Perbahasan Dewan Rakyat 2 Disember 2008
Setiausaha: Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan.
Usul 62: BN Kota Tinggi - Menteri Dalam Negeri menarik balik Rang Undang-Undang DNA untuk dibentangkan pada mesyuarat yang akan datang.
1. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapa banyak aduan kecuaian Pihak Hospital yang diterima oleh Kementerian mengikut setiap negeri dan akibat kecuaian ini berapa banyak ganti rugi yang dibayar akibat kecuaian pihak hospital dari tahun 2006-2007 dan hingga Ogos 2008.
- Soalan Tambahan - BN Sibuti, DAP Bukit Mertajam
2. Tuan Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berapakah jumlah bangunan Persekutuan seluruh negara dan berapa jumlah kos penyelenggaraan serta nyatakan senarai syarikat kontraktor yang memperolehi dan sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan tempoh kontrak yang diperolehi serta jenis-jenis kerja penyelenggaraan.
- Soalan Tambahan - PAS Pokok Sena (10.17 pagi) , BN Kalabakan, BN Putatan
3. Datuk Md.Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan sejauh manakah Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) mengalami impak dari kenaikan harga minyak dan bahan-bahan mentah sejak tahun 2007. Apakah langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang yang diambil untuk membantu PKS terbabit dari terus gulung tikar.
- Soalan Tambahan - BN Bukit Katil, DAP Bagan
4. Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan keberkesanan masih mengadakan pemulihan cara pembuangan negeri dan nyatakan bentuk pemulihan dan bantuan kepada ahli keluarga yang terlibat serta jumlah orang masih di bawah perintah ini setakat ini.
- Soalan Tambahan - DAP Batu Gajah, BN Rompin
5. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) jumlah Siswazah Lepasan Tahfiz Al-Quran yang dikendalikan oleh JAKIM; dan
(b) perancangan pihak JAKIM bagi menyediakan tenaga profesional terhadap masa depan negara. - Tidak Hadir
6. Tuan Manikavasagam A/L Sundaram [ Kapar ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-
(a) berapakah peruntukan yang diberikan kepada SRJK (Tamil) Tepi Sungai Klang bagi pembinaan bangunan baru dan bilakah ia sepatutnya siap dibina dan apakah sebab utama yang menyebabkan kelewatan dalam menyiapkan projek-projek sekolah Tamil; dan
(b) berapakah jumlah sekolah yang dibina oleh pihak PIBG dan berikan pecahan mengikut jenis sekolah dan berapakah jumlah sumbangan mereka mengikut jenis sekolah.
- Soalan Tambahan - PKR Kapar (10.46 pagi), DAP Taiping
7. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) berapakah jumlah peruntukan yang telah diperuntukkan kepada Bahagian Logistik Pasukan Polis Diraja Malaysia dalam usaha-usaha menambah baik kemudahan pentadbiran pejabat polis; dan
(b) bagaimanakah jumlah peruntukan tersebut diagihkan bagi setiap negeri.
- Soalan Tambahan - BN Bintulu, DAP Seputeh
8. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan adakah Kerajaan sedar disebabkan kos pengangkutan yang amat tinggi ke kampung-kampung di luar bandar menyebabkan harga barangan runcit dan makanan lebih tinggi berbanding di bandar dan ini amat membebankan penduduk, apakah usaha Kerajaan untuk mengatasinya.
- Soalan Tambahan - PAS Baling (11.04 pagi), DAP Taiping
9. Datuk Siringan bin Gubat [ Ranau ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan berapa keluasan tanaman kelapa sawit seluruh negara dan sumbangannya kepada ekonomi negara mengikut pecahan hasil yang diperoleh dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia dari 2003 hingga Jun 2008.
- Soalan Tambahan - BN Ranau, BN Serian
10. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan :-
(a) apakah tindakan Kerajaan untuk menjimatkan kegunaan bahan api dan tenaga termasuk lampu-lampu di jalan raya dan bangunan Kerajaan di Kuala Lumpur dan Putrajaya; dan
(b) berapakah anggaran penjimatan Kerajaan dalam masa setahun sekiranya lampu-lampu tersebut dikurangkan 2 jam sehari. - Tidak Hadir
11. Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah keuntungan yang dicapai mengikut negara hasil daripada pelaburan yang dibuat oleh Petronas ke atas lebih daripada 33 buah negara di seluruh negara.
- Soalan Tambahan - BN Arau
Senarai soalan lihat Aturan Urusan Mesyuarat (AUM), SILA KLIK.
Antara soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No 12 - Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah peruntukan mengurus Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) yang ditubuhkan untuk mengambil alih tugas-tugas dan peranan Pejabat Kemajuan Negeri Kelantan sebagai agensi utama menyelaras dan memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan persekutuan di negeri Kelantan sejak 1 Januari 1991 dan juga mengikut pecahan tahun.
Soalan No 18 - Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan status terkini Projek Ikan Hiasan di Kampung Bendang Man Sik yang dikatakan telah gagal. Apakah langkah penambahbaikan yang diambil projek ini bagi meringankan beban pesertanya.
Soalan No. 24 - Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan adakah Kerajaan bersedia dan berminat untuk memulakan usaha yang bersungguh-sungguh mendapatkan bukti-bukti penemuan baru bagi membawa kembali isu rayuan pemilikan Batu Puteh ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Soalan No. 31 - Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan kenapa Kerajaan masih tidak dapat menghapuskan rangkaian 'orang tengah' yang membebankan dan mendapat keuntungan besar hasil dari keringat nelayan.
Sesi Perbahasan Usul/ Perbahasan Bajet 2009 pada peringkat Jawatankuasa (mulai jam 11.30 pagi)
1. Perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Bekalan & Pembangunan B44/P44 Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan.
- Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan menggulung
- Pencelahan - DAP Ipoh Timur, BN Lipis, BN Tuaran, PAS Shah Alam (12.00 tengahari), BN Maran, PAS Parit Buntar, (12.05 tengahari), PAS Titiwangsa (12.07, 12.11 tengahari), DAP Batu Gajah, PKR Padang Serai (12.20 tengahari), BN Jempol, DAP Telok Intan, BN Jasin, BN Maran
- Sesi Petang - DAP Ipoh Timur, BN Lipis, DAP Kota Melaka, PAS Parit Buntar (2.50 petang), BN Jasin, DAP Ipoh Timur
3. Perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Bekalan & Pembangunan B45/P45 Kementerian Belia dan Sukan.
- Pembahas - BN Putatan, BN Labis, PKR Indera Mahkota (3.13 petang), BN Labis, PAS Tumpat (3.28 petang), BN Rompin, PAS Tumpat (3.32 petang), BN Tuaran, PKR Tanah Merah (3.44 petang), BN Kota Belud, PAS Kuala Krai (3.59 petang), BN Kuala Krau, DAP Petaling Jaya Utara, BN Tenggara, PAS Jerai (4.16 petang), BN Kimanis, PKR Kuala Langat (4.28 petang), BN Pasir Salak, BN Kinabatangan, DAP Bukit Bendera, BN Maran, PSM Sungai Siput, BN Jempol, PAS Pokok Sena (4.57 petang)
- Menteri Belia dan Sukan menggulung
- Pencelahan - PAS Pokok Sena (5.17 petang), PAS Titiwangsa (5.21 petang), PKR Indera Makhota (5.25 petang), BN Silam, PAS Pokok Sena (5.37 petang), PKR Machang (5.38 petang), PKR Kuala Langat (5.47 petang), BN Silam, DAP Kepong, PAS Kuala Selangor (5.56 petang), PAS Titiwangsa (5.59 petang), DAP Batu gajah, BN Maran, PKR Indera Mahkota (6.22 petang), DAP Kota Melaka, BN Paya Besar, PKR Bayan Baru (6.32 petang), BN Sri Gading, PKR Indera Mahkota (6.40 petang), PAS Titiwangsa (6.42 petang), PAS Pokok Sena (6.42 petang), PKR Machang (6.58 petang), BN Kanowit
4. Perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Bekalan & Pembangunan B46/P46 Kementerian Sumber Manusia.
- Pembahas - BN Sri Gading, PKR Hulu Langat (7.23 malam), BN Batang Sadong, PAS Parit Buntar (7.35 malam), BN Arau, PAS Hulu Langat (7.43 malam), BN Tenggara, DAP Telok Intan, BN Jasin, PKR Indera Mahkota (8.02 malam), BN Putatan, BN Parit
- Menteri Sumber Manusia menggulung
- Pencelahan - PKR Kuala Langat (8.33 malam), BN Jasin, PKR Kuala Langat (8.41 malam), PKR Subang (8.42 malam), DAP Kepong, PKR Kuala Langat (8.54 malam), BN Arau, BN Sri Gading, DAP Ipoh Timur, BN Labuan, PKR Subang (9.15 malam), PKR Kuala Langat (9.18 malam), BN Putatan
5. Perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Bekalan & Pembangunan B60/P60 Kementerian Pertahanan.
- Pembahas - DAP Ipoh Timur, BN Jasin, DAP Batu Gajah, BN Arau, DAP Kepong, BN Putatan, DAP Kepong, BN Sibuti, DAP Batu Gajah, DAP Kota Melaka, BN Pontian, PAS Titiwangsa (10.25 malam), BN Labuan, PKR Indera Mahkota (10.32 malam), BN Hulu Terengganu, PAS Parit Buntar (10.42 malam)
- Menteri Pertahanan menggulung
- Pencelahan - DAP Batu Gajah, PAS Titiwangsa (10.52 malam), BN Hulu Terengganu, DAP Batu Gajah
6. Perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Bekalan & Pembangunan B48/P48 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Mesyuarat ditamatkan pada jam 11.00 malam dan disambung semula pada jam 10.00 pagi 3 Disember 2008.
..... LAGI akan menyusul
0 comments:
Post a Comment