TV MPPAS

Prompt: If you cannot view program, please download and install play engine Internet Explorer Download Now

Rakaman

Sunday, June 28, 2009

Dewan Rakyat 29 Jun 2009 (Isnin)

Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal kedua Parlimen ke 12 mulai bersidang pada 15 Jun 2009 hingga 2 Julai 2009.

a. Doa
b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan (10.00 pagi hingga 11.30 pagi)

1. Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan peranan TEKUN, MARA, Bank Rakyat, Bank Pembangunan dalam usaha merealisasikan agenda Dasar Ekonomi Baru (DEB) termasuk mewujudkan 150, 000 usahawan Bumiputera dalam tempoh 5 tahun akan datang.
- Soalan tambahan - BN Jasin, PAS Bachok,

2. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sama ada Kementerian telah mewujudkan pangkalan maklumat OKU (Orang Kurang Upaya) yang lengkap dan jika ada bilakah maklumat-maklumat ini boleh didapati secara online oleh Ahli Parlimen.
- Soalan tambahan - TIDAK HADIR (Ke Luar Negara)

3. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sejauh manakah Program Latihan Khidmat Negara berupaya membantu meningkatkan perpaduan di kalangan rakyat.
- Soalan tambahan - BN Batang Sadong,

4. Tuan Charles Anthony A/L R.Santiago [ Klang ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan langkah-langkah dan insentif yang telah diambil oleh Kerajaan untuk mencapai 'energy efficiency' dalam bidang pengangkutan, penggunaan alat-alat elektrik dan tabiat penjimatan elektrik. Bilakah dasar tenaga kebangsaan (national energy policy) yang telah lama diperbincangkan akan dibentangkan.
- Soalan tambahan - PKR Klang, BN Parit Sulong,

5. Datuk Hajjah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan ;-
(a) bilakah Kementerian akan membenarkan penggunaan kereta automatik bagi ujian memandu kereta sepertimana yang dilaksanakan oleh kebanyakan negara membangun; dan
(b) jika tidak, apakah sebab-sebabnya.
- Soalan tambahan - BN Tanjong Manis, PAS Titiwangsa (10.47),

6. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada terdapat cadangan dari Kerajaan untuk meminta perakuan Majlis Fatwa Kebangsaan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan atau dasar yang melibatkan kepentingan orang Islam.
- Soalan tambahan - PAS Marang, BN Sri Gading,

7. Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah perlu kita merombak balik peranan GLC ini, ada di kalangannya yang rugi dan membebankan wang ringgit Kerajaan. Ada di antara CEO daripada GLC ini tidak langsung mengendahkan surat-surat daripada Menteri-menteri kita.
- Soalan tambahan - BN Jerantut,

8. Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bilangan projek perumahan bermasalah di seluruh negara amnya dan di Kepong khasnya seperti Happy Court di Taman Kepong. Apakah punca permasalahan dan caracara penyelesaiannya.
- Soalan tambahan - DAP Kepong, BN Hulu Terengganu,

9. Tuan Matulidi bin Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bagaimana tahap pencapaian institusi pembantu rumah bagi mengatasi penggantungan terhadap pembantu rumah warga asing sekali gus mengurangkan masalah kemasukan warga asing ke
Malaysia.
- Soalan tambahan - BN Dungun, PKR Kuala Langat,

10. Tuan Gobalakrishan a/l Nagapan [ Padang Serai ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk menstrukturkan semula bayaran pencen ilat seumur hidup untuk golongan yang telah diberhentikan kerja atas masalah kesihatan (medical boarded out).
- Soalan tambahan - PKR Padang Serai, BN Kalabakan,

11. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan status bagi rancangan pembinaan Hospital Rembau, Negeri Sembilan memandangkan upacara pecah tanah projek telah lama dibuat dan bagi mengurangi beban rakyat yang terpaksa pergi ke Hospital
Tampin untuk mendapat rawatan.
- Soalan tambahan - BN Rembau, PAS Kuala Selangor,

Soalan-soalan MP PAS yang telah disenaraikan:
Soalan No. 20 - Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan tindakan dan langkah-langkah Kementerian untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan prestasi kerja kakitangan di hospital-hospital Kerajaan yang tercemar kerana dakwaan seorang Timbalan Menteri terhadap beberapa orang kakitangan Hospital Kuala Lumpur baru-baru ini.

Soalan No. 26 - Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sejauh manakah kejayaan Pusat Penyelidikan Ikan Marin membangunkan kaedah ternakan ikan laut telah dikomersialkan dan setakat ini berapa ramai nelayan yang telah mengubah cara hidup mereka daripada keluar menangkap ikan di laut kepada menjadi penternak ikan laut di daratan.

Soalan No. 39 - Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tentang kadar faedah pinjaman yang diiklankan oleh institusi perbankan yang tidak mengguna-pakai 'effective rates' yang lebih tepat bagi menunjukkan kos pinjaman sebenar, tetapi sebaliknya bank-bank mengiklankan kadar faedah seperti 'flat-rate' yang pada hakikatnya adalah lebih tinggi kos pinjamannya. Adakah perlu Akta Gadai-Janji ini juga dikemas kini atau dipinda semula bagi melindungi pihak pengguna.

Soalan No. 52 - Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan tentang Jambatan Dusun Pengapit, Jeneri Sik yang telah 3 setengah tahun runtuh. Jambatan ini sangat berguna kepada petani miskin yang berulang alik ke tempat kerja dan membawa hasil pertanian mereka ke bandar. Di bawah dasar 1 Malaysia, rakyat diutamakan, bolehkah Kerajaan membina segera jambatan ini yang kosnya tidak pun melebihi RM 300,000.00.

Soalan No. 54 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan perincian mengenai pengambilalihan aset yang telah berjaya dilaksanakan terhadap Syarikat Air Johor (SAJ), Melaka dan Negeri Sembilan dari aspek penilaian aset air dan terma utama bagi:-
(a) pengambilalihan aset air; dan
(b) kontrak operasi air yang bakal dilaksanakan oleh Syarikat Air Johor (SAJ), Melaka dan Negeri Sembilan.

Soalan No. 60 - Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan berapakah jumlah perbelanjaan untuk RTM menyiarkan ucapan secara langsung kempen PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau oleh bekas PM, Tun Dr.Mahathir.

Soalan No. 62 - Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan keberkesanan pengagihan dan pelaksanaan Pakej Rangsangan RM60 bilion dalam membantu memulihkan dan menstabilkan ekonomi negara dan rakyat.

Soalan No. 70 - Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah prosedur yang diguna pakai oleh pihak Kementerian dalam pelaksanaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dari segi pemberian hak milik tanah. Sejauh manakah pemantauan pihak Kementerian untuk memastikan matlamat asal program tersebut mencapai kejayaan.

Soalan No. 72 - Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jumlah pembiayaan yang telah diberikan oleh Kementerian melalui Skim Pembiyaan Ekonomi Desa (SPED) kepada Bumiputera luar bandar.
Soalan No. 73 - Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah bentuk dan jumlah bantuan atau peruntukan kewangan dari Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri.

Soalan No. 80 - Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tentang insiden kekecohan di Sidang DUN Perak pada 7 Mei di dalam dan di luar dewan, apakah Kementerian bertanggungjawab untuk campur tangan untuk kepentingan BN di Perak.

Soalan No. 85 - Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kementerian mempunyai cadangan untuk mewujudkan peraturan bagi melarang anak-anak remaja di bawah umur 17 tahun dari keluar rumah selepas jam 12 malam sebagai langkah mengurangkan masalah jenayah remaja seperti mat rempit, lepak, dadah, bohsia, samun dan rogol yang dilaporkan kian meningkat kini.

Soalan No. 93 - Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah keberkesanan penggunaan sistem biometrik untuk membanteras penipuan seperti "pengundi hantu" dalam sesuatu pilihan raya.

Soalan No. 103 - Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Tambak Johor akan digantikan dengan sebuah jambatan baru dan jika ya, bila projek ini akan bermula.

Soalan No. 105 - Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan Pusat berhasrat meneruskan pembinaan jambatan bengkok dengan Singapura, setelah dibatalkan oleh Kerajaan di bawah Perdana Menteri terdahulu.

Soalan No. 108 - Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan kenapa Kementerian mengarahkan Jabatan Imigresen menyenaraihitamkan ratusan ribu peminjam PTPTN.

Soalan No. 113 - Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah satu kajian menyeluruh terhadap keberkesanan dan keperluan Perlembagaan Malaysia dikaji semula memandangkan terdapatnya 'loophole" sesetengah undang-undang dan cabaran-cabaran baru sistem perundangan selepas 50 tahun negara
mencapai kemerdekaan.

c. Rang Undang-Undang Bacaan Kali Pertama dan Usul-Usul

- Menteri Kewangan akan mencadangkan Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit
Malaysia (Pindaan) 2009.

d. Perbahasan Rang Undang-Undang

1. (D.R. 4/2009) Rang Undang-undang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009. (Menyambung semula perbahasan atas masalah) (25 Jun 2009)

- Perbahasan - DAP Ipoh Timur (11.30), BN Kinabatangan, (Rehat sehingga jam 2.30 petang)

SESI PETANG - Perbahasan - BN Kinabatangan, PKR Permatang Pauh (2.48), Bebas Pasir Mas, BN Ledang (4.40), DAP Batu Gajah, BN Labuan,

- Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Padang Rengas) menggulung (5.45) - [ Celahan - DAP Kota Melaka, DAP Ipoh Timur (5.56), PKR Gombak (6.05), BN Tuaran, PAS Pokok Sena (6.21), DAP Batu Gajah (6.30), PAS Titiwangsa, PAS Kuala Selangor, ]

- Peringkat Jawatankuasa - DAP Ipoh Timur,

e. Ucapan Penangguhan

1. 29.6.2009 (Isnin) - Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) - Masalah Badan Pengurusan Bersama (JMB) di pangsapuri dan cadangan pindaan terhadapnya (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)

2. 29.6.2009 (Khamis) - Tuan Er Teck Hwa (Bakri) - Projek Petrokimia dan Industri Maritim di Sungai Pulai. (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

Aturan Urusan mesyuarat, SILA KLIK

0 comments:

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua)

Perbahasan rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 15 Disember 2009

6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]

5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]

4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]

3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]

2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]

1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008