Dewan Rakyat 6 Nov 2012 (Selasa)
Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Alexander Nanta Linggi [ Kapit
] minta PERDANA MENTERI menyatakan setakat masa ini, jumlah
pelaburan Petronas di negara-negara asing. Senaraikan nama negara-negara
asing yang mana Petronas ada kepentingan pelaburan dan jelaskan jenis
pelaburan yang dibuat oleh Petronas di negara-negara tersebut.
[ Tidak Hadir ]
2. Puan Teo Nie Ching [ Serdang ]
minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sebab-sebab SJKC
Bukit Serdang, SJKC Sungai Long dan SJKC Kajang Utama dikategori sebagai
sekolah bantuan Kerajaan walaupun tapak sekolah-sekolah tersebut adalah
milikan Kerajaan Pusat. [ Tidak Hadir ]
3. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ]
minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) sama ada penguatkuasaan ke atas
penyeludupan dan kemasukan pendatang asing di perairan Sabah bertambah
baik dengan adanya pesawat Amphibious APMM; dan
(b) berapa unit pesawat tersebut dan
kos. [ Soalan Tambahan : BN Putatan, BN
Kalabakan, PKR Machang ]
4. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman
[ Pendang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan mengenai
perancangan terhadap tanah KKM untuk tapak Hospital Pendang yang sudah
menjadi kawasan penempatan hidupan liar yang dijanjikan untuk hospital
sejak 2006. [ Tidak Hadir ]
5. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [
Sipitang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah sekolah di Sabah yang
telah disenaraikan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Apakah usaha yang
dilakukan untuk menambah bilangan tersebut agar mutu pendidikan di Sabah
khususnya di luar bandar dapat dipertingkatkan.[ Tidak Hadir ]
6. Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar
Kuching ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah perlindungan bagi
seorang Compliance Officer sesuatu Unit Trust Fund untuk membuat laporan
yang jujur atas sesuatu penyelewengan pengurusan dana Trust Fund,
memandangkan Compliances Officer tersebut adalah diupah oleh
pengurus Trust Fund berkenaan. [ Tidak Hadir ]
7. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [
Lenggong ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-
(a) apakah ada cadangan Kementerian untuk
melebarkan keseluruhan jalan persekutuan daripada utara ke
selatan Semenanjung Malaysia supaya menjadi alternatif kepada
Lebuh Raya Utara Selatan; dan
(b) mempunyai cadangan untuk membesarkan lagi
laluan di Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS). [ Tidak Hadir ]
8. Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip
Bumburing [ Tuaran ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) berapakah hutang tertunggak PATI
(Pendatang Asing Tanpa Izin) yang mendapatkan rawatan di klinik dan
hospital Kerajaan di negeri Sabah sejak 1990 hingga kini, menurut pecahan
tahun dan daerah ; dan
(b) apakah langkah diambil untuk menuntut
tunggakan ini. [ Tidak Hadir ]
9. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [
Sibuti ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-
(a) adakah pihak Kementerian mempunyai
peruntukan untuk menambak baik keadaan asrama kediaman pelajar di SMK
luar bandar, SMK Suai dan SMK Subis supaya lebih setara
dengan keadaan asrama di bandar; dan
(b) sekolah luar bandar Parlimen Sibuti
memerlukan penempatan guru kerana kuarters yang tidak mencukupi dan
daif, adakah rancangan untuk membina rumah guru berpusat di Sibuti.
[ Soalan Tambahan : BN Sibuti, PKR Sungai Petani
]
10. Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok
Intan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) statistik tahap kemiskinan mengikut
pecahan Kaum yang terdapat di negara ini; dan
(b) apakah langkah-langkah atau pun tindakan
yang telah di ambil oleh Kerajaan untuk meninggikan taraf hidup serta
status ekonomi kaum Melayu di Negara ini. [ Soalan
Tambahan : DAP Teluk Intan, BN Maran ]
11. Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ]
minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah
rancangan utama jangkamasa panjang Kerajaan melalui agensi-agensi Kerajaan
yang relevan seperti RISDA dan FELCRA untuk membangunkan tanah NCR di
Sarawak dan apakah tahap implementasi rancangan ini yang terkini. [
Tidak Hadir ]
12. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [
Parit Buntar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa
peratuskah cukai eksais kereta tempatan yang dikenakan. [ Tidak Hadir ]
13. Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Ab. Samad [ Johor Bahru ] minta
MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah keadaan, syarat dan kriteria yang
melarangkan sesuatu persimpangan di jalan raya persekutuan dikawal oleh lampu
isyarat. [ Soalan Tambahan : BN Johor Bahru, DAP
Kota Kinabalu ]
14. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik
] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan tentang SAPS, E-Pangkat,
E-Operasi, APDM dan E-Kehadiran (Kedah) telah dilaksanakan di semua
sekolah di Malaysia, sekolah di Luar Bandar menghadapi masalah kemudahan
Jalur Lebar, WIFI dan Internet amat perlahan dan kadangkala tidak ada
langsung perkhidmatan, kadangkadang berminggu-minggu terputus. Ini amat
membebankan guru. Apakah langkah Kementerian untuk atasi perkara ini. [ Soalan Tambahan : PAS Sik, BN Hulu Terengganu ]
15. Datuk Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [
Kuala Nerus ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan
jumlah dan nilai pelaburan asing (FDI) dan tempatan di negeri-negeri dan apakah
usaha Kementerian untuk menambah pelaburan FDI terutamanya di negeri-negeri di
mana pelaburan tersebut masih rendah. [ Soalan Tambahan : BN Kuala Nerus, PAS
Kuala Selangor ]
16. Tuan Kulasegaran a/l Murugeson [ Ipoh Barat ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah langkah yang telah dilakukan oleh Kerajaan untuk meningkatkan
status ekonomi masyarakat India sejak Pilihan Raya Umum Mac 2008.[ Soalan Tambahan : DAP Ipoh Barat ]
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
18. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan
Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
menyatakan langkah-langkah terkini yang dibuat bagi menjamin harga getah
asli dan kelapa sawit tidak jatuh dengan lebih teruk lagi.
20. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [
Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang telah
diambil terhadap mana-mana pihak terutama media yang telah menghukum
sebahagian rakyat bukan Islam di Negara ini sebagai Kafir Harbi, kerana
hukuman seumpama itu boleh menggugat ketenteraman kaum di Malaysia.
Usul 12(1) bahawa dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai
perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Perlancongan & Kementerian
Wilayah & Kesejahteraan Bandar.
c. Perbahasan Usul dan Rang
Undang-Undang bagi Bacaan Kali kedua
1. Pertimbangan (D.R.31/2012) Rang
Undang-undang Perbekalan 2013 dan Usul Anggaran Perbelanjaan
Pembangunan 2013 seperti berikut:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3)
Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu
suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh sembilan bilion
tujuh ratus empat puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh
sembilan ribu ringgit (RM49,749,999,000) dibelanjakan daripada
Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2013, dan bagi tujuan dan
Butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah
Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan
2013, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 9 Tahun 2012, adalah
diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang
bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan
senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (5 November,
2012)
[ Kementerian Perlancongan - BN
Kinabatangan, PKR Balik Pulau, BN Sri Gading, Bebas Pasir Mas, BN Putatan, DAP
Batu Gajah, BN Arau ] [ Rehat ]
[ PAS Padang Terap, BN Jempol, DAP Rasah, BN
Jasin, PAS Baling, BN Paya Jeras, DAP
Bakri, BN Tangga Batu, Bebas Wangsa Maju, BN Hulu Selangor, DAP Sibu, BN Jempol
]
[ Penggulungan - Bebas Wangsa Maju, PKR Kuala Kedah, BN Sri Gading, PKR Indera
Mahkota ]
[ Kementerian Wilayah &
Kesejahteraan Bandar - BN Arau, PKR Lembah Pantai, BN Hulu Selangor, DAP
Seputeh, BN Putatan, Bebas Wangsa Maju, BN Labuan, PKR Petaling Jaya Selatan,
BN Sri Gading, DAP Segambut ]
[ Penggulungan-PKR Lembah Pantai, ]
0 comments:
Post a Comment