Dewan Negara - 30 Mac 2009 (Isnin)
Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Negara
a. Doa
b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Haji Ahmad Rusli bin Haji Ibrahim minta PERDANA MENTERI menyatakan berdasarkan suasana masa kini serta kedudukan masa akan datang terhadap keperluan mewujudkan Mahkamah Perlembagaan.
2. Dato' Wong Siong Hwee minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan dengan kejatuhan harga komoditi seperti getah, kelapa sawit dan koko dan peningkatan harga baja, racun dan kos operasi adakah Kerajaan bercadang memberi subsidi kepada pekebun yang membuat pembelian bahan input.
3. Prof. Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-
(a) apakah matlamat sebenar PPSMI dan apakah rasional menggunakan bahasa Inggeris untuk mengajar kedua mata pelajaran ; dan
(b) nyatakan jumlah elaun khas yang dibayar kepada guru-guru tersebut, kos pembiayaan untuk pembelian peralatan multimedia dan infrastruktur serta nama syarikat-syarikat yang membekalkan peralatan-peralatan tersebut.
4. Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan kos yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan apabila menangguhkan sehingga setahun kenaikan tol di lima lebuh raya baru-baru ini dan apakah langkah yang akan diambil oleh Kerajaan agar kenaikan tol pada masa akan datang dapat dielakkan.
5. Prof. Datuk Dr. Ismail bin Md. Salleh minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan elaun pengangguran (unemployment allowance) bagi pekerja-pekerja yang terpaksa diberhentikan. Jika ada, bagaimanakah elaun pengangguran ini akan dibiayai.
6. Dato' Gooi Hoe Hin minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk memulihkan sektor kayu-kayan negara.
7. Dato' Musa bin Haji Sheikh Fadzir minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk memecahkan monopoli perniagaan dalam negara kita supaya tidak merugikan rakyat di mana misalnya monopoli barangan makanan seperti gula dan beras menyebabkan sering mengalami kenaikan harga dan sekali gus menghapuskan amalan kronisme.
8. Dato' Ir. Hiang A Li minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kerajaan mempunyai rancangan untuk memantau dan mengkaji kesan pemanasan glabal atas cuaca di negara kita. Jika ada, apakah kesan buruk yang dihadapi sekarang.
9. Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah punca-punca telah dikenal pasti dalam berlakunya masalah disiplin di kalangan para pelajar sekolah menengah yang berleluasa dewasa ini dan apakah langkah-langkah Kementerian bagi mengatasinya terutama sekali gejala buli di sekolah.
10. Puan Hajah Wan Ramlah binti Wan Ahmad minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kaedah penjualan langsung yang diamalkan oleh syarikat-syarikat dalam negara menyebabkan banyak produk makanan dan ubat-ubatan dijual kepada orang awam. Apakah peranan Kementerian dalam memastikan produk makanan dan ubat-ubatan itu selamat digunakan.
11. Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf minta PERDANA MENTERI menyatakan kos Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu melibatkan perbelanjaan Suruhanjaya Pilihan Raya, Polisi Diraja Malaysia, lain-lain jabatan dan kos keseluruhan.
12. Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah alternatif sekiranya kos untuk membekalkan air dan elektrik kepada sesebuah kampung terpencil didapati tidak ekonomi. Adakah Kerajaan bercadang untuk memindah dan memusatkan penduduk-penduduk yang berkenaan ke lokasi yang lebih sesuai dan boleh dibekalkan air dan elektrik.
13. Puan GK Loga Chitra minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan kategori ibu tunggal yang didaftarkan dan mekanisme yang digunakan oleh pihak Kementerian untuk mengenal pasti kumpulan ini dan pecahan mengikut kaum dan umur.
14. Dato' Wan Nordin bin Che Murat minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan mengenai mutu sukan negara makin merundum terutama sekali pencapaian jaguh-jaguh negara yang memegang 'title' nombor satu dunia seperti Dato' Nicole David dan Dato' Lee Chong Wei yang tewas baru-baru ini di dalam kejohanan masing-masing. Apakah tindakan Kementerian bagi memastikan tahap prestasi mereka harus berada seiring dengan gelaran mereka.
15. Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato' Syed Zain minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sama ada Kementerian meluluskan permohonan ibu bapa untuk anak-anak mereka "bersekolah di rumah" (home-schooling).
b. Datuk Haji Roslan bin Awang Chik akan mencadangkan:-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Kedua Parlimen Yang Kedua Belas.”.
- Perbahasan -
Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) lengkap SILA KLIK.
0 comments:
Post a Comment