Dewan Negara 9 Julai 2012 (Isnin)
Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Mengangkat Sumpah
c. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah peranan Kerajaan dalam mengawal kenaikan harga rumah yang semakin meningkat mendadak dan adakah Kementerian bercadang untuk mengadakan satu undang-undang bagi mengawal masalah ini.
2. Puan Chew Lee Giok minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan Negeri mempunyai hak untuk menentukan tarikh Pilihan Raya Umum sendiri tanpa mengikut tarikh Pilihan Raya Umum yang ditetapkan oleh Kerajaan Pusat.
3. Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan bilakah lesen-lesen akan mula dikeluarkan bagi spektrum 2600Mhz yang akan menambah baik perkhidmatan jalur lebar mudah alih di negara ini.
4. Dato' Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan untuk memastikan premis-premis perniagaan menyediakan sistem pengawasan keselamatan yang lebih komprehensif untuk mengurangkan terjadinya jenayah culik, ragut dan rogol.
5. Dato' Syed Ibrahim bin Kader minta MENTERI KEWANGAN menyatakan Kerajaan dalam Bajet 2012 telah meluluskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3000 ke bawah. Kerajaan juga ada memberi imbuhan kewangan sebanyak RM100 kepada pelajar sekolah dan baucar buku untuk pelajar IPTA dan IPTS. Mohon Menteri Kewangan menjelaskan sejauh mana pemberian insentif ini membantu rakyat berbilang kaum di negara kita.
6. Tuan Saiful Izham bin Ramli minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Dasar Gaji Minimum kepada majikan di negara ini turut meliputi pekerja-pekerja asing yang dibawa masuk ke negara ini khususnya di sektor perladangan, pembinaan dan perindustrian serta apakah langkahlangkah kerajaan untuk menguatkuasakan Dasar Gaji Minimum tersebut.
7. Dato' Jaspal Singh minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan pusat perubatan kanser Kerajaan di Malaysia dan sama ada terdapat kemudahan untuk seseorang dari luar bandar yang sakit tenat dan tidak berupaya datang mendapatkan rawatan.
8. Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah pihak Kementerian mempunyai kayu pengukur kejayaan “Himpunan Jutaan Belia” dalam sambutan Hari Belia Negara Mei lalu dan sejauh mana ia menjadi pemangkin hala tuju golongan belia dalam cabaran terkini di Malaysia.
9. Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sambutan atau reaksi syarikat-syarikat Milik Kerajaan (GLC's) terhadap arahan Kementerian Kewangan (seperti dijanjikan oleh Timbalan Menteri dalam sidang Dewan Negara bulan April 2012 yang lalu) agar semua GLC's memberi keutamaan kepada media cetak berbahasa kebangsaan dalam mengiklankan produk-produk mereka.
10. Tuan Lee Cheam Choon minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sistem tender nombor pendaftaran kenderaan yang melibatkan WWW telah menjadi satu isu yang hangat pada masa kini. Bolehkah pihak JPJ memberi penjelasan yang lebih terperinci berkenaan sistem tender yang dijalankan serta siapa yang berhak tender dan pihak mana pula yang tidak perlu tender untuk mendapatkan sesuatu nombor pendaftaran kenderaan.
11. Tuan Chiew Lian Keng minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan sama ada pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia ada mengambil sebarang usaha untuk menurunkan kadar caj internet dan jalur lebar negara kita kerana ia agak tinggi berbandingan dengan negara seperti Hong Kong, China, Korea Selatan, Singapura dan sebagainya.
12. Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan akan membahaskan secara terbuka isu-isu yang menjadi pertikaian dalam buku-buku yang diharamkan penerbitannya dan apakah kaedah atau mekanisme yang digunakan dalam menentukan pengharaman sesuatu buku serta nyatakan juga jabatan-jabatan yang terlibat.
d. Perbahasan Rang Undang-Undang Bagi Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 22/2012) Rang Undang-undang Profesion Undangundang (Pindaan) 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]
2. (D.R. 27/2012) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2012 [ Menteri Kewangan ]
3. (D.R. 25/2012) Rang Undang-undang Pelindung (Pindaan) 2012 [ Menteri Perdagangan Antarabangsa
dan Industri ]
4. (D.R. 24/2012) Rang Undang-undang Perubatan (Pindaan) 2012 [ Menteri Kesihatan ]
5. (D.R. 19/2012) Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012 [ Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ]
6. (D.R. 26/2012) Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum 2012 [ Menteri Sumber Manusia ]
7. (D.R. 29/2012) Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012 [Menteri Pengangkutan]
8. (D.R. 28/2012) Rang Undang-undang Francis (Pindaan) 2012 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan]
0 comments:
Post a Comment