Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 26 Nov. 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek
Gelugor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah hasil dan produk yang telah
dicapai dalam program penggalakkan inovasi negara serta berapakah peruntukan
yang diberikan sepanjang tempoh lima tahun yang lepas. [ Soalan Tambahan : ]
2. Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan keluasan tapak projek tambak
laut yang telah diluluskan oleh Kementerian untuk negeri Melaka. Adakah semua
projek tambak laut ini mempunyai kajian EIA dan adakah kajian ini termasuk
kesankesan Ekosistem Benthic.[ Soalan Tambahan : DAP Kota Melaka, BN Parit Sulong ]
3. Datuk Wira Haji Ahmad bin Hamzah [
Jasin ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
menyatakan :-
(a) langkah mewujudkan suasana perniagaan
komprehensif bersandarkan kepada undang-undang persaingan; dan
(b) bagaimana Kementerian melihat
amalan-amalan kartel, monopoli dan berpakat dalam menetapkan harga bakal
menjurus kepada pasaran bebas tanpa kawalan dan pengguna dinafikan perlindungan
yang lebih adil.[ Soalan Tambahan : BN Jasin, DAP Ipoh Barat ]
4. Tuan Mohd Rafizi bin Ramli [ Pandan ]
minta PERDANA MENTERI menyatakan sebab-sebab cuti menunaikan haji kepada
kakitangan Kerajaan dihadkan kepada 40 hari sahaja sedangkan tempoh masa
menunaikan haji di bawah kelolaan Tabung Haji ada yang mencecah 45 hari. Adakah
Kerajaan bercadang menyelaraskan cuti haji sehingga maksimum 50 hari sejajar
dengan tempoh masa menunaikan haji kelolaan Tabung Haji.[ Soalan Tambahan : PKR Pandan, BN Pasir Gudang, BN Kepala Batas ]
5. Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji
Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-
(a) mekanisme Kementerian dalam mengatasi
kelewatan penempatan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) di IPTA dan
IPGM ke sekolah semenjak akhir-akhir ini ; dan
(b) perancangan jangka panjang untuk
graduan ini sekiranya tidak ditempatkan di mana-mana sekolah sedangkan mereka
ini memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.[ Soalan Tambahan : BN Lipis, PKR Pandan, PKR Kuala Langat ]
6. Tuan Su Keong Siong [ Ipoh Timor ]
minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah hutang PTPTN yang tertunggak pada
masa kini. Nyatakan langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah ini.
Adakah Kerajaan mempunyai rancangan untuk menyenarai hitamkan nama
pelajar-pelajar yang gagal membayar balik hutang PTPTN di bawah sistem CCRIS
atau C-TOS.[ Soalan Tambahan : DAP Ipoh Timur, BN Mersing]
7. Dato' Ir. Haji Nawawi bin Ahmad [
Langkawi ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah ada perancangan Kementerian
untuk membina stesen NGV atau menambah pam daripada jenis NGV di stesen minyak
sedia ada di Pulau Langkawi.[ Soalan Tambahan : BN Langkawi, DAP Bakri ]
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
8. Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah kedatangan pelancong ke Malaysia untuk mendapat rawatan di sini. Berapa jumlah pusat perubatan yang menjadi tempat kunjungan mereka dan jumlah anggaran hasil untuk negara.
12. Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan perkembangan terkini siasatan kes runtuhan struktur Masjid Kampung Binjai Kertas, Hulu Terengganu dan Masjid Tebauk, Bukit Tunggal.
16. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok
] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan tahap kesuburan
tanah di setiap Projek Ladang Merdeka KADA dan berapakah jumlah input dan kos
pembajaan serta racun yang digunapakai setiap musim, bagi setiap Ladang
Merdeka, sejak Projek Ladang Merdeka KADA bermula. Apakah langkah terkini KADA
dalam membantu para penanam padi menyuburkan tanah sawah dan mengurangkan kos
input pertanian mereka.
26. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota
Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapa kapal terbang untuk penerbangan
Haji dan Umrah seringkali menggunakan kapal terbang yang lama dan kurang
kemudahan, tidak seperti kapal terbang komersial ke destinasi-destinasi lain.
30. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun
] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah purata hutang seorang peneroka
kelapa sawit yang menyerahkan urusan tanam semula kepada pihak Felda sehingga
Felda menyerahkan kembali kepada peneroka kelapa sawit.
38. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala
Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah peruntukan dalam
Petroleum Development Act 1974 Bahagian (5) untuk menubuhkan National Petroleum
Advisory Council tidak diamalkan dengan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan
dan hak dalam pengeluaran minyak dan gas.
39. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala
Krai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) senarai kajian dalam bidang perubatan
yang hasilnya berjaya dipasarkan untuk manfaat rakyat Malaysia sejak 5 tahun
yang lalu; dan
(b) jumlah wang yang telah dibelanjakan
untuk kajian-kajian tersebut.
46. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [
Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh mana indoktrinisasi
fahaman Syiah menular di universiti-universiti dalam negara.
52. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [
Marang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah
kesan-kesan positif termasuklah dari segi peningkatan hubungan perdagangan
antara Malaysia dengan negara-negara anggota Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF)
selepas lebih lapan tahun penubuhannya.
Usul 18 (1) bahawa Dewan ini mengecam Pengintipan Amerika, Singapura & Australian terhadap Malaysia oleh PKR Bukit Katil : - PAS Pokok Sena, PKR Batu, BN Kinabatangan, PAS Pokok Sena, BN Kinabatangan, PAS Pokok Sena.
Usul 12(1) bahawa Dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 10.30 malam.
b. Perbahasan Rang Undang-Undang dan
Usul-Usul
1. Pertimbangan Rang Undang-undang
Perbekalan 2014 (D.R.21/2013) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2014
seperti berikut:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen
4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu
suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh enam bilion empat ratus
sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu
ringgit (RM46,499,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi
tahun 2014, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang
dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran
Perbelanjaan Persekutuan 2014, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42
Tahun 2013, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan
jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam
dan tujuh senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (25
November, 2013)
Perbahasan Peringkat Jawatankuasa :-
[ Sambungan Perbahasan - Kem. Tenaga, Teknologi Hijau & Air - PKR Kapar, BN Hulu Rajang, PKR Gombak, BN Tebrau, DAP Serdang, BN Jerlun, PKR Wangsa Maju, PKR Bayan Baru ]
[ Rehat ]
[ Penggulungan - BN Tuaran, BN Putatan, BN Tuaran, PKR Wangsa Maju, DAP Bakri, PAS Hulu Langat, PKR Bukit Katil, BN Tebrau, PKR Gombak, BN Jerlun, DAP Kulai, PKR Gombak, PKR Indera Mahkota, PKR Gombak ]
[ Kementerian Sains & Inovasi - PAS Hulu Langat, BN Sekijang, PKR Gopeng, BN Putatan, PKR Batu, DAP Bakri, DAP Rasah, DAP Stampin, PKR Sungai Petani ]
[ Penggulungan - ... ]
[ Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan - BN Lenggong, PAS Sepang, BN Titiwangsa, DAP Seputeh, BN Gerik, PSM Sungai Siput, BN Labuan, PAS Bukit Gantang, BN Kuala Kangsar, DAP Serdang, BN Jerantut, PKR Bayan Baru, BN Pasir Gudang, PKR PJS, BN Sik, BN Mersing, DAP Batu Gajah, BN Setiu, DAP Bakri, BN Silam ]
[ Penggulungan - BN Lenggong, PAS Sepang, DAP Serdang, PKR Batu, DAP Seputeh, PKR Bayan Baru, PKR Batu, DAP Serdang, BN Baling, BN Jerlun, PKR Batu, BN Titiwangsa, PKR Batu, BN Titiwangsa, DAP Seputeh, DAP Serdang, PKR Petaling Jaya Selatan, DAP Seputeh ]
Esok : -
1. Kementerian Wilayah Persekutuan.
2. Kementerian Perusahaan, Perladangan & Komoditi.
0 comments:
Post a Comment