Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi
jawab lisan
1. Datuk Haji
Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan jumlah pecahan pelajar mengikut kaum yang telah
berjaya menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa sejak skim
ini diperkenalkan sehingga tahun 2012. [ Soalan Tambahan : BN Sri Gading, DAP Ipoh Barat ]
2. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ]
minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilangan pembayar cukai
mengikut kategori pendapatan dan pekerjaan, jumlah hasil dan
bilangan pembayar dan kategori mereka yang gagal membayar cukai pendapatan
sepanjang 5 tahun lalu. [ Soalan Tambahan : DAP Bukit Bintang, BN KPutatan ]
3. Datuk Bung Moktar Bin Radin [
Kinabatangan ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
menyatakan tentang status permohonan jalanraya di Kinabatangan
seperti Jalanraya Kampung Sinar Jaya, Jalanraya Kampung Keramuak, Jalanraya
Kampung Kuamut dan Jalanraya Kampung Balat. [ Soalan Tambahan : BN Kinabatangan, PKR Gombak ]
4. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan
Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan usaha yang
dibuat bagi mengelakkan kesesakan berterusan laluan jalanraya KL
- KB terutamanya pada musim perayaan.[ Soalan Tambahan : PAS Kota Bharu, BN Maran ]
5. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ]
minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan
apakah keberkesanan dalam pelaksanaan Tahun Sains dan Gerakan
Inovasi Nasional 2012 (SGI2012) setakat ini dan adakah ia mencapai tujuan
dan matlamatnya serta sampai ke akar umbi.[ Soalan Tambahan : BN Ledang, DAP Bakri ]
6. Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [
Bagan Serai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan
berapa ramaikah pendatang asing yang ditangkap melakukan aktiviti yang
tidak bermoral terutamanya pelacuran sejak 2008. Nyatakan dari mana negara
asal mereka. [ Soalan Tambahan : Bebas Bagan Serai, BN Tangga Batu ]
7. Datin Linda Tsen Thau Lin [ Batu
Sapi ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN
MASYARAKAT menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk
meningkatkan ekonomi dan kebajikan wanita di Sabah, khususnya wanita
miskin di dalam dan di luar bandar. [ Soalan Tambahan : BN Batu Sapi, ]
8. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ]
minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh mana Kementerian
menyedari bahawa Pekeliling Iktisas Bil 13/2008, Bil 5/2009 dan Bil
14/2010 memberi kuasa yang terlalu luas kepada sekolah dan PIBG untuk
mengenakan yuran kepada murid/pelajar. Adakah Kementerian berhasrat untuk
mengeluarkan Pekeliling baru yang menghadkan kadar yuran tambahan yang
selaras untuk semua sekolah . [ Soalan Tambahan : PAS Sik ]
Soalan MP PAS yang
disenaraikan:
12. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh
] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan purata isi rumah yang mempunyai
hutang dengan skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
16. Tuan Mohd.
Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI
KERJA RAYA menyatakan jumlah peruntukan untuk kos pembinaan atau
pembaikan dan baik pulih serta tarikh jangka siap untuk projek-projek
berikut :-
(a) baik pulih dan
pembaikan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak, Kuala Terengganu;
dan
(b) pembinaan
Istana Baru Terengganu di Bukit Chendering, Kuala Terengganu dan pembinaan
jambatan baru Bukit Kuang merentasi Sungai Kuang di Kampung Bakau Tinggi,
Cukai Kemaman.
26. Tuan Haji
Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI
menyatakan apakah bentuk mekanisme kawalan bagi memastikan hanya
pelajar luar negara yang layak akademik dan mampu saraan sahaja yang
dibenarkan menyambung pelajaran mereka di universiti-universiti tempatan.
36. Dato'
Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PELAJARAN
menyatakan apakah langkah-langkah konkrit diambil oleh Kementerian
untuk mempertingkatkan j-Qaf ke peringkat sekolah menengah setelah
terbukti berjaya di peringkat sekolah rendah.
37. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok
Sena ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) apakah
keputusan muktamad tentang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan
(GST); dan
(b) berapakah kos
persiapan pelaksanaan sistem GST dan berapakah yang telah dibelanjakan
serta syarikat manakah yang diberi untuk menyediakan sistem GST.
Usul 18(1) oleh Lembah Pantai mengenai Isu Rohingnya. - usul ditolak.
Usul 12(1) bahawa dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 6.30 petang.
c. Perbahasan Usul
dan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali kedua
“Bahawa
Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966
[Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih
dari empat puluh sembilan bilion tujuh ratus empat puluh sembilan juta
sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM49,749,999,000)
dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2013, dan bagi
tujuan dan Butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah
Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran
Perbelanjaan Persekutuan 2013, yang dibentangkan sebagai Kertas
Perintah 9 Tahun 2012, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud
yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan
butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.”
Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (6 November, 2012)
[ Kementerian Kesihatan-PKR Machang, BN Sri Gading, PSM Sungai Siput, BN Parit Sulong, PAS Pendang, PKR Gopeng ] [Rehat] [ PKR Gopeng, ...PAS, Kota Raja, BN Labuan, PKR Kelana Jaya, DAP Kota Melaka, Bebas Tawau, BN Hulu Selangor, BN Silam, DAP Serdang, BN Sibuti ] [Penggulungan][ Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan-][Penggulungan-...]
0 comments:
Post a Comment