Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 18 Nov 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [
Lenggong ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
menyatakan :-
(a) pendekatan Kementerian bagi menjayakan
sasaran pembinaan rumah untuk rakyat; dan
(b) bagaimana kedudukan sekarang dan
apakah masalah yang dihadapi sekarang.[ Soalan Tambahan : BN Lenggong ]
2. Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta
PERDANA MENTERI menyatakan jumlah penjawat awam setakat Oktober 2013 mengikut
bangsa, jantina, mahasiswa dan bukan mahasiswa. Berapakah daripada bilangan itu
perlu ditambah setiap tahun untuk 5 tahun yang akan datang dan alasannya..[ Soalan Tambahan : DAP Segambut ]
3. Tuan Anuar bin Abd. Manap [ Sekijang ]
minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) apakah status ASEAN Open Sky Policy
sehingga hari ini; dan
(b) apakah pro dan kontra polisi ini
kepada syarikat-syarikat penerbangan di Malaysia terutama MAS..[ Soalan Tambahan : BN Sekijang, PKR Bayan Baru ]
4. Datuk Mohd Idris bin Jusi [ Batu Pahat
] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-
(a) sehingga setakat ini berapa buah
kampus cawangan UITM telah dibangunkan menerusi sistem PFI; dan
(b) syarikat manakah yang telah
dikurniakan projek tersebut dan bagaimana pembayaran semula kepada modal
syarikat dibuat dan berapa jumlahnya..[ Soalan Tambahan : PKR Batu Pahat, BN Kuala Selangor ]
5. Dr. Mansor bin Abd Rahman [ Sik ] minta
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah perancangan
Kementerian dalam membangunkan industri terutamanya menggalakkan pertumbuhan
IKS di daerah-daerah mundur seperti Sik..[ Soalan Tambahan : BN Sik, DAP Kepong ]
6. Dato' Fauzi bin Abdul Rahman [ Indera
Mahkota ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-
(a) bilakah Kementerian akan membina Lebuh
Raya Utama Tengah (Central Spince Expressway-CSE) dan apakah status projek ini;
dan
(b) adakah Kementerian bercadang untuk
membina jalan raya dari Kuantan ke Ipoh melalui Jerantut, Kuala Lipis dan
Cameron Highlands, sekaligus membuka Pahang Barat kepada pembangunan yang akan
memberi manafaat kepada penduduk setempat..[ Soalan Tambahan : PKR Indera Mahkota, BN Lipis ]
7. Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit
Sulong ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah hasil dari strategi dan
kempen yang dijalankan oleh kementerian untuk menangani masalah obesiti di
Negara ini memandangkan Malaysia masih berada di kedudukan yang teratas dalam
masalah obesiti di Asia Tenggara..[ Soalan Tambahan : BN Parit Sulong ]
8. Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang
] minta PERDANA MENTERI menyatakan kejayaan TalentCorp menarik warga negara di
luar negara kembali berkhidmat di tanah air memandangkan peruntukan RM65 juta
untuk program tersebut..[ Soalan Tambahan : PKR Selayang, BN Kinabatangan]
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
24. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok
] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah demonstrasi, memorandum, aduan dan
surat kritikan terhadap anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang telah
diterima sejak Pilihan Raya Umum 1959. Apakah Kerajaan berkeyakinan bahawa
anggota SPR pada setiap pilihanraya mendapat kepercayaan awam.
27. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota
Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan di mana dan bilakah rumah PR1MA akan
dibina di dalam Kawasan Parlimen Kota Bharu.
36. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok
Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah had peruntukan kewangan yang
diberikan kepada seorang Menteri untuk menggaji pegawai khas atau penasihat dan
berapakah had bilangan pegawai khas dan penasihat yang boleh dilantik oleh
seseorang Menteri.
55. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [
Shah Alam ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan keberkesanan pelaksanaan
peraturan yang mewajibkan memasang lampu motosikal di siang hari.
Usul 12(1) bahawa dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 10.30 malam.
b. Perbahasan Rang Undang-Undang dan
Usul-Usul
1. Pertimbangan Rang Undang-undang
Perbekalan 2014 (D.R.21/2013) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2014
seperti berikut:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen
4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu
suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh enam bilion empat ratus
sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu
ringgit (RM46,499,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi
tahun 2014, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang
dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran
Perbelanjaan Persekutuan 2014, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42
Tahun 2013, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan
jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam
dan tujuh senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (14
November, 2013)
[ Perbahasan Peringkat Jawatankuasa - ]
B1 - B9, B40, P6 & P7 - PKR Permatang Pauh, BN Bintulu, DAP Gelang Patah, BN Putatan, PAS Pokok Sena, BN Kinabatangan - Rehat - PKR Batu, BN Tenom, PAS Temerloh, BN Lenggong, DAP Seremban, BN Gerik, PKR Gombak, BN Parit Sulong, PKR Sungai Siput, BN Jasin, PAS Rantau Panjang
[ Penggulungan - ]
[ BN Arau - PKR Gombak, DAP Seremban, BN Kinabatangan, DAP Seremban, DAP Bagan, BN Kinabatangan, DAP Seputeh, PKR Gombak, DAP Seremban, BN Kinabatangan, PKR Gombak, PAS Sepang, BN Kinabatangan, PAS Pokok Sena, PKR Gombak, PAS Sepang, PKR Gombak, DAP Gelang Patah, PKR Lumut, PAS Kuala Krai, BN Lenggong, BN Kinabatangan, PKR Gombak, BN Kinabatangan, PKR Gombak, DAP Gelang Patah, BN Kinabatangan, PAS Sepang, DAP Bakri, PAS Pokok Sena, PAS Kuala Krai, PKR Bayan Baru, PAS Parit Buntar, PKR Lumut, BN Putatan ]
[ BN Jerai - PKR Penampang, PAS Pokok Sena, DAP Bakri, PAS Pokok Sena, DAP Stampin, PAS Sepang, PKR Subang, PAS Parit Buntar, PAS Pasir Mas, PAS Bukit Gantang, PAS Pokok Sena ]
[ BN Pensiangan - PAS Parit Buntar ]
[ BN Selangau ]
[ BN Batang Sadong - PAS Sepang, PAS Tumpat, PAS Sepang, PAS Pokok, PAS Sepang, DAP Rasah, PAS Sepang ]
[ BN Muar - DAP Stampin, PKR Bayan Baru, PAS Sepang, PAS Pokok Sena, DAP Bakri ]
[ Perbahasan B10 - B12/ P10 & P70 - Kementerian Kewangan ]
[ BN Tenom, PAS Hulu Langat, BN Kinabatangan, PKR Batu, BN Titiwangsa, DAP Tanjong ]
[ Penggulungan - PAS Tumpat, BN Tuaran, BN Sibuti, BN Putatan, PKR Sungai Siput, BN Jasin, PAS Kuala Krai, DAP Sibu, BN Jasin, PAS Bukit Gantang, BN Putatan, PAS Parit Buntar, PAS Kuala Krai, PKR Batu, PKR Bayan Baru, BN Kanowit, PAS Hulu Langat, DAP Sibu, DAP Stampin, PKR Batu ]
[ Perbahasan B13 & P13 - Kementerian Luar Negeri ]
[ PKR Kapar, PAS Tumpat, BN Tuaran ]
Dewan Tamat jam 10.30 malam.
0 comments:
Post a Comment