Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi
jawab lisan
1. Dato' Seri
Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan :-
(a) apakah
perancangan Kementerian untuk menangani jenayah pemilikan senjata api
haram memandangkan kes-kes rompak dan bunuh yang melibatkan senjata
api semakin meningkat di dalam negara; dan
(b) apakah operasi
khas Kementerian yang telah dijalankan untuk mengatasi masalah jenayah
tersebut.
2. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota
Raja ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
menyatakan apakah penambahbaikan dan pindaan dalam polisi atau
undang-undang yang telah atau akan dilakukan oleh Kerajaan untuk
menyelesaikan masalah kutipan yuran penyenggaraan (maintenance fees)
dan "sinking fund" dari pemilik yang dihadapi Badan
Pengurusan Bersama (JMB) atau Jawatankuasa Pengurusan (MC) hartanah hak
milik strata.
3. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ]
minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan
apakah status terkini projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2)
yang dirancang dibina bagi menangani krisis bekalan serta keperluan
masa hadapan air di Selangor.
4. Tuan Manikavasagam a/l Sundaram [
Kapar ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) adakah
Kementerian akan meningkatkan skop atau kualiti ujian Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ) bagi membina amalan moral di atas jalan raya untuk mengelakkan
peningkatan kemalangan; dan
(b) adakah
Kerajaan bercadang memberi lesen kepada syarikat-syarikat baru untuk
menjalankan pemeriksaan berkala sebagai satu langkah bagi meningkatkan
mutu perkhidmatan dan mengurangkan kesesakan di Puspakom.
5. Tuan Hasbi bin Habibollah [ Limbang ]
minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan :-
(a) adakah
Kerajaan akan memperuntukkan bajet untuk menaik taraf Kampung Air Seberang
Kedai di bandar Limbang dengan membina 'waterfront' sebagai
satu tarikan pelancongan di daerah Limbang; dan
(b) memperuntukkan
bajet untuk menaik taraf tebing sungai di bandar Limbang sebagai
tarikan pelancongan.
6. Tan Sri Dato' Seri Abd. Khalid bin
Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah
semangat asal (atau matlamat asal) Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010
dan sejauh manakah pihak Kerajaan dapat menilai keberkesanannya
melibatkan pemberian maklumat sahih.
7. Dato' Seri Ong Ka Chuan [ Tanjong
Malim ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
menyatakan usaha yang diambil untuk mempercepatkan kelestarian
sistem pengangkutan negara. Apakah dasar Kementerian
dalam menggalakkan penggunaan kenderaan HYBRID atau KERETA ELEKTRIK (
Hybrid or Electric vehicle ) menjelang tahun 2020.
8. Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok
Intan ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-
(a) adakah pihak
Kementerian pernah menubuhkan satu pasukan khas 'TASK FORCE' untuk
melakukan kerjakerja pemantauan mengenai keadaan tempat kerja, penempatan
serta kebajikan para pekerja ladang di seluruh Negara; dan
(b) jika ya sila
nyatakan senarai dan statistik yang terperinci mengenai kerja-kerja
pemantauan yang telah dilakukan sejak 'TASK FORCE' ini ditubuhkan.
9. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ]
minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) sebabnya
mengapa ikan paus sering kali terdampar di perairan negeri Sabah;
dan
(b) pendekatan
yang diambil oleh Kementerian agar ikan paus yang bermasalah dapat
dipulihkan dan jenis kerjasama antara agensi Kerajaan dalam
menangani masalah ini.
10. Tuan Sivarasa a/l K.Rasiah [ Subang ]
minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah dana yang
telah disalurkan oleh Kerajaan kepada 4 sekolah SRJK (T) di kawasan
Parlimen Subang iaitu Sekolah Effingham, Saraswathy, RR1 dan Bukit
Darah khusus untuk naik taraf infrastruktur sekolah termasuk
kelengkapan seperti komputer.
11. Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ]
minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan
perancangan yang akan dilaksanakan bagi projek agropolitan di kawasan
Kibantaluan, Kemabong dan sejauh manakah perlaksanaannya.
12. Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang
] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN
MASYARAKAT menyatakan alasan Kerajaan tidak meratifikasikan 6 dari 8
konvensyen berkaitan dengan UN Declaration of Human Rights dan menyatakan syarat-syarat
kecualian yang dibuat berkaitan dengan Convention on the Rights of
the Child (CRC) dan Convention for the Elimination of All Forms of
Discrimination Against Women (CEDAW).
Soalan MP PAS yang
disenaraikan:
18. Tuan
Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PELAJARAN
menyatakan bilakah projek pembinaan sekolah di kawasan U10 Shah Alam
akan dimulakan dan siapakah kontraktor yang telah dipilih.
20. Tuan
Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan bilakah penyelarasan gaji pensyarah pelatih
perubatan dan pergigian gred DU45 dan DUG 45 hendak dilakukan supaya
selaras dengan rakan-rakan mereka di Kementerian Kesihatan.
28. Dato' Dr.
Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan jumlah peruntukan Persekutuan yang disalurkan khusus
untuk pembangunan Daerah Pendang sejak 2008 dan berapakah projek yang
telah dilaksanakan dan telah disiapkan.
30. Dato'
Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PERDAGANGAN
DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan kenapa dan apakah
puncanya majlis
perasmian Hari
Koperasi Negara yang dirasmikan oleh Perdana Menteri pada 14 Julai 2012
tidak mendapat sambutan yang menggalakkan serta kehadiran peserta
yang tidak ramai seperti majlis perasmian yang lain.
32. Dato'
Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan kenapa sehingga sekarang setelah 55 tahun merdeka,
Pekan Trong, dalam DUN Trong, Parlimen Bukit Gantang tidak ada sebuah bank
pun, kenapa Bank Simpanan Nasional pun tidak berminat untuk menubuhkan
cawangan di Pekan Trong ini.
38. Dato'
Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PELAJARAN
menyatakan apakah status Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dari segi
kelayakan memasuki Universiti al-Azhar, Mesir, setelah universiti tersebut
memperkenalkan Ujian Kemasukannya (Imtihan Qabul) sendiri.
41. Tuan
Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan kos selenggara kediaman rasmi Perdana Menteri dan
Timbalan Perdana Menteri dari tahun 2008 hingga 2011.
c. Perbahasan Usul
dan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali kedua
“Bahawa
Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966
[Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih
dari empat puluh sembilan bilion tujuh ratus empat puluh sembilan juta
sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM49,749,999,000)
dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2013, dan bagi
tujuan dan Butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah
Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran
Perbelanjaan Persekutuan 2013, yang dibentangkan sebagai Kertas
Perintah 9 Tahun 2012, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud
yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan
butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.”
Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (29 Oktober, 2012)
2.
(D.R. 32/2012) Rang
Undang-undang Pengurusan Strata 2012 - Menyambung semula
Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali
yang kedua sekarang.” ( 27 September , 2012 ) [ Menteri
Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]