Dewan Rakyat 6 Julai 2010 (Selasa)
Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pemasyhuran Tuan Yang Dipertua
C. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan sistem pelaksanaan pengagihan komputer di bawah Kementerian untuk kumpulan sasaran. [ Soalan tambahan: BN Batang Sadong, PKR Indera Mahkota ]
2. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah wang lebih bayar pembayar cukai di dalam LHDN dan jumlah pembayar cukai yang masih belum dipulangkan mengikut tahun sejak 5 tahun lepas.
[ Soalan tambahan: PAS Pendang, BN Putatan ]
3. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan :-
(a) apakah Kementerian masih meneruskan program satu kawasan Parlimen satu mini stadium yang pernah diumumkan dahulu; dan
(b) berapa banyakkah mini stadium yang telah dibina di bawah program ini.
[ Soalan tambahan: BN Kalabakan,PKR Kuala Langat ]
4. Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan :-
(a) sehingga Mac 2010 berapakah jumlah stesen minyak yang menawarkan perkhidmatan jualan produk CNG (Compressed Natural Gas) untuk kegunaan kenderaan NGV di seluruh Malaysia; dan
(b) apakah perancangan Kerajaan bagi mempromosikan penggunaan NGV di kalangan pengguna kenderaan. [ Soalan tambahan: PKR Sg. Petani, ]
5. Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan tentang langkah konkrit Kerajaan dalam memastikan bekalan air bersih mampu dinikmati oleh masyarakat luar bandar terutamanya di P.187 Kinabatangan. [ Soalan tambahan: BN Kinabatangan, ]
6. Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kadar kekayaan yang dimiliki oleh 10 peratus teratas dan 10 peratus terendah rakyat Malaysia bagi tempoh 3 dekad meliputi tahun-tahun 1981-1990, 1991-2000, dan 2001-2010 dan apakah strategi yang digunakan bagi menyama ratakan agihan kekayaan negara di kalangan rakyat.
[ Soalan tambahan: DAP Cheras, BN Sibuti ]
7. Tuan William @ Nyallau Anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan setakat mana tindakan diambil ke atas kontraktor yang gagal menyiapkan pembinaan CIQ di Lubok Antu dan sejauh manakah tindakan diambil untuk menghidupkan semula pembinaan projek tersebut dipercepatkan. [ Soalan tambahan: BN Lubok Antu, ]
8. Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah kemajuan yang dicapai dalam program LA 21 dan program kitar semula setakat ini. [ Soalan tambahan: TIDAK HADIR ]
9. Dato' Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kenapa Kerajaan tidak menggalakkan lebih banyak syarikat penerbangan dari Malaysia bersaing untuk terbang ke Jeddah supaya kos penerbangan musim haji dan umrah lebih murah dan kompetitif. [ Soalan tambahan: TIDAK HADIR ]
10. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan bilangan peserta (Pemilik Tanah) yang telah menarik diri dari menyertai program RISDA di bawah projek TSB, TSK dan Mini Estet bagi kawasan Parlimen Sik hingga 31 Mac 2010 dan beri sebab utama mengapa mereka ini berbuat demikian.
[ Soalan tambahan: PAS Sik, BN Sekijang ]
11. Dato' Dr. Abdullah bin Md. Zin [ Besut ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah program-program yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian dalam usaha untuk menanam sikap cintakan negara di kalangan pelajar IPTA dan IPTS termasuk juga pelajar Malaysia yang belajar di luar negara. [ Soalan tambahan: BN Besut, DAP Bukit Mertajam ]
12. Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :
(a) bilakah Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) akan menerima pembelian AirBus A380 yang pertama, di mana penyerahan sepatutnya pada tahun 2009 dan apakah pampasannya dengan kelewatan ini; dan
(b) berapakah harga pengubahsuaian pembinaan terminal baru di KLIA untuk menampung pesawat AirBus ini termasuk landasannya untuk membolehkannya mendarat dan adakah ia
telah digunakan sepenuhnya. [ Soalan tambahan: PKR PJ Selatan, ]
13. Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan rasional kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan stesen penyiar ASTRO selaras matlamat perubahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pada masa sekarang. [ Soalan tambahan: BN Tenom ]
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
26. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah hukumnya Kerajaan BN pimpinan UMNO memberi lesen judi Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia sekarang kepada Berjaya Sports TOTO dan berapa jumlah keuntungan yang Kerajaan perolehi.
32. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-
(a) status keperluan tenaga elektrik semasa seluruh Malaysia; dan
(b) sejauh mana kejayaan semasa penghasilan tenaga boleh diperbaharui (renewable energy) terutama dari Biomass dan Solar.
34. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan bilakah Pelan Draf KL 2020 akan diwartakan serta apakah saranan yang diberikan oleh Public Opinion Hearing Committee dan bilakah saranan ini akan ditunjukkan kepada umum khususnya wakil-wakil rakyat, NGO-NGO dan badan-badan tertentu yang terlibat secara langsung untuk maklum balas serta pandangan.
42. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) apakah syarat dan terma yang dikenakan oleh Kementerian atas pemberian lesen 'sport betting' kepada syarikat Ascott Sport Sdn. Bhd. yang mengendalikan perjudian Bola Sepak Piala Dunia; dan
(b) berapakah jangkaan transaksi dalam 'sport betting' Bola Sepak Piala Dunia dan adakah Kerajaan sedar pelaksanaan 'sport betting' ini akan menambahkan lagi penagihan judi di kalangan rakyat Malaysia.
46. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan sama ada Kementerian menyedari wujudnya teknologi campuran minyak diesel dengan air sebanyak hampir 30% (water diesel emulsion) dan adakah Kementerian bercadang untuk memanfaatkan teknologi ini di Malaysia.
48. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah terdapat skop dan batasan tertentu yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan dalam menjalankan urusan dengan mana-mana firma yang mempunyai kaitan dengan Israel.
51. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan yang diambil oleh Kerajaan bagi meningkatkan kecekapan dan profesionalisme pegawai polis bagi mengelak berulangnya kes kematian remaja Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis.
53. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan hasil perbincangan pihak SUHAKAM dengan naib-naib canselor IPTA yang telah diadakan pada 10 Mei 2010.
D. Usul - Perutusan Yang Dipertua - mengenai Insiden DAP Ipoh Barat dan BN Kinabatangan.
(Penjelasan BN Kinabatangan, DAP Ipoh Barat, DAP Ipoh Timur )
E. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 19/2010) Rang Undang-undang Pelindungan Pengguna (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. (5 Julai, 2010) (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
[ Penggulungan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (BN Bera) - Celahan - DAP Taiping, PAS Pendang, DAP Batu Gajah, PAS Titiwangsa, DAP Bukit Mertajam, BN Jempol, PAS Pokok Sena, PKR Kuala Kedah, DAP Batu Gajah, DAP Bandar Kuching ] [ REHAT ]
[2.30 PETANG - Penggulungan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (BN Bera) - Celahan - DAP Beruas, DAP Batu Gajah, PAS Kuala Selangor, BN Jempol, ]
[ Peringkat Jawatankuasa: PKR Indera Mahkota, PKR Kelana Jaya, PAS Kua aSelangor, DAP Batu Gajah, DAP Bukit Mertajam ]
2. (D.R. 21/2010) Rang Undang-undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010 - (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
[ Perbahasan: DAP Ipoh Barat ]
Ucapan Penangguhan 1: YB Tuan M.Manogaran - Harga Padi Rendah dan Kepentingan Pesawah - YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Ucapan Penangguhan 2: YB Puan Teo Nie Ching (DAP Serdang) - Projek Pembinaan Perumahan Terbengkalai - YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Majlis Mesyuarat tamat jam 6.00 petang pada jam 10.00 pagi 7 Julai 2010
3. (D.R. 20/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (Pindaan) 2010 - (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 16/2010) Rang Undang-undang Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 - (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)
5. (D.R. 18/2010) Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2010. - (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
6. (D.R. 22/2010) Rang Undang-undang Antipemerdagangan Orang (Pindaan)2010 (Menteri Dalam Negeri)
7. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 - (Menteri Kewangan)
0 comments:
Post a Comment