebagai pemangkin dan pelopor utama untuk
menjayakan ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi. [ Soalan tambahan:

10. Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan statistik terkini guru Bahasa Tamil dan Cina di sekolah menengah bantuan penuh Kerajaan dan apakah jumlah ini mencukupi dengan bilangan murid yang akan mengambil peperiksaan bahasa tersebut dan apakah langkah yang telah dibuat oleh pihak Kementerian bagi mengatasi masalah ini. [ Soalan tambahan:

11. Tan Sri Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn [ Alor Gajah ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan memandangkan Persatuan Penduduk dan "Gated Community" sudah mula wujud di kebanyakan kawasan Kuala Lumpur dan bandar-bandar utama kawasan perumahan. Adakah wujud satu sistem yang memastikan ketelusan Persatuan Penduduk dan "Gated Community" serta mencegah pengelapan tabung persatuan penduduk dan penyalahgunaan kuasa oleh ahli jawatankuasa.

12. Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan tujuan Kementerian mengutip kos pentadbiran Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan kenapa pengurangan kadar 3 peratus kepada 1 peratus setahun tidak dilaksanakan selepas diumumkan lebih dua tahun lalu.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan tentang jambatan Batu 5 (Sungai Sik) terletak di jalan negeri kilometer 5 yang menyambungkan Lebuhraya Sik -Gurun dengan Jalanraya Timur- Barat. Jambatan ini didapati begitu kecil serta tidak mampu memenuhi keperluan lalu lintas yang amat banyak / pesat berkembang. Bilakah jambatan ini akan dibesarkan.

16. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-
(a) beberapa isu berkaitan kesan alam sekitar yang timbul dari perlaksanaan projek jalan bertol baru Kuala Lumpur Outer Ring Road (KLORR) atau Jalan Lingkaran Luar Kuala Lumpur serta sejauh manakah daya maju projek tersebut dan apakah rasional pembinaan jalan tol baru dan nyatakan jumlah kos serta kajian trafik; dan
(b) apakah status projek konsesi Lebuh Raya Pantai Barat (projek jalan bertol West Coast Express Way).

26. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan justifikasi pemberian lesen perjudian kepada syarikat tertentu sempena kempen Bola Sepak Piala Dunia 2010.

28. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah benar Felda telah mengguna pakai wang KWSP. Berapakah jumlah wang yang telah digunakan dan apakah implikasi kepada pencarum.

30. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan jenis pampasan atau imbuhan kepada penanam tembakau yang berstatus penanam-pengawit yang telah terpaksa menghentikan aktiviti perusahaan mereka.

36. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan tentang fenomena meningkatnya masalah sosial serta anak luar nikah di Malaysia, apa penyelesaiannya serta masalah lewat kahwin yang semakin ketara sekarang ini.

46. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-
(a) rasional persetujuan Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) mewakili Kerajaan dengan cadangan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) bagi pengambil alihan aset-aset air di Negeri Selangor dengan penambahan nilai pampasan sebanyak RM1.53 bilion iaitu dengan harga RM10.75 bilion berbanding RM8.2 bilion; dan
(b) memandangkan pengambil alihan sebelum ini ke atas asetaset air di negeri-negeri lain menggunakan Nilai Buku Bersih (Net Book Value), adakah ia mengambil kira Nilai Potensi Hadapan (Future Potential Value).

50. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan berapakah kos iklan dan promosi 1Malaysia yang Kerajaan telah belanjakan atau telah peruntukkan serta siapakah pengarah-pengarah
syarikat yang mendapat kontrak iklan dan promosi sama ada media cetak atau elektronik bagi 1Malaysia dan setakat ini apakah kesan 1Malaysia kepada kesatu paduan kaum.

52. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah Seksyen 100 Hak Mempertahankan Diri bagi tujuan melindungi diri boleh digunakan oleh orang awam ke atas anggota keselamatan dan nyatakan dalam situasi sebagaimanakah hak tersebut boleh diguna pakai.

54. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sikap Kerajaan terhadap cadangan penubuhan Jawatankuasa Penyiasat Bebas untuk menangani aduan-aduan terhadap Polis (IPCMC).

56. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa pusat tahanan / depot PATI di seluruh negara dan kapasiti setiap satu serta apakah perancangan Kerajaan menyelesaikan masalah penampungan PATI yang ditahan.

57. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah transaksi yang dianggarkan dalam perjudian Piala Dunia yang akan berlangsung nanti dan berapakah anggaran pendapatan cukai kepada negara dari sumber perjudian sukan berlesen ini.

59. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah usaha yang diambil untuk mengawal lumba haram dan kegiatan "Mat Rempit" yang semakin berleluasa khususnya di daerah Kuala Terengganu.

C. Perbahasan Usul-Usul
1. Usul dibuat oleh Perdana Menteri dan masalah dicadangkan :-
“ Bahawa Dewan ini, menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian
sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan dalam menghadapi persekitaran global yang begitu mencabar;

merestui usaha Kerajaan untuk terus melaksanakan Misi Nasional dengan disokong oleh Model Baru Ekonomi sebagai rangka dasar pembangunan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020;

meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang akan dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik, program dan peruntukan yang diperlukan untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020 seperti dibentangkan dalam Kertas Perintah CMD.3 Tahun 2010;

Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu padu dengan semangat “1Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” dan mempunyai iltizam yang teguh bagi melaksanakan tanggungjawab yang murni untuk menjayakan pelan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing, demi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (16 Jun, 2010)
[ Perbahasan : PAS Padang Terap] [ BN Kanowit] [PKR Gopeng] [ BN Pengerang] [DAP Rasah] Rehat

[ Perbahasan : BN Labuan ] [ PAS Pokok Sena - Celahan - ( PKR Lembah Pantai, DAP Jelutong ) ] [ BN Sabak Bernam - Celahan - ( BN Kuala Krau)] [ DAP Bakri - Celahan - PAS Shah Alam, BN Labuan ] [ BN Hulu Selangor ] [ PKR Lembah Pantai] [BEBAS Tawau] [ BN Hulu Rerengganu - Celahan - BN Kinabatangan] [ PAS Baling ] [ DAP Bukit Bintang]


2. (D.R. 19/2010) Rang Undang-undang Pelindungan Pengguna (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. (9 Jun, 2010) (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

Wednesday, June 16, 2010

Dewan Rakyat 16 Jun 2010 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan

1. Datuk Md.Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menguatkuasakan penggunaan bank DNA supaya semua rakyat di negara ini mempunyai rekod DNA dan boleh digunakan untuk mengesan dan menyelesaikan sesuatu kes jenayah yang berlaku. [ Soalan Tambahan: BN Bukit Katil, DAP Kepong ]

2. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah Kerajaan bersedia memansuhkan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli(JHEOA) kerana gagal memberi khidmat terbaik kepada masyarakat Orang Asli seperti yang disuarakan sendiri masyarakat Orang Asli. Jika tidak, apakah kaedah bagi mengembalikan semula kepercayaan Orang Asli terhadap jabatan ini.
[ Soalan Tambahan: PKR Kuantan, BN Arau ]

3. Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah bekalan beras terjamin cukup sepanjang masa bagi keperluan rakyat negara ini dan bagaimanakah Kerajaan mengawal selia harga dan mutu beras.
[ Soalan Tambahan: BN Paya Besar, PKR Kuala Langat ]

4. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan sejak kilang kenaf di Pasir Puteh beroperasi apakah jenis produk yang dikeluarkan dan berapakah jumlah pengeluaran yang telah berjaya dihasilkan. [ Soalan Tambahan: PAS Pasir Puteh, BN Hulu Terengganu ]

5. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah prestasi kesukanan pelajar dari sekolah sukan diwujudkan untuk meningkatkan kemahiran yang pelajar ceburi. [ Soalan Tambahan: tidak hadir ]

6. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk mengkaji semula Akta Penempatan Berkelompok 1960 (Akta GSA 1960) bagi membolehkan tanah-tanah yang diberikan kepada Felda Plantations diambil kembali dan dimanfaatkan bagi penempatan generasi kedua Felda dan jika tidak apakah rancangan komprehensif Kerajaan untuk mengangkat status sosio-ekonomi generasi kedua Felda. [ Soalan Tambahan: PKR Permatang Pauh, BN Ledang, PKR Balik Pulau ]

7. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan setakat ini berapa peratuskah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-9 di Sabah yang telah dibelanjakan. [ Soalan Tambahan: BN Kalabakan, PKR Gombak ]

8. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah Kerajaan bercadang memberi insentif galakan kepada bomba sukarela di seluruh negara dengan peralatan-peralatan utama bagi menampung khidmat mereka dengan bertambahnya kawasan perumahan dan penduduk sekarang ini.
[ Soalan Tambahan: PAS Baling ]

9. Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan mekanisme yang membolehkan setiap isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana mampu menikmati faedah jalur lebar, sejajar dengan Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI). [ Soalan Tambahan: BN Tenom, DAP Bandar Kuching ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
20. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) peratus kebergantungan Kerajaan terhadap hasil petroleum negara dalam perbelanjaan Kerajaan; dan
(b) langkah-langkah dari pihak Kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan itu kepada hasil petroleum negara beserta nilaiannya yang bakal diperolehi.

24. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah peruntukan kepada PDRM bagi menjalankan aktiviti latihan pembangunan sumber manusia anggotanya dan senaraikan jumlah peruntukan mengikut kategori latihan bagi tahun 2009 dan 2010.

26. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan dalam mempertingkatkan perkhidmatan guru-guru dalam negara.

30. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-
(a) apakah Kementerian sedang membuat persediaan dalam bentuk kajian dan sebagainya bagi membolehkan akhirnya pilihan raya tempatan diadakan ; dan
(b) apakah ada usaha-usaha yang serius di pihak Kementerian untuk mengatasi isu projek perumahan yang terbengkalai dengan menilai semula bentuk perjanjian antara pembeli dengan pemaju dan pembiaya (bank) agar pembeli/rakyat tidak tertindas dan senantiasa didahulukan.

32. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah usaha Kerajaan dalam memastikan bahawa semua bahan makanan import baik segar atau kering yang diimport selamat untuk dimakan seperti berlaku kepada kesan melamine dan formalin untuk susu dan ikan sejuk beku. Apakah tindakan yang telah dikenakan kepada pelaku kesalahan ini dan syarikat terbabit dan bagaimana pemantauan yang dilakukan supaya ianya tidak akan berulang lagi.

38. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah hasil pendapatan Kerajaan pada tahun 2009 melalui kutipan hasil perusahaan arak dan perjudian dan berapakah jumlah pendapatan Kerajaan yang dijangka dengan meluluskan perjudian Bolasepak Piala Dunia 2010 ini.

47. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah keperluan anggota Tentera Malaysia yang tinggal di kem-kem tentera, isteri atau suami tentera dan pekerja-pekerja biasa dalam kem seperti tukang masak dan lain-lain mengundi secara pos serta apakah ada usaha dari SPR untuk memastikan pengundi-pengundi pos tidak pula mengundi secara awam.

53. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan tentang Skim Pinjaman Perumahan untuk golongan berpendapatan rendah di mana kadar kelulusan hanya RM20 ribu, tidak bersesuaian dengan kos semasa. Apakah penyelesaian tentang permohonan pinjaman rumah di kalangan ahli keluarga miskin di atas geran tanah yang sama.

56. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan strategi Kerajaan bagi menyelesaikan isu lebihan kos yang terpaksa ditanggung oleh Sime Darby yang dianggarkan sekitar RM450 juta dan jumlah keseluruhan kos lebihan pembinaan Empangan, Bakun sebanyak RM1.3 bilion tidak diterjemahkan kepada tarif elektrik yang tinggi dari segi per KWh dan tidak kompetitif kepada industri.

C. Perbahasan Usul-Usul
1. Usul dibuat oleh Perdana Menteri dan masalah dicadangkan :-
“ Bahawa Dewan ini, menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian
sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan dalam menghadapi persekitaran global yang begitu mencabar;

merestui usaha Kerajaan untuk terus melaksanakan Misi Nasional dengan disokong oleh Model Baru Ekonomi sebagai rangka dasar pembangunan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020;

meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang akan dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik, program dan peruntukan yang diperlukan untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020 seperti dibentangkan dalam Kertas Perintah CMD.3 Tahun 2010;

Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu padu dengan semangat “1Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” dan mempunyai iltizam yang teguh bagi melaksanakan tanggungjawab yang murni untuk menjayakan pelan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing, demi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (15 Jun, 2010)

[ Perbahasan: PSM Sungai Siput ( Celahan - PKR Balik Pulau, PKR Indera Mahkota, PAS Kuala Selangor, PKR Balik Pulau ) ] [ Perbahasan: BN Ledang ( Celahan - BN Kinabatangan, PKR Kuala Langat, PKR Balik Pulau, BN Kinabatangan, BN Tangga Batu)]

[ Perbahasan: Bebas Bayan Baru ( Celahan - BN Pasir Salak, BN Putatan, PKR Balik Pulau, Bebas Wangsa Maju, PKR Balik Pulau, BN Kinabatangan) ] [ Rehat ]

[ Perbahasan: PAS Kuala Selangor (Celahan - PKR Indera Mahkota, ) ] [ Perbahasan: BN Sarikei ] [ Perbahasan: DAP Kota Kinabalu ] [ Perbahasan: BN Kota Belud ] [ Perbahasan: PKR Kuala Langat ] [ Perbahasan: BN Jasin ]

[ Perbahasan: DAP Ipoh Barat ] [ Perbahasan: BN Tenom ] [ Perbahasan: PAS Padang Terap ]

[ Ucapan Penangguhan 1: YB Tuan Kulasegaran a/l Murugeson (DAP Ipoh Barat) - Kes Kecurian Kereta - No. Pendaftaran P180 - Nama Pemilik En Toh Khiam Lee - YB Menteri Pengangkutan ]

[ Ucapan Penangguhan 2: YB Tuan Fong Kui Lun (DAP Bukit Bintang) - Para Pembeli Memohon Campurtangan serius Kerajaan untuk memulihkan Proejk Nas Pavillion, Jalan Imbi, Kuala Lumpur yang lama terbengkalai dan menyelamatkan pembeli dari menanggung kerugian besar - YB Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ]

Mesyuarat ditangguhkan kepada 10.00 pagi 17 Jun 2010

2. (D.R. 19/2010) Rang Undang-undang Pelindungan Pengguna (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

3. (D.R. 16/2010) Rang Undang-undang Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

4. (D.R. 18/2010) Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

5. (D.R. 21/2010) Rang Undang-undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

6. (D.R. 20/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (Pindaan) 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

7. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 (Menteri Kewangan)

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008