Dewan Rakyat 5 Julai 2010 (Isnin)
Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah usaha Kementerian dalam menggalakkan pengeluaran buah-buahan tempatan dan berapakah jumlah eksport buah-buahan tempatan yang menggunakan jenama Malaysia Best ke pasaran antarabangsa.
[ Soalan tambahan: BN Sri Gading, ]
2. Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah pelaburan langsung diterima oleh Malaysia, perbandingan jumlah amaun dan peratusan antara pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung tempatan bagi setiap tahun sejak 1998 dan sebab-sebab pelaburan tempatan kurang daripada FDI. [ Soalan tambahan: PKR Selayang, BN Rembau ]
3. Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah Kerajaan bercadang menyelaraskan sistem penggredan peperiksaan bagi 20 Institusi Pengajian Awam (IPTA) di seluruh negara bagi memastikan kualiti pendidikan tinggi negara dan penyeragaman gred ijazah. [ Soalan tambahan: BN Tenggara, PAS Bachok ]
4. Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-
(a) piawaian yang digunakan untuk memilih Bukit Pagoh sebagai tapak pelupusan sampah yang baru di Muar; dan
(b) adakah Kementerian mengambil kira lokasi Loji Penapis Air Panchor berdekatan yang merupakan punca air untuk kawasan Muar dan Melaka semasa mendirikan tapak pelupusan sampah tersebut. [ Soalan tambahan: DAP Bakri, BN Jasin ]
5. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah struktur gaji anggota tentera negara mengikut pangkat dan sama ada Kerajaan bercadang untuk meningkatkan tahap gaji supaya lebih setimpal dengan pengorbanan dan komitmen yang dipamerkan mereka. [ Soalan tambahan: BN Rembau, ]
6. Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah tenaga Pasukan Gerakan Am dan tugas-tugas mereka dan adakah Menteri bersetuju bahawa fungsi-fungsi asal PGA telah tidak relevan dan adakah Kerajaan bersedia menamatkan pasukan ini dan menyerapkannya ke dalam pasukan-pasukan lain bagi membanteras jenayah.
[ Soalan tambahan: DAP Bukit Bendera, ]
7. Datuk Haji Yusoff bin Haji Mahal [ Labuan ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah tindakan Kementerian dalam pengawalan serta penguatkuasaan berhubung isu kerosakan jalan raya Persekutuan di bawah kuasa Jabatan Kerja Raya yang disebabkan oleh kenderaan lebih muatan dan kenderaan besar. [ Soalan tambahan: BN Labuan, PAS Bukit Gantang ]
8. Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) apakah langkah-langkah untuk mengatasi aktiviti penyeludupan rokok yang berleluasa; dan
(b) berapakah jumlah tangkapan dan nilai rampasan bagi tahun 2008 hingga kini.
[ Soalan tambahan: Bebas Bagan Serai, BN Sibuti ]
9. Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-
(a) dalam lawatan YAB Perdana Menteri ke luar negara, ramai 'Captains of Industries' Malaysia turut serta. Nyatakan sejauh manakah mereka ini memanfaatkan lawatan tersebut dari aspek perdagangan; dan
(b) adakah pemantauan dibuat sama ada MoU dan perjanjian kontrak perdagangan yang dimeterai semasa lawatan tersebut berjalan mengikut yang dijangkakan.
[ Soalan tambahan: BN Langkawi, PAS Pendang ]
10. Dato' Ibrahim bin Ali [ Pasir Mas ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah tuntutan dan permintaan yang dibuat oleh Badan Bukan Kerajaan terutama Ziong Dong mengenai Sekolah Jenis Kebangsaan Cina setakat ini dan apakah tuntutan dan permintaan tersebut selari atau bertentangan dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan.
[ Soalan tambahan: Bebas Pasir Mas ]
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
12. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kewujudan kawasan industri hidrokarbon bakal menjana limpahan ekonomi di kawasan Yan, Kedah sebagaimana Kerteh dan Gebeng. Apakah rancangan Kerajaan Persekutuan membantu Kerajaan Negeri Kedah memaksimumkan pembangunan kawasan tersebut.
18. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan bilakah kuota tiga orang Ahli Lembaga Pengarah bagi mewakili Kerajaan Negeri Kedah dalam organisasi KEDA akan diisi selepas pentadbiran negeri bertukar tangan.
22. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Felda bagi menyediakan generasi kedua dan ketiga Felda menghadapi saingan ekonomi dan tekanan sosial di tanah-tanah rancangan.
24. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-
(a) apakah sebab sebenar yang berlaku kepada pelajar Malaysia di Mesir yang mengambil Jurusan Qiraat sehingga mereka gagal menduduki peperiksaan pada bulan Mei 2010; dan
(b) apakah tindakan yang dilakukan oleh pihak Jabatan Penuntut Malaysia dalam membantu menyelesaikan masalah ini.
30. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kedudukan sebenar Model Baru Ekonomi yang telah disyorkan oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara dan bilakah ia akan akhirnya dibentangkan secara rasmi untuk diperbahaskan dan diluluskan di Dewan Rakyat.
34. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada pihak Kerajaan bercadang untuk mewujudkan akaun Kerajaan berasingan untuk sumber dari hasil halal dan haram dari segi ajaran Islam.
41. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan maklumat penggunaan Peruntukan Khas Parlimen Kuala Terengganu untuk tahun 2009 yang telah dibelanjakan seperti nama pemohon, jenis projek atau program, jumlah dan tarikh diluluskan dan pihak yang mengawal peruntukan tersebut.
43. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah justifikasi yang boleh diterangkan kepada warga pendidikan (guru, PIBG, murid, pelajar, PLKN, mahasiswa dan lain-lain) bagi Kerajaan mengeluarkan lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010 yang berlangsung di Afrika Selatan tahun ini.
52. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah nasihat dan cadangan yang telah diperolehi dan diguna pakai dari APCO yang menjadikan khidmat mereka bernilai setinggi RM77 juta.
Ucapan Takziah kepada Keluarga Bekas Yang Di-Pertua Dewan Negara.
Bukit Mertajam bertanya kepada Timbalan Speaker berkenaan dengan speaker chair
C. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Timbalan Menteri Dalam Negeri * Rang Undang-undang Antipemerdagangan Orang (Pindaan) 2010.
D. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 19/2010) Rang Undang-undang Pelindungan Pengguna (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. (1 Julai, 2010) (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
[ Perbahasan: BN Sri Gading (BN Arau, PAS Titiwangsa, BN Ledang, PAS Kota Raja, BN Maran)] [ Perbahasan: PAS Pendang ] [ Perbahasan: PAS Kuala Selangor] [ Perbahasan: BN Tangga Batu ] [ Perbahasan: PAS Pokok Sena ] [ REHAT ]
[ Sesi Petang (mulai. 2.30 petang) - [ Perbahasan: PAS Pokok Sena (BN Ledang, PKR Balik Pulau)] [ Perbahasan: PAS Titiwangsa (BN Ledang)] [ Perbahasan: BN Kinabatangan (BN Sri Gading, BN Arau, PAS Pendang)] [ Perbahasan: BN Arau (BN Sri Gading, PAS Titiwangsa, BN Sibuti)] [ Perbahasan: PAS Jerai] [ Perbahasan: DAP Bakri]
[ Penggulungan Menteri : BN Bera ( Celahan - PAS Pokok Sena, PKR Indera Mahkota, DAP Batu Gajah, PAS Kuala Selangor, DAP Batu Gajah, PKR Indera Mahkota, PKR Balik Pulau, PAS Kuala Selangor, BN Batang Sadong, PKR Balik Pulau, PAS Kuala Selangor, PKR Indera Mahkota, BN Kinabatangan, PAS Kuala Selangor, BN Kapit, BN Pasir Salak, PAS Kubang Kerian, PKR Balik Pulau, )
Mesyuarat ditamatkan pada jam 5.30 petang kepada 10.00 pagi 6 Julai 2010
2. (D.R. 21/2010) Rang Undang-undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010 - (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
3. (D.R. 20/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (Pindaan) 2010 - (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 16/2010) Rang Undang-undang Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 - (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)
5. (D.R. 18/2010) Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2010. - (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
6. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 - (Menteri Kewangan)
0 comments:
Post a Comment