Dewan Negara - 4 Disember 2008 (Khamis)
2. Dato' Haji Idris bin Haji Buang minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan apakah langkah-langkah terbaru yang diambil oleh Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang benarbenar mencerminkan 'Malaysia Truly Asia'.
3. Puan Siw Chun a/p Eam minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah langkah-langkah dan jalan penyelesaian bagi mengatasi keruntuhan moral belia-belia di bandar dan juga di desa yang agak kritikal di masa ini.
4. Dato' Yip Kum Fook minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah "Wang Tidak Dituntut" yang terkumpul oleh Pendaftar sejak tahun 2003, sama ada jumlah ini meningkat atau menurun sejak Akta Wang Tak Dituntut ini dipinda pada 2002 dan apakah usaha yang diambil untuk mengesan pemilik "Wang Tak Dituntut" ini.
5. Tuan Haji Shamsudin bin Mehat minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah mekanisme yang digunakan oleh pihak Kementerian untuk memastikan semua kursus yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menepati apa yang dimahukan oleh pasaran kerja supaya tidak berlaku masalah pengangguran kerana kursus yang tidak menepati kemahuan pasaran kerja.
6. Tan Sri Datuk Tee Hock Seng minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan kemungkinan untuk mengkaji semula pemindahan keluarga setinggan ke PPR yang jauh dari kawasan kediaman asal mereka demi menjaga sumber pencarian, kebajikan dan pendidikan ahli keluarga.
7. Prof. Datuk Dr. Ismail bin Md. Salleh minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilakah sistem pendaftaran OKU akan dilaksanakan dan apakah satu modus operandi disediakan bagi melaksanakan pendaftaran tersebut.
8. Datuk Haji Roslan bin Awang Chik minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan apakah ada sebarang pengecualian bagi mana-mana negeri untuk tidak diambil alih industri air mereka oleh Kerajaan Negeri masing-masing. Jika ada pengecualian tersebut, apakah kriteria yang boleh diterima pakai untuk tujuan itu dan kaedah-kaedah selanjutnya untuk menangani masalah ini.
9. Puan Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PELAJARAN menyatakan status, kursus dan bilangan graduan yang dilahirkan daripada Maktab Perguruan Islam dari tahun 2000-2008 dan tindakan pemerkasaan yang telah dilaksanakan selari dengan penekanan terhadap JQAF dan KAFA dalam tempoh tersebut.
10. Datuk Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan tentang perkembangan konsesi lebuh raya di Malaysia kerana ada di kawasan yang mempunyai lebuh raya dan dikenakan tol yang agak tinggi tetapi pengguna terpaksa menghadapi kesesakan yang
amat teruk terutama di kawasan LDP dan Subang Jaya.
11. Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapakah Kerajaan tidak mewujudkan bank seperti Grameen Bank yang ternyata begitu berjaya membantu ekonomi rakyat termiskin di Bangladesh. Nampaknya bank tradisi gagal memahami masalah rakyat termiskin.
12. Puan Heng Seai Kie minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah langkah yang telah diambil Kerajaan untuk mengawal inflasi dan menurunkan harga barangan berikutan kejatuhan harga petrol.
0 comments:
Post a Comment