Dewan Negara 10 Julai 2012 (Selasa)
Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Dato' Boon Som a/l Inong minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan untuk melindungi ekonomi negara daripada kesan impak krisis eurozone. Bagaimanakah Kerajaan ingin memberangsangkan ekonomi tempatan dalam jangka pendek dan panjang.
2. Tuan Khoo Soo Seang minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimana pindaan kepada Akta Keterangan 1950 akan berfungsi berkenaan dengan media sosial seperti Facebook dan Twitter. Adakah perkongsian berita melalui saluran media ini juga menjadikan pengguna tersebut bertanggungjawab di bawah akta ini.
3. Puan Hajah Rohani binti Abdullah minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan langkah-langkah Kementerian dalam membela nasib dan kebajikan anggota tentera yang telah bersara dari perkhidmatan kurang 21 tahun dan sejauh manakah kursus pra persaraan mendapat sambutan daripada anggota-anggota berkenaan.
4. Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan laporan media bahawa jika tiada kata sepakat antara Kerajaan Pusat dan Negeri berkaitan isu air, akan berlaku krisis air yang teruk di Lembah Klang menjelang tahun 2014 dan melibatkan jutaan penduduk.
5. Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan mengenai tahap penguatkuasaan dan pelaksanaan Perintah-Perintah yang diputuskan oleh Mahkamah Buruh di seluruh negara sejak tahun 1997.
6. Datuk Paul Kong Sing Chu minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berapakah jumlah keseluruhan jarak jalan yang telah diturap di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia sekarang ini. Apakah status terkini Lebuh Raya Pan Borneo yang telah lama dirancang tetapi masih tertangguh
hingga kini. Apakah sebab kelewatan pelaksanaannya.
7. Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah Kementerian memperbanyakkan aktiviti surau dan masjid di seluruh negara di samping memantau aktiviti dan program agar ianya benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat dan tidak disalah gunakan oleh golongan berkepentingan sempit.
8. Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan jumlah KR1M yang beroperasi keseluruhan sehingga kini dan apakah pecahan kaum yang diberikan lesen perniagaan KR1M mengikut negeri.
9. Dato' Muhammad Olian b Abdullah minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan perancangan dan kemajuan pewartaan tanah Orang Asli sehingga kini mengikut negeri.
10. Datuk Chin Su Phin minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mengkaji semula Dasar Automatif Negara (DAN) agar dapat bersaing semula dengan negara-negara ASEAN yang lain sekaligus dapat melonjakkan kembali
Malaysia sebagai hub pengeluaran kenderaan di ASEAN.
11. Puan Roslin binti Haji Abdul Rahman minta MENTERI KEWANGAN menyatakan Menteri Kewangan Kedua ada berkata Kerajaan bercadang menjual beberapa tanah miliknya kepada pihak swasta untuk mengumpulkan dana bagi tujuan pembangunan ekonomi. Adakah pihak Kementerian menyenaraikan lokasi tanah tersebut bagi tatapan umum dan adakah penjualan tanah milik kerajaan itu dibuat secara tender terbuka atau secara tertutup.
12. Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil bagi mengekalkan pencapaian cemerlang mutu sukan negara dalam beberapa bidang sukan seperti badminton, hoki dan lumba basikal. Apakah lagi bidang sukan tumpuan negara yang giat diusahakan sekarang dan perancangan untuk meraih kemenangan di peringkat antarabangsa.
0 comments:
Post a Comment