Thursday, June 18, 2009

Dewan Rakyat 17 Jun 2009 (Rabu)

Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal kedua Parlimen ke 12 mulai bersidang pada 15 Jun 2009 hingga 30 Jun 2009.

a. Doa
b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan (10.00 pagi hingga 11.30 pagi)

1. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan yang sewajarnya yang boleh diambil bagi mencegah kelakuan tidak senonoh pekerja-pekerja asing di sesuatu penempatan hingga mengganggu ketenteraman awam dan penduduk tempatan.
- Soalan Tambahan - BN Sri Gading, DAP Bukit Bintang.

2. Tuan Charles Anthony a/l R. Santiago [ Klang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan tujuan menubuhkan satu batalion Tentera Wataniah di kesemua 222 kawasan Parlimen dan adakah Tentera Wataniah akan diberi tugas semasa pilihan raya dan adakah mereka diperlukan mengundi melalui undi pos.
- Soalan Tambahan - DAP Klang, BN Kapit.

3. Dato' Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilakah Kementerian akan membina Hospital Perubatan Universiti Malaysia Sabah bagi memberi latihan amali kepada pelajar-pelajar fakulti perubatan UMS, memandangkan penduduk di negeri Sabah yang semakin meningkat.
- Soalan Tambahan - BN Kota Belud, PAS Kuala Krai (10.32 pagi).

4. Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) apakah prosedur serta langkah-langkah yang diambil Pusat Krisis dan Pengawalan Wabak Malaysia (CPRC) dalam mengekang penyebaran wabak Influenza A (H1N1) memandangkan penumpang-penumpang MH091 dan AK5358 tidak diwajibkan melaporkan diri untuk di kuarantin; dan
(b) apakah skop kuasa CPRC dan adakah ianya bertindih
dengan kuasa pihak Kementerian.
- Soalan Tambahan - PKR Lembah Pantai, BN Batng Sadong.

5. Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan tentang cadangan pewujudan serta penggubalan Akta Perlindungan Data Peribadi di negara ini.
- Soalan Tambahan - BN Kinabatangan, PKR Machang (10.52 pagi).

6. Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah langkah-langkah untuk meningkatkan keluasan tanaman kenaf.
- Soalan Tambahan - PKR Bagan Serai.

7. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) berapakah tangkapan dan rampasan dadah yang berjaya dilakukan pada tahun 2008 dan berapa ramai yang dihukum gantung sampai mati ; dan
(b) apakah strategi pencegahan yang berkesan bagi mengatasi penyalahgunaan dadah.
- Soalan Tambahan - BN Jempol, PAS Jerai (11.07 pagi).

8. Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kementerian membuat kajian terperinci terhadap pihak bank bagi memudahkan urusan pinjaman kepada para usahawan dan peniaga kecil, serta apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian bagi mengharamkan agensi peminjam wang yang lebih agresif bertindak sebagai ceti atau along.
- Soalan Tambahan - PKR Kuala Kedah, BN Rembau.

9. Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bagaimanakah usaha Kerajaan setakat ini untuk memperbanyakkan lagi kemudahan ambulans yang diubah suai daripada kenderaan pacuan empat roda (4WD) dan bot laju, memandangkan keadaan geografi Sabah dan Sarawak, sekali gus memerlukan pendekatan berlainan berbanding penggunaan ambulans yang biasa digunakan di Semenanjung.
- Soalan Tambahan - BN Silam, DAP Kota Kinabalu.

Soalan-soalan MP PAS yang telah disenaraikan:

14. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah yang bakal diambil untuk membetulkan semula kefahaman Islam selepas Kerajaan bersetuju untuk memansuhkan konsep Islam Hadhari.

Soalan No. 22 - Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sejauh mana seriusnya Kerajaan dalam menangani masalah bekalan ayam sehingga menyebabkan rakyat terbeban dengan harga ayam yang tinggi di pasaran.

Soalan No. 24 - Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah Persidangan Dewan Rakyat akan disiar secara langsung oleh RTM supaya rakyat dapat mengikuti segala perkembangan yang berlaku secara menyeluruh.

Soalan No. 26 - Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan usaha-usaha konkrit bagi menangani pelajarpelajar istimewa dan mereka yang mempunyai 'learning disabilities' supaya peluang pendidikan dan seterusnya kerjaya mereka mendapat pembelaan sewajarnya daripada Kementerian.

Soalan No. 28 - Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pembaharuan yang dilakukan dalam SPR di dalam membaik pulih sistem pilihan raya negara setelah 12 kali pilihan raya umum diadakan sejak negara mencapai kemerdekaan.

Soalan No. 38 - Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan peratus produk-produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang telah memasuki pasaran ‘hypermarket’ dan mengikut kategori nyatakan apakah masalah-masalah yang dihadapi serta langkah-langkah mengatasinya.

Soalan No. 42 - Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan :-
(a) apakah peranan yang dimainkan oleh Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) kepada negara; dan
(b) bagaimana pemilihan yang dibuat untuk menganggotai Majlis ini.

Soalan 50 - Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jumlah pelajar yang dibiayai oleh MARA bagi penuntut bidang perubatan dan kejuruteraan di luar negara (sebutkan mengikut negara) bagi 2009.

Soalan 56 - Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan adakah Kerajaan telah menjalankan kajian mendalam terhadap kesan menaikkan harga minyak RON97 pada 1 September ini. Sekiranya ada, apakah kesannya terhadap pengguna.

Soalan 68 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan akan meneruskan agenda Islam Hadhari setelah Konsep 1 Malaysia diperkenalkan dan sejauh manakah konsep ini bertepatan dengan kehendak agama Islam.

Soalan 79 - Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan adakah Kerajaan telah menguatkuasakan harga ayam sebagai barang kawalan. Jika ya, mengapa harga ayam sentiasa naik.

Soalan 100 - Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah faktor sebenar harga barangan dalam negeri masih terlalu mahal sedangkan minyak dan gas berada dalam keadaan murah (tidak sampai USD 60 setong).

Soalan 105 - Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah penghapusan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi adalah sebahagian dari langkah untuk merealisasikan konsep 1 Malaysia.

Soalan 106 - Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan pendirian pihak Kementerian terhadap Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik (PPSMI) dalam Bahasa Inggeris setelah kajian mendalam dan perbincangan meja bulat dibuat. Bagaimana pula konsep baru dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Inggeris terutama bagi pelajar luar bandar.

Soalan 110 - Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa banyakkah kes jenayah menggunakan senjata api yang berlaku bagi suku pertama tahun ini dan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan bagi memastikan yang jenayah seumpama ini dapat dihalang atau dikurangkan.

Soalan 113 - Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sehingga kini berapa jenis penyakit yang boleh menyebabkan kematian yang dikesan di seluruh dunia berpunca daripada babi dan adakah Kerajaan bercadang ke arah polisi penternakan babi sifar di Malaysia.

Soalan 116 - Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kedudukan Pengguna Air Empangan Beris yang telah lama siap tetapi tidak ada projek yang dilaksanakan untuk menggunakan air empangan ini.

Soalan 118 - Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang sikap Islam dalam konsep 1 Malaysia, apakah ia selaras dengan syariat Islam dan apakah status Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri.

Soalan 120 - Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan jumlah keseluruhan peruntukan Kementerian untuk menyediakan perkhidmatan latihan kepada bakal pesara dan bekas tentera di PERHEBAT (Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera) bagi tahun 2008 dan 2009 dan nyatakan jumlah keseluruhan pelatih yang telah mengikuti latihan di PERHEBAT sejak ia ditubuhkan.

Soalan 125 - Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah bentuk kejayaan yang telah dicapai hasil daripada dasar PPSMI.

c. Rang Undang-Undang Bacaan Kali Pertama dan Usul-Usul

- Usul 18 (1) oleh YB Ahli Parlimen bagi Kawasan Padang Terap

d. Perbahasan Rang Undang-Undang

1. (D.R. 19/2008) - Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2008. (Kementerian Kewangan) - Menyambung semula perbahasan 16 Jun 2009.

- Perbahasan - PAS Pengkalan Chepa (11.32 pagi)
- Celahan - BN Putatan, PAS Shah Alam (11.38 pagi), PAS Rantau Panjang(11.45 pagi), PAS Kuala Terengganu (11.55 pagi), BN Tangga Batu.

- Bebas Sepanggar. Celahan - PAS Rantau Panjang(12.15 pagi).
- PKR Kuala Langat (12.23 tengahari).
- BN Keningau. Celahan - PAS Pengkalan Chepa (12.42 tengahari), BN Tuaran, PAS Pokok Sena (12.53 tengahari).

- Sesi Petang - PAS Pokok Sena (2.36 petang).
- PAS Kuala Selangor.
- BN Tuaran. Celahan - BN Kota Belud.
- PKR Wangsa Maju.

- Timbalan Menteri menjawab - BN Alor Setar
Celahan - PAS Pengkalan Chepa (4.41 petang), PKR Balik Pulau, PKR Machang, PAS Kuala Selangor (5.04 petang), PKR Machang (5.14 petang).

e. Ucapan Penangguhan

1. 17.6.2009 (Rabu) - Tuan Liew Chin Tong (Bukit Bendera) - Jambatan kedua Pulau Pinang. (Perdana Menteri)

2. 17.6.2009 (Rabu) - Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) - Menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur membina lebih banyak medan meletak kereta bertingkat di Pusat Bandaraya. (Menteri Wilayah Persekutuan)

Aturan Urusan mesyuarat, SILA KLIK

Mesyuarat ditangguhkan pada 5.45 petang kepada 10.00 pagi 18 Jun 2009.

0 comments:

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008