Tuesday, June 30, 2009

Dewan Rakyat 30 Jun 2009 (Selasa)

Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal kedua Parlimen ke 12 mulai bersidang pada 15 Jun 2009 hingga 2 Julai 2009.

a. Doa
b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan (10.00 pagi hingga 11.30 pagi)

1. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) setakat manakah keberkesanan pihak Kementerian dalam menyelesaikan masalah yang tiada kad pengenalan dan surat beranak sehingga hari ini di seluruh negara; dan
(b) adakah pihak Kementerian berhasrat untuk mencari satu penyelesaian yang drastik untuk menangani isu kad pengenalan dan surat beranak khususnya di negeri Sarawak memandangkan hak ini telah terlalu lama dipraktikkan.
- Soalan Tambahan - BN Bintulu, PAS Marang (10.17 pagi).

2. Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah jumlah kes keganasan rumah tangga mengikut negeri dan langkah-langkah untuk melindunginya.
- Soalan Tambahan - PKR Bagan Serai, BN Batang Sadong.

3. Datuk Richard Riot anak Jaem [ Serian ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan rancangan Kerajaan untuk membangun kawasan luar bandar di negeri Sarawak lebih-lebih lagi di kawasan Parlimen Serian dari segi
(a) Bekalan Elektrik Luar Bandar dan Bekalan Air Luar Bandar; dan
(b) Jalan Kampung / Jalan Luar Bandar dan Lampu Jalan Kampung.
- Soalan Tambahan - BN Serian, DAP Beruas, BN Kanowit.

4. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah hasil kajian pelaksanaan dasar Islam Hadhari oleh Kerajaan. Apakah masalah yang dihadapi oleh Kerajaan sehingga dasar Islam Hadhari memerlukan kajian semula.
- Soalan Tambahan - PAS Rantau Panjang (10.44 pagi), PKR Balik Pulau.

5. Tuan Ding Kuong Hiing [ Sarikei ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah peruntukan yang disalurkan kepada Kerajaan Negeri Sarawak dari tahun 2006 hingga 2008 untuk memperbaiki dan menaik taraf jalan-jalan serta parit-parit di taman perumahan dan bandar. Adakah pihak Kementerian menambah peruntukan pada RMK-10 nanti kepada Kerajaan Negeri Sarawak. Jika tidak, kenapa.
- Soalan Tambahan - BN Sarikei.

6. Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU, DAN AIR menyatakan keadaan bekalan air termasuk penswastaan di seluruh negara amnya dan Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur khasnya. Berapa projek khas dan taklukannya seperti terowong
dari Pahang ke Selangor akan dibina untuk memastikan tidak wujud masalah bekalan air di negara ini.
- Soalan Tambahan - DAP Kepong, BN Rompin.

7. Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan bilangan unit rumah yang telah dapat disiapkan bagi tempoh tahun 2000 hingga 2008 di bawah skim perumahan untuk rakyat termiskin dan apakah usaha-usaha yang telah diambil oleh pihak Kementerian untuk memastikan setiap rakyat mampu memiliki rumah.
- Soalan Tambahan - BN Silam, DAP Ipoh Barat.

8. Tuan Sivarasa A/L K.Rasiah [ Subang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah tindakan-tindakan yang akan dilakukan supaya kedudukan Malaysia di dalam Climate Change Perfomance Index 2009 naik daripada kedudukan sekarang iaitu 52 daripada 57.
- Soalan Tambahan - Tidak Hadir.

9. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan sejauh mana kejayaan Konsep Rakan Kongsi Kementerian dengan Pertubuhan Belia
(a) apakah matlamat asal kewujudan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 tercapai; dan
(b) apakah langkah Kementerian bagi menjayakan matlamat supaya semua kegiatan dirancang dan dilakukan oleh pertubuhan belia.
- Soalan Tambahan - BN Lenggong, PAS Kubang Kerian (11.24 pagi).

10. Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan pendirian Kerajaan sama ada warga Malaysia digalakkan untuk bekerja di luar negara pada masa kemelesetan ekonomi dan pengangguran ini. Jika tidak, mengapa. Jika ya, apakah bentuk galakan dan nyatakan sama ada caj pasport akan dikurangkan.
- Soalan Tambahan - DAP Batu Gajah, BN Tuaran.

Soalan-soalan MP PAS yang telah disenaraikan:
Soalan No. 18 - Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah benar seorang imam di Masjid Saidina Umar Al-Khattab Bukit Damansara, Syamsul Firdaus Mohamed Supri dipecat kerana menyeru kepada "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" dalam khutbah Jumaatnya Februari lalu.

Soalan No. 42 - Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapa Kerajaan meletakkan syarat pengambilan insurans komprehensif (1st party) kepada teksi sebelum boleh memperbaharui cukai jalan bagi teksi yang lebih 5 tahun dan telah selesai pembayaran pinjamannya yang mana ini membebankan tuan punya teksi.

Soalan No. 44 - Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan peraturan-peraturan terkini kawalan tembakau dan hasil tembakau dan apakah strategi pemantauan yang efektif terutama di bangunan-bangunan Kerajaan seperti di Parlimen.

Soalan No. 50 - Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah urusan Persempadanan Semula Bahagian Pilihan raya akan diadakan.

Soalan No. 55 - Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil untuk mengatasi masalah penguatkuasaan Seksyen 33 (Mendapatkan Tunggakan Caj). Akta 663 (Akta Bangunan dan Harta Bersama-Penyelenggaraan dan Pengurusan) yang menyebabkan kegagalan pengurusan dan penyelenggaraan kebanyakan rumah-rumah pangsa bertingkat di seluruh negara.

Soalan No. 62 - Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah projek pembinaan Jambatan Bengkok akan dikaji semula dan adakah Kerajaan bersedia untuk mengadakan rundingan semula mengenai perkara itu dengan Kerajaan Singapura.

Soalan No. 65 - Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah tindakan yang sedang diambil oleh pihak Kementerian kepada akhbar luar negara di dalam menyebarkan berita palsu terhadap pemimpin negara demi untuk menjaga integriti dan imej negara di mata dunia dan umat Islam.

Soalan No. 66 - Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah pemohon yang telah memanfaatkan skim pembiayaan untuk pengajian ijazah lanjutan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua.

Soalan No. 82 - Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan langkah-langkah yang sedang diambil oleh Kerajaan dalam memperkasakan Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Soalan No. 88 - Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan mengapa Kementerian mengambil masa begitu lama untuk menghapuskan Demam Chikungunya yang kebanyakan berlaku di kawasan kampung, berbanding dengan tindakan cepat yang diambil untuk mengatasi penyakit lain yang berlaku di bandar dan melibatkan golongan elit utama.

Soalan No. 89 - Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah anggota Polis yang terlibat dalam Pilihan raya Kecil Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai dan Penanti dan nyatakan jumlah dan jenis perbelanjaan serta kontraktor yang terlibat serta kes-kes laporan Polis mengikut kawasan pilihan raya kecil tersebut.

Soalan No. 97 - Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan faktor yang menghambat kepada pengkomersialan R & D Bioteknologi yang dilaksanakan oleh Penyelidik di Universiti dan Institusi Penyelidikan tempatan. Berapakah perbelanjaan yang telah dikeluarkan setakat ini untuk sektor Bioteknologi.
Berapakah R & D di Universiti yang telah dikomersialkan.

Soalan No. 100 - Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan jumlah peruntukan geran tahunan mengikut senarai persatuan-persatuan sukan yang berdaftar bagi tahun 2009 untuk melaksanakan program pembangunan sukan dan meningkatkan mutu sukan negara.

Soalan No. 101 - Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bagi menghadapi keadaan krisis ekonomi yang semakin parah sekarang, adakah Kerajaan berhasrat menghantar pulang pekerja asing dan nyatakan rancangan tersebut secara terperinci.

Soalan No. 106 - Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang mutu perkhidmatan awam yang dikatakan merosot ekoran aduan-aduan yang bertambah 3 kali ganda sejak 2005.

Soalan No. 110 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan strategi Kerajaan bagi mewajibkan semua kakitangan awam yang beragama Islam menggunakan hotel yang mempunyai sijil Halal jika ingin menganjurkan program di hotel.

c. Rang Undang-Undang Bacaan Kali Pertama dan Usul-Usul

- TIADA

d. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul

1.1 (D.R. 4/2009) Rang Undang-undang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009. (Menyambung semula perbahasan atas masalah) (25 Jun 2009)

- Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Padang Rengas) menggulung (5.45 petang) - - Celahan - DAP Ipoh Timur, PAS Pokok Sena (12.16 tengahari).

Fasal 1 (5) pindaan cadangan oleh YB Batu Gajah

- Perbahasan - DAP Ipoh Barat, DAP Batu Gajah.

- Menteri menjawab - BN Padang Rengas

Pindaan tidak dipersetujukan.

Fasal 2-4 jadi sebahagian Rang Undang-undang

Fasal 5 pindaan cadangan oleh YB Sungai Siput

- Perbahasan - PSM Sungai Siput, PAS Tumpat (12.49 tengahari), PAS Kuala Krai (12.52 tengahari).

- Menteri menjawab - BN Padang Rengas

Fasal 5 jadi sebahagian Rang Undang-undang

Fasal 9-21 jadi sebahagian Rang Undang-undang

- Celahan - DAP Ipoh Timur, DAP Batu Gajah.

Fasal 22, 23 pindaan cadangan oleh YB Batu Gajah

- Perbahasan - DAP Ipoh Timur, DAP Batu Gajah.

- Menteri menjawab - BN Padang Rengas

Fasal 23-26 jadi sebahagian Rang Undang-undang

Fasal 26 pindaan cadangan oleh YB Sungai Siput

Pindaan tidak dipersetujukan.

Fasal 26 (1), (2) cadangan pindaan dipotong oleh YB Batu Gajah

- Perbahasan - DAP Ipoh Timur, PKR Batu (3.25 petang), PAS Kuala Selangor (3.27 petang).

- Menteri menjawab - BN Padang Rengas

Pindaan tidak dipersetujukan.

Fasal 26 pindaan cadangan oleh YB Batu Gajah

Fasal 27 jadi sebahagian Rang Undang-undang

Fasal 28,29 jadi sebahagian Rang Undang-undang

Fasal 26 pindaan cadangan oleh YB Sungai Siput

- Perbahasan - DAP Batu Gajah, PKR Batu (3.51 petang). - Menteri menjawab - BN Padang Rengas

- Perbahasan - DAP Batu Gajah, DAP Ipoh Timur.

Fasal 30 pindaan cadangan oleh YB Batu Gajah

- Perbahasan - PKR Kelana Jaya, PAS Kuala Krai (4.07 petang), PKR Balik Pulau (4.09 petang), PKR Wangsa Maju.

- Menteri menjawab - BN Padang Rengas

Pindaan tidak dipersetujukan.

1.1 Dewan membahaskan usul YB Gopeng berkaitan pendemik influenza A H1N1

- Perbahasan - PKR Gopeng, PAS Kuala Krai (4.41 petang), DAP Kepong, PAS Titiwangsa (4.54 petang), PAS Pendang (4.56 petang), BN Arau, BN Kinabatangan, BN Kalabakan.

- Menteri menjawab - BN Bentong

- Celahan - PKR Gopeng, BN Sekijang, PKR Batu (5.20 petang), BN Kota Belud, DAP Batu Gajah, PKR PJ Selatan.

2. (D.R. 8/2009) Rang Undang-undang Bank Negara Malaysia 2009 (Kementerian Kewangan) - Menteri Kewangan II (BN Tambun) -

- Perbahasan - PKR Indera Mahkota (5.45 petang), BN Pasir Salak [ Celahan - PKR Indera Mahkota, PAS Kuala Selangor, BN Sri Gading, DAP PJ Utara ] , DAP Bandar Kuching,

e. Ucapan Penangguhan

1. 30.6.2009 (Selasa) - Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) - Tindakan tegas hendaklah diambil ke atas agensi pekerjaan yang menggunakan nama konsultan Sumber Manusia bagi tujuan penipuan. (Menteri Sumber Manusia)

2. 30.6.2009 (Selasa) - Tuan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) - Premis Kediaman dan Perniagaan diarah kosongkan premis tanpa bayar pampasan. (Menteri Pengangkutan)

Aturan Urusan mesyuarat, SILA KLIK

Sunday, June 28, 2009

Dewan Rakyat 29 Jun 2009 (Isnin)

Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal kedua Parlimen ke 12 mulai bersidang pada 15 Jun 2009 hingga 2 Julai 2009.

a. Doa
b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan (10.00 pagi hingga 11.30 pagi)

1. Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan peranan TEKUN, MARA, Bank Rakyat, Bank Pembangunan dalam usaha merealisasikan agenda Dasar Ekonomi Baru (DEB) termasuk mewujudkan 150, 000 usahawan Bumiputera dalam tempoh 5 tahun akan datang.
- Soalan tambahan - BN Jasin, PAS Bachok,

2. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sama ada Kementerian telah mewujudkan pangkalan maklumat OKU (Orang Kurang Upaya) yang lengkap dan jika ada bilakah maklumat-maklumat ini boleh didapati secara online oleh Ahli Parlimen.
- Soalan tambahan - TIDAK HADIR (Ke Luar Negara)

3. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sejauh manakah Program Latihan Khidmat Negara berupaya membantu meningkatkan perpaduan di kalangan rakyat.
- Soalan tambahan - BN Batang Sadong,

4. Tuan Charles Anthony A/L R.Santiago [ Klang ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan langkah-langkah dan insentif yang telah diambil oleh Kerajaan untuk mencapai 'energy efficiency' dalam bidang pengangkutan, penggunaan alat-alat elektrik dan tabiat penjimatan elektrik. Bilakah dasar tenaga kebangsaan (national energy policy) yang telah lama diperbincangkan akan dibentangkan.
- Soalan tambahan - PKR Klang, BN Parit Sulong,

5. Datuk Hajjah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan ;-
(a) bilakah Kementerian akan membenarkan penggunaan kereta automatik bagi ujian memandu kereta sepertimana yang dilaksanakan oleh kebanyakan negara membangun; dan
(b) jika tidak, apakah sebab-sebabnya.
- Soalan tambahan - BN Tanjong Manis, PAS Titiwangsa (10.47),

6. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada terdapat cadangan dari Kerajaan untuk meminta perakuan Majlis Fatwa Kebangsaan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan atau dasar yang melibatkan kepentingan orang Islam.
- Soalan tambahan - PAS Marang, BN Sri Gading,

7. Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah perlu kita merombak balik peranan GLC ini, ada di kalangannya yang rugi dan membebankan wang ringgit Kerajaan. Ada di antara CEO daripada GLC ini tidak langsung mengendahkan surat-surat daripada Menteri-menteri kita.
- Soalan tambahan - BN Jerantut,

8. Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bilangan projek perumahan bermasalah di seluruh negara amnya dan di Kepong khasnya seperti Happy Court di Taman Kepong. Apakah punca permasalahan dan caracara penyelesaiannya.
- Soalan tambahan - DAP Kepong, BN Hulu Terengganu,

9. Tuan Matulidi bin Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bagaimana tahap pencapaian institusi pembantu rumah bagi mengatasi penggantungan terhadap pembantu rumah warga asing sekali gus mengurangkan masalah kemasukan warga asing ke
Malaysia.
- Soalan tambahan - BN Dungun, PKR Kuala Langat,

10. Tuan Gobalakrishan a/l Nagapan [ Padang Serai ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk menstrukturkan semula bayaran pencen ilat seumur hidup untuk golongan yang telah diberhentikan kerja atas masalah kesihatan (medical boarded out).
- Soalan tambahan - PKR Padang Serai, BN Kalabakan,

11. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan status bagi rancangan pembinaan Hospital Rembau, Negeri Sembilan memandangkan upacara pecah tanah projek telah lama dibuat dan bagi mengurangi beban rakyat yang terpaksa pergi ke Hospital
Tampin untuk mendapat rawatan.
- Soalan tambahan - BN Rembau, PAS Kuala Selangor,

Soalan-soalan MP PAS yang telah disenaraikan:
Soalan No. 20 - Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan tindakan dan langkah-langkah Kementerian untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan prestasi kerja kakitangan di hospital-hospital Kerajaan yang tercemar kerana dakwaan seorang Timbalan Menteri terhadap beberapa orang kakitangan Hospital Kuala Lumpur baru-baru ini.

Soalan No. 26 - Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sejauh manakah kejayaan Pusat Penyelidikan Ikan Marin membangunkan kaedah ternakan ikan laut telah dikomersialkan dan setakat ini berapa ramai nelayan yang telah mengubah cara hidup mereka daripada keluar menangkap ikan di laut kepada menjadi penternak ikan laut di daratan.

Soalan No. 39 - Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tentang kadar faedah pinjaman yang diiklankan oleh institusi perbankan yang tidak mengguna-pakai 'effective rates' yang lebih tepat bagi menunjukkan kos pinjaman sebenar, tetapi sebaliknya bank-bank mengiklankan kadar faedah seperti 'flat-rate' yang pada hakikatnya adalah lebih tinggi kos pinjamannya. Adakah perlu Akta Gadai-Janji ini juga dikemas kini atau dipinda semula bagi melindungi pihak pengguna.

Soalan No. 52 - Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan tentang Jambatan Dusun Pengapit, Jeneri Sik yang telah 3 setengah tahun runtuh. Jambatan ini sangat berguna kepada petani miskin yang berulang alik ke tempat kerja dan membawa hasil pertanian mereka ke bandar. Di bawah dasar 1 Malaysia, rakyat diutamakan, bolehkah Kerajaan membina segera jambatan ini yang kosnya tidak pun melebihi RM 300,000.00.

Soalan No. 54 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan perincian mengenai pengambilalihan aset yang telah berjaya dilaksanakan terhadap Syarikat Air Johor (SAJ), Melaka dan Negeri Sembilan dari aspek penilaian aset air dan terma utama bagi:-
(a) pengambilalihan aset air; dan
(b) kontrak operasi air yang bakal dilaksanakan oleh Syarikat Air Johor (SAJ), Melaka dan Negeri Sembilan.

Soalan No. 60 - Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan berapakah jumlah perbelanjaan untuk RTM menyiarkan ucapan secara langsung kempen PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau oleh bekas PM, Tun Dr.Mahathir.

Soalan No. 62 - Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan keberkesanan pengagihan dan pelaksanaan Pakej Rangsangan RM60 bilion dalam membantu memulihkan dan menstabilkan ekonomi negara dan rakyat.

Soalan No. 70 - Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah prosedur yang diguna pakai oleh pihak Kementerian dalam pelaksanaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dari segi pemberian hak milik tanah. Sejauh manakah pemantauan pihak Kementerian untuk memastikan matlamat asal program tersebut mencapai kejayaan.

Soalan No. 72 - Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jumlah pembiayaan yang telah diberikan oleh Kementerian melalui Skim Pembiyaan Ekonomi Desa (SPED) kepada Bumiputera luar bandar.
Soalan No. 73 - Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah bentuk dan jumlah bantuan atau peruntukan kewangan dari Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri.

Soalan No. 80 - Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tentang insiden kekecohan di Sidang DUN Perak pada 7 Mei di dalam dan di luar dewan, apakah Kementerian bertanggungjawab untuk campur tangan untuk kepentingan BN di Perak.

Soalan No. 85 - Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kementerian mempunyai cadangan untuk mewujudkan peraturan bagi melarang anak-anak remaja di bawah umur 17 tahun dari keluar rumah selepas jam 12 malam sebagai langkah mengurangkan masalah jenayah remaja seperti mat rempit, lepak, dadah, bohsia, samun dan rogol yang dilaporkan kian meningkat kini.

Soalan No. 93 - Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah keberkesanan penggunaan sistem biometrik untuk membanteras penipuan seperti "pengundi hantu" dalam sesuatu pilihan raya.

Soalan No. 103 - Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Tambak Johor akan digantikan dengan sebuah jambatan baru dan jika ya, bila projek ini akan bermula.

Soalan No. 105 - Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan Pusat berhasrat meneruskan pembinaan jambatan bengkok dengan Singapura, setelah dibatalkan oleh Kerajaan di bawah Perdana Menteri terdahulu.

Soalan No. 108 - Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan kenapa Kementerian mengarahkan Jabatan Imigresen menyenaraihitamkan ratusan ribu peminjam PTPTN.

Soalan No. 113 - Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah satu kajian menyeluruh terhadap keberkesanan dan keperluan Perlembagaan Malaysia dikaji semula memandangkan terdapatnya 'loophole" sesetengah undang-undang dan cabaran-cabaran baru sistem perundangan selepas 50 tahun negara
mencapai kemerdekaan.

c. Rang Undang-Undang Bacaan Kali Pertama dan Usul-Usul

- Menteri Kewangan akan mencadangkan Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit
Malaysia (Pindaan) 2009.

d. Perbahasan Rang Undang-Undang

1. (D.R. 4/2009) Rang Undang-undang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009. (Menyambung semula perbahasan atas masalah) (25 Jun 2009)

- Perbahasan - DAP Ipoh Timur (11.30), BN Kinabatangan, (Rehat sehingga jam 2.30 petang)

SESI PETANG - Perbahasan - BN Kinabatangan, PKR Permatang Pauh (2.48), Bebas Pasir Mas, BN Ledang (4.40), DAP Batu Gajah, BN Labuan,

- Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Padang Rengas) menggulung (5.45) - [ Celahan - DAP Kota Melaka, DAP Ipoh Timur (5.56), PKR Gombak (6.05), BN Tuaran, PAS Pokok Sena (6.21), DAP Batu Gajah (6.30), PAS Titiwangsa, PAS Kuala Selangor, ]

- Peringkat Jawatankuasa - DAP Ipoh Timur,

e. Ucapan Penangguhan

1. 29.6.2009 (Isnin) - Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) - Masalah Badan Pengurusan Bersama (JMB) di pangsapuri dan cadangan pindaan terhadapnya (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)

2. 29.6.2009 (Khamis) - Tuan Er Teck Hwa (Bakri) - Projek Petrokimia dan Industri Maritim di Sungai Pulai. (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

Aturan Urusan mesyuarat, SILA KLIK

Thursday, June 25, 2009

Dewan Rakyat 25 Jun 2009 (Khamis)

Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal kedua Parlimen ke 12 mulai bersidang pada 15 Jun 2009 hingga 30 Jun 2009.

a. Doa
b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan (10.00 pagi hingga 11.30 pagi)

1. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah Kerajaan ada atau bercadang menjalankan kajian mengenai kesan terhadap mutu dan jumlah penerbitan filem atau rancangan terbitan tempatan kesan dari
kemasukan filem atau rancangan luar ke negara ini.
- Soalan Tambahan -

2. Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah Kerajaan mempunyai rancangan untuk mengurangkan dan pada akhirnya mengharamkan penggunaan plastik beg seperti apa yang dilakukan oleh sesetengah negara. Apakah KPI yang ditetapkan Kementerian dari segi perlindungan alam sekitar di Malaysia.
- Soalan Tambahan - DAP Seputeh, BN Mambong

3. Dato' Mohd Jidin bin Shafee [ Setiu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai jumlah tahanan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mengikut kesalahan, sama ada pemimpin politik atau kesalahan lain sejak 2004 dan sejauh manakah hasil kajian Kerajaan terhadap akta ini.
- Soalan Tambahan - BN Setiu, PAS Titiwangsa (10.30)

4. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) sama ada usaha Kerajaan untuk menambah pengeluaran daging tempatan berjalan mengikut jadual dan berapa peratuskah penurunan import daging dicapai sepanjang tahun 2006-2008; dan (b) jika tidak, apakah langkah lain yang sedang diambil.
- Soalan Tambahan - PAS Kuala Krai (10.42), BN Sri Gading,

5. Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah cara-cara untuk mengembalikan zaman kegemilangan Askar Melayu Di Raja, memandangkan begitu banyak jasa mereka kepada negara.
- Soalan Tambahan - Tidak Hadir

6. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan alasan pembatalan rancangan pembinaan Stadium Mini di Balik Pulau dan sejauh mana Balik Pulau merupakan lokasi strategik sebagai Pusat Pembangunan Sukan khususnya untuk ahli sukan dari luar bandar.
- Soalan Tambahan - PKR Balik Pulau (10.52), BN Batang Sadong

7. Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan prestasi Program Pembasmian Kemiskinan Bandar :-
(a) berapakah jumlah peruntukan yang telah diluluskan sehingga Mei 2009; dan
(b) nyatakan pecahan penerima bantuan dan jenis bantuan kepada penerima mengikut negeri dan kawasan Parlimen Tenggara.
- Soalan Tambahan - BN Tenggara, DAP Bukit Mertajam

8. Tuan Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) adakah Kerajaan bercadang membenarkan umat Islam mengamalkan sistem perundangan jenayah Islam seperti hudud, qisas dan ta'zir dengan mengadakan peruntukkan undang-undang untuk menguatkuasakannya.; dan
(b) adakah Kerajaan menyedari peruntukkan kesalahan jenayah dibawah Kanun Keseksaan seperti Seksyen 302 dan lain-lain adalah bertentangan dengan Islam.
- Soalan Tambahan - PKR Kulim Bandar Baru (11.07), BN Tangga Batu

9. Datuk Tiong Thai King [ Lanang ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan kenapa Makmal Kimia Sibu masih belum berfungsi memandangkan bangunan ini telah siap dibina lebih daripada satu tahun.
- Soalan Tambahan - BN Lanang,

10. Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan :-
(a) apakah status pemasangan CCTV di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur dan adakah ia berfungsi sepenuhnya serta sistem pemantauan yang berkesan; dan
(b) apakah hasil dan kesan pemasangan CCTV tersebut dalam usaha untuk mengatasi masalah jenayah di ibu kota.
- Soalan Tambahan - PKR PJ Selatan (11.27), BN Tangga Batu,

Soalan-soalan MP PAS yang telah disenaraikan:
Soalan No. 18 - Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapakah peruntukan yang digunakan untuk melaksanakan projek naik taraf dan pembinaan jalan menjelang Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang baru-baru ini.

Soalan 35 - Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang cadangan Kabinet untuk mengekalkan status agama anak di bawah 18 tahun semasa ibu bapanya berkahwin dalam keadaan salah seorang ibu bapanya memeluk agama lain. Apakah Kabinet telah mengambil pandangan pakar sebelum kenyataan ini dibuat
secara umum.

Soalan No. 55 - Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah keseluruhan peruntukan Kementerian untuk membangunkan modal insan sepanjang tempoh RMK-9 seperti yang digariskan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 dan sehingga hari ini, apakah kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Kementerian.

Soalan No. 66 - Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah langkah-langkah konkrit untuk memastikan kadar bayaran balik PTPTN dapat ditangani secara lebih berkesan memandangkan unjuran hutang tak berbayar akan meningkat kepada RM 46 bilion menjelang 2020.

Soalan No. 69 - Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah perolehan negara yang dikutip hasil daripada cukai daripada rakyat mengikut negeri-negeri .

Soalan No. 70 - Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan kenapakah penjualan VCD dan DVD cetak rompak serta lucah masih berleluasa di pasar-pasar malam dan pusat beli-belah, juga langkah yang diambil bagi mengatasi lambakan barangan dan jenama tiruan dalam pasaran yang ada dijual di kawasan tarikan pelancong seperti Petaling Street, Jalan Masjid India, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Chow Kit.

Soalan No. 72 - Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah jumlah pelajar / siswazah IPTA dan IPTS yang telah tamat pengajian mereka yang belum mendapat pekerjaan pada tahun 2006, 2007 dan 2008 mengikut jurusan masing-masing dan jumlah yang dijangka keluar pada tahun 2009
mengikut jurusan.

Soalan No. 73 - Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang membuat kajian menyeluruh terhadap Akta Pilihanraya. Akta Kesalahan Pilihanraya dan Peraturan-Peraturan Pilihanraya supaya sesuai dan selaras dengan perkembangan semasa.

Soalan No. 82 - Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah perancangan Kerajaan untuk memastikan perlaksanaan infrastruktur awam yang mesra OKU (Orang Kurang Upaya) dikuatkuasakan oleh semua institusi Kerajaan serta swasta di seluruh negara.

Soalan No. 86 - Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan rancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk menyelesaikan masalah kerosakan hasil pertanian di kawasan Pasir Puteh akibat banjir kilat yang kerap berlaku akhir-akhir ini khususnya di kawasan projek pembangunan pertanian Kemasin Semerak.

Soalan No. 87 - Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk meluaskan penggunaan Akta Hasutan seluas-luasnya atau secara bertahap untuk menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri
memandangkan terlalu banyak bantahan dari rakyat terhadap penggunaan ISA.

Soalan No. 104 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) pecahan kos yang terpaksa ditanggung oleh Tabung Haji untuk menguruskan seorang jemaah haji; dan
(b) adakah pihak Kerajaan menanggung apa-apa subsidi bagi pengurusan jemaah haji.

Soalan No. 115 - Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kedudukan atau kebenaran berpolitik bagi pegawai Kumpulan A (DG44 & DG48). Jika masih belum dibenarkan mengapa En. Fadzil Bin Abdul Rahman (SMK Sik) dan En.Yahaya Bin Ahmad (SMK Chepir) dibenarkan memegang jawatan Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian Sik.

Soalan No. 116 - Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah punca tersebarnya sms-sms berunsur lucah yang mengundang perlakuan maksiat dan zina. Bagaimanakah pihak Kerajaan menangani permasalahan ini daripada berleluasa. Apakah dasar dan kawalan keselamatan komunikasi lemah hingga menyebabkan perkara ini terus berlaku.

Soalan No. 117 - Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah perkhidmatan tren ulang alik Tumpat - Dabong - Tumpat mendapat sambutan yang memuaskan.

Soalan No. 120 - Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status terkini kajian penubuhan Darul Ifta dan struktur pengurusan dan pentadbirannya.

Soalan No. 123 - Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah perbelanjaan di bawah peruntukan Dana Khas dari wang royalti petroleum Terengganu yang digunakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dari tempoh tahun 2000 sehingga tahun 2009. Bilakah jumlah kewangan tersebut akan dibayar balik kepada Kerajaan Negeri Terengganu.

Soalan No. 126 - Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) apakah pendekatan bersepadu dan moden yang diambil dalam mengatasi jangkitan virus influenza A (H1N1). Adakah sudah ditemui vaksin yang boleh menyembuhkan penyakit
selesema ini; dan
(b) apakah tindakan Kerajaan ke atas ladang babi dan pengurusannya di Malaysia.

c. Rang Undang-Undang Bacaan Kali Pertama dan Usul-Usul

- Tiada

d. Perbahasan Rang Undang-Undang

1. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, menurut Peraturan 66A dan 67B Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat:

“BAHAWASANYA, berikutan pelantikan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam, Y.A.B. Perdana Menteri telah mengumumkan penyusunan semula beberapa Kementerian berkuat kuasa 10 April 2009 seperti berikut:

(a) Fungsi-fungsi dan agensi-agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi diserap ke Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kewangan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas tani;

(b) Fungsi-fungsi dan agensi-agensi di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan diserap ke Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan; dan

(c) Fungsi Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi yang kini dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkaitan dengan komunikasi dan agensi di bawahnya iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dipindahkan ke Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

DAN BAHAWASANYA –
(i) perbelanjaan pengurusan bagi maksud-maksud yang melibatkan Kementerian yang disusun semula itu telah diperuntukkan melalui Akta Perbekalan 2009 (Akta A1340);

(ii) amaun yang belum dibelanjakan yang berhubungan dengan Kementerian- kementerian yang peruntukan untuknya perlu dikurangkan itu telah disekat malalui waran yang dikeluarkan oleh
Menteri Kewangan di bawah perenggan 13(3)(b) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61];

(iii) perbelanjaan pembangunan bagi maksud-maksud yang melibatkan Kementerian-kementerian yang disusun semula telah diluluskan oleh Dewan ini dan diperuntukkan bagi maksud-maksud seperti yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam
senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2009;

(iv) amaun yang belum dibelanjakan yang berhubungan dengan Kementerian-kementerian yang peruntukan untuknya perlu dikurangkan itu telah disekat melalui waran yang dikeluarkan oleh
Menteri Kewangan di bawah seksyen 8 Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406];

(v) bagi Kementerian-kementerian yang disusun semula itu, perlu dibuat penguntukan semula peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunannya berikutan dengan penyusunan semula fungsi-fungsinya;

(vi) menurut Peraturan Majlis Mesyaurat 66A Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, tertakluk kepada suatu Rang Undang-Undang Perbekalan yang telah diluluskan mengikut Peraturan Mesyuarat 66, mana-mana penguntukan semula peruntukan perbelanjaan boleh dibuat melalui suatu usul oleh seorang Menteri,

MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, DEWAN INI membuat ketetapan seperti berikut:
1. Berkaitan dengan Perbelanjaan Mengurus –
(a) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi satu bilion lapan puluh lapan juta dua ratus tiga puluh enam ribu tiga ratus sembilan ringgit (RM1,088,236,309) di bawah Maksud B.26 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi kepada Maksud B.06 Jabatan Perdana Menteri sebanyak dua belas juta satu ratus tujuh puluh ribu empat ratus tiga puluh dua ringgit (RM12,170,432),

Maksud B.22 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebanyak satu bilion lima puluh empat ribu lima ratus ringgit (RM1,000,054,500) Maksud B.24 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebanyak empat juta tujuh ratus tiga ribu tujuh ratus sembilan puluh dua ringgit (RM4,703,792),

Maksud B.25 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sebanyak enam puluh tiga juta lima ratus lapan puluh tujuh ribu lapan ratus lapan puluh lima ringgit (RM63,587,585) dan Maksud B.27 Kementerian Kerja Raya sebanyak tujuh juta tujuh ratus dua puluh ribu ringgit (RM7,720,000);

(b) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi empat ratus dua puluh sembilan juta sembilan ratus ribu sembilan ratus lapan puluh tujuh ringgit (RM429,900,987) di bawah Maksud B.44 Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan kepada Maksud B.06 Jabatan Perdana Menteri sebanyak seratus lapan belas juta enam ratus empat puluh tujuh ribu lima ratus empat puluh tujuh ringgit (RM118,647,547) dan Maksud B.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (dahulunya dikenali sebagai Kementerian Penerangan) sebanyak tiga ratus sebelas juta dua ratus lima puluh tiga ribu empat ratus empat puluh ringgit (RM311,253,440); dan

(c) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi lima juta dua ratus tujuh belas ribu tujuh puluh enam ringgit (RM5,217,076) di bawah Maksud B.26 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air kepada Maksud B.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (dahulunya dikenali sebagai Kementerian Penerangan).

2. Berkaitan dengan Perbelanjaan Pembangunan –
(a) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi satu bilion tiga ratus enam puluh enam juta sembilan ratus sembilan puluh ribu empat ratus dua puluh lapan ringgit (RM1,366,990,428) di bawah Maksud P.26 Kementerian Pembangunan Usahawan dan
Koperasi kepada Maksud P.06 Jabatan Perdana Menteri sebanyak enam juta enam ratus ribu ringgit (RM6,600,000), Maksud P.10 Perbendaharaan sebanyak tiga ratus dua puluh lima juta lapan ratus tiga puluh tujuh ribu lapan ratus ringgit (RM325,837,800),

Maksud P.21 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebanyak dua juta sembilan ratus ribu ringgit (RM2,900,000), Maksud P.22 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
sebanyak enam ratus lapan puluh satu juta dua belas ribu ringgit (RM681,012,000) , Maksud P.24 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebanyak dua ratus tujuh puluh empat juta enam ratus tujuh puluh lapan ribu lapan ratus sembilan puluh empat ringgit (RM274,678,894), Maksud P.25 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sebanyak tujuh puluh dua juta tiga ratus dua puluh enam ribu satu ratus sembilan puluh lima ringgit (RM72,326,195) dan Maksud P.27 Kementerian Kerja Raya sebanyak tiga juta enam ratus tiga puluh lima ribu lima ratus tiga puluh sembilan ringgit (RM3,635,539);

(b) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi enam ratus tiga puluh tiga juta lima puluh sembilan ribu enam ratus dua puluh empat ringgit (RM633,059,624) di bawah Maksud P.29 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air kepada Maksud P.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (dahulunya dikenali sebagai Kementerian Penerangan);dan

(c) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi dua ratus sepuluh juta satu ratus dua puluh lima ribu tiga puluh sembilan ringgit (RM210,125,039) di bawah Maksud P.44 Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan kepada Maksud P.06 Jabatan Perdana Menteri sebanyak dua puluh enam juta tujuh puluh sembilan ribu tujuh ratus ringgit (RM26,079,700) dan Maksud P.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
(dahulunya dikenali sebagai Kementerian Penerangan) sebanyak satu ratus lapan puluh empat juta empat puluh lima ribu tiga ratus tiga puluh sembilan ringgit (RM184,045,339).”

- Perbahasan - DAP Bukit Mertajam (11.34), Timbalan Menteri (Senator) Menjawab (11.40) [ Celahan: DAP Rasah, DAP Bukit Mertajam (12.12), BN Kinabatangan, PKR Machang (12.25, 12.30), PAS Shah Alam (12.35), PAS Kuala Selangor (12.43, 12.57), BN Pasir Salak ] ..Sambung 2.30 petang

Sesi Petang - Perbahasan - Timbalan Menteri Kewangan (Senator) Menjawab: [ Celahan - DAP Klang, BN Jasin (2.44), DAP Ipoh Timur (2.46, 3.01), PAS Pokok Sena, PKR Indera Mahkota, BN Rompin, PKR Balik Pulau, BN Kinabatangan, PKR Gombak (3.39), PAS Pokok Sena, (Belah Bahagian= 60 orang bersetuju dan Tidak bersetuju 45 Orang) ]

2. (D.R. 4/2009) Rang Undang-undang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009. (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri - Padang Rengas) (3.58)

- Perbahasan - DAP Kepong; PSM Sungai Siput; PAS Kubang Kerian (4.34) [Celahan - PAS Pokok Sena, PAS Bukit Gantang, PAS Tumpat, BN Kinabatangan, DAP Beruas ];

- BN Batang Sadong (5.10) [Celahan - PKR Balik Pulau]; DAP Ipoh Timur (5.18)

e. Ucapan Penangguhan

1. 25.6.2009 (Khamis) - Tuan Er Teck Hwa (Bakri) - Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd (RAGM) memulakan pembinaan kemudahan memproses emas menggunakan teknologi ‘Carbon-In-Leach’ walaupun bantahan tegas masyarakat persekitaran di Bukit Koman. (Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar)

2. 25.6.2009 (Khamis) - Tuan Liew Chin Tong (Bukit Bendera) - Menggantung Myanmar dari ASEAN serta-merta. (Menteri Luar Negeri)

Aturan Urusan mesyuarat, SILA KLIK

Wednesday, June 24, 2009

Dewan Rakyat 24 Jun 2009 (Rabu)

Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal kedua Parlimen ke 12 mulai bersidang pada 15 Jun 2009 hingga 30 Jun 2009.

a. Doa
b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan (10.00 pagi hingga 11.30 pagi)

1. Datuk Haji Yusoff bin Haji Mahal [ Labuan ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan apakah perancangan jangka panjang pihak Kementerian dalam memastikan industri pelancongan W.P Labuan berdaya saing dan mampu bersaing dengan negeri-negeri lain.
- Soalan Tambahan - BN Labuan, PAS Shah Alam (10.11 pagi).

2. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah rasional melanjutkan kontrak Ketua Setiausaha Negara setelah tempoh lanjutan kontraknya selama dua tahun berakhir Jun ini. Tidakkah langkah pelanjutan seperti ini
menghalang peluang pegawai-pegawai lain dalam sektor awam sekali gus mencetuskan ketidakpuasan hati di kalangan mereka yang boleh menjejaskan produktivitinya.
- Soalan Tambahan - PAS Kuala Terengganu (10.18 pagi), BN Arau.

3. Tan Sri Dato' Seri Ong Ka Ting [ Kulai ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bagaimanakah PTPTN menampung "shortfall" dalam dana bagi perbelanjaan pengurusan apabila caj pengurusan PTPTN dikurangkan daripada 3 peratus kepada 1 peratus mulai 1 Jun 2008.
- Soalan Tambahan - BN Kulai, PKR Indera Mahkota (10.30 pagi).

4. Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk membuat bayaran kembali caruman PERKESO untuk balu-balu yang berkahwin semula sepertimana pelaksanaan bayaran pencen.
- Soalan Tambahan - PKR Tanah Merah (10.33 pagi).

5. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan berapakah jumlah Gempa Bumi atau gegaran yang dikesan berlaku di sekitar negara ini sejak tahun 2000. Berapakah jumlah kemalangan jiwa serta kerugian
harta benda yang direkodkan.
- Soalan Tambahan - BN Maran, PAS Pendang (10.42 pagi).
6. Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha Kementerian untuk menarik lebih ramai rakyat terutama golongan muda membaca akhbar dan penerbitan berkala bagi mendapatkan maklumat berbanding melayari Internet.
- Soalan Tambahan - DAP Cheras, BN Jempol.

7. Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan rasional Kerajaan menaikkan kadar tambang semua jenis pengangkutan awam termasuklah bas ekspres dan teksi di dalam keadaan krisis ekonomi sekarang.
- Soalan Tambahan - BN Kuala Krau, PAS Rantau Panjang (11.00 pagi).

8. Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berikutan perbelanjaan hampir RM2 bilion telah dibelanjakan bagi membina Smart Tunel untuk mengatasi masalah banjir di Bandaraya Kuala Lumpur, namun keadaan banjir masih lagi serius. Mengapakah Smart Tunel ini tidak efektif dalam mengatasi masalah banjir seperti yang dirancang.
- Soalan Tambahan - PKR Bandar Tun Razak (10.15 pagi), BN Mambong.

9. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan :-
(a) berapakah jumlah dan jenis apa terbitan filem atau pun dokumentari oleh Kementerian bagi mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan ; dan
(b) jika ya, apakah tahap keberkesanan promosi ini serta berapa ramaikah pelancong yang datang ke negara ini melalui promosi ini.
- Soalan Tambahan - BN Putatan, PKR Gombak (11.29 pagi)

Soalan-soalan MP PAS yang telah disenaraikan:

Soalan No. 22 - Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah pekerja-pekerja yang telah diberhentikan kerja sama ada dalam sektor awam dan swasta dalam negeri dan berapakah jumlah yang telah diambil berkhidmat / bekerja serta terangkan status masing-masing.

Soalan 30 - Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan tentang kajian yang dibuat oleh Kerajaan sebagai asas dalam membuka keputusan untuk meliberalisasi 27 sub-sektor perkhidmatan. Apakah sektor-sektor yang bakal mendapat manfaat dan apakah sektor-sektor yang diunjurkan menghadapi saingan sengit dari pihak luar.

Soalan No. 43 - Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sejauh manakah kemajuan usaha untuk menyampaikan bantuan yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada penduduk Gaza yang diputuskan untuk dilaksanakan oleh Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO).

Soalan No. 46 - Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan tentang cadangan untuk mengadakan insurans untuk ternakan dan tanaman, bilakah boleh dilaksanakan.

Soalan No. 48 - Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah tindakan dari pihak Kerajaan untuk membersihkan nama Perdana Menteri yang dicalarkan oleh Media Asing dalam kes rasuah dan kes pembunuhan wanita asing.

Soalan No. 53 - Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah target baru akan dibuat di dalam membasmi kemiskinan tegar negara di luar bandar.

Soalan No. 55 - Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah SPR akan menimbang semula Kaedah Penggunaan 'indelible ink' pada Hari Mengundi.

Soalan No. 57 - Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan :-
(a) bilangan Koperasi Rakyat Miskin dan Ibu Tunggal (KOBERA) yang telah ditubuhkan sejak pelancaran oleh Perdana Menteri pada tahun 2008 lepas; dan
(b) berapakah jumlah Dana pelancaran yang di peruntukan kepada Koperasi-koperasi berkenaan dan adakah aktiviti Koperasi dapat menaikkan taraf hidup anggota mereka.

Soalan No. 58 - Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai isu dan tindakan susulan terhadap kes penyebaran gambar-gambar bedah siasat Allahyarham Adik Nurin Jazlin yang dibuat oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut.

Soalan No. 59 - Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak Kerajaan bagi mengawal dan mencegah wabak H1N1 di negara ini.

Soalan No. 61 - Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan agensi khas untuk memantau dan menguatkuasakan penggunaan label halal pada produk dan perkhidmatan kerana penyalahgunaan dan penipuan yang berleluasa mutakhir ini telah menimbulkan keresahan
orang ramai khususnya masyarakat Islam.

Soalan No. 65 - Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah (kuantiti) minyak dan gas yang telah dikeluarkan daripada kawasan perlombongan bersama Malaysia - Thai bagi tahun 2006, 2007 dan 2008.

Soalan No. 68 - Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan jumlah pub dan kelab malam berlesen dan tidak berlesen yang dikenal pasti beroperasi di Wilayah Persekutuan Labuan, Putrajaya dan Kuala Lumpur sejak Januari 2008 dan adakah ada lesen dikeluarkan bagi tempat-tempat berkenaan untuk
menawarkan khidmat GRO.

Soalan No. 78 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) sejauh manakah pelaksanaan Garis Panduan Hiburan Islam yang berada di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM); dan
(b) adakah Kerajaan berhasrat untuk menjadikan garis panduan ini sebagai akta.

Soalan No. 79 - Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah perancangan Kerajaan untuk pembiayaan kesihatan (health financing) penduduk (rakyat dan warga asing) negara ini memandangkan kos pembiayaan perubatan semakin meningkat dan adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan satu skim
insurans kesihatan mengikut model PERKESO.

Soalan No. 84 - Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah yang dibelanjakan oleh rakyat Malaysia dan pelancong luar dalam industri judi di pusat-pusat perjudian dalam negara.

Soalan No. 91 - Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah yang di ambil untuk memastikan semua Hotel, Motel, Chalet dan Rumah Tumpangan di seluruh negara memiliki 'Sijil Halal' bersesuaian dengan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam.

Soalan No. 95 - Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan menjalankan penyiasatan terhadap laporan 'kes' membawa senjata api ke Sidang Dun Perak' yang berlaku pada 7 Mei 2009 lalu. Apakah hasil siasatan dan tindakan terhadap mereka yang berkenaan serta adakah DUN Perak, atau DUNDUN lain membenarkan orang membawa senjata api masuk ke Dewan.

Soalan No. 97 - Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar-akhbar dan media asing yang memburuk-burukkan Perdana Menteri sendiri di negara-negara di mana akhbar dan media tersebut diterbitkan.

Soalan No. 100 - Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah pencari kerja yang berdaftar dengan Kementerian bagi tahun 2008 dan suku pertama tahun 2009 dan nyatakan peratusan yang telah berjaya mendapat pekerjaan dan peratusan yang masih menganggur.

Soalan No. 103 - Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan bercadang menurunkan umur kelayakan mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun.

c. Rang Undang-Undang Bacaan Kali Pertama dan Usul-Usul

- Tiada

d. Perbahasan Rang Undang-Undang

1. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, menurut Peraturan 66A dan 67B Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat:

“BAHAWASANYA, berikutan pelantikan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam, Y.A.B. Perdana Menteri telah mengumumkan penyusunan semula beberapa Kementerian berkuat kuasa 10 April 2009 seperti berikut:

(a) Fungsi-fungsi dan agensi-agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi diserap ke Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kewangan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas tani;

(b) Fungsi-fungsi dan agensi-agensi di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan diserap ke Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan; dan

(c) Fungsi Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi yang kini dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkaitan dengan komunikasi dan agensi di bawahnya iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dipindahkan ke Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

DAN BAHAWASANYA –
(i) perbelanjaan pengurusan bagi maksud-maksud yang melibatkan Kementerian yang disusun semula itu telah diperuntukkan melalui Akta Perbekalan 2009 (Akta A1340);

(ii) amaun yang belum dibelanjakan yang berhubungan dengan Kementerian- kementerian yang peruntukan untuknya perlu dikurangkan itu telah disekat malalui waran yang dikeluarkan oleh
Menteri Kewangan di bawah perenggan 13(3)(b) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61];

(iii) perbelanjaan pembangunan bagi maksud-maksud yang melibatkan Kementerian-kementerian yang disusun semula telah diluluskan oleh Dewan ini dan diperuntukkan bagi maksud-maksud seperti yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam
senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2009;

(iv) amaun yang belum dibelanjakan yang berhubungan dengan Kementerian-kementerian yang peruntukan untuknya perlu dikurangkan itu telah disekat melalui waran yang dikeluarkan oleh
Menteri Kewangan di bawah seksyen 8 Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406];

(v) bagi Kementerian-kementerian yang disusun semula itu, perlu dibuat penguntukan semula peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunannya berikutan dengan penyusunan semula fungsi-fungsinya;

(vi) menurut Peraturan Majlis Mesyaurat 66A Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, tertakluk kepada suatu Rang Undang-Undang Perbekalan yang telah diluluskan mengikut Peraturan Mesyuarat 66, mana-mana penguntukan semula peruntukan perbelanjaan boleh dibuat melalui suatu usul oleh seorang Menteri,

MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, DEWAN INI membuat ketetapan seperti berikut:
1. Berkaitan dengan Perbelanjaan Mengurus –
(a) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi satu bilion lapan puluh lapan juta dua ratus tiga puluh enam ribu tiga ratus sembilan ringgit (RM1,088,236,309) di bawah Maksud B.26 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi kepada Maksud B.06 Jabatan Perdana Menteri sebanyak dua belas juta satu ratus tujuh puluh ribu empat ratus tiga puluh dua ringgit (RM12,170,432),

Maksud B.22 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebanyak satu bilion lima puluh empat ribu lima ratus ringgit (RM1,000,054,500) Maksud B.24 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebanyak empat juta tujuh ratus tiga ribu tujuh ratus sembilan puluh dua ringgit (RM4,703,792),

Maksud B.25 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sebanyak enam puluh tiga juta lima ratus lapan puluh tujuh ribu lapan ratus lapan puluh lima ringgit (RM63,587,585) dan Maksud B.27 Kementerian Kerja Raya sebanyak tujuh juta tujuh ratus dua puluh ribu ringgit (RM7,720,000);

(b) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi empat ratus dua puluh sembilan juta sembilan ratus ribu sembilan ratus lapan puluh tujuh ringgit (RM429,900,987) di bawah Maksud B.44 Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan kepada Maksud B.06 Jabatan Perdana Menteri sebanyak seratus lapan belas juta enam ratus empat puluh tujuh ribu lima ratus empat puluh tujuh ringgit (RM118,647,547) dan Maksud B.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (dahulunya dikenali sebagai Kementerian Penerangan) sebanyak tiga ratus sebelas juta dua ratus lima puluh tiga ribu empat ratus empat puluh ringgit (RM311,253,440); dan

(c) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi lima juta dua ratus tujuh belas ribu tujuh puluh enam ringgit (RM5,217,076) di bawah Maksud B.26 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air kepada Maksud B.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (dahulunya dikenali sebagai Kementerian Penerangan).

2. Berkaitan dengan Perbelanjaan Pembangunan –
(a) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi satu bilion tiga ratus enam puluh enam juta sembilan ratus sembilan puluh ribu empat ratus dua puluh lapan ringgit (RM1,366,990,428) di bawah Maksud P.26 Kementerian Pembangunan Usahawan dan
Koperasi kepada Maksud P.06 Jabatan Perdana Menteri sebanyak enam juta enam ratus ribu ringgit (RM6,600,000), Maksud P.10 Perbendaharaan sebanyak tiga ratus dua puluh lima juta lapan ratus tiga puluh tujuh ribu lapan ratus ringgit (RM325,837,800),

Maksud P.21 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebanyak dua juta sembilan ratus ribu ringgit (RM2,900,000), Maksud P.22 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
sebanyak enam ratus lapan puluh satu juta dua belas ribu ringgit (RM681,012,000) , Maksud P.24 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebanyak dua ratus tujuh puluh empat juta enam ratus tujuh puluh lapan ribu lapan ratus sembilan puluh empat ringgit (RM274,678,894), Maksud P.25 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sebanyak tujuh puluh dua juta tiga ratus dua puluh enam ribu satu ratus sembilan puluh lima ringgit (RM72,326,195) dan Maksud P.27 Kementerian Kerja Raya sebanyak tiga juta enam ratus tiga puluh lima ribu lima ratus tiga puluh sembilan ringgit (RM3,635,539);

(b) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi enam ratus tiga puluh tiga juta lima puluh sembilan ribu enam ratus dua puluh empat ringgit (RM633,059,624) di bawah Maksud P.29 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air kepada Maksud P.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (dahulunya dikenali sebagai Kementerian Penerangan);dan

(c) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi dua ratus sepuluh juta satu ratus dua puluh lima ribu tiga puluh sembilan ringgit (RM210,125,039) di bawah Maksud P.44 Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan kepada Maksud P.06 Jabatan Perdana Menteri sebanyak dua puluh enam juta tujuh puluh sembilan ribu tujuh ratus ringgit (RM26,079,700) dan Maksud P.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
(dahulunya dikenali sebagai Kementerian Penerangan) sebanyak satu ratus lapan puluh empat juta empat puluh lima ribu tiga ratus tiga puluh sembilan ringgit (RM184,045,339).”

- Perbahasan -DAP Ipoh Timur, Celahan - BN Putatan, BN Bintulu, BN Padang Besar,.

- BN Pasir Salak, Celahan -DAP Petaling Jaya Utara, DAP Batu Gajah, DAP Bandar Kuching, PAS Kuala Selangor (12.55 tengahari), PKR Batu (2.43 petang), PAS Bukit Gantang (2.47 petang), PKR Machang (2.54 petang), PKR Gombak (2.59 petang), PAS Titiwangsa (3.22 petang), BN Lipis, PAS Bukit Gantang (3.36 petang), PAS Shah Alam (3.38 petang).

- PKR Permatang Pauh (3.56 petang), Celahan - BN Pasir salak, DAP Beruas, BN Rembau, PAS Kuala Selangor (4.21 petang), PKR Indera Mahkota (4.33 petang).

- Bebas Pasir Mas, BN Putatan, PAS Pokok Sena (5.34 petang).

- BN Rembau, Celahan - PKR Indera Mahkota (6.10 petang)

- DAP Klang, Celahan - DAP Jelutong, BN Tuaran.

- PAS Kubang Kerian (6.47 petang), Celahan - PKR Balik Pulau (6.52 petang)

e. Ucapan Penangguhan

1. 24.6.2009 (Rabu) - Tuan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) - Seksyen 107 Kanun Prosedur Jenayah). (Menteri Dalam Negeri)

2. 24.6.2009 (Rabu) - Tuan John a/l Fernandez (Seremban) - Banjir Kilat di kawasan Ulu Temiang dan Bukit Jong. (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

Aturan Urusan mesyuarat, SILA KLIK

Tuesday, June 23, 2009

Dewan Rakyat 23 Jun 2009 (Selasa)

Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal kedua Parlimen ke 12 mulai bersidang pada 15 Jun 2009 hingga 30 Jun 2009.

a. Doa
b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan (10.00 pagi hingga 11.30 pagi)

1. Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan bagaimanakah Kementerian mengukur keberkesanan dan kejayaan program-program pembasmian kemiskinan luar bandar dan apakah ukuran yang digunakan bagi mengukur keberkesanan tersebut.
- Soalan Tambahan - BN Parit Sulong, PKR Sungai Petani (10.17 pagi).


2. Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk memperbaiki pelajaran termasuk pengajaran Matematik dan Sains melalui Bahasa Inggeris, standard guru di semua peringkat serta pelbagai jenis sekolah. Setakat manakah beliau berjaya untuk menguatkuasakan persekolahan wajib terutamanya di luar bandar.
- Soalan Tambahan - DAP Kepong, BN Kalabakan.

3. Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapa orang anggota kakitangan Kerajaan termasuk anggota polis dan askar yang telah menerima suntikan vaksin untuk menentang Influenza A (H1N1) dan adakah ia berkesan.
- Soalan Tambahan - BN Simpang Renggam, DAP Batu Gajah.

4. Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) apakah rasional meletakkan Hakim-hakim Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen di bawah kuasa Pejabat Peguam Negara (AG's Chambers); dan
(b) mengapa Kerajaan tidak meletakkan hakim-hakim Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen di bawah Yang Dipertuan Agong sejajar dengan pelaksanaan doktrin pengasingan kuasa yang lebih berkesan.
- Soalan Tambahan - DAP Bukit Gelugor, BN Rembau.

5. Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan status Projek Cari-cari mengikut kawasan Parlimen yang telah dilancarkan pada tahun 2008.
- Soalan Tambahan - BN Kanowit, PKR Lembah Pantai.

6. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah status pengoperasian syarikat Credit Tip Off Service Sdn Bhd (CTOS) dan nyatakan apakah prosedur atau proses yang dilalui bagi seseorang sebelum di senarai hitamkan oleh
CTOS.
- Soalan Tambahan - PKR Kuantan, BN Ledang.

7. Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tanda aras ataupun 'benchmark' yang akan diguna pakai dalam mengukur KPI seseorang Menteri ataupun Kementerian. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan sekiranya Menteri ataupun Kementerian berkenaan tidak melepasi KPI tersebut.
- Soalan Tambahan - BN Arau.


Soalan-soalan MP PAS yang telah disenaraikan:

Soalan No. 22 - Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah hasil siasatan dan tindakan yang telah diambil oleh individu atau kumpulan yang terlibat menghina DYMM Sultan Terengganu semasa bantahan pelantikan Menteri Besar Terengganu dengan mempamerkan kain rentang "KAMI
NAK DERIS, NATANG".

Soalan 24 - Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan langkah-langkah yang telah diambil bagi memberi peluang syarikat Bumiputera sebagai pembekal barangan kepada kedai Mesra (Petronas) tanpa dikenakan apa-apa bayaran cagaran.

Soalan No. 26 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan status terkini Projek Bakun dari segi isu teknikal dan kewangan dan "project milestone" projek tersebut.

Soalan No. 30 - Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta PERDANA MENTERI menyatakan dasar penyusunan tempat bertugas Guru KAFA yang memisahkan jarak suami dan isteri yang bekerja. Atas dasar kemanusiaan dan keluarga penyayang dan keselesaan berkhidmat, adakah
Kementerian bercadang untuk menimbang semula kedudukan penempatan ini.

Soalan No. 38 - Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sejauh manakah kejayaan program memulihara sumber-sumber bekalan air bersih yang semakin kelihatan kritikal sekarang.

Soalan No. 53 - Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan dari program manakah Puncak Baru diwujudkan sedangkan projek ini langsung tidak dinyatakan dalam Draf Pelan Pembangunan Kampung Baru, apakah hala tuju projek berkenaan, siapakah yang memegang hak milik ke atas projek itu dan apakah status isu tanah Lot 25 yang dituntut oleh peniaga asal yang masih belum selesai.

Soalan No. 54 - Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tentang beberapa syarikat Insurans yang enggan menjual insurans 'third party' untuk kenderaan kepada pelanggan kerana mendakwa mengalami kerugian, apakah benar kenyataan ini dan apa tindakan Kerajaan jika tindakan ini dianggap tidak menghormati hak
pelanggan untuk memilih.

Soalan No. 55 - Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk menubuhkan Pusat Kajian Asia Tenggara yang diletakkan di bawah Kementerian Luar Negeri untuk mengkaji suasana geopolitik dan hubungan dua hala antara Malaysia dan negara-negara jiran.

Soalan no. 65 - Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sama ada Kerajaan menurunkan harga runcit bakar RON 95 yang ditetapkan pada RM1.75 sekiranya harga petroleum dunia menurun sebelum tempoh permulaannya pada September tahun ini.

Soalan No. 70 - Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan yang diambil terhadap Hindraf.

Soalan No. 74 - Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah Kerajaan sedar bahawa para pekebun kecil, terutamanya pekebun kelapa, sedang menderita kerana terpaksa menjualnya dengan harga sangat rendah, sedangkan di pasar, terutamanya di bandar besar, harganya begitu tinggi. Adakah Kementerian bercadang untuk memberi insentif khas kepada pekebun kecil kelapa ini.

Soalan No. 90 - Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah kes ibu mengandung anak luar nikah dan kes anak luar nikah yang dikendalikan oleh Kementerian. Berapakah kes ulangan dan apakah Kementerian dilihat berjaya mengendalikan keskes ibu mengandung anak luar nikah dan kes-kes anak luar nikah.

Soalan No. 97 - Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah bentuk penapisan atau KPI yang diguna pakai dalam pembentukan dan pelantikan anggota Kabinet yang berintegriti.

Soalan No. 107 - Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah yang dimaksudkan dengan dasar baru slogan 'One Malaysia', apakah penglibatan Jabatan di peringkat negeri dan Persekutuan dalam melaksanakan slogan ini.

Soalan 109 - Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengenai pelan tindakan jangka panjang Kerajaan untuk mengatasi masalah "accesibility" kepada pengangkutan awam yang begitu kronik di negara ini.

Soalan No. 113 - Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah rasionalnya menaikkan harga minyak petrol RON97 yang digunakan oleh sebahagian besar pemilik kenderaan di negara ini dari RM1.80 seliter kepada RM2 dan adakah kenaikan tersebut semata-mata kerana Kerajaan mengkategorikannya sebagai produk premium.

Soalan No. 116 - Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah program R&D yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian untuk memastikan peningkatan pendapatan penduduk luar bandar yang bergantung kepada hasil pertanian bermusim seperti durian yang terjejas teruk akibat daripada kurangnya pasaran jualan buah segar.

Soalan No. 117 - Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kriteria asas yang paling penting perlantikan Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan Menteri dalam sistem kabinet di negara ini dan pihak manakah yang menasihati Perdana Menteri dalam membuat keputusan mengenai pelantikan penting itu.

Soalan No. 122 - Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah keseluruhan permohonan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi negeri Kedah untuk tahun 2008 dan suku pertama 2009 dan nyatakan peratusan permohonan yang telah diproses dan jumlah keseluruhan peruntukan yang telah diluluskan bagi permohonanpermohonan tersebut.

Soalan No. 125 - Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan prosedur yang diambil untuk menyelesaikan isu agama terutamanya yang berkaitan dengan kepentingan Islam.

c. Rang Undang-Undang Bacaan Kali Pertama dan Usul-Usul

- Tiada

d. Perbahasan Rang Undang-Undang

1. (D.R. 13/2008) Rang Undang-undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008 - Pertimbangan dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis (22 Jun 2009). (Kementerian Dalam Negeri) - Timbalan Menteri - BN Masjid Tanah

Fasal 4 pindaan cadangan oleh YB Segambut

- Perbahasan - DAP Segambut, PSM Sungai Siput, PKR Batu, PKR Balik Pulau,

- PKR Subang, Celahan - PAS Titiwangsa (12.13 tengahari), BN Kota Belud, DAP Segambut.

- Timbalan Menteri menjawab - BN Masjid Tanah.

Pindaan tidak dipersetujukan.

Fasal 7 cadangan pindaan oleh YB Segambut

- Perbahasan - PAS Kuala Krai (12.32 tengahari), PKR Subang (12.37 tengahari), PAS Kuala Selangor (12.41 tengahari).

- Timbalan Menteri menjawab - BN Masjid Tanah.

Pindaan dipersetujukan.

Fasal 12 - Timbalan Menteri - BN Masjid Tanah

Pindaan dipersetujukan.

Fasal 13 cadangan pindaan oleh YB Pendang (12.53 tengahari)

- Perbahasan - PKR Batu (12.53 tengahari), PKR Machang (12.57 tengahari), PAS Kuala Selangor (1.00 tengahari).

- Timbalan Menteri menjawab - BN Masjid Tanah.

Pindaaan tidak dipersetujukan.

- Perbahasan Sesi Petang - BN Sibuti, Celahan - BN Sri Gading

- PKR Subang, BN Kota Belud, PKR Batu, PAS Kuala Krai (3.10 petang), PKR Subang.

Fasal 24 dipotong oleh YB Serdang

Fasal 25 - Timbalan Menteri - BN Masjid Tanah

- Perbahasan - DAP Beruas, PAS Tumpat (3.31 petang), DAP Seremban, PAS Kuala Selangor (3.35 petang), PKR Balik Pulau.

PKR Subang, Celahan - PKR Balik Pulau, DAP Telok Intan, BN Jasin, PAS Kuala Selangor (3.53 petang)

Fasal 24 cadangan pindaan oleh YB Serdang

- Perbahasan - PKR Subang, Celahan - BN Rompin, PKR Machang (4.17 petang), PAS Pendang (4.19 petang).

- DAP Seremban.

Pindaan tidak dipersetujukan.

Fasal 28, 29 cadangan pindaan oleh YB Pendang

Pindaan tidak dipersetujukan.

2. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, menurut Peraturan 66A dan 67B Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat:

“BAHAWASANYA, berikutan pelantikan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam, Y.A.B. Perdana Menteri telah mengumumkan penyusunan semula beberapa Kementerian berkuat kuasa 10 April 2009 seperti berikut: BN Senator - Timbalan Menteri

(a) Fungsi-fungsi dan agensi-agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi diserap ke Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kewangan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas tani;

(b) Fungsi-fungsi dan agensi-agensi di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan diserap ke Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan; dan

(c) Fungsi Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi yang kini dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkaitan dengan komunikasi dan agensi di bawahnya iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dipindahkan ke Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

DAN BAHAWASANYA –
(i) perbelanjaan pengurusan bagi maksud-maksud yang melibatkan Kementerian yang disusun semula itu telah diperuntukkan melalui Akta Perbekalan 2009 (Akta A1340);

(ii) amaun yang belum dibelanjakan yang berhubungan dengan Kementerian- kementerian yang peruntukan untuknya perlu dikurangkan itu telah disekat malalui waran yang dikeluarkan oleh
Menteri Kewangan di bawah perenggan 13(3)(b) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61];

(iii) perbelanjaan pembangunan bagi maksud-maksud yang melibatkan Kementerian-kementerian yang disusun semula telah diluluskan oleh Dewan ini dan diperuntukkan bagi maksud-maksud seperti yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam
senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2009;

(iv) amaun yang belum dibelanjakan yang berhubungan dengan Kementerian-kementerian yang peruntukan untuknya perlu dikurangkan itu telah disekat melalui waran yang dikeluarkan oleh
Menteri Kewangan di bawah seksyen 8 Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406];

(v) bagi Kementerian-kementerian yang disusun semula itu, perlu dibuat penguntukan semula peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunannya berikutan dengan penyusunan semula fungsi-fungsinya;

(vi) menurut Peraturan Majlis Mesyaurat 66A Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, tertakluk kepada suatu Rang Undang-Undang Perbekalan yang telah diluluskan mengikut Peraturan Mesyuarat 66, mana-mana penguntukan semula peruntukan perbelanjaan boleh dibuat melalui suatu usul oleh seorang Menteri,

MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, DEWAN INI membuat ketetapan seperti berikut:
1. Berkaitan dengan Perbelanjaan Mengurus –
(a) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi satu bilion lapan puluh lapan juta dua ratus tiga puluh enam ribu tiga ratus sembilan ringgit (RM1,088,236,309) di bawah Maksud B.26 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi kepada Maksud B.06 Jabatan Perdana Menteri sebanyak dua belas juta satu ratus tujuh puluh ribu empat ratus tiga puluh dua ringgit (RM12,170,432),

Maksud B.22 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebanyak satu bilion lima puluh empat ribu lima ratus ringgit (RM1,000,054,500) Maksud B.24 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebanyak empat juta tujuh ratus tiga ribu tujuh ratus sembilan puluh dua ringgit (RM4,703,792),

Maksud B.25 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sebanyak enam puluh tiga juta lima ratus lapan puluh tujuh ribu lapan ratus lapan puluh lima ringgit (RM63,587,585) dan Maksud B.27 Kementerian Kerja Raya sebanyak tujuh juta tujuh ratus dua puluh ribu ringgit (RM7,720,000);

(b) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi empat ratus dua puluh sembilan juta sembilan ratus ribu sembilan ratus lapan puluh tujuh ringgit (RM429,900,987) di bawah Maksud B.44 Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan kepada Maksud B.06 Jabatan Perdana Menteri sebanyak seratus lapan belas juta enam ratus empat puluh tujuh ribu lima ratus empat puluh tujuh ringgit (RM118,647,547) dan Maksud B.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (dahulunya dikenali sebagai Kementerian Penerangan) sebanyak tiga ratus sebelas juta dua ratus lima puluh tiga ribu empat ratus empat puluh ringgit (RM311,253,440); dan

(c) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi lima juta dua ratus tujuh belas ribu tujuh puluh enam ringgit (RM5,217,076) di bawah Maksud B.26 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air kepada Maksud B.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (dahulunya dikenali sebagai Kementerian Penerangan).

2. Berkaitan dengan Perbelanjaan Pembangunan –
(a) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi satu bilion tiga ratus enam puluh enam juta sembilan ratus sembilan puluh ribu empat ratus dua puluh lapan ringgit (RM1,366,990,428) di bawah Maksud P.26 Kementerian Pembangunan Usahawan dan
Koperasi kepada Maksud P.06 Jabatan Perdana Menteri sebanyak enam juta enam ratus ribu ringgit (RM6,600,000), Maksud P.10 Perbendaharaan sebanyak tiga ratus dua puluh lima juta lapan ratus tiga puluh tujuh ribu lapan ratus ringgit (RM325,837,800),

Maksud P.21 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebanyak dua juta sembilan ratus ribu ringgit (RM2,900,000), Maksud P.22 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
sebanyak enam ratus lapan puluh satu juta dua belas ribu ringgit (RM681,012,000) , Maksud P.24 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebanyak dua ratus tujuh puluh empat juta enam ratus tujuh puluh lapan ribu lapan ratus sembilan puluh empat ringgit (RM274,678,894), Maksud P.25 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sebanyak tujuh puluh dua juta tiga ratus dua puluh enam ribu satu ratus sembilan puluh lima ringgit (RM72,326,195) dan Maksud P.27 Kementerian Kerja Raya sebanyak tiga juta enam ratus tiga puluh lima ribu lima ratus tiga puluh sembilan ringgit (RM3,635,539);

(b) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi enam ratus tiga puluh tiga juta lima puluh sembilan ribu enam ratus dua puluh empat ringgit (RM633,059,624) di bawah Maksud P.29 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air kepada Maksud P.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (dahulunya dikenali sebagai Kementerian Penerangan);dan

(c) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi dua ratus sepuluh juta satu ratus dua puluh lima ribu tiga puluh sembilan ringgit (RM210,125,039) di bawah Maksud P.44 Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan kepada Maksud P.06 Jabatan Perdana Menteri sebanyak dua puluh enam juta tujuh puluh sembilan ribu tujuh ratus ringgit (RM26,079,700) dan Maksud P.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
(dahulunya dikenali sebagai Kementerian Penerangan) sebanyak satu ratus lapan puluh empat juta empat puluh lima ribu tiga ratus tiga puluh sembilan ringgit (RM184,045,339).”

- Perbahasan - DAP Ipoh Timur, Celahan - DAP Telok Intan, BN Pasir Salak, PAS Kuala Krai (2.28 petang),

3. (D.R. 30/2008) Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. (Perdana Menteri)

4. (D.R. 29/2008) Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008. (Kementerian Kewangan)

5. (D.R. 4/2009) Rang Undang-undang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009. (Perdana Menteri)

6. (D.R. 8/2009) Rang Undang-undang Bank Negara Malaysia 2009 (Kementerian Kewangan)

7. (D.R. 10/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan
Sederhana (Pindaan ) 2009 (Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri )

8. (D.R. 11/2009) Rang Undang-undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan)
(Pindaan) 2009 (Perdana Menteri)

e. Ucapan Penangguhan

1. 23.6.2009 (Selasa) - Tuan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) - Skim Bantuan Segera Persekutuan bagi kawasan Parlimen (BSKP). (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) - TIDAK HADIR

2. 23.6.2009 (Selasa) - Tuan Liew Chin Tong (Bukit Bendera) - Tuntutan dan pampasan perkeso (PERKESO) (Menteri Sumber Manusia)

Aturan Urusan mesyuarat, SILA KLIK

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008