Dewan Rakyat 4 April 2011 (Isnin)
Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Datuk Md.Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa ramaikah bilangan pendatang asing di negara ini mengikut sektor pekerjaan yang dibenarkan. Berapa ramai pula yang dibenarkan menjalankan perniagaan seperti gerai makanan dan memiliki harta seperti rumah di negara ini. [ Soalan Tambahan : BN Bukit Katil, PKR Sungai Petani ]
2. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah pro-aktif Kerajaan bagi menjamin tahap keselamatan dan perpaduan rakyat berbilang kaum dalam negara ini agar terus terpelihara. Adakah Kerajaan mengenal pasti terdapatnya elemen-elemen yang sedang menjalar dan merebak yang memungkinkan berlakunya tragedi yang tidak diingini berlaku di negara ini. [ Soalan Tambahan : PAS Kubang Kerian, BN Sri Gading ]
3. Tuan Kamalanathan a/l Panchanathan [ Hulu Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara untuk memastikan bahawa Dasar Ekonomi Baru merangkumi semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa, latar belakang dan juga profesion masing-masing. [ Soalan Tambahan :BN Hulu Selangor, PKR Bandar Tun Razak]
4. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah Kementerian berhasrat melakukan kerja-kerja membaik pulih jambatan maut di sepanjang jalan raya Gurun-Guar Cempedak dan bilakah kerja-kerja tersebut akan dimulakan. [ Soalan Tambahan :PAS Jerai]
5. Dato' Seri Mohd. Radzi bin Sheikh Ahmad [ Kangar ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah langkah-langkah konstruktif pihak Kementerian khususnya peranan pihak berkuasa tempatan dalam usaha menjamin kawasan pelupusan sampah yang terletak berdekatan sungai-sungai yang menjadi sumber utama air mentah tidak tercemar oleh ammonia dan bahan buangan lain yang boleh membawa mudarat kepada kesihatan pengguna air. [Tidak Hadir]
6. Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah rancangan terperinci dan pencapaian Kerajaan untuk memastikan Malaysia mempunyai bekalan beras dan makanan lain yang mencukupi untuk keperluan rakyat dan pasaran supaya negara tidak perlu bergantung kepada negara asing
untuk bekalan makanan. [ Tidak Hadir]
7. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah Kementerian berhasrat melahirkan usahawan Internet melalui Program Usahawan Internet untuk memasarkan perniagaan mereka secara atas talian dengan lebih meluas. [ Soalan Tambahan :BN Lipis, PKR Indera Mahkota ]
8. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-
(a) bilangan universiti dan kolej universiti swasta yang wujud di dalam negara; dan
(b) bilangan universiti dan kolej universiti swasta yang mendapat geran serta jumlah universiti dan kolej universiti swasta yang berjaya dan gagal serta jumlah pelajar. [ Soalan Tambahan :PAs Padang Terap, BN Sekijang]
9. Dato' Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah dasar-dasar utama Kementerian untuk mempromosikan pelaburan antarabangsa di Sabah. Apakah wujud dasar-dasar yang unik untuk negeri Sabah sahaja. [ Soalan Tambahan :BN Kota Belud, Bebas Tawau]
10. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah drastik yang telah diambil oleh Kerajaan untuk mengurangkan kadar hutang isi rumah yang dicatatkan paling tinggi di Asia sepertimana yang didedahkan oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER). [ Tidak Hadir ]
11. Dato’ Seri Ong Tee Keat [ Pandan ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan tahap keberkesanan usaha Kementerian memperkenalkan Kursus Kemahiran Insaniah (soft skills) di IPTA dan nyatakan kriteria untuk mengukur keberkesanan berkenaan. Setakat manakah siswazah IPTA berdaya saing dalam bidang kerjaya berbanding dengan negara-negara lain di benua Asia. [ Soalan Tambahan :BN Pandan, Bebas Pasir Mas ]
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
28. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan dengan jelas apakah kewujudan Bahagian Agama dan Kaunseling dalam perkhidmatan polis mempunyai persamaan dengan fungsi KAGAT dalam perkhidmatan tentera. Berdasarkan statistik, perincikan kejayaan bahagian ini dalam membentuk anggota polis yang mempunyai asas moral dan integriti yang kukuh.
30. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan kejayaan yang dicapai oleh industri kesenian dan hiburan tempatan memasarkan produk di peringkat antarabangsa dalam situasi dunia tanpa sempadan sekarang.
34. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah pesakit mental dalam negara kita kini dan apakah perancangan dan persediaan dalam menghadapi situasi ini dan peratusan kes bunuh diri sepanjang 5 tahun lepas.
38. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan kejayaan yang dicapai dalam menarik pelaburan luar negara dalam merancakkan ekonomi negara.
49. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah Jambatan Berkembar, Jambatan Sultan Yahya Petra, Pasir Pekan-Kota Bharu akan siap sepenuhnya serta nyatakan kos perbelanjaan.
53. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah peruntukan bantuan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk Sekolah Rendah dan jumlah murid yang terlibat di seluruh Negara pada tahun ini berbanding dengan tahun lepas (2010).
54. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan dalam keadaan kemelesetan ekonomi yang lalu, banyak pekerja asing diberhentikan. Jawatankuasa bersama antara Jabatan Imigresen dan Jabatan Tenaga Kerja di peringkat Negeri ditubuhkan untuk tujuan menghantar pulang mereka ini ke negara asal. Berapa ramai mereka ini telah dihantar pulang dan siapa yang menanggung kos operasi ini.
59. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan status pembinaan tebatan banjir di Sungai Golok, Kelantan. Bilakah projek ini akan mula dilaksanakan.
61. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah prosedur kelulusan dan pemberian kuota beras ST15 kepada pengilang dan pemborong beras.
64. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah jambatan kedua Sultan Yahya Petra di Kota Bharu, Kelantan akan disiapkan.
BN Temerloh mengusulkan 12 (1) bahawa mesyuatat tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.30 malam.
c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]
[ Perbahasan - DAP Seputeh, DAP Bagan, BN Lipis (BN Kinabatangan),BN Hulu Selangor, PKR Lembah Pantai ] [Rehat]
[ Sambungan Perbahasan - PKR Lembah Pantai (PKR Gopeng),BN Tangga Batu (BN Kinabatangan,BN Kinabatangan, PAS Kubang Kerian), Bebas Tawau, BN Sekijang, BN Rembau (BN Kota Belud, BN Silam,PSM Sungai Siput),DAP Klang (BN Rembau, BN Pasir Salak, BN Miri, PAS Pokok Sena, BN Kota Belud, PAS Pokok Sena, BN Ledang), PAS Hulu Langat, BN Jasin (BN Ledang), PKR Gopeng (PSM Sungai Siput), DAP Bakri ][ Penggulungan - Menteri - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air , BN Miri - BN Kota Belud, BN Arau, DAP Kepong, DAP Seputeh, BN Rembau, PAS Kuala Selangor, BN Ledang, DAP Seputeh, BN Rembau] - Lulus
2. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]
[ Perbahasan - PSM Sungai Siput, DAP Seputeh, BN Tenom, DAP Kepong (BN Tangga Batu) - Bersambung ...]
Dewan Ditangguhkan pada jam 7.30 malam dan bersambung jam 10.00 pagi, 5 April 2011.
3. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]
4. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]
5. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]
6. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]
7. (D.R. 44/2010) Rang Undang-undang Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2010 [ Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani]
9. (D.R. 46/2010) Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan) 2010 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]
10. (D.R. 30/2010) Rang Undang-undang Penilai, Pentaksir Dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan ]
11. (D.R. 48/2010) Rang Undang-undang Maktab Kerjasama (Perbadanan) (Pindaan) 2010 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]
12. (D.R. 45/2010) Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2010 [ Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ]
13. (D.R. 2/2011) Rang Undang-undang Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2011 [ Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ]
14. (D.R. 1/2011) Rang Undang-undang Veteran 2011 [ Kementerian Pertahanan ]
15. (D.R. 3/2011) Rang Undang-undang Institut Sukan Negara 2011 [ Kementerian Belia dan Sukan ]
16. (D.R. 5/2011) Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2011 [ Perdana Menteri ]
17. (D.R. 4/2011) Rang Undang-undang (Larangan) Kumpulan Wang Kutu (Pindaan) 2011 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]
18. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ]
0 comments:
Post a Comment