Dewan Negara - 23 Disember 2008 (Selasa)
Doa
Setiausaha: Mengangkat Sumpah
Setiausaha: Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan
1. Tuan Ahmad bin Hussin minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah langkahlangkah yang telah diambil bagi mengatasi masalah kelemahan sistem pengedaran sedia ada yang telah menyebabkan barangan perlu yang dikawal harga dan diberi subsidi oleh Kerajaan (contohnya beras hancur 15%) tidak sampai kepada golongan sasaran terutama rakyat di kawasan luar bandar dan pedalaman.
2. Puan Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah geran penyelidikan yang telah diberikan dan dibelanjakan oleh 10 IPTA terkemuka dalam negara dari tahun 2004 hingga 2008 untuk menggalakkan inovasi dan penyelidikan ilmiah di kalangan mahasiswa dan pensyarah tempatan mengikut bidang.
3. Datuk Maijol bin Mahap minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah peranan yang disumbang oleh negara kita sebagai ahli United Nation Millenium Development bertujuan untuk mengurangkan kadar kemiskinan di rantau ini.
4. Datuk Haji Roslan bin Awang Chik minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan hasil kajian yang telah dijalankan oleh Pakar Geologi tempatan mengenai kesan gempa bumi di kawasan Janda Baik, Bentong kepada masyarakat tempatan dan juga sekitarnya seperti ke atas ibu kota Kuala Lumpur pada jangka masa panjang dan apakah proses pembinaan terowong sejauh 44.5km merentasi Banjaran Titiwangsa untuk tujuan projek penyaluran air mentah Pahang ke Selangor sedikit masa lagi akan memburukkan lagi tahap gegaran gempa.
5. Puan GK Loga Chitra minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sama ada Kerajaan mempunyai cadangan untuk menggunakan Kolej Kominiti untuk melatih graduan yang masih menganggur dengan menjalankan kursus-kursus kemahiran tambahan.
6. Datuk Akbar bin Ali minta MENTERI KEWANGAN menyatakan rasional mencantumkan Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope yang telah pun di bawah bumbung PNB serta KPI dan sasaran yang telah dan hendak dicapai melalui percantuman tersebut termasuk kos yang ditanggung dan apakah implikasinya jika percantuman tersebut tidak dibuat.
7. Tuan Osman bin Bungsu minta MENTERI LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan projek-projek pembangunan secara holistik yang telah dirancang di Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Utara dan Wilayah Ekonomi Timur. Apakah kesan ketara yang boleh dijadi "role model" pembangunan Orang Asli jangka panjang dalam pembangunan sosio-ekonomi, pendidikan dan budaya masyarakat Orang Asli sehingga ke peringkat global.
8. Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh manakah murid-murid yang telah berjaya khatam al-Quran melalui program j-Qaf memahami maksud ayat-ayat yang dibaca.
9. Puan Hajah Wan Ramlah binti Wan Ahmad minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Kerajaan akan meletakkan perjawatan imam dan bilal masjid ke dalam skim Kerajaan bagi membolehkan mereka dibayar gaji bulanan seperti kakitangan Kerajaan yang lain.
10. Dato' Hajah Siti Rokiah binti Mohd Zabidin minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah pihak Kerajaan tidak bercadang untuk membela kebajikan guru-guru Bahasa Melayu yang mengajar di SKJ (Cina) dan SJK (Tamil) sebagai subjek kritikal bagi memperoleh bayaran insentif sebagaimana yang diperolehi oleh guru-guru Bahasa Inggeris.
Aturan Urusan Mesyuarat (AUM), sila klik.
2. Perbahasan Rang Undang-undang:
i. Rang Undang-Undang-Undang Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman 2008 (DR 27/2008, sila klik)
ii. Rang Undang-Undang Pencen (Pindaan) (No.2) 2008. (DR 22/2008, sila klik)
iii. Perbahasan Rang Undang-undang Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) (No.2) 2008. (DR 23/2008, sila klik)
iv. Perbahasan Rang Undang-undang Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2008. (DR 24/2008, sila klik)
v. Perbahasan Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) (No.2) 2008. (DR 25/2008, sila klik)
..... LAGI akan menyusul
0 comments:
Post a Comment