Dewan Rakyat, 13 Jun 2011 (Isnin)
Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapakah masih wujudnya masalah pemberian biasiswa dan tempat di Universiti di kalangan pelajar cemerlang yang mendapat keputusan 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. [ Soalan Tambahan : BN Batang Sadong, DAP Batu Gajah, BN Kulai ]
2. Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan laporan Malaysia Water Industry Guide 2010 menyatakan nilai purata non-revenue water (NRW) adalah 36.63% melibatkan 1.8 bilion meter padu air serta kerugian RM1.64 bilion. Apakah langkah yang telah diambil untuk mengatasi masalah air tidak terhasil (NRW). [ PKR Bandar Tun Razak, BN Arau ]
3. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan :-
(a) apakah pelan jangka masa panjang Kerajaan dalam menangani fenomena kenaikan harga minyak global terutamanya pengurangan subsidi minyak oleh Kerajaan telah meningkatkan beban hidup rakyat; dan
(b) apakah persiapan syarikat-syarikat petroleum dalam menyediakan kemudahan stesen-stesen NGV dalam usaha menggalakkan penggunaan NGV sebagai bahan bakar alternatif. [ BN Bintulu, PAS Pokok Sena ]
4. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah motif sebenar Himpunan Sejuta Belia yang diadakan pada bulan Mei 2011 yang lepas serta pembentukan kumpulan sukarelawan di kalangan belia bagi melahirkan belia yang sanggup memberi sumbangan kepada masyarakat dalam apa jua keadaan apabila diperlukan. [ PAS Marang, BN Sri Gading ]
5. Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-
(a) pewujudan sekolah vokasional swasta untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi di kalangan belia dan beliawanis di negara ini secara government funded programme;dan
(b) rancangan Kerajaan mewujudkan lebih banyak sekolah menengah agama di negara ini terutama di kawasan luar bandar seperti di Parlimen Kinabatangan. [ BN Kinabatangan ]
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
10. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan Institusi-institusi Pengajian Tinggi (IPTA/IPTS) dan keluasan tanah yang dimiliki mengikut negeri-negeri dan nyatakan jumlah cukai tanah yang perlu dibayar oleh institusi terbabit.
6. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-
(a) status penstrukturan semula pengurusan sisa pepejal; dan
(b) kaedah atau proses yang diguna pakai dalam kitar semula dan guna semula sisa perbandaran.
14. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berapakah jumlah perlaksanaan projek RMK10 yang dilaksanakan oleh JKR mengikut perlaksanaan 2 tahun rolling plan bermula 2011.
16. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah Kementerian telah merombak sistem kenaikan pangkat jawatan Pengarah di PDRM kerana akhir-akhir ini perlantikan pegawai tinggi PDRM dibuat tanpa pengesahan Suruhanjaya Perkhidmatan Polis.
18. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan adakah Kerajaan telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Dewan Perniagaan Industri German (MGCC) untuk mewujudkan industri tenaga solar secara besar-besaran di negara ini serta apakah tidak wujud lagi teknologi tempatan dari kajian akademik dan dibangun atau dimajukan oleh industri.
33. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah benar dakwaan bahawa Jambatan ke 2 Sultan Yahya Petra di Kota Bharu telah siap 63% pembinaannya.
34. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah tempoh kajian persempadanan semula kawasan-kawasan pilihan raya bagi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang wajib dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan adakah Kerajaan mempunyai komitmen untuk mengarah SPR melakukan kajian persempadanan ini sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.
44. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan akan turut menghentikan pengiktirafan baru dan penghantaran pelajar ke kolej-kolej perubatan di Mesir dan Indonesia, serta rasionalnya tindakan sedemikian.
46. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah nilai hutang syarikat-syarikat yang mendapat penswastaan dari Kerajaan yang akhirnya terpaksa ditanggung oleh Kerajaan serta namakan syarikat-syarikat tersebut.
60. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan projek penanaman semula di RISDA Charuk Ngai dan Charuk Bakong, Sik didapati tidak berjalan lancar. Terdapat tanah pekebun kecil yang telah dibersihkan sejak 2 tahun yang tidak dapat ditanam kerana kekurangan benih dan peruntukan kewangan yang tidak mencukupi. Minta Menteri memberi penjelasan status kedudukan sebenar projek ini.
62. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status terkini pembinaan Jambatan Manek Urai yang dijanjikan oleh Kerajaan dalam Pilihan raya Kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai 2009.
68. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perbezaan peranan yang akan dimainkan oleh Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Jabatan Bantuan Guaman (JPM) dan Legal Aid Centre (Majlis Peguam Malaysia).
71. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bahawa sementara langkah meningkatkan simpanan SRR (Statutory Reserve Requirements) adalah munasabah difahami akan sebab dilakukan, mengapa BNM turut meningkatkan OPR dengan 0.25 percentage point ke 3% yang pasti akan meningkatkan BLR dan kos pinjaman serta berpotensi menjejaskan proses pemulihan (recovery) ekonomi negara.
72. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang isu bahan haram yang ada dalam ramuan pembuatan roti dalam negara. Apakah tindakan dan pemantauan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan agar roti yang dijual dipasaran terjamin halal.
86. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sejauh manakah berkesannya perhubungan antara jabatan di bawah Kementerian dengan Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran, Majlis-majlis Daerah dan lain-lain jabatan yang berkaitan bagi memastikan tidak merebaknya punca-punca pencemaran alam sekitar di negara ini.
93. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah tangkapan bagi kes-kes menerbit, mengedar dan membuat tayangan video lucah di seluruh negara sejak 2008 hingga sekarang dan apakah jenis tindakan atau hukuman yang dikenakan bagi kes-kes tersebut.
97. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah pendirian dan sikap Kerajaan apabila melibatkan ahli sukan wanita Muslim mewakili negara terpaksa berpakaian yang mana hukumnya haram serta menjolok mata.
99. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah usaha-usaha atau kemampuan yang ada pada Kementerian untuk memastikan kualiti rumah mengikut piawaian atau mengikut spesifikasi dipatuhi oleh pemaju perumahan seperti yang mereka janjikan kepada pembeli.
105. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada Kementerian akan menjadikan Klinik Kesihatan Dabong di Kuala Krai sebagai klinik dengan kemudahan bilik bersalin dan katil untuk bermalam.
107. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan memberi penjelasan status pembinaan UiTM di kawasan Sik. Bilakah UiTM ini akan mula dibina.
108. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah dasar Malaysia terhadap perkembangan di Yemen, Bahrin, Libya, Syria dan Negara-negara Arab lain yang menghadapi pergolakan dalaman sekarang ini.
112. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah langkah positif yang sedang diambil oleh Kementerian dalam usaha menambah baik prestasi Kementerian dalam perkara berikut:-
(a) meningkatkan gaji minimum anggota ATM yang sekarang terpaksa bekerja sambilan untuk menampung kos kehidupan yang semakin mendesak; dan
(b) melaksanakan Akta Veteran bagi membela nasib 300,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sebahagian besarnya tidak berpencen.
120. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan rujukan piawaian pengangkutan awam terbaik yang dipakai oleh Malaysia dan usaha ke arah mencapainya.
c. Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 44/2010) Rang Undang-undang Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2010 [ Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani]
[ Perbahasan - BN Keningau (BN Kota Belu), PAS Kubang Kerian, Bebas Pasir Mas, PKR Kuala Kedah, BN Batang Sadong, BN Jasin, PAS Rantau Panjang ] [Rehat] [ BN Kapit, BN Tangga Batu, Bebas Tawau, BN Rembau]
2. (D.R. 4/2011) Rang Undang-undang (Larangan) Kumpulan Wang Kutu (Pindaan) 2011 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]
3. (D.R. 48/2010) Rang Undang-undang Maktab Kerjasama (Perbadanan) (Pindaan) 2010 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]
4. (D.R. 2/2011) Rang Undang-undang Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2011 [ Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ]
p/s : Mohon Maaf kepada semua pengunjung web, Siaran langsung tidak dapat dijalankan hari ini atas sebab-sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan. Insya-Allah, esok akan dijalankan seperti biasa. Wallahu a'alam.
0 comments:
Post a Comment