Dewan Rakyat 3 November 2010 (Rabu)
Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah semangat patriotik dalam sukan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia dahulu dapat dipupuk kembali dengan memperbanyakkan penyertaan mewakili negara di peringkat antarabangsa. [ Soalan Tambahan : BN Batang Sadong, PKR Balik Pulau]
2. Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang tempoh khidmatnya sepanjang tempoh RMK-10 bagi memantau dan memastikan perancangan RMK-10 berjaya.
[ Soalan Tambahan : Bebas Bayan Baru, DAP Ipoh Timur, BN Jempol]
3. Datuk Md.Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk menghentikan aktiviti saman ekor terhadap pengguna kenderaan di negara ini. Apakah benar tindakan saman ekor tidak disenangi oleh orang ramai dan sejauh mana saman ekor dapat mengurangkan kemalangan jalan raya. [ Soalan Tambahan : BN Bukit Katil, PAS Pokok Sena, BN Sri Gading]
4. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kenapakah Jabatan Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka ditutup. [ Soalan Tambahan : PAS Tumpat, BN Sri Gading]
5. Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah tindakan yang telah diambil ke atas lebih 50 produk makanan dan minuman kesihatan tambahan serta ubatubatan tradisional yang mengandungi racun berjadual termasuk kepada pengusaha terbabit. [ Soalan Tambahan : BN Tenggara, DAP Kepong]
6. Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan skim bantuan dan subsidi untuk ternakan ikan air tawar:
(a) adakah skim bantuan ini masih berterusan dan jumlah subsidi telah dibayar kepada penternak untuk tahun 2008 hingga 2010; dan
(b) jumlah keluaran ikan air tawar sebulan. Adakah mencukupi untuk keperluan pasaran tempatan. [ Soalan Tambahan : DAP Kota Melaka]
7. Datuk Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan strategi yang terbaru untuk meningkatkan tahap industri pelancongan Negeri Sarawak. [ Soalan Tambahan : BN Kapit]
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
8. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejak merdeka sehingga sekarang berapa kali Perlembagaan negara sudah dipinda di Parlimen dan berapa kali pindaan yang telah dibuat berdasarkan syariat supaya selaras hukum Islam yang menjadi agama rasmi negara.
10. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan rasionalnya Kerajaan mengharuskan orang bukan Islam memasuki Dewan Solat Masjid atau Surau sebagaimana dijelaskan dalam Majlis Fatwa Kebangsaan.
14. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan sama ada tindakan undang-undang dapat diambil ke atas penyebaran gambargambar/filem lucah melalui telefon bimbit.
16. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan tentang keluhan nelayan yang terpaksa membeli enjin sangkut untuk bot mereka dengan harga yang mahal, apakah usaha untuk meringankan beban mereka.
28. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan adakah tindakan membangkang Kerajaan menyebabkan ramai pelabur asing takut untuk datang ke Malaysia mengakibatkan pelaburan langsung asing (FDI) merosot sehingga 81 peratus bagi tahun 2008 dan 2009.
36. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah Malaysia masih berdepan dengan cabaran ‘keselamatan makanan’ (food security). Apakah Kementerian masih berpegang dengan pendekatan ‘mengimport beras adalah lebih murah, dari segi kos, berbanding menanam padi sendiri’. Sekiranya jawapan adalah positif, bukankah pendekatan ini mempunyai risikonya yang tersendiri.
MP DAP Bakri mengusulkan P12 berkenaan Kemalangan Bas Ekspress di Genting Sampah, Lebuhraya Karak dengan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (akan dibahas jam 4.30 petang ini)
MP BN Padang Rengas mengusulkan 12 (1) bahawa Dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 10.30 malam dan bersambung pada hari Isnin, 08 November 2010, jam 10.00 pagi.
C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 36/2010) Rang Undang-undang Perbekalan 2011 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (15 Oktober 2010) DAN Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh satu bilion satu ratus lapan puluh satu juta lapan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM51,181,894,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2011, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 14 Tahun 2010, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (2 November, 2010)
Penggulungan Perbahasan Bajet 2011 mengikut Kementerian:
[ Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ] - (Menteri - BN Tanjong Karang) - Pencelahan - PKR Indera Mahkota, PAS Pasir Puteh]
[Bermula jam 12.30 tgh, gangguan teknikal di bahagian elektrik dan PA System, Bersambung jam 2.30 petang ini]
Sambungan Penggulungan: (Menteri - BN Tanjong Karang) - Pencelahan - BN Jasin, BN Hulu Terengganu, BN Hulu Rajang, DAP Kota Melaka, DAP Petaling Jaya Utara, DAP Kota Melaka]
[ Kementerian Pertahanan ] - (Timbalan Menteri - BN Mersing) - Pencelahan - BN Kapit, DAP Batu Gajah, DAP Bandar Kuching, DAP Jelutong, DAP Batu Gajah, BN Jasin, DAP Batu Gajah 66(3)]
[ Kementerian Kerjaraya ] - (Menteri - BN Tampin) - Pencelahan -PKR Machang, PAS Baling, BN Tenggara, BN Lenggong, BN Jasin, BN Paya Jasin, BN Lenggong, BN Sekijang, BN Hulu Terengganu, PAS Kuala Terengganu]
Perbahasan Usul MP DAP Bakri selama setangah jam [Perbahasan (DAP Bakri, DAP Rasah, PAS Baling, BN Ledang, BN Hulu Selangor) - Jawapan Menteri Pengangkutan - BN Lumut (Pencelahan - BN Sekijang, DAP Bakri)]
[ Kementerian Kesihatan ] - (Menteri - BN Bentong) - Pencelahan -
[ Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ] - (Menteri) - Pencelahan -
[ Kementerian Sumber Manusia ] - (Menteri) - Pencelahan -
2. (D.R. 28/2010) Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (14 Oktober 2010) [ Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]
3. (D.R. 32/2010) Rang Undang-Undang Bank Simpanan Nasional (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan ]
4. (D.R. 31/2010) Rang Undang-undang Fi (Jabatan Meteorologi Malaysia) (Pengesahan) 2010. [ Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi]
0 comments:
Post a Comment