Dewan Rakyat 24 Jun 2009 (Rabu)
a. Doa
b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan (10.00 pagi hingga 11.30 pagi)
1. Datuk Haji Yusoff bin Haji Mahal [ Labuan ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan apakah perancangan jangka panjang pihak Kementerian dalam memastikan industri pelancongan W.P Labuan berdaya saing dan mampu bersaing dengan negeri-negeri lain.
- Soalan Tambahan - BN Labuan, PAS Shah Alam (10.11 pagi).
2. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah rasional melanjutkan kontrak Ketua Setiausaha Negara setelah tempoh lanjutan kontraknya selama dua tahun berakhir Jun ini. Tidakkah langkah pelanjutan seperti ini
menghalang peluang pegawai-pegawai lain dalam sektor awam sekali gus mencetuskan ketidakpuasan hati di kalangan mereka yang boleh menjejaskan produktivitinya.
3. Tan Sri Dato' Seri Ong Ka Ting [ Kulai ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bagaimanakah PTPTN menampung "shortfall" dalam dana bagi perbelanjaan pengurusan apabila caj pengurusan PTPTN dikurangkan daripada 3 peratus kepada 1 peratus mulai 1 Jun 2008.
- Soalan Tambahan - BN Kulai, PKR Indera Mahkota (10.30 pagi).
4. Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk membuat bayaran kembali caruman PERKESO untuk balu-balu yang berkahwin semula sepertimana pelaksanaan bayaran pencen.
- Soalan Tambahan - PKR Tanah Merah (10.33 pagi).
5. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan berapakah jumlah Gempa Bumi atau gegaran yang dikesan berlaku di sekitar negara ini sejak tahun 2000. Berapakah jumlah kemalangan jiwa serta kerugian
harta benda yang direkodkan.
- Soalan Tambahan - BN Maran, PAS Pendang (10.42 pagi).
7. Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan rasional Kerajaan menaikkan kadar tambang semua jenis pengangkutan awam termasuklah bas ekspres dan teksi di dalam keadaan krisis ekonomi sekarang.
8. Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berikutan perbelanjaan hampir RM2 bilion telah dibelanjakan bagi membina Smart Tunel untuk mengatasi masalah banjir di Bandaraya Kuala Lumpur, namun keadaan banjir masih lagi serius. Mengapakah Smart Tunel ini tidak efektif dalam mengatasi masalah banjir seperti yang dirancang.
9. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan :-
(a) berapakah jumlah dan jenis apa terbitan filem atau pun dokumentari oleh Kementerian bagi mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan ; dan
(b) jika ya, apakah tahap keberkesanan promosi ini serta berapa ramaikah pelancong yang datang ke negara ini melalui promosi ini.
Soalan No. 22 - Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah pekerja-pekerja yang telah diberhentikan kerja sama ada dalam sektor awam dan swasta dalam negeri dan berapakah jumlah yang telah diambil berkhidmat / bekerja serta terangkan status masing-masing.
Soalan 30 - Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan tentang kajian yang dibuat oleh Kerajaan sebagai asas dalam membuka keputusan untuk meliberalisasi 27 sub-sektor perkhidmatan. Apakah sektor-sektor yang bakal mendapat manfaat dan apakah sektor-sektor yang diunjurkan menghadapi saingan sengit dari pihak luar.
Soalan No. 43 - Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sejauh manakah kemajuan usaha untuk menyampaikan bantuan yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada penduduk Gaza yang diputuskan untuk dilaksanakan oleh Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO).
Soalan No. 46 - Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan tentang cadangan untuk mengadakan insurans untuk ternakan dan tanaman, bilakah boleh dilaksanakan.
Soalan No. 48 - Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah tindakan dari pihak Kerajaan untuk membersihkan nama Perdana Menteri yang dicalarkan oleh Media Asing dalam kes rasuah dan kes pembunuhan wanita asing.
Soalan No. 53 - Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah target baru akan dibuat di dalam membasmi kemiskinan tegar negara di luar bandar.
Soalan No. 55 - Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah SPR akan menimbang semula Kaedah Penggunaan 'indelible ink' pada Hari Mengundi.
Soalan No. 57 - Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan :-
(a) bilangan Koperasi Rakyat Miskin dan Ibu Tunggal (KOBERA) yang telah ditubuhkan sejak pelancaran oleh Perdana Menteri pada tahun 2008 lepas; dan
(b) berapakah jumlah Dana pelancaran yang di peruntukan kepada Koperasi-koperasi berkenaan dan adakah aktiviti Koperasi dapat menaikkan taraf hidup anggota mereka.
Soalan No. 58 - Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai isu dan tindakan susulan terhadap kes penyebaran gambar-gambar bedah siasat Allahyarham Adik Nurin Jazlin yang dibuat oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Soalan No. 59 - Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak Kerajaan bagi mengawal dan mencegah wabak H1N1 di negara ini.
Soalan No. 61 - Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan agensi khas untuk memantau dan menguatkuasakan penggunaan label halal pada produk dan perkhidmatan kerana penyalahgunaan dan penipuan yang berleluasa mutakhir ini telah menimbulkan keresahan
orang ramai khususnya masyarakat Islam.
Soalan No. 65 - Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah (kuantiti) minyak dan gas yang telah dikeluarkan daripada kawasan perlombongan bersama Malaysia - Thai bagi tahun 2006, 2007 dan 2008.
Soalan No. 68 - Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan jumlah pub dan kelab malam berlesen dan tidak berlesen yang dikenal pasti beroperasi di Wilayah Persekutuan Labuan, Putrajaya dan Kuala Lumpur sejak Januari 2008 dan adakah ada lesen dikeluarkan bagi tempat-tempat berkenaan untuk
menawarkan khidmat GRO.
Soalan No. 78 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(b) adakah Kerajaan berhasrat untuk menjadikan garis panduan ini sebagai akta.
Soalan No. 79 - Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah perancangan Kerajaan untuk pembiayaan kesihatan (health financing) penduduk (rakyat dan warga asing) negara ini memandangkan kos pembiayaan perubatan semakin meningkat dan adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan satu skim
insurans kesihatan mengikut model PERKESO.
Soalan No. 84 - Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah yang dibelanjakan oleh rakyat Malaysia dan pelancong luar dalam industri judi di pusat-pusat perjudian dalam negara.
Soalan No. 91 - Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah yang di ambil untuk memastikan semua Hotel, Motel, Chalet dan Rumah Tumpangan di seluruh negara memiliki 'Sijil Halal' bersesuaian dengan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam.
Soalan No. 95 - Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan menjalankan penyiasatan terhadap laporan 'kes' membawa senjata api ke Sidang Dun Perak' yang berlaku pada 7 Mei 2009 lalu. Apakah hasil siasatan dan tindakan terhadap mereka yang berkenaan serta adakah DUN Perak, atau DUNDUN lain membenarkan orang membawa senjata api masuk ke Dewan.
Soalan No. 97 - Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar-akhbar dan media asing yang memburuk-burukkan Perdana Menteri sendiri di negara-negara di mana akhbar dan media tersebut diterbitkan.
Soalan No. 100 - Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah pencari kerja yang berdaftar dengan Kementerian bagi tahun 2008 dan suku pertama tahun 2009 dan nyatakan peratusan yang telah berjaya mendapat pekerjaan dan peratusan yang masih menganggur.
Soalan No. 103 - Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan bercadang menurunkan umur kelayakan mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun.
c. Rang Undang-Undang Bacaan Kali Pertama dan Usul-Usul
- Tiada
d. Perbahasan Rang Undang-Undang
1. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, menurut Peraturan 66A dan 67B Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat:
“BAHAWASANYA, berikutan pelantikan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam, Y.A.B. Perdana Menteri telah mengumumkan penyusunan semula beberapa Kementerian berkuat kuasa 10 April 2009 seperti berikut:
(a) Fungsi-fungsi dan agensi-agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi diserap ke Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kewangan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas tani;
(b) Fungsi-fungsi dan agensi-agensi di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan diserap ke Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan; dan
(c) Fungsi Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi yang kini dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkaitan dengan komunikasi dan agensi di bawahnya iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dipindahkan ke Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
DAN BAHAWASANYA –
(i) perbelanjaan pengurusan bagi maksud-maksud yang melibatkan Kementerian yang disusun semula itu telah diperuntukkan melalui Akta Perbekalan 2009 (Akta A1340);
(ii) amaun yang belum dibelanjakan yang berhubungan dengan Kementerian- kementerian yang peruntukan untuknya perlu dikurangkan itu telah disekat malalui waran yang dikeluarkan oleh
Menteri Kewangan di bawah perenggan 13(3)(b) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61];
(iii) perbelanjaan pembangunan bagi maksud-maksud yang melibatkan Kementerian-kementerian yang disusun semula telah diluluskan oleh Dewan ini dan diperuntukkan bagi maksud-maksud seperti yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam
senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2009;
(iv) amaun yang belum dibelanjakan yang berhubungan dengan Kementerian-kementerian yang peruntukan untuknya perlu dikurangkan itu telah disekat melalui waran yang dikeluarkan oleh
Menteri Kewangan di bawah seksyen 8 Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406];
(v) bagi Kementerian-kementerian yang disusun semula itu, perlu dibuat penguntukan semula peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunannya berikutan dengan penyusunan semula fungsi-fungsinya;
(vi) menurut Peraturan Majlis Mesyaurat 66A Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, tertakluk kepada suatu Rang Undang-Undang Perbekalan yang telah diluluskan mengikut Peraturan Mesyuarat 66, mana-mana penguntukan semula peruntukan perbelanjaan boleh dibuat melalui suatu usul oleh seorang Menteri,
MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, DEWAN INI membuat ketetapan seperti berikut:
1. Berkaitan dengan Perbelanjaan Mengurus –
(a) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi satu bilion lapan puluh lapan juta dua ratus tiga puluh enam ribu tiga ratus sembilan ringgit (RM1,088,236,309) di bawah Maksud B.26 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi kepada Maksud B.06 Jabatan Perdana Menteri sebanyak dua belas juta satu ratus tujuh puluh ribu empat ratus tiga puluh dua ringgit (RM12,170,432),
Maksud B.22 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebanyak satu bilion lima puluh empat ribu lima ratus ringgit (RM1,000,054,500) Maksud B.24 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebanyak empat juta tujuh ratus tiga ribu tujuh ratus sembilan puluh dua ringgit (RM4,703,792),
Maksud B.25 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sebanyak enam puluh tiga juta lima ratus lapan puluh tujuh ribu lapan ratus lapan puluh lima ringgit (RM63,587,585) dan Maksud B.27 Kementerian Kerja Raya sebanyak tujuh juta tujuh ratus dua puluh ribu ringgit (RM7,720,000);
(b) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi empat ratus dua puluh sembilan juta sembilan ratus ribu sembilan ratus lapan puluh tujuh ringgit (RM429,900,987) di bawah Maksud B.44 Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan kepada Maksud B.06 Jabatan Perdana Menteri sebanyak seratus lapan belas juta enam ratus empat puluh tujuh ribu lima ratus empat puluh tujuh ringgit (RM118,647,547) dan Maksud B.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (dahulunya dikenali sebagai Kementerian Penerangan) sebanyak tiga ratus sebelas juta dua ratus lima puluh tiga ribu empat ratus empat puluh ringgit (RM311,253,440); dan
(c) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi lima juta dua ratus tujuh belas ribu tujuh puluh enam ringgit (RM5,217,076) di bawah Maksud B.26 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air kepada Maksud B.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (dahulunya dikenali sebagai Kementerian Penerangan).
2. Berkaitan dengan Perbelanjaan Pembangunan –
(a) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi satu bilion tiga ratus enam puluh enam juta sembilan ratus sembilan puluh ribu empat ratus dua puluh lapan ringgit (RM1,366,990,428) di bawah Maksud P.26 Kementerian Pembangunan Usahawan dan
Koperasi kepada Maksud P.06 Jabatan Perdana Menteri sebanyak enam juta enam ratus ribu ringgit (RM6,600,000), Maksud P.10 Perbendaharaan sebanyak tiga ratus dua puluh lima juta lapan ratus tiga puluh tujuh ribu lapan ratus ringgit (RM325,837,800),
Maksud P.21 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebanyak dua juta sembilan ratus ribu ringgit (RM2,900,000), Maksud P.22 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
sebanyak enam ratus lapan puluh satu juta dua belas ribu ringgit (RM681,012,000) , Maksud P.24 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebanyak dua ratus tujuh puluh empat juta enam ratus tujuh puluh lapan ribu lapan ratus sembilan puluh empat ringgit (RM274,678,894), Maksud P.25 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sebanyak tujuh puluh dua juta tiga ratus dua puluh enam ribu satu ratus sembilan puluh lima ringgit (RM72,326,195) dan Maksud P.27 Kementerian Kerja Raya sebanyak tiga juta enam ratus tiga puluh lima ribu lima ratus tiga puluh sembilan ringgit (RM3,635,539);
(b) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi enam ratus tiga puluh tiga juta lima puluh sembilan ribu enam ratus dua puluh empat ringgit (RM633,059,624) di bawah Maksud P.29 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air kepada Maksud P.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (dahulunya dikenali sebagai Kementerian Penerangan);dan
(c) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi dua ratus sepuluh juta satu ratus dua puluh lima ribu tiga puluh sembilan ringgit (RM210,125,039) di bawah Maksud P.44 Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan kepada Maksud P.06 Jabatan Perdana Menteri sebanyak dua puluh enam juta tujuh puluh sembilan ribu tujuh ratus ringgit (RM26,079,700) dan Maksud P.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
(dahulunya dikenali sebagai Kementerian Penerangan) sebanyak satu ratus lapan puluh empat juta empat puluh lima ribu tiga ratus tiga puluh sembilan ringgit (RM184,045,339).”
- Perbahasan -DAP Ipoh Timur, Celahan - BN Putatan, BN Bintulu, BN Padang Besar,.
- BN Pasir Salak, Celahan -DAP Petaling Jaya Utara, DAP Batu Gajah, DAP Bandar Kuching, PAS Kuala Selangor (12.55 tengahari), PKR Batu (2.43 petang), PAS Bukit Gantang (2.47 petang), PKR Machang (2.54 petang), PKR Gombak (2.59 petang), PAS Titiwangsa (3.22 petang), BN Lipis, PAS Bukit Gantang (3.36 petang), PAS Shah Alam (3.38 petang).
- PKR Permatang Pauh (3.56 petang), Celahan - BN Pasir salak, DAP Beruas, BN Rembau, PAS Kuala Selangor (4.21 petang), PKR Indera Mahkota (4.33 petang).
- Bebas Pasir Mas, BN Putatan, PAS Pokok Sena (5.34 petang).
- BN Rembau, Celahan - PKR Indera Mahkota (6.10 petang)
- DAP Klang, Celahan - DAP Jelutong, BN Tuaran.
- PAS Kubang Kerian (6.47 petang), Celahan - PKR Balik Pulau (6.52 petang)
1. 24.6.2009 (Rabu) - Tuan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) - Seksyen 107 Kanun Prosedur Jenayah). (Menteri Dalam Negeri)
2. 24.6.2009 (Rabu) - Tuan John a/l Fernandez (Seremban) - Banjir Kilat di kawasan Ulu Temiang dan Bukit Jong. (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)
Aturan Urusan mesyuarat, SILA KLIK
0 comments:
Post a Comment