Sunday, June 30, 2013

Dewan Rakyat 1 Julai 2013 [ Isnin ]

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 1 Julai 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Johari bin Abdul Ghani [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan :-
(a) pelan pembangunan semula Flat Pekeliling di Jalan Tun Razak berkeluasan 56 ekar dijadualkan pada September 2011, sehingga kini tiada tanda-tanda ianya akan dilaksanakan. Apakah rancangan serta tindakan diambil oleh Kementerian memandangkan kawasan ini semakin usang dan tidak terurus; dan
(b) sekiranya masih tiada cadangan pembangunan, bolehkah tapak ini dimajukan sebagai kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR), Perumahan Awam (PA) atau PR1MA bagi membantu masyarakat Kuala Lumpur mempunyai kediaman mampu milik.

2. Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) bilakah Kerajaan akan menunaikan janjinya untuk meningkatkan BR1M dari RM500 ke RM1200; dan
(b) berapa keluarga di Sarawak yang keseluruhan isi rumah hanya berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan dan adakah golongan yang sedang menerima bantuan kebajikan akan diliputi BR1M yang akan datang dan mengapa.

3. Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah faktor-faktor utama yang menyebabkan kejayaan 4,300 usahawanusahawan wanita di bawah program 1Azam Niaga untuk mencapai pendapatan melebihi RM3,500 sebulan dan adakah usahawan-usahawan wanita yang gagal di bawah program ini boleh dipertimbangkan semula kerana kemungkinan faktor tersalah memilih jenis perniagaan.

4. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha Kerajaan untuk menurunkan peratusan kadar pengangguran di Malaysia yang statik pada kadar 3% dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

5. Dato' Ahmad Fauzi bin Zahari [ Setiawangsa ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan profil dana pelaburan secara terperinci yang diuruskan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan setakat mana dana pelaburan yang di dalam bentuk patuh syariah.

6. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh mana Kerajaan memantau dan menitikberatkan kualiti ubat-ubatan yang dibekalkan kepada hospital-hospital Kerajaan dalam rangka memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada rakyat.

7. Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan usaha-usaha yang dijalankan untuk memperkasakan Institut Perguruan Malaysia (IPGM) sebagai institusi latihan guru yang setanding dengan institusi Pengajian Tinggi Awam yang lain.

8. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan tentang kaedah mengawal serangga dan lain-lain ancaman dengan menggunakan pendekatan mesra alam dan tidak berbahaya.

9. Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status terkini pengiktirafan ijazah untuk 820 buah universiti di Republik Rakyat China yang dimeterai oleh Malaysia dan China dan bagaimana pula status pengiktirafan ijazah 157 buah universiti di Taiwan.

10. Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sama ada terdapat sebarang rancangan untuk menaik taraf atau meluaskan jalan dari Kampar ke Tapah dan Ipoh, dan sekiranya ada, nyatakan dari segi tapak, cara, dan jangka masa permulaan kerja serta perlaksanaannya.

11. Dr. Mansor bin Abd Rahman [ Sik ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah perancangan Kementerian dalam menambah bilangan MRSM ke seluruh daerah-daerah di Malaysia ini dan menambah kemudahan-kemudahan asas di setiap kampung atau pun zon di Malaysia seperti padang bola, padang futsal dan lain-lain lagi.

12. Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sebabsebab Kerajaan terus melindungi Megasteel Sdn Bhd dan kesan-kesannya ke atas industri keluli tempatan apabila produk-produk Megasteel adalah tidak kompetitif harganya dan mempunyai isu-isu kualiti.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan prosedur pengambilan tanah untuk pembangunan.

20. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sama ada Kerajaan bersedia untuk memansuhkan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasah.

24. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah inisiatif-inisiatif baru dan unik yang telah diperkenalkan oleh Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2012 dalam meningkatkan kualiti kurikulum kepada para pelajar

28. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bilakah Kerajaan Persekutuan akan membuat suatu 'master plan' perparitan bagi seluruh bandar di Negeri Kelantan, terutama Bandar Kota Bharu, bagi mengelakkan berlakunya banjir atau banjir kilat semasa musim hujan.

50. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah royalti yang sepatutnya diterima oleh Kerajaan Negeri Kelantan, hasil daripada petroleum yang didapati di perairan pantai negeri itu sejak tahun 2006 hingga sekarang.

52. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan tapak bagi pembinaan Hospital Sepang telah diluluskan di Bandar Baru Salak Tinggi, kenapakah sehingga kini pembinaannya masih belum dilakukan.

57. Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah tidak dipanggil Sidang Khas Parlimen bagi membincangkan isu Pencerobohan Lahad Datu ketika kejadian itu sedang berlaku pada bulan Mac 2013 yang lalu.

71. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah jumlah hutang PTPTN yang masih tertunggak sehingga kini. Berapakah bilangan peminjam PTPTN sejak diperkenalkan dan berapa bilangan peminjam yang berhutang.

73. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) berapakah jumlah syarikat perniagaan yang berasaskan minyak dan gas yang dimiliki oleh anak Terengganu yang berjaya dibimbing oleh Petronas; dan
(b) bilangan pekerja anak Terengganu dalam operasi Petronas sejak beroperasi sehingga Disember 2012.

77. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) langkah Kerajaan mengurangkan pinjaman berjamin Badan Berkanun dan Syarikat Kerajaan yang meningkat dari RM100 bilion dari 2010 ke RM 140 bilion pada 2012; dan
(b) setakat mana jumlah tersebut menjadi tanggungan langsung kepada Kerajaan.

83. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah telaga petroleum berserta nama-nama telaga tersebut dan berapakah jumlah pengeluaran setiap telaga yang berada di kawasan perkongsian sempadan Thailand dengan Kelantan.

85. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan rancangan terkini penstrukturan dan penyemakan semula dasar industri besi dan keluli serta apakah cadangan dan saranan oleh Boston Consulting Group iaitu konsultan yang dilantik oleh Kerajaan (MITI) untuk melaksanakan kajian semakan tersebut.

87. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan tentang penggunaan media yang berat sebelah sepanjang kempen pilihanraya yang ke-13.

91. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-
(a) apakah bentuk skim persijilan atau kawalan yang ada bagi memastikan bangunan berusia agak lama masih boleh diguna pakai atau dilupuskan; dan
(b) apakah kaedah atau teknologi pemeriksaan berkala yang boleh menjamin integriti tahap keselamatan bangunan tersebut.

b. USUL-USUL DAN RANG UNDANG-UNDANG BACAAN KALI KEDUA
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] dan masalah dicadangkan :-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:- 
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Pertama, Parlimen Yang Ketiga Belas.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (27 Jun, 2013) 

2. (D.R. 1/2013) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ] 



4. (D.R. 2/2013) Rang Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ] 

Wednesday, June 26, 2013

Dewan Rakyat 27 Jun 2013 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 27 Jun 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan pelan Pembangunan Pendidikan yang dirangka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia hanya mengambil kira pembangunan pendidikan bagi sistem sekolah. Memandangkan penggabungan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran menjadi Kementerian Pendidikan, adakah pihak Kementerian bercadang untuk mengkaji dan memperhalusi Pelan Pembangunan Pendidikan untuk mengambil kira kesinambungan pendidikan di peringkat pengajian tinggi.

2. Tuan Charles Anthony a/l R. Santiago [ Klang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan status kini mengenai perbincangan FTA di antara Malaysia dengan negara-negara TPPA. Bolehkah Kerajaan menjamin bahawa kedaulatan negara akan
terjamin memandangkan bab pelaburan memberi peluang kepada firma MNC untuk membawa sesebuah Kerajaan ke Tribunal timbang tara antarabangsa.

3. Dato' Ahmad Fauzi bin Zahari [ Setiawangsa ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah Kerajaan telah memperjelaskan kepada rakyat jika Kerajaan bercadang mengenakan kadar tujuh peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi meyakinkan rakyat supaya menerima kaedah percukaian itu.

4. Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan usaha-usaha yang telah diambil untuk mengawal peningkatan harga rumah kediaman di kawasan bandar.

5. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah agaknya laporan dan rekomendasi daripada Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) mengenai dengan masalah berkaitan dengan kehadiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di negeri Sabah akan selesai dan dibentangkan dalam Parlimen.

6. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kerajaan sedar hampir semua Pusat Hemodialisis sekarang ini dikenakan syarat oleh Malaysia Society of
Nephrology (MSN) supaya 'person in charge (PIC)' mesti dari kalangan Doktor Pakar Perubatan Penyakit Dalaman (internal medicine), sedangkan syarat tersebut tidak wujud dalam mana-mana peraturan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

7. Dato' Wira Mohd Johari bin Baharom [ Kubang Pasu ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan mengenai usaha untuk menyemarakkan orang muda supaya menyertai Badan Bukan Kerajaan atau Pertubuhan Belia kerana lebih daripada 60 peratus penduduk negara ini terdiri daripada mereka berumur 40 tahun ke bawah. Untuk tujuan itu, berapakah peruntukan yang disediakan Kerajaan semenjak tahun 2008 - 2012.

8. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan di mana tapak pelupusan sisa radioaktif Lynas akan ditempatkan. Lebih-lebih lagi, apabila Nicholas Curtis, pengerusi Syarikat Lynas berkata tidak ada peruntukan untuk membawa sisasisa Lynas ke luar negara sebelum ini.

9. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-
(a) apakah pelan menyeluruh penstrukturan kadar tarif elektrik dalam masa 5 tahun ini; dan
(b) adakah Kerajaan akan membuat semakan terhadap tarif elektrik terkini bagi mengurangkan beban rakyat

10. Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI PERTANIAN  DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan dengan terperinci jenis-jenis subsidi untuk semua produk pertanian, insentif jaminan harga pertanian, insentif bencana alam serta insentif penyelidikan dan pembangunan pertanian
dari tahun 2011 hingga sekarang.

11. Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan perancangan Kerajaan dalam menggalakkan penubuhan dan pemerkasaan koperasi sebagai rangsangan menceburi perniagaan berpotensi di luar bandar dan berapakah jumlah penubuhan koperasi semenjak program satu komuniti satu koperasi dilancarkan.

12. Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan pendirian Kementerian tentang penggunaan minyak masak politaktepu. Banyak kajian saintifik menunjukkan bahaya minyak politaktepu pada kesihatan terutamanya kaitan minyak tersebut dengan keradangan kronik. Mengapakah Kementerian masih mengesyorkan pesakit menggunakan minyak politaktepu.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
26. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimanakah perlaksanaan meletakkan SPR di bawah pengawasan Parlimen.

28. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan pelan tindakan Kementerian untuk memastikan jumlah perwakilan wanita meningkat di dalam Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat.

30. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kontrak yang berasaskan Risk Service Contract (RSC) yang dikeluar dan diluluskan oleh Petronas dan senaraikan nama syarikat tempatan mengikut pecahan Bumiputera dan bukan Bumiputera yang telah dianugerahkan kontrak tersebut.

36. Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha-usaha yang telah diambil oleh pihak JAKIM untuk memastikan status halal dalam bidang farmaseutikal di Malaysia.

46. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah jenis-jenis peruntukan untuk Kerajaan Negeri Kelantan yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Kelantan, sejak ditubuhkan hingga kini dan berapakah jumlahnya.

57. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan isu sebenar yang melatari kes penggantungan bekas ketua jurulatih olahraga kebangsaan dan enam atlet pecut negara baru-baru ini.

59. Tuan Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bila pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Berchang, Kuala Lipis akan dimulakan.

61. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah pihak polis telah menyiasat pendedahan Peguam Americk Singh Sidhu pada 16 Mac 2013 di Mesyuarat Agung Majlis Peguam yang menyatakan Peguam Cecil Abraham mengakui kepada Americk bahawa Perdana Menteri telah meminta beliau menyediakan Akuan Bersumpah palsu mendiang P. Balasubramaniam.

67. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan hasil kegagalan projek NFC dan setakat ini berapakah bayaran ganti rugi yang telah dikembalikan kepada Kerajaan oleh pihak yang terbabit.

68. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad Baharuddin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah polisi rasmi Kerajaan tentang pengawasan-pengawasan kerja di tapak projek yang dikendalikan oleh perunding swasta dipantau oleh wakil perunding swasta atau Kerajaan.

70. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilakah hospital baru daerah Dungun akan dimulakan pembinaan dan bilakah jangkaan operasi sepenuhnya.

93. Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan bilakah Kedutaan Malaysia di Palestin akan dibuka.

b. USUL-USUL DAN RANG UNDANG-UNDANG BACAAN KALI KEDUA
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] dan masalah dicadangkan :-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Pertama, Parlimen Yang Ketiga Belas.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (26 Jun, 2013)

2. (D.R. 1/2013) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

3. (D.R. 3/2013) Rang Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan)(Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

4. (D.R. 2/2013) Rang Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Tuesday, June 25, 2013

AUM Dewan Rakyat 26 Jun 2013 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 26 Jun 2013

a.Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Haji Ahmad [ Mersing ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :- 
(a) adakah Kerajaan akan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang menggunakan perkataan RAKYAT semata-mata untuk melahirkan rasa tidak berpuas hati mengenai keputusan PRU 13; dan 
(b) adakah rasa tidak puas hati ini akan menjadi pencetus kepada 'MALAYSIAN SPRING' di mana keputusan untuk membentuk Kerajaan/pemerintah ditentukan di jalan raya dan bukan di peti undi. 
[ Soalan tambahan: BN Mersing, DAP Bukit Gelugor, PKR Gombak ]

2. Tuan Lim Kit Siang [ Gelang Patah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha, kejayaan dan halangan terhadap "pendamaian nasional" sejak Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei. [ Soalan tambahan: DAP Gelang Patah, BN Kalabakan, DAP Beruas ]

3. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan : 
(a) apakah langkah terbaru Kementerian dalam menanam semangat perpaduan dan cintakan negara di kalangan pelajar; dan 
(b) apakah Kerajaan berhasrat melaksanakan semula Sekolah Wawasan. [ Soalan tambahan: BN Lenggong,  PAS Temerloh, ]

4. Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk mengesan, menyiasat dan mendakwa anggota-anggota polis yang bertindak ganas terhadap kes-kes kematian dalam tahanan polis. [ Soalan tambahan:

5. Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan :- 
(a) tahap penerimaan rakyat terkini ke atas konsep 1Malaysia; dan 
(b) tahap penerimaan rakyat bukan Melayu terkini ke atas konsep 1Malaysia [ Soalan tambahan:

6. Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan dasar dan formula penyelesaian tuntutan bertindih oleh beberapa negara di Laut China Selatan. Apakah pendirian negara China dan faktor-faktor yang timbul. [ Soalan tambahan:

7. Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bagaimanakah Kementerian memantau penjualan ubat-ubatan secara talian (online) memandangkan ada laporan mengenai syarikat yang menjual ubatan seperti anabolic steroid kepada pengguna-pengguna internet secara langsung.
8. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang kos yang ditanggung oleh Kerajaan setakat ini dalam menangani isu pencerobohan di Lahad Datu. Berapakah orang yang terkorban dan kerugian harta benda yang terlibat. [ Soalan tambahan:

9. Dato' Ahmad Fauzi bin Zahari [ Setiawangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik kadar jenayah indeks bagi bandar raya Kuala Lumpur terutama kawasan Parlimen Setiawangsa bagi tahun 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan enam bulan pertama tahun 2013. [ Soalan tambahan:

10. Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan kaedah untuk membantu peniaga-peniaga kecil Bumiputera untuk mengembangkan peniagaan dan apakah jenis pinjaman yang boleh dimohon oleh mereka. [ Soalan tambahan:

11. Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah-langkah telah diambil agar kes lelaki rogol dan kahwin perempuan bawah umur di Sabah tidak berlaku. [ Soalan tambahan:

12. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan dasar dan usaha Kerajaan untuk membangun tenaga alternatif seperti solar dan biodiesel. [ Soalan tambahan:

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
16. Tuan Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan cabaran utama bagi mencapai sasaran Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) pada tahun 2012.

22. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa kandungan Silver Nitrate dalam dakwat kekal yang digunakan dalam Pilihan raya Umum ke 13 di bawah paras 1% sedangkan piawaian asal yang ditetapkan ialah 4%.

24. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pendekatan pihak Kementerian dalam menyediakan keselesaan kepada penjawat awam yang terpaksa mengambil cuti untuk menjaga ahli keluarga yang sakit. Adakah pihak Kementerian bercadang untuk mempertimbangkan skim cuti khas bagi tujuan tersebut.

26. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah pihak Kementerian tidak berhasrat untuk menurunkan harga minyak RON95 dan diesel. 

28. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan berapakah bilangan siswazah yang menganggur. Nyatakan bilangan penganggur mengikut bidang pengajian.

48. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan status terkini pembinaan Hospital Parit Buntar. 

50. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah kerakyatan baru yang diberikan dalam tempoh 3 tahun lepas berbanding dengan 3 tahun sebelumnya dan daripada mana negara asal mereka.

52. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan statistik yang telah direkodkan bagi kesalahan Seksyen 211 (Larangan Terhadap Pemberian Kandungan Jelik) dari tahun 2008 hingga 2012.

55. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan kos yang telah dibelanjakan untuk program netbook dan jumlah unit komputer berkenaan yang telah dikeluarkan sejak dimulakan sehingga Disember 2012.

65. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa ramaikah pegawai agama yang telah dilantik di hospital-hospital utama Kerajaan mengikut negeri di antara tahun 2008 hingga tahun 2013.

73. Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh mana kejayaan Kempen Tak Nak Merokok di kalangan pelbagai lapisan masyarakat. Nyatakan statistik terbaru 'Pesalah Merokok' mengikut negeri dan jantina seperti peringkat umur bagi tahun 2010 hingga kini.

77. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad Baharuddin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan sejauh manakah pihak Kerajaan menggalakkan persembahan kebudayaan tradisi yang tertib berbanding dengan persembahan-persembahan hiburan barat yang tidak ada kaitan dengan tradisi dan budaya tempatan.

b. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah 
Persekutuan) 2013 

2. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (WilayahWilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 

3. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah 
Persekutuan) (Pindaan) 2013 

c. USUL-USUL 
1. Yang Berhormat Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] akan mencadangkan:- 
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:- 
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda 
semasa membuka Penggal Pertama, Parlimen Yang Ketiga Belas.”

[ Perbahasan - BN Lenggong ] [ Rehat ] [ BN Tanjung Piai, PKR Permatang Pauh,]

Dewan Rakyat 25 Jun 2013 - Titah Diraja buka Penggal Parlimen ke 13

ATURAN URUSAN MESYUARAT
TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG ALMU’TASIMU BILLAHI MUHIBBUDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH

Monday, June 24, 2013

Majlis Angkat Sumpah Ahli Parlimen selepas PRU 13

Majlis Angkat Sumpah Ahli Parlimen selepas Pilihanraya Umum ke 13 yang diadakan pada 5 Mei 2013 yang lalu.

ATURAN URUSAN MESYUARAT
i) Proklamasi Memanggil Parlimen Bermesyuarat
ii) Memilih Tuan Yang di-Pertua
iii) Tuan Yang di-Pertua Mengangkat Sumpah
iv) Ahli-ahli Mengangkat Sumpah
v) Memilih 2 Timbalan-Timbalan Yang di-Pertua

vi) Usul Memerintah Ketua Polis Negara Memberi Kemudahan Lalu Lalang Kepada Ahli-Ahli Dewan Seperti Berikut :
 Menteri Dalam Negeri akan mencadangkan:-
“ Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga supaya selama Penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang, jalan-jalan melalui lorong-lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang ahliahli hendak pergi dan balik dari Dewan ini, jangan berlaku apa-apa kacau-bilau di jalan-jalan menuju ke Dewan ini, dan supaya jangan ada huru-hara di Bangunan Dewan ini dan berhampiran dengan bangunan ini, dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah menyampaikan perintah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut itu. “

Baca lanjut DISINI

Tuesday, June 18, 2013

Dewan Rakyat ke 13 akan bermula 24 Jun hingga 18 Julai 2013

Sidang Dewan Rakyat akan bermula pada 24 Jun hingga 18 Julai 2013.

Pada 24 Jun 2013, Sidang Dewan akan dimulakan dengan Proklamasi Memanggil Parlimen Bermesyuarat, diikuti dengan Memlilih Tuan Yang Dipertua (Speaker) yang baru yang kemudiannya akan mengangkat sumpah diikuti Ahli-Ahli Dewan mengangkat Sumpah.

Selepas itu Agenda Memilih 2 Timbalan Yang Dipertua.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat menamakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Speaker ke-13.

Nama Abdul Kadir dikemukakan atas nama Ahli Parlimen Bandar Tun Razak merangkap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Berhubung perkara itu, satu pemberitahu bersurat mengenai penamaan itu dikemukakan kepada Setiausaha Dewan Rakyat mengikut kehendak Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat 4(1).

Difahamkan pihak BN akan mengekalkan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat ke 13.

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008