Friday, June 19, 2009

Dewan Rakyat 22 Jun 2009 [ Isnin ]

Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal kedua Parlimen ke 12 mulai bersidang pada 15 Jun 2009 hingga 30 Jun 2009.

a. Doa
b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan (10.00 pagi hingga 11.30 pagi)

1. Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan tentang Dasar Automotif Nasional dalam memastikan kewujudan usahawan Bumiputera dalam industri automotif termasuk dari segi pemberian AP hanya kepada mereka yang benar-benar layak dan terlibat dalam industri tersebut.
- Soalan Tambahan - BN Arau, PAS Kubang Kerian (10.14 pagi)

2. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kajian yang dibuat oleh SUHAKAM mengenai hak seorang anak untuk memilih agamanya sepertimana Artikel 14 Convention on the Rights of the Child (CRC).
- Tidak Hadir.

3. Dato' Mohd Jidin bin Shafee [ Setiu ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan langkah-langkah yang diambil terhadap proses pengambilalihan kepimpinan persatuan belia yang dihadkan kepada mereka yang berusia 40 tahun ke bawah berdasarkan Akta Pertubuhan
Belia dan Pembangunan Belia 2007 yang terbaru, adakah pihak Kementerian telah berpuas hati dengan proses tersebut dan apakah langkah Kementerian bagi memastikan persatuan ini dapat dipacu dengan sebaik mungkin.
- Soalan Tambahan - BN Setiu, DAP Rasah.

4. Tuan Lim Kit Siang [ Ipoh Timur ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan mengapa pengumuman laporan skandal Port Klang Free Zone (PKFZ) ditunda-tundakan sungguhpun beliau telah berjanji kepada rakyat bahawa tidak akan merahsiakan apa-apa kelemahan atau kesalahan yang terlibat dalam skandal yang melibatkan dana awam yang
dipercayai sehingga sejumlah RM12 bilion.
- Soalan Tambahan - DAP Ipoh Timur.

5. Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sejauh manakah Ekspo Perdagangan Barang-barang Buatan Malaysia anjuran Kementerian yang dibuat dari
negeri-negeri berjaya.
- Soalan Tambahan - BN Sekijang, PKR Indera Mahkota (10.51 pagi).

6. Dato' Ibrahim bin Ali [ Pasir Mas ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah Kementerian bercadang untuk mengubah dasar berita di RTM dan program-program maklumat supaya penonton melihat ianya lebih berwibawa, merata liputan dan tidak tertumpu kepada pikak-pihak tertentu sahaja. Kepakaran siapakah digunapakai dalam mengendalikan maklumat dan berita di RTM.
- Soalan Tambahan - Bebas Pasir Mas, BN Sri Gading.

7. Datuk Haji Idris Bin Haji Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sejauh manakah sumbangan serta peranan Malaysia dalam penggubalan ASEAN Charter dan adakah Kementerian tidak bercadang untuk melibatkan Ahli Parlimen dalam menyumbangkan cadangan mereka.
- Soalan Tambahan - BN Tangga Batu, PKR Gombak (11.16 pagi).

8. Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) berapakah jumlah kematian akibat kemalangan yang melibatkan bas ekspress dan bas pelancongan sejak tahun 2000; dan
(b) tidakkah Kerajaan mempunyai perancangan untuk mengenakan syarat bagi mewajibkan semua bas ekspress dan bas pelancongan mengunci mekanisme pedal minyak agar tidak melebihi had laju yang dibenarkan.
- Soalan Tambahan - PKR Sungai Petani, BN Putatan (11.23 pagi).

9. Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jaminan Kerajaan terhadap golongan usahawan Bumiputera berikutan langkah pelaksanaan liberalisasi ekonomi secara besar-besaran di negara ini.
- Soalan Tambahan - BN Parit.


Soalan-soalan MP PAS yang telah disenaraikan:

Soalan No. 24 - Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah objektif dan fungsi Jabatan Pembangunan Persekutuan. Apakah ianya tidak dilihat:-
(a) mencabuli prinsip Kerajaan Persekutuan dan menambah kos yang tidak sepatutnya; dan
(b) menolak mandat rakyat yang diberikan kepada Kerajaan negeri.

Soalan 41 - Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada pihak Kerajaan bercadang untuk meminda Seksyen 23, Akta 663 supaya Caj Penyelenggaraan dan Pengurusan Harta Bersama boleh dikutip daripada penghuni sekiranya enggan menunaikan tanggungjawab mereka.

Soalan No. 44 - Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan sedar bahawa jenayah besar dan kecil semakin menjadi-jadi, menyebabkan rakyat tidak merasa selamat baik berjalan di waktu malam mahupun siang dan apakah langkah jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan untuk membasminya.

Soalan No. 60 - Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimanakah konsep 1 Malaysia dapat dilaksanakan di dalam projek pembangunan di negeri yang diperintah oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.

Soalan No. 62 - Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah Kerajaan atau Bank Negara Malaysia bercadang untuk menentukan kadar faedah bagi pengeluaran kad kredit (credit card issuers) bagi menggambarkan kos pinjaman keterlaluan dan keuntungan yang munasabah.

Soalan No. 69 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan :-
(a) peranan Kerajaan untuk membebaskan rakyat Malaysia yang ditahan di Penjara Guantanamo; dan
(b) sikap Kerajaan selepas Presiden Amerika mengumumkan komitmen Amerika Syarikat untuk menutup penjara tersebut.

Soalan No. 70 - Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada pihak Kerajaan bercadang untuk mensyaratkan agar semua hotel bertaraf empat bintang ke atas mempunyai sijil halal atau tindakan dikenakan ke atas mereka.

Soalan no. 74 - Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan peratus program radio dan televisyen yang mewakili pandangan bukan arus perdana dalam keadaan zaman yang dikatakan ‘Kerajaan bukan lagi satu-satunya pihak yang paling tahu’ sebagaimana dinyatakan YAB. Perdana Menteri baru-baru ini.

Soalan No. 76 - Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-
(a) berapakah jumlah tempat dalam IPTA ditawarkan kepada mahasiswa yang berminat mengikut sesi 2009/2010 ini; dan
(b) sejauh mana usaha dibuat agar lebih ramai mahasiswa yang berminat untuk mengambil pengkhususan dalam bidang perubatan, kejuruteraan dan undang-undang diberi peluang
mengikut pengajian dalam negara.

Soalan No. 79 - Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan berhasrat untuk membuat semakan semula perjanjian konsesi Syarikat PLUS agar kenaikan bayaran tol tidak membebankan rakyat.

Soalan No. 83 - Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PERTANIAN
DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan kedudukan Projek Ternakan Ayam Daging di Kampung Kubang Lintah, Sik di mana projek ini melibatkan kos keseluruhan RM889 500 dan hanya 3 orang peserta terlibat. Projek ini berjalan tetapi tidak menunjukkan faedah jangka
panjang (peserta tidak berdikari). Apa tindakan susulan Kementerian seterusnya.

Soalan No. 84 - Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan tentang pinjaman TEKUN untuk tahun 2009, berapa peruntukan dan apakah mekanisma agihan kepada yang layak.

Soalan No. 88 - Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah pencegahan yang berkesan supaya jenayah samun dan pecah rumah yang sangat berleluasa sekarang ini tidak berlarutan dan apakah langkah yang telah dan sedang diambil oleh Kementerian.

Soalan 106 - Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI
menyatakan apakah hasil lawatan rasmi Emir Qatar ke Malaysia barubaru ini.

Soalan 108 - Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah jumlah syarikat yang diberikan AP untuk mengimport beras dari luar negara.

Soalan No. 109 - Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan mengapakah Nishimatsu Construction Company yang sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah di Jepun dan beberapa tahun lalu dituduh cuai dalam satu projek pembinaan di Singapura diberikan kontrak besar RM1.3 bilion
bagi membina saluran paip air bawah tanah dari Pahang ke Selangor.

Soalan No. 113 - Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan senarai jalanjalan kampung di daerah Kuala Krai yang akan dinaik taraf dan berapa daripada projek ini akan sempurnakan dalam tahun 2009.

Soalan No. 116 - Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan kes yang diterima melalui Program Cari mengikut kategori dan negeri dan berapa pula telah mendapat bantuan yang sewajarnya, juga minta dinyatakan masa yang diambil untuk memproses
satu-satu kes yang dilaporkan atau mengisi borang permohonan.

Soalan No. 118 - Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah keseluruhan laporan polis yang diterima di seluruh negara berkaitan dengan kemelut dan krisis Perlembagaan negeri Perak sejak rampasan kuasa di Perak pada Februari 2009 dan nyatakan peratusan laporan yang telah disiasat dan diambil tindakan oleh pihak
polis.

Soalan No. 126 - Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah pelaksanaan projek-projek ekonomi Koridor-Koridor Selatan, Utara, Timur serta Koridor Sabah dan Sarawak akan diteruskan di bawah pentadbiran baru YAB. Perdana Menteri sekarang.

c. Rang Undang-Undang Bacaan Kali Pertama dan Usul-Usul

- Perdana Menteri akan mencadangkan Rang Undang-undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) (Pindaan) 2009.

d. Perbahasan Rang Undang-Undang

1. (D.R. 20/2008) Rang Undang-undang Makanan Haiwan 2008. (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani) [18 Jun 2009]

- Menteri menjawab - BN Tanjong Karang.

- Celahan - DAP Ipoh Timur, PKR Kuala Kedah, PSM Sungai Siput, DAP Batu Gajah, PKR Balik Pulau, BN Kinabatangan.

2. (D.R. 26/2008) Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2008. (Kementerian Pengangkutan) -Timbalan Menteri - BN Sibu.

- Perbahasan - PKR Selayang

3. (D.R. 13/2008) Rang Undang-undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008 - Pertimbangan dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis (28 Ogos 2008).(Kementerian Dalam Negeri) - Timbalan Menteri - BN Masjd Tanah.

- Perbahasan - DAP Segambut, PKR Selayang, PKR Gombak, DAP Batu Kawan, BN Kota Belud, PKR Batu, PKR Gombak, PKR Machang (4.30petang), PKR Subang, PAS Kuala Krai (4.48 petang), PAS Kota Raja (4.54 petang).

Pindaan - DAP Segambut, Celahan - BN Kota Belud, PAS Kota Raja, PAS kuala Selangor (5.19 petang), PAS Pendang (5.22 petang), PAS Shah Alam (5.30 petang).

4. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, menurut Peraturan 66A dan 67B Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat:


“BAHAWASANYA, berikutan pelantikan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam, Y.A.B. Perdana Menteri telah mengumumkan penyusunan semula beberapa Kementerian berkuat kuasa 10 April 2009 seperti berikut:

(a) Fungsi-fungsi dan agensi-agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi diserap ke Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kewangan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas tani;

(b) Fungsi-fungsi dan agensi-agensi di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan diserap ke Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan; dan

(c) Fungsi Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi yang kini dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkaitan dengan komunikasi dan agensi di bawahnya iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dipindahkan ke Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

DAN BAHAWASANYA –
(i) perbelanjaan pengurusan bagi maksud-maksud yang melibatkan Kementerian yang disusun semula itu telah diperuntukkan melalui Akta Perbekalan 2009 (Akta A1340);

(ii) amaun yang belum dibelanjakan yang berhubungan dengan Kementerian- kementerian yang peruntukan untuknya perlu dikurangkan itu telah disekat malalui waran yang dikeluarkan oleh
Menteri Kewangan di bawah perenggan 13(3)(b) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61];

(iii) perbelanjaan pembangunan bagi maksud-maksud yang melibatkan Kementerian-kementerian yang disusun semula telah diluluskan oleh Dewan ini dan diperuntukkan bagi maksud-maksud seperti yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam
senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2009;

(iv) amaun yang belum dibelanjakan yang berhubungan dengan Kementerian-kementerian yang peruntukan untuknya perlu dikurangkan itu telah disekat melalui waran yang dikeluarkan oleh
Menteri Kewangan di bawah seksyen 8 Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406];

(v) bagi Kementerian-kementerian yang disusun semula itu, perlu dibuat penguntukan semula peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunannya berikutan dengan penyusunan semula fungsi-fungsinya;

(vi) menurut Peraturan Majlis Mesyaurat 66A Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, tertakluk kepada suatu Rang Undang-Undang Perbekalan yang telah diluluskan mengikut Peraturan Mesyuarat 66, mana-mana penguntukan semula peruntukan perbelanjaan boleh dibuat melalui suatu usul oleh seorang Menteri,

MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, DEWAN INI membuat ketetapan seperti berikut:
1. Berkaitan dengan Perbelanjaan Mengurus –
(a) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi satu bilion lapan puluh lapan juta dua ratus tiga puluh enam ribu tiga ratus sembilan ringgit (RM1,088,236,309) di bawah Maksud B.26 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi kepada Maksud B.06 Jabatan Perdana Menteri sebanyak dua belas juta satu ratus tujuh puluh ribu empat ratus tiga puluh dua ringgit (RM12,170,432),

Maksud B.22 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebanyak satu bilion lima puluh empat ribu lima ratus ringgit (RM1,000,054,500) Maksud B.24 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebanyak empat juta tujuh ratus tiga ribu tujuh ratus sembilan puluh dua ringgit (RM4,703,792),

Maksud B.25 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sebanyak enam puluh tiga juta lima ratus lapan puluh tujuh ribu lapan ratus lapan puluh lima ringgit (RM63,587,585) dan Maksud B.27 Kementerian Kerja Raya sebanyak tujuh juta tujuh ratus dua puluh ribu ringgit (RM7,720,000);

(b) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi empat ratus dua puluh sembilan juta sembilan ratus ribu sembilan ratus lapan puluh tujuh ringgit (RM429,900,987) di bawah Maksud B.44 Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan kepada Maksud B.06 Jabatan Perdana Menteri sebanyak seratus lapan belas juta enam ratus empat puluh tujuh ribu lima ratus empat puluh tujuh ringgit (RM118,647,547) dan Maksud B.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (dahulunya dikenali sebagai Kementerian Penerangan) sebanyak tiga ratus sebelas juta dua ratus lima puluh tiga ribu empat ratus empat puluh ringgit (RM311,253,440); dan

(c) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi lima juta dua ratus tujuh belas ribu tujuh puluh enam ringgit (RM5,217,076) di bawah Maksud B.26 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air kepada Maksud B.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (dahulunya dikenali sebagai Kementerian Penerangan).

2. Berkaitan dengan Perbelanjaan Pembangunan –
(a) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi satu bilion tiga ratus enam puluh enam juta sembilan ratus sembilan puluh ribu empat ratus dua puluh lapan ringgit (RM1,366,990,428) di bawah Maksud P.26 Kementerian Pembangunan Usahawan dan
Koperasi kepada Maksud P.06 Jabatan Perdana Menteri sebanyak enam juta enam ratus ribu ringgit (RM6,600,000), Maksud P.10 Perbendaharaan sebanyak tiga ratus dua puluh lima juta lapan ratus tiga puluh tujuh ribu lapan ratus ringgit (RM325,837,800),

Maksud P.21 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebanyak dua juta sembilan ratus ribu ringgit (RM2,900,000), Maksud P.22 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
sebanyak enam ratus lapan puluh satu juta dua belas ribu ringgit (RM681,012,000) , Maksud P.24 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebanyak dua ratus tujuh puluh empat juta enam ratus tujuh puluh lapan ribu lapan ratus sembilan puluh empat ringgit (RM274,678,894), Maksud P.25 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sebanyak tujuh puluh dua juta tiga ratus dua puluh enam ribu satu ratus sembilan puluh lima ringgit (RM72,326,195) dan Maksud P.27 Kementerian Kerja Raya sebanyak tiga juta enam ratus tiga puluh lima ribu lima ratus tiga puluh sembilan ringgit (RM3,635,539);

(b) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi enam ratus tiga puluh tiga juta lima puluh sembilan ribu enam ratus dua puluh empat ringgit (RM633,059,624) di bawah Maksud P.29 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air kepada Maksud P.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (dahulunya dikenali sebagai Kementerian Penerangan);dan

(c) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi dua ratus sepuluh juta satu ratus dua puluh lima ribu tiga puluh sembilan ringgit (RM210,125,039) di bawah Maksud P.44 Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan kepada Maksud P.06 Jabatan Perdana Menteri sebanyak dua puluh enam juta tujuh puluh sembilan ribu tujuh ratus ringgit (RM26,079,700) dan Maksud P.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
(dahulunya dikenali sebagai Kementerian Penerangan) sebanyak satu ratus lapan puluh empat juta empat puluh lima ribu tiga ratus tiga puluh sembilan ringgit (RM184,045,339).”

5. (D.R. 30/2008) Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. (Perdana Menteri)

5. (D.R. 29/2008) Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008. (Kementerian Kewangan)

6. (D.R. 4/2009) Rang Undang-undang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009. (Perdana Menteri)

7. (D.R. 8/2009) Rang Undang-undang Bank Negara Malaysia 2009 (Kementerian Kewangan)

e. Ucapan Penangguhan

1. 22.6.2009 (Isnin) - Dr. Ramasamy a/l Palanisamy (Batu Kawan) - Kerajaan Barisan Nasional sering bangga bahawa proses Pembangunan Negara sedang menuju ke arah Negara maju. (Menteri Kerja Raya)

Timbalan Menteri menjawab - BN Stampin

2. 22.6.2009 (Isnin) - Tuan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) - Perhebat perlu diperluaskan ke seluruh Negara. (Menteri Pertahanan)

Timbalan Menteri menjawab - BN Mersing.

Aturan Urusan mesyuarat, SILA KLIK

Mesyuarat ditangguhkan pada 5.50 petang kepada 10.00 pagi 23 Jun 2009.

Dewan Rakyat 18 Jun 2009 (Khamis)

Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal kedua Parlimen ke 12 mulai bersidang pada 15 Jun 2009 hingga 30 Jun 2009.

a. Doa
b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan (10.00 pagi hingga 11.30 pagi)

1. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang merombak semula kegiatan ko-kurikulum di sekolah bagi membolehkan usaha melahirkan generasi muda berilmu, berkemahiran dan cergas.
- Soalan Tambahan - BN Lipis.

2. Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan keadaan yang sebenar mengenai hutan di semua negeri yang berkenaan termasuk keluasan hutan yang masih kekal. Setakat mana hutan asli dapat dipelihara dan keluasan yang telah musnah di semua negeri kerana pembalakan yang merupakan pengkhianatan.
- Soalan Tambahan - DAP Kepong.

3. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan di akhir-akhir ini semakin banyak media-media cetak dan elektronik yang menyebarkan berita-berita fitnah, hasutan dan yang boleh memecah belahkan perpaduan masyarakat termasuk melibatkan parti-parti politik. Berapa dan apakah bentuk-bentuk tindakan yang telah diambil terhadap pengendali media-media tersebut sepanjang tahun 2000 hingga 2008 serta tindakan keras Kerajaan di masa depan.
- Soalan Tambahan - BN Maran, DAP Ipoh Timur.

4. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan impak projek MID di kawasan luar bandar.
- Tidak Hadir

5. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha, konsep, dan pendekatan yang dilaksanakan untuk menyemaikan semangat kekitaan di kalangan generasi muda bagi mencapai matlamat gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB. Perdana Menteri.
- Soalan Tambahan - BN Sipitang, PAS Jerai (10.43 pagi).

6. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada dengan tertubuhnya SME Credit Bureau (M) Sdn Bhd. menerusi Credit Guarantee Corp. (M) Bhd. (GGC) milikan Bank Negara Malaysia telah berjaya membantu Usahawan-usahawan Kecil-Sederhana mencapai kemudahan dana secara lebih terus dan telus.
- Soalan Tambahan - DAP Jelutong.

7. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah kriteria yang diperlukan oleh sesebuah kawasan untuk mempunyai sebuah balai polis.
- Tidak Hadir

8. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah pihak Kerajaan akan mengkaji secara holistik terhadap keberkesanan sistem peperiksaan yang dilaksanakan di sekolah-sekolah di negara ini.
- Soalan Tambahan - PAS Kubang Kerian (11.00 pagi),

9. Tuan Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sejauh manakah jaminan Kerajaan untuk menjana peluang pekerjaan terutama bagi rakyat tempatan apabila Kerajaan memutuskan untuk meliberalisasikan 27 subsektor perkhidmatan seperti pelancongan, pengangkutan, kesihatan dan perniagaan.
- Soalan Tambahan -BN Tenom, PAS Pendang (11.19 pagi).

10. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah Kementerian sudah mengkomersialkan R&D tanaman ‘styvia’ yang dijalankan oleh MARDI sebagai alternatif pengeluaran gula. Sejauh manakah kejayaan yang dicapai dalam pemasaran gula alternatif ini bagi membantu menjaga kesihatan rakyat.
- Soalan Tambahan - PAS Hulu Langat (11.23 pagi), PAS Kuala Krai (11.28 pagi).

Soalan-soalan MP PAS yang telah disenaraikan:

14. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan kepada dewan pada kedudukan berapakah Malaysia diletakkan dalam kajian 150 negara, yang dilakukan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), tentang kos membuat panggilan telefon atau melayari Internet nisbah pendapatan purata bulanan, dan apakah sebabsebab utama yang menyebabkan kedudukan negara pada tangga tersebut.

Soalan 18 - Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan di antara projek yang dirancang dalam koridor ECER dan NCER adalah penanaman sayur-sayuran dan buahbuahan secara besar-besaran untuk tujuan penggunaan domestik dan import. Apakah langkah-langkah persiapan dari segi logistik untuk
menyempurnakan kedua-dua tujuan tersebut.

Soalan No. 24 - Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah peruntukan dan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian bagi menjayakan projek peningkatan hasil tanaman padi kepada petani-petani di kawasan MADA bagi tempoh 2008 dan 2009.

Soalan No. 46 - Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berapakah jumlah peruntukan yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian untuk menaik taraf sekolahsekolah SJK (C) dan SJK (T) dalam bentuk penyediaan kemudahan pembelajaran dan peningkatan pencapaian.

Soalan No. 51 - Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah guru Kementerian yang dipinjamkan ke sekolah-sekolah agama kendalian Kerajaan Negeri Kelantan dan sama ada kekananan mereka di Kementerian terjejas dengan peminjaman ini.

Soalan No. 56 - Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan perkembangan dasar menghapuskan dasar kawalan ketat bagi import gula dan tepung yang dikatakan boleh melahirkan kronisme dalam pemberian AP. apakah mekanisme gantian yang akan diperkenalkan dan bila.

Soalan no. 57. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah rasionalnya pembinaan jambatan ketiga ke Singapura dan apakah status perancangan untuk membina jambatan bengkok ke negara itu.
Soalan No. 62 - Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan peratusan hotel bertaraf empat bintang ke atas yang memiliki sijil halal yang dikeluarkan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC).

Soalan No. 64 - Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah ‘Program Cari’ yang dilaksanakan oleh Kementerian dapat mengurangkan bebanan masyarakat kurang berada dan jumlah peruntukan yang disalurkan setakat ini.

Soalan No. 65 - Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah perancangan Kerajaan untuk memastikan pelaksanaan infrastruktur awam yang mesra OKU (orang kurang upaya) dikuatkuasakan oleh semua institusi Kerajaan serta swasta di seluruh negara dan setakat ini berapa peratus kemudahan awam dan bangunan awam boleh dikira sebagai mesra OKU.

Soalan No. 66 - Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah terkini Kerajaan untuk menyelesaikan masalah Palestin.

Soalan 75 - Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil terhadap media antarabangsa yang melaporkan berita-berita yang memburukkan nama YAB. Perdana Menteri dan negara.

Soalan 79 - Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan mengenai kedudukan Projek Ternakan Puyuh di Sungai Setar, Jeneri, Sik yang melibatkan peruntukan RM 420,000 setahun sedangkan projek ini hanya melibatkan seorang penduduk di bawah skim PPRT dan projek ini selalu mengalami kerugian. Apakah perancangan Kementerian untuk mengatasi perkara ini.

Soalan 87 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan polisi Kementerian untuk merangsang rakyat menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi yang diberi dalam bentuk insentif dermasiswa, biasiswa, cuti bergaji, dana penyelidikan terutama dalam bidang kemanusiaan bagi melahirkan keseimbangan dengan sektor teknikal.

Soalan No. 90 - Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik bagi bilangan kanak-kanak di bawah umur 13 tahun yang telah dilaporkan hilang dan diculik dan berapakah bilangan yang masih gagal ditemui secara hidup dan mati serta bilangan yang masih gagal ditemui sejak 10 tahun lalu dan apakah perkembangan kes Nurin dan Sharlinie.

Soalan No. 91 - Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan mengiktiraf tandatangan pengesahan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dalam borang-borang permohonan yang dikeluarkan oleh agensi Kerajaan Persekutuan.

Soalan 103 - Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk memberi cuti bergaji penuh 60 hari kepada kakitangan Kerajaan yang bersalin anak ke enam (6) dan seterusnya dalam usaha menggalakkan kelahiran bagi mencapai sasaran 70 juta penduduk menjelang 2020.

Soalan 110 - Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan berhasrat menambah bilangan ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya supaya meliputi wakil-wakil parti politik utama dalam negara.

Soalan 112 - Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan berapakah jumlah rakyat tempatan yang telah dibuang kerja dan masih belum mendapat kerja tetap dan apakah langkah Kerajaan untuk menyelamatkan pekerja tempatan yang telah dibuang kerja.

c. Rang Undang-Undang Bacaan Kali Pertama dan Usul-Usul

- Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (Pindaan) 2009 (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri)

- Usul 18 (1) oleh YB Ahli Parlimen bagi Kawasan Padang Terap. Speaker menolak Usul untuk dibincangkan di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (2).

d. Perbahasan Rang Undang-Undang

1. (D.R. 19/2008) - Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2008. (Kementerian Kewangan) - Pertimbangan dalam Jawatankuasa sesebuah Majlis 17 Jun 2009.

- Perbahasan - PKR Indera Mahkota, PKR Balik Pulau, PKR Machang (11.57 pagi), PAS Titiwangsa (12.03 tengahari).

- Timbalan Menteri menjawab - BN Alor Setar.
- Celahan - PAS Titiwangsa (12.10 tengahari).

2. (D.R. 20/2008) Rang Undang-undang Makanan Haiwan 2008. (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani)

- Perbahasan - Bebas Tawau, PKR Lembah Pantai (12.37 tengahari), BN Tangga Batu, PAS Baling (1.00 tengahari).

- Sesi Petang - PAS Baling (2.34 petang). Celahan - PKR Kuala Kedah.

- PAS Parit Buntar (2.55 petang), PKR Kuala Kedah, DAP Rasah, PAS Pendang (3.19 petang), BN Ledang.

- PKR Kuala Kedah. Celahan - PAS Titiwangsa (3.42 petang), BN Pasir Salak.

- BN Lipis, PKR Selayang (4.02 petang), PKR Bagan Serai.

- PSM Sungai Siput. Celahan - PKR Balik Pulau (4.27 petang).

- DAP Batu Gajah, BN Parit, DAP Telok Intan, PKR Batu (5.08 petang).

- PAS Kuala Krai (5.22 petang). Celahan - PAS Kubang Kerian (5.27 petang), DAP Jelutong.

e. Ucapan Penangguhan

1. 18.6.2009 (Khamis) - Tuan Jeff Ooi (Jelutong) - Broadband PASCA 2010. (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)

2. 18.6.2009 (Khamis) - Tuan Er Teck Hwa (Bakri) - Struktur kualiti pembinaan laluan pintas Muar. (Menteri Kerjaraya)

Aturan Urusan mesyuarat,
SILA KLIK

Mesyuarat ditangguhkan pada 5.45 petang kepada 10.00 pagi 22 Jun 2009.

Thursday, June 18, 2009

Dewan Rakyat 17 Jun 2009 (Rabu)

Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal kedua Parlimen ke 12 mulai bersidang pada 15 Jun 2009 hingga 30 Jun 2009.

a. Doa
b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan (10.00 pagi hingga 11.30 pagi)

1. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan yang sewajarnya yang boleh diambil bagi mencegah kelakuan tidak senonoh pekerja-pekerja asing di sesuatu penempatan hingga mengganggu ketenteraman awam dan penduduk tempatan.
- Soalan Tambahan - BN Sri Gading, DAP Bukit Bintang.

2. Tuan Charles Anthony a/l R. Santiago [ Klang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan tujuan menubuhkan satu batalion Tentera Wataniah di kesemua 222 kawasan Parlimen dan adakah Tentera Wataniah akan diberi tugas semasa pilihan raya dan adakah mereka diperlukan mengundi melalui undi pos.
- Soalan Tambahan - DAP Klang, BN Kapit.

3. Dato' Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilakah Kementerian akan membina Hospital Perubatan Universiti Malaysia Sabah bagi memberi latihan amali kepada pelajar-pelajar fakulti perubatan UMS, memandangkan penduduk di negeri Sabah yang semakin meningkat.
- Soalan Tambahan - BN Kota Belud, PAS Kuala Krai (10.32 pagi).

4. Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) apakah prosedur serta langkah-langkah yang diambil Pusat Krisis dan Pengawalan Wabak Malaysia (CPRC) dalam mengekang penyebaran wabak Influenza A (H1N1) memandangkan penumpang-penumpang MH091 dan AK5358 tidak diwajibkan melaporkan diri untuk di kuarantin; dan
(b) apakah skop kuasa CPRC dan adakah ianya bertindih
dengan kuasa pihak Kementerian.
- Soalan Tambahan - PKR Lembah Pantai, BN Batng Sadong.

5. Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan tentang cadangan pewujudan serta penggubalan Akta Perlindungan Data Peribadi di negara ini.
- Soalan Tambahan - BN Kinabatangan, PKR Machang (10.52 pagi).

6. Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah langkah-langkah untuk meningkatkan keluasan tanaman kenaf.
- Soalan Tambahan - PKR Bagan Serai.

7. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) berapakah tangkapan dan rampasan dadah yang berjaya dilakukan pada tahun 2008 dan berapa ramai yang dihukum gantung sampai mati ; dan
(b) apakah strategi pencegahan yang berkesan bagi mengatasi penyalahgunaan dadah.
- Soalan Tambahan - BN Jempol, PAS Jerai (11.07 pagi).

8. Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kementerian membuat kajian terperinci terhadap pihak bank bagi memudahkan urusan pinjaman kepada para usahawan dan peniaga kecil, serta apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian bagi mengharamkan agensi peminjam wang yang lebih agresif bertindak sebagai ceti atau along.
- Soalan Tambahan - PKR Kuala Kedah, BN Rembau.

9. Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bagaimanakah usaha Kerajaan setakat ini untuk memperbanyakkan lagi kemudahan ambulans yang diubah suai daripada kenderaan pacuan empat roda (4WD) dan bot laju, memandangkan keadaan geografi Sabah dan Sarawak, sekali gus memerlukan pendekatan berlainan berbanding penggunaan ambulans yang biasa digunakan di Semenanjung.
- Soalan Tambahan - BN Silam, DAP Kota Kinabalu.

Soalan-soalan MP PAS yang telah disenaraikan:

14. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah yang bakal diambil untuk membetulkan semula kefahaman Islam selepas Kerajaan bersetuju untuk memansuhkan konsep Islam Hadhari.

Soalan No. 22 - Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sejauh mana seriusnya Kerajaan dalam menangani masalah bekalan ayam sehingga menyebabkan rakyat terbeban dengan harga ayam yang tinggi di pasaran.

Soalan No. 24 - Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah Persidangan Dewan Rakyat akan disiar secara langsung oleh RTM supaya rakyat dapat mengikuti segala perkembangan yang berlaku secara menyeluruh.

Soalan No. 26 - Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan usaha-usaha konkrit bagi menangani pelajarpelajar istimewa dan mereka yang mempunyai 'learning disabilities' supaya peluang pendidikan dan seterusnya kerjaya mereka mendapat pembelaan sewajarnya daripada Kementerian.

Soalan No. 28 - Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pembaharuan yang dilakukan dalam SPR di dalam membaik pulih sistem pilihan raya negara setelah 12 kali pilihan raya umum diadakan sejak negara mencapai kemerdekaan.

Soalan No. 38 - Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan peratus produk-produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang telah memasuki pasaran ‘hypermarket’ dan mengikut kategori nyatakan apakah masalah-masalah yang dihadapi serta langkah-langkah mengatasinya.

Soalan No. 42 - Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan :-
(a) apakah peranan yang dimainkan oleh Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) kepada negara; dan
(b) bagaimana pemilihan yang dibuat untuk menganggotai Majlis ini.

Soalan 50 - Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jumlah pelajar yang dibiayai oleh MARA bagi penuntut bidang perubatan dan kejuruteraan di luar negara (sebutkan mengikut negara) bagi 2009.

Soalan 56 - Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan adakah Kerajaan telah menjalankan kajian mendalam terhadap kesan menaikkan harga minyak RON97 pada 1 September ini. Sekiranya ada, apakah kesannya terhadap pengguna.

Soalan 68 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan akan meneruskan agenda Islam Hadhari setelah Konsep 1 Malaysia diperkenalkan dan sejauh manakah konsep ini bertepatan dengan kehendak agama Islam.

Soalan 79 - Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan adakah Kerajaan telah menguatkuasakan harga ayam sebagai barang kawalan. Jika ya, mengapa harga ayam sentiasa naik.

Soalan 100 - Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah faktor sebenar harga barangan dalam negeri masih terlalu mahal sedangkan minyak dan gas berada dalam keadaan murah (tidak sampai USD 60 setong).

Soalan 105 - Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah penghapusan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi adalah sebahagian dari langkah untuk merealisasikan konsep 1 Malaysia.

Soalan 106 - Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan pendirian pihak Kementerian terhadap Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik (PPSMI) dalam Bahasa Inggeris setelah kajian mendalam dan perbincangan meja bulat dibuat. Bagaimana pula konsep baru dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Inggeris terutama bagi pelajar luar bandar.

Soalan 110 - Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa banyakkah kes jenayah menggunakan senjata api yang berlaku bagi suku pertama tahun ini dan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan bagi memastikan yang jenayah seumpama ini dapat dihalang atau dikurangkan.

Soalan 113 - Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sehingga kini berapa jenis penyakit yang boleh menyebabkan kematian yang dikesan di seluruh dunia berpunca daripada babi dan adakah Kerajaan bercadang ke arah polisi penternakan babi sifar di Malaysia.

Soalan 116 - Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kedudukan Pengguna Air Empangan Beris yang telah lama siap tetapi tidak ada projek yang dilaksanakan untuk menggunakan air empangan ini.

Soalan 118 - Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang sikap Islam dalam konsep 1 Malaysia, apakah ia selaras dengan syariat Islam dan apakah status Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri.

Soalan 120 - Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan jumlah keseluruhan peruntukan Kementerian untuk menyediakan perkhidmatan latihan kepada bakal pesara dan bekas tentera di PERHEBAT (Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera) bagi tahun 2008 dan 2009 dan nyatakan jumlah keseluruhan pelatih yang telah mengikuti latihan di PERHEBAT sejak ia ditubuhkan.

Soalan 125 - Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah bentuk kejayaan yang telah dicapai hasil daripada dasar PPSMI.

c. Rang Undang-Undang Bacaan Kali Pertama dan Usul-Usul

- Usul 18 (1) oleh YB Ahli Parlimen bagi Kawasan Padang Terap

d. Perbahasan Rang Undang-Undang

1. (D.R. 19/2008) - Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2008. (Kementerian Kewangan) - Menyambung semula perbahasan 16 Jun 2009.

- Perbahasan - PAS Pengkalan Chepa (11.32 pagi)
- Celahan - BN Putatan, PAS Shah Alam (11.38 pagi), PAS Rantau Panjang(11.45 pagi), PAS Kuala Terengganu (11.55 pagi), BN Tangga Batu.

- Bebas Sepanggar. Celahan - PAS Rantau Panjang(12.15 pagi).
- PKR Kuala Langat (12.23 tengahari).
- BN Keningau. Celahan - PAS Pengkalan Chepa (12.42 tengahari), BN Tuaran, PAS Pokok Sena (12.53 tengahari).

- Sesi Petang - PAS Pokok Sena (2.36 petang).
- PAS Kuala Selangor.
- BN Tuaran. Celahan - BN Kota Belud.
- PKR Wangsa Maju.

- Timbalan Menteri menjawab - BN Alor Setar
Celahan - PAS Pengkalan Chepa (4.41 petang), PKR Balik Pulau, PKR Machang, PAS Kuala Selangor (5.04 petang), PKR Machang (5.14 petang).

e. Ucapan Penangguhan

1. 17.6.2009 (Rabu) - Tuan Liew Chin Tong (Bukit Bendera) - Jambatan kedua Pulau Pinang. (Perdana Menteri)

2. 17.6.2009 (Rabu) - Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) - Menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur membina lebih banyak medan meletak kereta bertingkat di Pusat Bandaraya. (Menteri Wilayah Persekutuan)

Aturan Urusan mesyuarat, SILA KLIK

Mesyuarat ditangguhkan pada 5.45 petang kepada 10.00 pagi 18 Jun 2009.

Wednesday, June 17, 2009

Dewan Rakyat 16 Jun 2009 (Selasa)

Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal kedua Parlimen ke 12 akan mulai bersidang pada 15 Jun 2009 hingga 30 Jun 2009.

a. Doa
b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan (10.00 pagi hingga 11.30 pagi)

1. Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) langkah-langkah untuk mengatasi ketidakseimbangan bagi permohonan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); dan
(b) jumlah bilangan (ikut kaum) yang berja
ya mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam pada tahun 2009.
- Soalan Tambahan - BN Gelang Patah, DAP Ipoh Timur.

2. Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan tidakkah Kerajaan bercadang menerima tandatangan penggawa dan penghulu Kerajaan yang diiktiraf dan tidak hanya tandatangan PPM untuk mendapatkan baja subsidi LPP sepertimana arahan pekeliling terbaru Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
- Soalan Tambahan - PKR Tanah Merah (video), BN Parit Sulong.

3. Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan langkah-langkah Kerajaan untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala terutamanya dalam bidang ekonomi di antara Malaysia dan negara-negara Asia Tengah seperti Uzbekistan dan Kyrgystan.
- Soalan Tambahan - BN Pulai.

4. Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Bank Negara terhadap syarikat-syarikat insurans yang kini tidak lagi menerima "Third Party Insurance" untuk kenderaan lama dan memaksa semua pemilik-pemilik kenderaan itu agar membeli "First Party Insurance".
- Soalan Tambahan - DAP Bandar Kuching, BN Kinabatangan.

5. Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan memandangkan rancangan Kerajaan membina pangsapuri bagi peneroka FELDA lebih menjimatkan daripada pembinaan rumah-rumah konvensional dan bagaimanakah pula kesan sosial yang akan dialami oleh masyarakat FELDA pangsapuri di masa akan datang.
- Soalan Tambahan - BN Paya Besar, Bebas Pasir Mas.

6. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI kursus-kursus yang ditawarkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi setelah Kementerian ini dibubarkan.
- Soalan Tambahan - PAS Parit Buntar (11.05 pagi) (Video), BN Jempol.

7. Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah Kerajaan melihat soal liberalisasi kewangan boleh membantu meningkatkan pembangunan kewangan dan ekonomi negara apatah lagi Malaysia dan dunia sekarang bergelut dengan kemelesetan ekonomi sejagat.
- Soalan Tambahan - BN Libaran, PKR Machang (11.19 pagi) (Video).

8. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah sebabnya pengusaha-pengusaha Melayu Islam masih ketinggalan dalam melahirkan produk halal dan apakah usaha Kementerian dalam mengatasinya juga apakah peranan HDC di sini.
- Soalan Tambahan - PAS Titiwangsa (11.27 pagi) (video).

Soalan-soalan MP PAS yang telah disenaraikan:
Soalan No. 16 - Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah pegangan saham Tabung Haji (TH) dalam syarikat Ramunia Berhad dan berapakah harga nilai semasa saham tersebut dan berapa harga sewaktu TH beli.

Soalan No. 18 - Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah perbelanjaan di bawah peruntukan Dana Khas dari wang royalti Terengganu yang telah dibelanjakan oleh Kementerian-kementerian, Agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri dari tahun 2000 hingga 2009. Bilakah jumlah kewangan tersebut akan dibayar balik kepada Kerajaan Negeri Terengganu.

Soalan No. 22 - Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah langkah yang telah dan akan diambil untuk memastikan Pesuruhjayapesuruhjaya Bangunan yang dilantik di bawah Seksyen 3, Akta 663 dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih berkesan.

Soalan No. 24 - Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bersedia untuk mengkaji semula peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan adakah Kerajaan sedar terdapatnya beberapa peraturan perjalanan pilihan raya yang seringkali menimbulkan kontroversi dan boleh menjejaskan sistem demokrasi di negara ini.
Soalan No. 38 - Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah asas pelantikan Tun Abdullah Badawi sebagai penasihat pembangunan koridor dan berapakah gaji, elaun dan kemudahan yang diterima sebagai penasihat pembangunan koridor.

Soalan No. 70 - Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jumlah keseluruhan peruntukan Kementerian untuk projek-projek infrastruktur bagi negeri Kedah untuk tahun 2008 dan 2009 dan menyenaraikan projek-projek meliputi semua jenis prasarana yang telah diluluskan bagi Daerah Kuala Muda dan Daerah Yan untuk tahun 2008 dan 2009.

Soalan 80 - Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-
(a) sejauh mana keberkesanan program Latihan dan Penempatan semula pekerja yang di buang kerja dalam usaha mengurangkan pengangguran di seluruh negara; dan
(b) impak terhadap industri pembuatan dan perladangan hasil daripada pemberhentian pekerja asing.

Soalan 98 - Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah perkembangan siasatan polis terhadap laporan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di Balai Polis Kampung Rapat, Ipoh berikutan tuduhan Adun Titi Serong. Khalil Idham Lim yang mendakwa Zambry dan Barisan Nasional telah membenarkan bangunan Dewan Undangan Negeri dimasuki oleh 'bomoh' untuk menjampi kerusi Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

Soalan 103 - Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tindakan yang diambil untuk menyelesaikan konflik pertembungan jurisdiksi mahkamah sivil dan mahkamah syariah di Malaysia.

Soalan 105 - Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, DAN KEBUDAYAAN menyatakan kemajuan projek 'high-speed broadband' dan adakah infrastruktur 'broadband' ini dapat dimanfaat oleh penduduk luar bandar.

Soalan 110 - Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang telah diambil terhadap media luar negara yang membuat laporan-laporan berunsur fitnah terhadap beliau.

Soalan 113 - Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan :-
(a) sama ada kekosongan jawatan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat telah diisi; dan
(b) sekiranya jawatan itu baru sahaja diisi, apakah alasannya pihak Kerajaan menunggu hampir setahun dan jika belum lagi diisi, apakah alasannya.

Soalan 118 - Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk memberi elaun pakaian seragam kepada pegawai-pegawai perkhidmatan pendidikan (guru) dalam usaha memperkasakan aktiviti ko kurikulum badan beruniform di peringkat sekolah, PPD, jabatan dan Kementerian.

Soalan 122 - Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan gejala Mat Rempit sedang berleluasa dan mengganas sekarang. Apakah langkah yang berkesan untuk mencegah gejala ini daripada menular dan berleluasa.

Soalan 125 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan prosedur serta etika pemeriksaan ke atas pesakit berlainan jantina dengan doktor.

Soalan 127 - Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan mengenai tapak Sekolah Baru Batu 8 yang sedang di bina dan di jangka siap dalam masa terdekat ini yang dapat didapati tidak selamat kerana berada di atas lorong (laluan) air bawah tanah. Apakah tindakan Kementerian untuk atasi masalah ini.

Soalan 130 - Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah punca sebenar yang menyebabkan Bank Islam memberhentikan kontrak kepada sebuah syarikat perisian Swiss - Temenos Group AG, yang membekalkan sistem 'core banking'nya yang baru sahaja dimeterai setahun yang lalu dengan kos sebanyak RM100 juta bagi menaik tarif sistem ITnya. Berapakah kerugian sebenar yang ditanggung oleh Bank Islam.

c. Rang Undang-Undang Bacaan Kali Pertama

Rang Undang-undang Bank Negara Malaysia 2009 - Menteri Kewangan

d. Perbahasan Rang Undang-Undang

1. (D.R. 15/2008) - Rang Undang-undang Latihan Khidmat Negara (Pindaan) 2008. [Menyambung Perbahasan 15 Jun 2009] (Kementerian Pertahanan)

- Perbahasan - DAP Kota Melaka, celah - BN Pasir Salak.
- BN Ledang, celah - Pasir Salak, PAS Pantau Panjang (12.08 tengahari).
- PKR Wangsa Maju (12.12 tengahari).

- Timbalan Menteri menjawab.
- Celahan - DAP Batu Gajah, PKR Indera Mahkota

- Sesi Petang - DAP Batu Gajah, PAS Sik (2.39 petang) (Video), PKR Selayang, PSM Sungai Siput, DAP Kota Melaka, Bebas Sepanggar, PKR Kuala Kedah, DAP Batu Gajah, DAP Telok Intan.

2. (D.R. 19/2008) - Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2008. (Kementerian Kewangan)

- Perbahasan - PKR Permatang Pauh (3.21 petang) (video)
- DAP Bukit Mertajam, celah - PAS Shah Alam, PAS Rantau Panjang.
- BN Kota Belud, PKR Machang (3.58 petang), celah - PAS Rantau Panjang (4.11 petang).
- Bebas Pasir Mas, celah - PAS Shah Alam (4.34 petang).
- PKR Indera Mahkota, BN Putatan.
- PAS Pengkalan Chepa (5.15 petang), celah - BN Jasin.

e. Ucapan Penangguhan

1. 16.6.2009 (Selasa) - Tuan Kulasegaran a/l Murugeson (Ipoh Barat) - Arahan Jemaah Menteri harus dilaksanakan dengan Pentadbiran secara adil berhubung isu Pemelukan Agama. (Perdana Menteri)

2. 16.6.2009 (Selasa) - Puan Fong Po Kuan (Batu Gajah) - Jenayah mengguna pakai nama bank dan Bank Negara untuk tujuan penipuan simpanan bank. (Menteri Kewangan)

Aturan Urusan mesyuarat, SILA KLIK

Mesyuarat ditangguhkan pada 5.45 petang kepada 10.00 pagi 17 Jun 2009.

Tuesday, June 16, 2009

Dewan Rakyat - 15 Jun 2009 (Isnin)

Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal kedua Parlimen ke 12 akan mulai bersidang pada 15 Jun 2009 hingga 30 Jun 2009.

a. Mengangkat Sumpah
- Pada permulaan sidang 15 Jun 2009, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin akan mengangkat sumpah selaku Ahli Parlimen Bukit Gantang. (Video)

b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan (10.00 pagi hingga 11.30 pagi)

1. Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta PERDANA MENTERI menyatakan penjelasan Gagasan "SATU MALAYSIA" dari segi perlaksanaan dan penerapannya kepada masyarakat majmuk di Malaysia dan bagaimanakah Gagasan ini akan dapat lebih bermanfaat dalam
menterjemahkan kejayaan Wawasan 2020.
- Soalan Tambahan - BN Tenggara.

2. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kewajaran dan peruntukan undang-undang yang membolehkan polis menceroboh persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada 7hb. Mei 2009, dan mengheret keluar Speaker yang sedang melaksanakan tugas ketika persidangan tersebut berjalan.
- Soalan Tambahan - PKR Permatang Pauh (10.46 pagi) (Video), BN Tangga Batu.

3. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) apakah pihak Kementerian berhasrat untuk membuat Penyelarasan dengan Penggunaan Satu (Format) mengenai Sistem Pendaftaran eKasih SPKR (Skim Program Kesejahteraan Rakyat) dan PBR (Program Bantuan Rumah) serta lain-lain Agensi Kerajaan; dan
(b) adakah pihak Kementerian berhasrat untuk menyelaraskan Pemberian Bantuan ini kepada satu Agensi Kerajaan sahaja kerana buat masa kini sudah terdapatnya permohonan serta kelulusan yang bertindih.
- Soalan Tambahan - BN Bintulu, PAS Kubang Kerian (11.03 pagi) (Video)

4. Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, DAN KEBUDAYAAN menyatakan ;-
(a) mengapa mengikut senarai konservasi Jabatan Warisan Negara 2006-2008, hanya 9 projek diperoleh untuk Pulau Pinang berbanding 49 untuk Melaka; dan
(b) berapakah pula bilangan projek, jenis projek dan kos yang diperuntukkan kepada Pulau Pinang bagi tahun 2009 dan 2010.
- Soalan Tambahan - DAP Bangan, BN Tangga Batu.

5. Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah benar Pakej Rangsangan Ekonomi yang dikemukakan oleh Kerajaan baru-baru ini akan pergi kepada sasaran yang tepat iaitu untuk membantu rakyat, terutama rakyat di kawasan luar bandar.
- Soalan Tambahan - BN Jerantut

6. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan tindakan Kementerian berikutan peningkatan kes ponteng sekolah dan samseng jalanan melibatkan para pelajar seluruh negara tetapi mengapakah mekanisme di Kementerian tidak begitu berfungsi untuk menangani masalah ini.


Soalan-soalan MP PAS yang telah disenaraikan:
Soalan No. 25 - Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan mengapa Kerajaan menarik balik sebahagian peruntukan dari Projek Bekalan Air Kuala Muda / Sik Pakej A, B dan C kerana projek ini amat diperlukan untuk pembekalan air di daerah Kuala Muda /Sik.

Soalan No. 28 - Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada pembinaan Hospital Kuala Krai yang hanya dijangka dimulakan pada RMK-10 dapat dipercepatkan ke RMK-9 kerana keadaan kesesakan yang keterlaluan pada masa kini.

Soalan No. 33 - Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapakah wang royalti petroleum yang dijanjikan untuk dibayar balik kepada Kerajaan Negeri Terengganu oleh PETRONAS pada bulan September 2008 masih belum dibayar. Sila nyatakan jumlah yang sepatutnya dibayar dari tahun 2000 hingga tahun 2009.

Soalan No. 40 - Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan setakat ini apakah dasar PPSMI yang melibatkan rundingan meja bulat dengan NGO dan pakar bahasa menghasilkan apa-apa resolusi yang konkrit dalam meneruskan dasar pendidikan dalam bahasa kebangsaan.

Soalan No. 42 - Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada dana KWSP akan diizinkan untuk dilaburkan di luar (abroad) memandangkan suasana krisis global yang memberi peluang kepada dana pencen terbesar yang kini sebanyak RM 342 bilion membeli aset pada harga kompetitif dan juga kerana dana melebihi keupayaan pasaran kewangan tempatan untuk menyerap pelaburannya.

Soalan No. 59 - Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengguna pakai kaedah imbasan Jari Pemilih pada hari mengundi.

Soalan 68 - Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan dengan Barisan Nasional tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dun Penanti, adakah Kerajaan akan mengurangkan jumlah pasukan polis ketika kempen pilihan raya tersebut nanti, atau masih tetap menghantar pasukan polis yang ramai seperti di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang serta Bukit Selambau dulu.

Soalan 72 - Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah balai polis yang ditenggelami oleh banjir di seluruh negara sejak tahun 1990, berapakah jumlah kerugian yang dialami dan apakah implikasi terhadap operasi dan pentadbiran balai polis terlibat. Dan apakah penyelesaian Kementerian terhadap Balai Polis Rantau Panjang yang saban tahun ditenggelami banjir.

Soalan 80 - Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah keseluruhan kutipan cukai pendapatan di negeri Kedah bagi tahun 2008 dan nyatakan jumlah pulangan balik melalui peruntukan geran tahunan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan negeri Kedah untuk tahun 2009.

Soalan 81 - Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah apa-apa tindakan yang akan diambil oleh SPRM terhadap calon-calon dalam pemilihan UMNO yang disabitkan dengan rasuah politik sedangkan mereka memegang jawatan penting dalam Kerajaan.

Soalan 82 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) secara terperinci portfolio pelaburan Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Nasional yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad; dan
(b) sama ada ia menepati piawaian syariah.

Soalan 89 - Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan status Labuan sebagai Pulau Bebas Cukai dan signifikasinya dalam pengecualian cukai terhadap arak, rokok dan judi dan adakah kajian dibuat sebagai perbandingan antara hasil pendapatan negara yang diraih berbanding kos yang terpaksa ditanggung Kerajaan atas kesan sampingan arak, rokok dan judi kepada rakyat.

Soalan 96 - Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah usaha-usaha Kerajaan menangani kemelesetan ekonomi selain pakej demi pakej rangsangan dan jika tidak ada usaha selain pakej tersebut, mengapa.

Soalan 115 - Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah (juga peratusan) kakitangan OKU (Orang Kurang Upaya) yang diambil bekerja dengan KPWKM dan apakah jawatanjawatan yang mereka sandang.

Soalan 120 - Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah Kementerian berhasrat membangunkan pertanian bersepadu dalam memanfaatkan kawasan rayau orang asli di samping memberi pekerjaan dan pendapatan tetap kepada mereka.

Soalan 124 - Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah sebenarnya peranan JAKIM dan adakah Kerajaan berpuas hati dengan prestasi JAKIM khususnya dalam menggarap persoalan dan isu-isu dan cabaran-cabaran kontemporari.

Soalan 128 - Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapa peratuskah keluarga di negara ini yang tidak memiliki rumah sendiri dan mengikut perancangan Kerajaan, bilakah akan wujud keadaan di mana setiap keluarga memiliki sekurang-kurang sebuah rumah sendiri.

Soalan 131 - Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah bentuk kawalan penyakit berjangkit yang dijalankan oleh Kementerian memandangkan mutakhir ini berbagai jenis penyakit yang menyebabkan berlaku jangkitan dengan cepat dan berbentuk epidemic dan pandemic.

Soalan 132 - Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah awal Kerajaan untuk merealisasikan slogan 1 Malaysia Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan.

c. Perbahasan Rang Undang-Undang

1. (D.R. 15/2008) - Rang Undang-undang Latihan Khidmat Negara (Pindaan) 2008. (Kementerian Pertahanan) - BN Mersing.
- Perbahasan - PAS Bachok (11.53 pagi) (Video), DAP Batu Gajah, BN Rembau, celah - DAP Telok Intan.

- PKR Sungai Petani, BN Jasin, celah - PKR Balik Pulau,

- PAS Kubang Kerian (12.46 tengahari) (Video).

- Sesi petang - Bebas Pasir Mas, BN Kinabatangan, celah - BN Putatan.

- PKR Machang (2.59), BN Lipis, DAP Telok Intan, BN Labuan, Bebas Tawau, BN Batang Sadong, PAS Parit Buntar (3.59 petang), BN Silam.

- PAS Kota Raja (4.28 petang), celah - PAS Sik (4.38 petang), PKR Kuala Kedah.

- BN Tangga Batu, celah - PAS Shah Alam (4.58 petang), BN Jasin, PKR Balik Pulau, DAP Kepong, PKR Batu, BN Padang Besar, BN Ledang, PAS Jerai (5.21 petang).

- DAP Kota Melaka.

d. Ucapan Penangguhan

1. 15.6.2009 (Isnin) - Tuan Chua Tian Chang (Batu) - Bantahan ke atas projek rumah mewah di atas Taman Rekreasi DBKL, Taman Metropolitan, Batu. (Menteri Wilayah
Persekutuan)

2. 15.6.2009 (Isnin) - Datuk Chua Soon Bui (Tawau) - Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air didesak menyelesaikan masalah gangguan bekalan kuasa elektrik dan air yang kerap kali berlaku berterusan di Tawau. (Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air)

Aturan Urusan mesyuarat, sila klik

Friday, June 12, 2009

Dewan Rakyat mula bersidang 15 Jun 2009 (Isnin)

Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal kedua Parlimen ke 12 akan mulai bersidang pada 15 Jun 2009 hingga 30 Jun 2009.

Pada permulaan sidang 15 Jun 2009, Dato' Seri Nizar Jamaluddin akan mengangkat sumpah selaku Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Seperti biasa, selepas upacara angkat sumpah ahli baru, sesi pertanyaan-pertanyaan jawab lisan akan diadakan selama satu setengah jam mulai 10.00 pagi hingga 11.30 pagi dan diikuti perbahasan Rang Undang-Undang.

Rang Undang-Undang (RUU) yang telah diedarkan untuk dibahaskan antaranya:-
1. RUU Latihan Khidmat Negara (Pindaan) 2008 (Kementerian Pertahanan).
2. RUU Lembaga Hasil Dalam Negeri (PIndaan) 2008 (Kementerian Kewangan)
3. RUU Makanan Haiwan 2008 (Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani).
4. RUU Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2008 (Kementerian Pengangkutan.
5. RUU Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008 -Pertimbangan Dalam Jawatankuasa Sesebuah Majlis (28 Ogos 2008) (Kementerian Dalam Negeri).
6. RUU Jawatankuasa Etika Hakim 2008 (Perdana Menteri).

Tuesday, June 9, 2009

Dewan Negara - 8 April 2009

Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Negara
a. Doa
b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah Kementerian sedar sebilangan besar peniaga Melayu mula beralih ke kawasan pinggir-pinggir bandar untuk meneruskan perniagaan akibat peluang perniagaan di kawasan bandar telah dimonopoli oleh bangsa asing dan apakah langkah susulan yang dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut.

2. Dr. Malasingam a/l Muthukumar minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah langkah yang diambil bagi memastikan ubat-ubatan yang dijual oleh farmasi sentiasa dikawal dari segi harga dan kualiti.

3. Puan Hajah Wan Hazani binti Wan Mohd Nor minta MENTERI PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan :-
(a) berapakah program yang bercampur bangsa dijalankan oleh pejabat-pejabat daerah dalam satu tahun; dan
(b) apakah tindakan yang diambil untuk merapatkan silaturahim antara rakyat Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

4. Datuk Haji Roslan bin Awang Chik minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan Kerajaan berhubung dengan jenayah pencerobohan peribadi seseorang individu yang dilihat semakin berleluasa.

5. Datin Paduka Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Dato' Seri Onn minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan mengamalkan konsep "double standard" dengan membenarkan Ahli-ahli Parlimen "above the law" manakala rakyat biasa tidak. Apakah konsep imuniti YB-YB masih relevan.

6. Dato' Yip Kum Fook minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan mengapa syarikat tambang murah seperti AirAsia yang beroperasi di KLIA mahu LCCT dibina khas untuk mereka sedangkan KLIA, yang menjadi kebanggaan kita, sudah memadai dan pembinaan LCCT boleh menjejaskan imej negara di mata pelancong.

7. Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato' Syed Zain minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bagaimanakah Kerajaan:-
(a) memantau kualiti air minuman mineral semula jadi yang telah dibotolkan; dan
(b) apakah tindakan yang telah diambil terhadap 20 syarikat yang tidak pernah menghantar keputusan analisis air kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan dari 2003 hingga 2007.

8. Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan tentang pendirian Kerajaan terhadap pelarian Rohingya yang memohon untuk mendapat pengiktirafan secara rasmi. Jika ada, sejauh mana tindakan telah diambil dan jika tidak apakah tindakan Kerajaan terutama bagi menangani isu ini.

9. Datuk Chandrasekar Suppiah minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah fungsi Biro Pengaduan Awam (BPA) dan mengapa ia sering dipersoalkan dan dipertikai oleh orang ramai termasuk pegawai Kerajaan. Apakah langkah-langkah susulan dari BPA untuk terus kekal di jiwa rakyat sebagai penyelesai masalah utama rakyat dan berapakah jumlah cawangan keseluruhan di Semenanjung dan Sabah/Sarawak. Bilakah cawangan-cawangan akan dibuka di negeri-negeri utara Semenanjung dan apakah masalah-masalah yang dihadapi untuk membuka cawangan baru ini.

10. Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah sebab utama Lebuh Raya MRRII menjadi bertambah sesak walaupun telah dibina lebuh raya lain di Bandaraya Kuala Lumpur bagi mengurangkan kesesakan di MRRII.

11. Dato' Wan Nordin bin Che Murat minta MENTERI PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan tindakan pihak Kerajaan terhadap merancakkan industri hiburan negara yang kian merudum akibat daripada lambakkan drama-drama serta lagu-lagu dari negara seberang sehinggakan industri hiburan tanah air semakin terjejas.

12. Dato' Hajah Samsiah binti Samsudin minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa ramaikah golongan tahfiz di negara ini mengikut negeri-negeri dan apakah pekerjaan yang sesuai untuk mereka. Bagaimana mereka dapat membantu dalam menyelesaikan kemelut sosial, keruntuhan moral dan sahsiah umat Islam.


b.
Perbahasan Rang Undang-Undang Bagi Bacaan Kali Kedua

1. (D.R. 3/2009) - Menteri Kewangan mencadangkan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2008) 2009

2. (D.R. 5/2009) - Menteri Kewangan mencadangkan Rang Undang-undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2009

3. (D.R. 31/2008) - Perdana Menteri mencadangkan Rang Undang-undang Perlindungan Saksi 2008

4. (D.R. 28/2008) - Perdana Menteri mencadangkan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2008

5. (D.R. 6/2009) - Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar mencadangkan Rang Undang-undang Pelantar Benua (Pindaan) 2009

6. (D.R. 1/2009) - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Rang Undang-undang Fi (Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan) (Pengesahan) 2009

7. (D.R. 9/2009) - Perdana Menteri mencadangkan Rang Undang-undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2009

8. (D.R. 14/2008) - Menteri Pengajian Tinggi mencadangkan Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2008.

Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) lengkap SILA KLIK.

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008