TV MPPAS

Prompt: If you cannot view program, please download and install play engine Internet Explorer Download Now

Rakaman

Wednesday, July 1, 2009

Dewan Rakyat 1 Julai 2009 (Rabu)

Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal kedua Parlimen ke 12 mulai bersidang pada 15 Jun 2009 hingga 2 Julai 2009.

a. Doa
b. Rang Undang-Undang Bacaan Kali Pertama dan Usul-Usul

- Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kan mencadangkan Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009.

c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul

1. (D.R. 8/2009) Rang Undang-undang Bank Negara Malaysia 2009 (Kementerian Kewangan) - Menteri Kewangan II (BN Tambun) - Menteri

- Perbahasan - DAP Bandar Kuching. - Celahan - DAP Ipoh Barat, BN Ledang, DAP Kota Melaka, DAP Bukit Mertajam, DAP Bukit Bintang.

- PAS Marang (11.15 pagi).
- Celahan - PKR Balik Pulau (11.23 pagi), BN Maran, PAS Pengkalan Chepa (11.32 pagi).

- BN Tanjong Manis.
- Celahan - BN Sri Gading, PKR Machang (11.50 pagi).

- Bebas Pasir Mas.
- BN Tangga Batu.
- Celahan - BN Sibuti, PAS Hulu Langat (12.24 tengahari), PAS Pendang (12.41 tengahari), PKR Balik Pulau (12.48 tengahari).

- PKR Machang (12.57 pagi).

- Sesi Petang -
PKR Machang (2.32 petang)
- PKR Wangsa Maju (2.53 petang).
- Celahan - BN Pasir Salak.

- Menteri menjawab - BN Tambun.
- Celahan - BN Putatan, DAP Ipoh Timur, DAP Rasah, BN Kinabatangan, BN Kuala Krau, DAP Bandar Kuching, PAS Kuala Selangor (4.17, 4.33 petang), Bebas Pasir Mas, PAS Tumpat (4.44, 5.14 petang), PKR Indera Mahkota (4.48 petang), PKR Machang (4.55, 5.01 petang), DAP Ipoh Barat.

- Perbahasan bacaan kali ke 2 (Fasal 1-100 dan jadual)
- PAS Tumpat (5.27 petang), PAS Pendang (5.28 petang), PKR Balik Pulau (5.53 petang), PKR Machang (5.36 petang), DAP Jelutong.

Fasal 1-100 dan jadual menjadi sebahagian Rang Undang-undang.

2. (D.R. 9/2009) Rang Undang-undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) (Pindaan) 2009 (Perdana Menteri) (BN Padang Rengas) - Menteri

- Perbahasan - BN Lipis. - Celahan - PKR Batu (5.57 petang).

- PAS Kubang Kerian (6.02 petang) [ Celahan - PAS Pengkalan Chepa (6.07 petang), ] DAP Ipoh Barat, BN Tuaran [ Celahan - PAS Pengkalan Chepa, PAS Tumpat (7.05), PKR Balik Pulau, BN Kota Belud], PKR Balik Pulau (7.17), BN Tangga Batu, Bebas Tawau,

3. (D.R. 10/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (Pindaan ) 2009 (Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri )

4. (D.R. 30/2008) Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. (Perdana Menteri)

5. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009.

6. (D.R. 29/2008) Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008. (Kementerian Kewangan)

7. Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan :-
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 86 (5) dan keputusan Usul yang diluluskan oleh Dewan ini pada 26 Februari 2009, maka Penyata Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat Mengikut Peraturan Mesyuarat 80A dibentangkan di atas Meja Mesyuarat di dalam Dewan ini sebagai Kertas Dewan No. DR 1 Tahun 2009 hendaklah diterima dan dipersetujukan.”

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv), Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan menukarkan pinjaman Kerajaan Persekutuan sebanyak RM757,459,247 kepada ekuiti Bank Pertanian Malaysia Berhad, suatu syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan)”.

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakan padanya oleh subseksyen (1) Seksyen 11 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas bil. ST.43, ST.44, ST.52, ST.54, ST.55, ST.56, ST.57, ST.58 dan ST.59 tahun 2009 disahkan.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen (2) Seksyen 15, Akta Cukai Jualan 1972 supaya Perintah Cukai Jualan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas status bil. ST.45 dan ST.46 tahun 2009 disahkan.

d. Ucapan Penangguhan

1. 1.7.2009 (Rabu) - Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) - Menyegerakan serta menetapkan tempoh bagi pembinaan Hospital Queen Elizabeth yang diisytiharkan oleh Kerajaan tidak selamat untuk diduduki. (Menteri Kesihatan)

2. 1.7.2009 (Rabu) - Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) - Menteri Wilayah Persekutuan hendaklah mengutamakan pemulihan projek terbengkalai Plaza Rakyat. (Menteri Wilayah
Persekutuan.)

Aturan Urusan mesyuarat, SILA KLIK

0 comments:

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua)

Perbahasan rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 15 Disember 2009

6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]

5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]

4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]

3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]

2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]

1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008