MP PAS TV

Install adblocks untuk elak iklan
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/adblock-plus/

yang ini untuk browser chrome:
http://adblockplus.org/en/chrome

TV MP PAS

Prompt: If you cannot view program, please download and install plug-in or player. P2P boleh dilayari dengan menggunakan pelayan Internet Explorer.

Thursday, April 26, 2012

Dewan Negara 26 April 2012 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Datuk Maijol bin Mahap minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah aduan yang diterima dan berapakah tindakan yang diambil di bawah Whistle Blower Act 2010 sejak diperkenalkan pada penghujung tahun 2010.    

2.  Tuan Subramaniam a/l Veruthasalam minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN  TEMPATAN  menyatakan  langkah-langkah  yang  telah  diambil oleh  pihak  Kementerian  untuk  membendung  harga  hartanah  di  seluruh negara yang melambung tanpa had.  

3.  Dato'    Syed    Ibrahim    bin    Kader    minta    MENTERI    PENERANGAN, KOMUNIKASI    DAN    KEBUDAYAAN    menyatakan    adakah    Kerajaan bercadang  untuk  meningkatkan  masa  siaran  bagi  program  Islam  dalam Bahasa Tamil di RTM. Waktu siaran sekarang hanya 55 minit/sehari ke udara di Vanavil (saluran radio Tamil sahaja).   

4.  Tuan   Mohamad   Ezam   bin   Mohd   Nor   minta   PERDANA   MENTERI menyatakan   perkembangan   usaha   Kerajaan   memperkenalkan   langkah pengawasan  pendanaan  parti  politik  (political  financing)  khususnya  respons parti-parti politik terhadap langkah ini.  

5.  Tuan  Haji  Muhamad  Yusof  bin  Husin  minta  MENTERI  PENERANGAN, KOMUNIKASI  DAN  KEBUDAYAAN  menyatakan  jumlah  filem  dan  drama seram  dan  cerita  hantu  yang  ditayangkan  TV  tempatan  dari  Januari  2011 sehingga  sekarang.  Adakah  Kementerian  sedar  filem  dan  drama  tersebut
boleh merosakkan pertumbuhan minda kanak-kanak.  

6.  Dato'   Mohammed   Najeeb   bin   Abdullah   minta   PERDANA   MENTERI menyatakan  kejayaan-kejayaan  yang  telah  dicapai  oleh  Yayasan  Bantuan Guaman  Kebangsaan  (YBGK)  dan  langkah-langkah  yang  akan  diambil  bagi menjadikan YBGK lebih mesra pelanggan dan efisien.   

7.   Dato' Zaitun binti Mat minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah bil pembetungan  yang tertunggak oleh pengguna domestik  dan industri kepada Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) dan nyatakan langkah-langkah bagi mengutip tunggakan ini.  

8.   Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-  
(a)      apakah   insentif   pihak   Kementerian   dalam   membaik   pulih perkhidmatan     atas     talian     bagi     pemohon     yang     ingin mengemukakan  persoalan  berkaitan  taraf  kewarganegaraan; dan
(b)      adakah pihak Kementerian mengalami kekurangan tenaga kerja yang menguruskan taraf kewarganegaraan. 

9.   Puan   Norliza   binti   Abdul   Rahim   minta   MENTERI   PEMBANGUNAN WANITA,  KELUARGA  DAN  MASYARAKAT  menyatakan  langkah-langkah komprehensif  yang  diambil  bagi  mengatasi  masalah  penambahan  bilangan warga emas menjelang tahun 2024 mengikut Jabatan Statistik Negara.  

10.  Tuan    Saiful    Izham    bin    Ramli    minta    MENTERI    PERDAGANGAN ANTARABANGSA  DAN  INDUSTRI  menyatakan  faktor-faktor  kenapakah sektor  pembuatan  (manufacturing  sector)  masih  gagal  menyumbang  secara lebih  signifikan  terhadap  pendapatan  negara  berbanding  dengan  industri petroleum  negara  sedangkan  umum  mengetahui  begitu  banyak  insentif  dan subsidi dalam pelbagai bentuk telah diberikan oleh Kerajaan kepada industri kecil   dan   sederhana   (SMEs)   serta   FDI   untuk   merubah   struktur   dan kebergantungan ekonomi negara.  

11.   Tuan  Baharudin  bin  Abu  Bakar  minta  MENTERI  PENGAJIAN  TINGGI menyatakan   adakah   pihak   Kementerian   bercadang   untuk   bekerjasama dengan  pihak  universiti  dalam  meningkatkan  nilai  modal  insan  terutamanya dalam     bidang     pengajian     ekonomi,     perniagaan     dan     perhubungan
antarabangsa.  

12.  Datuk  Haji  Yunus  bin  Haji  Kurus  minta  MENTERI  PERDAGANGAN ANTARABANGSA  DAN  INDUSTRI  menyatakan  inisiatif  yang  diambil  oleh Kementerian dan MIDA dalam memastikan nilai perdagangan luar (FDI) terus berdaya  saing  di  sebalik  kemelut  pemulihan  ekonomi  yang  perlahan  di Amerika Syarikat, krisis hutang di Zon Euro, gangguan perdagangan di Asia barat  serta  faktor  bencana  alam  di  Jepun  dan  Thailand  yang  menjejaskan rantaian bekalan.  

13.  Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM   SEKITAR   menyatakan   sejauh   manakah   keberkesanan   usaha penggalakan perlombongan mineral aktif dan lengai yang ada di Malaysia dan jumlah pekerja, premium, pendapatan dan keluasan yang diterokai mengikut
negeri sejak tahun 2000.

c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Tuan Khoo Soo Seang dan masalah dicadangkan:-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kedua Belas.” Menyambung semula perbahasan atas masalah (24 April, 2012)

2. (D.R. 3/2012) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 [ Kementerian Kewangan]

3. (D.R. 44/2011) Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011 [ Kementerian Kerja Raya ]

4. (D.R. 1/2012) Rang Undang-undang Pengantaraan 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]



0 comments:

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008