Dewan Rakyat 1 Disember 2011 (Khamis)
Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
Usul 26(3) bahawa rang undang-undang bernombor 2 hingga 6 mengikut aturan urusan mesyuarat ditangguhkan permbacaan kali ke-2 dan ke-3 dan akan dibahaskan pada mesyuarat dewan akan datang.
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kementerian mempunyai rancangan tertentu bagi membantu Tenaga Industri Sarawak di dalam mendapatkan Tenaga Kerja Tempatan (Negeri Sarawak) di dalam mencari pekerjaan di dalam projek di bawah SCORE/RECODAR memandangkan rakyat tempatan Sarawak sukar untuk mendapatkan pekerjaan walaupun mereka mempunyai pengalaman tetapi tidak
mempunyai Sijil Kelayakan Pendidikan. [ Soalan Tambahan : BN Bintulu, PKR Kuala Langat ]
2. Dato' Rashid bin Din [ Merbok ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah Sekolah Wawasan yang telah dibina dan sejak bila sekolah-sekolah ini beroperasi. Apakah pengalaman dan keberkesanan kaedah ini dikenal pasti dalam sasaran perbelanjaan yang diunjurkan. Yakni adakah KRA program ini tercapai. [ Soalan Tambahan : PKR Merbok, DAP Kepong ]
3. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pada peringkat manakah sudah status persiapan pelaksanaan projek mega Sabah Amonia Urea (SAMUR) yang dicadangkan di Sipitang, dan bilakah pelaksanaannya akan bermula. [ Soalan Tambahan : BN Sipitang, PAS Kuala Krai ]
4. Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan mengapa jumlah import makanan terus bertambah dari tahun ke tahun. Apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh Kementerian dan agensinya untuk jadikan imbangan dagangan Balance of Trade (BOT) lebih positif. [ Soalan Tambahan : PKR Kuala Kedah, BN Putatan ]
5. Tuan Hasbi bin Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan bilakah Kerajaan akan memulakan pembinaan Jalan Bawang Obor/ Ukong/ Medamit/Mentawai Fasa 2 untuk memastikan 10 buah rumah panjang, 3 perkampungan kaum Bisaya, sebuah klinik desa dan 2 buah Sekolah Kebangsaan mendapat manfaat. [ Soalan Tambahan : BN Limbang, PKR Petaling Jaya Selatan ]
6. Tuan Wong Ho Leng [ Sibu ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan bagaimana Jabatan Kimia Malaysia di Sibu dapat membantu dan memanfaatkan Bandar Sibu. Nyatakan skop kerja dan bilangan ahli kimia dan kakitangan-kakitangan yang diambil kerja. [ Soalan Tambahan : DAP Sibu, ]
7. Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sama ada Kementerian bercadang untuk menggantikan bantuan baja kepada para petani dengan wang tunai. [ Soalan Tambahan : BN Labis, PKR Machang ]
8. Tuan Sivarasa A/L K.Rasiah [ Subang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kenapa untuk mata pelajaran Kesusasteraan Cina dan Tamil, di tahun 2010, tiada satu murid pun yang dapat gred A+, manakala 336 murid dapat A+ untuk mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dan di tahun 2009, 134 murid dan 36 murid dapat A+ untuk Kesusasteraan Cina dan Tamil masing-masing. [ Tidak Hadir ]
9. Tuan Ding Kuong Hiing [ Sarikei ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah status pelaksanaan Program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) bagi kawasan Sarikei untuk memantapkan NKRA yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana baru-baru ini. [ Soalan Tambahan : BN Sarikei, BN Bintulu ]
10. Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah langkah-langkah untuk membudayakan penulisan dan penerbitan buku-buku ilmiah, separa ilmiah mahu pun penulisan komersil yang masih kurang di kalangan para guru dan ilmuan. [ Soalan Tambahan : Bebas Bagan Serai, BN Putatan ]
11. Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan rasional bagi menubuhkan Jawatankuasa Teknikal berkaitan Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) yang dilihat tidak mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan sejak dahulu. [ Soalan Tambahan : BN Tenom ]
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
18. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk memperbaiki kemerosotan demokrasi di negara ini khususnya dalam perjalanan dan pengendalian proses pilihan raya.
20. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan nama-nama syarikat dan pengusaha produk makanan yang telah diberikan kelayakan sijil Halal oleh JAKIM/lain-lain, mengikut pecahan negeri dan jenis-jenis makanan tersebut, sebagai panduan kepada umat Islam.
36. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah warga negara luar yang diterima menjadi warganegara Malaysia sejak tahun 2000 hingga kini mengikut pecahan tahun dan dari negara mana.
38. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang melantik Ahli SPR dari kalangan bekas Hakim dan pengamal undang-undang.
c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Kerja Raya * Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri
Pembinaan 2011.
Ususl 12(1) bahawa dewan tidak akan ditangguhkan sehingga selesai Usul 86(5).
d. Perbahasan Usul dan Rang Undang-Undang Bagi Bacaan Kali Kedua
1. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi akan mencadangkan:-
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 86 (5) dan keputusan Usul yang diluluskan oleh Dewan ini pada 3 Oktober 2011, maka Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dibentangkan di atas Meja Mesyuarat di dalam Dewan ini sebagai Kertas Dewan No. DR. 3 Tahun 2011 hendaklah diterima dan dipersetujukan.”
[ Perbahasan - PKR Permatang Pauh, DAP Ipoh Timur ][ Rehat ] [ Sambungan Perbahasan - PAS Kubang Kerian, Bebas Pasir Mas, PKR Lembah Pantai, BN Kota Belud (PKR Permatang Pauh), DAP Kepong, PAS Pokok Sena ]
[ Penggulungan - DAP Klang, BN Pasir Salak, PKR Permatang Pauh, PAS Shah Alam, DAP Ipoh Timur, BN Kota Belud, DAP Batu Gajah ]
2. (D.R. 40/2011) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ] - Lulus
3. (D.R. 41/2011) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ] - Lulus
4. (D.R. 30/2011) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2011 [ Kementerian Kewangan ]
[ Perbahasan - DAP Kepong, PKR Indera Mahkota, PAS Kuala Selangor ] - Lulus
5. (D.R. 37/2011) Rang Undang-undang Standard Malaysia (Pindaan) 2011 [ Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ]
6. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ]
7. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960, mengambil ketetapan bersetuju supaya Malaysia membuat sumbangan Dana Tambahan Keenam Belas kepada Persatuan Pembangunan Antarabangsa (IDA 16) sebanyak USD119,275 (RM368,208).”
8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61), mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham.”
9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini, mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil ST.52 dan ST.53 tahun 2011 disahkan.”
0 comments:
Post a Comment