TV MPPAS

Prompt: If you cannot view program, please download and install play engine Internet Explorer Download Now

Rakaman

Monday, November 9, 2009

Dewan Rakyat, 10 November 2009 (Selasa)

Doa
A. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah Kementerian akan memberi pengiktirafan dan bantuan sekiranya Kerajaan Negeri Sabah akan membina sebuah hospital baru sedangkan Kementerian merancang akan membina semula Hospital Queen Elizabeth. [ Soalan tambahan: BN Kalabakan, BN Sepanggar ]

2. Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kedudukan permohonan kewarganegaraan Malaysia:-
(a) sehingga September 2009 jumlah permohonan yang masih dalam proses. Berikan angka mengikut tahun permohonan dan pecahan mengikut kaumnya; dan
(b) apakah keputusan permohonan Encik Tan Soon Hoe, rujukan tuan :04031011-20011105-145809-14 (No. Kad Pengenalan Merah : 520731-01-5871). [ Soalan tambahan: DAP Kota Melaka, BN Arau ]

3. Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah dengan penubuhan Ekuiti Nasional Bhd. (EKUINAS) membolehkan Kerajaan melahirkan usahawan-usahawan baru yang bertaraf jutawan dan mewujudkan rantaian konglomerat yang boleh membantu pembangunan ekonomi negara. [ Soalan tambahan: BN Libaran, PKR Indera Mahkota (10.30 pagi) ]

4. Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-
(a) apakah pelan tindakan Kementerian untuk membina sebuah empangan air di Tawau bagi menyelesaikan kekurangan bekalan air yang serius di Tawau sepertimana yang telah dirancang oleh Jabatan Air Tawau sejak RMK-9; dan
(b) jika tidak apakah pelan alternatif untuk menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air itu. [ Soalan tambahan: Bebas Tawau ]

5. Dato' Dr. James Dawos Mamit [ Mambong ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan jumlah pinjaman terkini untuk syarikat-syarikat yang membangunkan ladang-ladang hutan berlesen di negeri Sarawak. Nyatakan juga bilangan syarikat tersebut dan keluasan kawasan yang sudah dibangunkan selama ini. [ Soalan tambahan: BN Mambong, BN Hulu Rajang ]

6. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) bilangan saman yang dikeluarkan kepada pemandu kenderaan yang memandu dengan kelajuan perlahan dari Januari 2008 hingga Jun 2009 ; dan
(b) adakah Kerajaan sudah menjalankan kajian peningkatan kemalangan jalan raya disebabkan oleh pemandu yang memandu dengan kelajuan perlahan. [ Tidak Hadir ]

7. Tuan Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan kedudukan pengaliran Foreign Direct Investments (FDI) yang masuk ke dalam dan yang keluar dari ekonomi Malaysia dalam tempoh setahun yang lepas. Dalam masa yang sama, sila nyatakan saiz dana kepunyaan Malaysia yang dilaburkan di luar negara. [ Soalan tambahan: BN Linggi, PAS Bachok (11.15 pagi) ]

8. Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pendekatan yang diguna pakai oleh Pusat Anak Permata. Nyatakan setakat ini, berapakah peruntukan telah diluluskan kepada Permata Negara, bilangan kanak-kanak yang berada di bawah program ini, latihan dan kelayakan guru dan kos pengurusan sebuah pusat tersebut. [ Soalan tambahan: DAP Batu Gajah, BN Parit Sulong, PAS Kota Raja (11.23 pagi) ]

9. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan keberkesanan Dasar Pertanian Negara dalam mengurangkan kebergantungan import makanan dalam negara. [ Soalan tambahan: BN Sri Gading ]

10. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan punca kekurangan gula di pasaran. Nyatakan senarai pengeluar gula berlesen, jumlah subsidi dan jumlah kes penyeludupan dan penyorokan gula dan apakah langkah yang telah diambil bagi mengatasi kekurangan gula di pasaran. [ Soalan tambahan:

11. Datuk Tiong Thai King [ Lanang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan Kementerian telah memberi banyak peruntukan kepada negeri Sarawak untuk memajukan kawasan luar bandar terutamanya bekalan air dan elektrik. Kenapakah kawasan Parlimen Lanang belum mendapat manfaat walaupun permohonan dikemukakan setiap tahun.

12. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan mengapakah satu indeks kesaksamaan gender tidak diterapkan ke dalam Petunjuk Prestasi Utama Kementerian sebagai bukti usaha sungguh-sungguh merealisasikan komitmen Kerajaan terhadap kesaksamaan gender dalam semua ruang lingkup kehidupan rakyat.

Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No. 16 - Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bila Skim Pembiayaan Kesihatan akan dilaksanakan setelah kajian dilakukan sejak tahun 1985.

Soalan No. 18 - Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah hukuman rotan akan diperkenalkan semula sebagai salah satu cara mengurangkan masalah disiplin pelajar.

Soalan No. 28 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah kriteria yang diperlukan oleh Kerajaan dalam penganugerahan lesen pengendalian takaful.

Soalan No. 31 - Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan langkah-langkah konkrit bagi mengatasi kejatuhan ranking dalam 'global competitiveness', ke tangga 24 yang dianjurkan dan dilaporkan oleh 'World Economic Forum' (2009) khususnya yang disebabkan oleh masalah 'institutional framework'.

Soalan No. 35 - Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah yang dimaksudkan dan dikategorikan sebagai dokumen OSA dan tujuan ianya dikategorikan di dalam dokumen OSA berkenaan.

Soalan No. 37 - Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah usaha-usaha Kerajaan untuk memastikan wakil-wakil Kementerian dalam syarikat-syarikat Kerajaan dapat berfungsi dengan berkesan.

B. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R. 32/2009) Rang Undang-undang Perbekalan 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang (9 November 2009)". DAN

Usul dibuat oleh YAB. Menteri Kewangan dan Masalah dicadangkan:-
"Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau ("P") dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut." - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 November 2009)

7. [ Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menjawab - BN Larut - Celahan: PKR Lembah Pantai (11.36 pagi), BN Kanowit, BN Hulu Rajang, BN Kapit, BN Kinabantangan, BN Jempol, Bebas Pasir Mas ]

8. [ Menteri Belia dan Sukan menjawab - BN Kemaman - Celahan: BN Arau, BN Lenggong, PKR Bayan Baru (12.31 tengahari), PKR Indera Mahkota (12.31 tengahari), BN Putatan, DAP Bakri, PKR Indera Mahkota (12.53 tengahari), PKR Padang Serai (12.59 tengahari).

Sesi petang - DAP Kota Melaka, PAS Sik (2.39 petang), BN Kalabakan

9. [ Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menjawab - BN Senator - Celahan: DAP PJ Utara, PKR Machang (3.14 petang), DAP Jelutong, BN Sri Gading, Bebas Pasir Mas, BN Tangga Batu, PKR Lembah Pantai (4.07 petang), DAP Ipoh Barat, DAP Serdang.

10. [ Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - BN Miri - Celahan: DAP Ipoh Barat, BN Tangga Batu, BN Padang Rengas, BN Tangga Batu, PAS Hulu Langat (4.41 petang), DAP Kota Kinabalu, BN Putatan, DAP Beruas, PAS Shah Alam (4.54 petang, 5.06, 5.23 petang) BN Ranau, BN Kanowit, PKR Permatang Pauh (5.35 petang), PKR Machang (5.55 petang), DAP Seputeh, PAS Shah Alam (6.18 petang)]

11. [ Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (BN Semporna) menggulung - Celahan - PAS Kuala Krai, Bebas Pasir Mas ]

12. [ Menteri Pengajian Tinggi (BN Pasir Gudang) menggulung - Celahan - PAS Padang Terap (7.40 malam), DAP Seputeh, DAP Rasah, PKR Kulim Bandar Baru (diarah keluar Dewan dan kemudiannya Speaker minta Bentara panggil semula), Bebas Pasir Mas (7.58 malam), DAP Kepong, ]

13. [ Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (BN Baram) menggulung - PAS Kuala Krai (9.03 malam), DAP PJ Utara, PKR Indera Mahkota (9.15 malam), DAP Rasah, PAS Shah Alam, DAP Bukit Bintang, BN Kapit, ]

14. [ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (BN Petrajaya) menggulung (9.51 malam) - Celahan - DAP Bakri, PAS Hulu Langat, BN Putatan, PAS Kuala Krai, PKR Wangsa Maju, BN Mambong, ]

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 malam

Atusan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK

0 comments:

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua)

Perbahasan rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 15 Disember 2009

6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]

5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]

4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]

3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]

2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]

1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008