TV MPPAS

Prompt: If you cannot view program, please download and install play engine Internet Explorer Download Now

Rakaman

Friday, November 13, 2009

Dewan Rakyat, 16 November 2009 (Isnin)

Doa
A. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah jumlah penglibatan kaum-kaum dalam sektor pertanian di seluruh negara mengikut bidang seperti pertanian, penternakan dan sebagainya mengikut pecahan negeri-negeri dan berapakah jumlah keperluan pemakanan negara yang masih diimport. [ Soalan tambahan: BN Maran, DAP Bukit Mertajam ]

2. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada Kerajaan bersetuju melaksanakan pembinaan hospital baru Kuala Krai secara 'build-operate-transfer' oleh syarikat swasta bagi menyegerakan penyiapannya dalam tempoh RMK-9. [ Soalan tambahan: PAS Kuala Krai ]

3. Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bilangan graduan menganggur yang berdaftar dengan Job Clearing System (JCS), Kementerian sehingga 30 September 2009 mengikut IPTA dan bidang utama.
[ Soalan tambahan: BN Sekijang, PKR Kuala Langat ]

4. Dato' Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah perkembangan Projek Intergrated Transport Information System (ITIS) dalam mempertingkatkan keberkesanan pengurusan kemudahan rangkaian jalan raya dan nyatakan peratusan kejayaannya. Mungkinkah sistem ini boleh diimplementasikan
di bandar-bandar besar di negeri-negeri lain. [ Soalan tambahan: Tidak Hadir ]

5. Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk meningkatkan ceiling penjualan saham ASB kepada ramai Bumiputera yang berminat dan mampu atau dimansuhkan terus ceiling seperti mana yang dinikmati oleh pelabur kaya Amanah Saham 1Malaysia. [ Soalan tambahan: BN Jasin, PKR Indera Mahkota ]

6. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan senarai kampung-kampung Orang Asli di mana projek-projek pertanian telah dilaksanakan dan menyenaraikan projek-projek yang telah diserah balik kepada masyarakat Orang Asli untuk diuruskan oleh mereka sendiri. [ Tidak Hadir ]

7. Datuk Richard Riot anak Jaem [ Serian ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi memastikan hubungan negara kita dengan negara-negara jiran sentiasa baik. [ Soalan tambahan: BN Serian, DAP Ipoh Barat ]

8. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan mengapakah tindakan tegas tidak diambil ke atas dua ahli akademik UiTM yang dikesani terlibat dalam kesalahan plagiarisme atau memplagiat penerbitan buku panduan untuk pelajar universiti tersebut. [ Soalan tambahan: PAS Kuala Selangor, DAP Bukit Gelugor ]

9. Dato' Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah pelaksanaan dasar pembelian kereta terpakai yang telah berusia 15 tahun bagi tujuan pelupusan dan sehingga kini, berapa ramai pemilik kenderaan yang menyertai skim ini dengan jumlah kenderaannya sekali. [ Soalan tambahan: BN Kuala Nerus, PAS Pendang ]

10. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi mewujudkan satu Konsortium menggabungkan FELDA, RISDA dan FELCRA. [ Soalan tambahan: PAS Kota Bharu, BN Jempol ]

11. Tuan Matulidi bin Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan maksud cadangan pembiayaan secara Public Financial Initiative atau PFI bagi pembinaan Hospital Daerah Dungun yang dianggarkan sebanyak RM180 juta dan dijangka menyediakan 128 buah katil dan nyatakan bilakah ianya akan dimulakan. [ Soalan tambahan: BN Dungun ]

12. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sebab Kerajaan hanya memberikan diskaun 20 peratus kepada pengguna lebuh raya yang menggunakan Smart Tag dan Touch N Go dan jumlah transaksinya melebihi 80 kali sebulan. [ Tidak hadir ]

13. Tuan Hasbi Bin Habobollah [ Limbang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan dapatkah kerajaan membina sebuah sekolah Menengah Kebangsaan yang baru untuk menggantikan SMK limbang yang sudah berusia 47 tahun dan dalam keadaan yang sangat daif dengan murid sekolah yang berjumlah melebihi 1000 orang. [Soalan tambahan: BN Limbang ]

14. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejak bilakah Jabatan Kastam Kelantan digunakan untuk tujuan taksiran dan kutipan cukai bagi pengeluaran gas dan minyak di kawasan Joint Development Area (JDA) melibatkan Malaysia - Thailand dan Malaysia - Vietnam Commercial Area Agreement (CAA) dan kenapakah sebelum ini Jabatan Kastam Terengganu digunakan sedangkan Kota Bharu adalah lebih dekat bagi kawasan-kawasan itu. [ Soalan tambahan: PAS Shah Alam ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:

Soalan No. 26 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan perancangan Kementerian dalam meneruskan projek pembesaran Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap.

Soalan No. 28 - Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) statistik kadar jenayah tahun 2009 berbanding tahun 2008; dan
(b) sejauh manakah pasukan keselamatan berjaya mengatasi masalah jenayah yang berleluasa.

Soalan No. 29 - Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah Jambatan Sultan Yahya Kedua akan siap dan adakah jambatan itu kini dipendekkan.

B. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 (D.R. 32/2009) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2010 seperti berikut :

“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut.” - Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (16 November 2009)

1. [ Perbahasan usul Potong Gaji Menteri Di JPM (BN Tasek Gelugor) -

YB Tuan Chong chieng Jen [ DAP Bandar Kuching ] akan mencadangkan "Bahawa perbelanjaan diluluskan dengan syarat dikurang sebanyak RM10.00 daripada perkara Maksud Bekalan/Pembangunan 6 - Jabatan Perdana Menteri Kod 10000 Emolumen iaitu dengan memotong gaji Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, sebanyak RM10.00."

[ Perbahasan - BN Jempol, DAP Batu Gajah, BN Sri Gading, PKR Batu, BN Kinabatangan, PAS Kuala Selangor, BN Ledang, Bebas Pasir Mas, DAP Bukit Mertajam, BN Arau, BN Tasek Gelugor ]

2. Perbahasan Bajet 2010 (Peringkat Jawatankuasa)
2.1 [ Perbahasan Bagi Kepala B1 - B9 dan P6 dan P7 Jabatan Perdana Menteri - PKR Permatang Pauh, ] (Mesyuarat rehat sehingga jam 2.30 petang).

[ Sesi petang mulai jam 2.30 petang - PKR Permatang Pauh, BN Ledang, Bebas Pasir Mas ( 3.14 petang), BN Silam, DAP Ipoh Timur (3.44 petang), PAS Kubang Kerian (4.02 petang), BN Sri Gading, PAS Marang (4.20 petang), BN Johor Bahru, PKR Machang (4.47 petang), BN Simpang Renggam, DAP Ipoh Barat, BN Labuan, DAP Batu Gajah, BN Parit Sulong, PKR Batu (5.38 petang), BN Limbang, PAS Pokok Sena (5.48 petang), BN Kuala Krau, DAP Kepong ] Mesyuarat ditangguhkan pada jam6.30 petang.

Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK.

0 comments:

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua)

Perbahasan rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 15 Disember 2009

6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]

5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]

4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]

3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]

2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]

1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008