MP PAS TV

Install adblocks untuk elak iklan
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/adblock-plus/

yang ini untuk browser chrome:
http://adblockplus.org/en/chrome

TV MP PAS

Prompt: If you cannot view program, please download and install plug-in or player. P2P boleh dilayari dengan menggunakan pelayan Internet Explorer.

Tuesday, July 17, 2012

Dewan Negara 17 Julai 2012 (Selasa)


Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Puan Hajah Rohani binti Abdullah minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan Pendamai Komuniti yang telah dilantik sebagai orang tengah dalam menangani kes serangan dan pergaduhan antara kaum dan nyatakan sejauh manakah keberkesanan Pendamai Komuniti bagi meleraikan sebarang konflik 
antara kaum di negara ini khususnya kepada pencapaian Indeks Ketegangan Masyarakat (IKM).   

2. Dato' Boon Som a/l Inong  minta  MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI  menyatakan kemajuan pelaksanaan program penggunaan bahan api B5. Sejauh manakah penggunaan bahan api B5 itu memberi kesan terhadap alam sekitar serta perkembangan industri sawit di negara ini. Adakah Kementerian bercadang memasarkan bahan api B5 di luar negara.   

3. Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg  minta MENTERI DALAM NEGERI  menyatakan berapa ramaikah warganegara Malaysia yang terlibat dalam kes jenayah perdagangan manusia telah berjaya ditangkap setakat ini.  

4. Tuan Saiful Izham bin Ramli  minta  MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR  menyatakan setelah mengambil pengajaran dari isu kelemahan yang timbul dari Perjanjian Jual Beli Tenaga Elektrik  (Power Purchase Agreements - PPAs) yang jelas berat sebelah  (lopsided) dan menyusahkan rakyat, apakah pendekatan Kerajaan untuk memastikan segala perancangan menangani masalah sektor bekalan tenaga elektrik yang telah berlanjutan sekian lama dapat diatasi sebagaimana cadangan atau unjuran mengikut Dasar Tenaga Negara yang pernah dirangka suatu masa dahulu. 
                               
5. Dato' Syed Ibrahim bin Kader minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR  menyatakan Kerajaan pernah mengumumkan untuk menjual flat DBKL kepada penyewa pada dasar sewa beli. Berikan bilangan yang telah dijual kepada penyewa dan bilangan yang masih disewa.   

6. Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus  minta  MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN  menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk membendung masalah kebakaran rumah dan rumah kedai  yang kerap berlaku akhir-akhir ini.   

7. Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah  minta  MENTERI KERJA RAYA menyatakan piawaian bagi pembinaan semua jalan raya serta sistem pemantauan dan penyelenggaraan yang diamalkan bagi  menjamin kualiti jalan raya yang world class dan selamat.   

8. Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop  minta  PERDANA MENTERI menyatakan adakah terdapat kekangan bagi mana-mana  bekas peguam Kerajaan yang pernah berkhidmat di Pejabat Peguam Negara yang berhasrat mewakili mana-mana individu daripada pihak pembangkang yang dikenakan tuduhan di mahkamah.  

9. Dato' Lim Nget Yoon  minta  MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR  menyatakan negara menghadapi masalah jerebu pada setiap tahun. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk mengelakkan perkara ini daripada berulang pada masa akan datang.   

10. Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-  
(a) adakah pihak Kementerian berhasrat mengkaji semula pengeluaran Visa Warga Indonesia tertentu seperti visa jangka panjang suami/isteri yang berkahwin dengan warganegara kita supaya permohonannya dapat diproses di Pejabat Konsulat Malaysia tanpa merujuk kepada Pejabat Kedutaan Malaysia di Jakarta; dan 
(b) apakah puncanya kelulusan visa ini perlu mendapat kelulusan Kedutaan Malaysia di Jakarta sedangkan Pejabat konsulat pun boleh membuat pemprosesan kelulusan permohonan tersebut.  

11. Dr. S. Ramakrishnan  minta  PERDANA MENTERI  menyatakan statistik penerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk tahun 2012 mengikut kaum dan pecahan mengikut jurusan atau program pengajian.  
       
12. Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan hasil daripada penganjuran Parlimen Belia dan apakah langkah-langkah susulan yang akan dilakukan dalam memantau kualiti belia-belia yang telah terlibat dalam penganjuran tersebut.

c. Perbahasan Rang Undang-Undang Bagi Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 26/2012) Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum 2012 - menyambung semula perbahasa atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (16 Julai 2012) [ Menteri Sumber Manusia ] 

2.  (D.R. 29/2012) Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012 [Menteri Pengangkutan] 

3.  (D.R. 28/2012) Rang Undang-undang Francis (Pindaan) 2012 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, 
Koperasi dan Kepenggunaan] 

0 comments:

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008