Dewan Rakyat - 15 Jun 2009 (Isnin)
a. Mengangkat Sumpah
- Pada permulaan sidang 15 Jun 2009, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin akan mengangkat sumpah selaku Ahli Parlimen Bukit Gantang. (Video)
b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan (10.00 pagi hingga 11.30 pagi)
1. Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta PERDANA MENTERI menyatakan penjelasan Gagasan "SATU MALAYSIA" dari segi perlaksanaan dan penerapannya kepada masyarakat majmuk di Malaysia dan bagaimanakah Gagasan ini akan dapat lebih bermanfaat dalam
menterjemahkan kejayaan Wawasan 2020.
- Soalan Tambahan - BN Tenggara.
2. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kewajaran dan peruntukan undang-undang yang membolehkan polis menceroboh persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada 7hb. Mei 2009, dan mengheret keluar Speaker yang sedang melaksanakan tugas ketika persidangan tersebut berjalan.
- Soalan Tambahan - PKR Permatang Pauh (10.46 pagi) (Video), BN Tangga Batu.
3. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) apakah pihak Kementerian berhasrat untuk membuat Penyelarasan dengan Penggunaan Satu (Format) mengenai Sistem Pendaftaran eKasih SPKR (Skim Program Kesejahteraan Rakyat) dan PBR (Program Bantuan Rumah) serta lain-lain Agensi Kerajaan; dan
(b) adakah pihak Kementerian berhasrat untuk menyelaraskan Pemberian Bantuan ini kepada satu Agensi Kerajaan sahaja kerana buat masa kini sudah terdapatnya permohonan serta kelulusan yang bertindih.
- Soalan Tambahan - BN Bintulu, PAS Kubang Kerian (11.03 pagi) (Video)
4. Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, DAN KEBUDAYAAN menyatakan ;-
(a) mengapa mengikut senarai konservasi Jabatan Warisan Negara 2006-2008, hanya 9 projek diperoleh untuk Pulau Pinang berbanding 49 untuk Melaka; dan
(b) berapakah pula bilangan projek, jenis projek dan kos yang diperuntukkan kepada Pulau Pinang bagi tahun 2009 dan 2010.
- Soalan Tambahan - DAP Bangan, BN Tangga Batu.
5. Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah benar Pakej Rangsangan Ekonomi yang dikemukakan oleh Kerajaan baru-baru ini akan pergi kepada sasaran yang tepat iaitu untuk membantu rakyat, terutama rakyat di kawasan luar bandar.
- Soalan Tambahan - BN Jerantut
6. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan tindakan Kementerian berikutan peningkatan kes ponteng sekolah dan samseng jalanan melibatkan para pelajar seluruh negara tetapi mengapakah mekanisme di Kementerian tidak begitu berfungsi untuk menangani masalah ini.
Soalan-soalan MP PAS yang telah disenaraikan:
Soalan No. 25 - Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan mengapa Kerajaan menarik balik sebahagian peruntukan dari Projek Bekalan Air Kuala Muda / Sik Pakej A, B dan C kerana projek ini amat diperlukan untuk pembekalan air di daerah Kuala Muda /Sik.
Soalan No. 28 - Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada pembinaan Hospital Kuala Krai yang hanya dijangka dimulakan pada RMK-10 dapat dipercepatkan ke RMK-9 kerana keadaan kesesakan yang keterlaluan pada masa kini.
Soalan No. 33 - Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapakah wang royalti petroleum yang dijanjikan untuk dibayar balik kepada Kerajaan Negeri Terengganu oleh PETRONAS pada bulan September 2008 masih belum dibayar. Sila nyatakan jumlah yang sepatutnya dibayar dari tahun 2000 hingga tahun 2009.
Soalan No. 40 - Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan setakat ini apakah dasar PPSMI yang melibatkan rundingan meja bulat dengan NGO dan pakar bahasa menghasilkan apa-apa resolusi yang konkrit dalam meneruskan dasar pendidikan dalam bahasa kebangsaan.
Soalan No. 42 - Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada dana KWSP akan diizinkan untuk dilaburkan di luar (abroad) memandangkan suasana krisis global yang memberi peluang kepada dana pencen terbesar yang kini sebanyak RM 342 bilion membeli aset pada harga kompetitif dan juga kerana dana melebihi keupayaan pasaran kewangan tempatan untuk menyerap pelaburannya.
Soalan No. 59 - Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengguna pakai kaedah imbasan Jari Pemilih pada hari mengundi.
Soalan 68 - Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan dengan Barisan Nasional tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dun Penanti, adakah Kerajaan akan mengurangkan jumlah pasukan polis ketika kempen pilihan raya tersebut nanti, atau masih tetap menghantar pasukan polis yang ramai seperti di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang serta Bukit Selambau dulu.
Soalan 72 - Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah balai polis yang ditenggelami oleh banjir di seluruh negara sejak tahun 1990, berapakah jumlah kerugian yang dialami dan apakah implikasi terhadap operasi dan pentadbiran balai polis terlibat. Dan apakah penyelesaian Kementerian terhadap Balai Polis Rantau Panjang yang saban tahun ditenggelami banjir.
Soalan 80 - Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah keseluruhan kutipan cukai pendapatan di negeri Kedah bagi tahun 2008 dan nyatakan jumlah pulangan balik melalui peruntukan geran tahunan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan negeri Kedah untuk tahun 2009.
Soalan 81 - Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah apa-apa tindakan yang akan diambil oleh SPRM terhadap calon-calon dalam pemilihan UMNO yang disabitkan dengan rasuah politik sedangkan mereka memegang jawatan penting dalam Kerajaan.
Soalan 82 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) secara terperinci portfolio pelaburan Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Nasional yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad; dan
(b) sama ada ia menepati piawaian syariah.
Soalan 89 - Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan status Labuan sebagai Pulau Bebas Cukai dan signifikasinya dalam pengecualian cukai terhadap arak, rokok dan judi dan adakah kajian dibuat sebagai perbandingan antara hasil pendapatan negara yang diraih berbanding kos yang terpaksa ditanggung Kerajaan atas kesan sampingan arak, rokok dan judi kepada rakyat.
Soalan 96 - Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah usaha-usaha Kerajaan menangani kemelesetan ekonomi selain pakej demi pakej rangsangan dan jika tidak ada usaha selain pakej tersebut, mengapa.
Soalan 115 - Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah (juga peratusan) kakitangan OKU (Orang Kurang Upaya) yang diambil bekerja dengan KPWKM dan apakah jawatanjawatan yang mereka sandang.
Soalan 120 - Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah Kementerian berhasrat membangunkan pertanian bersepadu dalam memanfaatkan kawasan rayau orang asli di samping memberi pekerjaan dan pendapatan tetap kepada mereka.
Soalan 124 - Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah sebenarnya peranan JAKIM dan adakah Kerajaan berpuas hati dengan prestasi JAKIM khususnya dalam menggarap persoalan dan isu-isu dan cabaran-cabaran kontemporari.
Soalan 128 - Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapa peratuskah keluarga di negara ini yang tidak memiliki rumah sendiri dan mengikut perancangan Kerajaan, bilakah akan wujud keadaan di mana setiap keluarga memiliki sekurang-kurang sebuah rumah sendiri.
Soalan 131 - Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah bentuk kawalan penyakit berjangkit yang dijalankan oleh Kementerian memandangkan mutakhir ini berbagai jenis penyakit yang menyebabkan berlaku jangkitan dengan cepat dan berbentuk epidemic dan pandemic.
Soalan 132 - Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah awal Kerajaan untuk merealisasikan slogan 1 Malaysia Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan.
c. Perbahasan Rang Undang-Undang
1. (D.R. 15/2008) - Rang Undang-undang Latihan Khidmat Negara (Pindaan) 2008. (Kementerian Pertahanan) - BN Mersing.
- Perbahasan - PAS Bachok (11.53 pagi) (Video), DAP Batu Gajah, BN Rembau, celah - DAP Telok Intan.
- PKR Sungai Petani, BN Jasin, celah - PKR Balik Pulau,
- PAS Kubang Kerian (12.46 tengahari) (Video).
- Sesi petang - Bebas Pasir Mas, BN Kinabatangan, celah - BN Putatan.
- PKR Machang (2.59), BN Lipis, DAP Telok Intan, BN Labuan, Bebas Tawau, BN Batang Sadong, PAS Parit Buntar (3.59 petang), BN Silam.
- PAS Kota Raja (4.28 petang), celah - PAS Sik (4.38 petang), PKR Kuala Kedah.
- BN Tangga Batu, celah - PAS Shah Alam (4.58 petang), BN Jasin, PKR Balik Pulau, DAP Kepong, PKR Batu, BN Padang Besar, BN Ledang, PAS Jerai (5.21 petang).
- DAP Kota Melaka.
d. Ucapan Penangguhan
1. 15.6.2009 (Isnin) - Tuan Chua Tian Chang (Batu) - Bantahan ke atas projek rumah mewah di atas Taman Rekreasi DBKL, Taman Metropolitan, Batu. (Menteri Wilayah
Persekutuan)
2. 15.6.2009 (Isnin) - Datuk Chua Soon Bui (Tawau) - Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air didesak menyelesaikan masalah gangguan bekalan kuasa elektrik dan air yang kerap kali berlaku berterusan di Tawau. (Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air)
Aturan Urusan mesyuarat, sila klik
0 comments:
Post a Comment