Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi
jawab lisan
1. Datuk Wira
Ir Haji Idris Bin Haji Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan apakah pendirian Kerajaan terhadap syarikat milik penuhnya yang
ditawarkan peluang pelaburan berbentuk pembinaan atau perkhidmatan di luar
negara, dan jika berbaloi apakah prosedurnya. [ Soalan Tambahan : BN Tangga Batu, PKR Machang, BN Kalabakan ]
2. Tuan Amran bin
Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan :-
(a) langkah yang
diambil bagi mengawal pengeluaran fatwa oleh individu yang tidak diiktiraf
yang boleh mengelirukan umat Islam terutamanya istilah "kafir
Harbi"; dan
(b) tindakan
undang-undang yang akan diambil bagi mengelak agar ia terus berulang.[ Soalan Tambahan : PKR Tanah Merah, BN Sri Gading, PAS Kuala Selangor ]
3. Tuan Mohd Nizar
bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan
kesediaan Kementerian membina lebih banyak Sekolah Sukan Malaysia (SSM)
selaku sekolah elit khas untuk atlit di kalangan pelajar sekolah yang
berpotensi untuk dikembangkan bakatnya ke tahap lebih cemerlang dan berapa
jumlah sukan yang dimajukan dalam SSM setakat ini.[ Soalan Tambahan : BN Parit ]
4. Tuan Azan bin
Ismail [ Indera Mahkota ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN
INDUSTRI menyatakan apakah kesan yang akan berlaku setelah dasar
liberisasi serta berkuatkuasanya perjanjian-perjanjian yang berkaitan
dengan industri automotif negara terhadap industri tersebut di dalam
negara serta bagaimanakah ia boleh memanfaatkan rakyat kita.[ Soalan Tambahan : PKR Indera Mahkota, BN Jasin ]
5. Datuk Aaron Ago
Anak Dagang [ Kanowit ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
jumlah dan peratusan jawatan tertinggi di semua jabatan dan agensi
Kerajaan di Sarawak yang disandang oleh rakyat tempatan
mengikut kumpulan etnik. [ Soalan Tambahan : BN Kanowit, ]
6. Tuan Wee Choo
Keong [ Wangsa Maju ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama
ada Kerajaan berhasrat meminda Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan untuk
memindahkan budi bicara mendakwa dalam kes-kes rasuah daripada Peguam
Negara kepada SPRM sedangkan perkara ini boleh dilihat sebagai pencabulan
terhadap prinsip ”check and balance”.[ Soalan Tambahan : Bebas Wangsa Maju ]
7. Dato' Mohd
Jidin bin Shafee [ Setiu ] minta MENTERI
PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan tindakan stesen
TV berbayar ASTRO yang semakin banyak iklan serta menyiarkan
rancangan secara berulang dan apakah Kerajaan bercadang untuk mengeluarkan
lesen baru kepada syarikat lain bagi mengendalikan stesen TV berbayar di
negara ini.[ Soalan Tambahan : BN Setiu, DAP Batu Gajah ]
8. Dato' Seri
Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI
PELAJARAN menyatakan kenapa Pentaksiran Berdasarkan Sekolah
diperkenalkan di sekolah-sekolah Kerajaan, sedangkan banyak sistem
operasi on-line tidak berkesan dan "lambat". Mengapa
Kementerian Pelajaran tidak mahu memberi elaun tambahan untuk guru-guru
yang terpaksa memasukkan (key-in) markah dan maklumat di rumah,
yang melibatkan masa bersama keluarga dan terpaksa membayar bil elektrik yang tinggi
serta para guru terpaksa melanggan broadband untuk membuat kerja sekolah.[ Soalan Tambahan : PAS Bukit Gantang, ]
9. Datuk Raime Bin
Unggi [ Tenom ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) setakat mana
Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) memainkan peranan dan
tanggungjawab sosial korporat di kawasan luar bandar di negeri Sabah; dan
(b) apakah
tindakan lanjut pihak Sime Darby dalam menangani masalah penempatan
kampung-kampung yang telah wujud berkurun lama dalam kawasan ladang
syarikat tersebut.[ Soalan Tambahan : ]
10. Tuan
Gobalakrishnan a/l Nagapan [ Padang Serai ] minta
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan
sejauh mana pihak Kementerian mengkaji dan menguatkuasa "Competition
Act" dan apakah kejayaan Kerajaan dalam memastikan tidak wujud
monopoli secara langsung atau tidak langsung dalam mana-mana bentuk perniagaan
atau perkhidmatan.[ Soalan Tambahan : ]
11. Dato' Lilah
bin Yasin [ Jempol ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) apakah yang
boleh dinikmati oleh masyarakat yang tinggal di kampung tradisi di
pinggiran FELDA ekoran daripada kejayaan penyenaraian Felda Global
Ventures; dan
(b) sejauh manakah
pelaksanaan program ini dan apakah implikasi kewangannya.[ Soalan Tambahan : ]
12. Dato'
Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah status cadangan pengambilalihan
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) oleh syarikat Malaysia Mining
Corporation dan sejauh mana proses konsultasi dilakukan membabitkan
pengurusan dan kesatuan sekerja KTMB.[ Soalan Tambahan : ]
Soalan MP PAS yang
disenaraikan:
14. Tuan
Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan jumlah kejadian letupan loji di Kompleks PETRONAS
Kerteh semenjak ia beroperasi serta nyatakan punca dan akibat kejadian dan
langkah-langkah mengatasinya.
18. Dr. Mohd
Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
apakah usaha JAKIM melalui agensi-agensi berkaitan seperti YADIM, Majlis
Fatwa Kebangsaan, TV AL-Hijrah dan Radio IKIM dalam memahamkan berkenaan
perundangan Islam, Hudud, Qisas dan Takzir.
24. Dato' Dr.
Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan berhubung peratus saham FGV yang dilanggan oleh individu,
syarikat, peneroka dan apakah nama dan peratus syarikat
yang melanggan saham terbabit termasuk di dalam dan luar negara.
26. Tuan Haji
Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN
DAN KOMODITI menyatakan industri getah negara banyak melibatkan pekebun
kecil dan masyarakat luar bandar berbanding dengan Industri sawit yang
melibatkan ladang-ladang besar dan GLC yang kaya raya. Apakah langkah
yang di ambil oleh Kerajaan untuk menstabil harga getah dalam memastikan
pekebun kecil tidak terus tertindas dan terus berada dalam kemiskinan
kekal.
28. Tuan
Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan anggaran
kos tambahan yang diperlukan oleh Projek Rancangan Pengairan Bukit
Sena Padang Terap bagi membolehkan ia beroperasi dengan sempurna.
30. Tuan Haji
Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan bilakah kali terakhir kakitangan MAS menerima bonus dan adakah
penyelarasan semula gaji mereka akan dilakukan dalam tempoh terdekat.
34. Dr.
Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan “roadmap” Kualiti
Petrol (Fuel Quality) untuk kenderaan bagi meningkatkan
keberkesanan penggunaan petrol dan diesel untuk pengguna.
Usul 12 (1) bahawa dewan tidak akan ditangguhkan sehingga jam 8.30 malam.
c. Perbahasan Usul
dan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali kedua
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan
Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu
jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh sembilan bilion tujuh
ratus empat puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh
sembilan ribu ringgit (RM49,749,999,000) dibelanjakan daripada
Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2013, dan bagi tujuan dan
Butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah
Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran
Perbelanjaan Persekutuan 2013, yang dibentangkan sebagai Kertas
Perintah 9 Tahun 2012, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud
yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan
butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.”
Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (6 November, 2012)
[Kementerian Pelajaran-PKR Permatang Pauh, BN Kinabatangan, PAS Pokok Sena, BN Kuala Krau, BN Tebrau, Bebas PAsir Mas, PKR Kuantan ] [ Rehat ]
[ BN Lipis, PAS Sik, BN Ledang, PKR Machang, BN Libaran, PKR Gombak, Bebas Bagan Serai, DAP Bukit Mertajam, BN Jempol, PKR Sungai Petani, BN Langkawi, PAS Pairt Buntar, BN Tangga Batu, DAP Bukit Mertajam, BN Gelang Patah, PKR Ampang, BN Lawas, PAS Pasir Puteh, BN Dungun, PKR Ketereh, BN Paya Jeras, DAP Serdang, BN Maran ][ Penggulungan-] - Lulus
Dewan Ditangguhkan pada jam 8.32 malam.
0 comments:
Post a Comment