TV MPPAS

Prompt: If you cannot view program, please download and install play engine Internet Explorer Download Now

Rakaman

Sunday, November 8, 2009

Dewan Rakyat, 9 November 2009 (Isnin)

Doa
A. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Dato' Mohd Jidin bin Shafee [ Setiu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah peneroka FELDA yang telah diberikan geran tanah sejak lima tahun lalu mengikut pecahan negeri dan berapakah Program Pembangunan untuk Generasi Kedua dan Ketiga FELDA.
[ Soalan tambahan: BN Setiu, PAS Sik ]

2. Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah perkembangan terhadap penggunaan kereta menggunakan air sebagai sumber tenaga yang telah dilancarkan beberapa tahun dahulu. [ Soalan tambahan: PAS Pendang, BN Mambong]

3. Dato' Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pembinaan rumah mesra rakyat di seluruh negara mengikut pecahan negeri dan sejauh mana konsep rakyat didahulukan diterjemahkan melalui pembinaannya. [ Soalan tambahan: BN Kuala Nerus, PKR Indera Mahkota ]

4. Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan usaha penjualan "Projek Perumahan Rakyat" (PPR) telah pun dimulakan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Apakah langkah-langkah yang diambil bagi memastikan bangunan rumah PPR diselenggarakan dengan baik supaya keselamatan penduduk terjamin dan apakah kos yang perlu ditanggung oleh setiap rumah.
[ Tidak hadir ]

5. Datuk Ir. Haji Idris Bin Haji Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan langkah-langkah Kementerian dalam menangani dan mengelakkan konflik sesama negara jiran serantau serta mekanisme penyelesaian konflik (conflict resolution mechanism) yang sesuai. [ Soalan tambahan: BN Tangga Batu ]

6. Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah Kementerian bagi memastikan berlakunya pengaruh utama gender dalam pentadbiran dan sistem Mahkamah Syariah. [ Soalan tambahan: PKR Ampang ]

7. Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada beliau sedar di sempadan Malaysia dan Indonesia di Hulu Rajang, tiada kawalan kepada rakyat asing memasuki Sarawak, khasnya di kawasan pembalakan. Apakah langkah yang diambil untuk menjaga keselamatan dan maruah negara misalnya menempatkan kontinjen polis atau pusat imigrasi di kawasan-kawasan tersebut. [ Soalan tambahan: BN Hulu Rajang ]

8. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) apakah pihak Tabung Haji (TH) mempunyai perancangan tersendiri yang menjimatkan kos berhubung pembelian bangunan yang dibangunkan oleh syarikat lain seperti NAZA TTDI Sdn. Bhd. iaitu Patinum Park; dan
(b) jumlah bangunan yang sudah dibeli di dalam dan luar negara serta keseluruhan kos tiap-tiap satu yang sudah dibelanjakan oleh TH sejak 5 tahun lalu. [ Soalan tambahan: PKR Teluk Kemang, BN Arau ]

9. Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) berapakah peruntukan yang diberi oleh Kerajaan untuk memajukan status Geopark Langkawi; dan
(b) berapa peratus yang digunakan mengikut pecahan seperti promosi, infrastruktur, operasi dan lain-lain dan sejauh manakah keberkesanan peratusan kedatangan pelancongan berikutan pemberian status Geopark. [ Soalan tambahan: BN Langkawi, DAP Kepong ]

10. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan status terkini perjanjian di antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kedah berkenaan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA). [ Soalan tambahan: PAS Padang Terap ]

11. Tuan Matulidi bin Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan tindakan Kerajaan bagi mengatasi masalah komputer yang rosak dan tidak sesuai di makmal sekolah serta lambat diselenggara sehingga membantutkan pengajaran teknologi maklumat dan komputer (ICT) di sekolah. [ Soalan tambahan: BN Dungun, PKR Balik Pulau ]

Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No. 18 - Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan bagaimanakah caranya Kementerian memantau prestasi kakitangan kedutaan-kedutaan Malaysia di luar negara dan apakah KPI yang dikenakan ke atas kedutaan-kedutaan kita.

Soalan No. 24 - Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah justifikasi kepada kelulusan Kabinet untuk menaikkan tambang pengangkutan awam.

Soalan No. 30 - Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan punca kegagalan Pelan Integriti Negara (PIN) berikutan Indeks Rasuah Malaysia yang semakin merosot.

B. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R. 32/2009) Rang Undang-undang Perbekalan 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undangundang ini dibacakan kali yang kedua sekarang (5 November 2009)”. DAN

Usul dibuat oleh YAB. Menteri Kewangan dan Masalah dicadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (5 November 2009)

1. Penggulungan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri:
1a. [ Perbahasan - Penggulungan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (BN Padang Rengas) - DAP Bukit Gelugor, DAP Ipoh Timur, PAS Shah Alam, Bebas Pasir Mas, PKR lembah Pantai, BN Kinabatangan, PKR Wangsa Maju, PKR Selayang, PAS Kuala Selangor, Ipoh Timur ]. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

1b. [Sesi Petang (2.30 petang) - Perbahasan - Penggulungan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (KPI - Senator) - PAS Kubang Kerian, PKR Gombak, Bebas Pasir Mas, DAP Serdang, DAP Kota Melaka, DAP Bukit Mertajam, BN Kota Belud, BN Arau, DAP Rasah ]

1c. [ Perbahasan - Penggulungan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) (BN Tasek Gelugor) - DAP Klang, BN Jasin, PAS Kota Raja, PAS Pokok Sena, DAP Tanjong, PKR Bayan Baru, DAP Bukit Mertajam, BN Lenggong, PAS Kubang Kerian, PKR Machang ]

1d. [ Perbahasan - Penggulungan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) (Senator) - BN Kuala Krau, PAS Baling, PKR Kulim Bandar Baru, PAS Kota Raja, PKR Machang, PKR Balik Pulau, BN Sri Gading, PKR Indera Mahkota, DAP Kota Melaka, BN Sekijang ]

2. [ Perbahasan - Penggulungan oleh Menteri Kerja Raya (BN Tampin) - BN Kalabakan, PKR Indera Mahkota, DAP Rasah, DAP Bakri, PKR PJ Selatan ]

3. [ Perbahasan: Penggulungan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan (BN Sibu) - BN Arau, BN Jasin, BN Tenggara, BN Sri Gading, DAP Ipoh Timur, PAS Kuala Selangor, PKR PJ Selatan,

Mesyuarat hari ini ditangguhkan pada jam 10.30 malam.

Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK

0 comments:

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua)

Perbahasan rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 15 Disember 2009

6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]

5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]

4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]

3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]

2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]

1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008