Tuesday, April 6, 2010

Dewan Rakyat 6 April 2010 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan
1. Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar [ Kota Tinggi ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah benar program 'SUBUR' dihentikan kerana senarai nama mereka yang layak dalam program e-kasih tidak dapat diselaraskan dengan program 'SUBUR'. Jika benar apakah langkah pengubahsuaian yang akan diambil oleh Kerajaan.
[ Soalan tambahan: BN Kota Tinggi, PAS Kuala Krai ]

2. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah laporan kes ragut 5 tahun terakhir ini, jumlah kematian terkini mangsa ragut, berapa peratus yang dapat diselesaikan (peragut ditangkap hingga didakwa dan dihukum). Apakah rancangan jangka panjang Kementerian untuk memastikan negara ini bebas dari jenayah ragut.
[ Soalan tambahan: PAS Kota Raja, BN Kinabatangan ]

3. Dato' Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah Kementerian akan membina politeknik atau kolej komuniti di Parlimen Kota Belud memandangkan Kota Belud belum ada kemudahan pendidikan tinggi walaupun mempunyai penduduk hampir 100,000 orang. [ Soalan tambahan: BN Kota Belud, DAP Kota Kinabalu ]

4. Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sebab SUHAKAM menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan (selection committe) tanpa berunding dengan pihak badan bukan kerajaan (NGO) memandangkan Akta SUHAKAM menyatakan bahawa 3 orang ahli NGO seharusnya dilantik dalam Jawatankuasa Pemilihan tersebut. Nyatakan kenapakah Jawatankuasa Pemilihan ditubuhkan tanpa mengikut kehendak akta dan kriteria yang diambil oleh SUHAKAM yang terdiri daripada NGO. [ Soalan tambahan: DAP Seputeh]

5. Dato' Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha pemantauan yang dilakukan ke atas proses peralihan kuasa pertubuhan Belia 2007 yang telah dikuatkuasakan serta sejauh mana Kementerian menjadi juru pandu kepada belia-belia yang baharu dipilih sebagai pemimpin ini. [ Soalan tambahan: BN Kuala Nerus, PAS Jerai]

6. Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan daripada jumlah kedatangan kira-kira 24 juta pelancong ke negara kita setiap tahun, berapa ramaikah pelancongpelancong tersebut yang datang dari Negara China, India, Singapura dan negara-negara Timur Tengah. [ Soalan tambahan: BN Arau]

7. Datuk Siringan bin Gubat [ Ranau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kementerian sedar bahawa balai polis Ranau tidak dapat membuat rondaan ke kampung-kampung kerana ketiadaan kenderaan pacuan 4 roda yang mencukupi. Bolehkah Kementerian membekalkan kereta pacuan 4 roda yang boleh digunakan di kawasan luar bandar di daerah Ranau. [ Soalan tambahan: BN Ranau]

8. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bahawa bidang kuasa pensijilan Halal telah dikembalikan di bawah kuasa JAKIM sepenuhnya dan bagaimana pula perbelanjaan yang telah diperuntukkan dalam jumlah yang besar kepada HDC sebelum ini, apakah HDC akan diberhentikan operasinya. [ Soalan tambahan: PAS Baling]

9. Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah Kerajaan bercadang membuka semula laluan menghubungi Genting - Fraser Hill - Cameron Highlands - Lojing dan seterusnya ke Banding di Perak untuk membolehkan rakyat menikmati keindahan flora dan fauna semula jadi di Malaysia. [ Soalan tambahan: BN Langkawi]

10. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan status keputusan Mahkamah Buruh terhadap tuntutan pekerja-pekerja Kilang Nikko yang ditutup baru-baru ini di Seberang Prai, Pulau Pinang. [ Soalan tambahan: PAS Parit Buntar ]

11. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah usaha Kementerian dalam menangani masalah keciciran kanak-kanak yang tidak mempunyai dokumen untuk belajar di sekolah-sekolah.

12. Dr. Hiew King Cheu [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan mengapa kos membubuh tar jalan raya dari Sapalut/ Kalabakan telah meningkat daripada kos asal yang diumumkan RM100 juta ke RM200 juta dan mengapa terpaksa menunggu sehingga RMK-10.

Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan:
16. Dato’ Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah keberkesanan Harm Reduction yang telah dilaksanakan setakat ini dan jumlah kawalan yang dapat dilakukan kepada penagih serta jumlah kos yang telah dibelanjakan dan jumlah institusi yang terbabit dalam program ini.

22. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sama ada subsidi beras untuk rakyat termiskin akan diteruskan dan jika ya, bilakah ia akan dimulakan.

32. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan bercadang untuk memansuhkan undang-undang yang mewajibkan penerbit dan pencetak memerlukan permit sebelum beroperasi.

34. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah IPTS di seluruh negara dan senaraikan IPTS dan kursus-kursusnya yang tidak mendapat pengiktirafan Malaysia Qualification Agency (MQA).

41. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan faktor-faktor kebocoran maklumat keselamatan negara dan langkah mengatasinya.

42. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan mempunyai cadangan untuk menaikkan taraf Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Sivil/Syarak menjadi suatu suruhanjaya dan memiliki pekerja-pekerja sendiri secara sepenuh masa.

47. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapa Kelantan dinafikan hak royalti 5 peratus sedangkan Sabah dan Sarawak mendapat hak royalti walaupun kedudukan telaga minyaknya lebih jauh dari Kelantan.

63. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan hasil pengeluaran Kenaf sejak diperkenalkan di negara ini dan sumbangan tanaman ini kepada peningkatan hasil petani yang terlibat.

68. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan penggunaan peruntukan khas Parlimen Titiwangsa seperti siapakah pemohon, untuk projek, program atau sumbangan apa, masa dan tarikh diluluskan, siapa pihak penerima dan jumlah yang diperuntukkan setiap satu bagi tahun 2008 dan 2009.

C. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat 2010

Peraturan Mesyuarat 96 (1) (2) (3) oleh PKR Indera Mahkota

D. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 2/2010)Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 DAN
Menteri Kewangan akan mencadangkan :-
“BAHAWA DEWAN INI, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak dua bilion tiga ratus lapan puluh lapan juta tiga ratus tujuh puluh sembilan ribu lapan puluh dua ringgit (RM2,388,379,082) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2009, bagi Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2009 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 5 Tahun 2010 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.” [ Pembentangan oleh BN Alor Setar (Timbalan Menteri Kewangan) ]

[ Perbahasan : PKR Permatang Pauh - Celahan - PKR Machang, PAS Kuala Selangor, PKR Balik Pulau, PKR Bagan Serai, BN Kota Tinggi, BN Pasir Salak, PAS Rantau Panjang ]
[ Perbahasan : DAP Ipoh Timur - Celahan - DAP PJ Utara, REHAT, sambung perbahasan (2.30 petang), BN Kota Belud, PAS Kota Bharu (2.56 Petang), BN Jasin]
[ Perbahasan : BEBAS Pasir Mas - Celahan - BN Pasir Salak]
[ Perbahasan : BN Jasin - Celahan - BN Ledang]
[ Perbahasan : BN Ledang]
[ Perbahasan : PAS Titiwangsa - Celahan - PAS Pokok Sena]
[ Perbahasan : DAP Bandar Kuching - Celahan - BN Kinabatangan]
[ Perbahasan : BN Tuaran]
[ Perbahasan : DAP Kepong - Celahan - BN Pasir Salak]
[ Perbahasan : BN Lipis - Celahan- BN Tangga Batu]
[ Perbahasan : PAS Baling ]
[ Perbahasan : BN Jempol]
[ Perbahasan : DAP Rasah]
[ Perbahasan : BN Kanawit ]
[ Perbahasan : PAS Kuala Krai - Celahan - BN Kanowit]
[ Perbahasan : PKR Lembah Pantai]
[ Perbahasan : BN Pasir Salak - Celahan - BN Kota Belud,
Peraturan Mesyuarat 36(12) oleh DAP Puchong
Peraturan Mesyuarat 36(6) oleh PKR Ampang
[ Perbahasan : DAP Bakri - sambung 7 April 2010

2. (D.R. 3/2010) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2010 DAN
Menteri Kewangan akan mencadangkan :-
“BAHAWA DEWAN INI, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak dua bilion lapan ratus sebelas juta tujuh ratus sembilan puluh sembilan ribu enam ratus ringgit (RM2,811,799,600) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2010, bagi Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 8 Tahun 2010 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek)dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

Bacaan Kali Yang Kedua
3. (D.R. 36/2009) Rang Undang-undang Agensi Pelaporan Kredit 2009. (Menteri Kewangan)

4. (D.R. 1/2010) Rang Undang-undang Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2010. (Menteri Pelajaran)

5. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009. (Menteri Kewangan)

6. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan bersetuju, mengikut peruntukan sub perenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], supaya Kerajaan Malaysia, melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan), membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah
5,000,000 unit saham biasa GovCo Holdings Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham”.

7. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan memotong daripadanya butiran seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Tabung Pelarasan Industri’ .”

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Sokongan Keluarga’ .”

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Tabung Inovasi Negara’ .”

Sunday, April 4, 2010

Dewan Rakyat, 5 April 2010 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah strategi untuk meningkatkan posisi Malaysia sebagai negara perdagangan telah dilaksanakan dan sejauh mana keberkesanannya.
[ Soalan tambahan: BN Lipis, PAS Rantau Panjang ]

2. Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan :-
(a) usaha-usaha Kerajaan dalam melahirkan Malaysia yang berinovasi selain daripada penubuhan MyNIC; dan
(b) senarai program serta aktiviti di bawah MyNIC dan KPI yang digunakan dalam menilai kadar kemampuan inovasi negara dan kejayaan MyNIC. [ Soalan tambahan: PKR Lembah Pantai, BN Ledang, BN Arau ]

3. Datuk Md.Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk menetapkan harga syiling bagi rokok kerana harga yang tinggi serta gambar grafik penyakit di kotak rokok tidak dapat menghalang perokok dari terus merokok.
[ Soalan tambahan: BN Bukit Katil, PAS Kuala Krai ]

4. Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan maklumat terkini mengenai jumlah kakitangan Kerajaan daripada kaum India dinisbahkan dengan peratusan penduduknya khususnya dalam Angkatan Tentera Malaysia, Polis Di Raja
Malaysia, Jabatan Perpaduan dan Jabatan Penerangan.

5. Tuan Matulidi bin Jusoh [ Dungun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah masjid dan surau seluruh negara dan langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk menjaga kebajikan jemaah masjid dan surau ini termasuk meningkatkan silaturahim dan perpaduan ummah.
[ Soalan tambahan: PAS Padang Terap, BN Dungun]

6. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sikap Malaysia terhadap tindakan Mesir menutup sempadan Gaza untuk bantuan kemanusiaan. [ Soalan tambahan: TIDAK HADIR ]

7. Tuan Hasbi bin Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah Kerajaan akan mula melaksanakan kajian untuk menaikkan had beban dari 38 tan ke 44 tan untuk kenderaan lori bagi laluan-laluan persekutuan di Sarawak.

8. Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tahap kemajuan kerja bagi pembekalan gas asli dari Kimanis, Sabah ke Bintulu, Sarawak dan jumlah nilai perbelanjaan keseluruhan pembekalan ini sehingga ke kilangnya di Bintulu. Berapa lama tempohnya serta isi padu bekalan gas untuk mendapatkan kembali pulangan (break even cost).
[ Soalan tambahan: BN Sepanggar]

9. Tuan Chua Tee Yong [ Labis ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilakah Program Susu akan disambung semula. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah keracunan susu di sekolah supaya tidak berulang lagi.

10. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-
(a) berapakah peruntukan bagi projek penanaman semula bagi kawasan FELDA, KESEDAR, FELCRA dan RISDA di Kelantan; dan
(b) berapakah keluasan yang perlu ditanam semula dan berapakah purata pendapatan peserta sekarang ini dalam rancangan tersebut.

11. Datuk Tiong Thai King [ Lanang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-
(a) apakah pandangan Kerajaan terhadap masalah pembuangan gula-gula kunyahan seperti gula getah di tempat-tempat awam; dan
(b) adakah Kerajaan merancang untuk mengharamkan penjualan gula-gula getah seperti mana yang diamalkan di Singapura.

12. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan dan kedudukan anggota Polis yang ditempatkan di Balai Polis Sik mengikut Jabatan / Unit mereka ditugaskan.

Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan:-
20. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah punca yang menyebabkan kerosakan penghawa dingin pejabat pos Jalan Sultan Kota Bharu tidak dibaiki lebih dari dua tahun.

22. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mekanisme yang akan digunakan untuk mengagihkan wang ihsan di negeri Kelantan dan apakah cadangan penglibatan pihak Kerajaan negeri dalam menguruskan perkara ini.

28. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) apakah Kerajaan sedar bahawa kes-kes ragut, pembuangan bayi semakin berleluasa di seluruh negara dan mendapati usaha pihak polis dalam menanganinya masih belum berkesan. Apakah masalahnya; dan
(b) berapakah jumlah kes-kes tersebut di seluruh negara dalam 2008-2009 dan nyatakan mengikut negeri.

30. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa peratus dari anggota polis digunakan untuk menangani masalah jenayah melalui pendekatan 'hands-on' iaitu dengan turun ke padang melakukan rondaan di kawasan bandar, kampung dan perumahan.

48. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan bercadang untuk membuka kedutaan Malaysia di Baitul Maqdis.

52. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan kekecohan yang berlaku sepanjang pilihan raya kampus baru-baru ini terutama di UM, UKM dan UPM. Apakah sebab dan cara penyelesaian yang diambil oleh Kerajaan.

54. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah syarat-syarat untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keterangan dari seseorang yang diperlukan untuk memberi keterangan dalam kes yang berprofil tinggi.

68. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh JAKIM di dalam menangani isu-isu pertindanan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil.

70. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Kerajaan akan menggubal dan membentangkan undang-undang murtad demi menyelamatkan akidah umat Islam di Malaysia.

72. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kos yang telah diperuntukkan mengikut Kementerian yang terlibat kepada program Juara Rakyat sejak ianya diperkenalkan.

C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 4/2010) Rang Undang-undang Perdagangan Strategik 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
[ Perbahasan : BN Ledang - Celahan - PSM Sungai Siput]
[ Perbahasan : DAP Klang - Celahan - PKR Balik Pulau]
[ Perbahasan : BN Kota Belud ]
[ Perbahasan : PKR Balik Pulau - Celahan - DAP Bukit Bendera, PAS Kuala Selangor]
[ Perbahasan : PAS Tumpat - Celahan - PKR Batu, PKR Batu, PKR Subang, PKR Indera Mahkota]
[ Perbahasan : BEBAS Tawau]
[ Perbahasan : BN Padang Rengas ( Menteri di Jabatan Perdana Menteri) - Celahan - DAP Bukit Bendera, PKR Batu, PAS Kuala Selangor, DAP Bukit Bendera, DAP Batu Kawan, PKR Machang]

2. (D.R. 35/2009) Rang Undang-undang Perlindungan Data Peribadi 2009. (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)

[ Perbahasan : BN Kinabatangan] [ Perbahasan : DAP Segambut] [ Perbahasan : BN Batang Sadong] [ Perbahasan : PAS Kota Raja ( 5.42 Petang) - Celahan- PAS Tumpat]
[ Perbahasan : BN Kota Belud - Celahan - PAS Tumpat] [ Perbahasan : DAP Batu Kawan ]
[ Perbahasan : PAS Kubang Kerian ( 6.09 Petang)] [ Perbahasan : BN Jasin]
[ Perbahasan : DAP Batu Gajah] [ Perbahasan : PKR Machang]
[ Perbahasan : DAP Kota Melaka]
[ Perbahasan : BN Jelebu (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) - Menggulung - Celahan - DAP Batu Gajah, DAP Segambut]


3. (D.R. 2/2010) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 DAN
Menteri Kewangan akan mencadangkan :-
“BAHAWA DEWAN INI, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak dua bilion tiga ratus lapan puluh lapan juta tiga ratus tujuh puluh sembilan ribu lapan puluh dua ringgit (RM2,388,379,082) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2009, bagi Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2009 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 5 Tahun 2010 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

4. (D.R. 3/2010) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2010 DAN
Menteri Kewangan akan mencadangkan :-
“BAHAWA DEWAN INI, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak dua bilion lapan ratus sebelas juta tujuh ratus sembilan puluh sembilan ribu enam ratus ringgit (RM2,811,799,600) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2010, bagi Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 8 Tahun 2010 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek)dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

Bacaan Kali Kedua
5. (D.R. 36/2009) Rang Undang-undang Agensi Pelaporan Kredit 2009. (Menteri Kewangan)

6. (D.R. 1/2010) Rang Undang-undang Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2010. (Menteri Pelajaran)

7. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009. (Menteri Kewangan)

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan bersetuju, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], supaya Kerajaan Malaysia, melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan), membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 5,000,000 unit saham biasa GovCo Holdings Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham”.

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan memotong daripadanya butiran seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Tabung Pelarasan Industri’ .”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Sokongan Keluarga’ .”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Tabung Inovasi Negara’ .”

Thursday, April 1, 2010

Dewan Rakyat 1 April 2010 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan tentang hubungan luar dan dua hala negara dengan negara-negara luar di peringkat antarabangsa. [ Soalan Tambahan : BN Kinabatangan, PAS Pokok Sena ( 10.10 Pagi)]

2. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan tindakan dan langkah yang diambil bagi membanteras SMS menawarkan video lucah yang makin berleluasa kebelakangan ini. [ Soalan Tambahan : PAS Jerai]

3. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-
(a) tindakan yang diambil oleh pihak Kementerian ke atas keadaan sekolah di Sabah dan Sarawak yang telah uzur misalnya SK Tanjung Aru 1, dalam kawasan Parlimen Putatan; dan (b) mengapa tidak ada sekolah dari Sabah dan Sarawak tersenarai dalam SBP (Sekolah Berprestasi Tinggi) dan siapa harus dipersalahkan. [ Soalan Tambahan : BN Kalabakan]

4. Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan maklumat harga sayuran utama di ladang dan di pasaran kerana didapati harga di ladang rendah serta kos bahan input yang semakin tinggi termasuk kos operasi(tidak balik modal). Apakah langkah-langkah Kerajaan bagi membantu penanam sayur ini.

5. Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah satu kajian perlu di buat untuk memastikan jalanjalan yang di bina di luar bandar tidak terputus waktu musim tengkujuh oleh banjir kilat. [ Soalan Tambahan :

6. Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tindakan-tindakan Kerajaan untuk memperkasakan Pulau Pinang sebagai hub pengangkutan dan apakah langkah-langkah untuk mempertingkatkan sistem pengangkutan di Pulau Pinang di bawah NKRA.

7. Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah strategi Kerajaan untuk menambah nilai dan menaikkan tahap pendapatan penduduk luar bandar terutamanya di Sarawak dan Sabah. Berapakah peruntukan dan jenis projek-projek yang diagihkan untuk tahun ini (2010)dan yang dirancang untuk RMK-10.

8. Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) apakah rancangan Kementerian untuk menyekat perdagangan manusia yang haram melibatkan perempuan dari Indonesia ke Tawau (seperti) yang dilaporkan TV3) di pelabuhan "Batu" di Tawau, di mana aktiviti penyeludupan minyak, beras dan gula yang bersubsidi melalui "Batu" untuk transaksi di pertengahan laut juga serius; dan
(b) adakah Kementerian mempunyai sebarang rancangan untuk membina kemudahan baru yang baik untuk membendung masalah-masalah yang membawa kerugian besar kepada negara dalam pencapaian NKRA. [Soalan Tambahan : BEBAS Tawau, BN Tangga Batu]

9. Datuk Haji Abdul Wahab Bin Haji Dolah [ Igan ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah kemajuan yang dicapai dalam kerjakerja menaik taraf Jalan Metading - Selangan, di Bahagian Mukah yang jaraknya sejauh 53km di mana pembinaannya telah pun dimulakan pada tahun 2007 dan dijangka siap pada Julai 2010.

10. Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan kematian akibat penyakit AIDS dalam 5 tahun yang lalu serta langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mengatasi masalah ini serta keberkesanannya. [Soalan Tambahan : DAP Puchong, BN Kinabatangan]

11. Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan bagi memastikan pelajar-pelajar kita di universiti tempatan dan di universiti luar negara tidak terpengaruh dan tidak terlibat dalam kegiatan keganasan (terrorists)antarabangsa. [Soalan Tambahan : PAS Padang Terap (11.20 Tengahari),

12. Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-
(a) berapakah jumlah wang yang perlu dibelanjakan untuk menanggung peningkatan kos dalam 16 projek MRSM yang melebihi bajet asal; dan
(b) apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan perkara sebegini tidak berlaku atau sekurang-kurangnya mengurangkan kesan peningkatan kos yang mendadak. [Soalan Tambahan : PKR Ketereh]

13. Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan masalah kebanjiran warga negara asing dan apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil bagi 'membersihkan' dan 'memutihkan' mereka ini yang memang terkenal
kedatangan mereka ke negara ini menjadi samseng dan melakukan jenayah termasuk jenayah membunuh. [Soalan Tambahan : BN Paya Besar]

Peraturan Mesyuarat 23 (1) (5) oleh DAP Batu Gajah.

Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan:-
14. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan status kedudukan pembinaan Jalan raya Persekutuan dari Teloi Timur ke Padang Toi Batu 5 bernilai RM10 juta yang telah diluluskan oleh YAB Perdana Menteri pada tahun 2008 yang lalu. (semasa pilihan raya umum ke-12).

22. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kejayaan Jabatan Imigresen tahun 2009 dalam operasi:-
(a) membuat serbuan dan tangkapan pelajar luar negara yang telah tamat visa pelajar dan bekerja tanpa permit; dan
(b) membuat serbuan terhadap pendatang asing tanpa permit kerja dan masuk dengan visa pelawat serta terlibat dalam aktiviti maksiat dan pelacuran.

24. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah alasan penyelesaian kes pembunuhan Teoh Beng Hock dan Kugan dilengah-lengahkan sedangkan rakyat mahu melihat penyelesaian yang segera dan tepat terhadapnya.

28. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah dasar pemberian 10 peratus kerja kepada kontraktor kelas F masih diteruskan dan nyatakan kaedah pemilihannya.

34. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan punca sebenar Kerajaan memanggil balik Wakil Tetap Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Vienna dan menamatkan perkhidmatan beliau ekoran tindakan beliau semasa pengundian resolusi mengecam Iran atas isu nuklear.

40. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah Royalti Petroleum yang sepatutnya dibayar oleh PETRONAS kepada Kerajaan Negeri Terengganu dari tahun 2004 hingga 2008 (semasa Dato' Idris Jusoh menjadi Menteri Besar) dan dari tahun 2008 hingga Mac 2010 (semasa Dato' Ahmad Said) dan berapakah jumlah sebenar yang telah dibayar oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri Terengganu dalam tempohtempoh masa tersebut.

44. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Akta Guaman Syarie akan dibentangkan di Parlimen.

52. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah hasil siasatan oleh Bank Negara tentang kegiatan pengurup wang dan apakah jumlah wang yang telah dipindah keluar secara haram.

62. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh mana kajian dibuat terhadap pelaksanaan cukai GST. Apakah impak kepada rakyat dan negara.

64. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan :-
(a) berapakah peruntukan yang telah dan yang akan dibelanjakan oleh Kementerian untuk mempromosikan 1Malaysia; dan
(b) apakah program 'JUARA RAKYAT' termasuk salah satu daripada kempen 1Malaysia.

70. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah bentuk kerjasama yang dilaksanakan oleh Kementerian dengan Pihak Berkuasa Negeri dan Tempatan dalam usaha memastikan penyaluran kemudahan infrastruktur kepada penduduk luar bandar dapat
dinikmati oleh rakyat secara maksima.

C. PADA PERMULAAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Perdagangan Strategik 2010
2. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2010

D. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] dan Masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Ketiga Parlimen Yang Kedua Belas.”

Menyambung semula Perbahasan atas masalah (31 Mac 2010)

[Perbahasan : BN Beaufort ( Timbalan Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan) - Celahan - PAS Kota Raja, PKR Gombak, DAP Bukit Mertajam, PAS Shah Alam, BN Kinabatangan, DAP Bukit Mertajam, DAP Bakri, PAS Hulu Langat, BN Putatan, DAP Bakri, BN Silam, BN Putatan, PKR Ampang]

[Perbahasan : BN Senator ( Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat) - REHAT-

[Perbahasan : BN Senator ( Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat) - DAP Bukit Mertajam, DAP Batu Gajah, BN Kinabatangan, PKR Batu, BN Batang Sadong, PAS Titiwangsa, BN Tangga Batu, PAS Kota Raja, PAS Titiwangsa, BN Padang Besar, BN Sri Gading, DAP Batu Gajah]

[Perbahasan : BN Sembrong ( Menteri Dalam Negeri) - Celahan - BN Kota Belud, PAS Kuala Krai, DAP Beruas, PAS Shah Alam, PKR Batu, PKR Permatang Pauh, BN Sri Gading, PKR Batu, PKR Wangsa Maju, DAP Ipoh Timur, BN Tebrau, DAP Bakri, BEBAS Kulim Bandar Baru, DAP Kepong, DAP Bukit Bendera, PAS Titiwangsa, PAS Rantau Panjang, PKR Machang, PKR Balik Pulau, DAP Batu Gajah, PKR Sungai Petani ]

[Perbahasan : BN Senator ( Menteri WP & Kesejahteraan Bandar) - Celahan - BN Lenggong, DAP Segambut, PKR Permatang Pauh, PAS Titiwangsa, PKR Balik Pulau, DAP Kepong, PAS Titiwangsa]

[Perbahasan : BN Padang Rengas ( Menteri di Jabatan Perdana Menteri) - Celahan - PAS Pokok Sena, PKR Balik Pulau, PAS Kubang Kerian ( 6.54 Petang), PKR Permatang Pauh, BEBAS Bayan Baru, PKR Permatang Pauh ( 7.18 Malam), DAP Ipoh Timur]

[Perbahasan : BN Tasik Gelugor ( Menteri di Jabatan Perdana Menteri) - Celahan - DAP Ipoh Barat, BN Pasir Salak, BN Sri Gading, BN Padang Besar, PKR Lembah Pantai, DAP Kepong, DAP Bukit Bendera, PKR Balik Pulau, DAP Bukit Bendera]

[Perbahasan : BN Senator ( Menteri di Jabatan Perdana Menteri) - Celahan - PAS Pokok Sena, PKR Balik Pulau]


Bacaan Kali Kedua
2. (D.R. 35/2009) Rang Undang-undang Perlindungan Data Peribadi 2009. (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)

3. (D.R. 2/2010) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 DAN
Menteri Kewangan akan mencadangkan :-
“BAHAWA DEWAN INI, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak dua bilion tiga ratus lapan puluh lapan juta tiga ratus tujuh puluh sembilan ribu lapan puluh dua ringgit (RM2,388,379,082) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2009, bagi Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2009 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 5 Tahun 2010 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

4. (D.R. 36/2009) Rang Undang-undang Agensi Pelaporan Kredit 2009. (Menteri Kewangan)

5. (D.R. 1/2010) Rang Undang-undang Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2010. (Menteri Pelajaran)

6. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009. (Menteri Kewangan)

7. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan bersetuju, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], supaya Kerajaan Malaysia, melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan), membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah5,000,000 unit saham biasa GovCo Holdings Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham”.

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan memotong daripadanya butiran seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Tabung Pelarasan Industri’ “

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Sokongan Keluarga’ “

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Tabung Inovasi Negara’ “

Wednesday, March 31, 2010

Dewan Rakyat, 31 Mac 2010 (Rabu)

Aturan Mesyuarat dan Usul-Usul [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan
1. Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan bercadang ataupun mempunyai perancangan untuk meletakkan seluruh agensi-agensi yang terlibat dalam penguatkuasaan undang-undang maritim negara di bawah satu agensi sahaja iaitu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). [ Soalan Tambahan : BN Kalabakan]

2. Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilakah Dasar Keluarga Negara akan diumumkan dan apakah fokus serta sasaran yang telah digariskan dalam dasar tersebut. [ Soalan Tambahan : PKR Ampang, BN Batang Sadong]

3. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kejayaan Kerajaan mengadakan Bulan Bahasa Kebangsaan dalam memartabatkan bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan sebagai Bahasa Kebangsaan.

4. Tuan Manikavasagam A/L Sundaram [ Kapar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah wang serta nilai harta-harta yang dibekukan oleh Kerajaan akibat kematian tanpa wasiat, mengikut warganegara dan bukan warga negara serta bagaimana Kerajaan mengurus selia kewangan ini. [ Soalan Tambahan : BN Kuala Kurau]

5. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah jumlah pelajar-pelajar asing di semua peringkat pengajian yang sedang menuntut di negara ini termasuk pelajar-pelajar di Sekolah Antarabangsa dan berapakah jumlah kes-kes pelanggaran undang-undang negara ini yang telah dilakukan oleh pelajar-pelajar terlibat sepanjang tempoh lima (5) tahun yang lalu. [ Soalan Tambahan : BN Maran, PAS Bachok ]

6. Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan industri perabot dan kayu di Sabah sedang menghadapi saingan hebat dari negara jiran seperti Vietnam. Antara masalah dihadapi adalah kos logistik yang tinggi. Bolehkah YB Menteri mengenakan levi kepada perabot import dan salurkan dana tersebut sebagai subsidi untuk kos logistik kepada peniaga tempatan. [ Soalan Tambahan : PKR Bandar Tun Razak,

7. Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pelan jangka pendek/panjang Jabatan Perpaduan Negara bagi mencapai perpaduan yang jitu. [ Soalan Tambahan : BN Parit, DAP Bagan (11.07 Tengahari)]

8. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan status projek tebatan banjir di Rantau Panjang, berapa jumlah peruntukan diluluskan, bila dijangka siap dan bagaimana ia boleh mengatasi bencana banjir di Rantau Panjang.

9. Datuk Dr. Muhammad Leo Michael Toyad [ Mukah ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilakah kampus Universiti Teknologi Mara akan dibina di Mukah dan berapakah jumlah peruntukan yang dijangkakan.
10. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah projek memanjangkan landasan Lapangan Terbang Pengkalan Chepa akan dimulakan.

11. Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-
(a) langkah-langkah untuk mengatasi kekurangan pekerja di bidang tertentu seperti bidang pembinaan dan bidang pemakanan; dan
(b) langkah-langkah untuk mengaturkan semula penempatan bagi pekerja asing untuk mengelak daripada timbul masalah sosial.[ Soalan Tambahan :BEBAS Sepanggar]


12. Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejak Bandar raya Melaka diisytiharkan sebagai salah satu Bandaraya Warisan Dunia, usaha-usaha Kementerian untuk membantu Kerajaan Negeri mempertahankan kedudukan ini :-
(a) dengan terperinci sila nyatakan jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada Kerajaan Negeri atau agensinya; dan
(b) bagaimanakah dengan kawalan semua perlaksanaan dan pembangunan oleh Kementerian dibuat. [ Tidak Hadir ]

13. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah dasar pihak Kementerian mengenai para pelajar sekolah yang mempunyai masalah pendaftaran lambat untuk menikmati skim-skim yang layak dipohon oleh warganegara seperti
pinjaman buku teks, biasiswa, bantuan uniform ataupun bantuan makanan. Kes sebegini banyak berlaku di kawasan luar bandar seperti Parlimen Sibuti.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:-
28. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah laporan polis yang dibuat ke atas pemimpinpemimpin politik mengikut parti sepanjang tahun 2009 dan nyatakan peratusan kertas siasatan yang dibuka terhadap laporan-laporan tersebut.

34. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bagaimanakah Menteri Pelajaran membezakan peruntukan Kementerian Pelajaran dan peranan sebagai Menteri semasa program rasmi penyampaian hadiah cemerlang yang melibatkan guru-guru dan murid-murid sekolah sedangkan pada masa yang sama program Juara Rakyat UMNO diadakan seperti di Kuala Terengganu pada bulan Februari baru-baru ini.

38. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan adakah Malaysia bersedia ke arah penggunaan tenaga nuklear dari segi pembangunan modal insan.

60. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa dalam suasana kegawatan ekonomi di mana rakyat dikenakan bebanan tambahan, Kerajaan terus melakukan penyerahan projek secara rundingan terus seperti dalam kes Naza-TTDI dan Pusat Pameran, Persidangan dan Perdagangan baru.

66. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status terkini draf "Energy Policy" yang dijanjikan siap pada akhir tahun lepas.

68. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan keluasan tanah yang diberikan oleh tiap-tiap negeri seluruh negara kepada FELDA untuk dimajukan sejak tahun 1990 hingga Mac 2010. Berapakah keluasan yang telah dimajukan dan jumlah peserta baru yang telah diambil menjadi peneroka.

71. Dato’ Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa jumlah simpanan Amanah Raya hasil daripada kegagalan waris menuntut harta si mati dan apakah yang dilakukan ke atas simpanan tersebut.

Peraturan Mesyuarat 14 (1) oleh DAP Batu Gajah

C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] dan Masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Ketiga Parlimen Yang Kedua Belas.”

Menyambung semula Perbahasan atas masalah (30 Mac 2010)

[Perbahasan : BN Pasir Gudang ( Menteri Pengajian Tinggi) - Celahan - DAP Kepong, PKR Selayang, - REHAT -sambung perbahasan (2.30 Petang) - Celahan - BN Kinabatangan]

[Perbahasan : BN Jeli ( Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri) - Celahan - PKR Balik Pulau]

[Perbahasan : BN Kota Marudu ( Menteri Sains, Teknologi & Inovasi)]

[Perbahasan : BN Bera ( Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan) - Celahan - PKR Indera Mahkota, PAS Sik, BN Bukit Katil, BN Kuala Krau, PAS Rantau Panjang, PAS Pokok Sena, PKR Balik Pulau]

[Perbahasan : BN Mambong ( Timbalan Menteri Pelancongan) - Celahan - PAS Kota Bharu (5.33 Petang), PAS Jerai (5.38 Petang), BN Silam, BN Lenggong, PAS Rantau Panjang ]

[Perbahasan : BN Tanjong Karang (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) - Celahan - DAP Kota Kinabalu, PKR Indera Mahkota, DAP Batu Gajah]

[Perbahasan : BN Bagan ( Menteri Pertahanan) - Celahan - BN Sri Gading, PKR Batu, PKR Padang Serai, PAS Pokok Sena ( 7.37 Malam), PKR Balik Pulau ( 7.38 Malam), PKR Gopeng, DAP Bakri, BN Rembau, PKR Balik Pulau]

[Perbahasan : BN Tampin ( Menteri Kerja Raya) - Celahan - DAP Batu Gajah, DAP Kepong, DAP Batu Gajah]

[Perbahasan : BN Bentong ( Menteri Kesihatan) - Celahan - BN Kota Kinabalu, PAS Pendang, DAP Serdang, BN Kota Belud, PKR Gopeng, BN Limbang, BN Sekijang, PKR Gopeng, PAS Pendang, DAP Kepong, BN Sibuti, PAS Pokok Sena]

[Perbahasan : BN Kemaman ( Menteri Belia dan Sukan) - Celahan - BN Tangga Batu,PKR Indera Mahkota, BN Lenggong]

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 malam kepada 10.00 pagi 1 April 2010.

Bacaan Kali Kedua
2. (D.R. 35/2009) Rang Undang-undang Perlindungan Data Peribadi 2009. (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)

3. (D.R. 36/2009) Rang Undang-undang Agensi Pelaporan Kredit 2009. (Menteri Kewangan)

4. (D.R. 2/2010) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 DAN
Menteri Kewangan akan mencadangkan :-
“BAHAWA DEWAN INI, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak dua bilion tiga ratus lapan puluh lapan juta tiga ratus tujuh puluh sembilan ribu lapan puluh dua ringgit (RM2,388,379,082) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2009, bagi Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2009 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 5 Tahun 2010 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

5. (D.R. 1/2010) Rang Undang-undang Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib)(Pindaan) 2010. (Menteri Pelajaran)

6. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009. (Menteri Kewangan)

7. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan bersetuju, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], supaya Kerajaan Malaysia, melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan), membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 5,000,000 unit saham biasa GovCo Holdings Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham”.

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan memotong daripadanya butiran seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Tabung Pelarasan Industri’ “

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Sokongan Keluarga’ “

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Tabung Inovasi Negara’ “

Tuesday, March 30, 2010

Dewan Rakyat, 30 Mac 2010 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul (KLIK)
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab lisan
1. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah polisi hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat hari ini. Apakah sikap sebenar Amerika terhadap negara apabila mengeluarkan arahan kepada rakyatnya agar tidak berkunjung ke Sabah baru-baru ini. [ Soalan tambahan: BN Sri Gading, DAP Bakri ]

2. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sama ada Kerajaan menerima pandangan masyarakat Orang Asli, bahawa tanah yang telah diusahakan oleh nenek-moyang mereka adalah tanah yang harus dirizabkan untuk kaum Orang Asli walaupun tanah itu masih belum digazet sebagai tanah rizab Orang Asli. [ Soalan tambahan: PSM Sungai Siput, BN Arau ]

3. Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk memastikan supaya pihak konsesi lebuh raya mengambil langkah lebih efektif dalam mengendalikan kenderaan rosak terutamanya kenderaan berat dalam usaha untuk mengelak banyak kemalangan maut. [ Soalan tambahan: BN Jasin, DAP Ipoh Barat]

4. Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengapakah kos perbelanjaan untuk mengambil seorang pekerja pembantu rumah asing warga Indonesia mencecah lebih kurang RM7,000 - RM8,000 dan nyatakan pecahan kos tersebut. Apakah mekanisme yang sedia ada untuk melindungi pekerja kategori ini yang merupakan wanita. [ Soalan tambahan: DAP Batu Gajah]

5. Dato' Mohd Jidin bin Shafee [ Setiu ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan usaha-usaha yang dilakukan dalam mempertahankan serta memelihara kebudayaan negara dan sejauh manakah maklumat mengenainya diberikan kepada umum termasuk memanfaatkannya untuk sektor pelancongan. [ Soalan tambahan: PAS Hulu Langat]

6. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang ketidakwujudan 'perintah bersaing' pada Akta Pentadbiran Agama Islam Wilayah Persekutuan sebagaimana yang terdapat di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-negeri dan apakah perintah pemenjaraan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan boleh dilaksanakan. (Pembetulan : 'Perintah Bersalin' ) [ Soalan tambahan: PAS Bachok, BN Jempol]

7. Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-
(a) apakah tindakan Pusat-pusat Pengajian Tinggi untuk mengkomersialkan hasil penyelidikan mereka; dan
(b) nyatakan hasil 5 penyelidikan yang kita boleh banggakan.

8. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan senarai jalanjalan kampung di daerah Kuala Krai yang termasuk dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) di bawah aktiviti pembangunan prasarana luar bandar bagi tahun 2010 dan berapakah anggaran peruntukan yang disediakan untuk daerah Kuala Krai. [ Soalan tambahan: PAS Kuala Krai (11.10Pagi)]


9. Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan implikasi kepada Kerajaan untuk berurusan dengan Kesatuan Eropah disebabkan oleh penyusunan semula pentadbiran Komisi Eropah di bawah Presiden dan Menteri Luar yang baru. Sila jelaskan kedudukan kedutaan Komisi Eropah di negara kita berbanding dengan kedudukan kedutaan negeri Ahli Kesatuan Eropah. [ Soalan tambahan: BN Pulai, PKR Balik Pulau]

10. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan tentang laporan sebuah Badan Perunding Risiko Politik dan Ekonomi yang berpangkalan di Hong Kong (PERC) yang menyebutkan bahawa Malaysia di bawah YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak, sedang menuju ke arah ketidakstabilan, sekali gus menjejaskan kedudukan negara sebagai destinasi pelaburan. [ Soalan tambahan: PAS Kuala Selangor]

11. Tuan Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan mengapa dibenarkan ada dua pasukan tajaan syarikat-syarikat Malaysia menyertai sukan lumba motor F1 Grand Prix.

12. Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kesediaan menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan bebas mengenai perlaksanaan projek-projek di bawah Jabatan Pembangunan Pusat di negeri Terengganu sejak 1999 kerana terlalu banyak keruntuhan berlaku yang mengancam keselamatan dan nyawa orang awam.

Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan:-
30. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kemalangan maut bagi kenderaan awam dan usaha-usaha Kerajaan mengatasi kemalangan maut tersebut.

32. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah perbelanjaan dibawah peruntukan Dana Khas dari Wang Royalti Petroleum Terengganu yang telah dibelanjakan oleh Kementerian-Kementerian, Agensi-Agensi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan-Kerajaan Negeri, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dari tahun 2000 hingga Mac 2010. Bilakah jumlah kewangan tersebut akan dibayar balik kepada Kerajaan Negeri Terengganu.

36. Dato’ Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berapakah harga tender makanan asrama pelajar sekolah rendah dan menengah per kapita untuk setiap tahun dan jumlah perbelanjaan sepanjang tahun 2008 dan 2009.

38. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa orang Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji yang telah menunaikan ibadat haji bagi tahun 2009 dan apakah keistimewaan-keistimewaan yang disediakan oleh Tabung Haji kepada mereka.

44. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah perbelanjaan setiap tahun bagi Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, projek-projek yang dilaksanakan serta pihak manakah yang menentukan kriteria projek-projek jabatan tersebut.

61. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara sedang giat membuat sejenis KAD Pengenalan untuk subsidi petrol, nyatakan kepada siapakah KAD dibuat, apakah bentuk dan jenisnya dan bolehkah KAD ini digunakan untuk mengundi dalam Pilihan Raya.


C. Peraturan 14 (l)- Usul Memberi Penerangan Sendiri oleh Ketua Pembangkang


D. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] dan Masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Ketiga Parlimen Yang Kedua Belas.”

Menyambung semula Perbahasan atas masalah (29 Mac 2010)

[Perbahasan : BN Pagoh - Celahan - BN Kuala Krau, BN Jempol, BN Arau, BN Lenggong, PAS Sik, PKR Gombak, BN Kinabatangan, DAP Ipoh Barat, PAS Kota Raja, DAP Bukit Mertajam, BN Padang Besar, PAS Kuala Selangor ( 3.50 Petang), PKR Balik Pulau ( 3.53 Petang), PAS Kuala Selangor (3.57 Petang) ]

[Perbahasan : BN Tambun ( Menteri Kewangan II) - Celahan - PAS Kota Raja, DAP Ipoh Barat, PKR Indera Mahkota, DAP Taiping, DAP Taiping, PAS Kuala Selangor, PAS Shah Alam, PAS Titiwangsa, BN Kota Belud, PKR Wangsa Maju, PAS Sik]

[Perbahasan : BN Kudat ( Timbalan Menteri Pengangkutan) - Celahan - BN Sri Gading, BN Tebrau, BN Sri Gading, PKR Wangsa Maju, BN Pasir Salak, BN Sibuti]

[Perbahasan : BN Julai ( Timb. Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan) - Celahan - DAP Batu Gajah, BN Johor Bahru]

[Perbahasan : BN Senator (Timbalan Menteri Luar Negara) - Celahan - PAS Kuala Krai, PKR Gombak, DAP Seputeh, BN Kota Belud, DAP Batu Gajah, PAS Pokok Sena, BN Pasir Salak, PAS Tumpat]

[Perbahasan : BN Penampang ( Menteri KPPK - Perladangan & Komoditi) - Celahan - BN Kapit, BN Kanawit]

[Perbahasan : BN Miri ( Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air) - Celahan - BN Putatan, BN Kanawit]

Bacaan Kali Kedua
2. (D.R. 36/2009) Rang Undang-undang Agensi Pelaporan Kredit 2009. (Menteri Kewangan)

3. (D.R. 35/2009) Rang Undang-undang Perlindungan Data Peribadi 2009. (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)

4. (D.R. 1/2010) Rang Undang-undang Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2010. (Menteri Pelajaran)

5. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009. (Menteri Kewangan)

6. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan bersetuju, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], supaya Kerajaan Malaysia, melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan), membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 5,000,000 unit saham biasa GovCo Holdings Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham”.

7. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan memotong daripadanya butiran seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Tabung Pelarasan Industri’ “

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Sokongan Keluarga’ “

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Tabung Inovasi Negara’ “

Sunday, March 28, 2010

Dewan Rakyat, 29 Mac 2010 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat dan Usl-Usul (KLIK)
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan
1. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan perancangan untuk memperluaskan dan memperkasakan Pasar Tani di negara ini, memandangkan ia menjadi wadah menjana ekonomi rakyat.
[ Soalan tambahan: BN Sipitang, PKR Indera Mahkota ]

2. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan langkah-langkah yang diatur oleh Kementerian bagi menghadapi isu pendidikan yang semakin kritikal. Adakah Kementerian berpandangan Dasar Pendidikan Kebangsaan masih relevan untuk memastikan keberkesanan dan persaingan dalam mendepani cabaran masa depan pendidikan negara. [ Soalan tambahan: PAS Kubang Kerian, BN Kinabatangan ]

3. Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kesan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengelaskan tempoh hutang tidak berbayar (NPL) dan menyingkatkan semula jenis kemudahan kredit kepada tiga bulan berbanding enam bulan sebelum ini. [ Soalan tambahan: BN Sabak Bernam, DAP Kepong ]

4. Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah sebenar kos pemasangan CCTV di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, apakah nama syarikat yang dianugerahkan kerja pemasangan ini dan adakah dilakukan melalui proses tender secara terbuka. [ Soalan tambahan: PKR Wangsa Maju, BN Hulu Terengganu ]

5. Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [ Pasir Salak ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan tahap peruntukan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) oleh sektor awam dan swasta berbanding dengan tahap negara-negara maju di dunia.
[ Soalan tambahan: BN Pasir Salak, DAP Bagan ]

6. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan berhasrat menjual ekuitinya dalam Proton dan senaraikan syarikat-syarikat yang menunjukkan minat. Apakah tindakan Kerajaan untuk meningkatkan daya saing automotif negara dalam ASEAN untuk bersaing dengan Thailand. [ Soalan tambahan: PKR Gombak, BN Arau ]

7. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) kedudukan indeks jenayah negara sekarang; dan
(b) apakah usaha Kerajaan bagi membendung masalah kebanjiran pendatang tanpa izin haram dalam negara. [ Soalan tambahan: BN Lenggong, PAS Padang Terap ]

8. Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan :-
(a) kutipan royalti untuk karya seni luar negara yang disiarkan di negeri ini berbanding dengan royalti oleh pengkarya tempatan; dan
(b) langkah-langkah yang diambil bagi meningkatkan kutipan royalti pengkarya tempatan di luar negara. [ Soalan tambahan: PKR Tanah Merah, Bebas Pasir Mas ]

9. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-
(a) apakah dasar pemilikan tanah masyarakat Orang Asli; dan
(b) berapakah jumlah suratan hak milik tanah yang sudah diserahkan kepada masyarakat Orang Asli. [ Soalan tambahan: BN Jempol ]

Ucapan Takziah kepada Isteri MP PKR Hulu Selangor.

Soalan-Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status pembinaan jambatan baru menggantikan jambatan sempit di Kg Gajah Putih dan jambatan sempit Kg Charok Tenang (Sg Senam) yang telah dibina sejak zaman awal kemerdekaan lagi yang telah berlaku banyak kemalangan maut. Bilakah Jambatan ini akan dibina semula sebelum lebih ramai pengguna yang menjadi mangsanya.

30. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan perkembangan mutakhir pengambil alihan aset air di negeri Selangor dan apakah langkah-langkah segera Kerajaan untuk menambahkan sumber air di Lembah Klang bagi menghadapi jangkaan krisis bekalan air dalam masa terdekat ini.

32. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan status kedudukan Keramat Mall dan Dewan Orang Ramai Dato' Keramat.

36. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan kepada Ahli-ahli Parlimen Malaysia yang menunaikan fardu haji ke Mekah.

44. Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapakah jumlah Prostar yang telah ditubuhkan dan apakah hasil daripada penubuhan ini dan apakah kesan kepada remaja setelah menyertai pertubuhan ini, serta statistik terkini di dalam pengawalan gejala najis dadah dalam negara hasil dari wujudnya Prostar ini.

46. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah hasil petroleum di sempadan Malaysia-Thailand mengikut tahun hingga kini.

59. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Akta Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam di kalangan Orang Islam) menurut Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan hendak dibentangkan di Parlimen.

61. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk menambah bilangan Sekolah Menengah Agama dan mewujudkan Sekolah Rendah Agama di Negeri Terengganu. Sila nyatakan mengapa tidak ada pengambilan guru-guru baru J-QAF pada tahun ini.

63. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada beliau akan menyiasat Menteri-menteri yang mana pembantu-pembantu mereka sedang disiasat atas salah guna kuasa dan rasuah.

66. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah Kementerian/Jabatan dan agensi Kerajaan termasuk syarikat kerajaan (GLC) yang terlibat dalam program Juara Rakyat yang dianjurkan oleh UMNO di seluruh negara dan berapakah jumlah perbelanjaan yang diperuntukkan dan dibelanjakan oleh Kementerian/ Jabatan dan agensi Kerajaan termasuk syarikat kerajaan (GLC).

72. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah pihak Bank Pertanian bercadang untuk membuka cawangan di sekitar pelabuhan perikanan Tok Bali yang kini sedang pesat pertumbuhan baru di Koridor timur negara.

73. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan:-
(a) status kuarters guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Naka. Adakah ia memenuhi standard yang ditetapkan oleh Kerajaan dan adakah ia belum memperolehi sijil kelayakan menduduki; dan
(b) status rumah guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang. Benarkah ia tidak boleh digunakan. Mengapa.

C. PADA PERMULAAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Kewangan - * Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010

D. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-usul
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] dan Masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Ketiga Parlimen Yang Kedua Belas.”

Menyambung semula Perbahasan atas masalah (25 Mac 2010)

Peraturan Mesyuarat 37 (1) dan 36 (12) - oleh Bebas Pasir Mas terhadap PKR Machang [ DAP Ipoh Timur, PKR Permatang Pauh ]

[Perbahasan: BN Parit, PKR Wangsa Maju, PAS Kubang Kerian, ] REHAT

Sesi Petang, mulai 2.30 petamg [Perbahasan: PAS Kubang Kerian, BN Ranau, DAP Bukit Mertajam, BN Johor Bahru,

[ PAS Shah Alam (DAP Taiping, PKR Machang), BN Sabak Bernam, PKR Padang Serai, BN Sekijang, Bebas Bagan Serai, BN Maran, PAS Kota Raja, BN Kanowit, DAP Bakri, BN Hulu Terengganu ]

[ PKR Bandar Tun Razak, BN Sarikei, PAS Kuala Selangor, Bebas Nibong Tebal, BN Gelang Patah, DAP Klang, BN Setiu, PKR Batu, BN Sipitang ]

Mesyuarat ditamatkan pada jam 9.30 malam dan ditangguhkan sehingga 10.oo pagi 30 Mac 2010.

Bacaan kali Kedua
2. (D.R. 36/2009) Rang Undang-undang Agensi Pelaporan Kredit 2009. (Menteri Kewangan)

3. (D.R. 35/2009) Rang Undang-undang Perlindungan Data Peribadi 2009. (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)

4. (D.R. 1/2010) Rang Undang-undang Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2010. (Menteri Pelajaran)

5. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009. (Menteri Kewangan)

6. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan bersetuju, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], supaya Kerajaan Malaysia, melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan), membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 5,000,000 unit saham biasa GovCo Holdings Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham”.

7. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan memotong daripadanya butiran seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Tabung Pelarasan Industri’ “

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Sokongan Keluarga’ “

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Tabung Inovasi Negara’ “

Thursday, March 25, 2010

Dewan Rakyat, 25 Mac 2010 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul [ KLIK ]

A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sama ada Kementerian mempunyai perancangan untuk mewujudkan 'One Stop Centre' khusus dalam bidang keusahawanan
wanita sebagai rujukan untuk usahawan wanita.

2. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan senarai kawasan-kawasan yang mengguna pakai serta melaksanakan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar di Malaysia. Setakat ini berapa peratuskah kejayaan program ini dalam mencapai objektifnya. [ Soalan Tambahan : PKR Kuantan (10.17 Pagi)]

3. Dato' Seri Mohd. Radzi bin Sheikh Ahmad [ Kangar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jenis projek yang dirancang untuk negeri Perlis di bawah NCR yang telah berjaya dilaksanakan semenjak tahun pelancarannya dan apakah jenis projek yang akan dilaksanakan untuk negeri Perlis bagi tahun 2010 ini.

4. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah pihak Kerajaan telah mengenal pasti rungutan usahawan mengenai kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh mereka berikutan penstrukturan semula agensi-agensi yang sebelum ini berada di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan. Apakah langkah yang telah, sedang dan akan diambil oleh Kerajaan bagi menangani permasalahan ini. [ Soalan Tambahan : PAS Pokok Sena (10.37 Pagi), BN Lipis ]

5. Datuk Ir Haji Idris Bin Haji Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah hutang yang dikategorikan sebagai 'yang tertangguh' dari semua pemegang kad kredit di seluruh negara pada hari ini. [ Soalan Tambahan : BN Tangga Batu, PAS Bachok (10.48 Pagi)]

6. Puan Teo Nie Ching [ Serdang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sama ada Kerajaan atau pihak syarikat konsesi yang menanggung kos diskaun dan pengecualian bayaran tol bagi 17 buah lebuh raya sempena Tahun Baru Cina dan jumlah wang ringgit yang dibiayai oleh pihak berkenaan untuk insentif ini. [ Soalan Tambahan : DAP Serdang]

7. Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bilangan Program MAHA yang telah dilaksanakan pada tahun 2009 dan yang akan dilaksanakan di seluruh negara tahun ini. Nyatakan perancangan Kementerian dalam membantu petani dan penternak serta IKS berasaskan pertanian memasarkan hasil produk mereka. [ Soalan Tambahan : BN Pasir Salak, PAS Pokok Sena, ]

8. Dato' Rashid bin Din [ Merbok ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah tindakan Kerajaan untuk menangani isu kekurangan pekerja di ladang kelapa sawit akibat pembekuan kemasukan pekerja asing. Dan apakah langkahlangkah
yang diambil untuk menggalakkan pekerja/rakyat tempatan melibatkan diri dalam sektor perladangan. [ Soalan Tambahan : BN Jasin]

9. Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan :-
(a) jumlah persatuan belia yang aktif dan tidak aktif mengikut negeri pada tahun 2007 hingga 2009; dan
(b) senaraikan nama persatuan belia yang aktif dan tidak aktif mengikut negeri. [ Soalan Tambahan : PAS Jerai]

10. Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menambahkan program kepekaan jantina ke dalam kurikulum sekolah. Berikan alasan bagi jawapan tersebut. [ Soalan Tambahan : PAS Ampang, BN Hulu Terengganu]

11. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-
(a) jenis pendekatan Kementerian untuk mengurangkan penggunaan beg dan bahan bungkus plastik; dan
(b) adakah pihak Kementerian bercadang untuk menggubal Akta bagi mengharamkan penggunaan beg dan bahan bungkus plastik.

12. Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan mengenai apakah hak ahli persatuan nelayan di bawah Akta Persatuan Nelayan 1971, Akta 44 apabila mereka telah tua dan tidak mampu lagi menjadi seorang nelayan. Apakah Kementerian bercadang Akta ini akan dipinda.

Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan peratusan perbelanjaan Kementerian pada tahun 2009 mengikut negeri-negeri dan senaraikan projek-projek yang telah dilaksanakan bagi tempoh tersebut di negeri Kedah.

24. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan pecahan peratus mengikut bilangan siaran dan masa siaran rancanganrancangan televisyen di bawah Radio Televisyen Malaysia (RTM)
mengikut jenis iaitu seperti hiburan, dokumentari, agama Islam, berita dan lain-lain.

26. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapa Khazanah Nasional Berhad telah mengurangkan pegangan ekuitinya dengan menjual saham-saham dengan secara agresif dalam beberapa syarikat punya kaitan kerajaan atau GLCs seperti TNB, Malaysian Airport Berhad, PLUS Expressway Berhad, disamping jelasnya menjana dana, seperti juga dalam program 'monetisation' melalui penerbitan sukuk dengan menggunakan PLUS Highways Bhd dan Parkson Retail Group Ltd.

42. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan bersepadu Kerajaan LPKP, JPJ dan PDRM bagi mengatasi kenderaan berat dan bas awam yang melebihi had laju dan menjadi punca kemalangan serta sejauh mana keberkesanan agensi berkenaan.

52. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah wujud badan tertentu yang meneliti dari semasa ke semasa terma dan syarat perjanjian persekutuan antara Kerajaan-kerajaan negeri dan pihak pusat yang telah digunakan sejak tahun 1948.

C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Usul 18 (1) oleh Yang Berhormat Titiwangsa, Dr Lo' Lo' bt Mohd Ghazali mengenai campurtangan pihak ketiga terhadap PDRM.

2. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] dan Masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia
di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan
menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Ketiga Parlimen Yang Kedua Belas.”

Menyambung semula Perbahasan atas masalah (24 Mac 2010)

[Perbahasan bersambung semula DAP Serdang - celahan - DAP PJ Utara, DAP Bandar Kuching, DAP Taiping]

[Perbahasan BN Kota Belud - celahan- BN Rembau - Peraturan Mesyuarat 36 (12) oleh PAS Kota Raja - BN Rembau, Peraturan Mesyuarat 36 (12) oleh PKR Lembah Pantai - Peraturan Mesyuarat 36 (12) oleh PAS Kuala Selangor - BN Simpang Renggam, DAP PJ Utara]

[Perbahasan DAP Bukit Gelugor ]

[Perbahasan BN Rembau]

[Perbahasan PAS Pokok Sena (3.00 Petang) ]

[Perbahasan DAP PJ Utara ( 3.30 Petang)

[Perbahasan BN Kapit]

[Perbahasan PKR Lembah Pantai - celahan - DAP Puchong]

[Perbahasan BN Lenggong - celahan - BN Tenggara]

[Perbahasan PKR Sungai Petani ]

[Perbahasan BN Tuaran]

[Perbahasan DAP Batu Gajah - celahan - BN Tangga Batu, DAP Kota Melaka, PAS Shah Alam, DAP Kota Melaka]

[Perbahasan BEBAS Tawau]

[Perbahasan BN Tangga Batu - celahan - BN Pasir Salak, PAS Shah Alam]

[Perbahasan PAS Pendang - celahan - BN Kota Belud]

[Perbahasan BN Tenggara]

[Perbahasan PKR PJ Selatan]


Bacaan Kali Kedua
3. (D.R. 36/2009) Rang Undang-undang Agensi Pelaporan Kredit 2009. (Menteri Kewangan)

4. (D.R. 35/2009) Rang Undang-undang Perlindungan Data Peribadi 2009. (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)

5. (D.R. 1/2010) Rang Undang-undang Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2010. (Menteri Pelajaran)

6. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009. (Menteri Kewangan)

7. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan bersetuju, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], supaya Kerajaan Malaysia, melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan), membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 5,000,000 unit saham biasa GovCo Holdings Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham”.

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008