Thursday, November 13, 2014

Dewan Rakyat 13 November 2014

Aturan Urusan Mesyuarat 13 Nov. 2014 [ KLIK ]
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan garis panduan yang digunakan di atas lantikan Ketua Pegawai Eksekutif di setiap Syarikat Berkaitan Kerajaan.

2. Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan wanita di semua sektor utama dan matlamatnya. Apakah kemudahan yang diadakan untuk para pekerja wanita yang mempunyai anak.

3. Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad [ Lipis ] minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha untuk menaik taraf sistem peperiksaan online yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi mengatasi masalah teknikal yang membabitkan server kepada calon yang mengalami kesulitan untuk menjawab soalan peperiksaan tersebut.

4. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan langkah untuk memperkembangkan lagi program-program seperti Digital Campus 2014 (DC 2014) yang dilihat berupaya meningkatkan minat belia untuk bersaing dalam industri teknologi.

5. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-
(a) apakah ada usaha terkini pihak kementerian dalam menyelesaikan masalah bekalan elektrik yang masih terus membelengggu rakyat Sabah khususnya di Tawau; dan
(b) apakah ada “time frame” yang sudah ditetapkan untuk menyelesaikan masalah ini.

6. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah PATI di negeri Sabah dan langkah-langkah terkini yang diambil untuk mengusir mereka dari negeri tersebut.

7. Dr. Noor Azmi bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimanakah GST dapat meningkatkan kualiti kehidupan keluarga berpendapatan rendah serta keberuntungan IKS dan apakah pengalaman yang berkaitan di negara-negara lain yang melaksanakan GST.

8. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sama ada Kerajaan Malaysia dan Indonesia menerima kenyataan bahawa penurunan paras air bumi (ground water level) adalah antara sebab utama kebakaran hutan gambut di Sumatera dan Kalimantan. Apakah langkah-langkah konkrit yang sedang diambil oleh kedua-dua kerajaan untuk meningkatkan balik paras air bumi.

9. Datuk Aaron Ago anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah dan peratusan pekerja kasar Bumiputera (buruh tempatan Sarawak terutama kaum Dayak) yang mendapat pekerjaan di sektor pembuatan (kilang-kilang), pembinaan, perladangan, perkhidmatan dan sebagainya di negara ini. Berapakah pendapatan bulanan (purata) mereka dan adakah ia setimpal dengan hasrat Kerajaan untuk negara kita mencapai negara maju menjelang W2020.

10. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan statistik masalah disiplin, ponteng, gangsterisma dan gejala sosial yang melibatkan pelajar di peringkat Sekolah Rendah,Menengah dan Menengah Atas di seluruh negara serta cadangan penyelesaiannya.

11. Datuk William @ Nyallau anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan setakat mana pembinaan jalan-jalan luar bandar seperti Jalan Ng. Kesit ke Ulu Lemanak dan Jalan dari Ulu Kesit menuju ke Ulu Sg. Engkari diberi keutamaan sebagai salah satu program transformasi pembangunan luar bandar untuk menaik taraf kehidupan penduduk luar bandar kerana di kawasan inilah paras kemiskinan rakyat amatlah begitu tinggi.

12. Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan membuat penyemakan semula ke atas kadar bayaran insurans kenderaan bermotor yang membebankan pengguna pendapatan rendah dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-
(a) tindakan-tindakan yang dibuat bagi meningkatkan kesesuaian kursus yang ditawarkan dan dipelajari di universiti dengan kehendak semasa industri; dan
(b) peluang-peluang kerjaya bagi kursus yang ditawarkan.

18. Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah isu-isu utama yang akan diperjuangkan oleh Kerajaan jika kita menang kerusi Ahli Majlis Keselamatan PBB.

36. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status Program 6P dan sejauh manakah kejayaan Kerajaan mengurangkan jumlah PATI di Malaysia.

45. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah status LPT 2 sekarang setelah diberi pengesahan pada sesi Parlimen awal tahun 2014 ianya akan siap sepenuhnya pada September 2014.

46. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan hala tuju polisi campuran bahan api (fuel mix policy) untuk pembekalan elektrik pada masa hadapan dan apakah perancangan Kementerian untuk mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil seperti gas asli dan arang batu.

47. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) adakah Kerajaan akan membuaka semula pejabat pendaftaran negara dan Pejabat Imigresen Cawangan Sungai Pelek yang telah ditutup di Bandar Baru Salak Tinggi; dan
(b) adakah Kerajaan akan mempercepatkan pembinaan balai polis di Putra Perdana.

b. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. Menyambung semula Pertimbangan keatas (D.R.15 /2014) Rang Undang-undang Perbekalan 2015  DAN Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2015 seperti berikut:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM 50,499,994,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2015, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2015, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2014, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sesebuah Majlis  (13 November, 2014).

2. (D.R 19/2014) Rang Undang-undang Kewangan (No.2) 2014 [Menteri Kewangan]

3. (D.R 10/2014) Rang Undang–undang Penjara (No.2) (Pindaan) 2014 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (9 Oktober, 2014) [ Menteri Dalam Negeri ]

4. (D.R 11/2014) Rang Undang-undang Tatacara Kewangan (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

5. (D.R 13/2014) Rang Undang-undang Kumpulan Wang AmanahNegara (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

6. (D.R 12/2014) Rang Undang-undang Wang Tak Dituntut(Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

8. (D.R 16/2014) Rang Undang-undang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

9. (D.R 17/2014) Rang Undang-undang Pendaftaran Perniagaan (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

10. (D.R 18/2014) Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

Wednesday, November 12, 2014

Dewan Rakyat 12 November 2014

Aturan Urusan Mesyuarat 12 Nov. 2014 [ KLIK ]
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Wira Mohd Johari bin Baharom [ Kubang Pasu ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-
(a) mengenai sistem pendidikan di negara kita yang terdapat sekolah antarabangsa yang semakin mendapat perhatian masyarakat terutamanya yang berpendapatan tinggi, berapakah jumlah sekolah antarabangsa yang berdaftar dengan Kementerian ; dan
(b) apakah kurikulum yang digunapakai dalam sekolah antarabangsa berkenaan dan adakah sama kurikulum tersebut antara satu sekolah dengan sekolah antarabangsa yang lain; dan adakah kurikulum sekolah antarabangsa selari dengan kurikulum sekolah kebangsaan, kerana kita khuatir jika tidak selari ia akan menjejaskan semangat patriotrisme remaja terhadap negara ini.

2. Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa orang telah dihukum mati dan sedang menunggu hukuman gantung dan kewarganegaraan negara mereka. Juga berapa orang dirotan mengikut kewarganegaraan.

3. Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur [ Silam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sepanjang tempoh perintah berkurung di perairan ESSZONE adakah pihak Kerajaan memberi insentif kepada golongan nelayan yang terjejas sumber ekonomi akibat pengisytiharan darurat. Apakah pula peranan agensi kerajaan yang terlibat dalam menjaga kebajikan nelayan.

4. Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan statistik terkini mengikut bulan, jumlah pelawat ke Zoo Negara, antara jumlah berapa yang melawat pasangan panda juga statistik haiwan-haiwan yang mati di Zoo Negara dari bulan Januari dan punca sebab kematian haiwan-haiwan peliharaan itu.

5. Dato' Wira Othman bin Abdul [ Pendang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah benar Syarikat Perumahan Negara (SPNB) menghadapi masalah kewangan yang teruk dan terpaksa meminjam CIMB sebanyak 500 juta ringgit untuk membina rumah-rumah mesra rakyat.

6. Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan senarai pelajar yang diterima untuk mengikuti kursus perubatan, farmasi, pergigian di setiap universiti awam tempatan pada tahun 2010, 2011, 2012, 2013 dan 2014. Nyatakan sebab Kementerian mengurangkan penerimaan pelajar baru ke fakulti perubatan di universiti awam tempatan.

7. Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) sama ada negara kita, khususnya hospital-hospital Kerajaan menghadapi kekurangan physiotherapist; dan
(b) apakah tindakan-tindakan yang akan diambil demi mengatasi kekurangan physiotherapist di Hospital Sultan Ismail, Pandan, Johor Baru.

8. Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan rasional untuk menggunakan laman web peribadi baru iaitu NajibRazak.com untuk mengantikan dengan laman webnya yang terdahulu iaitu www.1Malaysia.com.my. Senaraikan secara terperinci keberkesanan dan kejayaan laman webnya terdahulu iaitu www.1Malaysia.com.my. sejak ia digunakan dari tahun 2009.

9. Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-
(a) apakah punca utama masalah gangguan bekalan elektrik di negeri Sabah; dan
(b) apakah pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang yang telah dirangka oleh pihak Kementerian dalam mengatasi masalah gangguan bekalan elektrik di negeri Sabah khasnya.

10. Tuan V. Sivakumar [ Batu Gajah ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan tentang Laporan International Rubber Study Group (IRSG) mengenai lebihan penawaran getah asli sebanyak 384,000 tan pada 2014. Apakah jangkaan kerajaan untuk pasaran getah pada 2015 serta langkah yang diambil oleh Malaysia, Thailand, Indonesia untuk mengatasi kemerosotan harga getah dalam jangka pendek dan panjang.

11. Tuan Wilson Ugak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-
(a) status jalan dari Nanga Mujong ke Nanga Gaat / Jalan Rumah Juntan ke Nanga Sut (Rumah Bengau) di Kapit, Sarawak; dan
(b) status Solar Hybrid di Long Kajang & Lusong Laku di Daerah Belaga.

12. Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan statistik pengangguran dan “underemployment” anak muda Malaysia berbanding negara-negara ASEAN lain, peratusan anak muda ikut kumpulan gaji RM1,000 ke bawah, RM1,500 ke bawah, RM3,000 ke bawah dan selebihnya.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
22. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik dari tahun 2004-2014, mengikut statistik tahunan, jumlah suspek yang didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 dan berapakah suspek yang telah disabitkan dan dihukum.

30. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang perancangan terbaru Kerajaan dalam melaksanakan Koridor Ekonomi di seluruh negara. Berapakah dana yang sudah dan akan dikeluarkan untuk merealisasikan perlaksanaan tersebut.

32. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status pendapatan isi rumah rakyat Malaysia yang terkini dan peratusan rakyat atau jumlah hakiki rakyat yang mendapat pendapatan seperti ini.

38. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha-usaha yang dilakukan bagi melahirkan jaguh sukan pelapis bertaraf dunia dalam sukan badminton.

40. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status terkini projek menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa.

42. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan sejauh mana peranan yang dimainkan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri-Negeri (USPTN) dalam mencari bakat baharu sukan dan memperkembangkan bakat ke peringat yang lebih tinggi.

44. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional adalah antara kemudahan yang disediakan untuk pelajar institusi pengajian tinggi meminjam bagi meneruskan cita-cita mereka ke menara gading. Apakah cara pengurusan pembiayaan dan pembayarannya mengikut kaedah Syariah Islam dan terhindar daripada riba.

b. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. Menyambung semula Pertimbangan keatas (D.R.15 /2014) Rang Undang-undang Perbekalan 2015  DAN Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2015 seperti berikut:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM 50,499,994,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2015, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2015, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2014, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sesebuah Majlis  (12 November, 2014).

2. (D.R 19/2014) Rang Undang-undang Kewangan (No.2) 2014 [Menteri Kewangan]

3. (D.R 10/2014) Rang Undang–undang Penjara (No.2) (Pindaan) 2014 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (9 Oktober, 2014) [ Menteri Dalam Negeri ]

4. (D.R 11/2014) Rang Undang-undang Tatacara Kewangan (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

5. (D.R 13/2014) Rang Undang-undang Kumpulan Wang AmanahNegara (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

6. (D.R 12/2014) Rang Undang-undang Wang Tak Dituntut(Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

8. (D.R 16/2014) Rang Undang-undang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

9. (D.R 17/2014) Rang Undang-undang Pendaftaran Perniagaan (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

10. (D.R 18/2014) Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

Tuesday, November 11, 2014

Dewan Rakyat 11 November 2014

Aturan Urusan Mesyuarat 11 Nov. 2014 [ KLIK ]
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Sri Haji Abdul Azeez bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah usaha berterusan Kerajaan dalam memberikan penerangan mengenai GST kepada rakyat sebelum ia dilaksanakan April 2015.

2. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan jumlah kos pengurusan dan penyelenggaraan bulanan bangunan berstatus hijau Ibu Pejabat Suruhanjaya Tenaga di Putrajaya dan apakah langkah yang dilakukan bagi memastikan faedah pulangan kepada pelaburan dalam perkara ini dapat dicapai.

3. Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan langkah yang diambil oleh pihak Kementerian bagi mengawal pengambilan tenaga mahir yang terdiri daripada warga asing berbanding warga Malaysia dalam sektor perkapalan bagi menjamin anak-anak daripada Akademi Laut Malaysia (ALAM) mendapatkan pekerjaan.

4. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah status projek perolehan peralatan Digital Autopsy Diagnostic Station (DADS).

5. Tuan Masir Kujat [ Sri Aman ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan adakah MPOB bercadang untuk menubuhkan sebuah kilang sawit untuk menampung pengeluaran buah sawit yang meningkat di kalangan petani kecil di sekitar Parlimen Sri Aman.

6. Tuan Gooi Hsiao-Leung [ Alor Setar ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan kesan, perubahan dan faedah untuk negara kita apabila berkuatkuasanya integrasi ekonomi serantau ASEAN Economic Community (AEC) pada tahun depan 2015.

7. Tan Sri Dato Sri William Mawan Ikom [ Saratok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah Orang Asli yang memegang jawatan dalam sektor perkhidmatan awam Gred 48 dan ke atas memandangkan Kerajaan dikatakan memberi keutamaan kepada kaum Orang Asli mengisi kekosongan jawatan dalam sektor perkhidmatan awam.

8. Tuan Su Keong Siong [ Ipoh Timor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status perbincangan dengan Kerajaan Amerika Syarikat untuk mendapat pengecualian Visa untuk pergi ke Amerika Syarikat. Apakah keperluan dan syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk mendapat status “visa free travel” ke Amerika Syarikat bagi rakyat Malaysia.

9. Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-
(a) mengapakah terdapat sebanyak 8 juta pekerja asing yang berdaftar di seluruh negara dan berapakah jumlah pekerja asing yang tidak berdaftar di seluruh negara sehingga kini; dan
(b) mengapakah tiada kawalan dilakukan terhadap kebanjiran pekerja asing dan apakah impak kebanjiran pekerja asing terhadap pasaran buruh tempatan walaupun Kementerian telah melaksanakan penetapan gaji minimum di seluruh negara.

10. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mekanisme yang akan digunakan bagi menggantikan kebergantungan Kerajaan daripada pemerolehan hasil petroleum kepada GST.

11. Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kerajaan sedar terdapat pihak-pihak yang memalsukan nama pertubuhan kakitangan Kerajaan untuk menipu peniaga-peniaga menghulurkan derma, bilangan kes aduan tersebut yang telah dilaporkan kepada pihak polis serta bilangan kes yang telah diambil tindakan undang-undang.

12. Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan berikutan pekerja asing dipecat daripada pekerjaan dan mencari remedi di mahkamah. Adakah pekerja asing ini dijamin oleh Kerajaan supaya mendapat pekerjaan dalam sepanjang tempoh interim sehingga keputusan kes mahkamah diputuskan. Jika tidak, mengapa tidak.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
20. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah perbelanjaan pihak Kerajaan dan Khazanah bagi kos juru runding dan butiran kos berkaitan untuk melaksanakan dan kemudian membubarkan kerjasama MAS-AirAsia.

22. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan proaktif Kerajaan dalam menyelesaikan isu pertindihan kuasa antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil rentetan daripada meningkatnya kes-kes berkaitan pertikaian hak penjagaan anak antara ibu bapa berlainan agama.

41. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sama ada Hospital Shah Alam akan mula beroperasi pada Oktober tahun ini seperti yang dijanjikan dan sekiranya tidak, mengapa.

b. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. Menyambung semula Pertimbangan keatas (D.R.15 /2014) Rang Undang-undang Perbekalan 2015  DAN Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2015 seperti berikut:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM 50,499,994,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2015, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2015, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2014, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sesebuah Majlis  (11 November, 2014).

2. (D.R 19/2014) Rang Undang-undang Kewangan (No.2) 2014 [Menteri Kewangan]

3. (D.R 10/2014) Rang Undang–undang Penjara (No.2) (Pindaan) 2014 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (9 Oktober, 2014) [ Menteri Dalam Negeri ]

4. (D.R 11/2014) Rang Undang-undang Tatacara Kewangan (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

5. (D.R 13/2014) Rang Undang-undang Kumpulan Wang AmanahNegara (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

6. (D.R 12/2014) Rang Undang-undang Wang Tak Dituntut(Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

8. (D.R 16/2014) Rang Undang-undang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

9. (D.R 17/2014) Rang Undang-undang Pendaftaran Perniagaan (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

10. (D.R 18/2014) Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

Sunday, November 9, 2014

Dewan Rakyat 10 Nov 2014

Aturan Urusan Mesyuarat 10 Nov. 2014 [ KLIK ]
a. Pertanyaan bagi jawab lisan

1. Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah impak kewangan, ekonomi dan kesan-kesan lain kepada negara selain dari kesejahteraan kehidupan akibat dari krisis air di negeri Selangor.
2. PR-1323-L64740

2. Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-
(a) berapakah jumlah sekolah pendidikan khas bagi kanak-kanak kelainan upaya di Malaysia yang menyediakan pendidikan khusus untuk kanak-kanak kelainan upaya selain dari kanak-kanak pekak, bisu dan buta; dan

(b) apakah perancangan kementerian bagi menyediakan pendidikan khusus bagi kanak-kanak yang mempunyai permasalahan pembelajaran seperti kanak-kanak penghidap Autism, Dyslexia dan Attention Deficit Hyperactivity Disorder atau ADHD.

3. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) apakah status perancangan Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu akan dinaiktarafkan dengan diketuai oleh Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) memandangkan balai polis Kawasan Perindustrian Sama laju difahamkan akan diketuai ACP apabila mula beroperasi; dan

(b) apakah sebabnya sekiranya tiada perancangan tersebut.

4. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah pihak Eastern Steel telah mengemukakan laporan terperinci kajian alam sekitar (EIA) bagi tujuan pembinaan kilang mereka di Teluk Kalung, Terengganu dan apakah statusnya sekarang.

5. Puan Mas Ermieyati binti Samsudin [ Masjid Tanah ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan bilakah Majlis Kawal Selia Umrah akan mengeluarkan sub-lesen umrah kepada syarikat-syarikat yang terlibat supaya rakyat tidak akan tertipu syarikat-syarikat tidak bertanggungjawab yang menggunakan alasan kes jemaah umrah terkandas, kegagalan mendapat visa, penundaan tarikh penerbangan jemaah umrah dan sebagainya.

6. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan usaha Kerajaan untuk mengatasi masalah pemerdagangan manusia yang melibatkan wanita dan kanak-kanak yang semakin berleluasa.

7. Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapakah jumlah projek pembangunan di luar bandar yang dikategorikan sebagai projek sakit dan projek tertangguh serta berapakah kos sebenar yang melibatkan projek tersebut.

8. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan berikutan kemunculan para peniaga asing di Kuala Lumpur, baik yang membuka kedai perniagaan, penjaja, berapa jumlah yang berjaya dikesan dan diambil tindakan dan apakah rancangan DBKL terhadap masyarakat asing membuka perniagaan di Bandaraya Kuala Lumpur.

9. Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan mengenai persepsi terhadap penternakan masih dikaitkan dengan kemiskinan, tidak moden, hanya aktiviti luar bandar dan pilihan terakhir kerjaya merupakan halangan utama. Nyatakan langkah-langkah dan pelan strategik mengatasi masalah kebergantungan mengimport bekalan daging dan tahap keberkesanannya terhadap negara.

10. Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan pendirian Kerajaan dalam mengatasi masalah kekurangan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina di kawasan Kota Kinabalu yang disokong oleh beberapa pemimpin kerajaan negeri. Permintaan untuk penambahan tersebut bukan sahaja datang daripada ibu bapa berbangsa Cina tetapi juga daripada bangsa lain.

11. Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sebab-sebabnya sesetengah pasukan RELA di kawasan Parlimen Tebrau masih belum dibekalkan uniform baru.

12. Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-
(a) apakah pendirian rasmi kerajaan Malaysia berkenaan hubungan perdagangan Malaysia dengan Israel ; dan

(b) senarai syarikat-syarikat Malaysia yang mengeksport produk-produk kelapa sawit, getah dan koko Malaysia ke Israel, serta jumlah nilai eksport produk-produk tersebut.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
18. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan maklum balas pihak Kementerian terhadap laporan yang dikemukakan oleh Amerika Syarikat yang menyenaraikan Malaysia sebagai antara pusat penyeludupan manusia terburuk di dunia.
           
26. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kejayaan-kejayaan 1MDB semenjak ditubuhkan dan apakah kesan jangka masa panjang spesifik yang diharapkan oleh Kerajaan Malaysia.

34. Ust. Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan perbandingan harga tanah (nilai satu kaki persegi) di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Seremban, Ipoh, Kuantan dan Pulau Pinang dari tahun 2010 hingga Jun 2014.

42. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jenis-jenis dan bahaya racun yang terkandung dalam sayur-sayuran yang dibawa masuk dari Thailand. Apakah langkah-langkah Kementerian dalam memastikan rakyat mendapat sayur-sayuran yang bebas racun.

b. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. Pertimbangangan keatas (D.R.15 /2014) Rang Undang-undang Perbekalan 2015  DAN Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2015 seperti berikut:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM 50,499,994,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2015, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2015, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2014, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sesebuah Majlis  (10 November, 2014).

2. (D.R 19/2014) Rang Undang-undang Kewangan (No.2) 2014 [Menteri Kewangan]

3. (D.R 10/2014) Rang Undang–undang Penjara (No.2) (Pindaan) 2014 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (9 Oktober, 2014) [ Menteri Dalam Negeri ]

4. (D.R 11/2014) Rang Undang-undang Tatacara Kewangan (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

5. (D.R 13/2014) Rang Undang-undang Kumpulan Wang AmanahNegara (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

6. (D.R 12/2014) Rang Undang-undang Wang Tak Dituntut(Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

8. (D.R 16/2014) Rang Undang-undang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

9. (D.R 17/2014) Rang Undang-undang Pendaftaran Perniagaan (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

10. (D.R 18/2014) Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

Wednesday, November 5, 2014

Dewan Rakyat 5 November 2014

Aturan Urusan Mesyuarat 5 Nov. 2014 [ KLIK ]
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Tuan Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah Kerajaan bagi memastikan restoran-restoran termasuk restoran 24 jam dan makanan segera seperti McDonald, Starbucks dan sebagainya menghidangkan makanan halal kepada pelanggan Islam dan memastikan umat Islam tidak merasa was-was untuk menikmati makanan di restoran-restoran berkenaan.

2. Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan sama ada beliau akan menjemput Ahli-ahli Parlimen untuk menjadi sebahagian daripada Kempen #FitMalaysia.

3. Dato' Seri Reezal Merican bin Naina Merican [ Kepala Batas ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan prestasi semasa Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) pada ketika ini. Apakah jumlah kes/kunci petunjuk prestasi kepada Jabatan ini.

4. Tuan V. Sivakumar [ Batu Gajah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah projek dan peruntukan yang disediakan oleh kerajaan di bawah Rancangan Malaysia (RMK-8, RMK-9, RMK-10) bagi negeri Perak. Nyatakan projek-projek yang telah dirancang tetapi gagal dilaksanakan di bawah ketiga-tiga Rancangan Malaysia itu.

5. Tuan Anuar bin Abd. Manap [ Sekijang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan peranan dan tujuan program kesukarelaan Home Help:-
(a) apakah Kementerian bercadang untuk memperluaskan program ini ke seluruh peringkat negeri dan daerah; dan
(b) apakah jaminan Kementerian bagi memastikan program ini memberi perkhidmatan yang berkualiti dan mesra terhadap OKU dan warga emas.

6. Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada suatu tarikh telah ditetapkan bagi pelaksanaan Akta Pengurusan Strata 2013. Nyatakan perundangan-perundangan subsidiari yang akan digariskan bagi tujuan pelaksanaan akta tersebut. Adakah ahli-ahli Tribunal Pengurusan Strata telah dilantik dan siapakah dan latar belakang mereka yang terlibat.

7. Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah tindakan Kementerian terhadap pelajar-pelajar yang tidak bersekolah terutama anak Orang Asli di kawasan pedalaman dan apakah usaha yang dilakukan bagi memastikan pelajar yang dibuang sekolah tidak keciciran ilmu serta apakah kelayakan pelajar untuk memasuki sekolah teknikal atau kemahiran.

8. Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah kadar SAIDI di Sabah pada 2008-2014 (terkini), berbanding dengan di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Bilakah Kerajaan boleh mengurangkan SAIDI di Sabah selaras dengan Semenanjung Malaysia.

9. Dato' Wira Mohd Johari bin Baharom [ Kubang Pasu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai mewartakan penyalahgunaan daun ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Sekiranya ia telah diwartakan nyatakan jumlah tangkapan dan pencegahan telah dibuat oleh KDN dan berapakah bilangan mereka yang terlibat dan apakah denda/hukuman yang telah dikenakan.

10. Tuan Zairil Khir Johari [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status terkini pelaksanaan projek 1BestariNet, jumlah sekolah yang sudah dilengkapi dengan jalur lebar berkelajuan tinggi serta jumlah pelajar yang aktif menggunakan sistem tersebut.

11. Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah perancangan Kerajaan untuk membesar dan menaiktarafkan hospital di pekan-pekan kecil khususnya bandar-bandar diraja seperti Kuala Kangsar memandangkan keperluan dan permintaan yang amat mendesak.

12. Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kos pembinaan dan infrastruktur bagi setiap satu lokap berpusat di seluruh negara kontraktor yang terlibat serta kelengkapan asas yang ada di situ.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
20. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah tindakan yang berkesan Kementerian dalam mengatasi kecetekan muara Sungai Kemasin yang dulunya menjadi tempat pendaratan utama ikan di kawasan Bachok. Berapakah kes kemalangan melibatkan bot nelayan akibat kecetekan dan anggaran kerugian semenjak tahun 2000 hingga kini.

24. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan sejauh mana pencapaian atlet-atlet Malaysia di Sukan Komanwel Glasgow 2014 berbanding sasaran yang diletakkan.

29. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan langkah-langkah yang telah dibuat bagi meningkatkan keupayaan sumber manusia dan kebolehpasaran graduan.

44. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan berapakah Kerajaan membelanjakan wang untuk projek inovasi, dan apakah contoh hasil inovasi yang dijual ke negara luar.

b. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. (D.R.15 /2014) Rang Undang-undang Perbekalan 2015 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (4 November, 2014) DAN Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :- 

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM 50,499,994,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2015, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2015, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2014, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (4 November, 2014).

2. (D.R 19/2014) Rang Undang-undang Kewangan (No.2) 2014 [Menteri Kewangan]

3. (D.R 10/2014) Rang Undang–undang Penjara (No.2) (Pindaan) 2014 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (9 Oktober, 2014) [ Menteri Dalam Negeri ]

4. (D.R 11/2014) Rang Undang-undang Tatacara Kewangan (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

5. (D.R 13/2014) Rang Undang-undang Kumpulan Wang AmanahNegara (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

6. (D.R 12/2014) Rang Undang-undang Wang Tak Dituntut(Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

8. (D.R 16/2014) Rang Undang-undang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

9. (D.R 17/2014) Rang Undang-undang Pendaftaran Perniagaan (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

Dewan Rakyat 4 November 2014

Aturan Urusan Mesyuarat 3 November 2014 [ KLIK ]
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Ahmad Fauzi bin Zahari [ Setiawangsa ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah teknologi Set Net daripada Taiwan yang bakal diguna pakai di Perairan Sarawak, Sabah dan Labuan tidak akan mengganggu periuk nasi nelayan tempatan di situ yang telah sekian lama menggunakan pukat jerut bagi menangkap ikan di kawasan perairan tersebut. Atau teknologi Set Net itu bakal disalur kepada nelayan tempatan bagi menggantikan pukat jerut.

2. Laksamana Pertama Mohamad Imran bin Abd Hamid (B) [ Lumut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah yang dirancang untuk membasmi kemiskinan penduduk kampung-kampung baru di seluruh negara dan apakah jenis IKS yang dirancang untuk mereka.

3. Dr. Mansor bin Abd Rahman [ Sik ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan memandangkan bidang pelancongan merupakan salah satu sektor utama pendapatan negara, berapa jumlah statistik kemasukan pelancongan asing setelah berlakunya peristiwa tragis MH370 dan MH17 dan langkah tambahan bagi mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2014 serta langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh syarikat-syarikat penerbangan Malaysia bagi mengelak peristiwa seperti tersebut daripada berulang.

4. Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apa sebenarnya yang terjadi dalam kes anggota diplomat Malaysia dituduh terlibat kes jenayah di New Zealand.

5. Datuk Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sejauh manakah kejayaan Ops Titik yang bertujuan membanteras penyelewengan diesel bersubsidi dan untuk jangka panjang apakah perancangan Kementerian bagi membanteras perbuatan tersebut.

6. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-
(a) apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kementerian untuk menyelesaikan masalah kesesakan yang teruk di simpang empat Dengkil di Lebuh Raya Dengkil-Bangi; dan
(b) adakah Kementerian menimbangkan pembinaan 'flyover' di persimpangan tersebut dan akan membina hentian R&R di lebuh raya tersebut bagi kemudahan pengguna lebuh raya tersebut.

7. Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Setiu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah Kerajaan dalam memastikan tiada rakyat Malaysia yang menyertai aktiviti militan di luar negara serta tindakan Kerajaan dalam membendung kegiatan militan tersebut daripada menular di Malaysia.

8. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan status Kg. Chubadak Tambahan serta kampung-kampung lain di Wilayah Persekutuan.

9. Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan usaha-usaha memperkasakan penguatkuasaan undang-undang serta pemantauan secara berkala untuk memastikan kualiti air ekoran kelulusan dan aktiviti perlombongan bijih timah yang luas di Kelian Intan khususnya dalam Parlimen Gerik menyebabkan kemusnahan secara besar-besaran hidupan dalam sungai utama dalam kawasan tersebut.

10. Tuan Shamsul Iskandar bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) adakah dijalankan kajian terhadap keberkesanan perkhidmatan bas awam yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri Melaka melalui Syarikat Panorama Melaka Sdn. Bhd. yang mula beroperasi pada 8 Mac 2012; dan
(b) adakah ianya mencapai piawaian perkhidmatan bas awam seperti garis panduan yang disediakan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat serta jumlah bilangan bas yang dikendalikan sekarang mencukupi untuk memberi perkhidmatan yang berkesan.

11. Dato' Wira Mohd Johari bin Baharom [ Kubang Pasu ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan mengenai pertikaian di sesebuah organisasi yang diambil tindakan oleh pihak Jabatan Perhubungan Perusahaan, Mahkamah Buruh, dan JTK sejak tahun 2010 sehingga kini. Apakah syarikat yang diambil tindakan dan di bawah akta manakah diambil tindakan dan apakah pihak kementerian bersedia untuk menyeragamkan Akta Pekerjaan 1955 antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

12. Tuan Mohd Rafizi bin Ramli [ Pandan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah kutipan yuran/bayaran perkhidmatan yang dikenakan ke atas peminjam PTPTN setiap tahun bagi tahun 2010, 2011, 2012 dan 2013 serta bagaimana yuran/bayaran perkhidmatan ini digunakan untuk menampung kos operasi PTPTN.

b. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. (D.R.15 /2014) Rang Undang-undang Perbekalan 2015 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (30 Oktober, 2014) DAN Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :- 

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM 50,499,994,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2015, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2015, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2014, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (30 Oktober, 2014).

2. (D.R 19/2014) Rang Undang-undang Kewangan (No.2) 2014 [Menteri Kewangan]

3. (D.R 10/2014) Rang Undang–undang Penjara (No.2) (Pindaan) 2014 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (9 Oktober, 2014) [ Menteri Dalam Negeri ]

4. (D.R 11/2014) Rang Undang-undang Tatacara Kewangan (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

5. (D.R 13/2014) Rang Undang-undang Kumpulan Wang AmanahNegara (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

6. (D.R 12/2014) Rang Undang-undang Wang Tak Dituntut(Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

8. (D.R 16/2014) Rang Undang-undang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

9. (D.R 17/2014) Rang Undang-undang Pendaftaran Perniagaan (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

10. (D.R 18/2014) Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

Dewan Rakyat 3 November 2014

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008