Dewan Negara 8 Disember 2011 (Khamis)
Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Jawab Lisan
1. Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sekiranya Kementerian bermaksud untuk mengadakan kaedah 'kawalan harga rumah' untuk mengelakkan para pemaju berleluasa mengambil keuntungan yang berlebihan dan juga sekaligus juga untuk memastikan pemilikan rumah kediaman dengan harga yang lebih wajar.
2. Dr. Malasingam a/l Muthukumaru minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan jumlah warga kita yang telah ditahan di luar negara bagi kesalahan pengedaran dadah atau 'keldai dadah' bagi tempoh 5 tahun ini dan berikan mengikut pecahan kaum dan negaranya.
3. Tuan Ng Fook Heng minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah pembaharuan tarikh tamat lesen memandu mengikut tarikh lahir pemegang lesen dimulakan. Berapa ramaikah telah selesai ditukarkan untuk tujuan ini. Berapa keskah yang dikesan dalam setahun bahawa pemandu lupa memperbaharui lesen memandu mereka sebelum kaedah ini dikuatkuasakan.
4. Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah minta MENTERI KESIHATAN menyatakan strategi-strategi Kerajaan untuk memastikan para pesara swasta dilindungi dengan skim insurans/takaful kesihatan memandangkan kos perubatan/rawatan yang semakin meningkat dan risiko mendapat penyakit yang kronik pada usia persaraan.
5. Datuk Maijol bin Mahap minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah jenis-jenis faedah, subsidi, geran dan sebagainya yang diberikan kepada Syarikat Kecil dan Sederhana (SME) dan bagaimanakah cara mereka untuk mendapatkannya, dan berapa jumlah wang yang diberikan oleh Kerajaan setiap tahun untuk ini.
6. Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) membantu nasib 60 peratus daripada 25,000 bas sekolah yang bakal terjejas oleh arahan Kementerian untuk tidak mengeluarkan permit kepada bas yang berusia lebih dari 30 tahun dan ke atas.
7. Datuk Subbaiyah a/l Palaniappan minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah kedudukan ekonomi negara setakat ini serta apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan dalam memastikan negara kita tidak terjejas akibat suasana ekonomi dunia yang semakin mencabar dan tidak stabil terutama negara-negara Eropah.
8. Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan kesediaan Kerajaan untuk meminda AUKU dalam masa yang segera untuk membolehkan mahasiswa kita dapat melibatkan diri secara proaktif dalam isu dan polisi negara secara matang dan penuh bertanggunjawab dan peratusan penglibatan belia kita yang pernah terlibat di arena antarabangsa dalam diskusi dan polisi berbanding dengan jumlah belia dalam negara.
9. Datuk Chiw Tiang Chai minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kakitangan kontrak, sambilan dan sementara dalam perkhidmatan awam dan nyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mengurangkan jumlah kakitangan perkhidmatan awam yang sedia ada sekarang.
10. Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mengurangkan lagi Harga Atas Jalan (OTR) bagi kenderaan hybrid dan elektrik selaras dengan Dasar Hijau Negara bagi menjadikan kenderaan ini lebih berdaya saing dari segi harga dan mampu milik.
11. Tuan Saiful Izham bin Ramli minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah rizab semasa antarabangsa negara serta adakah pihak kerajaan mempunyai sebarang perancangan untuk menggunakan sebahagian dari rizab antarabangsa negara bagi menampung jumlah defisit belanjawan negara yang semakin meningkat dan membesar sejak 13 tahun lalu, sedangkan pada masa yang sama, rizab antarabangsa negara sering dilaporkan sebagai meningkat dari setahun ke setahun.
12. Puan Doris Brodie minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah persefahaman yang dicapai di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Indonesia dalam mengatasi masalah jerebu yang saban tahun berterusan tanpa sebarang jalan penyelesaian.
13. Dato' Jaspal Singh a/l Gurbakhes Singh minta MENTERI KEWANGAN menyatakan statistik kelulusan pinjaman mikro-kredit daripada bank-bank swasta dengan pecahannya mengikut pinjaman peribadi, pinjaman bagi pekerja awam dan pinjaman bagi peniagaan mikro. Bagi pinjaman untuk perniagaan mikro, apakah polisi kaedah faedah yang sedia ada dan syarat-syarat kelayakan.
14. Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-
(a) statistik perbelanjaan Kerajaan untuk program MySkill mengikut aktiviti yang dikendalikan; dan
(b) mengapa program ini tidak dikendalikan oleh pusat atau institusi vokasional dan kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia.
Soalan Senator PAS yang disenaraikan:
33. Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bagaimanakah kes lima pelajar Sekolah Kebangsaan Telok Sira, Baling yang tidak dibenarkan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini dan apakah langkah-langkah yang diambil agar peristiwa demikian tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.
59. Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah tindakan yang telah diambil terhadap titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong agar semua Majlis Agama Islam di Malaysia perlu melaksanakan fasa transformasi secara holistik, komprehensif dan bersepadu.
60. Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan bilangan jurulatih sukan tempatan dari atlet-atlet sukan di Malaysia dalam tempoh 15 tahun terakhir. Nyatakan mengikut jenis-jenis sukan dan berapakah jumlah kos yang perlu ditanggung oleh Kerajaan untuk mendapatkan khidmat rundingan dan latihan daripada jurulatih luar negara.
c. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul
1. (D.R. 27/2011) Rang Undang-undang Kediaman Terhad (Pemansuhan) 2011 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. (7 Disember, 2011) [Jabatan Perdana Menteri ]
[ Perbahasan - ]
2. (D.R. 28/2011) Rang Undang-undang Buang Negeri (Pemansuhan) 2011 [Jabatan Perdana Menteri ]
3. (D.R. 29/2011) Rang Undang-undang Perbekalan 2012 [ Kementerian Kewangan ]
4. (D.R. 46/2010) Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan) 2010 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]
5. (D.R. 13/2011) Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad 2011 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]
6. (D.R. 22/2011) Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (Pindaan) 2011 [ Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ]
7. (D.R. 21/2011) Rang Undang-undang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2011 [ Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ]
8. (D.R. 23/2011) Rang Undang-undang Perikanan (Pindaan) 2011 [ Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ]
9. (D.R. 24/2011) Rang Undang-undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2011 [ Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ]
10. (D.R. 1/2011) Rang Undang-undang Veteran 2011 [ Kementerian Pertahanan ]
11. (D.R. 26/2011) Rang Undang-undang Perkhidmatan Pos 2011 [ Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ]
12. (D.R. 15/2011) Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 [ Kementerian Sumber Manusia ]
13. (D.R. 42/2011) Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 [ Jabatan Perdana Menteri ]
14. (D.R. 31/2011) Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2011 [ Kementerian Kewangan ]
15. (D.R. 32/2011) Rang Undang-undang Pencen (Pindaan) 2011 [ Jabatan Perdana Menteri]
16. (D.R. 33/2011) Rang Undang-undang Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 2011 [ Jabatan Perdana Menteri ]
17. (D.R. 34/2011) Rang Undang-undang Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]
18. (D.R. 35/2011) Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) (No.2) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]
19. (D.R. 38/2011) Rang Undang-undang Perumahan Rakyat 1Malaysia 2011 [ Perdana Menteri ]
20. (D.R. 36/2011) Rang Undang-undang Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan) 2011 [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]
21. (D.R. 43/2011) Rang Undang-undang Polis (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]
22. (D.R. 39/2011) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010 (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]
23. (D.R. 40/2011) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]
24. (D.R. 41/2011) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]
25. (D.R. 30/2011) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2011 [ Kementerian Kewangan ]
26. (D.R. 37/2011) Rang Undang-undang Standard Malaysia (Pindaan) 2011 [ Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ]
0 comments:
Post a Comment