Dewan Rakyat 6 Oktober 2011 (Khamis)
Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan langkah dan usaha Kerajaan dalam membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah di negara ini bagi menghadapi kos kehidupan yang semakin meningkat dan membantu golongan terbabit tidak tercicir daripada arus pembangunan dengan program transformasi yang dilaksanakan Kerajaan sekarang. [ Soalan Tambahan : BN Sabak Bernam, PKR Sungai Petani ]
2. Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK):-
(a) akan diswastakan sekali lagi, kali ini kepada pihak 1MDB dan Puncak Niaga Sdn. Bhd.; dan
(b) syarat-syarat utama yang akan dikenakan kepada penswasta. [ Soalan Tambahan : DAP Petaling Jaya Utara, BN Hulu Selangor]
3. Datuk Seri Utama Shahrir Bin Ab. Samad [ Johor Bahru ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada beliau melihat sebarang kebaikan dengan campur tangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggalakkan perlaksanaan sistem kaunter teksi berkupon ke Johor Bahru sedangkan sistem ini mewujudkan keadaan orang tengah dan menaikkan kos kepada penumpang teksi. Jika ya, sila nyatakan kebaikan itu. [ Soalan Tambahan : BN Johor Bahru, PAS Rantau Panjang ]
4. Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Hospital Segamat menyediakan kemudahan sistem ultrasonik untuk pesakit. Jika ya, sebutkan bilangan mesin yang ada dan jumlah kakitangan yang kini bertanggungjawab. Jika tidak, adakah sistem ini akan diberi kepada pihak hospital. [ Soalan Tambahan : DAP Bakri, BN Ledang ]
5. Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan telah mengkaji kriminologi penyerang asid dan bercadang mengawal penjualan asid di pasaran terbuka, memandangkan jenayah menyerang mangsa rompakan dengan asid tanpa alasan membalas dendam kerap berlaku. [ Soalan Tambahan : BN Tebrau, PAS Rantau Panjang, BN Arau ]
6. Tuan Wong Ho Leng [ Sibu ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapakah rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah telah dibina di Sibu dalam 5 tahun yang lalu. Apakah syarat-syarat dan kelayakan untuk rumah-rumah tersebut. [ Soalan Tambahan : DAP Sibu, BN Sekijang ]
7. Tuan Kamalanathan a/l Panchanathan [ Hulu Selangor ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilangan jalan yang akan dibina/dinaiktaraf yang termasuk dalam Rancangan Malaysia Ke-10 untuk dilaksanakan di kawasan Parlimen Hulu Selangor. [ Soalan Tambahan : BN Hulu Selangor, BN Ledang ]
8. Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan jumlah nilai subsidi minyak yang ditanggung oleh Kerajaan bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak untuk pengangkutan darat, udara dan laut serta nilai penjimatan oleh Kerajaan pusat sejak subsidi minyak itu dikurangkan bermula pada tahun 2008. [ Soalan Tambahan : Bebas Sepanggar, BN Arau ]
9. Tuan William @ Nyallau Anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan kenapa pembinaan loji penapisan air di Lubok Antu yang bernilai lebih kurang RM 34 juta belum lagi bermula sedangkan bekalan air bersih di daerah Lubok Antu sering kali terputus. Ini telah memberikan masalah besar kepada penduduk yang menggunakan air untuk urusan kehidupan seharian mereka. [ Soalan Tambahan : BN Lubuk Antu, BN Kapit ]
10. Tuan Manickavasagam a/l Sundaram [ Kapar ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kementerian akan menggubal Akta Kesamarataan Pendidikan supaya pendidikan bahasa ibunda dan agama tidak didiskriminasikan. [ dikemukakan tanpa soalan tambahan ]
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bersedia untuk membina di negeri Kelantan pusat pendaratan gas cecair asli dari kawasan pembangunan bersama (JDA) Malaysia-Thailand.
33. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan berapakah jumlah netbook 1Malaysia yang telah diedarkan kepada pelajar sekolah pada tahun 2010 serta apakah kriteria kelayakan untuk seorang pelajar memperolehi sebuah notebook percuma.
41. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah wang yang dibelanjakan untuk memberikan dana tambahan kepada kesemua Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional baru-baru ini dan nyatakan bagaimana dana tambahan itu digunakan.
BN Jelebu mengusulkan 12(1) tidak akan ditangguhkan sehingga selesai perbahasan Rang Undang-Undang 1 & 2 mengikut aturan mesyuarat hari ini.
c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul
1. (D.R.26/2011) Rang Undang-undang Perkhidmatan Pos 2011 [ Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ]
[ Perbahasan - PKR Selayang, BN Arau, Bebas Pasir Mas (BN Kinabatangan, PAS Rantau Panjang, BN Pasir Salak, BN Lenggong ), BN Ledang (PKR Balik Pulau, BN Sibuti, PAS Baling, BN Sri Gading, BN Lipis, PKR Kuala Langat, BN Lenggong, BN Parit Sulong, BN Sibuti ) ]
[ Rehat ]
[ PKR Petaling Jaya Utara, Bebas Tawau, BN Kapit, BN Lipis (Kuala Krau), PKR Kuala Kedah (BN Padang Besar, BN Tuaran ), PKR Indera Mahkota, PAS Padang Terap, PKR Sungai Petani (PKR Balik Pulau)]
[Penggulungan - BN Padang Besar, PKR Balik Pulau, DAP Kepong, PKR Balik Pulau ] - Lulus
2. (D.R. 15/2011) Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 [ Kementerian Sumber Manusia ]
[ Perbahasan - BN Rembau, PKR Kuala Langat (PAS Pokok Sena, PKR Balik Pulau, BN Kota Belud, BN Ipoh Barat, BN , PKR Subang, PAS Kuala Krai, BN Jempol), DAP Batu Gajah, PSM Sungai Siput ] [ Penggulungan oleh Menteri - ] - Lulus
3. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ] [ Ditangguhkan perbahasan hingga selesai perbahasan bajet 2012 ]
0 comments:
Post a Comment