Dewan Rakyat 5 April 2011 (Selasa)
Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) sebab dan justifikasi seseorang yang berkelayakan mengikut Akta Profesion Undang-undang 1976 [Akta 166] perlu membayar RM 100.00 kepada Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang untuk dikecualikan daripada Peperiksaan Kelayakan Bahasa Malaysia apabila hendak diterima sebagai peguam bela dan peguam cara; dan
(b) mengapakah seseorang yang mencapai keputusan cemerlang perlu membayar RM 100.00 untuk memohon sijil pengecualian, sedangkan seseorang yang perlu mengambil Peperiksaan Kelayakan Bahasa Malaysia daripada Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang hanya perlu membayar RM 150.00 sahaja. [ Soalan Tambahan : BN Bintulu,PAS Tumpat ]
2. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah justifikasi mengenai penubuhan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) di sebalik pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan. [ Soalan Tambahan : PAS Pokok Sena, BN Maran, BN Kalabakan ]
3. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh mana J-QAF telah berjaya mendidik pelajar menguasai tulisan Jawi dan adakah J-QAF akan dilanjutkan hingga sekolah menengah dalam usaha memberikan kefahaman yang mendalam kepada pelajar Islam. [ Soalan Tambahan : BN Ledang, PAS Baling ]
4. Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) mengapakah pihak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) perlu mengambil lebih daripada 23 jam untuk membersihkan landasan kapal terbang selepas pesawat AirAsia tergelincir dari landasan pada 10 Januari 2011; dan
(b) pihak mana yang perlu bertanggungjawab dari segi ganti rugi yang menyebabkan 80bilangan penerbangan tergendala. [ Soalan Tambahan : PKR Petaling Jaya Selatan,PKR Kuala Langat ]
5. Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) jumlah perbelanjaan kos subsidi yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan dalam memastikan harga barangan kekal rendah di pasaran; dan
(b) langkah-langkah penjimatan atau pengurangan jumlah subsidi bagi menjimatkan kewangan Kerajaan. [ Soalan Tambahan : BN Kinabatangan, PAS Kubang Kerian ]
6. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan hasil cadangan diwujudkan gaji minimum di semua sektor supaya kadar kemiskinan dapat diselesaikan dan tindakan kepada majikan yang tidak mematuhi keputusan Kerajaan ke atas gaji minimum. [ Soalan Tambahan : PKR Kuala Langat, Bebas Pasir Mas]
7. Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah status perbincangan penstrukturan industri perkhidmatan air bagi negeri Pahang Darul Makmur antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dan nyatakan bagaimana penstrukturan ini dapat menjamin bekalan air bersih serta berkualiti kepada pengguna. [ Soalan Tambahan : BN Kuala Krau]
8. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status terkini kerja-kerja pembinaan memanjangkan landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan. [ Tidak Hadir]
9. Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing [ Tuaran ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapakah masih banyak jabatan dan agensi Persekutuan di Sabah yang mengambil pekerja yang berjawatan pekerja rendah dan pegawai rendah dari Semenanjung Malaysia sedangkan ramai orang di Sabah yang layak menyandang jawatan-jawatan tersebut.[ Soalan Tambahan : BN Tuaran, BN Sekijang, BN Ranau]
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
10. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta
MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah projek lebuh raya Kuala Krai ke Kota Bharu telah dibatal atau ditangguh, kalau tidak bilakah projek ini akan siap.
20. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan ke atas para majikan yang enggan mencarum KWSP bagi pekerja-pekerja mereka.
30. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah hubungan Negeri - Pusat sebagaimana yang diamalkan oleh Malaysia sekarang ini lebih menyerupai amalan sistem satuan (unitary system) dan bukannya sistem persekutuan sebagaimana yang digembar-gemburkan. Apakah Kerajaan mempunyai hasrat untuk meminda dan kalau perlu memansuhkan perkara-perkara tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan bagi memastikan sistem persekutuan berfungsi sebagaimana yang
sepatutnya.
36. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa jumlah kad pengenalan atau taraf kerakyatan yang dikeluarkan kepada warga asing sama ada penduduk tetap yang sah atau pendatang haram yang sudah lama bermastautin mengikut negara asal mereka daripada tahun 2008 hingga 2010 dan berapakah jumlah unit pendaftaran bergerak yang diwujudkan untuk memudahkan pertukaran alamat kad pengenalan.
38. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan universiti luar negara yang telah wujud di Malaysia dan universiti yang berminat membuka cawangan mereka dalam Malaysia.
40. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah polisi Kerajaan dalam membantu golongan yang tidak berkemampuan dan golongan peneroka bandar untuk memiliki rumah sendiri serta apakah status pemilikan pembelian rumah-rumah PPR oleh penduduk-penduduk PPR dan berapa ramai yang memohon, berapa yang diluluskan dan apakah permasalahan kepada yang gagal ditolak permohonan mereka.
56. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan anggaran kerugian dan kerosakan ladang pertanian di negeri Johor, Negeri Sembilan dan Melaka akibat banjir awal tahun ini.
BN Sandakan mengusulkan 12 (1) bahawa dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.30 malam.
c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (4 April, 2011) [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]
[ Menyambung Perbahasan - DAP Kepong (BN Tangga Batu), BN Ledang (Bebas Padang Serai, DAP Seputeh, BN Pasir Salak, BN Kinabatangan, BN Jempol, DAP Seputeh,BN Sekijang, BN Kota Belud), DAP Bakri ] [ Penggulungan - Timbalan Menteri, BN Sungai Besar ] [ Rehat ]
[ Menyambung Penggulungan - Timbalan Menteri, BN Sungai Besar - BN Ledang, DAP Seputeh]
[ Dalam Jawatankuasa - PKR Kuala Kedah, BN Sekijang ] - Lulus
2. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ] [ Perbahasan - DAP Batu Gajah, BN Hulu Selangor, PAS Pendang, BN Tenggara (BN Lipis, BN Bukit Katil, BN Lipis), PKR Kuala Kedah, Bebas Sepanggar, DAP Bukit Mertajam (PKR Kuala Kedah, BN Tangga Batu, PAS Kuala Selangor (BN Putatan, PKR Indera Mahkota, BN Kinabatangan), BN Parit, PKR Gopeng, DAP Kota Melaka, DAP Teluk Intan, BN Jasin, BN Sri Gading (PAS Pendang), PKR Indera Mahkota]
[ Penggulungan - Timbalan Menteri, BN Papar - PKR Balik Pulau, DAP Batu Gajah, PKR Balik Pulau, PAS Pendang, DAP Batu Gajah, DAP Teluk Intan, DAP Bukit Mertajam, PAS Pendang, DAP Bukit Mertajam, PKR Gopeng, PAS Pendang] - Lulus
[ Dalam Jawatankuasa - DAP Batu Gajah, bersambung ...]
Dewan ditangguhkan pada jam 7.33 malam dan bersambung esok, jam 10.00 pagi
3. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]
4. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]
5. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]
6. (D.R. 44/2010) Rang Undang-undang Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2010 [ Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani]
7. (D.R. 46/2010) Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan) 2010 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]
8. (D.R. 30/2010) Rang Undang-undang Penilai, Pentaksir Dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan ]
9. (D.R. 48/2010) Rang Undang-undang Maktab Kerjasama (Perbadanan) (Pindaan) 2010[ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]
10. (D.R. 45/2010) Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2010 [ Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ]
11. (D.R. 2/2011) Rang Undang-undang Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2011 [ Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ]
12. (D.R. 1/2011) Rang Undang-undang Veteran 2011 [ Kementerian Pertahanan ]
13. (D.R. 3/2011) Rang Undang-undang Institut Sukan Negara 2011 [ Kementerian Belia dan Sukan ]
14. (D.R. 5/2011) Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2011 [ Perdana Menteri ]
15. (D.R. 4/2011) Rang Undang-undang (Larangan) Kumpulan Wang Kutu (Pindaan) 2011 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]
16. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ]
0 comments:
Post a Comment