Thursday, November 27, 2014

Dewan Rakyat 27 November 2014

Aturan Urusan Mesyuarat 27 Nov. 2014 [ KLIK ]
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk William @ Nyallau anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada sedar atau tidak mengenai keadaan mesin radioterapi di Hospital Umum Sarawak (HUS) sudah uzur dan telah mengeluarkan radiasi yang memberi kesan sampingan yang sangat dahsyat kepada para pesakit justeru mesin yang merbahaya tersebut harus diganti dengan segera.

2. Dato' Fauzi bin Abdul Rahman [ Indera Mahkota ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan kadar pengangguran negara dari tahun 2000 hingga kini dan langkah yang diambil Kementerian bagi membantu rakyat mencari pekerjaan. Nyatakan juga jumlah graduan yang menganggur bagi tempoh yang sama.

3. Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk memastikan sasaran 55% penyertaan wanita dalam pasaran pekerjaan pada penghujung tahun 2015 dapat dicapai dan sejauh manakan pencapaian dasar sekurang-kurangnya 30% wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat telah dicapai sehingga kini.

4. Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tahap pencemaran pelepasan bahan toksik dioxin, merkuri, furan, karbon dioksida dan air resap larut daripada insinerator Bukit Nenas, Pangkor, Langkawi, Tioman dan Cameron Highlands dari 2011-2014.

5. Tuan Anuar bin Abd. Manap [ Sekijang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-
(a) apakah pendirian Kerajaan berkaitan kesangsian golongan Bumiputera dengan kelebihan yang ada pada TPPA; dan
(b) apakah pendekatan yang telah diambil pihak Kerajaan khususnya MITI dalam menerangkan isu TPPA.

6. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jaminan kemajuan pembangunan Hospital Dungun yang baharu dapat disiapkan sepenuhnya mengikut jadual.

7. Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan langkah-angkah yang diambil oleh Kementerian untuk mengatasi masalah matrikulasi yang mempunyai permohonan tinggi daripada pelajar lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) serta nyatakan prosedur-prosedur matrikulasi untuk merekrut pelajar yang cemerlang ini.

8. Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tentang projek tambak laut di Negeri Melaka:-
(a) jumlah keluasan projek tambak laut yang dipohon oleh kerajaan Negeri Melaka dan keluasan yang telah diluluskan; dan
(b) berapa kajian EIA dan kajian-kajian yang lain telah diadakan dan apakah kesan-kesan yang telah kenal pasti.

9. Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-
(a) jumlah perbelanjaan yang telah dibelanjakan oleh Kementerian sama ada dalam aspek bantuan kewangan (seed money) dan khidmat pengurusan (maksimum RM 10, 000) bagi pelaksanaan projek-projek ekonomi luar bandar; dan
(b) sejauh manakah kejayaan Program Peningkatan Pendapatan (PPP) yang dijalankan oleh pihak Kementerian untuk meningkatkan pendapatan keluarga serta meningkatkan taraf hidup dan seterusnya mengeluarkan masyarakat daripada belenggu kemiskinan.

10. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah terkini pekerja asing yang berada dalam negara.

11. Dato' Seri Ong Ka Chuan [ Tanjong Malim ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah rancangan yang akan diambil oleh Kerajaan untuk menjana pasaran domestik negara ini dalam peruncitan dan pemborongan sebagai satu pasaran yang dinamik yang dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat di negara ini.

12. Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kementerian untuk mempertahankan hak negara kita di Kepulauan Spratly khususnya akibat daripada pengambilalihan dan dakwaan pembinaan Pengkalan Maritim di pulau tersebut oleh sebuah negara asing.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
16. Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan selaras dengan perlaksanaan indeks syariah yang akan digunakan menjelang tahun 2015, minta Kerajaan jelaskan sejauh mana kajian yang telah di buat (sekiranya ada) terhadap undang-undang jenayah sekarang berpandu kepada indeks syariah yang akan dilaksanakan nanti.

26. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah alasan kuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memilih hari Khamis 25 September 2014 sebagai tarikh pengundian Pilihan Raya Kecil N.01 Pengkalan Kubor, Kelantan. Adakah SPR menyedari pemilihan tarikh berkenaan menyukarkan pengundi-pengundi yang bermastautin di luar Kelantan untuk balik mengundi. Apakah ada cadangan berkesan oleh SPR dalam usaha memudahkan pengundi-pengundi yang berada jauh daripada pusat-pusat pengundian.

36. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada pemaju hartanah tempatan khususnya di Johor mampu bersaing dengan pemaju hartanah daripada negara China yang hanya melabur di Wilayah Iskandar.

37. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan jumlah import dan eksport tenaga elektrik dari dan ke negara jiran melalui interconnection yang ada sepanjang tahun 2014.

40. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan perancangan terperinci menyelamatkan MAS daripada kebankrapan.

42. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah peruntukan pembangunan negeri Kelantan yang telah disalurkan oleh Kerajaan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) bagi tahun 2013 dan bagaimanakah pelaksanaannya.

45. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) apakah pendirian sebenar Kerajaan terhadap Akta Hasutan, adakah akan dihapuskan seperti dijanjikan atau tidak; dan
(b) berapakah jumlah kes-kes pendakwaan di bawah Akta Hasutan selepas Perdana Menteri mengisytiharkan akan memansuhkan akta tersebut dan berapakah kos yang telah ditanggung oleh Kerajaan sehingga kini bagi kos kes-kes pendakwaan tersebut.

46. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan respon kerajaan terhadap kritikan Tun Dr. Mahathir berhubung 1MDB.

b. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA 
1. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Rang Undang-undang Teknologis dan Juruteknik 2014.

c. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. (D.R 31/2014) Rang Undang-undang Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran) 2014 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

2. (D.R 28/2014) Rang Undang-undang Kawalan Bekalan (Pindaan) 2014 [ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

3. (D.R. 20/2014) Rang Undang-undang Pendaftaran Jurutera (Pindaan) 2014 [ Menteri Kerja Raya]

4. (D.R. 21/2014) Rang Undang-undang Arkitek (Pindaan) 2014 [ Menteri Kerja Raya]

5. (D.R. 22/2014) Rang Undang-undang Juruukur Bahan (Pindaan) 2014 [ Menteri Kerja Raya]

6. (D.R. 23/2014) Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

7. (D.R. 24/2014) Rang Undang-undang Dadah Berbahaya (Pindaan) (No.2) 2014 [ Menteri Kesihatan ]

8. (D.R. 29/2014) Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2014 [ Menteri Pendidikan ]

9.  (D.R. 26/2014) Rang Undang-undang Perhubungan Perusahaan (Pindaan) 2014 [ Menteri Sumber Manusia ]

10. (D.R 11/2014) Rang Undang-undang Tatacara Kewangan (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

11. (D.R 13/2014) Rang Undang-undang Kumpulan Wang AmanahNegara (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

12. (D.R 12/2014) Rang Undang-undang Wang Tak Dituntut(Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

13.  (D.R 14/2014) Rang Undang-undang Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

14. Menteri Kewangan akan mencadangkan:- “Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan Malaysia melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan), membuat pelaburan dengan menukarkan pinjaman Kerajaan Malaysia sebanyak RM400 juta kepada Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV), sebuah syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) kepada ekuiti bersamaan dengan Empat Ratus Juta (400,000,000) unit saham biasa pada nilai RM1 bagi satu unit saham”. 

15. Menteri Kewangan akan mencadangkan:- “Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957, membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:- “Kumpulan Wang Amanah Tabung Konservasi Sumber Asli Nasional” 

16. Menteri Kewangan akan mencadangkan:- “Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957, membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:- “Kumpulan Wang Amanah Fi Jaminan” 

17. Menteri Kewangan akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah perenggan 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957, membuat ketetapan bersetuju supaya menambah ke dalam jadual Kedua Akta tersebut kumpulan wang yang dikenali sebagai – „ Kumpulan Wang bagi Pembayaran Balik Cukai Barang dan Perkhidmatan‟ “

18. Menteri Kewangan akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], membuat ketetapan bersetuju supaya Kerajaan Malaysia melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan) membuat pelaburan dengan menukar baki pinjaman Kerajaan Malaysia sebanyak RM475.59 juta kepada Prasarana Malaysia Berhad, sebuah syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan), kepada ekuiti dalam Prasarana Malaysia Berhad bersamaan dengan Empat Ratus Tujuh Puluh Lima Juta Lima Ratus Sembilan Puluh Ribu (475,590,000) unit saham biasa pada nilai RM1 bagi satu unit saham.”


19. Menteri Kewangan akan mencadangkan:- “Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Subseksyen 20(2), Subseksyen 10(3), Subseksyen 160(2), Subseksyen 56(2), Subseksyen 17(5) dan 18(3) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan supaya Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil.ST.71, ST.72, ST.73, ST.86 , ST.87, ST.88 dan ST.152 tahun 2014 disahkan”.

Wednesday, November 26, 2014

Dewan Rakyat 26 November 2014

Aturan Urusan Mesyuarat 26 Nov. 2014 [ KLIK ]
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan dan perancangan Kerajaan bagi mengawal perkembangan pertubuhan haram yang tidak berdaftar dan mengancam kestabilan negara.

2. Tuan Shamsul Iskandar bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh mana keberkesanan program Kospen (Komuniti Sihat Perkasa Negara) di dalam melahirkan agen-agen perubahan kesihatan masyarakat daripada kalangan anggota KEMAS dan JKKK untuk membudayakan amalan hidup sihat di kalangan masyarakat serta apakah badan-badan bukan Kerajaan yang lain boleh juga mengambil bahagian.

3. Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah rasional JKDM terhadap penukaran klasifikasi produk daripada suatu klasifikasi yang dikecualikan daripada cukai jualan kepada suatu klasifikasi yang dikenakan cukai jualan memandangkan ia akan membebankan rakyat secara amnya kerana harga produk akan menjadi lebih mahal.

4. Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sebab-sebab Kementerian mengamalkan dasar diskriminasi di mana hanya merizabkan tanah untuk pembinaan sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan apabila terdapat keperluan segera untuk membina lebih banyak SJKT dan SJKC.

5. Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada perlindungan kawalan keselamatan yang bakal dinikmati rakyat di kawasan sempadan seperti daerah Lawas mencukupi khususnya dari segi ancaman/ bahaya dadah (kemasukan dadah dari negara dan negeri sebagai pintu masuk, kemasukan Pendatang Tanpa Izin (P.T.I), kawalan judi haram/ Cyber Cafe dan kecurian dan lain-lain yang semakin meningkat.

6. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan sama ada wujudnya garis panduan rasmi untuk mengendalikan bumbung asbestos yang pecah. Adakah penalti yang boleh dikenakan jika sesiapa pihak tidak mematuhi garis panduan dalam mengendalikan serpihan asbestos.

7. Datuk Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh mana seriusnya gejala denggi di negara ini dan negeri-negeri manakah yang dikenal pasti mempunyai kes tertinggi.

8. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah St Thomas Kuantan bila akan dibina. Sekiranya tidak akan dibina pohon penjelasan masalah yang di hadapi pihak Kementerian.

9. Dr. Noor Azmi bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk memastikan Malaysia mampu memperoleh manfaat bersih dari AEC (Asean Economic Community) dan apakah sektor-sektor berpotensi untuk Malaysia ketengahkan bagi memperoleh manfaat AEC.

10. Ust. Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pembiayaan yang telah diluluskan oleh institusi kewangan untuk pemilikan rumah dari tahun 2010 hingga Jun 2014.

11. Tuan Wilson Ugak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status bekalan Internet/Bestarinet untuk kegunaan sekolah-sekolah dan penduduk-penduduk di kawasan pendalaman seperti di Sungai Asap, Bakun, Belaga dan di Baleh, Bahagian Kapit.

12. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah terkini penganggur dikalangan para belia.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
16. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sejauh manakah pihak Kerajaan telah melibatkan agensi-agensi atau institusi agama seperti JAKIM di dalam program-program Kementerian seperti Program Pembangunan Minda Insan.

18. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah kes kebocoran soalan peperiksaan yang berlaku bagi mengikut tempoh perkhidmatan setiap Menteri Pelajaran. Nyatakan tindakan yang telah dikenakan bagi setiap mereka yang terlibat bermula daripada kategori pelajar, ibu bapa, guru, pengawas peperiksaan, kakitangan jabatan pelajaran, syarikat pencetak, kakitangan Kementerian dan Menteri Pelajaran.

22. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) berapakah kos yang ditanggung oleh Kerajaan dari bermula tarikh kehilangan MH370 hingga September 2014; dan
(b) adakah sehingga kini Kerajaan atau MAS ada membayar apa-apa pampasan kepada keluarga mangsa-mangsa MH370 dan jika ada berapa jumlah pampasannya dan jika tidak ada, mengapa.

28. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan senarai IPTA yang komited terhadap wakaf pendidikan dan langkah-langkah Kementerian dalam menjayakan wakaf pendidikan ini.

36. Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan taburan guru-guru bahasa Inggeris di sekolah-sekolah rendah dan menengah di negeri Kelantan, mengikut pecahan jabatan pelajaran daerah (PPD) bagi tahun 2013 dan 2014 bagi butiran berikut:-
(a) bilangan terhak, bilangan yang ada dan Peratusan kekosongan; dan
(b) apakah usaha-usaha yang dilakukan untuk mengatasi kekurangan guru Bahasa Inggeris.

45. Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kementerian berpuas hati dengan tindakan KTM memecat pekerja-pekerjanya yang merupakan pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja syarikat itu.

b. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA 
1. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran) 2014 2. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan * Rang Undang-undang Kawalan Bekalan (Pindaan) 2014 
3. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 
4. Menteri Pendidikan * Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2014 
5. Menteri Sumber Manusia * Rang Undang-undang Perhubungan Perusahaan (Pindaan) 2014.

c. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. Perdana Menteri akan mencadangkan :- 
Bahawa Dewan ini, menyedari akan perlunya diberi penjelasan mengenai ancaman kumpulan militan Islamic State terhadap keselamatan negara kepada semua lapisan rakyat Malaysia; 
menyedari akan perlunya bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam semua usaha menangani ancaman kumpulan militan Islamic State; 
menyokong Kerajaan melaksanakan dasar-dasar dan usaha-usaha yang diperkenalkan menangani ancaman kumpulan militan Islamic State; 
melulus dan merestui dasar-dasar dan usaha-usaha yang diperkenal oleh Kerajaan untuk menangani ancaman kumpulan militan Islamic State; 
dalam meluluskan Kertas Putih “Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan Islamic State”, Dewan ini menyeru semua lapisan rakyat Malaysia mempergiatkan usaha dan komitmen mereka untuk bersama-sama menyokong Kerajaan menangani ancaman berkenaan.

2. (D.R 10/2014) Rang Undang–undang Penjara (No.2) (Pindaan) 2014 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (9 Oktober, 2014) [ Menteri Dalam Negeri ]

3. (D.R 19/2014) Rang Undang-undang Kewangan (No.2) 2014 [Menteri Kewangan]

4. (D.R 25/2014) Rang Undang-undang Penghasilan Bersih Perjanjian Kewangan 2014 [ Menteri Kewangan ]

5. (D.R 16/2014) Rang Undang-undang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

6. (D.R 17/2014) Rang Undang-undang Pendaftaran Perniagaan (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

7. (D.R 18/2014) Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

8. (D.R. 20/2014) Rang Undang-undang Pendaftaran Jurutera (Pindaan) 2014 [ Menteri Kerja Raya]

9. (D.R. 21/2014) Rang Undang-undang Arkitek (Pindaan) 2014 [ Menteri Kerja Raya]

10. (D.R. 22/2014) Rang Undang-undang Juruukur Bahan (Pindaan) 2014 [ Menteri Kerja Raya]

11. (D.R. 24/2014) Rang Undang-undang Dadah Berbahaya (Pindaan) (No.2) 2014 [ Menteri Kesihatan ]

12. (D.R 11/2014) Rang Undang-undang Tatacara Kewangan (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

13. (D.R 13/2014) Rang Undang-undang Kumpulan Wang AmanahNegara (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

14 (D.R 12/2014) Rang Undang-undang Wang Tak Dituntut(Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

15.  (D.R 14/2014) Rang Undang-undang Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

16. Menteri Kewangan akan mencadangkan:- “Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan Malaysia melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan), membuat pelaburan dengan menukarkan pinjaman Kerajaan Malaysia sebanyak RM400 juta kepada Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV), sebuah syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) kepada ekuiti bersamaan dengan Empat Ratus Juta (400,000,000) unit saham biasa pada nilai RM1 bagi satu unit saham”. 

17. Menteri Kewangan akan mencadangkan:- “Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957, membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:- “Kumpulan Wang Amanah Tabung Konservasi Sumber Asli Nasional” 

18. Menteri Kewangan akan mencadangkan:- “Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957, membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:- “Kumpulan Wang Amanah Fi Jaminan” 

19. Menteri Kewangan akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah perenggan 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957, membuat ketetapan bersetuju supaya menambah ke dalam jadual Kedua Akta tersebut kumpulan wang yang dikenali sebagai – „ Kumpulan Wang bagi Pembayaran Balik Cukai Barang dan Perkhidmatan‟ “

20. Menteri Kewangan akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], membuat ketetapan bersetuju supaya Kerajaan Malaysia melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan) membuat pelaburan dengan menukar baki pinjaman Kerajaan Malaysia sebanyak RM475.59 juta kepada Prasarana Malaysia Berhad, sebuah syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan), kepada ekuiti dalam Prasarana Malaysia Berhad bersamaan dengan Empat Ratus Tujuh Puluh Lima Juta Lima Ratus Sembilan Puluh Ribu (475,590,000) unit saham biasa pada nilai RM1 bagi satu unit saham.”


21. Menteri Kewangan akan mencadangkan:- “Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Subseksyen 20(2), Subseksyen 10(3), Subseksyen 160(2), Subseksyen 56(2), Subseksyen 17(5) dan 18(3) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan supaya Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil.ST.71, ST.72, ST.73, ST.86 , ST.87, ST.88 dan ST.152 tahun 2014 disahkan”.

Tuesday, November 25, 2014

Dewan Rakyat 25 November 2014

Aturan Urusan Mesyuarat 25 Nov. 2014 [ KLIK ]
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dan membesarkan landasannya menjadi Lapangan Terbang Antarabangsa.

2. Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) jumlah aset dan liabiliti bagi kesemua syarikat berkait kerajaan (GLC) termasuk Sarawak Economic Development Corporation (SEDC); dan
(b) jumlah pendapatan (ROI) termasuk bayaran cukai pendapatan daripada syarikat-syarikat ini daripada tahun 2000 hingga 2013.

3. Dato' Wira Mohd Johari bin Baharom [ Kubang Pasu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan GTP (2009) apakah telah membantu Kerajaan di dalam memperkemas dan memperkukuhkan sektor perkhidmatan awam terutamanya dalam mengenalpasti perlantikan KSU-KSU di pelbagai Kementerian yang benar-benar mampu menerajuinya tanpa melibatkan campurtangan politik menteri-menteri di Kementerian-Kementerian berkaitan. Selain itu apakah Kerajaan telah mewujudkan pemantau untuk kementerian-kementerian berkenaan di kalangan mereka yang berkemahiran bagi memberikan rating prestasi kementerian-kementerian. Jika ya, sebutkan nama-nama mereka yang terlibat.

4. Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bagaimana Kementerian ini boleh berlaku adil kepada 85,000 lepasan siswazah yang telah memohon pekerjaan melalui on-line pada 6 September 2014 berbanding dengan keperluan kepada jawatan kosong yang ada.

5. Datuk Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah kesan atau impak Laporan Daya Saing Global 2014-2015 kepada Malaysia, memandangkan laporan tersebut menjelaskan bahawa kedudukan Malaysia yang telah melompat 4 anak tangga dari tangga 24 kepada tangga 20 dan telah mendahului negara-negara maju seperti Austria, Australia, Perancis dan Korea Selatan.

6. Tuan Zairil Khir Johari [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sama ada kajian telah dibuat mengenai penggunaan kaedah uji upaya atau means-testing bagi subsidi petrol, dan jika ya, apakah perincian kajian tersebut, termasuk kos dan jururunding yang dilantik.

7. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [ Padang Besar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah perlaksanaan Polis Syariah akan dimulakan bagi memastikan proses sokongan perlaksanaan perundangan Syariah negara ini dapat dipertingkatkan lagi selari dengan hasrat rakyat dan komitmen Kerajaan Persekutuan.

8. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk memindahkan Hospital Raja Perempuan Zainab II ke tempat yang lebih strategik di mana ia mengambil kira keluasan ruang dan juga keselesaan pelanggan.

9. Dato' Ir. Haji Nawawi bin Ahmad [ Langkawi ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan untuk memberikan taraf kewarganegaraan Malaysia kepada lebih dari 600 warga asing yang telah berkahwin dengan penduduk tetap Langkawi yang mana ada sesetengah perkahwinan mereka menjangkau lebih daripada 20 tahun walaupun permohonan telah dibuat, pihak Kementerian menyatakan masih dalam proses.

10. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah peruntukan yang dibelanja oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pada tahun 2005 hingga 2013 hasil daripada kutipan zakat untuk membangunkan sektor hartanah di sekitar Wilayah Persekutuan dalam usaha untuk membantu orang miskin yang tidak ada rumah.

11. Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk meningkat prestasi VLE (Virtual Learning Environment) serta mengatasi masalah-masalah teknikal yang menjejas penggunaannya terutama sekali di kawasan luar bandar yang mana ada keluarga-keluarga yang tiada kemudahan komputer, kekurangan kemahiran komputer dan kelajuan broadband yang amat kurang memuaskan.

12. Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan sama ada pihaknya meluluskan permohonan lesen operasi tetap Lynas ekoran krisis kewangan syarikat tersebut dan ketidakpatuhan kepada syarat ditetapkan dalam lesen operasi sementara. Adakah perancangan membina dua lagi loji janakuasa tenaga nuklear diteruskan. Sekiranya ya, dimana lokasi dan kosnya.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
24. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kerugian yang ditanggung terhadap tragedi MH370 dan MH17 dan apakah langkah jangka pendek dan jangka panjang untuk memulihkan imej dan prestasi MAS masa depan.

28. Ust. Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah anggaran sebenar keperluan bekalan ikan setahun kepada negara.

35. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah status terkini proses persempadanan semula kawasan pilihan raya sepertimana yang telah diumumkan oleh Kerajaan pada tahun lalu.

45. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jaminan kemudahan infrastruktur Majlis Perbandaran Dungun dari segi jalan raya, kesihatan, kebersihan, keselamatan, perparitan, perkhidmatan bomba, perumahan, keceriaan dan pemusatan jabatan kerajaan persekutuan.

46. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan punca kebocoran kertas soalan UPSR 2014 dan apakah langkah kawalan keselamatan serta kerahsiaan yang diambil sebelum ini untuk memastikan tiada kebocoran.

53. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah sebab pertukaran Setiausaha Dewan Negara dibuat secara tergesa-gesa dan menimbulkan kontroversi. Apakah usaha Kerajaan dalam memastikan setiap pertukaran dibuat secara lebih telus, bertanggungjawab dan dalam bentuk yang lebih menghargai jasa sumbangan pegawai-pegawai Kerajaan.

b. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA 
1. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Penghasilan Bersih Perjanjian Kewangan 2014 
2. Menteri Kesihatan * Rang Undang-undang Dadah Berbahaya (Pindaan) (No.2) 2014.

c. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. Menyambung semula Pertimbangan keatas (D.R.15 /2014) Rang Undang-undang Perbekalan 2015  DAN Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2015 seperti berikut:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM 50,499,994,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2015, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2015, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2014, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sesebuah Majlis  (24 November, 2014).

2. (D.R 19/2014) Rang Undang-undang Kewangan (No.2) 2014 [Menteri Kewangan]

3. (D.R 10/2014) Rang Undang–undang Penjara (No.2) (Pindaan) 2014 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (9 Oktober, 2014) [ Menteri Dalam Negeri ]

4. (D.R 11/2014) Rang Undang-undang Tatacara Kewangan (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

5. (D.R 13/2014) Rang Undang-undang Kumpulan Wang AmanahNegara (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

6. (D.R 12/2014) Rang Undang-undang Wang Tak Dituntut(Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]


8. (D.R 16/2014) Rang Undang-undang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

9. (D.R 17/2014) Rang Undang-undang Pendaftaran Perniagaan (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

10. (D.R 18/2014) Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

11. (D.R. 20/2014) Rang Undang-undang Pendaftaran Jurutera (Pindaan) 2014 [ Menteri Kerja Raya]

12. (D.R. 21/2014) Rang Undang-undang Arkitek (Pindaan) 2014 [ Menteri Kerja Raya]

13. (D.R. 22/2014) Rang Undang-undang Juruukur Bahan (Pindaan) 2014 [ Menteri Kerja Raya]

14. Menteri Kewangan akan mencadangkan:- “Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan Malaysia melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan), membuat pelaburan dengan menukarkan pinjaman Kerajaan Malaysia sebanyak RM400 juta kepada Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV), sebuah syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) kepada ekuiti bersamaan dengan Empat Ratus Juta (400,000,000) unit saham biasa pada nilai RM1 bagi satu unit saham”. 

15. Menteri Kewangan akan mencadangkan:- “Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957, membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:- “Kumpulan Wang Amanah Tabung Konservasi Sumber Asli Nasional” 

16. Menteri Kewangan akan mencadangkan:- “Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957, membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:- “Kumpulan Wang Amanah Fi Jaminan” 

17. Menteri Kewangan akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah perenggan 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957, membuat ketetapan bersetuju supaya menambah ke dalam jadual Kedua Akta tersebut kumpulan wang yang dikenali sebagai – „ Kumpulan Wang bagi Pembayaran Balik Cukai Barang dan Perkhidmatan‟ “


18. Menteri Kewangan akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], membuat ketetapan bersetuju supaya Kerajaan Malaysia melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan) membuat pelaburan dengan menukar baki pinjaman Kerajaan Malaysia sebanyak RM475.59 juta kepada Prasarana Malaysia Berhad, sebuah syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan), kepada ekuiti dalam Prasarana Malaysia Berhad bersamaan dengan Empat Ratus Tujuh Puluh Lima Juta Lima Ratus Sembilan Puluh Ribu (475,590,000) unit saham biasa pada nilai RM1 bagi satu unit saham.”

Sunday, November 23, 2014

Dewan Rakyat 24 November 2014

Aturan Urusan Mesyuarat 24 Nov. 2014 [ KLIK ]
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan tujuan penjenamaan semula Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025.

2. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan rancangan dan kemajuan sektor pengangkutan awam dalam meleraikan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur dan sistem pilihan dan gantian kenderaan persendirian dan jumlah bas awam yang sudah digunakan dan kekurangan yang ada.

3. Dato' Seri Ong Ka Chuan [ Tanjong Malim ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah usaha-usaha yang akan diambil oleh Kerajaan untuk memastikan semua pesawat negara ini yang akan terbang ke luar negara menggunakan laluan penerbangan yang selamat supaya tragedi yang berlaku pada MH17 dapat dielakkan.

4. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan status keputusan semakan semula penyelarasan skim gaji minimum yang sepatutnya dilaksanakan pada Januari 2013 namun ditangguhkan kerana dikatakan sebahagian besar majikan belum bersedia untuk melaksanakannya.

5. Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur [ Silam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah yang telah diambil oleh pihak Kerajaan dalam menangani isu pemisahan Sabah dan Sarawak dari Malaysia. Apakah pula tindakan yang diambil terhadap golongan penghasut yang menggunakan laman sosial sebagai medan mereka untuk menyebarkan ideologi yang bertentangan dengan semangat kemerdekaan negara.

6. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-
(a) perancangan jangka panjang dan pendek Kerajaan Pusat untuk membantu Kerajaan Negeri Sembilan dalam menangani isu kekurangan bekalan air; dan
(b) setakat mana usaha-usaha tersebut mampu untuk memberikan jaminan pengekalan tarif air yang tidak ditingkatkan.

7. Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bilakah Kementerian akan melaksanakan dredging kuala Sungai Limbang yang telah diluluskan tiga tahun yang lepas untuk mengatasi masalah banjir yang melanda bandar Limbang dan kampung-kampung di sepanjang Sungai Limbang semasa air pasang.

8. Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah penduduk di Daerah Manjung, Perak dan jumlah anggota polis di Daerah Manjung. Adakah Kerajaan bercadang menambahkan jumlah anggota polis di Daerah Manjung untuk memastikan jenayah di daerah ini lebih terkawal.

9. Tuan Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sejauh manakah kemajuan projek menyalurkan air mentah dari Pahang ke Selangor dan sejauh manakah loji rawatan di Hulu Langat, Selangor (Langat 2) serta bilakah dijangka bekalan air dapat disalurkan ke Selangor, Lembah Klang dan Putrajaya bagi mengatasi segera krisis air di Selangor.

10. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan punca-punca kegagalan Malaysia mencapai sasaran pingat emas dalam Sukan Komanwel 2014 termasuk kemerosotan sukan-sukan utama negara seperti hoki dan badminton.

11. Datuk Raime bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan keadaan reka bentuk bangunan sekolah rendah dan sekolah menengah tidak lagi selamat seperti mana dakwaan pihak tertentu dan berapa kes kematian pelajar yang jatuh dari bangunan sekolah pada tahun 2011, 2012, 2013 dan 2014.

12. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sama ada Kerajaan bersetuju bahawa pekebun kecil Cina yang usahakan tanah Kerajaan tanpa memperolehi geran tanah ataupun 'lease', sedang memainkan peranan penting dalam menjaminkan pembekalan makanan sayur-sayuran di Malaysia. Apakah langkah-langkah yang sedang diambil untuk memantapkan sumbangan mereka.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
20. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan jumlah perbelanjaan Hari Belia Negara 2014 (Festival Belia Putrajaya) yang diadakan pada Mei 2014 dan sejauh manakah keberkesanan kepada pembangunan belia Malaysia dan nyatakan juga perbelanjaan sambutan hari belia di peringkat daerah dan negeri seluruh Malaysia.

28. Ust. Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah rompakan yang berlaku di sekitar pengairan negara dari Januari 2014 hingga Ogos 2014.

38. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :- 
(a) sejauh manakah usaha-usaha yang telah diambil oleh Kementerian dalam perancangan membina insinerator bagi tujuan pelupusan sampah domestik ; dan 
(b) perancangan untuk menguatkuasakan Program Kitar semula, Pengurangan Sampah dan Guna Semula (3R) bagi setiap rumah.

b. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. Menyambung semula Pertimbangan keatas (D.R.15 /2014) Rang Undang-undang Perbekalan 2015  DAN Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2015 seperti berikut:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM 50,499,994,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2015, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2015, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2014, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sesebuah Majlis  (24 November, 2014).

2. (D.R 19/2014) Rang Undang-undang Kewangan (No.2) 2014 [Menteri Kewangan]

3. (D.R 10/2014) Rang Undang–undang Penjara (No.2) (Pindaan) 2014 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (9 Oktober, 2014) [ Menteri Dalam Negeri ]

4. (D.R 11/2014) Rang Undang-undang Tatacara Kewangan (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

5. (D.R 13/2014) Rang Undang-undang Kumpulan Wang AmanahNegara (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

6. (D.R 12/2014) Rang Undang-undang Wang Tak Dituntut(Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]


8. (D.R 16/2014) Rang Undang-undang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

9. (D.R 17/2014) Rang Undang-undang Pendaftaran Perniagaan (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

10. (D.R 18/2014) Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

11. (D.R. 20/2014) Rang Undang-undang Pendaftaran Jurutera (Pindaan) 2014 [ Menteri Kerja Raya]

12. (D.R. 21/2014) Rang Undang-undang Arkitek (Pindaan) 2014 [ Menteri Kerja Raya]

13. (D.R. 22/2014) Rang Undang-undang Juruukur Bahan (Pindaan) 2014 [ Menteri Kerja Raya]

14. Menteri Kewangan akan mencadangkan:- “Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan Malaysia melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan), membuat pelaburan dengan menukarkan pinjaman Kerajaan Malaysia sebanyak RM400 juta kepada Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV), sebuah syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) kepada ekuiti bersamaan dengan Empat Ratus Juta (400,000,000) unit saham biasa pada nilai RM1 bagi satu unit saham”. 

15. Menteri Kewangan akan mencadangkan:- “Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957, membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:- “Kumpulan Wang Amanah Tabung Konservasi Sumber Asli Nasional” 

16. Menteri Kewangan akan mencadangkan:- “Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957, membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:- “Kumpulan Wang Amanah Fi Jaminan” 

17. Menteri Kewangan akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah perenggan 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957, membuat ketetapan bersetuju supaya menambah ke dalam jadual Kedua Akta tersebut kumpulan wang yang dikenali sebagai – „ Kumpulan Wang bagi Pembayaran Balik Cukai Barang dan Perkhidmatan‟ “


18. Menteri Kewangan akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], membuat ketetapan bersetuju supaya Kerajaan Malaysia melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan) membuat pelaburan dengan menukar baki pinjaman Kerajaan Malaysia sebanyak RM475.59 juta kepada Prasarana Malaysia Berhad, sebuah syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan), kepada ekuiti dalam Prasarana Malaysia Berhad bersamaan dengan Empat Ratus Tujuh Puluh Lima Juta Lima Ratus Sembilan Puluh Ribu (475,590,000) unit saham biasa pada nilai RM1 bagi satu unit saham.”

Thursday, November 20, 2014

Dewan Rakyat 20 November 2014

Aturan Urusan Mesyuarat 20 Nov. 2014 [ KLIK ]
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Othman bin Aziz [ Jerlun ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan strategi Kementerian bagi mengatasi situasi setiap lima tahun dimana inventori global bagi minyak masak termasuk minyak kacang soya, minyak jagung dan sawit akan meningkat berikutan pengeluaran berlebihan. Apakah langkah yang telah dan bakal dirangka oleh Kementerian bagi mengatasinya.

2. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan tindakan terhadap syarikat yang tidak melaksanakan gaji minimum yang telah dilaksanakan serta jumlah syarikat yang telah diambil tindakan atas kesalahan tersebut.

3. Datuk Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah perkembangan terkini tentang perancangan dan perlaksanaan pembinaan Pan Borneo Highway.

4. Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apa rancangan Kerajaan terhadap laporan KWSP bahawa 69% pencarum KWSP berumur 54 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 dan tidak mencukupi untuk menyara hidup selepas beberapa tahun bersara.

5. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan mempunyai pelan strategik untuk mengatasi masalah kesukaran pembeli untuk mendapatkan pinjaman pembelian rumah dari pihak bank.

6. Tuan Mohd Rafizi bin Ramli [ Pandan ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah kutipan cukai eksais dan permit import (approved permit) yang dikutip daripada pengimportan kenderaan bagi tahun 2011, 2012 dan 2013 (ditunjukkan secara berasingan).

7. Datuk Joseph Salang anak Gandum [ Julau ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan langkah yang telah dan akan diambil bagi menghapuskan populasi tikus dan membersihkan Bandaraya Kuala Lumpur.

8. Tuan Gooi Hsiao-Leung [ Alor Setar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada kerajaan bercadang untuk merangka satu pelan induk pendidikan sivik untuk mengukuhkan demokrasi dan perpaduan negara, khususnya, untuk menghapuskan ketaksuban kaum dan agama di kalangan anak muda Malaysia.

9. Tuan Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah Kerajaan menyekat tindakan memfitnah dan menghina Islam dan Nabi Muhamad S.A.W termasuk dari segi akidah dan amalan ibadah seperti puasa terutama dari kalangan bukan Islam khususnya di laman media sosial yang menimbulkan suasana tidak harmoni, ketegangan dan kekacauan dalam masyarakat.

10. Tuan Zairil Khir Johari [ Bukit Bendera ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan kos perbelanjaan bagi pesta Floria Putrajaya bagi tahun 2010, 2011, 2012, 2013 dan 2014.

11. Datuk Sapawi bin Ahmad Wasali [ Sipitang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan peruntukan yang sudah disalur untuk menaik taraf sekolah-sekolah luar bandar di Sabah dan Sarawak yang berkeadaan daif sehingga kini.

12. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan di dalam projek perlombongan dan pembinaan kilang pemprosesan silika kualiti tinggi di kawasan Bari, Setiu, apakah cadangan langkah-langkah pemulihan semula tapak tersebut memandangkan Setiu Wetlands adalah di antara aset produk pelancongan utama Terengganu dan juga Malaysia.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
16. Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah rancangan Kementerian untuk meningkatkan lagi peranan OIC yang dilihat lemah, tidak berperanan dan tidak berkesan sekarang.

22. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) apakah status pengambilalihan perkhidmatan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) daripada 2 syarikat penyedia perkhidmatan melalui AES Solution Sdn. Bhd.; dan
(b) apakah terma-terma serta kos pengambilalihan AES oleh Solution Sdn. Bhd. dari dua syarikat penyedia perkhidmatan sedia ada.

26. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) daripada Ipoh ke Taiping hendak beroperasi, adakah projek tersebut telah menepati tarikh yang dirancang.

36. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu adalah antara lapangan terbang paling sibuk di Malaysia, walaupun hanya boleh menampung pendaratan kapal terbang yang kecil disebabkan kependekan landasannya. Apakah halangan sebenar pihak MAB dan Kerajaan untuk membina dan memanjangkan landasan lapangan terbang ini walaupun kelulusan tanah telah dibuat sekian lama.

b. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA 
1. Menteri Kerja Raya * Rang Undang-undang Pendaftaran Jurutera (Pindaan) 2014 
2. Menteri Kerja Raya * Rang Undang-undang Arkitek (Pindaan) 2014 
3. Menteri Kerja Raya * Rang Undang-undang Juruukur Bahan (Pindaan) 2014 

c. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. Menyambung semula Pertimbangan keatas (D.R.15 /2014) Rang Undang-undang Perbekalan 2015  DAN Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2015 seperti berikut:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM 50,499,994,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2015, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2015, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2014, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sesebuah Majlis  (20 November, 2014).

2. (D.R 19/2014) Rang Undang-undang Kewangan (No.2) 2014 [Menteri Kewangan]

3. (D.R 10/2014) Rang Undang–undang Penjara (No.2) (Pindaan) 2014 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (9 Oktober, 2014) [ Menteri Dalam Negeri ]

4. (D.R 11/2014) Rang Undang-undang Tatacara Kewangan (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

5. (D.R 13/2014) Rang Undang-undang Kumpulan Wang AmanahNegara (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

6. (D.R 12/2014) Rang Undang-undang Wang Tak Dituntut(Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]


8. (D.R 16/2014) Rang Undang-undang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

9. (D.R 17/2014) Rang Undang-undang Pendaftaran Perniagaan (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]


10. (D.R 18/2014) Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

Wednesday, November 19, 2014

Dewan Rakyat 19 November 2014

Aturan Urusan Mesyuarat 19 Nov. 2014 [ KLIK ]
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) jumlah terkini penjenayah negara asing yang ditahan di negara ini; dan
(b) jumlah kerugian, perbelanjaan yang Polis DiRaja Malaysia (PDRM) terpaksa belanjakan ekoran pencerobohan Lahad Datu.

2. Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perincian lagi pengumuman purata pendapatan isi rumah RM5900 sebulan dengan perincian mengikut julat pendapatan bulanan menurut kaum dan negeri.

3. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa kos bulanan mengikut pos masing-masing untuk mengawal keselamatan pantai Sabah dari pencerobohan di bawah ESSCOMM.

4. Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan kos dan bilangan para peserta yang terlibat di dalam majlis sambutan Hari Kemerdekaan pada setiap tahun bermula dari tahun 2010. Apakah Kerajaan tidak berhasrat untuk mengurangkan kos dan perbelanjaan dalam meraikan setiap majlis-majlis sambutan Hari Kemerdekaan di Malaysia.

5. Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapa buah Sekolah SK dan SMK di daerah Lawas yang lama dan uzur akan diberi nafas baru sama ada dibina semula atau dinaiktaraf.

6. Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan status tender untuk Loji WtE di Taman Beringin, Kepong, nama-nama syarikat yang telah dipilih untuk tender dan sama ada syarat-syarat tender ini akan dikemukakan kepada orang awam.

7. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(a) adakah pihak kerajaan mempunyai cadangan untuk menambah bilangan Perkhidmatan Pusat Keluarga Bergerak 1Malaysia di kawasan luar bandar terutama di wilayah Sarawak bagi meningkatkan capaian masyarakat khususnya wanita luar bandar terhadap perkhidmatan tersebut; dan
(b) bilakah Klinik Nursejahtera LPPKN akan mula beroperasi di Miri / Sibuti seperti diumumkan pada Februari 2011.

8. Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan tentang perkembangan pembinaan Lebuh Raya Duke2 yang membabitkan kos dan bilakah tarikh yang akan siap.

9. Tuan Wilson Ugak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk membangunkan kawasan pertanian di Sungai Tunoh, Mujong, Kapit untuk membantu meningkatkan hasil serta menaikan tahap sosio-ekonomi penduduk tempatan.

10. Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah kebaikan sistem penilaian dalaman sekolah, memandangkan ia memakan banyak masa guru-guru sehingga mereka kekurangan masa untuk mengajar, dan pencapaian pelajar-pelajar Malaysia (mengikut World Bank dan PISA) semakin merosot selepas sistem tersebut dilaksanakan. Selain itu, adakah Kerajaan masih terus menjalankan sistem penaksiran PT3. Apakah kebaikan dan kelemahan PT3.

11. Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sama ada Kementerian merancang untuk melatih orang kurang upaya, ibu tunggal dan golongan miskin / miskin tegar membuat cenderamata dari cengkerang dan sebagainya untuk menambah pendapatan mereka.

12. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah komitmen Kerajaan dan Ketua Polis Negara untuk menyamakan semua kes kematian dalam tahanan polis sebagai kes pembunuhan dan wajib dihukum mengikut undang-undang Malaysia.

Soalan MP PAS yang dienaraikan:
14. Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan kemajuan perancangan memindahkan Sekolah Kebangsaan Tok Bali, Pasir Puteh ke tapak baru. Bolehkah pembinaan dipercepatkan.

16. Ust. Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan langkah yang akan diambil oleh International Tripartite Rubber Council (ITRC) untuk memperkukuh harga getah di pasaran dunia.

18. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan berapakah nilai import Malaysia terhadap produk keluaran dari Israel dan apakah senarai jenis barangan paling utama yang diimport dari Israel.

22. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan langkah untuk memperbaiki profesionalisme pengadil dalam mengendalikan perlawanan bola sepak terutamanya di dalam liga profesional negara.

32. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan bagaimana kepentingan pendeposit atau ahli Bank Rakyat dapat dilindungi apabila Menteri menggunakan kuasa di bawah Seksyen 16 Akta Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Peruntukan Khas) 1978 untuk mengarahkan Bank Rakyat supaya membenarkan Syarikat Carpet Tile Sdn. Bhd. menjelaskan hutang tertunggak sebanyak 32 juta melalui bayaran bulanan selama 10 tahun tanpa dikenkan sebarang denda lewat (ta'widh).

42. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk memastikan kebocoran soalan-soalan peperiksaan tidak berlaku lagi pada masa hadapan.

45. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan adakah Kementerian mempunyai perancangan pelan mencari bakat sukan di luar bandar dalam pelbagai bidang sukan.

48. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan kes yang dibawa ke Mahkamah mengikut Akta Hasutan 1948 dalam tempoh 10 tahun yang lalu.

b. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. Menyambung semula Pertimbangan keatas (D.R.15 /2014) Rang Undang-undang Perbekalan 2015  DAN Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2015 seperti berikut:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM 50,499,994,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2015, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2015, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2014, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sesebuah Majlis  (19 November, 2014).

2. (D.R 19/2014) Rang Undang-undang Kewangan (No.2) 2014 [Menteri Kewangan]

3. (D.R 10/2014) Rang Undang–undang Penjara (No.2) (Pindaan) 2014 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (9 Oktober, 2014) [ Menteri Dalam Negeri ]

4. (D.R 11/2014) Rang Undang-undang Tatacara Kewangan (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

5. (D.R 13/2014) Rang Undang-undang Kumpulan Wang AmanahNegara (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

6. (D.R 12/2014) Rang Undang-undang Wang Tak Dituntut(Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]


8. (D.R 16/2014) Rang Undang-undang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

9. (D.R 17/2014) Rang Undang-undang Pendaftaran Perniagaan (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]


10. (D.R 18/2014) Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]


Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008