Dewan Negara 12 Disember 2011 (Isnin)
Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Jawab Lisan
1. Tuan Ahmad bin Hussin minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-
(a) berapakah bilangan peminjam PTPTN yang masih gagal membayar hutang, jumlah hutang (RM), bilangan yang telah diambil tindakan undang-undang dan bilangan pelajar yang telah dilupuskan dan jumlah pinjaman (RM) yang telah dilupuskan kerana mendapat keputusan kelas pertama; dan
(b) apakah rasionalnya Mesyuarat Lembaga Pengarah PTPTN pada 31 Oktober 2011 telah mengambil keputusan untuk menghentikan pinjaman perbelanjaan pelajar mulai tahun 2013 dan apakah kesan yang akan dihadapi oleh pelajar miskin kelak.
2. Puan Norliza binti Abdul Rahim minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mengurangkan hutang isi rumah (household debt).
3. Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan tahap keselamatan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia apabila demonstrasi ganas sering berlaku hingga menyebabkan kerosakan seperti yang berlaku pada 12 Oktober 2011 yang lalu.
4. Tuan Boon Som a/l Inong minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah pencapaian projek koridor ekonomi yang dilancarkan di setiap wilayah, termasuk wilayah utara. Berapa banyakkah peluang pekerjaan yang telah diwujudkan untuk rakyat tempatan. Selain daripada peluang pekerjaan, apakah faedah lain yang dinikmati oleh rakyat tempatan.
5. Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) sehingga Ogos tahun ini, kes-kes penipuan seperti kes pemalsuan polis, pegawai kastam, pegawai bank negara dan lain-lain melalui sms dan emel telah pun mencatat sebanyak 868 kes, jumlah wang yang terlibat adalah RM70 juta. Apakah tindakan-tindakan yang akan diambil oleh Kementerian untuk menghalang kes-kes sedemikian berulang; dan
(b) bagaimanakah pihak Kementerian dapat meningkatkan waspada dan pengetahuan di kalangan orang awam terhadap kes-kes penipuan seperti ini.
6. Puan Chew Lee Giok minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan berapakah jumlah langganan internet di seluruh Malaysia pada masa kini dan mengapa harga bayaran internet adalah begitu mahal.
7. Tuan Subramaniam a/l Veruthasalam minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah pesakit yang perlu menunggu beberapa bulan untuk membuat imbasan CT dan MRI di hospital Kerajaan.
8. Dato' Syed Ibrahim bin Kader minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bagaimana ibu tunggal di Malaysia yang dikenal pasti oleh agensi berkaitan dan apakah jenis-jenis bantuan yang diberikan kepada mereka.
9. Tuan Chiew Lian Keng minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada akan mengurangkan jumlah pengutipan cukai pendapatan perseorangan sekiranya Cukai Perkhidmatan Barangan (GST) dilaksanakan.
10. Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan kedudukan terkini industri sarang burung walit di Malaysia.
11. Tuan Lee Cheam Choon minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kepada guru-guru DGA 29 yang telah melanjutkan pelajaran melalui PJJ dan kini dalam DG41 dan ada yang DG44 yang berkhidmat di sekolah rendah tidak diberi peluang untuk menjawat jawatan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan (kecuali mereka yang telah menjawat jawatan tersebut sebelum melanjutkan pelajaran).
12. Dato' Azian bin Osman minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah tahap pelaksanaan projek-projek bekalan air, elektrik dan rumah di kawasan luar bandar mengikut negeri dari tahun 2009 hingga kini, dan jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan Kerajaan. Apakah sumbangan sektor korporat terutama GLC di dalam membantu Kerajaan melaksanakan projek-projek ini.
c. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Bagi Kali Kedua dan Usul-Usul
1. (D.R. 29/2011) Rang Undang-undang Perbekalan 2012 - Menyambung
semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. (8 Disember, 2011) [ Kementerian Kewangan ]
2. (D.R. 46/2010) Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan) 2010 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]
3. (D.R. 13/2011) Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad 2011 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]
4. (D.R. 22/2011) Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (Pindaan) 2011 [ Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ]
5. (D.R. 21/2011) Rang Undang-undang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2011 [ Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ]
6. (D.R. 23/2011) Rang Undang-undang Perikanan (Pindaan) 2011 [ Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ]
7. (D.R. 24/2011) Rang Undang-undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2011 [ Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ]
8. (D.R. 1/2011) Rang Undang-undang Veteran 2011 [ Kementerian Pertahanan ]
9. (D.R. 26/2011) Rang Undang-undang Perkhidmatan Pos 2011 [ Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ]
10. (D.R. 15/2011) Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 [ Kementerian Sumber Manusia ]
11. (D.R. 42/2011) Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 [ Jabatan Perdana Menteri ]
12. (D.R. 31/2011) Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2011 [ Kementerian Kewangan ]
13. (D.R. 32/2011) Rang Undang-undang Pencen (Pindaan) 2011 [ Jabatan Perdana Menteri]
14. (D.R. 33/2011) Rang Undang-undang Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 2011 [ Jabatan Perdana Menteri ]
15. (D.R. 34/2011) Rang Undang-undang Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]
16. (D.R. 35/2011) Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) (No.2) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]
17. (D.R. 38/2011) Rang Undang-undang Perumahan Rakyat 1Malaysia 2011 [ Perdana Menteri ]
18. (D.R. 36/2011) Rang Undang-undang Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan) 2011 [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]
19. (D.R. 43/2011) Rang Undang-undang Polis (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]
20. (D.R. 39/2011) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010 (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]
21. (D.R. 40/2011) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]
22. (D.R. 41/2011) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]
23. (D.R. 30/2011) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2011 [ Kementerian Kewangan ]
24. (D.R. 37/2011) Rang Undang-undang Standard Malaysia (Pindaan) 2011 [ Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ]
0 comments:
Post a Comment