Dewan Rakyat - 22 Oktober 2008 (Rabu)
TERKINI: Dewan Rakyat hari dilanjutkan sehingga jam 9.30 malam setelah usul yang dikemukakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Nazri Aziz selepas disokong dan diluluskan oleh semua Ahli Parlimen.
Dewan mula bersidang pada jam 10.00 pagi dengan sesi soal jawab lisan. Antara soalan MP PAS hari ini adalah:
Soalan No. 4 - Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan insentif yang diberi kepada usaha memajukan industri ubi kayu sebagai tanaman ganti tembakau khususnya di negeri Kelantan.
Soalan No. 10 - Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan mengapakah kemasukan pelajar ke tahun 3 dan 4 di Universiti Al-Azhar tidak diberikan kepada lepasan IPTS seperti Kolej Islam Sultan Ismail Putra (KIAS) sedangkan perkara ini tidak menjadi masalah pada tahun-tahun sebelumnya.
Soalan No. 12 - Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) status insiden lima tahun terakhir, punca-punca 'outbreak' dan langkah pencegahan yang sedang dilakukan bagi menangani masalah penyakit demam kepialu yang masih endemik di negara ini; dan
(b) jumlah kes dan punca 'outbreak' demam kepialu di Kampung Chuchuh Puteri, Kuala Krai, Julai 2008.
Soalan No. 20 - Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa banyak wang rakyat yang dihabiskan untuk membanteras tunjuk perasaan yang kononnya hendak diadakan pada 14 Julai 2008 lalu di perkarangan Parlimen.
Soalan 23 - Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan secara terperinci jawatan pegawai, gaji dan elaun bulanan mereka dalam syarikat-syarikat GLC dan bagaimana mekanisme pemantauan perjalanan syarikat-syarikat tersebut.
Soalan No. 24 - Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan sedar bahawa dengan kenaikan harga minyak dan harga barangan, golongan pegawai pencen/pesara adalah golongan yang paling terseksa dan menderita, apakah langkah Kerajaan untuk mengatasi perkara ini.
Lihat Aturan Urusan Mesyuarat di sini.
Selepas sesi soalan Jawab lisan selesai, Perbahasan Usul atau perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2009 akan dilangsung.
Jika tidak ada apa-apa halangan siaran langsung Dewan Rakyat akan disiarkan mulai jam 10.00 pagi. Siaran langsung ini dibawa khas oleh MP PAS, dengan kerjasama Jabatan IT PAS Pusat.
0 comments:
Post a Comment